Kelab Greenboc |
[PENCERAHAN] Beberapa "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian TG Nik Aziz. Posted: 14 Feb 2015 12:42 AM PST Ada beberapa kejadian luarbiasa berlaku pada ketika kematian TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita bukan taksub, kita bukan mendewakan makhluk, tetapi ada beberapa beberapa hal dan kejadian berkaitan pemergian Allahyarham TG Nik Abdul Aziz menghadap Rabbul-Jalil. Pertama, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Memanglah kematian hari apa pun tidak menjadi hal asalkan saat penghujungnya baik atau dinamakan "khusnul khatimah", sebagaimana dalam hadits yang shahih : "Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya". [HR Bukhari dan selainnya] Tetapi bagi TG NIk Abd Aziz, ia dilengkapi dan diindahkan dengan terpilihnya Allahyarham menghadap Allah pada hari Jumaat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum`at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi] Kedua, semasa jenazahnya diangkat, awan mendung berarak persis memayungi keranda yang diusung. Memberi keselesaan untuk semua hadirin yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Tok Guru. Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan 'Allahuakbar' berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa. Ketiga, tarikh kematian beliau sama dengan tarikh kematian Imam Hassan Al Banna, Mujadid Islam abad ke 19. Keempat, pemergian Tok Guru Nik Aziz juga "berkebetulan" sama dengan pemergian Allahyarham TG Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaiatu ketika Anwar berada di penjara. Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002, yang mana pada tahun itu Anwar berada di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Sementara TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia selang beberapa hari Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh di atas tuduhan liwat. Ketiga-tiganya adalah pemimpin kesayangan dan harapan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Di dalam Islam, sebenarnya tiada apa yang dikatakan fenomena "kebetulan", kerana bagi orang yang beriman, semua hal dan keadaan adalah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Berangkat dari penegasan Allah dalam surah Ali Imran ayat 191 yang menegaskan "orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Ayat tersebut lebih lanjut menegaskan bahawa manusia dengan segala penelitiannya tentang alam semesta ini akan memberikan nilai kesempurnaan bagi Penciptanya, iaitu Allah. Maka, manusia harus mahu meneliti dengan memahami ingatan Allah tentang apa saja, termasuk tentang alam semesta agar memperoleh keyakinan yang sempurna terhadap keagungan dan kesempurnaan Allah dengan segala ciptaannya. I'tibar yang paling besar adalah, Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita termasuk hal-hal yang kita tempuhi di dalam hidup sehari-hari. Kerana sesungguhnya Allah punya peringatanNya tersendiri yang tidak sia-sia di dalam setiap kejadianNya untuk manusia pelajari ayat-ayat manzurahNya. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra'd 13:19) |
[VIDEO & GAMBAR] Awan Mendung Turut Memayungi Jenazah TGNA Posted: 13 Feb 2015 04:25 PM PST Suasana sayu ketika jenazah Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi tadi dikejutkan dengan kejadian awan mendung secara tiba-tiba tanpa setitik hujan pun seolah-olah melindungi jenazah daripada terkena sinaran panas terik. Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan 'Allahuakbar' berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa. Tidak ketinggalan ramai daripada mereka yang tampil merakam gambar foto dan video berdurasi lebih dua minit yang sedang menjadi viral di laman sosial. Video bertajuk "Awan mendung mengiringi jenazah TGNA" itu sedang menerima ratusan komen dalam laman sosial menyatakan ia sebagai tanda Allah cintakan beliau. Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat. Mayat Nik Aziz dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar, yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun dahulu. Jenazah diringi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penyokong yang sanggup berjalan lebih dua kilometer kerana jalan ke rumah Nik Aziz di tutup. Enam buah bas disediakan berdekatan stadium Sultan Mohamad ke feri untuk memudahkan orang ramai ke Pulau Melaka. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad turut hadir memberi penghormatan terakhir mereka. Pemimpin PR yang hadir pula ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, dan ramai lagi. Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel juga kelihatan memberi penghormatan terakhir mereka. Jenazah ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga. -FMT
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan