Isnin, 23 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sirul ‘missed-call’ Mahfuz

Posted: 23 Feb 2015 04:52 AM PST

 
Mahfuz akhirnya berjaya menghubungi Sirul pada pukul 1.30 petang tadi selepas talian Mahfuz tersekat ketika percubaan panggilan telefon lewat pagi tadi.


mahfuz omar_azilah sirul_talk_300


PETALING JAYA: PAS akhirnya berjaya mengadakan persidangan-tele dengan Koperal Sirul Azhar Umar, setelah percubaan pertama pada pukul 11.33 pagi tadi gagal.

Tidak berputus asa dengan cubaan sebanyak 15 kali pagi tadi, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berjaya menghubungi Sirul pada jam 1.30 petang, selepas Sirul sendiri membuat panggilan 'missed-call' kepada Mahfuz.

"Ketika panggilan di buat, ia disaksikan kira-kira 15 pemberita dan dirakam dalam sesawang Hijau.fm. Sirul minta maaf atas kejadian pagi tadi dan berterima kasih kepada kerajaan Australia yang memberi perlindungan yang baik kepadanya," katanya kepada Free Malaysia Today.

Mahfuz memberitahu, talian telefonnya disekat menyebabkan dia gagal membuat panggilan kepada Sirul, bagaimanapun ia kembali pulih dan dia akhirnya berjaya menghubungi Sirul yang kini berada di Australia selepas melarikan diri kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sirul juga mengucapkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan terhadapnya.
Walaupun tidak mendedahkan apa-apa termasuk motif dan siapa yang beri arahan pembunuhan, Mahfuz meminta agar menunggu masa yang sesuai.

"Sirul akan dedahkan pada media tentang motif pembunuhan bila tiba waktu yang sesuai," kata Mahfuz yang mengesahkan Sirul tidak bersedia membuat sebarang kenyataan buat masa ini.

DAP boleh keluar Pakatan Rakyat – Takiyuddin

Posted: 23 Feb 2015 04:49 AM PST

 
PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993.


DATUK-TAKIYUDDIN-HASSAN


KOTA BAHARU: Pertikaian antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan hukum Hudud semakin berlarutan tanpa menampakkan penyelesaian atau reda.

Dalam perang retorik terbaru, PAS menegaskan, ia tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya mereka tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.

"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari pakatan rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS)," katanya, lapor Bernama.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini.

Akhbar melaporkan Gobind menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan terbabit.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Takiyuddin berkata tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang berkenaan di Kelantan kerana enakman berkenaan diluluskan pada 1993 oleh DUN Kelantan iaitu sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

Beliau berkata DAP dan PKR sudah maklum mengenai pelaksanaan undang-undang berkenaan kerana ia pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan juga pimpinan DAP pada 2011.

Bahagian 1: PAS salah pilih musuh atau silap cari kawan?

Posted: 23 Feb 2015 04:36 AM PST

 Ditulis Oleh Zainal Salleh

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Adalah agak pelik memikirkan betapa setelah lebih lima puluh tahun wujud dalam persada politik Malaysia, PAS masih belum mampu mengenalpasti  siapa sebenarnya penghalang perjuangannya dan boleh dianggap musuh.
 
Persoalan ini dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa fokus pimpinan ulama PAS kini agak menyimpang daripada hakikat apabila menganggap PasMa sebagai seteru politik.
 
"Dia (Ulama) silap musuhlah nak berperang. Mereka sepatutnya perang dengan Umno-BN. Dia patut lancar perang dengan musuh politik sebagai parti politik dia tak perlu lancar perang dengan NGO. Silap musuh itu," katanya.
 
Beliau mempertikaikan tekad Multaqa Ulamak SeMalaysia kelmarin yang mengisytiharkan "perang terhadap PasMa" yang dianggap sebagai NGO yang cuba memecahbelahkan PAS dan mencabar kepimpinan ulama.
 
Phahrolrazi menegaskan bahawa tidak mungkin PasMa boleh memudaratkan PAS kerana ia hanya sebuah NGO dan bukan parti politik yang mampu bersaing dengan PAS.
 
Beliau berkata, oleh kerana PAS sendiri telah mengeluarkan larangan kepada ahli pimpinannya supaya tidak menyertai PasMa, NGO pimpinannya itu kini akur dan tidak lagi menjemput pimpinan PAS menghadiri programnya. 
 
"Saya lihat sejak daripada awal lagi sudah ada satu stigma. Penubuhan PasMa ini dikaitkan dengan pertentangan golongan dalam PAS. Sebenarnya kita bebas daripada mana-mana golongan. 
 
"Parti ini (PAS) memang ada golongan yang bertentangan dengan satu sama lain. 
 
"Sebenarnya kita di luar dan kini terseret dengan isu dalaman PAS seperti isu pemilihan dan sebagainya walaupun kita jelas (PasMa) tidak ada mekanisme untuk terlibat dalam pemilihan parti (PAS)," tambahnya.
 
Phahrolrazi musykil bagaimana PasMa dikatakan pernah "menyerang dan melanggar dasar PAS". Malah, katanya,  PasMa dituduh mengeluarkan kata-kata menghina presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Kenyataan bagaimana yang kata kami (PasMa) menghina (presiden)? Sebab dia orang pun tak spesifik. Apakah kenyataan (PasMa) yang menghina presiden PAS itu? Kenyataan yang macam mana yang agak menghina (presiden) setakat ini?," soalnya.
 
Pada Multaqa berkenaan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa terang-terangan masih aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sudah mengarahkan ahli PAS jangan terlibat dengan aktiviti PasMa.
 
Perkara ini dibahaskan oleh wakil Kedah, Fauzi Hussain yang mendakwa wujudnya pihak yang cuba menghasut ahli akar umbi PAS ingkar terhadap kepimpinan Ulama.
 
Beliau mempersoalkan kewajaran penubuhan PasMa di Kelantan walaupun presidennya (PasMa) dari Kedah. Beliau menganggap aktiviti PasMa seperti bertujuan "melindungi pihak tertentu".
 
"Kita tahu siapa di belakang dia (PasMa). Jawatankuasa PAS Pusat sudah buat pendirian. Namun, masih ada suara  sumbang yang bukan sahaja mempertikaikan Majlis Syura Ulama, namun mempertikaikan tindak tanduk presiden. Itu satu  tindakan biadap," katanya.
 
Justeru itu, beliau berkata, tindakan harus diambil dengan segera ke atas mereka yang cuba menggoyah kekuatan PAS.
 
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
 
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahli PAS  yang terlibat dengan PasMa.
 
Usul berkenaan juga menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden adalah satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
 
Sehubungan itu, wakil Dewan Ulama Perak, Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak layak memegang jawatan dalam PAS kerana tindakan mereka membelakangi Hadi.
 
"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden; lebih baik lepaskan jawatan," katanya.
 
Beliau merujuk tindakan seorang AJK PAS Pusat Perak yang dikatakan cuba "meracun" pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.
 
"Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.
 
"Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya tanpa menamakan Ahli jawatankuasa PAS Perak berkenaan. 
 
Bagaimanapun Sidek memberi contoh pemimpin PAS yang ingkar arahan PAS Pusat ketika krisis Menteri Besar Selangor berlaku tahun lalu.
 
"Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar," katanya.
 
Sidek merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib) dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang) yang menandatangani perakuan bersumpah menyokong pencalonan Wan Azizah.
 
Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi. Malangnya, kata beliau sikap ini disokong oleh segelongan pemimpin PAS sendiri.
 
"Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun, bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi.
 
"Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya.
 
Multaqa anjuran Dewan Ulama PAS ini adalah medan pertemuan ulama PAS mengukuhkan gerak kerja kepartian dan memaksimumkan tugasan ahli ilmu dalam parti Islam itu.
 
Persoalannya ialah, jika PasMa dianggap musuh oleh kepimpinan ulama PAS, tidakkah rumusan ulama itu berkemungkinan besar merapuhkan lagi hubungan ulama dan pemimpin-pemimpin progresif dalam parti itu?
 
Atau, sebenarnya ulama PAS hanya didorong oleh anasir tertentu dalam parti beertujuan meruncingkan lagi permusuhan dalaman PAS? Adakah berasas pendedahan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim bahawa kebanyakan mereka adalah Anwarinas?

Banduan asing hilang dari penjara

Posted: 23 Feb 2015 04:30 AM PST


Banduan. - Gambar hiasan
 
 
KLUANG - Seorang banduan warga asing dipercayai melarikan diri ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di luar tembok penjara kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut sumber dari  Jabatan Penjara Kluang, kejadian itu berlaku ketika banduan tersebut sedang membuka khemah selepas Jabatan Penjara Kluang mengadakan hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina, semalam.

"Ketika berehat, dia dipercayai menyusup keluar dari kawasan Kompleks Penjara Kluang dan hanya disedari sebaik kerja-kerja pembersihan selesai.

"Banduan terbabit adalah warganegara Indonesia berumur sekitar 33 tahun dengan ketinggian lebih kurang 157 sentimeter dan berkulit gelap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sumber turut menyatakan usaha mengesan dan mencari banduan tersebut sedang giat diadakan di sekitar kawasan Penjara Kluang dan kawasan penempatan berhampiran.

Beliau berharap bagi sesiapa yang mengetahui mengenai banduan berkenaan boleh terus menghubungi pihak penjara atau balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya akan menjalankan operasi pencarian serta sekatan bagi menjejaki banduan tersebut.

"Kepada orang ramai yang mengetahui maklumat atau terserempak dengan banduan yang memakai pakaian berwarna hijau boleh terus menghubungi pihak kami dengan segera," katanya.

Saiful enggan ulangi cerita saat diliwat

Posted: 23 Feb 2015 04:24 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau tidak akan mengulangi pengakuannya, termasuk butiran mengenai pelakuan seks di antara beliau dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful berkata demikian bagi mengulas mengenai butiran yang didedahkan oleh peguam pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam program jelajah peguam tersebut.

Butiran sensasi tersebut didedahkan oleh Saiful secara in camera dalam perbicaraan tersebut.

"Saya tidak akan mengulangi apa jua keterangan yang telah saya berikan di mahkamah bagi prosiding jenayah sebelum ini di luar (mahkamah) atau mana-mana forum.

"Saya telah memberikan keterangan di dalam mahkamah sebelum ini dan ia adalah suatu yang telah direkodkan di dalam nota keterangan dan rekod prosiding perbicaraan.

"Justeru pada hemat saya, tidak perlu lagi saya mengulanginya di luar mahkamah," katanya di blog mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Sementara itu, Shafee pula bertegas bahawa beliau akan meneruskan program jelajah untuk menjelaskan kes tersebut.

"Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

"Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah.

"Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar," katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Rakaman dakwa Mat Sabu burukkan Hadi tersebar

Posted: 23 Feb 2015 04:19 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Sebuah rakaman didakwa mengandungi kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beredar di Internet.

Ia antaranya dikesan dimuat naik di Facebook kumpulan pro-ulama dalam PAS, termasuk "Tuc Tok Usin Ceroi" awal petang tadi.

Rakaman 2.11 minit itu dimuat naik sekali dengan transkrip ucapan suara lelaki mirip Mohamad yang dikatakan sedang memberi taklimat memburuk dan menjatuhkan Hadi.

"Dasar pengkhianat Mat Sabu ini!" demikian nota iringan kepada rakaman itu.

"Hampa (kamu) lihat, dengar dan bacalah apa yang Mat Sabu dah buat. Rakaman ini koleksi sulit bapak-bapak 'jebon' tetapi Allah lagi hebat dengan membuka kejahatan depa (mereka)!"

Di kalangan kumpulan pro-ulama, kumpulan yang kritikal kepada status quo sering dirujuk sebagai "jebon" (memerang) – sejenis panggilan menghina bagi masyarakat utara Malaysia.

Sentuh 'ulama maksum'

Selain Mohamad, pemimpin parti Islam itu yang dikaitkan dengan "kumpulan Erdogan" turut menerima cemuhan sama.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, rakaman audio itu (kiri) sebahagian besarnya dilihat seperti taklimat berkaitan sebuah strategi penerangan, kemungkinan merujuk kepada krisis menteri besar Selangor sebelum ini.

Kemelut untuk memilih pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim itu berpanjangan apabila PAS tidak sependapat dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat yang mahukan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Istana bagaimanapun kemudian memilih timbalannya Azmin Ali.

Sementara itu, audio pendek itu juga tidak menyebut secara langsung nama Hadi sebaliknya hanya mengulas tentang seorang yang dipanggil "presiden".

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu... (tidak jelas)," menurut ucapan itu.

Transkrip rakaman itu bagaimanapun menyebut Mohamad menggunakan perkataan "denied" (ditolak).

Menjelang muktamar

Intipati ucapan kontroversi itu juga antaranya menyebut:

  • Pihak PAS hanya kawasan hanya mendengar keputusan berhubung "hal Selangor" dalam bentuk khabar angin dan bukan maklumat betul.
     
  • Serangan balas perlu digerakkan dalam masa sebulan dua daripada tarikh itu dengan menemui pemimpin yang berpotensi menjadi perwakilan.
     
  • Keputusan yang berbeza dengan keputusan mesyuarat ia dikira pandangan peribadi dan bukan "keputusan jemaah".
Kewujudan rakaman sebegitu dipercayai didorong kehangatan menjelang muktamar pemilihan PAS pada Jun ini.

Ini ditambah lagi dengan keadaan kepimpinan Hadi dikritik hebat daripada luar dan dalam PAS sendiri.

Wan Ji lapor kenyataan Shafee pada JAIS

Posted: 23 Feb 2015 03:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Wan Hussin membuat laporan jenayah syariah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes Liwat II.

Wan Ji berkata, kenyataan itu merupakan kesalahan qazaf kerana menceritakan perbuatan liwat di antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tanpa tiga orang saksi.

"Laporan ini dibuat ekoran ucapan Shafee di Kelana Jaya. Dia ada sebut macam mana kelakuan seks yang dibuat Anwar dan Saiful.

"Bila kenyataan itu dikeluarkan oleh Shafee tanpa tiga orang saksi lain, ia jatuh qazaf," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Shafee menyatakan butiran sensasi tersebut dalam forum penerangan kes Liwat II di Kelana Jaya Selasa lalu.

Selain Wan Ji, laporan sama turut dibuat oleh rakannya Ahmad Auzaie Arshad pada kira-kira jam 3 petang. Mereka berdua turut ditemani peguam Rifahmi Abdul Musikin.

Qazaf dikategorikan sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor Nombor 9 Tahun 1995.

Jangan hanya sekat ceramah

Wan Ji juga secara sinis berkata, JAIS perlu memandang serius laporan jenayah qazaf yang dibuatnya dan bukannya menghalang penceramah daripada memberikan kuliah mereka.

"Saya secara peribadi harap JAIS perlu serius di atas kemungkaran. Bukan hanya tahu nak halang orang daripada berceramah," kata Wan Ji.

Beliau yang ditahan JAIS Khamis lalu kerana didakwa memberi kuliah tanpa tauliah di sebuah surau di Seksyen 17, Shah Alam.

Beliau ditahan mengikut enakmen sama dan hadir untuk memberi keterangan kepada JAIS pagi ini berhubung penahanannya.

Menurut penceramah bebas itu, beliau tidak bersetuju dengan enakmen yang dikenakan terhadap dirinya memandangkan kitab yang diajar tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Saya tanya pegawai penyiasat, adakah saya bawa ajaran menyimpang Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana saya mengajar kitab muktabar (yang diperakui), dia kata tidak.

"Jadi saya punya pandangan, sepatutnya pihak JAIS tidak boleh guna enakmen itu untuk menghalang orang untuk berdakwah," katanya.

Kes tersebut akan dikemukakan untuk pertuduhan pada Julai  depan di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Pendidikan tinggi: Perangkaan Kementerian Pendidikan menidakkan kenyataan Menteri

Posted: 23 Feb 2015 03:30 AM PST

zairil_steven_sim

Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR: DAP hari ini mempersoalkan mengapa hanya segelintir pelajar dari United Kingdom, Australia, dan Jerman belajar di Malaysia jika benar dakwaan Menteri Pendidikan bahawa pengajian tinggi Malaysia setaraf dengan pengajian tinggi di negara-negara tersebut.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, sebaliknya sekitar 30,000 pelajar Malaysia sedang meneruskan pengajian di negara-negara tersebut.

"Berlawanan dengan dakwaan menteri bahawa universiti kita setaraf dengan universiti-universiti British, Jerman, dan Australia, perangkaan kementerian beliau sendiri jelas membuktikan bahawa kaitan antara Malaysia dan negara-negara yang kononnya setaraf itu hanya sehala.

"Menurut perangkaan yang sama, 28,869 atau lebih sepertiga pelajar Malaysia di luar negara pada tahun 2013 belajar di UK (15,020 termasuk Ireland), Jerman (452 orang walaupun ada hambatan bahasa) dan Australia (13,397)," ujar Zairil.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan oleh Bernama pada 21 Februari mendakwa bahawa pengajian tinggi Malaysia adalah setaraf dengan pengajian tinggi di tiga negara maju tersebut dan buktinya ialah 10% pelajar institut pengajian tinggi dalam negara ini terdiri daripada pelajar asing.

Zairil bagaimana pun mempersoalkan 'bukti' tersebut memandangkan pelajar asing terbanyak di Malaysia kebanyakannya bukan datang dari negara maju.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera mengutip angka terkini daripada
Perangkaan Pendidikan Negara yang menunjukkan bahawa pelajar asing paling banyak di Malaysia datang dari negara seperti Iran, China, Indonesia, Nigeria, Iraq, Yaman dan Libya.

"Majoriti pelajar antarabangsa di Malaysia bukan datang dari negara-negara maju, sebaliknya dari negara membangun yang universiti mereka jauh lebih rendah tarafnya," ujar Zairil.

Tambah beliau lagi, perbandingan lebih dekat ialah Singapura yang universitinya disenaraikan sebagai antara yang terbaik di dunia.

"Sebenarnya kita tidak harus membandingkan universiti kita dengan universiti-universiti di UK, Jerman, dan Australia kerana kita tidak sebanding dengan jiran kita Singapura sekali pun.

"Dari segi kedudukan, National University of Singapore telah jauh meninggalkan 'saudaranya', iaitu Universiti Malaya, dengan menduduki tangga ke 22 di dunia dan pertama di Asia," nyata Zairil.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran itu juga, angka pelajar Malaysia di sana jauh lebih tinggi berbanding pelajar negara itu di sini, iaitu 3,016 pelajar Malaysia di Singapura dan hanya 606 pelajar Singapura di universiti Malaysia. –Roketkini.com

Tak sempat nikmati hasil curi

Posted: 23 Feb 2015 03:25 AM PST


Tak sempat nikmati hasil curi
 
 
KUANTAN - Jeritan seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka membantu polis menangkap seorang lelaki yang disyaki mencuri barang di kedai itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pekerja berusia awal 20-an menyedari lelaki mencurigakan memasuki premis berkenaan, lantas menjerit selepas lelaki itu mengambil satu botol minuman keras dan satu tin minuman ringan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis yang kebetulan berada di lokasi bertindak mengejar suspek hingga ke Jalan Pasar, dekat sini.

Bagaimanapun, katanya,  kerana kedegilan lelaki berusia 36 tahun itu, polis terpaksa bergelut kira-kira sepuluh minit sebelum dapat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan tindakan lanjut.

"Selepas pemeriksaan menjumpai sebotol arak dan tin minuman ringan dipercayai dicuri dari kedai serbaneka itu," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, suspek yang berasal dari Kampung Bukit Serdang, Bera itu juga  mempunyai jenayah rekod lampau.

Anwar Kekal Di Penjara, Tiada Permohonan Pengampunan - Rafizi

Posted: 23 Feb 2015 03:23 AM PST

MSTAR ONLINE



Rafizi Ramli




PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Beliau berkata, sehingga kini Anwar tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pasukan peguam belanya untuk berbuat demikian.

"Setakat apa yang saya ketahui Anwar tidak pernah beri sebarang arahan (memohon pengampunan daripada Agong).

"Dia (Anwar) tidak bersalah," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin.

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selepas tempoh 14 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil memandangkan Anwar tidak memohon pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati, dakwaan konspirasi politik oleh pasukan pertahanan merupakan tuduhan tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful ialah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Dalam perkembangan lain, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata jawatan Ketua Pembangkang masih belum dibincangkan lagi oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Anwar masih lagi Ketua Pembangkang buat masa ini. Kita hanya akan bincangkan calon yang sesuai selepas Speaker Dewan Rakyat mengumumkan kekosongan kerusi Anwar di Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

"Masih terlalu awal untuk bincang isu ini Anwar masih lagi Ahli Parlimen. Tunggulah sehingga SPR dan Pandikar umumkan kekosongan baru Pakatan akan adakan mesyuarat," katanya.

Kaji semula kewajaran jelajah liwat II

Posted: 23 Feb 2015 03:20 AM PST


Reezal Merican
 
 
PENAGA - Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican enggan mengulas insiden kekecohan yang berlaku di luar perkarangan Politeknik Seberang Perai, kelmarin.

"Jelajah liwat II ini harus dikaji semula kerana biarlah rakyat menilai dan membaca sendiri badan kehakiman negara.

"Program ini juga bukan anjuran Umno negeri," katanya ketika melawat rumah mangsa kebakaran di Pasir Gebu, semalam.

Katanya, kes ini  diputuskan mengikut undang-undang dan dianggap selesai.

"Hukuman telah diputuskan kepada (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, proses kehakiman telah dilakukan dengan teliti.

"Kita perlu beri mereka (keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim) ruang," katanya.

Mengenai calon BN untuk PRK Permatang Pauh, Reezal berkata, biarlah pucuk kepimpinan Umno tentukan calon yang benar-benar layak untuk bertanding.

"Buat masa ini, belum ada calon yang dipilih. Bagi saya, biar kepimpinan tinggi  buat keputusan," katanya.

Sirul masih enggan beri kenyataan

Posted: 23 Feb 2015 03:18 AM PST


Sirul masih enggan beri kenyataan
 
 
KUALA LUMPUR - Penantian media selama dua jam bagi mendengar pendedahan bekas ahli Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar hampa apabila beliau enggan memberi sebarang kenyatan mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Dalam satu telesidang yang diaturkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini, Sirul berkata beliau akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai.

"Saya amat berterima kasih dengan kerajaan Australia yang telah beri perlindungan sepenuhnya kepada saya. Termasuk menyediakan tempat yang saya kira selamat dan juga selesa.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia dan saya tidak berhasrat buat kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat satu kenyataan lain pada masa yang sesuai," katanya dalam sidang media kedua di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Selepas itu, Sirul mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada wartawan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas 'bawa' Sirul secara langsung dari Australia ]

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan dibuat sebanyak 15 kali selama kira-kira 40 minit.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian berjaya mendapat panggilan telefon daripada Sirul.

Tengku Abdullah hormati keputusan TMJ

Posted: 23 Feb 2015 03:13 AM PST

 
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menghormati keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai penasihat persatuan berkenaan, baru-baru ini.
 
Tengku Abdullah, bagaimanapun berkata baginda sentiasa terbuka dan sedia menerima nasihat daripada semua pihak termasuk TMJ dalam usaha membangunkan bola sepak negara.
 
"Saya tidak nafi memang ada kelemahan sedikit sebanyak tapi kita sedang berusaha dan berharap untuk memperbaikinya...dan saya menghargai pandangan Tunku Mahkota (Johor) dan pandangan yang lain. 
 
"Saya mengalu-alukan dan terima sesiapa sahaja yang hendak memberi pandangan. Bola sepak milik kita semua...bola sepak bukan hak saya," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.
 
TMJ melalui laman Facebook 'Johor Southern Tigers' pada Khamis lepas, mengumumkan untuk meletak jawatan selaku penasihat FAM.
 
 
TMJ yang dilantik sebagai penasihat badan induk bola sepak negara itu pada Oktober lepas oleh Tengku Abdullah, bertitah bahawa baginda tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.
 
Sementara itu, Tengku Abdullah berkata bahawa baginda berpuas hati dengan peningkatan kesemua 24 pasukan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
 
Terdahulu, baginda menerima tajaan sebuah bas oleh Bank Rakyat kepada FAM yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek. - Bernama

Pemimpin Umno akui jelajah Shafee makan diri

Posted: 22 Feb 2015 09:48 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan diri.

"Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya," kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut.

"Saya fikir sudah sudahlah.

"Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup."

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan.

Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

"Umno tidak terlibat," katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.

Bukit Aman panggil exco beri kenyataan

Posted: 22 Feb 2015 09:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin diminta memberikan kenyataan kepada polis di Bukit Aman pada Jumaat ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata beliau dihubungi seorang pegawai polis berpangkat ASP pada minggu lepas berkaitan laporan sebuah portal berita.

Katanya, laporan itu didakwa memetiknya sebagai mempersoal keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Awnwar Ibrahim dan menggesa orang ramai turun ke jalan raya.

Afif bagaimanapun berkata beliau tidak bercakap pun dengan pemberita itu atau memberikan kenyataannya kepada akhbar itu.

Pada 12 Februari, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Afif dan dua lagi pihak – Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa – bahawa mereka akan disiasat bawah Akta Hasutan.

Ini ekoran kenyataan mereka yang dikatakan mengkritik keputusan terhadap Anwar, yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Arutchelvan dan Fariz telah pun ditahan polis dan dibebaskan.

UMNO, teladani kepimpinan Tok Guru – Ridhuan Tee

Posted: 22 Feb 2015 09:42 PM PST

 
Jangan ukur kemajuan hanya dengan kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kaca mata akhirat.
ridhuan tee

PETALING JAYA: "Ketika wacana di Kota Bharu, suatu ketika dahulu, saya ditanya kenal atau tidak dengan Tok Guru Nik Aziz (TGNA) dan saya jawab kenal tetapi tidak taksub," kata selebriti dakwah, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Katanya, beberapa perkara yang beliau tidak sependapat dengan TGNA terutama mengenai ultra kiasu, tetapi itu bukan bermakna beliau menolak segala kebaikan TGNA.

"Saya mengkagumi sifat tawaduk, zuhud dan gaya kepimpinan TGNA," tulisnya di dalam ruangan rencana di akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, Unisza menolak dakwaan yang mengatakan negeri Kelantan tidak maju.

"Jauh di lubuk hati saya berkata bandar raya Kota Bharu, jauh lebih membangun dari bandar raya yang lain.

"Jangan ukur kemajuan hanya dengan kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kaca mata akhirat," tambahnya.

Katanya lagi, tidak ramai pemimpin boleh 'menolak dunia' ketika berkuasa seperti TGNA kerana ramai "yang baru menjadi pemimpin sudah menjadi kaya."

Ridhuan juga menyeru kepada semua umat Islam mencontohi gaya kepimpinan TGNA, walaupun tidak semua mampu untuk diikuti.

Selain itu, beliau juga menyarankan UMNO tidak perlu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka kerana Kelantan tidak akan rugi di bawah PAS.

Beliau berkata apa yang lebih penting bukanlah merampas Kelantan tetapi Pulau Pinang dan negeri yang turut dikuasai ultra kiasu.

"Wang ringgit yang digunakan untuk bertanding di dalam kempen pilihan raya itu lebih penting jika digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan terutama mangsa banjir," jelasnya.

Menurut Ridhuan, jika UMNO mahu kekal berkuasa dan menambah kerusi, gaya kepimpinan TGNA harus diikuti, terutama integritinya.

"Ingat kuasa bukan buka tiket untuk menjadi kaya, tetapi untuk menghambakan diri kepada Allah dan memakmurkan anugerahNya," ujarnya.

Rafizi cabar KJ debat kes Liwat II

Posted: 22 Feb 2015 09:34 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengadakan debat terbuka di kaca televisyen berhubung perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II.

Cabaran itu diajukan kerana tidak puas hati dengan siri jelajah ketua pasukan pendakwaan kes itu Tan Sri Shafee Abdullah.

Rafizi dan Khairy pernah berdebat di London dan dalam sebuah program anjuran Sinar Harian di Shah Alam sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Rafizi berkata, program melibatkan Shafe itu dimulakan oleh Pemuda Umno, malah dihadiri Khairy sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 18 Februari bersedia menyediakan platform untuk debat terbuka antara Shafee dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, peguam PAS Hanifa Maidin juga menawarkan diri untuk berdebat dengan Shafee berhubung kes itu.

PKR lobi Australia benar Sirul diwawancara

Posted: 22 Feb 2015 09:33 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PKR merancang melobi kerajaan Australia, melalui beberapa wakil rakyat negara itu, bagi membolehkan wawancara Sirul Azhar Umar bersama media dijalankan daripada tempat tahanan imigresen di Sydney.

Setiausaha Agung parti itu Rafizi Ramli berkata mereka sudah mula mendekati golongan itu supaya meminta kebenaran kerajaan Australia untuk meluluskan penyiaran wawancara itu.

Rafizi juga berkata, PKR turut berusaha untuk menemui Sirul sendiri bagi "memastikan keselamatannya".

Sekarang ini, hanya rakan parti itu – PAS – dilihat mempunyai perhubungan langsung dengan Sirul.

Telesidang PAS dengan Sirul gagal

Posted: 22 Feb 2015 09:28 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Telesidang anjuran PAS dengan Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, gagal walaupun percubaan berkali-kali dibuat.

Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar cuma menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.

"Talian telefon tiba-tiba tidak ada," kata seorang pemberita yang membuat liputan acara itu.

Anwar kekal Ketua Umum PKR

Posted: 22 Feb 2015 09:27 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana kes liwat, akan terus memimpin PKR walaupun beliau bukan lagi ketua pembangkang dan ahli Parlimen, kata seorang pemimpin parti itu.


N. Surendran, seorang ahli jawatankuasa pusat PKR, berkata Anwar kekal ketua umum kerana parti mengiktiraf sumbangan beliau yang tidak ternilai.

"Jawatan ketua umum tiada kaitan dengan undang-undang dan Pendaftar Pertubuhan tidak boleh mengarahkan kami menyingkirkan Anwar dari PKR," katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kedudukan ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas Selasa ini.

Surendran, ahli Parlimen Padang Serai dan seorang peguam, juga berkata tiada sebarang halangan untuk Anwar kekal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor seperti diumumkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah presiden parti PKR.

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selepas tempoh 14 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil memandangkan Anwar tidak memohon pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong .

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati, dakwaan konspirasi politik oleh pasukan pertahanan merupakan tuduhan tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful ialah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Perwakilan PAS dedah dalang anti-Hadi kerana tak puas hati

Posted: 22 Feb 2015 09:25 PM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic



SHAH ALAM: Tindakan perwakilan Dewan Ulama PAS yang secara terbuka dan lantang mengkritik dua pemimpin penting dalam parti mencerminkan kemarahan ahli-ahli PAS terhadap dalang yang mahu menjatuhkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman pendedahan itu menunjukkan golongan ulama dalam PAS sudah hilang sabar  terhadap serangan dilakukan ke atas Hadi.

Semalam dua nama – Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd. Hatta Ramli – disebut sebagai pihak yang terbabit dalam memecahbelahkan PAS.
Pendedahan itu dibuat dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia II diadakan di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.

"Mungkin PAS ambil keputusan yang nekad untuk bersihkan parti. PAS merasakan bahawa pengaruh luar tu agak kuat yang menyebabkan PAS seolah-olah tak bawa dasar sendiri tapi dikawal pihak luar. Saya rasa itu yang tidak senangkan ahli-ahli PAS," katanya kepada Antarapos.

Malah bukan itu saja, perwakilan itu juga mahu tindakan tegas termasuk memecat kedua-duanya bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.

Baru-baru ini juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan presiden serta kepimpinan ulama meletak jawatan.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang juga Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) turut mendedahkan terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Hadi sebagai presiden PAS.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Hatta dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Hadi.

ISMA yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini pernah menasihatkan PAS supaya tidak tersasar daripada perjuangan sebenar kerana bimbang kemelut seperti ini akan berlaku.

"(Saya menyeru PAS) memilih jalan terbaik untuk memastikan PAS berada pada landasan perjuangan yang asal. Sebelum ni pun kita sentiasa memberi pandangan menasihatkan PAS supaya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar daripada agenda parti," ujar beliau.

Fariz Musa tetap teruskan himpunan solidariti untuk Anwar

Posted: 22 Feb 2015 09:24 PM PST

 Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa akan terus menyertai himpunan solidariti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun berdepan dengan pelbagai ancaman.
 
Malah, Fariz berkata beliau akan bersama-sama dengan aktivis Adam Adli Abdul Halim malam ini di Himpunan Solidariti (Vigil) Anwar Ibrahim di pintu masuk Penjara Sungai Buloh. 
 
"Ya, diteruskan dan saya akan terus bersama dengan semua untuk meneruskan demo serta semua aktiviti yang dirancangkan.
 
"Malam ini pun saya akan turun di (Penjara) Sungai Buloh bersama-sama dengan Adam Adli," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lanjut berhubung penahanannya semalam, Fariz berkata buat masa ini tidak ada sebarang tuduhan dikenakan terhadap beliau dan Adam Adli.
 
"Setakat ini tak ada apa (sebarang tuduhan). Dibebaskan dengan ikat jamin polis," katanya.
 
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa dibebaskan polis selepas bermalam di lokap Jinjang malam tadi.
 
"Tiada permohonan reman dipohon," kata peguam mereka Michelle Yesudas di Facebook pagi tadi.
 
Petang semalam Adam dan Fariz ditahan polis ketika menyertai perhimpunan setiakawan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
 
Mereka dipercayai ditahan bawah seksyen 143, Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.
 
Perhimpunan semalam bermula dengan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina, yang menarik perhatian kira-kira 200 pengunjung ke pusat membeli belah itu.
 
Kumpulan tarian singa itu kemudian menyerahkan tulisan khat Cina kepada anak kedua Anwar – Nurul Nuha.
 
Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan liwat ke atasnya.

'Pemergian' Tg Nik Aziz Dan 'Ketiadaan' Saudara Anwar

Posted: 22 Feb 2015 09:17 PM PST




Oleh Abu Hassan Adam


Sudah lebih kurang seminggu mereka ( TG Nik Aziz dan Saudara Anwar Ibrahim) hilang dari pandangan. Namun begitu rakyat akan terus mengenang dan tidak akan melupakan. Benar kata orang tua-tua, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

"Ketiadaan" Saudara Anwar Ibrahim adalah seperti tidak adanya Nelson Mandela ketika beliau dipenjarakan di Robben Island. Pemergian TG Nik Aziz adalah seperti kematian Jose Rizal setelah beliau ditembak mati di hadapan 'firing squad' di Manila

 'Kehilangan' mereka adalah seperti 'pemergian' Prof. HAMKA yang telah begitu banyak meninggalkan jasa dan sumbangan bakti kepada bangsa keturunan Melayu yang buka sahaja di negara Indoensia tetapi seluruh kepulauan Melayu.
Walaupun mereka sudah 'tiada' tetapi sebenarnya mereka berada di mana-mana terutama di hati para petani yang letih mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga miskin di desa-desa terpencil seluruh tanah air.

Mereka berada di hati dan perasaan nelayan yang sentiasa mengharapkan nasib mereka diperjuangkan. Mereka juga berada di hati dan perasaan penoreh getah dan warga FELDA yang mengharapkan harga kelapa sawit dan getah ditingkatkan.

Mereka juga berada di hati dan perasaan para mahasiswa yang mengharapkan mereka memperjuangkan nasib para mahasiswa negara yang sentiasa terhimpit dan tertindas ekoran tidak dapat menyuarakan hasrat hati kesan dari belenggu Akta Universiti.

Malangnya mereka sudah tidak kelihatan kelibatnya. Rakyat berbilang kaum sudah mula merindui pidato Saudara Anwar Ibrahim yang sentiasa memperjuangkan 'the conscience of the majority'.

Mereka juga 'meratapi' hasrat yang tidak tercapai ia itu hasrat Saudara Anwar untuk membela nasib 'anak Melayu adalah anak aku', 'anak Cina adalah anak aku', 'anak India juga anak aku', 'anak Iban, Dayak Bidayuh, adalah anak aku'.

Pastinya mereka merenung dan memandang dengan pandangan jauh memikirkan apakah hasrat sedemikian akan tercapai. Ataupun mungkinkah hasrat sedemikian berkemungkinan hanya tinggal harapan dan impian…

Mereka seolah-olah seperti anak ayam kehilangan ibu….

Apakah terbukti peribahasa Melayu yang mengatakan 'patah tumbuh hilang berganti' ataupun lebih tepat sebagaimana kata-kata yang selalu disuarakan juga bahawa ' walaupun yang patah akan tumbuh namun yang mengganti tidak sama dengan yang patah'. Apakah begitu keadaannya.

'Ketiadaan' mereka betul-betul menenggelamkan harapan kebanyakan rakyat di negara ini. Kepada mereka digantungkan harapan untuk membela yang tertindas dan yang tidak bernasib baik. Kepada mereka digantungkan harapan untuk membetulkan yang mana yang telah tersilap, meluruskan yang mana yang telah terbengkok, mengejutkan yang mana yang telah tertidur, menyedarkan yang mana yang masih bermimpi.

Kini TG sudah tiada di dunia ini dan pidato Saudara Anwar Ibrahim tidak dapat didengar lagi.
Rakyat pasti merinduinya dan akan terus merinduinya.

Dan rakyat akan terus menanti seperti rakyat Afrika Selatan menanti kemunculan Nelson Mandela suatu ketika dahulu.-http://abuhassanadam.blogspot.com/

Posted: 22 Feb 2015 09:09 PM PST

Shafee: Saya akan terus beri penerangan
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan terus memberi penerangan mengenai kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee, yang juga Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Anwar berkata, beliau akan menyertai mana-mana sesi penerangan bagi menangkis tanggapan salah berkenaan kes itu.

"Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

"Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah. Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar," katanya, semalam.

Malam kelmarin, kekecohan tercetus di luar dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di mana beliau memberi penerangan mengenai kes itu melalui program Jelajah Liwat II.

Kelmarin, dua kumpulan berjumlah kira-kira 500 orang, dipercayai penyokong BN dan pembangkang, bertikam lidah dan memaki hamun antara satu sama lain, sejak sesi penerangan itu bermula jam 8.30 malam.

Kekecohan dipercayai tercetus setelah berlaku provokasi antara kedua-dua pihak dan turut disertai wakil-wakil beberapa NGO dan berlarutan hingga jam 11.30 malam.

Keadaan kembali tenang selepas itu setelah Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang juga Exco Pulau Pinang dan polis, meminta kedua-dua kumpulan bersurai.

Ditanya mengenai kekecohan itu, Muhammad Shafee berkata beliau tidak tahu mengenainya dan apa yang beliau tahu adalah situasi ketika itu berada dalam keadaan terkawal.

"Apa yang saya lihat, penyokong kedua-dua belah pihak duduk di seberang jalan dan memasang radio dengan kuat. Itu saja.

"Saya juga nampak ramai orang di luar pintu (dewan). Namun, sehingga saya keluar selepas program tamat (kira-kira jam 11. 30 malam), langsung tiada pergaduhan," katanya.

Malah katanya, sehingga kini beliau tidak pernah menerima sebarang ancaman atau provokasi daripada pihak yang kurang senang dengan tindakannya memberi penjelasan berkaitan kes Anwar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Program Jelajah Liwat II kecoh]

Dalam pada itu, beliau menafikan semua sesi penerangan yang disertainya itu dianjurkan oleh Pemuda Umno.

"Sesiapa sahaja yang jemput, saya akan pergi. Dalam program semalam (kelmarin), saya dijemput oleh NGO Yayasan Mutiara Pulau Pinang.

"Malah, selepas ini sudah ada dua universiti jemput saya. Saya akan jelaskan dari segi akademik mengenai keputusan kes ini," katanya.

Ditanya apakah beliau bersedia memberi penerangan sekiranya diminta oleh Umno dalam kempen di PRK Permatang Pauh, beliau berkata beliau akan melakukannya jika tiada kena-mengena dengan PRK dan politik.

150 kematian sepanjang 10 hari Op Selamat

Posted: 22 Feb 2015 09:08 PM PST

SINAR HARIAN

PDRM
 
 
KUALA LUMPUR - Sejumlah 150 kematian dilapor dari 11,867 kemalangan jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat dilancar sejak 12 Februari lalu.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Johor mencatat jumlah kematian paling ramai iaitu 27 diikuti Selangor (23) dan Perak (22).

Op Selamat akan berakhir Khamis ini. Beliau berkata, kebanyakan kemalangan dilapor berlaku di jalan Persekutuan iaitu 44 kes, jalan negeri (36), lebuh raya (28) dan jalan bandar raya serta bandar (21).

"Dari angka kematian itu, ia turut membabitkan 92 penunggang motosikal, kereta (36) dan pejalan kaki (11)," katanya kepada Bernama.

Mohd Fuad berkata, 180,443 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti memandu laju dan menyalah guna lot parkir.

Beliau juga berkata, 47,604 anggota polis ditugaskan untuk memantau rumah dan premis perniagaan semasa cuti Tahun Baharu Cina.

Sejumlah 8,371 laporan diterima daripada orang ramai tentang rumah mereka yang ditinggalkan semasa perayaan, katanya. - Bernama

Tiada ulasan: