Roslan SMS Corner |
Apa jadi kes pengkhianat dalam PAS? (11/2/15) Posted: 10 Feb 2015 08:22 PM PST Kisah Anwar Ibrahim kembali ke penjara mendapat liputan menyeleruh media. Seluruh rakyat Malaysia rata-rata simpati atas nasib yang menimpa Ketua Pembangkang itu dan keperitan yang terpaksa ditanggung keluarganya. Padatnya liputan berita berkenaan sehingga seakan menggerhanai kes pendedahan pengkhianat dalam PAS.Apa yang didedahkan tempuh hari oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan adalah sesuatu yang serius dan berat. Ianya perlukan tindakan segera kerana jika ada asas kebenarnnya, maka PAS telah digodam dari dalam sebegitu rupa demi mahu merebahkan Presiden dan Kepimpinan Ulamak yang disepakati oleh keseluruhan akar-umbinya. Tindakan sabotaj itu didakwa dijuarai oleh pimpinan kanan parti.Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS angkara sebegini rupa. Pihak yang berwajib tidak boleh memandang remeh perkara ini, kerana jika benar maka ianya sesuatu yang amat malang bagi parti dan ahli-ahlinya. Atau adakah kita menganggap pendedahan Ketua Pemuda Kuantan itu sebagai satu tohmahan dan fitnah?Sudahkah penyiasatan dilakukan? Pihak yang mendedah dan pihak yang didedah perlu disiasat sehalus-halusnya.Dalam tempuh penyiasatan, kedua-dua pihak perlu dirihatkan. Kita mahu menjuarai keadilan Islam, yakni keadilan sebenar, tetapi jangan pula kita nanti dilihat lebih teruk dari mereka yang kita tuduh. Jangan pula kita yang menjadi "selective prosecutor" (pendakwa yang memilih), kerana yang menuduh orang kecil, yang dituduh orang besar, maka kita sepikan sahaja.Sesungguhnya imej PAS telah tercalar dengan pertuduhan ini. Demi menyelamatkan gerakan Islam yang tercinta ini, maka sesuatu yang segera dan berkesan perlu dilaksanakan. Saya yakin dan percaya ahli-ahli dan pendukung PAS di luar sana tertunggu-tunggu akan tindakan oleh pimpinan parti. Jangan hampakan mereka yang merupakan akar umbi dan tenaga kekuatan kita.Semoga kebenaran terserlah dan kebatilan dihapuskan. |
Sepang Move lagi .... (11/2/15) Posted: 10 Feb 2015 07:56 PM PST Dalam posting saya "Sepang Move…."saya memulakan bicara dengan mendedahkan laporan yang kononnya ahli Parlimen Sepang yang juga AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dibelasah dalam mesyuarat JK PAS Pusat baru-baru ini. Saya memungut laporan itu terus dari portal berita "pro Pasma' The Malaysian Insider yang menyebut antara lain:Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti. Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu. TMI menyebut "sumber parti" bermakna ada orang dalam parti yang telah membocorkan perkara ini, jika ia benar berlaku. Kerana sumber itu memberitahu TMI kejadian dalam bilik mesyuarat, apa yang Hanipa bangkitkan, apa jawapan Presiden PAS dan reaksi beberapa AJK PAS Pusat yang hadir, cukup "detail" dan dramatik. Ini bermakna sumber itu datangnya dari bilik mesyuarat jua, bermakna ada AJK PAS Pusat yang membocorkannya. TMI turut menyebut:Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka. Bermakna dua "pengguna media sosial" di atas yang kononnya rapat dengan PAS (rapat dengan PAS atau rapat dengan pemimpin tertentu dalam PAS) di atas turut menjadi perkakas membantu laporan TMI itu.Kesimpulannya kelihatan ada pihak tertentu mahu "expose" apa yang dikatakan kejadian membelasah Hanipa itu demi mahu mencetuskan suasana buruk pada PAS dan pemimpin tertentu. Dan terus, Hanipa pula telah mengeluarkan kenyataan selepas itu, turut dipetik dalam TMI:"Saya ingin menyatakan di sini, segala laporan yang wujud di alam siber yang menjadi viral, termasuk laporan The Malaysian Insider tersebut, spekulasi semata-mata, yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab mengesahkan laporan spekulatif tersebut. "Saya juga ingin jelaskan, sebagai AJK PAS Pusat tidak wajar saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat kerana ia urusan dalaman PAS yang saya dan PAS tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa," kata Hanipa dalam satu kenyataannya yang dibuat awal pagi ini. " Turut dilaporkan:Mengenai dakwaan kononnya beliau dipukul Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, beliau berkata: "Saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu." "Razman kawan baik saya, jadi mana mungkin dia tergamak memukul saya. Maka saya menganggap dakwaan itu spekulasi semata mata," katanya. Sekejap kena pukul, sekejap spekulasi, sekejap tidak, mana satu yang betul TMI? Mana satu yang betul Hanipa?Saya merasakan asalnya ada sesuatu agenda yang mahu dilunaskan dari laporan pendedahan pertama TMI itu. Biar nampak buruk orang yang mencetuskan insiden ini, biar nampak buruk cara penggendalian mesyuarat. Tetapi mereka lupa bahawa laporan itu seakan mengakui bahawa ada mulut celupar yang telah membocorkan perjalanan mesyuarat sehingga laporan berkenaan dapat dinaikkan. Untuk mengukuhkan laporan itu diselitkan dua agen mereka iaitu Penarik Beca dan Zulhazmi. Kerana itu si yang dikatakan dipukul sehingga masih kononnya sakit-sakit kesannya terpaksa mengeluarkan kenyataan kedua di atas dengan menegaskan :"……sebagai AJK PAS Pusat tidak wajar saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat" Drama sungguh. Isunya Hanipa dipukul dalam mesyuarat, tidak siapa diluar yang tahu tetapi TMI yang telah dedahkan dengan bantuan "sumber parti" dan dua agen. Oleh itu siapakah yang bocorkan perkara ini jika ia benar berlaku? Pasti ada kerana TMI menyebut "sumber parti", melainkan TMI pembohong.Apa pun posting saya "Sepang Move…." bukanlah tertumpu pada insiden pukul yang sekejap berlaku sekejap tidak itu semata-mata. Posting saya itu lebih pada tuntutan yang diperlukan dari seorang pemimpin gerakan Islam. Akhlak dan keperibadian seorang pemimpin gerakan Islam mestilah benar-benar mencerminkan Islam yang mahu diperjuangkan. Berdasarkan laporan dari akar umbi PAS di Sepang, pengalaman mereka, harapan mereka, kerana itulah "Sepang Move" mahu dicetuskan, untuk apa? Untuk menjamin yang calon PAS yang mewakili PAS Sepang nanti biarlah seorang yang mulia akhlak dan keperibadiannya.Hanipa adalah wakil mereka kini, dan berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir dan pengalaman rakan-rakan di Sepang, sebagaimana lajunya kereta-kereta F1 yang berlumba di Litar Sepang, begitulah juga laju dan derasnya harapan mereka agar wakil ini dapat ditukar dengan yang lebih cucuk. Lantas sebagaimana "Kajang Move", mereka juga mahu "Sepang Move". |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan