Jumaat, 13 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bossman Najib dan Husni meludahi Kabinet. 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Posted: 13 Mar 2015 06:28 AM PDT




Rakyat kena tahu duplicity atau klentongan  pemimpin2 kerajaan BN. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat.

Beberapa hari yang lalu, Husni Hanadzliah , menteri kewangan 2 menyatakan bahawa wang RM950 juta yang diketepikan untuk 1MDB adalah standby credit bukan pinjaman atau bailout.

Silalah nyatakan apa bezanya- bila RM950 juta benar2 digunakan oleh 1MDB?  Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutang lah yang diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda yang mengesahkannya. Ia nya pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial.

Siapa yang cakap benar dan siapa yang tipu? Dan saya mahu semua pembaca tahu bahawa Husni ini lagi seorang pemimpin umno yang tidak bertulang belakang- The Oracle of Syed Putera pernah beritahu saya, bahawa Husni tidak akan berani buat keputusan apa2 kecuali mendapat clearance dari boss. He's a weak fellow.

Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit- mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib.  Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu- orang nya blur.

Bahkan, sebelum itu apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli mendedahkan bahawa perbendaharaan telah menyuntik RM950 juta kepada 1MDB- yang sudah membebankan negara dengan potential bailout berbilion Ringgit, orang tidak percaya dan menuduh Rafizi membuat fitnah dan pembohongan.

Yang paling vocal dan keras mengutuk pendedahan Rafizi Ramli itu ialah Syed Ali Al-Habshee yang sememangnya berkerja dan beroperasi sebagai pengampu Najib dan Rosmah. Itulah kerja nya sebagai sumbangan untuk dapat bisnes dan kontrak dari kerajaan BN.

Malah dia adalah seorang dari dua yang menggerak dan menganjurkan himpunan ikrar taat setia dan sokongan kepada Najib tempoh hari . ya- itulah maksud himpunan solidarity bersama Najib. Ianya himpunan menjeritkan sokongan dan ikrar taat setia tenggelam atau berenang bersama Najib. Kepada saya, tenggelam bersama itu kurang, berenang menyelamakan diri masing2 itu tabiat UMNO. Bila datang ujian, orang UMNO akan lari.

Oleh kerana ianya bukan anjuran rasmi parti UMNO tapi dianjurkan oleh 2 orang yang mahu menempah dan mengekalkan relevance- yang lagi satu Fatmi Salleh, ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO tidak hadir.

Jadi, ada kebenaran nya, jika kita tidak perlu membaca lebih mendalam terhadap ketidakhadhiran ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO. Lagi pun antara yang hadhir itu- 135-154 orang, bukan semua nya ketua bahagian.

Walau tidak ada secara fisikal, mereka bersatu secara spiritual yakni disatukan oleh kegiatan mengebas harta benda negara. Dalam hal ini, mereka tetap bersatu dan sikap mereka dalam kes 1MDB ini membayangkan betapa kuat nya kegiatan tersebut. Mereka akan mempertahankan hak untuk melarikan wang rakyat sampai ke tetesan darah terakhir.

Sekarang apabila Husni Hanazliah sudah pun mengesahkan bahawa memang benar RM950 juta disediakan untuk 1MDB mana nak taruh muka Tuan Syed ini? Orang UMNO bukanya tahu apa angkara durjana yang pemimpin mereka lakukan dalam kamar2 pejabat masing2.

Saya hendak ulangi kenyataan yang selalu saya buat- tidak berkurangan lansung keMelayuan kita kalau kita tidak bersama sokong UMNO. Banyak kali kita katakana kita tukar wadah bukan tukar aqidah. keMelayuan dan keIslaman kita tidak bergantung kepada UMNO.

Quran menyuruh kita bertolongan antara satu sama lain melakukan yang maaruf dan kebaikan dan bantu membantu meningkatkan ketaqwaan dan keimaman. Quran tak suruh kita tolong menolong melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Itulah sebab nya, sikap orang Melayu yang berfikiran moden dan jauh ialah mesti menempatkan kesetiaan kepada pemimpin itu sebegai kesetiaan yang bersyarat atau Qualified loyalty. Marilah kita bersama sama menempa sikap dan ufuk mental yan g baharu.

Apa yang jadi pada negara kita sekarang? Setiap GLC, setiap kementerian nampak macam sarang perompak2 dan lanun menyamun harta benda rayat. Meraka macam nak angkut segala nya macam  kasim baba dalam cerita P Ramlee. Nanti tidak ada apa lagi yang tinggal dalam negara kita.

Apa sudah jadi kepada menteri2 UMNO ini? Ujud sebagai pengampu dan pencuci berak bossman Najib?

Standby credit, loan atau apa sahaja nama yang Husni hendak beri dan orang UMNO akan telan ceritanya, menunjukkan dan mengesahkan bahawa 1MDB berada dalam keadaan yang tenat.

Tapi kes RM950 juta ini mest diteliti dengan rapi. Bukankah pada 27 februari lalu, Jabatan Perdana Menteri menyetakan bahawa cabinet menolak permohonan menyuntik RM3 billion kedalam 1MDB?

Tolak RM3 billion- tapi kalau suntik Rm1 billion atau 4 billion boleh?

Ertinya, kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabibet seolah olah mengatakan- pergi mampuslah, aku nak guna RM950 juta ke, 3 juta ke, 4  juta ke- aku punya pasal lah.

System berkerajaan secara cabinet tidak dihormati lagi. Menteri2 kewangan sekarang bersikap dan berkelakukan sebagai despotic mandarins. Ia menunjukkan bahawa najib dan Husni tidak ada kejujuran dan integrity. Ia juga membuktian bahawa kita rakyat Malaysia akan menanggung beban 1MDB.

Terima kasih kepada Encik Donplaypuks

700 penguatkuasa DBKL siap siaga hadapi himpunan #KitaLawan

Posted: 13 Mar 2015 05:55 AM PDT

  THE MALAYSIAN INSIDER



 Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur siap sedia hadapi himpunan #KitaLawan setiap mingu di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2015.Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur siap sedia hadapi himpunan #KitaLawan setiap mingu di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider.  



























Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan himpunan #KitaLawan yang akan diadakan setiap minggu di depan kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan.

"Himpunan kali ini mereka (pembangkang) tidak membuat permohonan. Peserta himpunan ini bukan saja berada pada satu-satu kawasan malahan mereka akan bergerak ke tempat lain.

"Walaupun menghadapi sedikit kesukaran dalam keadaan seperti itu namun kami akan beri perhatian terhadap kesiapsiagaan anggota (penguat kuasa) DBKL, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Kesepakatan Anak Watan (Sepakat). Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata penganjur #KitaLawan perlu memikirkan kesan negatif penganjuran himpunan berkenaan yang boleh mencemar imej negara di mata dunia.

"Kita sedia maklum tahun ini negara kita menjadi pengerusi Asean. Saya amat berharap elok mereka (penganjur) berfikir," katanya.

Sekretariat #KitaLawan memutuskan himpunan di depan Sogo diadakan setiap hari Sabtu pada jam 4 petang dan ia akan diteruskan biarpun tangkapan polis dibuat terhadap peserta pada minggu lepas.

Himpunan itu dianjurkan bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – Bernama

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?

Posted: 13 Mar 2015 05:35 AM PDT

MSO



Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.

Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.

Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas.


Tuntutan saman keluarga Altantuya mungkin dipinda

Posted: 13 Mar 2015 05:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tuntutan saman sivil RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita Mongolia itu
berkemungkinan besar dipinda berdasarkan keterangan terbaharu yang terkandung dalam rekod rayuan Mahkamah Persekutuan.
  
Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan tiga anggota keluarganya berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Asyida Abd Rahim@Ibrahim hari ini menetapkan tarikh pengurusan kes tuntutan saman sivil berkenaan pada 23 April depan.
  
Beliau berkata pihaknya menerima dokumen dan rekod rayuan relevan bersabit kes jenayah pembunuhan kejam wanita itu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada Mahkamah Persekutuan, minggu lepas.
  
"Banyak rekod yang kita terima berhubung kes berkenaan dan memerlukan masa untuk penelitian sebelum berkemungkinan besar meminda saman sivil itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.
  
Pada 4 Jun 2007, Setev dan ibu Altantuya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, keluarga Altantuya menuntut pampasan RM100 juta.
  
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.
  
Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
  
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
  
Bagaimanapun, pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Dalam kenyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
  
Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar manakala cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.
  
Keluarga itu mendakwa Abdul Razak bersubahat dengan kedua-dua anggota polis terbabit untuk membunuh Altantuya.
  
Keluarga Altantuya mendakwa akibat daripada perbuatan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu serta satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.
  
Saman sivil yang difailkan lebih enam tahun lepas itu tertangguh kerana pihak Mahkamah Tinggi mahu prosiding jenayah berhubung kes berkenaan diselesaikan terlebih dahulu.-Bernama


 

Suntikan RM950 juta bercanggah dengan keputusan Kabinet

Posted: 13 Mar 2015 05:17 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Suntikan RM950 juta bercanggah dengan keputusan Kabinet 1MDB tidak layak untuk proses IPO sama sekali memandangkan jejak rekod syarikat itu amat meragukan dan mencurigakan. 



Khairuddin_Ahmad Husni_arul kanda_300


PETALING JAYA: Kenapa Kementerian Kewangan Malaysia memberi kemudahan pinjaman RM950 juta lagi kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tanya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pengkritik tegar 1MDB itu berkata bahawa langkah itu adalah bercanggah sama sekali dengan keputusan kabinet untuk tidak membenarkan lagi suntikan kewangan kepada syarikat bermasalah tersebut!

Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan berkata demikian dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini, berikutan pengumuman bahawa Kerajaan menyuntik sebanyak RM950 juta sebagai dana tersedia bagi syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana itu bertujuan membantu 1MDB menyelesaikan masalah aliran tunai secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO), September ini.

Khairuddin seterusnya menyarankan kepada Menteri Kewangan ll itu agar tidak bercakap mengenai IPO 1MDB lagi buat masa ini.

"Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ni Menteri kewangan jenis apa? Beliau sedang merepek pada masa kini.

"Suruh Husni Hanadzlah tanya Bursa Saham Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, apakah asas utama untuk membolehkan sesebuah syarikat itu disenaraikan di papan Bursa Saham dan menerbitkan IPO?" tambah beliau.

Khairuddin menjelaskan, asasnya untuk IPO, sesebuah syarikat hendaklah mempunyai kedudukan pendapatan kewangan yang kukuh secara konsisten serta mempunyai jejak rekod perniagaan yang baik.

Sebaliknya, tambah beliau, 1MDB adalah sebuah syarikat yang amat bermasalah, tenat serta banyak menimbulkan keraguan mengenai pentadbiran ataupun perbelanjaan dana mahupun kewangannya.

"Apakah mereka layak untuk menjalani proses IPO?" tanya beliau lalu menyatakan pendapatnya bahawa, 1MDB tidak layak untuk proses IPO sama sekali memanadangkan 'track record' syarikat itu amat meragukan dan mencurigakan.

"Mereka gagal untuk mempamerkan 1MDB sebagai sebuah syarikat yang 'credible' untuk IPO!" tegas beliau.

Khairuddin seterusnya meminta supaya, Presiden 1MDB yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan syarikat milik kerajaan itu, Arul Kanda Kandasamy supaya menjelaskan mengenai dana yang disebut oleh Ahmad Husni itu.

"Jawablah, tidak kiralah apa saja terma pinjaman tersebut dari Kementerian Kewangan! Pokoknya kini rakyat ingin mengetahui di mana letaknya kesemua wang pelaburan berbillion ringgit di serata dunia itu berada?" tambah beliau.

Menurut Khairuddin, jika 1MDB benar-benar memiliki banyak wang seperti yang dikatakan, "kenapa tidak dibawa pulang wang yang ditebus dari Cayman Island yang kononnya sedang berada di luar negara serta di Singapura untuk tujuan membayar hutang-hutang mereka?

"Kenapa harus bergantung kepada suntikan pinjaman dari Kementerian Kewangan?," tanya beliau lagi.

Dari prinsipnya, tegas beliau, Kementerian Kewangan telah melakukan satu kesalahan yang bercanggah arahan serta keputusan kabinet Malaysia sedangkan setiap hari umum melihat kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Kementerian Kewangan untuk menangani isu 1MDB.

Beliau turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), supaya "buka mata seluas-luasnya" untuk memerhati keadaan sebenar 1MDB yang begitu tenat.

Sedangkan tambah beliau, pada masa sama Presiden 1MDB masih mampu untuk membohongi rakyat bahawa syarikat tersebut masih stabil dan berada dalam kedudukan masih kukuh!

"Selama bilakah Arul Kanda mahu memperbodohkan serta menipu rakyat jelata?" tanya beliau lagi.
Khairuddin juga mengakui tertarik dengan SPRM yang telah memanggil beberapa individu dari Felda Global ventures (FGV) untuk disoal siasat!

Sehubungan kes FGV itu, beliau mempersoalkan jika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed kenapa SPRM boleh bertindak tanpa siasatan Ketua Audit Negara dan PAC terlebih dahulu?

"Kenapa dalam kes 1MDB Abu Kassim kata kena tunggu Jabatan Audit Negara dan PAC bertindak barulah SPRM akan mulakan siasatan?," tambah beliau sambil berkata bahawa seseluruhan rakyat amat meragui sikap dan prinsip Abu Kassim yang pada hemat beliau, bersifat double standard.

Khairuddin menyatakan hasratnya menulis memorandum untuk membuat aduan kepada Yang diPertuan Agong mengenai sikap serta kenyataan Abu Kassim dalam isu berkenaan dalam masa yang terdekat.

ATM perlu lebih telus, jangan guna alasan rahsia – Nur Jazlan

Posted: 13 Mar 2015 04:33 AM PDT

 FMT Reporters


Jabatan Audit Negara perlu melakukan pengauditan menyeluruh terhadap tatacara perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya. 



nur jazlan mohamed_atm_300


KUALA LUMPUR: Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menggunakan alasan maklumat sensitif dan keselamatan negara untuk mengelak audit dan pertanyaan pemeriksaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu, alasan tersebut akan menutup penyelewengan yang berlaku sedangkan ia membabitkan wang rakyat.

Katanya, masalah alasan rahsia dan sensitiviti keselamatan telah menghalang PAC melakukan pemeriksaan ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung pembelian helikopter Eurocopter beberapa tahun lalu.

"ATM perlu lebih telus dalam soal perolehan aset dan kelengkapan perkhidmatannya kerana ia menggunakan wang rakyat," katanya.

Beliau menambah, "…dan tidak elok memberikan alasan tidak boleh mendedahkan tatacara perolehan atas sebab rahsia dan sensitif kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara sedangkan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah di kalangan anggota dan pegawainya."

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penahanan beberapa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas.

Sehubungan itu tegas Nur Jazlan, Jabatan Audit Negara (JAN) perlu melakukan pengauditan menyeluruh terhadap tatacara perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelak berlaku unsur salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan rasuah.

"JAN perlu melakukan pengauditan terhadap tatacara dan prosedur perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi memastikan imej pihak berkuasa keselamatan ini sentiasa dihormati rakyat.

"Penahanan beberapa pegawai dan anggota TLDM oleh SPRM yang didakwa berlaku rasuah membabitkan perolehan pasukan keselamatan berkenaan adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan ia dilaporkan sudah berlaku sejak beberapa tahun lamanya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi SPRM itu membuktikan berlaku kelemahan dalam tatacara perolehan ATM dan pengauditan segera secara menyeluruh amat kritikal dalam menentukan penambahbaikan yang boleh diambil bagi mencegah perkara berkenaan berulang.

Katanya, beliau akan menulis surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tidak lama lagi supaya jabatan berkenaan dapat melaksanakan audit segera secara menyeluruh terhadap tatacara perolehan ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Sabbaruddin terkejut dengan saman 1.1 bilion Deepak

Posted: 13 Mar 2015 04:29 AM PDT

Adam Abu Bakar


Sabbaruddin juga tidak pernah melihat surat tuntutan saman itu lagi, dan sewaktu dihubungi ia merupakan kali pertama beliau mengetahui tindakan Deepak itu.

sabaruddin chik, deepak


PETALING JAYA: Bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menzahirkan rasa terkejutnya atas tindakan usahawan permaidani Deepak Jaikishan yang akan mengambil tindakan saman dengan nilai sebanyak RM1.1 bilion.

Tindakan Deepak itu diambil ekoran pengeluaran sebuah buku yang berjudul 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dan ditulis oleh Shahbudin Husin.

Buku yang mengandungi mengandungi 26 bab dan diterbitkan oleh Special One Publication telah dilancarkan di Kuala Lumpur, pada 4 Mac lalu.

Sewaktu dihubungi Free Malaysia Today, Sabbaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa beliau langsung tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.

"Saya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai saman itu lagi," katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT) pagi tadi.

Ujar Sabbaruddin lagi, beliau sendiri tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan lawan kes tersebut kerana beliau tidak mempunyai wang yang banyak ekoran jumlah tuntutan saman sebanyak RM1.1 bilion.

"Macam mana saya nak bayar 1.1 bilion, saya juga mesti lawan. Takkan saya nak berdiam diri?" katanya lagi.

Tambah Sabbaruddin, beliau sendiri tidak pernah melihat surat tuntutan saman itu lagi dan sewaktu dihubungi ia merupakan kali pertama beliau mengetahui tindakan Deepak itu.

Portal The Malaysian Insider telah melaporkan, Deepak dalam permohonan injunksi secara ex-parte pada 6 Mac lalu telah menamakan Sabbaruddin dan juga pengarang buku Shahbudin Husin sebagai defendan.

Injunksi tersebut telah difailkan menerusi Tetuan Leela A Sanghrajka and Associates.

Bukan itu sahaja, Deepak dalam tuntutan injunksinya itu telah memohon agar menghentikan kedua-dua defendan daripada terus mencetak, menerbitkan, menghasilkan atau mengedar buku.

Buku tersebut antaranya mendedahkan skandal Bank Rakyat yang bernilai RM32 juta dan ia telah diceritakan dalam buku yang dijual dengan harga RM30.00.

Sewaktu pelancaran buku itu, Sabbaruddin menyatakan tujuan tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk menegakkan keadilan bagi dirinya.

"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek telah menyalahguna kuasa," dakwanya yang merujuk tindakan Hasan yang tidak menyambung kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat dan telah berakhir pada 8 April 2014.

GST haram

Posted: 13 Mar 2015 04:26 AM PDT

Faiz Zainudin


Ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam

khairudin takiri


PETALING JAYA: PAS mendesak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya mengkaji balik faktwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, beliau menolak fatwa keharusan GST yang dibuat sebelum ini malah mendakwa tindakan tersebut jelas haram untuk dilaksanakan.

"Semasa menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah YDPA semalam di Dewan Rakyat, saya telah menyatakan beberapa hujah bahawa GST bercanggah dengan prinsip percukaian Islam.

"Ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kerajaan berhak mengenakan cukai kepada rakyat jika negara berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan rakyat dan bukanya disebabkan berlakunya ketirisan atau pemborosan.

Katanya, apa yang berlaku adalah kerajaan pada masa ini masih lagi mempunyai pelbagai sumber yang lain untuk menambahkan pendapatan negara bukannya melalui GST.

"Kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara.

"Realitinya ialah kerajaan masih boros berbelanja sehingga berlaku defisit dalam belanjawan selama 18 tahun berturut-turut.

"Malah Laporan Audit Negara mengesahkan berlakunya ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun," jelasnya.

Beliau juga bersedia untuk berdepan dengan pihak Jawatankuasa Fatwa mewakili PAS untuk memberi penjelasan dan pandangannya berhubung perlaksanaan GST.

Himpunan #KitaLawan: DAPSY selar penahanan, solidariti jika Teo Kok Siong ditahan

Posted: 13 Mar 2015 04:16 AM PDT

DAPSY

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa menghentikan tindakan zalim terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis yang terlibat dalam Himpunan #KitaLawan.

Majlis Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) berkata, kebebasan berhimpun merupakan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan dan tindakan keterlaluan PDRM merupakan penghakisan hak asasi kepada seluruh warga Malaysia.

"Kami menyeru PDRM menghentikan pemangsaan politik ke atas aktivis dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dengan menahan mereka di balai polis tanpa alasan munasabah," kata Setiausaha DAPSY Tan Hong Pin.

Pihaknya turut menyatakan sokongan padu kepada Ketua DAPSY Teo Kok Seong yang difahamkan akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan #Kita Lwan 7 Mac lalu.

"Majlis Eksekutif DAPSY telah mengadakan mesyuarat pada 10 Mac lalu. Kami memberikan sokongan padu dan solidariti tidak berbelah kepada Teo (sekiranya) menghadapi pemangsaan politik.
"Teo telah dimaklumkan bahawa PDRM memintanya hadir diri ke IPD Dang Wangi untuk memberi kerjasama bagi siasatan tersebut," kata Hong Pin.

Pada 11 Mac lalu, Nik Nazmi dibebaskan selepas tiga hari direman berikutan penglibatannya menganjurkan Himpunan 307 Kita Lawan.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan berulang sebagai penganjur.

Selain Nik Nazmi, turut ditahan ialah Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa dan Bendahari Pemuda PAS Pusat, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar. – Roketkini.com


Blog Dr M digantung, artikel 1MDB gagal dibaca

Posted: 13 Mar 2015 04:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Blog popular milik Tun Dr Mahathir Mohamad kini digantung, beberapa jam selepas satu artikelnya mengkritik keras pentadbiran perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apabila cuba diakses, tertera perkataan "this account has been suspended" atau "akaun blog ini telah digantung". Puncanya masih belum dapat dipastikan.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi pegawai Dr Mahathir berhubung masalah ini buat masa ini.

Perkara ini mula disedari menjelang jam 4.30 petang apabila semakan Malaysiakini mendapati blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.

Dr Mahathir, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menggesa siasatan forensik polis terhadap 1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat masalah syarikat pelaburan tersebut.

Tulisan panjang itu bagaimanapun telah beredar secara meluas di Internet.


Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

Posted: 13 Mar 2015 04:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan kelemahan kepemimpinan perdana menteri, termasuk isu isterinya dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dakwa seorang penulis blog pro-Umno.

Shahbudin Husin, penulis empat buku anti-Najib, mendakwa kesimpulannya itu selepas berbual dengan Dr Mahathir selama hampir sejam di pejabat mantan perdana menteri itu di bangunan KLCC semalam.

Tambah bekas pemimpin Pemuda Umno Wangsa Maju itu, butiran lain perbualan beliau itu tidak dapat didedahkan buat masa sekarang. Beliau juga tidak menyatakan siapa lagi terlibat dalam pertemuan itu.

"Tetapi dalam bahasa yang mudah, Mahathir tetap tidak bersetuju dan kekal dengan pendiriannya tidak lagi menyokong Najib sebagai perdana menteri," tulis ahli Umno itu di blognya hari ini.

Shahbudin berkata isu-isu lain yang menjadi isi perbualan mereka termasuklah mengenai beberapa pemimpin kanan Umno - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - masa depan parti itu dan peluang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

"Pandangan kritikal Dr Mahathir hampir tidak berbeza dengan apa yang ditulisnya dalam dalam blog CheDet.cc hari ini yang mengkritik kekayaan keluarga perdana menteri dan serangannya yang lebih keras dalam isu-isu berkaitan 1MDB.

"Oleh itu, (berdasarkan pertemuan itu) saya melihat apa yang ditulis oleh bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini adalah cetusan naluri dan pendirian sebenarnya yang kekal tidak menyokong kepimpinan Najib," tambahnya.


Petisyen pro BN guna 60,000 tandatangan dengan email “palsu”

Posted: 13 Mar 2015 01:12 AM PDT

WHITE HOUSE
haih

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Apabila petisyen pro-Anwar Ibrahim kepada White House digantung seketika, para penyokong Umno-BN telah melonjak gembira, menyangkakan usaha murni rakyat Malaysia itu telah ditolak oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

Malah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia tanpa banyak tanya terus meletakkan berita kononnya petisyen pro-Anwar telah ditolak oleh Amerika di muka hadapan.

Sebaliknya didedahkan bahawa kesilapan teknikal yang berlaku tidak menjejaskan sokongan lebih 100,000 rakyat Malaysia kepada petisyen Anwar.

Malah mengejutkan lagi, satu lagi perkongsian Facebook Kedutaan Amerika Syarikat hari ini mendedahkan bahawa penipuan melibatkan petisyen anti-Anwar melibatkan lebih 60,000 tandatangan 'palsu' menggunakan email pakai buang.

Ini lanjutan daripada penjelasan Kedutaan Amerika semalam berkenaan petisyen pro-Anwar yang turut digantung seketika oleh laman web White House bagi menjalankan pemeriksaan penipuan tandatangan.

Petisyen pro-Anwar kemudiannya kembali beroperasi dan berjaya melintas had 100,000 tandatangan bagi menuntut Amerika Syarikat mengambil serius isu tahanan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dasar hubungannya dengan Malaysia.

Petisyen anti-Anwar bertajuk 'Respecting the Sovereign Nation of Malaysia' tersebut mengandungi 60,789 tandatangan palsu yang menggunakan akaun email pakai buang dari slipry.net.

Kesemuanya dibuang oleh pihak White House, dan petisyen yang membantah apa yang disifatkannya sebagai campur tangan Amerika tersebut kini masih hanya mempunyai sekitar 12 ribu tandatangan sahaja sejak kembali beroperasi semalam. – Roketkini.com


Isu Paul Phua: DAP cabar Zahid Hamidi kemuka bukti surat bekas menteri

Posted: 13 Mar 2015 01:07 AM PDT

gobind singh deo

Roketkini.com

  
KUALA LUMPUR: DAP mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menunjukkan surat yang ditulis oleh Menteri Dalam Negeri sebelum beliau kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai kes Paul Phua.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, Zahid tidak boleh mendiamkan diri jika benar beliau memiliki lambakan surat dan perjanjian yang ditandatangani menteri terdahulu kerana ia mesti ditunjukkan sama ada kepada umum atau Parlimen dalam kadar segera.

"Perkara ini melibatkan kepentingan awam dan negara yang memberi kesan secara langsung bukan saja atas kredibiliti Kementerian Dalam Negeri (KDN) tapi terhadap Zahid dan pemimpin di jabatan itu sebelum dirinya.

"Sebagai menteri, Zahid terikat untuk membuktikan rekod tersebut dan secara peribadi beliau perlu bersuara untuk membersihkan namanya.

"Tapi jika surat itu tidak wujud, maka Zahid tidak boleh lagi terus kekal sebagai pemimpin untuk KDN dan perlu sedia meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Biro Undang-Undang DAP itu juga mengingatkan Zahid supaya sedar bahawa terdapat perbezaan ketara antara surat biasa yang ditulis kepada negara-negara asing dari surat yang beliau tandatangani.

Menurut Gobind, tidak boleh dinafikan lagi bahawa surat Paul Phua itu adalah penting kerana mengandungi maklumat dan butiran mengenai individu yang terlibat dalam siasatan kes jenayah berterusan.

"Surat tersebut juga sehingga saat ini masih gagal untuk membuktikan ada rundingan atau rujukan telah dibuat kepada polis, peguam negara atau kabinet sebelum ia ditandatangani Zahid.

"Ada juga kebimbangan yang timbul tentang kemungkinan pendedahan rahsia yang telah dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) tanpa dinyah-rahsiakan dalam surat itu," ujarnya.

Zahid hamidi semalam mendakwa bahawa beliau mendapat malu besar apabila diserang bertubi-tubi berikutan suratnya kepada FBI berhubung kes Phua.

Walhal katanya, menteri-menteri terdahulu juga pernah menandatangani surat yang sama dan mereka akan malu jika beliau mendedahkan surat serta perjanjian itu. – Roketkini.com


Umno-BN terus tipu orang Melayu

Posted: 13 Mar 2015 01:03 AM PDT




Oleh RAYUSA


SEJAK mendengar berita Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu (MPPM) akan diadakan saya sudah menyangka ia adalah acara anjuran ataupun ada kaitan dengan dan mendapat sokongan/tajaan kerajaan Umno-BN.

Apabila program yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, 28 Februari lalu itu dihadiri oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak yang turut berucap berdegar-degar, sangkaan saya memang tepat.

Hebahan atau promosi MPPM itu juga disiarkan menerusi rancangan bual bicara televisyen milik Media Prima Berhad yang dimaklumi adalah media kerajaan Umno-BN.

Semasa berucap dalam MPPM, Najib menggariskan tujuh amanat sebagai rujukan kepada orang Melayu bagi menjamin mereka terus maju dalam abad ke-21. Antaranya termasuklah keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berilmu dan mengukuhkan ekonomi mereka.

Perkara lain yang ditekankan oleh Najib ialah keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni, dan memelihara institusi keluarga.

Kelihatan tidak banyak beza dengan amanat yang selalu disampaikan saban tahun dalam perhimpunan Agung Umno.

Telah kerap dipantakkan, tetapi kedudukan orang Melayu masih tidak berubah menjadi lebih baik.
Ada rakan menyimpulkan bahawa setiap kali Umno berasa lemah atau memang sebegitu, ia akan menganjurkan atau menaja perhimpunan yang mengajak ke arah perpaduan Melayu.

Kebanyakan yang datang adalah muka yang sama kerana dipaksa atau diupah untuk menyertainya. Yang tersurat, berhimpun. Yang tersirat, mengajak semua orang Melayu menyertai Umno. Sungguh malang!

Seperti biasa, ada yang memuji dan menganggap amanat tersebut sebagai baik, malah sangat baik. Tidak pasti sama ada jujur atau kerana mengampu semata-mata.

Mereka menganggap mesej perpaduan yang dilontarkan itu perlu terus disuburkan untuk kekal memacu kemajuan dan kelangsungan masyarakat Melayu pada masa depan.

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh misalnya, mengakui wujud anasir yang cuba memporak-perandakan perpaduan orang Melayu.

Namun, katanya, itu semua tidak menjadi halangan utama bagi orang Melayu melakar lebih banyak kejayaan.

Tegas Idris, orang Melayu jangan menganggapnya sebagai penghalang. Katanya, orang Melayu perlu terus berfikiran positif dan memastikan mereka sentiasa bersatu.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata, perpaduan Melayu amat penting dan generasi muda diharap dapat memperkukuh perpaduan dalam memastikan nikmat keamanan terus terpelihara.

Sambil menyifatkan MPPM sebagai acara bersejarah, Abu Zahar berharap di bawah kepimpinan Najib, orang Melayu dapat membina semula semangat untuk bersatu.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man menganggap perpaduan adalah kunci pada kekuatan yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan orang Melayu pada masa depan. Tujuh amanat yang diucapkan oleh Perdana Menteri, katanya, amat baik dan relevan untuk orang Melayu capai hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim pula berkata amanat yang disampaikan oleh Najib perlu diteliti dari semasa ke semasa. Ia, tambahnya, adalah satu agenda yang amat serius dan perlu diberi perhatian.

Demikianlah hebatnya sikap mengampu walaupun yang diampu itu tidak hebat. Oleh sebab itulah yang diampu tidak sedar-sedar.

Mungkin kerana itu jugalah tidak cukup dalam ucapan, Najib menuliskannya dalam akaun Twitter beliau. Presiden Umno itu yakin Melayu akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.

Najib menzahirkan keyakinan itu berdasarkan semangat para hadirin, terutamanya golongan belia yang bersama-sama dengan beliau dalam MPPM. Namun, tegasnya, Melayu tidak harus leka, tetapi terus melangkah maju dan berdikari. Kata Najib, panduan tersebut wajar menjadi wadah dan maslahah yang akan terus diperjuang dan digunakan untuk memajukan orang Melayu.

Perdana menteri turut yakin jika orang Melayu mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan mereka dan berusaha ke arah memajukan bangsa, semuanya mampu dikecapi bersama.

Pada hakikatnya, orang Melayu tidak pernah dan tidak mungkin akan bersatu kerana mereka ada ideologi atau anutan politik masingmasing.

Yang berbeza anutan politik tentu tidak dapat bersatu dalam sebuah parti politik.

Berpisah dalam politik memang menghalang kesatuan.

Yang tidak meminati atau tiada anutan politik pula akan mengasingkan diri. Tindakan itu juga menggagalkan usaha perpaduan.

Adakah jika semua orang Melayu menyokong serta menganggotai Umno dan BN, baharu mereka dikatakan bersatu. Mustahil semua orang Melayu menyokong serta menjadi ahli Umno kerana banyak yang menyokong PAS serta tidak kurang KeADILan dan DAP.

Sementara itu, semacam satu ironis, harga minyak naik semula beberapa jam selepas MPPM tamat. Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen.

Mulai 1 Mac lalu, harga baharu RON95 ialah RM1.95, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.95) seliter. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hasan Malek, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menentukan harga runcit petrol dan diesel bulanbulan berikutnya.

Pada Februari, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenal pada 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk pada sistem apungan terurus sejak Disember 2014 selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi. Ketika itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 seliter.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter.

Kenaikan harga minyak seperti tidak dihiraukan oleh semua orang Melayu yang menyertai MPPM.
Beberapa jam selepas mengangkat tangan dan menjerit "Hidup Melayu," mereka terkena lagi oleh gelagat gila kerajaan Umno-BN. Ternyata orang Melayu terus ditipu! Di mana NGO tegar Melayu seperti Perkasa. Mengapa diam membisu?

Shafee cuba sekat bincang isu kelakuan

Posted: 13 Mar 2015 12:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah menghalang Badan Peguam Malaysia membincangkan usul berhubung masalah kelakuan profesionalnya.

Peguam kanan itu, yang mengetuai kumpulan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, menamakan peguam Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, VC George - yang menamakan - sebagai responden.

Shafee juga menamakan presiden badan peguam itu Christopher Leong sebagai responden.

Sewaktu dihubungi, Leong berkata beliau tidak mengetahui tentang permohonan terhadapnya atau Badan Peguam Malaysia itu.

Difahamkan, Shafee memohon agar mahkamah mengeluarkan injunksi untuk menghentikan usul itu.

Permohonan itu dijadualkan didengar oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi, pagi ini.

Peguam Thomas dan bekas hakim George membentangkan usul untuk mengheret Shafee ke lembaga disiplin Badan Peguam berkaitan dengan jelajah yang dilakukannya susulan perbicaraan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Shafee merupakan pendakwa raya yang dilantik kerajaan untuk kes tersebut.


Cabar fatwa, sarjana PAS kata GST haram

Posted: 13 Mar 2015 12:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota Parlimen PAS terus mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menolak keharusan langkah itu, ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berpendapat tindakan itu "haram" dilakukan.

Pemegang doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata pelaksanaan GST tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam.

Beliau mengingatkan bahawa Islam hanya membenarkan cukai untuk menampung keperluan negara, jika berlaku keperluan mendesak bukan akibat ketirisan dan pemborosan serta hanya untuk golongan berkemampuan.

Katanya, realitinya kerajaan masih mempunyai sumber lain untuk dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara tanpa perlu mengenakan cukai GST.

"Realitinya ialah kerajaan masih berboros dalam berbelanja sehingga berlaku belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut dan masih berlaku ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun sebagaimana semakan berdasarkan Laporan Audit Negara," katanya.

Khairuddin antara pemimpin PAS yang aktif mencabar pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan, termasuk menggunakan pentas Parlimen dan menulis bantahannya di blog.

Beliau juga berkata bersedia dipanggil oleh jawatankuasa fatwa bagi mewakili PAS untuk menyatakan pandangan syarak berkenaan masalah ini," katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak, antaranya ketika kerajaan memerlukan sumber kewangan, bebanan cukai dikutip secara adil dan dibelanjakan untuk maslahah ummah.

Fatwa itu dibuat setelah jawatankuasa dibentangkan dengan laporan kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 



Untung melampau perlu dibasmi

Posted: 13 Mar 2015 12:53 AM PDT




Oleh EDGAR ONG

 
TIDAK sampai setahun lalu, sebelum kenaikan terakhir harga minyak, kos bagi secawan kopi-O adalah munasabah iaitu 80 sen, dan semangkuk mi kolok atau laksa pula antara RM3 hingga RM4.

Hari ini, lebih 80 peratus pemilik kedai kopi di Sabah dan Sarawak telah menaikkan harga antara RM1 hingga RM1.20 bagi secawan kopi-O, dan antara RM4 hingga RM6 bagi mi kolok dan laksa. Kebanyakannya tanpa menambah bahan tambahan!

Tanpa pengecualian, mereka katakan bahawa sukar untuk bertahan ekoran kenaikan harga minyak dan kos buruh.

Hanya dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20-25 sen, dan katakanlah kenaikan RM50 atau RM100 bagi pekerja buruh, pekerja kedai telah memutuskan untuk menaikkan harga makanan mereka sebanyak 25-35 peratus!

Kebanyakan mereka yang bekerja merasa kesannya apabila pendapatan boleh guna mereka sudah pun digunakan untuk bayaran bulanan tempat tinggal, kenderaan, bil utiliti, internet dan telefon. Dan jika sudah bekeluarga, kos menyediakan makanan, pakaian dan pendidikan kepada anak mereka.

Rakyat biasa negara ini sememangnya tidak memerlukan perbelanjaan lebih dan tidak munasabah ini, yang memang dibuat sewenang-wenang pada mulanya.

Pertama, di manakah penguatkuasaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan apabila kita memerlukan mereka?

Bukankah merekalah yang sepatutnya menjalankan kawalan ketat ke atas peniaga yang menyeleweng dan mengambil kesempatan di atas setiap kenaikan kos minyak dan buruh, walaupun sedikit? Bukankah mereka yang sepatutnya melindungi kepentingan warga biasa – pengguna seperti anda dan saya?

Di laman rasmi Kementerian itu, bahagian di mana pengunjung boleh meninggalkan komen – di sebelah kiri dengan nama "Public Complaints" (PCB) langsung tidak boleh dibuka! Ada juga bahagian "Feedback and Enquiry" yang memerlukan pengunjung meninggalkan pertanyaan dengan janji maklum balas tidak melebihi tiga hari.

Bagi negara yang berbangga dengan semangat "boleh"nya dan ingin mencapai "Wawasan 2020" menuju masyarakat yang moden dan maju, kegagalan untuk menjaga warga daripada menjadi sasaran peniaga yang tamak dan ingin mengaut untung melampau memanglah memalukan, walaupun peniaga ini kelihatan kecil dan tidak relevan.

Kerap kali saya melihat laporan di akhbar dan televisyen yang menunjukkan pegawai penguatkuasa daripada kementerian itu menyerbu dan mendenda peniaga yang meletakkan harga beberapa sen lebih tinggi daripada yang ditetapkan – namun dalam kes ini, kadar kenaikan harga makanan dan minuman yang rawak tidak boleh diabsahkan hanya dengan kenaikan kecil harga minyak dan tenaga kerja!

Dan paling penting, mungkin sudah tiba masanya pengguna sendiri yang bertindak dan berkata, "Cukuplah – kita perlu hentikan untung melampau" – bagi menunjukkan yang kita tidak akan terus menjadi mangsa lagi.

Anda boleh berbuat demikian hanya dengan berhenti ke restoran yang mengambil kesempatan, dan mencari peniagapeniaga yang mengekalkan harga dan mula makan di sana pula. Anda juga boleh bermula dengan mengurangkan kunjungan ke restoran dengan membawa bekal dari rumah ke tempat kerja.

Jika ramai yang sanggup bertindak, kita pasti akan dapat membuat perubahan.

Jumlah perniagaan kedai kopi dan penjaja ini pasti akan mula menurun dan keuntungan mereka akan menurun. Ini diharap akan membuka mata mereka dan menyedari ketamakan diri sendiri, dan akhirnya menurunkan harga makanan dan minuman mereka ke tahap yang lebih munasabah.

Akaun Tunku Azizah tutup lepas sindir Rosmah

Posted: 13 Mar 2015 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Akaun Instagram dikatakan milik Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ditutup selepas baginda memuat naik status dikatakan menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Beliau, yang menggunakan nama "tengkupuanpahang", tidak lagi ditemui di laman sosial berasaskan gambar itu.

Tunku Azizah sebelum ini memuat naik gambar sebungkus nasi dengan tulisan:

"There goes my diet (Ini diet saya)… Oleh kerana nak bayar hairdresser (pendandan rambut) mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!

Status itu kemudian dikongsi meluas di Internet yang rata-rata penggunanya berpandangan ia ditujukan kepada Rosmah yang membangkitkan soal bayaran upah mewarna rambut dalam perkhidmatan rumah ke rumah.

Rosmah dalam taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di pejabat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengeluh soal bayaran mahal perkhidmatan rumah ke rumah.

Beliau antaranya bangkitkan caj mewarnakan rambut yang mencecah angka RM1,200.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berada dalam majlis itu tampil membela Rosmah dengan berkata beliau tidak menggunakan khidmat mahal itu tetapi hanya bertanya harganya.

Status Tunku Azizah itu ditandai butang "like" lebih 1,000 kali oleh pengguna Instagram.

Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, pembaca dilihat memahami maksudnya.

Ini antaranya tergambar melalui komen seperti: "Siapa makan cili dia rasa pedas."

Tulisan itu kemudian disunting dengan dipendekkan kepada "There goes my diet" sahaja.

Bagaimanapun akaun itu hari ini tidak dapat dikesan.




Projek Langat 2 akan diteruskan

Posted: 13 Mar 2015 12:46 AM PDT


air Laporan Sinar Harian, 10 Mac lalu.
 
 
 
SHAH ALAM - Projek Langat 2 akan diteruskan dengan syarat pemaju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kerajaan negeri meminta supaya pihak pemaju memenuhi syarat-syarat pemajuan yang ditetapkan iaitu berkaitan pengambilan tanah dan kelulusan kebenaran merancang, kelulusan kerja tanah, kelulusan bangunan dan lain-lain.

"Kerajaan negeri juga menitikberatkan aspek ketelusan dalam melantik syarikat dengan cara tender terbuka serta teknologi yang diguna pakai tidak menyebabkan kos projek menjadi sangat tinggi.

"Kos yang tinggi boleh memberi kesan kepada pengguna hingga menyebabkan kadar tarif menjadi tinggi. Kita tidak mahu pengguna (rakyat) akan menanggung kesannya," katanya kepada Sinar Harian semalam, ketika mengulas lanjut isu air di negeri ini.

Beliau yang juga Adun Taman Templer berkata, bagi tujuan jangka masa panjang, kerajaan negeri turut mencari alternatif lain seperti penyaluran air dari Sungai Bernaw dan kolam takungan horas 3000.

"Langkah alternatif ini adalah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di negeri ini.

"Kerajaan negeri masih kekal dengan dasar 'pembangunan berkualiti rakyat dipeduli' yang amat menitikberatkan kepentingan rakyat dan ianya tidak akan diketepikan sama sekali," katanya.


Dr M: Besar kemungkinan BN kalah PRU depan

Posted: 13 Mar 2015 12:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

"Ingatlah undi orang Umno  sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di blog hari ini, Mahathir (kiri) berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi," katanya.

Mahathir juga berkata menyatakan dakwaan dibuat sebagai fitnah semata-mata tidak cukup untuk rakyat menolak tuduhan tuduhan berkaitan 1MDB.

Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

"Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

"Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna," katanya. 


Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Posted: 13 Mar 2015 12:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu..."


Aura Nik Aziz bantu calon Pas

Posted: 13 Mar 2015 12:35 AM PDT


Ahmad Fathan Mahmood Ahmad Fathan merakamkan gambar kenangan keluarga pengantin baharu menggunakan telefon bimbitnya.
 
 
 
KOTA BHARU - Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood yakin aura Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebati dengan pengundi di Dun Chempaka boleh membantunya mengekalkan sejarah kemenangan parti itu pada PRK nanti.

Ahmad Fathan berkata, semangat dan kecintaan pengundi di Dun Chempaka terhadap Allahyarham yang masih kuat, boleh menolongnya mempertahankan kubu warisan Pas daripada bertukar tangan.

"Sentimen kecintaan kepada arwah masih tinggi. Inilah masanya untuk membuktikan sayang mereka kepada arwah Tok Guru memandangkan sejak tujuh penggal arwah Tok Guru berada di sini dan arwah sudah sinonim dengan masyarakat," katanya kepada media, semalam.

Terdahulu, Ahmad Fathan menghadiri majlis perkahwinan anak Penghulu Mukim Pengkalan Nangka, Arshad Ibrahim iaitu Nuraniq Shafara, 23, dan pasangannya, Nor Ameer Najmi Nordin, 25.

Ahmad Fathan yang juga Imam Tua Masjid Al-Karomah turut mengakui suasana kempen ketika ini agak sejuk, memandangkan musuh tradisi tidak meletakkan calonnya sebagaimana dijanjikan.

"Walaupun musuh ketat tidak ada, tiada saingan besar tetapi ramai bertanding. Jadi, pada hemat saya penyokong tetap akan keluar menjalankan tanggungjawab mereka nanti.

"Insya-Allah kita akan berusaha memastikan momentum majoriti yang dimenangi arwah Tok Guru dapat dikekalkan. Namun kebiasaannya ketika PRK, jumlahnya akan berkurangan," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fathan berkata, pendekatan bertemu mata yang menjadi senjata kempennya tetap diteruskan dan dimulakan sejak awal pagi lagi untuk mendekati masyarakat di Dun Chempaka bagi merealisasikan kemenangan tersebut.

"Jentera kita tetap bergerak, namun nampak agak perlahan kerana masing-masing baru memulakan kempen secara rasmi bermula semalam dengan menaikkan poster dan sebagainya," katanya.

Ahmad Fathan juga mengharapkan tempoh PRK yang berlangsung ketika musim cuti persekolahan akan menyebelahinya, sekali gus boleh membantunya untuk mengekalkan rekod kemenangan Pas di Dun Chempaka, 22 Mac ini.


Tunjuk bukti Umno taja calon bebas

Posted: 13 Mar 2015 12:34 AM PDT


Mohd Johari Abu Bakar Mohd Johari Abu Bakar
 
 
 
KUALA TERENGGANU – Pemuda Umno Terengganu membantah dakwaan pihak tertentu bahawa Umno dan BN menaja calon bebas di Dun Chempaka.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar meminta pihak yang membuat dakwaan tampil menunjukkan bukti jika Umno dan BN benar-benar terlibat dalam tajaan terbabit.

Menurutnya, pendirian Umno dan BN amat jelas untuk tidak mengetengahkan calonnya pada PRK itu dan penegasan tersebut terbukti apabila tiada calon BN tampil pada hari penamaan calon, 10 Mac yang lalu.

"Jadi, kita sebenarnya tidak tahu adakah mereka benar-benar mendapat tajaan dan kalau ada bukti, tunjukkan bukti. Kalau tiada bukti jangan main politik," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas pertandingan lima penjuru di PRK Dun Chempaka yang memperlihatkan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood bertanding melawan empat calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary yang pernah bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan

Kembang, Fadzillah Hussin, bekas Naib Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood dan bekas kakitangan awam, Aslah Mamat.

Mohd Johari berkata, mana-mana pihak boleh membuat spekulasi mengenai perkara itu jika bercakap tanpa bukti sambil memberitahu pihaknya juga boleh membuat tuduhan terhadap pihak lain termasuk Pas apatah lagi parti itu ketika ini berpecah dua dengan kewujudan Pasma yang menentang kepimpinan ulama.

Jelasnya, jika mana-mana pihak sewenang-wenangnya menuding jari kepada pihak lain, mereka juga akan dituding dengan tuduhan yang sama.

Dalam masa sama, beliau turut menganggap spekulasi tersebut sebagai agenda membunuh perpaduan Melayu dan Islam serta mengikis kepercayaan Pas terhadap keikhlasan Umno dan BN untuk membantu membangunkan Kelantan yang dilanda bencana banjir terburuk  pada musim tengkujuh lalu.

Beliau turut berharap BN terus memperkasa usaha menangani banjir di negeri itu dan bersedia untuk menghantar bantuan tanpa cuba menimbulkan isu politik.

"Ini menunjukkan politik Umno berjiwa besar untuk membela nasib rakyat Kelantan yang dilanda banjir," katanya.


Air terdedah sinaran matahari dorong barah

Posted: 13 Mar 2015 12:32 AM PDT


Air terdedah sinaran matahari dorong barah Penyebaran mesej ini yang tersebar luas menjadi viral.
 
 
 
SHAH ALAM - Air terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah.

Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.

"Tetapi ia tidak khusus kepada barah payudara, tetapi kepada semua jenis barah sama ada barah payudara, usus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian berhubung mesej viral yang tersebar luas berhubung bekas botol air plastik terdedah dalam panas boleh menyebabkan barah payudara, semalam.

Berdasarkan mesej viral itu, artis antarabangsa Sheryl Crow menghidap barah dengan meminum air daripada botol yang terdedah panas dan ia juga dikatakan menjadi penyebab paling utama kepada kanser payudara terutamanya di Australia.

"Wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia yang boleh menyebabkan barah," menurut mesej itu.

Menurutnya, oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk meminum air yang sudah lama ditinggalkan di dalam panas dan disarankan untuk membuang sahaja air berkenaan.

Katanya, ia tidak hanya kepada botol air yang terdedah kepada panas di dalam kereta, tetapi di mana sahaja selagi ia telah terdedah kepada sinaran matahari dan panas.

Bagaimanapun, Jamaludin menafikan penggunaan bekas keluli tahan karat ataupun kaca sebagai alternatif kepada bekas plastik.

Katanya, apa sahaja air yang terdedah kepada panas dalam pelbagai bentuk adalah tidak mampu mengelakkan air itu bebas daripada menghasilkan bahan-bahan toksik berkenaan.


Selangor boleh hilang hak ambil alih ekuiti

Posted: 13 Mar 2015 12:30 AM PDT



Abdul Khalid Ibrahim
 
 
 
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan sekiranya Perjanjian Utama penyusunan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat yang termetrai pada tahun lalu itu dibatalkan.

Menurutnya, kegagalan meneruskan perjanjian itu akan membawa banyak kesan termasuk risiko kehilangan peluang Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.

"Bagi pihak rakyat Selangor, saya menyeru Persekutuan dan Selangor untuk menyelesaikan sebarang pertikaian untuk pastikan Perjanjian Utama (HOA) penyusunan semula industri air Negeri Selangor yang telah ditandatangani pada tahun lalu dapat diteruskan.

"Saya percaya bahawa isu pemilikan tanah yang kononnya dinyatakan sebagai alasan untuk Selangor membatalkan perjanjian air itu boleh diselesaikan jika semua pertikaian itu dibawa ke meja rundingan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perjanjian Utama yang ditandatangani dengan kerajaan Persekutuan 12 September lalu itu telah dipersetujui dengan kos RM 7.45 bilion lebih murah berbanding RM9.65 billion yang ditawarkan Selangor.

Sebagai antara individu yang berusaha merealisasikan pengambilalihan industri air di Selangor ketika pemerintahannya, Abdul Khalid berpandangan negeri ini akan mengalami kerugian besar jika tidak meneruskan perjanjian tersebut.

"Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, Selangor kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu air setiap bulan yang telah dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana.

"Selain itu, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus (%) pada 2015 seperti yang dibenarkan mengikut Perjanjian Penswastaan. Malah lebih buruk lagi, Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

"Ini jelas menunjukkan Selangor akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan Persekutuan dan saya amat berharap kepimpinan kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan dilakukan selepas ini," katanya.

Isnin lalu, Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Persekutuan selepas Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat kerana Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.

Namun, semalam Azmin dilaporkan telah meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu menyelesaikan kemelut penstrukturan semula bekalan air di negeri ini.

Mengulas pertemuan itu, Mohamed Azmin berkata, beliau telah memaklumkan kepada Najib mengenai kesediaannya menemui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), Datuk Seri Maximus Ongkili bagi menyelesaikan kemelut itu.

"Saya pasti itu adalah jalan terakhir, saya yakin kami boleh duduk dan berbincang. Saya sudah suarakan kebimbangan bagi pihak kerajaan Selangor kepada  perdana menteri. Saya jumpa beliau (Najib) pagi tadi di mesyuarat Majlis Raja-raja.

"Jadi, perdana menteri memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri Kettha (Ongkili) dan saya berharap kementerian dan kerajaan negeri dapat duduk semula minggu hadapan untuk memuktamadkan (perjanjian penstrukturan semula bekalan air)," katanya kepada pemberita di bangunan  Parlimen di sini, hari ini.


Tiada ulasan: