Selasa, 10 Februari 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Posted: 10 Feb 2015 03:47 AM PST

20 Rabiul Akhir 1436 / 10 Februari 2015

"TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN"

PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.

Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Waran Penjara Anwar

Posted: 10 Feb 2015 02:08 AM PST



Semoga anwar tabah. Allah maha mengetahui.

Anwar peluk isteri selepas keputusan dibacakan

Posted: 09 Feb 2015 11:04 PM PST

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana meliwat bekas pembantunya.

Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.

"Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah)," kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.

Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.

Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.

Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.

Sementara itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman selepas keputusan itu diketahui.

- BERNAMA

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG LAPORAN YANG MENYATAKAN KONONNYA SAYA DIPUKUL DALAM MESYUARAT PAS PUSAT

Posted: 09 Feb 2015 07:47 PM PST

Saya merasa terpanggil untuk membuat kenyataan selepas melihat dan membaca laporan Malaysian Insider yang melaporkan kononnya saya dipukul dalam mesyuarat Pas Pusat pada hari ahad lepas.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa segala laporan yang wujud di alam cyber yang menjadi viral termasuk laporan Malaysian Insider tersebut adalah spekulasi semata mata yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk mengesahkan laporan spekulatif tersebut.

Saya juga ingin jelaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah tidak wajar untuk saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pas Pusat kerana ia adalah urusan dalaman Pas yang saya dan Pas tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa.

Saya dan Pas juga dalam masa yang sama tidak boleh menghalang sebarang spekulasi dibuat oleh mana mana pihak selain menyatakan bahawa spekulasi tidak boleh menggantikan kebenaran.

Saya juga ingin jelaskan jika sekalipun ada laporan yang menyatakan saya menegur Presiden Pas dalam mesyuarat itu ia bukan suatu yang luar biasa kerana Pas tidak pernah melarang mana mana ahli jawatankuasa Pas Pusat menegur Presidennya sebagaimana Presiden juga mempunyai hak untuk menegur mana mana orang di bawahnya. Saya percaya "reciprocity" ini suatu yang sudah lama wujud dalam Pas .

Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas Pusat saya dapati Presiden Pas masih boleh menerima kritikan sepedas sekalipun ke atas dirinya dan saya tidak nampak sikap beliau itu sudah berubah. Jika ada mana mana pihak dalam Pas yang merasakan kritikan kepada mana mana pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya apatah lagi kritikan yang dibuat di dalam mesyuarat adalah tidak dibenarkan saya percaya ini bukan dari ajaran Islam dan menyimpang daripada konvension yang Pas amalkan selama ini. Jika Presiden Pas boleh menerima kritikan maka adalah tidak masuk akal Presiden Pas akan merestui dan membiarkan amalan memukul ajk Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas adalah betul.

Mengenai dakwaan kononnya saya dipukul oleh Pesuruhjaya Pas Perak , Hj Razman Zakaria saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu . Hj Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya .Maka saya menganggap dakwaan beliau memukul saya adalah hanya spekulasi semata mata.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana disebalik keributan yang berlaku sebelum ini akhirnya mesyuarat majlis tertinggi PR dapat juga diadakan dan mencapai satu keputusan yang melegakan banyak pihak dan meyenakkan musuh Pakatan iaitu Barisan Nasional.

Percayalah hanya BN dan mereka yang cenderung kepada BN sahaja yang mahukan PR berpecah kerana mereka tahu perpaduan PR adalah ancaman besar dan bahaya kepada BN. Saya yakin tidak ada pemimpin PR yang naif dan tidak sedar hal tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar

MOHAMED HANIPA MAIDINAJK PAS PUSATAHLI PARLIMEN SEPANG

Tiada ulasan: