Jumaat, 13 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tiba Masanya PAS Perlukan Presiden Baru

Posted: 13 Mar 2015 05:33 AM PDT

Perkembangan politik PAS sebelum dan selepas PRU 13 menunjukkan bahawa parti Islam ini memerlukan Presiden baru. 

 Jika Pas mahu terus releven di arena politik tanahair, Pas mesti dipimpin oleh pemimpin yang berkarisma dan bergeliga setanding dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor. 

 Pas tidak boleh menyimpan lama ketua yang gaya pimpinan seperti Abdullah Badawi. Jika tidak, Pas terpaksa menerima akibatnya pada PRU14 kelak.

 Menukar Presiden bukan bermakna menolak ulamak, tetapi merupakan satu usaha meletakkan sesuatu ditempatnya.

 Pas pernah dipimpin beberapa Presiden. Paling menyuburkan Pas adalah ketika berpresidenkan almarhum Dato Fadzil Noor. Selepas itu Pas hanya hidup atas momentum peninggalan almarhum sahaja. Tiada lonjakkan politik baru sepajang tempoh almarhum meninggalkan Pas.

 Pas perlukan momentum baru untuk terus hidup atas alat politik kepartian ini. Sudah tiba masanya Pas dapatkan Presiden baru untuk melonjakkan momentum parti demi menghadapi tribulasi dan mehnah politik masa depan.

 Salehudin Ayub ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005 menjelaskan falsafah Kepimpinan Ulama yg diterokai oleh Pemudah PAS 25 tahun dulu menyatakan:
"Pemimpin boleh bertukar tapi kepimpinan tidak boleh bertukar apabila ia menjadi konsep yang di institusikan. Konsep kepimpinan Ulama' telah di institusikan menjadi Majlis Syura Ulama' seperti terkanun dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1), (2), (3), (4) dan (5).
"Petikan ini sudah memadai untuk menjelaskan bahawa kepimpinan ulama' adalah gagasan kepimpinan yang merujuk kepada institusi ulama' yang menduduki Majlis Syura Ulama' sebagai Ahl Al-Hal wal-Aqd yang berkuasa menerajui parti, memimpin dan melayarkannya ke arah mencapai tujuan-tujuan PAS yang dilembagakan dalam Fasal 5 (1) dan (2) Perlembagaan PAS.
 "Almarhum Datok Fadzil Noor dalam ucapan penggulungan beliau dalam Muktamar PAS tahun 2000, pernah meramalkan bahawa suatu ketika PAS akan dipimpin oleh Presiden bukan dari kalangan 'ustaz' sebagaimana pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi walaupun senario itu berlaku, PAS masih dibawah kepimpinan ulama' kerana Majlis Syura Ulama tetap sentiasa memastikan perjalanan jemaah menepati kehendak-kehendak syariah.
 "Sekali lagi saya mempertegaskan pada malam ini bahawa inilah falsafah dan matlamat asal perjuangan Pemuda PAS 25 tahun yang lalu yang menerokai dan memperjuangkan PAS mesti dipimpin dibawah Kepimpinan Ulama'"
 Sesungguhnya sejarah dunia politik kepartian telah membuktikan bahawa parti yang dipimpin oleh banyak Presiden lebih maju kehadapan berbanding parti yang banyak lama dipimpin oleh satu dua kerat Presiden.

Dedah kelemahan Hj Hadi elak PAS terus rosak

Posted: 13 Mar 2015 12:25 AM PDT

Sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti, kata Mohamed Hanipa Maidin.

 Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

  "Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah," kata ahli Parlimen Sepang itu pada sebuah forum bertajuk "Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz", anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

 "Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya."

 Hanipa berkata apa yang berlaku kepada Hadi kini mirip sebagaimana yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menerajui kerajaan.

 Katanya, Dr Mahathir pernah menceritakan segala apa yang dilakukannya dianggap betul kerana tiada siapa yang berani menegur.

 "Beliau juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, apabila raja terlampau takut ditegur, suatu hari raja berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja berbogel," katanya.

 Hanipa yang juga seorang peguam itu turut mengulas kenyataan mursyidul am PAS yang baru Datuk Haron Din yang menggesa Hadi dikekalkan sebagai presiden.

 Katanya, kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian yang dipegang selama ini oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 "Ini bagi saya tidak sepatutnya keluar daripada mulut mursyidul am yang menggantikan Nik Aziz. Saya bukan tak hormat Haron tetapi kita perlu hormat mereka yang mendraf perlembagaan PAS.

 "Jangan kita menganggap perwakilan seolah-olah tiada nilai dalam PAS sehingga terus dihimpit mesti pilih (calon tertentu). Maknanya kita tak hormat perlembagaan PAS sedangkan kewujudan mursyidul am pun daripada perlembagaan PAS," katanya.

 Semalam, Haron menyifatkan belum tiba masanya untuk menukar presiden PAS dan ahli parti itu perlu taat kepada Hadi.

 "Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

 "PAS Kota Baru sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu)," katanya kepada Sinar Harian.

 Hanipa berkata ulama PAS pada hari ini walaupun arif dalam soal hukum-hakam agama tetapi mereka gagal memahami landskap politik semasa.

 Katanya, golongan berkenaan hidup dalam dunia yang mereka bina sendiri dan terkepung dalam ketakutan serta kegelisahan.

 "Mereka yang balik dari Timur Tengah, kalau daripada segi menghafaz, tafsir hadis dan al-Quran ini sempurna tetapi gagal memahami realiti. Kalau tanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dia pun tak tahu 1MDB. Ini realiti dalam PAS.

 "Sekarang ini kepelbagaian dianggap satu ancaman dan menyusahkan maka lahirlah istilah 'walla' dan sebagainya," katanya.

 Forum yang turut dibarisi panelis seperti Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar itu turut dihadiri kira-kira 50 orang semalam.

 Forum itu dipengerusikan oleh Pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othman. – 13 Mac, 2015. - sumber 

Siapa yang keliru, Hj Hadi atau Dr Hatta?

Posted: 12 Mar 2015 09:00 PM PDT

 Kalau sesama kita sendiri, malah seorang yang bergelar Tuan Guru pun boleh keliru, apatah lagi yang bukan Islam.

 Walaupun pekara ini kecil, namun ianya tidak harus berlaku andainya di kalangan orang kita sendiri diberikan cukup masa untuk meneliti dan dibincangkan bersama agar kenyataan yang dikeluarkan tidak bertelagah. Sila baca laporan berikutnya:

 Orang bukan Islam hanya akan dibicarakan di bawah undang-undang sivil, dan tidak hudud, PAS mencadangkan kepada rang pindaan undang-undang Syariah di Kelantan, Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengesahkan selepas taklimat tertutup di Parlimen.

 Dalam asal Kanun Jenayah Syariah Kelantan Enakmen II 1993, orang bukan Islam diberikan pilihan sama ada mereka mahu dibicarakan di bawah undang-undang hudud atau undang-undang sivil.

 "Oleh itu, di bawah pindaan yang dicadangkan, ini tidak lagi akan menjadi kes tersebut. Orang bukan Islam tidak akan diberi pilihan untuk hudud. Mereka hanya akan tertakluk kepada undang-undang sivil," Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Malay Mail Online ketika dihubungi.

 Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul bersetuju, berkata undang-undang hudud di Kelantan hanya terpakai untuk orang Islam jika ia diluluskan.

 "Itu telah dibawa keluar, dari apa yang kami telah diberi penerangan. Orang bukan Islam tidak terjejas sama sekali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen. 

 Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebabkan beberapa kekeliruan di Parlimen sebelum ini apabila beliau berkata kepada pemberita pilihan hudud untuk bukan Islam di Kelantan masih lagi terpakai di bawah pindaan yang dicadangkan.

"Dalam kajian Islam, bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka mahu tertakluk kepada undang-undang Islam atau undang-undang mereka sendiri.

 "Ia sudah ada (dalam enakmen lama) tetapi akan dipinda lagi. Di dalamnya, ia akan mengatakan bahawa ia adalah hak bukan Islam untuk memilih apa yang mereka mahu, "kata Hadi. - Lihat lebih lanjut di sini

Siapa yang lebih takut tembelangnya pecah, Mr KAPEED atau The Black Rose?

Posted: 12 Mar 2015 06:00 PM PDT

 Usahawan permaidani Deepak Jaikishan kini muncul kembali untuk menyaman Tan Sri Sabaruddin Chik sebanyak RM1.1 bilion susulan buku bekas pengerusi Bank Rakyat itu yang menyentuh mengenai pinjaman bank Deepak yang pernah didakwa bertindak bagi pihak isteri perdana menteri.

 Deepak juga memfailkan injunksi untuk menghentikan pengedaran buku Sabaruddin, Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat,yang dilancarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu.

 "Saya memfailkan tuntutan saman RM1.1 bilion terhadap mereka dan penyata tuntutan difailkan hari ini," kata ahli perniagaan itu dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada The Malaysian Insider, malam ini. - Baca lagi DI SINI

Tiada ulasan: