WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bukti tunjuk Anwar bebas, hanya jika mahkamah bebas, kata pemerhati
- Politik Malaysia berubah kerana Anwar?
- Golf harus jadi sukan rakyat, kata Najib
- BUDAK BALING DAGING KHINZIR DITANGKAP
- Mesyuarat Pakatan Rakyat selesai dalam suasana membina
- Asal Kepimpinan Ulama Dalam PAS Adalah Dari Syiah Iran
- Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS...
- Tunku Abdul Rahman 1988 - "Biarlah Saya Mati Dalam Perjuangan"
Bukti tunjuk Anwar bebas, hanya jika mahkamah bebas, kata pemerhati Posted: 08 Feb 2015 08:20 PM PST Esok, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui untung nasib beliau, sama ada hilang kedudukan politiknya, atau dibebaskan daripada dakwaan liwat dan terus kekal sebagai ketua pembangkang. Mahkamah Persekutuan bersedia mengumumkan keputusan kes kontroversi yang bermula pada 2008, ketika Anwar mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah. Ia kali kedua beliau berhadapan dakwaan liwat, selepas kali pertama pada 1998 susulan pemecatannya daripada kerajaan. Anwar berasa nikmat kemenangan pada 2012, apabila Mahkamah Tinggi membebaskan beliau, namun Mahkamah Rayuan tahun lalu mengetepikan keputusan itu, beberapa hari sebelum beliau dijadualkan bertanding pilihan raya kecil Kajang. Mahkamah Persekutuan akan memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan atau kekal dengan keputusan Mahkamah Tinggi. The Malaysian Insider mendapatkan pandangan pemerhati mengenai jangkaan mereka terhadap keputusan esok. Mereka berpendapat, kemungkinan Anwar akan dibebaskan, namun tangan-tangan "politik" mungkin muncul dan menyaksikan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara buat kali kedua. TMI: Berdasarkan pemahaman anda mengenai kes ini, bagaimana anda menjangkakan keputusannya, dan mengapa? Phil Robertson, timbalan pengarah Hak Asasi Manusia (Asia) Human Rights Watch: Menyedihkan, saya berpendapat beliau akan didapati bersalah. Kebanyakan mereka dalam komuniti antarabangsa, dan kerajaan lain turut mempunyai pendapat yang sama. Kes ini satu lagi contoh di mana Malaysia membuat sesuatu yang menjatuhkan dirinya sendiri. Banyak isu yang perlu diselesaikan namun atas sebab-sebab tertentu kerajaan obses untuk mengambil tindakan terhadap pembangkang berbanding menyatupadukan rakyat. Saya berpendapat beliau akan disabit kesalahan kerana kerajaan bertungkus lumus menggunakan sistem yang ada dalam kes ini. Kami berharap mahkamah akan bebas dan tidak berpihak serta membuat keputusan berdasarkan bukti. Kerajaan merosakkan imej Anwar selama tujuh tahun melalui pendakwaan ini, yang kesannya besar terhadap pengundi Melayu – mereka menuduhnya dengan teruk sekali, melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepercayaan masyarakat Melayu berhubung orientasi seksual dan jantina, mendakwa beliau atas sesuatu yang bukan merupakan satu kesalahan, memanjangkan kes, mengalih perhatiannya daripada tugas sebagai ketua pembangkang, dan cuba menyumbat beliau balik ke penjara. Keseluruhan proses itu amat memalukan. Hakikat yang kerajaan tetap meneruskan tindakan itu menunjukkan kurangnya visinya terhadap bagaimana Malaysia dilihat di mata dunia. Ini titik hitam untuk Malaysia. Saya berpendapat, kerajaan akan berhadapan kemarahan yang hebat di peringkat antarabangsa jika Anwar dipenjarakan. Lim Chee Wee, presiden Majlis Peguam: Anwar harus dibebaskan, mudah sahaja, kerana bukti yang lemah. Dalam banyak aspek, kebarangkalian mencadangkan pendakwaan terpilih dan konspirasi. Dr Bridget Welsh, penyelidik kanan Pusat Kajian Demokratik Asia, Universiti Kebangsaan Taiwan: Saya berpendapat tidak elok kita membuat spekulasi terhadap kehakiman, biarkan hakim membuat keputusan mereka berdasarkan lunas-lunas perundangan. Jika begitu keadaannya, daripada perspektif perundangan, daripada beban pembuktian, beliau akan dibebaskan. Jika sebaliknya, itu keputusan politik. Kes itu perlu dilihat secara keseluruhannya. Jelas terdapat beberapa persoalan di sini daripada segi pelaksanaan undang-undang. Namun yang penting, biar pihak kehakiman jalankan tugas mereka. Persoalan berkenaan cara pengendalian bukti, persoalan berkenaan penggunaan undang-undang daripada segi pendakwaan terhadap beliau, dibandingkan dengan orang lain (dibangkitkan). Ia kelihatan seperti pendakwaan terpilih. Datuk Sri Ambiga Sreenevasan, penaung Negara-Ku: Saya tidak boleh menjangkakan keputusan pada Selasa ini. Bagaimanapun, berdasarkan hujah yang dilaporkan dan yang saya dengar di mahkamah, saya menjangkakan beliau akan bebas. Selain isu perundangan, saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan kes liwat DSAI (Anwar). Sudah tiba masanya ia dihentikan. Beliau bukan Superman! Tidak bolehkah mereka jawab saja hujahnya di Parlimen? Kes ini, pada pendapat saya, mencerminkan rasa tidak selamat pihak yang berkuasa. Dr Ooi Kee Beng, timbalan pengarah, Institut Kajian Asia Tenggara: Sekiranya keadilan wujud dalam kehakiman, jika kita ada kehakiman yang tidak dapat disangsikan, saya rasa beliau akan dibebaskan... ia lebih daripada sekadar keraguan yang munasabah. Jadi, sekiranya saya melihat keseluruhan kes ketika ini, jika saya melihatnya hanya berdasarkan perundangan, pihak pendakwa kelihatan tidak melakukan tugas dengan sempurna. Namun, ini hanya jika perundangan itu tidak dapat disangsikan. Bagaimanapun, saya rasa keputusannya 50-50. Kerana kita perlu mengambil kira kemungkinan sebenar isu politik yang terlibat di sini. Dalam kes ini, kita memang syak sesuatu yang mencurigakan berlaku. Saya tidak fikir ada penganalisis yang tidak mengesyaki sebarang manipulasi politik dalam perbicaraan yang memakan masa begitu lama ini. Selain daripada kes Anwar, berapa ramaikah lagi rakyat Malaysia yang didakwa dan disabit atas kesalahan liwat? Saya tak yakin tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak melakukan liwat. John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia: Sukar meneka keputusannya, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan. Ini bukan sahaja pendapat saya, malah kerajaan dan organisasi hak asasi manusia turut merasakannya. Ini perbicaraan politik. Fikirkan tentang hakikat yang, dalam sejarah Malaysia, hanya tujuh kes seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dua daripadanya melibatkan Anwar. Dan, pastinya kedua-duanya dihadapkan pada ketika yang baik daripada segi politik untuk kerajaan. Jika hakim membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta, Anwar akan dibebaskan. Mark Trowell, peguam Australia yang memerhatikan perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi bagi pihak Inter Parliamentary Union, menulis buku 300 muka surat menjelaskan secara terperinci segala bukti dan keterangan. Saya percaya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat; sementara Mahkamah Rayuan bertindak seperti mahkamah kangaroo, mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman hampir serta merta, yang mana keseluruhan kes mengambil masa dua hari sahaja. Saya kagum Mahkamah Tinggi bersetuju dengan perbicaraan yang agak lama dan soalan yang ditanya tidak berat sebelah. Peguam baru Anwar, Gopal Sri Ram, menyerang pendakwa raya kerajaan habis-habisan. Sudah pasti, saya berharap Anwar akan didapati tidak bersalah. Tetapi, ini Malaysia, siapa tahu? Kita sudah banyak kali dikejutkan sebelum ini. – 9 Februari, 2015. |
Politik Malaysia berubah kerana Anwar? Posted: 08 Feb 2015 08:16 PM PST
LANDSKAP politik Malaysia dilihat mengalami perubahan agak drastik selepas berlakunya pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno pada 2 September 1998. Pemecatan Anwar itu disusuli dengan gelombang reformasi termasuk himpunan jalanan yang kemudian disusuli dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kisah Anwar berterusan mendapat perhatian apabila turun naik mahkamah bagi berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk kes liwat. Pada 14 April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Kes liwat membabitkan Anwar itu jelas menggemparkan negara apatah lagi apabila beliau disabitkan bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar pada 2 Ogos 2000 dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Pada 2 April 2002, usahanya membuat rayuan terakhir bagi melawan keputusan pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Persekutuan gagal. Manakala, pada 18 April 2003, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwatnya itu yang menyatakan beliau bersalah meliwat Azizan. Namun, Anwar dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan sabitan dan hukuman berhubung kes liwat tersebut pada 2 September 2004 yang lalu selepas enam tahun dipenjara. Melalui penghakiman setebal 88 muka surat, hakim Abdul Hamid berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes seperti yang dikehendaki undang-undang berkaitan. Pembebasan Anwar itu genap selepas enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Di sebalik liku-liku yang dilalui Anwar, kemudian lahirnya Pakatan Rakyat yang memperkuatkan perikatan pembangkang di negara ini. Meski jalinan kerjasama politik pakatan yang menggabungkan PKR, Pas dan DAP dilihat semakin goyah kini, namun hakikat harus diakui, susuk tubuh Anwar lah pencetus kepada semua ini. Esok, 10 Februari akan menjadi detik paling penting, bukan sahaja buat Ketua Pembangkang itu, keluarga... namun sudah pasti, Pakatan Rakyat keseluruhannya. |
Golf harus jadi sukan rakyat, kata Najib Posted: 08 Feb 2015 02:10 PM PST Nak beli set golf ka nak bagi anak belajar kat sekolah.Nak beli set golf ka, atau nak bayar utang rumah kereta, macam macam lagi la....pendapatan..????yellekPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu golf bukan saja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia. Beliau berkata, sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf dan berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini. "Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di Kuala Lumpur, hari ini. Mengenai kejohanan itu yang bermula Khamis lepas, Najib berkata ia menarik minat kira-kira 450 juta penonton di seluruh dunia untuk menyaksikan permainan yang amat menarik itu. Najib turut mengucapkan tahniah kepada pemain golf negara Danny Chia yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan itu dan Gavin Kyle Green yang dinobatkan sebagai pemain amatur terbaik kejohanan itu. "Kita melihat semakin ramai pemain profesional Malaysia bersaing pada peringkat tertinggi pada masa akan datang," katanya. Najib juga memuji Maybank kerana menjadi penaja utama yang sangat baik sejak 10 tahun acara itu diadakan. "Tahun ini, hadiah wang tunainya lebih banyak dan saya berharap ganjarannya menjadi lebih besar pada tahun mendatang," katanya. – Bernama, 8 Februari, 2015. |
BUDAK BALING DAGING KHINZIR DITANGKAP Posted: 08 Feb 2015 07:02 AM PST dari sumber facebook...baca dulu..faham... PEMUDA UMNO DISYAKI DIUPAH BALING DAGING BABI KE DALAM MASJID DITANGKAP!biar betul ?????Budak yang disyaki baling daging khinzir ini Islam ke? Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga/ Air, Pulau Pinang awal semalam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis. Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. "Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya |
Mesyuarat Pakatan Rakyat selesai dalam suasana membina Posted: 08 Feb 2015 01:56 AM PST Oleh: JebonMesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang bermula pada pukul 2 petang tadi berlangsung dalam suasana mesra dan membina.Tidak seperti digembar-gemburkan media arus perdana, berkemungkinan akan berlaku perang mulut antara DAP dan PAS berhubung isu-isu yang berbangkit - pemimpin yang hadir - terutama dari ketiga-tiga parti tidak menimbulkan sebarang perkara yang membawa ketegangan. Kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang melengkapkan korum mesyuarat majlis presiden yang telah tidak bersidang sejak setahun lalu. Mesyuarat kali ini disifatkan sebagai perbincangan 'ringan' dan lebih kepada meraikan Anwar yang mungkin meninggalkan mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk tempoh lebih lima tahun jika disabitkan kesalahan dalam kes liwat pada 10 Februari ini. Kesemua pemimpin bersetuju untuk tidak membincangkan agenda Hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan yang akan menukar mesyuarat menjadi medan bertikam lidah. Seorang pemimpin tinggi parti yang hadir dalam mesyuarat itu berkata solusi yang dikeluarkan pada hujung pertemuan menetapkan isu Hudud dan pilihan raya PBT akan diperbincangkan dalam satu mesyuarat khas yang akan diadakan kelak. "Keputusan mesyuarat ialah isu seperti Hudud dan pilihan raya PBT akan dibincangkan dalam satu mesyuarat lain dan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan menanganinya. Pakatan juga akan menganjurkan konvensyen pada Mei depan untuk menguatkan gabungan," katanya. Pujian wajar diberikan kepada perwakilan DAP dan PAS yang tidak membuat bising sebagaimana yang mereka lakukan di media massa. Konvensyen Khas Pakatan pada bulan Mei depan diharapkan akan memperkuatkan kembali Pakatan, terutama menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang dijadualkan pada Jun. Kongres itu penting bagi memberi isyarat kepada perwakilan PAS agar tidak memilih pemimpin yang anti Pakatan dan merenggangkan lagi hubungan antara puak ulama dan profesional dalam parti tersebut. |
Asal Kepimpinan Ulama Dalam PAS Adalah Dari Syiah Iran Posted: 08 Feb 2015 12:52 AM PST Kepimpinan Ulama di Iran berjaya kerana wilayah pengaruh Iran bertambah selrpas revolusi =>Iran, selatan Iraq, Syria, Yaman, Bahrain. Kepimpinan Ulama dlm PAS pula makin hilang wilayah Kedah, Terengganu., Perak dan hampir2 Selangor. Padahal kepimpinan ulama PAS ni berasal dari Syiah Revolusi Iran. Kenapa ya? Hakikatnya, konsep kepimpinan ulama bukan dari tradisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ia berasal dari tradisi Syiah dan menjadi popular selepas Revolusi Iran. Dalam dunia Ahlus Sunnah, sekitar tahun 1824 Khalifah Uthmaniyyah telah melaksana reformasi dalam pentadbiran Khilafah Uthmaniyyah yang dipanggil Tanzeemat. Di mana kuasa para ulama dalam kerajaan Uthmaniyyah telah dikurangkan dan dibatas dengan sebegitu banyak. Dan reformasi ini tturut disokong oleh ulama2 Uthmaniyyah. Mengapa? Kerana para ulama Uthmaniyyah pada masa itu mengakui ilmu2 dalam kitab2 para ulama tidak mencukupi untuk menghadapi cabaran yang begitu hebat ke atas Khilafah pada masa itu. Dengan kata lain para pendokong kepimpinan ulama dalam PAS harus sedar mereka bukan sahaja mengambil budaya Syiah mereka juga telah melanggar arahan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1800an dahulu. www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini Read more!(Selanjutnya) Anda mungkin juga meminati: TULANG BESI |
Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS... Posted: 08 Feb 2015 12:45 AM PST Ini kumpulan kong kali kong nihhhh...tak leh pakai nih...Hatta Ramli dok di jalanraya dah..puak puak ni kencing bercabang lagi...Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi---oleh greenbox Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden. Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini. Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini. Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan. Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama. Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan. Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini. Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI ULASAN GB Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS. Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai. Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini. Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS. GB pernah mengulas sebelum ini: Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden? Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul. Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. PASMA dituduh penebuk kapal PAS, mereka dituduh membentuk jemaah di dalam jemaah. Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan siapa yang sebenarnya "penebuk kapal" yang bakal menghancurkan PAS? Siapa yang membina jemaah dalam jemaah jika bukan golongan yang dinamakan pro-ulamak ini? Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban. Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini. Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya. p/s sekadar makluman, tindakan golongan pro-ulamak di atas sentiasa mendapat liputan media massa UMNO ...tahniah! |
Tunku Abdul Rahman 1988 - "Biarlah Saya Mati Dalam Perjuangan" Posted: 08 Feb 2015 12:38 AM PST |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan