Khamis, 19 Februari 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anwar Ibrahim: Pilihanraya dah Dekat, Sambutan Yang Cukup Baik

Posted: 19 Feb 2015 11:29 AM PST


Kes pembunuhan Altantuya: penyiasatan perlu di lakukan semula

Posted: 19 Feb 2015 02:14 AM PST

aspan alias

Korporal Sirul, salah seorang dari dua orang anggota keselamatan negara yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya Sharibuu dari Monggolia sudah mula bercakap dengan media. Beliau yang sekarang di dalam tahanan pihak Immigresen Australia telah meninggalkan negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati keatas beliau dan seorang lagi anggota yang bersama-sama dihukum gantung, iaitu Ketua Inspektor Azilah yang kini berada dalam tahanan negara ini.

Walaupun beliau (Sirul) dalam tahanan di Australia, beliau masih mendapat akses kepada media massa di negara ini kerana beliau diberikan kemudahan berkomunikasi melalui internet dan telefon bimbit. Beliau telah memberitahu portal berita tempatan yang beliau sedang diminta oleh media di Australia untuk 'tell all' dalam isu pembunuhan ngeri yang dilakukan keatas Altantuya. Beliau telah memberitahu media sedikit 'input' dengan menyatakan yang pembunuh sebenar masih bebas dan berkeliaran di negara ini.

Apabila berita sebegini keluar tentunya ia akan membawa tanda tanya dan kecurigaan rakyat bukan sahaja bagi rakyat negara ini tetapi juga masyarakat antarabangsa. Sirul sempat memberitahu yang beliau adalah anggota keselamatan yang bertindak diatas arahan. Beliau bukan tidak sayang kepada PDRM atau negara tetapi beliau bertindak diatas arahan sebagai anggota keselamatan beruniform.

Satu persoalan penting ialah, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu? Isu ini tidak terjawab dalam Mahkamah kerana pihak pendakwa tidak menumpukan tentang motif pembunuhan itu. Ratusan hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi pihak pendakwa tidak pernah bertanya tentang siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dan tidak berusaha untuk mendapatkan motif pembunuhan itu.

Motif pembunuhan itu sangat penting kerana yang dibunuh oleh Sirul dan rakannya Ketua Inspektor Azilah itu tidak mengenali mangsa pembunuhan itu dan lojiknya tidak mempunyai sebab mereka berdua melakukan pembunuhan itu.

Walau bagaimana pun Sirul belum lagi membuat keputusan untuk 'tell all' itu dan jika beliau membuka mulut dan memberitahu perkara sebenarnya maka negara akan berhadapan dengan satu lagi isu besar yang melibatkan tumpuan rakyat negara kita dan masyarakat antarabangsa.

Buat masa sekarang ini elok tidak di spekulasikan isu ini sehingga Sirul membuat keputusan samada beliau memilih untuk memberitahu segala-gala yang berlaku itu. Jika Sirul tidak memberitahu perkara sebenarnya maka beliau akan terus menjadi buruan pihak keselamatan negara untuk melaksanakan hukuman mati keatas beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Negara.

Bagi orang ramai, mendapat tahu siapa yang mengaturkan pembunuhan itu atau yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan amat penting bagi mereka. Ini masalah nyawa manusia, bukannya nyawa haiwan liar di hutan.

Orang ramai ingi tahu siapakah yang dikatakan oleh Sirul, pembunuh sebenar yang masih bebas itu. Tiada siapa yang boleh memaksa Sirul membongkar siapa yang beliau maksudkan itu.

Tetapi jika beliau bongkarkan maka banyak persoalan yang ada di dalam benak rakyat yang ramai ini sedikit sebanyak akan terjawab. Lebih baik lagi jika dicari jalan yang halal dari segi undang-undang untuk membuka kes ini kembali dan pihak polis wajar melakukan penyiasatan semula secara terperinci berhubung dengan pembunuhan kejam ini.
 
 

Makcik Felda Pun Dah Faham....

Posted: 19 Feb 2015 12:33 AM PST



UMNO kini seperti telah terperangkap dengan jeratnya sendiri. Setelah selama ini bermati-matian menafikan tiada konspirasi politik dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan, kini segala-galanya bagaikan terdedah satu persatu.

Jika sebelum ini, bermula dengan kunjungan Saiful ke rumah Najib Razak untuk mengadu diliwat sebelum membuat laporan polis dan perlantikan Shafee sebagai timbalan pendakwaraya sudah pun dikaitkan dengan motif politik, namun selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, unsur politik itu semakin tidak mampu disembunyikan lagi.

Kesediaan Shafee mengiklankan dirinya dan bercakap secara terbuka serta terperinci mengenai kejadian liwat yang didakwa berlaku antara Anwar dengan Saiful setelah hukuman dijatuhkan, akhirnya menyedarkan rakyat bahawa itulah antara tujuan utama perlantikannya.

Sudah tentu jika pasukan daripada Jabatan Peguam Negara yang mengetuai pendakwaan kes liwat itu, adalah mustahil mereka boleh terus bercakap dengan media atau tampil di forum anjuran parti politik sebaik kes berakhir dan hukuman sudah dijatuhkan.

Mereka pasti akan tutup buku dan menumpukan kepada kes yang lain pula. Tetapi kerana Shafee yang yang dilantik, semuanya jadi berbeza. Beliau melakukan apa yang tidak mungkin dilakukan jika Gani Patail misalnya mengetuai pendakwaan.

Setelah mengadakan pelbagai temubual dengan media dan bercakap di forum anjuran Pemuda UMNO, Shafee juga bersetuju untuk turun ke seluruh negara bersama Pemuda UMNO untuk terus bercakap lagi mengenai keburukan Anwar.

Sebagaimana yang beliau bercakap dalam dialog anjuran AKHI tempohari, yang dikisahkannya dalam jelajah itu nanti tentunya lebih kepada cerita-cerita dalam seluar yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan peribadi serta untuk mengasingkan lagi Anwar daripada sokongan rakyat.

Tidakkah ia sebenarnya bersifat politik?

Tidak cukup dengan itu, Shabery Cheek pula tampil menyatakan kesediaan RTM menyediakan ruang di televisyen bagi forum terbuka atau debat yang melibatkan Shafee itu. Sudah tentu tujuannya ialah supaya lebih ramai dapat mengetahui cerita-cerita sensasi yang didakwa melibatkan Anwar dan Saiful.

Sekali lagi, pastilah tujuannya untuk manfaat politik UMNO juga.

Kenapakah ketika ini RTM pihak begitu pemurah dan ghairah mahu memberi ruang kepada agenda membelasah Anwar sedangkan beliau sudah pun dihukum penjara?

Tidak cukup lagikah kejayaan memenjarakannya selama lima tahun itu?

Tetapi dengan AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin sudah menyahut cabaran untuk ikut serta dalam forum atau debat itu, kita tentu ingin mengetahui sama ada ruang di RTM itu masih terbuka atau sebaliknya.

Di sisi yang lain, jika UMNO selama ini mengatakan kes liwat ini adalah hal peribadi antara Anwar dengan Saiful, kenapakah setelah beliau dipenjara dan tidak mampu melawan lagi, serangan dan belasahan yang bertujuan mengaib dan memburuk-burukkannya lebih dahsyat dan tersusun lagi?

Bukankah ia sepatutnya dibiarkan berakhir seadanya saja? Apa lagi yang mahu dibuktikan kepada rakyat dengan pemenjaraan itu?

Kalau alasan adanya pertikaian banyak pihak mengenai hukuman yang diterima Anwar menjadi sebab perlunya Shafee terus diheret dan dijadikan "model produk iklan", pembebasan Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya juga dipertikaikan?

Dalam masa yang sama, hukuman mati yang diterima Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh model Mongolia itu sedangkan tiada motif diketahui dan siapa yang memberi arahan juga masih misteri, turut menjadi pertikaian ramai?

Kenapa tiada program jelajah atau penerangan ke seluruh negara mahu diadakan?

Berbuih sekali pun mulut pemimpin UMNO berhujah mengatakan tiada unsur politik dalam kes Anwar ini, tetapi yang nyata dan makin difahami oleh ramai orang adalah sebaliknya. Semuanya tersingkap satu demi satu oleh perjalanan masa.

Tidak ada sesiapa lagi, termasuk makcik Felda atau pengundi tua di hujung kampung yang tidak memahami bahawa kepentingan politik adalah segala-galanya kerana setelah jasad Anwar dipenjara, rupa-rupanya pengaruh politiknya juga yang ditakuti. ( SH 19/02/2015)
 
 
23 comments: 

 

Tiada ulasan: