ZAKRI ALI |
- Ucapan DS Anwar Dalam Kandang Membuat Kelima Lima Hakim Lari Masuk ??
- PKR Pertimbang Mohon Pengampunan Diraja Untuk Anwar
- Shafee Abdullah @ Ramasamy Tetap Tak Puas Hati ??
- Cita Citanya Untuk menjadi Peguam Negara Bagi Berkhidmat kepada Rakyat ??
- Lima Hakim Yang Memenjarakan Anwar Semalam, Semuanya Beragama ISLAM ??
- Pengampunan Yang di-Pertuan Agong pilihan terakhir....!!!
- “Saya tidak bersalah. Kejadian liwat tidak pernah berlaku,”kata Anwar
- Pesanan Terakhir Anwar Kepada MB Selangor YAB Azmin Ali.
- Adun PKR ditahan, dipercayai cuba halang trak PDRM OLEH MOHD FARHAN DARWIS
- Hadi Awang Ucap Takziah Kepada Keluar Anwar ?
- Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?
- Penahanan Anwar kuatkan Pakatan menentang BN, kata Azmin
- Hukuman Penjara 5 Tahun Kekal, Hakim Cabut Lari Tak Tahan Dengar Syarahan Anwar
- Mahkamah Belum Jatuh Hukum, Laju Pulak Putrajaya Keluarkan Kenyataan Tentang Hukuman Ke Atas Anwar
- Tanpa Anwar, jalan berliku di depan Kak Wan
- Ucapan DS Anwar Dalam Makhamah Membuatkan Hakim Hakim Diam Membisu ??
- Gambar terbaru Anwar bersama keluarga.
- Anwar Hilang Kerusi Parlimen Permatang Pauh
- Penyokong PR Larang Penyokong PR Yang Lain Provoke Polis - Tindakan Bijak & Matang.
- DS Anwar Dijatuh Lima Tahun Penjara !!
Ucapan DS Anwar Dalam Kandang Membuat Kelima Lima Hakim Lari Masuk ?? Posted: 10 Feb 2015 11:00 PM PST I will never surrender!" declared Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, in his final moments as a free man. Speaking from the dock inside the Palace of Justice here, Anwar was seen hugging his wife Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail and his six children, before being driven off to Sungai Buloh prison. "My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me. "To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. "Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and I will never surrender!" said Anwar who was also seen hugging his grandchildren. Chief Justice Tun Ariffin Zakaria, who led a five-member panel, had earlier upheld the five-year sentence delivered in March last year after Anwar was found guilty of sodomising his former aide Saiful Bukhari Azlan. "You (the judges) had the best opportunity to redeem yourselves – to right the wrongs of the past and put the judiciary on a clean slate and carve your names for posterity as true defenders of justice. "But instead you chose to remain on the dark side and drown your morals and your scruples in a sea of falsehood and subterfuge," said Anwar. Ariffin had delivered his verdict at around noon and the court later adjourned for about an hour for judges to deliberate on Anwar's sentence. Although the bench allowed Anwar to speak after sentencing, Ariffin and his fellow judges left their seats following the opposition leader's outbursts. They later said that they had issued a warrant of committal against Anwar for his statements against the bench. | ||
PKR Pertimbang Mohon Pengampunan Diraja Untuk Anwar Posted: 10 Feb 2015 10:00 PM PST Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan barisan peguam suaminya terlebih dahulu. "Kami akan mendapatkan nasihat barisan peguam untuk mempertimbangkan mengenai pengampunan terhadap Anwar. Ia melibatkan undang-undang... PKR harus memikirkannya dengan teliti. Barisan peguam juga akan berbincang (mengenai pengampunan) dengan Anwar di penjara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, malam Selasa. Malah, Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, PKR akan memfailkan usul mengkritik prilaku hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes liwat kedua itu berhubung keputusan mengekalkan hukuman penjara terhadap Anwar. Selain itu, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh bermula malam esok. Wan Azizah berkata, PKR akan mengadakan solat hajat pada Khamis malam Jumaat ini di setiap cabang parti itu di seluruh negara. "Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes fitnah kedua ini. Kes tersebut jelas menunjukkan satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari mengancam kedudukan Umno-Barisan Nasional," dakwanya. Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah berkata, masih terlalu awal bercakap mengenai perkara itu sambil menambah kerusi tersebut masih belum dikosongkan. "Kerusi masih belum dikosongkan... masih terlalu awal," katanya. Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat. "Dalam tempoh sepuluh hari daripada tarikh kekosongan, SPR akan mengumumkan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi tersebut," katanya pada Selasa. | ||
Shafee Abdullah @ Ramasamy Tetap Tak Puas Hati ?? Posted: 10 Feb 2015 09:30 PM PST | ||
Cita Citanya Untuk menjadi Peguam Negara Bagi Berkhidmat kepada Rakyat ?? Posted: 10 Feb 2015 09:00 PM PST Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit. "Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Shafee , 61, berkata terdapat desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu. Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang. "Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya. Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama. Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri. Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang. "Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya dan menambah terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk daripada sektor swasta untuk memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dilantik pada 2002, daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang. Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada dalam kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut. "Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya. Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman. Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu. Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan. Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Dalam sesi bertemu media semalam, beliau memberikan maklumat terkini berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa. Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari. Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November. Peguam yang mewakili pemimpin pembangkang itu berhujah bahawa akan berlaku percanggahan kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu. Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim. Di dalam akuan bersumpah 31 halaman itu, Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa berbincang mengenai salah laku Gani . Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu. – | ||
Lima Hakim Yang Memenjarakan Anwar Semalam, Semuanya Beragama ISLAM ?? Posted: 10 Feb 2015 08:45 PM PST Islam itu bersaudara.Tapi caranya bukan mcm org islam yg bersaudara. Kalau ada yg silap pasti ada pengelesaiannya. Adakah dgn penjara penyelesaian terbaik? Tepuk kepala tanya akal... | ||
Pengampunan Yang di-Pertuan Agong pilihan terakhir....!!! Posted: 10 Feb 2015 08:00 PM PST KUALA LUMPUR - Laluan perundangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu berhubung hukuman penjara lima tahun terhadap kes meliwat bekas pembantu peribadinya telah sampai ke penghujung dengan pilihan terakhirnya ialah memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata pakar undang-undang. Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana Mahkamah Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di negara ini dan apa jua keputusan yang dijatuhkannya tidak dapat dirayu. Beliau berkata Anwar hanya boleh dilepaskan daripada hukuman penjara jika mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. "Perkara ini tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut pengampunan boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama. Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan. Pengampunan untuk pembebasan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk seseorang pesalah biasanya dibuat pada hari keputeraan Seri Paduka selepas pihak kerajaan mencadangkan kepada baginda untuk berbuat demikian. Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata ia satu manifestasi bahawa semua rakyat adalah sama rata di bawah undang-undang. "Ia adalah adil tidak kira kepada rakyat biasa atau yang mempunyai kedudukan," katanya. Katanya, proses penghakiman juga mengesahkan bahawa mahkamah membuat keputusan atas dasar fakta yang dihujah dan bukannya kerana pengaruh luar misalnya seperti politik tempatan. "Ini soal maruah diri, tiada insan yang mahu mendedahkan keburukan yang terjadi kepada dirinya terutama yang berkaitan dengan kehormatan dirinya, "Tambahan pula dia merupakan rakyat biasa yang tidak punya sebarang pengaruh dan terpaksa berjuang selama tujuh tahun untuk membuktikan dirinya di pihak yang benar," kata bekas pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa itu. - Bernama | ||
“Saya tidak bersalah. Kejadian liwat tidak pernah berlaku,”kata Anwar Posted: 10 Feb 2015 07:15 PM PST PUTRAJAYA - "Saya tidak bersalah. Kejadian liwat tidak pernah berlaku," demikian ungkapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diberi peluang mengemukakan rayuan pengurangan hukuman secara lisan kepada mahkamah, semalam. Anwar, 67, dengan nada sebak berkata, keputusan itu melengkapkan konspirasi politik bagi menjatuhkan karier politiknya. "Yang Arif-Yang Arif (merujuk kepada panel lima hakim) tidak mengambil kira hujahan para peguam saya sejak dari hari pertama. Insiden itu (liwat) tidak pernah berlaku," katanya. Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya mendengar rayuan peringanan hukuman daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kelihatan agak terkejut dengan kecaman pemimpin pembangkang itu. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai sidang itu meminta Anwar berhenti daripada mengeluarkan kata-kata menghina mahkamah. "Kamu boleh merayu tapi jangan menghina mahkamah ini," Arifin memberi amaran. Anwar bagaimanapun meneruskan ucapannya dengan nada yang lebih lantang. Anwar berkata bukan satu kebetulan apabila Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu hanya beberapa minit sejurus mahkamah mengumumkannya sedangkan hukuman masih belum diputuskan. Anwar menyelar keputusan hakim-hakim itu yang beliau kaitkan dengan pemerintah politik serta sistem kehakiman yang berkecuali. Beliau berkata, hakim-hakim itu boleh mengharumkan nama (dalam keputusan tersebut), tetapi memilih sebaliknya. Sekali lagi panel hakim meminta Anwar berhenti mengutuk mahkamah. Namun Anwar meneruskan ucapan beliau dan menyebut mengenai konspirasi politik sehingga menyebabkan semua hakim bangun dan meninggalkan tempat duduk mereka. Insiden itu menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 15 minit sebelum dimulakan semula. Batu Vs kayu | ||
Pesanan Terakhir Anwar Kepada MB Selangor YAB Azmin Ali. Posted: 10 Feb 2015 07:00 PM PST | ||
Adun PKR ditahan, dipercayai cuba halang trak PDRM OLEH MOHD FARHAN DARWIS Posted: 10 Feb 2015 06:30 PM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai daripada PKR Tan Ka Heng ditahan polis apabila dikatakan cuba menghalang kenderaan yang membawa keluar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah. – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai daripada PKR Tan Ka Heng ditahan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila cuba menghalang kenderaan yang dipercayai membawa keluar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah. Insiden berkenaan mencetuskan kekecohan apabila penyokong-penyokong ketua pembangkang itu cuba merempuh pengadang besi susulan tangkapan berkenaan. Trak yang dibawa keluar dipercayai membawa Anwar cuba dihalang penyokongnya apabila mereka membaling botol dan batu ke arah kenderaan PDRM tersebut. Situasi tegang itu kemudiannya dileraikan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi turut dilihat berada di dalam perkarangan kawasan mahkamah untuk berunding berkenaan insiden tersebut bagi membolehkan Tan dibebaskan. Mahkamah Persekutuan hari ini, mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan sekaligus menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh. Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan daripada yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman." Anwar memberitahu panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan. Pagi tadi, ketika mahkamah berhenti rehat sementara menunggu hukuman terhadap Anwar, penyokong ketua pembangkang itu dilihat mula bergerak ke belakang kompleks mahkamah. Mereka meminta kerjasama polis membenarkan mereka melihat wajah pemimpin mereka buat kali terakhir sebelum beliau dipenjarakan. Mereka diketuai ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, yang juga ketua koordinator Jingga 13. Anggota polis kelihatan mengetatkan kawalan mereka di pintu belakang Istana Kehakiman dan tidak menghiraukan permintaan mereka. – 10 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa | ||
Hadi Awang Ucap Takziah Kepada Keluar Anwar ? Posted: 10 Feb 2015 06:00 PM PST Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat di sini bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Ahad lalu, menyifatkan hukuman ke atas Anwar sejarah hitam negara. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat di sini bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Ahad lalu, menyifatkan hukuman ke atas Anwar sejarah hitam negara. Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati ketua umum PKR itu bersalah dan menghukumnya lima tahun penjara. Presiden PAS itu, yang sedang memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, turut berkata hanya undang-undang Islam mampu memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan kekeliruan. "Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini. "Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," katanya. Hadi menyatakan simpati kepada Anwar, menyifatkan keputusan mahkamahh itu "satu lagi sejarah hitam negara". Katanya, keputusan hari ini mengulangi tragedi ditanggung Anwar sebelum ini, merujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat pertamanya pada 1999 di mana beliau dihukum penjara selama 9 tahun, tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman itu "Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Anwar dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat," kata Hadi sambil menasihatkan Anwar, ahli keluarganya dan seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat (PR) supaya terus sabar dan istiqamah. "Semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini," katanya. Hadi juga menegaskan keperluan ahli dan pemimpin PR bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat dan teguh serta mampu menumbangkan Barisan Nasional. Hadi akhir-akhir ini dilihat sesetengah pihak sebagai menyumbang kepada perpecahan PR susulan pendiriannya yang kadangkala bertentangan dengan keputusan bersama gabungan itu. Beliau juga dilihat tidak sehaluan dengan Anwar sejak zaman pergerakan mahasiswa lagi, dan yang terbaharu dalam isu perubahan pucuk pimpinan di Selangor yang bermula dengan Langkah Kajang. Rancangan itu mengakibatkan kemelut di dalam PR dan ketegangan hubungan antara parti di dalamnya selama beberapa bulan, sehingga perlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor September lepas. Sehingga Ahad lepas, Hadi tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama kira-kira setahun, atas alasan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dan diwakili pemimpin PAS lain. – 10 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/ | ||
Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat? Posted: 10 Feb 2015 05:15 PM PST Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana. Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan. Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak wajar hukuman itu dijatuhkan. Di sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu bakal diterima oleh Anwar. Di sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu. Adalah dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan pengundi biasa di mana juga berkongsi perasaan yang sama. Luahan rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan penanggungan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja. Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat. Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga. Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik. Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga. Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik. Jika dalam PRU 14 akan datang beliau dijangka masih berada dalam penjara, tidak boleh bertanding selama lima tahun lagi selepas keluar penjara kerana sekatan undang-undang yang turut menyebabkan Anwar terlepas peluang bertanding dalam PRU 15 nanti. Dengan usianya ketika ini 67 tahun, beliau hanya mungkin boleh bertanding semula dalam PRU 16 dan ketika itu usianya barangkali sudah tentu terlalu tua. Dalam hal ini Najib dianggap berjaya "mengkafan" dan "menyemadikan" karier dan cita-cita politik Anwar yang sebelum ini tidak berjaya dilakukan oleh Mahathir Mohamad apabila ketika era kepimpinan Pak Lah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada penjara kemudiannya. Tetapi persoalan yang masih menjadi tanda-tanya ialah apakah dengan pemenjaraan Anwar yang kini mengetuai PR dan dianggap sebagai musuhnya, kedudukan Najib, UMNO dan BN akan bertambah kukuh selepas ini? Adakah sokongan rakyat, terutama generasi muda akan berarak berbondong-bondong kepada BN atau menyebabkan kebangkitan serta penolakan lebih gagah lagi? Bagaimana pula dengan kedudukan PR dan PKR, apakah bakal berpecah atau bertambah kukuh? Apakah ungkapan Anwar sebelum ini bahawa jika beliau dipenjara, undi popular rakyat kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus dalam pilihanraya lalu kepada 60 peratus benar-benar menjadi kenyataan? Lebih penting dari itu, apakah dengan memenjarakan Anwar ini juga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sebelum ini sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, akan kembali menyokong atau terus mengasak dengan lebih kuat lagi? Jika kembali menyokong, adakah ini bermakna Mahathir sanggup melupakan penentangannya mengenai 1MDB dan BR1M yang menjadi asasnya menarik balik sokongan kepada Najib itu? Jika Mahathir terus mengasak pula, bagaimanakah nasib Najib seterusnya? Siapakah yang akan menyelamatkannya? Mampukah beliau terus bertahan untuk melawan Mahathir bersama barisan kabinetnya yang ada sekarang? Atau adakah selepas ini Najib lebih mudah lagi disingkirkan oleh gerakan yang sudah dimulakan oleh Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dahulu? Sebenarnya begitu banyak persoalan mengenai "apa berlaku selepas ini" berikutan dengan hukuman penjara lima tahun yang diterima Anwar ini. Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dan siapa Ketua Pembangkang yang baru akan menentukan sejauh mana kebangkitan rakyat dapat dilihat dalam menuju PRU 14, manakala pendirian Mahathir selepas ini pula akan menjadi kayu pengukur sejauh mana Najib masih boleh bertahan lagi dalam UMNO. Walaupun Anwar mungkin lebih "damai" dipenjara, Najib sebaliknya belum tentu "aman" juga. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Penahanan Anwar kuatkan Pakatan menentang BN, kata Azmin Posted: 10 Feb 2015 04:30 PM PST Anwar di Penjara: Betul Apa Yang Azmin Ali KataKeputusan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali (gambar, kanan). Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru. "Saya percaya ini akan mengukuhkan hubungan PR bagi meneruskan perjuangan," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. "Kita akan bermesyuarat secepat mungkin. Kita akan tentukannya nanti". Anwar hari ini gagal dalam rayuan kes Liwat II dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana yang ditetapkam Mahkamah Rayuan pada Mac 2014. Mahkamah juga mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman". Azmin berkata Anwar mengingatkan pimpinan dan anggota pembangkang supaya meneruskan perjuangan membawa perubahan. Katanya, reformasi total mesti dilakukan dalam negara untuk maju ke tahap lebih cemerlang. Mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebaik sahaja keputusan mahkamah pagi tadi, Azmin berkata ia menunjukkan perancangan rapi di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan badan kehakiman. "Saya percaya rakyat akan melihat adakah keadilan sudah diberikan dalam kes Anwar," katanya. Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong berkata keputusan hari ini adalah keputusan politik yang sudah dijangkakan. Katanya, mesyuarat pimpinan PR minggu lalu juga ada membincangkan bagaimana jika Anwar dipenjara dan perincian lebih lanjut akan dimaklumkan kemudian. . "Semua orang amat sedih tetapi ini kes politik yang membuatkan kita lagi marah. Saya yakin rakyat bijak melihat ini satu sandiwara. Mereka akan memperkukuh azam untuk menjatuhkan Umno BN," katanya. OLEH HASBULLAH AWANG CHIK | ||
Hukuman Penjara 5 Tahun Kekal, Hakim Cabut Lari Tak Tahan Dengar Syarahan Anwar Posted: 10 Feb 2015 03:30 PM PST Semua mata tertumpu kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.Seluruh dunia berdebar-debar sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melangkah keluar sebagai manusia bebas atau kembali merengkok dalam penjara. 1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka. "Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti. Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka. 1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Tokoh PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang. Bagaimanapun beliau juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri. 1.34pm: Shafee mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun. 1.28pm: Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak sumbangan Anwar terhadap kerajaan. Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, "lebih besar juga jenayahnya". 1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan. 1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang "Reformasi" dan "Hidup Anwar". 1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes. 1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman. Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan. 1.08pm: Mahkamah bersambung semula. 1.04pm: Anwar memeluk isteri dan anaknya Nurul Izzah. Suasana penuh emosi. 12.45pm: Anwar memberitahu cucunya supaya rajin-rajin belajar manakala isterinya Wan Azizah berkata anggota keluarga mereka kekal tabah. 12.20pm: Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif. Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan. "Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik. Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim. 12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya. Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman. 12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak. 11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ. Hakim juga berkata "tiada merit" bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu. "Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas," katanya. 11.52am: Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas. 11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain. Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang. 11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah. "Menuju ke arah pensabitan kes," tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya di Twitter. 11.43am: Hakim menyentuh soal alibi Anwar. "Anwar mendakwa sampel itu diganggu dan menyalahkan media kerana membuat kenyataan prejudis. "Dia juga mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Saiful seorang saksi boleh dipercayai," katanya. Hakim ulang dakwaan konspirasi yang dibuat Anwar. 11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia. 11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata. 11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya. Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar. 11.08am: Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai "bukti bebas". "Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel)," katanya. 11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong. 11.03am: Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya. "Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu," katanya. 11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan. 10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting. 10.46am: Berkaitan keterangan terperinci Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima. 10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawi bahawa objek plastik menembusi duburnya. Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku hubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari. 10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful. 10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut. 10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang. 10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful. 10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral. Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur. 10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil. Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur bahagian tinggi dan rendah. Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan. 10.24am: Keadaan di luar Istana Kehakiman ketika ini terkawal. Penyokong Anwar rata-rata duduk di kaki lima dan turut mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR. Pentas ceramah itu dibuat di atas kereta pacuan 4 roda Hilux yang dibawa ke perkarangan mahkamah. Selain itu, penyokong juga diberi makanan percuma seperti buah oren dan karipap serta air minuman. Terdapat juga peniaga yang tidak melepaskan peluang menjual baju T kepada orang ramai. Sementara itu, seorang orang kelainan upaya (OKU) Md Arof Majid, yang hadir ditemani isterinya berkata, beliau berharap supaya Anwar dibebaskan. "Saya harap Anwar dibebaskan. Kerana dia membantu rakyat," katanya. 10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya. 10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar. 9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar "ikut orang". Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini. Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal. "Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai," katanya. Ketika ditanya sama ada dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: "Adalah sikit. Duit minyak." 9.33am: Kelihatan kira-kira 50 orang penyokong Saiful turut kelihatan berkumpul. Mereka memakai baju bertulis "Liwat tetap liwat". 9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah. Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu. 9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah. 8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya. 8.40am: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat. Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen. Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah. Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus. Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan. 8.30am: Seorang penyokong Anwar jatuh kerana sawan. Kawan-kawannya tampil menolong dengan mengipas dan menteramkannya. "Tenang, kami tunggu kamu," kata salah seorang daripada mereka. Lelaki itu kembali OK selepas 15 minit. 8.20am: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah. Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah. Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah. 8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi" , "lawan tetap lawan" dan "bebas Anwar". Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis "rakyat hakim negara". Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat. Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan. 7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan. Mereka melaungkan "lawan tetap lawan" dan "hidup Anwar". Naib presiden PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong. "Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak," katanya. Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut berucap. Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan "Reformasi". 750am: Ramai anggota parlimen Pakatan sudah tiba, termasuk Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Pasukan peguam dilihat memasuki mahkamah melalui pintu depan dan helikopter polis juga sedang berlegar-legar di angkasa memantau perkembangan. 720am : Sebanyak 30 pas masuk dikatakan disediakan kepada anggota keluarga Anwar, 38 pas untuk media dan 20 pemerhati antarabangsa dan 10 lagi untuk pemerhati tempatan. Kawalan keselamatan di mahkamah ketat. 610am: Kira-kira 20 bas penyokong Anwar berkumpul di Masjid Sultan Zainal Abidin untuk memulakan solat Subuh.. | ||
Mahkamah Belum Jatuh Hukum, Laju Pulak Putrajaya Keluarkan Kenyataan Tentang Hukuman Ke Atas Anwar Posted: 10 Feb 2015 08:00 AM PST LANGSUNG 1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Ia melibatkan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu. 1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan. 1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang "Reformasi" dan "Hidup Anwar". 1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes. 1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman. Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan. | ||
Tanpa Anwar, jalan berliku di depan Kak Wan Posted: 10 Feb 2015 07:15 AM PST Di mahkamah, perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya apabila beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah paling tinggi di negara ini. Dalam politik, adakah ini juga bermaksud jalan mati untuk Pakatan Rakyat yang dipimpinnya selama ini? Anwar, 67, nampaknya akan terketepi daripada arena politik hampir satu dekad. Ini kerana, selepas merengkok lima tahun dalam penjara, beliau akan berdepan lagi sekatan daripada aktif berpolitik untuk tempoh sama. Dengan umur 77 tahun apabila selesai menjalani hukuman penjara (75 jika berkelakuan baik), sudah pasti sukar sekali untuk beliau membuat penampilan kembali di arena politik. Walaupun beliau pernah melakukannya pada 2008, keadaan selepas ini berbeza sama sekali. Anwar sebelum ini menegaskan akan berjuang "tidak kira sama ada di luar atau di dalam penjara". Hudud, p'raya PBT Bagaimanapun, dalam Pakatan, peranan Anwar bukan sahaja berjuang di barisan depan, tetapi juga menjadi pengikat untuk menggandingkan DAP dan PAS, selain memberi inspirasi kepada pemimpin muda PKR. Dengan Anwar di balik tirai besi, Pakatan pasti berdepan ujian getirnya, lebih-lebih lagi ketika ketegangan hubungan PAS-DAP ekoran perselisihan dalam isu hudud dan pilihan raya tempatan. Azizah mungkin tiada pilihan selain melangkah ke lompong yang ditinggalkan suaminya seperti yang dilakukannya sebelum ini. Tetapi dapatkah beliau memimpin gabungan tiga parti itu dengan baik? Malah, pencalonnya sebagai pengganti menteri besar Selangor sebelum ini juga gagal mendapat kata sepakat dalam Pakatan. Sementara dalam PKR sendiri muncul pemimpin muda seperti Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang amat menyinar. Jalan Azizah, atau lebih mesra dengan panggilan sebagai Kak Wan, mungkin berliku jika pihak-pihak itu turut mengintai kerusi nombor satu dalam PKR. Bagaimanapun, seperti juga Pakatan dan PKR, badan kehakiman juga dilihat berdepan masalah tanggapan negatif, termasuk di peringkat antarabangsa, dengan keputusan hari ini. Malaysiakini | ||
Ucapan DS Anwar Dalam Makhamah Membuatkan Hakim Hakim Diam Membisu ?? Posted: 10 Feb 2015 06:30 AM PST sila renung wajah wajah ini..sehingga anda kenal rupa mereka.. pastikan anda kenal dan ingati wajah mereka... manalah tahu di takdirkan terjumpa mereka di mana2 dalam mereka memerlukan pertolongan... seperti pertolongan tayar kereta mereka pancit,kereta kehabisan minyak,rumah mereka terbakar,.... so jangan tolong depa..... biarkan mereka merasa susah... | ||
Gambar terbaru Anwar bersama keluarga. Posted: 10 Feb 2015 06:00 AM PST Assalammualaikum wbt slmt ptg, semoga Wan Azizah dan keluarga tabah menghadapi dugaan yg hebat melanda keluarganya , Allah swt sentiasa tahu apa yg tersurat dan tersirat Insyaallah. Usaha telah dilakukan.Tapi undang2 civil yang bukan berpandu kpd Al-Qur'an menghantar beliau ke penjara.Undang2 civil adalah undang Sekular ciptaan Lord Reid. Liwat mesti dibawah undang Syariah,Tapi perlembagaan Negara lagi tinggi dari Kur'an.Sebab itu kita berjuang menegakkan hukum Allah sekali gus beriman dengannya. Teruskan perjuangan wahai shbt...Jngan bersedih.La.tahzan.Kita punya Allah tempat mengadu. | ||
Anwar Hilang Kerusi Parlimen Permatang Pauh Posted: 10 Feb 2015 05:15 AM PST Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayaya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh. Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman." Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan. "Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti. Ikuti perkembangan terkini di sini: * Anwar terus bercakap sambil hakim berjalan keluar walaupun Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria memintanya berhenti mengecam kehakiman. * Hakim meninggalkan kamar mahkamah ketika Anwar mengkritik kehakiman dari kandang. "Ini satu pemalsuan yang jelas dan konspirasi politik bagi menghentikan karier politik saya. Penghakiman bertulis yang lengkap diletakkan di laman web pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas Yang Arif menyampaikan penghakiman, malah sebelum hukuman dijatuhkan." Semuga Allah SWT Membalas Segala Perbuatan Hakim Hakim Yang Bersubahat Dengan Sang Penguasa - AMIN. | ||
Penyokong PR Larang Penyokong PR Yang Lain Provoke Polis - Tindakan Bijak & Matang. Posted: 10 Feb 2015 04:30 AM PST Bagus. Ini bukan pentas kita. Pentas tak sama rata, padang senget, perlawanan ini berat sebelah, kalau kita ikut emosi kita yang kena balik.Balik rumah, susun strategi perlawanan dan lawan mereka gunakan kebijaksanaan akal. Biar mereka yang jatuh.Sampai bila kita harus biarkan diri kita menjadi mangsa dan dimangsakan dan sentiasa kalah, kalah, kalah dan kalah. Betul tak?Pentas tidak adil ini bukan favor pada kita pun. Perlu kita teliti juga kesan dan risiko setiap tindakan ke atas diri kita. Baik kita fikir taktik lain. Taktik yang mana dorang punya undang2 dorang sendiri yang kena balik. Kita cool, bertenang dan bersabar. Apa pun aku ucapkan tahniah kepada penyokong2 PR yang berjaya mengawal emosi sendiri dan emosi orang lain dengan tidak melakukan sebarang provokasi dan keganasan ke arah pihak berkuasa. Anda bijak jauhi kebodohan. --------------------- Sekumpulan 500 orang dipercayai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersurai dan menghalang laluan keluar kompleks Istana Kehakiman di sini hampir ditembak dengan meriam air oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan, FRU. Sejak berita keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat, kumpulan penyokong berkenaan telah beralih ke bahagian belakang kompleks mahkamah untuk berhimpun. Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) cuba memasuki kawasan mahkamah. Setelah provokasi berlangsung sehingga jam 3 petang tadi dan beberapa loceng amaran dibunyikan, pasukan anggota FRU berbaris keluar untuk menyuraikan halangan manusia. Beberapa objek seperti botol air, kon plastik dan batu turut dilihat dilontarkan kepada pihak berkuasa namun individu yang bertindak sedemikian telah diberi amaran oleh penyokong-penyokong PR yang lain.
Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi. Seorang pemimpin perhimpunan PR kemudiannya dilihat telah mengeluarkan arahan kepada para penyokong untuk berkumpul pula di Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya. -Awani- | ||
DS Anwar Dijatuh Lima Tahun Penjara !! Posted: 10 Feb 2015 03:49 AM PST Mafiaboss Melayu Ini harga pengorbanan untuk masa depan negara, kata Anwar kepada Wan Azizah... Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan untuk terus tabah kerana apa yang dilalui sebelum ini adalah harga sebuah pengorbanan membentuk masa depan sebuah negara, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Isteri kepada ketua pembangkang itu berkata, bukanlah mudah untuk mengumpulkan semua kekuatan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini. "Apa yang Anwar pesan untuk terus tabah kerana ini harga sebuah pengorbanan untuk masa depan negara kita. "Kami mencari kekuatan itu kerana kita memikirkan masa depan, menuntut keadilan dan menentang kezaliman. "Kita di sini bersama sebagai warga Malaysia. Bukan hanya untuk Anwar tetapi kepada semua mangsa yang kita perjuangkan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan