Kelab Greenboc |
- Nik Abduh Ditempelak, Sejak Bila PAS Buat Pendirian Tolak Pilihanraya PBT?
- [VIDEO] Milosuam: Alang-alang Dah Kena Jalan Terus...
- Haram Buat Binaan Kekal Di Kubur - Mufti Pahang
Nik Abduh Ditempelak, Sejak Bila PAS Buat Pendirian Tolak Pilihanraya PBT? Posted: 02 Feb 2015 01:45 AM PST Keadilan bukan hanya melalui p'raya' Penolakan PAS terhadap pilihan raya tempatan bukan pendirian peribadi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata pemimpin muda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz. Malah, kata anggota jawatankuasa pusat parti Islam itu, ia sudah lama ditolak oleh PAS. "Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin PAS sendiri," kata anggota Parlimen Pasir Mas itu. Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga mengulas panjang berhubung kedudukan pilihan raya dan hubungannya dengan demokrasi dan keadilan. Dalam kenyataannya semalam, beliau mengingatkan bahawa keadilan bukan hanya boleh dicapai melalui pilihan raya semata-mata tetapi pelbagai lagi kaedah termasuk sistem khalifah dan beraja.
KOMENTAR DI THE MALAYSIAN INSIDER ULASAN GB Pengkritik Nik Abduh adalah betul. Sejak bila PAS membuat keputusan tolak pilihanraya PBT? Ini menunjukkan Nik Abduh BERDUSTA apbila menyatakan pilihanraya PBT sudah lama ditolak oleh PAS. Sebutkan sejak bila, resoulusi muktamar tahun berapa atau mesyuarat AJK PAS Pusat yang mana menetapkan begitu? Kudua, memanglah keadilan tidak hanya dicapai melalui pilihanraya semata-mata. Tetapi di dalam kerangka sebuah negara yang mengamalkan demokrasi bukankah itu pilihan yang terbaik? Jika tidak, maka dipersilakan Nik Abduh letak jawatan sebagai ahli parlimen kerana jawatan itu diperolehinya melalui sistem pilihanraya yang ada kini. Seterusnya dengan berlagak pandai Nik Abduh berkata "Negara barat yang mempromosi demokrasi berpilihan raya, negara itulah juga yang mempertegaskan hak veto untuk mereka sendiri di PBB yang mematikan hak majoriti dalam memutuskan keputusan." Kita ingin bertanya kepada Nik Abduh, siapa di dalam PAS yang pernah menggunakan kuasa veto untuk mematikan hak majoriti dalam membuat keputusan di dalam siu MB Selangor yang lalu? Terlebih bagi anda bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir di negeri anda daripada berdusta dan berkata sesuatu yang tidak tahu mengenainya. |
[VIDEO] Milosuam: Alang-alang Dah Kena Jalan Terus... Posted: 01 Feb 2015 09:20 PM PST Milosuam: 'Kalau tak berani, berhenti sekarang' Penulis blog pro-PKR, Yusuf Al-Siddique yang mengendalikan blog Milosuam mengaku bahawa blog politik seperti yang dikendalikanya mampu menjana sumber pendapatan. Beliau bagaimanapun menolak anggapan umum yang menyangka mereka mempunyai majikan dari kalangan ahli politik sesetengah parti. Sebaliknya, pendapatan itu dijana dari pengiklan yang mengiklan di blognya kerana trafik pelawat yang tinggi. "Kalau nak kata saya dibiaya secara khusus (oleh ahli politik) you tulis blog I dibayar, itu tidak benar. "Adakah blog ini menghasilkan duit? Ada. Saya ada iklan jadi semua penulis-penulis ini ada mendapat bahagianlah. "Sebelum ini (duit) dari Innity dan Google Adsense - jadi memang ada menghasilkan duitlah," katanya yang mengaku mengendalikan blog itu bersama beberapa pengendali yang lain sebelum ini. Namun selepas kesnya dibicarakan di mahkamah, nama 'Milosuam' lekat sebagai nama penanya dan beliau dikenali dengan nama tersebut apabila pergi ke mana-mana selepas itu. Yusuf kini sedang merayu hukuman penjara dua tahun ke atasnya selepas diputuskan bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan menerusi rencana yang diterbitkan di blog Milosuam. Menurut Yusuf, beliau pada mulanya terkejut dengan publisiti yang diterimanya selepas ditahan beberapa hari sebelum pilihan raya umum tahun 2013. Menurutnya, beliau diberi sambutan seperti seorang selebriti apabila pulang ke Batu Pahat untuk membuang undi. "Apabila saya balik (Batu Pahat), saya pergi mengundi orang semua macam sudah kenal. "Datang dekat saya dan mahu ambil gambar kata saya pejuang beranilah dan ada keluarga yang bawa anak-anak, dia turut minta ambil gambar dengan keluarga dia. "Saya pun masa itu fikir agak-agaknya betul-betul kecoh (di luar lokap) sebab saya ada di dalam (lokap) saya tak tahu," kata Yusuf sewaktu diwawancara Malaysiakini. Menurutnya lagi, rakan-rakan penulis blog Milosuam yang lain tiada masalah apabila beliau lebih dikenali sebagai wajah kepada blog itu. Menurutnya, beliau sedia memikul beban tersebut kerana beliau yakin rakan-rakan penulis blog Milosuam yang lain akan turut berbuat perkara yang sama jika berada di tempatnya. "(Mereka kata) awak sekarang secara rasminya pemilik Milosuam. "Kalau orang lain kena, saya undur. Sekarang saya kena, orang lain undur dan buat kerja lain," katanya. Menurut Yusof, beliau turut pernah didekati ahli politik Umno yang mahukannya menulis tentang musuh ahli politik tersebut. "Kadang-kadang berlaku pergolakan dalam Umno - ada benda yang hendak disampaikan - jadi mereka minta saya tulis," katanya. Ditanya tentang perasaannya selepas didakwa dan dikenakan hukuman penjara dua tahun, Yusuf berkata: "Terus terang sebelum jatuh hukum saya agak takut. Saya rasa macam mungkin saya perlu kendurkan tulisan, jangan terlalu tajam. "Apabila sudah kena macam ini saya semakin bersemangat. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah kena, jalan terus. "Apabila dengar hakim kata kena penjara dua tahun saya terpukul tapi saat itu saya kuatkan mental. "Saya kata inilah sunnah pejuang - saya redha. Kalau masuk (penjara), masuklah". Kepada penulis-penulis blog pro-Pakatan Rakyat yang lain, Yusuf menyampaikan pesanan berikut: "Kita duduk dalam bidang ini bukan kita tak tahu risikonya. Dari awal kita melakukan sesuatu yang ada risiko yang tinggi. "Kalau tak sanggup hadapi risiko, duduk rumah makan kacang. Jalan ini yang kita pilih, risiko itulah yg kita perlu tanggung. "Kalau tak berani, berhenti sekarang".
|
Haram Buat Binaan Kekal Di Kubur - Mufti Pahang Posted: 01 Feb 2015 04:21 PM PST Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka. Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik. "Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar... itu tidak boleh. Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam. "Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri. Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai," jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat. Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu. "Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa... cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal. Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini. Sehubungan itu, ia tidak mengapa..." jelasnya. ULASAN GB Sudah menjadi semacam satu trend dan kegilaan "umat Islam di negara kita" untuk membuat binaan kekal dikubur, malah sudah menjadi semacam satu "pertandingan" untuk membuat binaan yang besar, cantik, mahal... sehingga menyebabkan si miskin pun terpaksa mengikut rentak si kaya membuat binaan (kijing) di kubur. Jika masing-masing tinjau di Arab Saudi, kubur Raja Abdullah yang baru meninggal dunia pun tidaklah dibuat sebarang binaan di atasnya. Jenazah Raja Abdullah telah disemadikan di kubur yang tidak bertanda di tanah perkuburan awam di Al-Aoud, Riyadh. Dalil mengapa haram dibuatkan binaan di atas kubur. Dari Jabir, ia berkata, Dari Jabir, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melarang dari memberi semen pada kubur, duduk di atas kubur dan memberi bangunan di atas kubur." (HR. Muslim no. 970). |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan