Roslan SMS Corner |
| Kereta terbakar kepimpinan Presiden dipersoal (14/2/15) Posted: 14 Feb 2015 04:59 AM PST Berita kereta Dr Hatta Ramli, yang sebelum ini dituduh terlibat dalam kes pengkhianatan terhadap Presiden PAS dan Majlis Syura PAS, dibakar orang yang tidak dikenali, telah tersebar di media perdana dan alternatif. Kejadian "jahat" itu sangat dikesali dan diharap pihak polis akan segera menyiasat dan memberkas mereka yang bertanggungjawab. Dalam portal The Star Online, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah diminta mengulas insiden tersebut dan beliau menafikan ada orang PAS yang terlibat dalam insiden berkenaan. Khalid sebaliknya menuduh musuh-musuh politik PAS yang terlibat, berkemungkinan mahu mengambil kesempatan terhadap perbalahan yang berlaku dalam PAS.Namun resam Khalid ni beliau tidak akan berhenti setakat itu. Kalau itu sahaja komen beliau, bukan Khalid namanya. Dalam laporan yang sama Khalid terus mengambil kesempatan dengan menyebut: Even the demonstration last week was very silly.They are just trying to portray themselves as defending the leadership of the ulama and president, since it is election year (for the party),(Malah demonstrasi minggu lepas (merujuk kepada demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan terhadap pengkhianat dalam parti) juga dianggap "bodoh" Mereka kononnya mahu mempertahankan kepimpinan ulamak dan Presiden, memandangkan ini adalah tahun pemilihan (dalam parti)) Dari isu kereta terbakar beliau terus memanjangkan lidahnya:Khalid, who is Shah Alam MP, said the "ball is in the president's court" and urged him to step in to handle the situation. "Since this group claims to be staunch supporters of Abdul Hadi, they may listen to him if he instructs them to stop."But this is not the president's style, so we will have to wait and see. In a way, it is a challenge to his leadership as well," added Khalid. ("Bola" sekarang dalam "gelanggang presiden" dan menggesa beliau (Presiden) masuk campur untuk mengawal keadaan. Memandangkan kumpulan berkenaan (Ketua Pemuda Kuantan dan rakan-rakannya) adalah penyokong kuat Abdul Hadi, mereka mungkin ikut arahannya kiranya disuruh berhenti. Namun ini bukan "style" Presiden, jadi kita perlu tunggu dan lihat. Sebenarnya ini (insiden demo berkenaan) merupakan cabaran terhadap kepimpinan (beliau))Demikianlah politik Khalid. Dan dari kenyataan beliau itu tampak jelas Khalid ini memang punya prejudis terhadap Presiden PAS kini. Tidak hairan apabila diberi kesempatan bercakap dari inisden bakar kereta, Khalid boleh panjang-panjangkannya sehingga mengaitkan insiden lain dan terus kait pula dengan kepimpinan Presidennya sendiri.Tetapi hairan kenapa Khalid mahu Presiden PAS arahkan isu demo ini dihentikan? Kenapa Khalid yang selalu dilihat ke hadapan dalam isu-isu keadilan dan hak bersuara, malah terlibat juga dalam banyak demo sejak usia muda lagi boleh dalam hal ini punya sikap yang berlainan? Kenapa tidak Khalid arahkan Presiden segera tubuhkan jawatankuasa penyiasat, siasat dakwaan Ketua Pemuda PAS Kuantan itu. Jika benar ambil tindakan disiplin terhadap yang dituduhnya atau jika tidak benar bertindak terhadap Ketua Pemuda itu.Mengapa hak Ketua Pemuda Kuantan untuk mengemukakan kesnya mahu dinafikan dan dihentikan begitu sahaja? Atau mungkinkah kerana yang dituduh kawan-kawan belaka, maka lebih baik jangan dipanjang-panjang begitu?Dalam insiden ini Presiden tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi Khalid dengan mudah menuduh mereka yang berdemo itu sebagai penyokong kuat Presiden, apakah beliau bukan penyokong kuat Presiden? Beliau sokong siapa? Kenapa Khalid dari insiden bakar kereta boleh pula "twist" kenyataannya sampai membangkitkan "style" kepimpinan Presiden PAS pula? Apa kena mengena "style" Presiden dengan insiden bakar kereta ni?Mungkinkah "style" beliau lebih hebat dari Presiden lantas cuba menyatakan sesuatu? Kalau beginilah layanan dan sikap seorang pemimpin kanan PAS terhadap Presidennya sendiri, kemanakah PAS selepas ini?PAS baru sahaja kehilangan seorang Tok Guru. Dalam PAS rata-rata cuma ada dua orang tokoh Tok Guru besar, seorang Tok Guru Nik Abd Aziz dan seorang Tok Guru Hj Abd Hadi Awang. Perginya Almarhum Tok Guru Nik Aziz diratapi dan dirasai kehilangannya oleh kawan dan lawan, demikianlah tingginya martabat mereka yang ikhlas berjuang kerana Islam. Saya yakin Tok Guru Hj Abd Hadi turut disegani dan dihormati sedemikian rupa oleh semua apalagi akar umbi, ahli-ahli dan pendukung PAS.Meletakkan beliau sedemikian rupa, rasa saya sangatlah kurang manis, Sedih yang meletakkannya begitu rakan pemimpin dari parti yang sama. |
| After Nik Aziz the struggle continues (14/2/15) Posted: 14 Feb 2015 03:23 AM PST He is no longer around. Tributes and accolades are accorded to him day after day since last Thursday, the day he departed. Leaders from both sides of the political sphere, activist, dignitaries and even artists has nothing but high praises for him, the remarkable man, the "Tok Guru" who came out to lead one of the oldest political party in the nation and later became the Menteri Besar of Kelantan, in his "ulamak" way, conservative some may say, but continued as MB for almost 6 terms, strong as ever.The day he left, people wept openly, friends and foes openly admit that his absence would be a great loss for the nation. Whatever it may be, admittedly, Tok Guru Nik Aziz fought and struggled throughout his life for Islam. He led a state, where he infused Islamic principles and teachings in its administration and introduced rules and regulations in line with the religion.The question is now that he is gone, what next? What next for PAS and its Islamic struggle?According to his son who is also the MP for Pasir Mas and a PAS CEC member, Nik Abduh Nik Abdul Aziz: "My father wanted the struggle to carry on besides asking that the struggle to uphold Islam is continued. That was his last message to the family," Nik Aziz indeed left 10 children, but his last message as mentioned by Nik Abduh would in reality not only be their responsibility. In a larger scale he has in PAS over 1 million "family members", the party members who would readily continue the struggle, Islam in its true form would be upheld. Nik Aziz left a wish, and his wish are the same to all PAS members and those that sympathise their struggle. Unless and until Islam becomes the rule of the land, his struggle and their struggle continues. |
| You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan