Isnin, 2 Februari 2015

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…

Posted: 02 Feb 2015 12:18 AM PST



Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati di depan… fitnah dihalalkan atas nama Khid'ah…. Kutukan di haruskan atas nama kritikan… cacian di bolehkan atas nama menegakkan kebenaran… namun hakikatnya mereka sendiri tahu sebenarnya mereka sedang menipu… ,menipu diri sendiri dalam sangkaan mereka menipu Allah dan orang beriman.

Pepatah arab menyebut " dia pukul kita dia yang menangis, dia yang zalimi kita dia yang mengadu…. Dia yang label orang… dia yang kata di label… jelas dan terang…. Dia yang mula label UG… seantero dunia di ratib UG yang di cipta dengan kefahaman khayalan sendiri… akhirnya dia yang mengadu di label munafiq haraki…. Dia yang sawan suruh keluar PR … tetiba melompat mengadu di halau dari PAS… "sawan kekhinziran" apakah ini???

Islam bukan lagi impian dan harapan yang nak di tegakkan… Hanya mengejar impian putrajaya tanpa peduli apa yang nak diisi dalam bangunan berkubah  hijau di sana… Kemarahan kepada umNo yang menentang Hudud tiada lagi setelah rakan sendiri (DAP dan PKR) juga bernada serupa. Salahnya kerana ia datang dari umNO bukan kerana Islam yang di musuhi…. Ayah sendiri dimaki dan di caci atas nama keterbukaan dalam melontar kritikan dan teguran… Sejarah Umar di mimbar di sadurkan sekalipun jauh tersesat dalam perbandingan…

Rahsia rumahtangga malah di bilik tidur boleh sampai ke telinga jiran tetangga sebelum ayah keluar dari bilik tidurnya,…. Anak manakah yang derhaka sebegini??? Atau isteri yang curang gila nak berlaki yang sedang mimpi tidur di singgahsana putrajaya???? Tabah dan sabarnya sang ayah… hanya di sindir isteri… kalau dah gila nak cari laki… pergilah… tak siapa menghalang… sang anak jua… pergilah kalau nak berayah tiri yang sedang meratib putrajaya dalam tidurnya di tengah hari di pondok di tengah sawah padi…. Adussss…..


Membaca tulisan dan lontaran Timbalan ketua Pemuda Pahangmenjadikan aku tersentak. Benarkah ada pimpinan jawatankuasa PAS Pusat malah di kecilkan tuduhan itu kepada Jawatankuasa harian terlibat dalam penyebaran pornografi Setiausaha Agong… begitu berani timbalan ketua Pemuda PAS Pahang ini. Maklumat manakah yang di jumpa??? Perkhabaran dari wikileaks atau sememangnya beliau punya bukti??
Siapa JK harian yang beliau maksudkan ?? masih samar … sebaran pornografi ini kalau dalam umNO dilakukan oleh unit sarafnya… untuk menjatuhkan tokoh yang tak di senangi… Ia mesti di lakukan dengan teliti… Takkanlah unit saraf PAS yang di maksudkan??? Nau'zubillah…. Semoga Allah lindungi pejuang Islam dari kerja terkutuk tesebut.

Apa pun … tuduhan itu sudah diketahui umum….. namun tiada respon atau desakan agar Timbalan ketua Pemuda Pahang itu untuk mendedahkan… kegilaan apakah ini??? Satu tuduhan yang sangat mencalar imej JK Harian Parti Islam tersohor di dunia di biarkan tanpa ada kepedulian???  Saya sangat berharap tuduhan itu palsu…

Jika tuduhan itu palsu .. ayuh kita mendesak agar penulis tersebut di ambil tindakan… jika beliau ada bukti yang meyakinkan … ayuh kita desak agar di dedahkan … agar tiada lagi bangkai busuk yang menghalang pertolongan Allah dalam bilik tidur utama Parti Islam ini. Jika di zaman nabi Musa … doa seorang Rasul memohon hujan terhalang kerana seorang pengumpat … apakah mungkin di harap kemenangan dari doa dan kerja kita dalam keadaan penyebar fitnah berada di kedudukan JK harian yang sangat tinggi dalam  hiraki jamaah Islam PAS ini??... ujian apakah ini ya Allah… bersihkan jamaah yang berjuang untuk agama Mu ini dari pengkhianatan sedemikian rupa ya Allah.. berat benar ujian menuju kemenangan…

Aku hairan sangat kerana tiada sambutan meluas terhadap pendedahan sebegini penting. Apatah lagi di lakukan oleh seorang yang mempunyai kedudukan sebagai pimpinan pemuda di peringkan negeri. Kalau tulisan peguam 7 undi yang di angkat oleh Ketua Pemuda Pusat dan meletakkan jawatan di dendang dan di sambut oleh hampir semua bloger dan keyboard worrior termasuk pimpinan  PAS Pusat … mengapa tuduhan terhadap JK tertinggi itu di senyapkan?

Lontaran sawan calon 7 undi itu hanya lontaran igauan mabuk beliau yang masih meratap 7 undi yang di dapatinya dari pemilihan lalu… di sambut dengan penuh bersungguh… apakah kerana itu membabitkan TG Presiden??? Ia bukan tuduhan kerana tiada apa yang perlu di buktikan… tak di layan pun tak merugikan… Mengapa tuduhan yang membabitkan batang tubuh setiap JK harian dari seorang pimpinan utama pemuda negeri yang menang tak di pedulikan??? Apakah bimbang ada kebenaran atau bukti yang diserlahkan???

Sekali lagi saya menuntut JK Harian agar mengambil tindakan atau setidak tidaknya mencabar Timbalan ketua Pemuda PAS Pahang agar mendedahkan bukti tuduhan berat itu…  



Tiada ulasan: