Khamis, 26 Februari 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Selagi TG Haji Hadi Diberi Nafas, Ambil Lah Kesempatan

Posted: 25 Feb 2015 08:16 PM PST



Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Perjalanan seminggu yang penuh ilmu bersama ulama' ummah ini, kehidupan yang santai dengan ilmu yang cukup banyak dikongsikan, setiap kali selesai subuh berjemaah, pasti sahaja kami akan mendapat ilmu yang baru, sejarah ummah dan ketamadunan dunia ini 'cair' dalam pemikirannya,Subhanallah, jasadnya bagai sebuah universiti yang bergerak, penuh ilmu yang menjadikan taa'jub kala kita mendengar sirrah Rasulullah darinya..kita masih diberi masa untuk belajar darinya..ambillah kesempatan!!!

Kenyataan Akhbar :Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu

Posted: 25 Feb 2015 07:27 PM PST

1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.

2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.

3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.

Sekian

Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Najib umum Umno tak bertanding di Chempaka

Posted: 25 Feb 2015 03:36 PM PST

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak akan bertanding di PRK DUN Chempaka kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemulihan banjir serta pembaikan yang masih berjalan. Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Umno tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, keputusan yang dibuat selepas pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beberapa faktor sudah dipertimbangkan yang menyebabkan mereka tidak bertanding dalam PRK tersebut.

"Majlis Tertinggi (Umno) mengambil keputusan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil N06 Chempaka," kata Najib pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mempengerusikan mesyuarat Umno malam ini.

Najib menegaskan banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini juga sebagai faktor mereka tidak akan meletak calon di Chempaka.

"Kita ada beberapa sebab pokok mengapa kita ambil keputusan sedemikian, kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir dan pembaikan di mana kerja tersebut masih sedang berjalan.

"Selain itu, masih banyak pihak yang perlu terima bantuan dan ini kita letak sebagai keutamaan," katanya.

Selain isu banjir, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletak calon di Chempaka.

"Kedua, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya.

Menurut Najib, keputusan Umno tidak bertanding tidak perlu dipertikaikan, malah semasa pilihan raya Bukit Gelugor lalu, Barisan Nasional (BN) juga membuat keputusan untuk tidak bertanding.

Keputusan yang dibuat hari ini juga sudah mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.

Kerusi DUN Chempaka kosong selepas penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Ura-ura Umno tidak akan bertanding di Chempaka sebelum ini bertiup kencang, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga sendiri memberikan pandangan peribadi supaya tidak bertanding di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, keputusan ini bakal mengundang kritikan daripada banyak pihak, bahkan kumpulan pendesak Melayu Perkasa sebelum ini juga bertindak mengecam Umno yang enggan bertanding di Chempaka.

Pengumuman ini juga menimbulkan satu lagi spekulasi mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS. – 25 Februari, 2015.

Tiada ulasan: