Ahad, 8 Februari 2015

dollah yankee

dollah yankee


Hadir sebab tak boleh lari?

Posted: 08 Feb 2015 06:24 AM PST



Kah..Kah..Kah.. Hj.Hadi tak boleh lari sebab meeting Majlis Pemimpin tinggi PR itu dijadual selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS. 

Pemimpin PR yang lain-lain telah hadir di banggunan itu sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS selesai...Kah..Kah..Kah..(memang Anwar ni cukup champion!).

Memandangkan semua pemimpin tinggi PR ada, jadi Hj.Hadi mahu tidak mahu terpaksalah tunggu juga walaupun hati tak rela.

Tetapi yang menjadi tandatanya pula ialah Hj.Hadi dengan pantas lari sebaik saja mesyuarat Majlis pemimpin tinggi PR itu selesai dan dia juga tidak menyertai yang lain-lain dalam sidang media. Selalunya semua pemimpin akan duduk sekali untuk sidang media bersama.

Persoalan besar ialah, apa kah Hj.Hadi akan bersetuju dengan apa-apa juga keputusan-keputusan yang dicapai SELEPAS mesyuarat tadi? Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Satu Anwar tiada, Sepuluh Anwar akan ganti !!!


Tiada ulasan: