Isnin, 23 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ini ghopanya , asyik nak tengoyak tak habih- habih .....

Posted: 23 Feb 2015 08:00 AM PST

Pilu hati tak terkata.Hancur luluh. Huhuhu
Saya rasa pelik sungguh dengan Cikgu Sejarah ni - Ridhuan Mohd Nor. Asyik-asyik nak tengoyak tak habih- habih dengan terghoyaknya!

 Hari semasa muktamar lalu, bila kawan dia baca doa laknat khas untuk Mat Sabu dia pun teghoyak juga....alahai... Depa ingat Mat Sabu tu tak ada perasaan macam depa juga? 

Tu yang Mat Sabu perli, "Saya bukan manusia pelastik!" Mat Sabu pun ada perasaan rasa dihina dan sedih bila hampa buat kelaku begitu. Tapi tidaklah pula dia ngada-ngada menangis macam pondan siam!
Tuan rumah di Algeria tu tak bagi korang ni makan 
hingga terpaksa bawa periuk dan sadin dari Malaysia?
Hari ni pula Ridhuan Mohamad Nor naikan status (atas) yang meruntun pilu kalbunya kerana terharu sangat nengok Hj Hadi makan sambal ikan bilis??? 

Korang nampak tin ikan sadin cop ayam ke tu? Tidak mungkin tetamu dari Malaysia orang Algeria tak jamu bagai?? Tak payahlah nak tunjuk zuhud sangat makan tak pakai pinggan dengan periuk nasi bawa dari Malaysia tu!

Apa dia ingat ikan bilis tu murah ker? Aku gemar makan ikan bilis dan aku tahulah harga ikan bilis tu berapa sekarang nih! Sedih konon! Nak tergelak sungguh bila baca statusnya itu.

 Mungkin Ridhuan ni ingat kita orang jakun sangat.Tak pernah nengok Hj Hadi bersantapan macam dalam gambar nih :
Ridhuan , ko terasa nak berderai air mata atau air lio?

Berikut adalah komen Teuku Zacharyah Iskandar :
 SAMPAI BILA MELAYU HARUS DIPERBODOHKAN?
 Apakah ini dinamakan sebagai ZUHUD?
*Jawatan sebagai Ahli Parlimen dgn gaji RM 10K.
*Mendapat Elaun tetap sebagai Ahli Parlimen.
*Jawatan sebagai Presiden PAS juga dibayar gajinya.
*Mendapat bayaran setiap kali membuat ceramah agama.
* Anak dan menantu memegang jawatan serta memiliki saham dalam GLC di Selangor. Setahun hampir RM 1 JUTA.
* Mempunyai berekar2 tanah.
* Mempunyai kediaman yang sempurna.
* Memiliki Kenderaan besar dan selesa.
* Mendapat rawatan hospital First Class.
*Mampu melancong keluar negara berkali2 dalam setahun.
 Hakikatnya :
 Ramai fakir ( geladangan ) tidak mempunyai kediaman dan hidup dicelah2 timbunan sampah. Tidur malam berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Anak kecil tidur malam dalam kedinginan dan kelaparan.
 Ramai golongan miskin yang hidup tertekan. Makan hanya sekadar mengalas perut, tiada penempatan yang sempurna, kederaan jauh sekali, hidup berpindah randah kerana tiada wang bagi membayar sewa rumah. Di halau tuan rumah di tengah malam buta merempat di tangga2 masjid mohon perlindungan agar dapat bermalam sehari dua..
 Note :  Admin Harap janganlah ada lagi si BAHALOL yg post gambar2 lakonan minta simpati macam ini, kerana ianya perbuatan Munafiq..
 Buat Ustadz Mohamad Ridhuan Mohd Noor jika benar sekalipun saudara seorang kaki pengampu janganlah meletakkan akhlak saudara serendah ini bagi menipu umat islam dalam negara kita. Hentikanlah sifat2 Munafiq kamu tu..
Teuku Zacharyah Iskandar  Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return

Asal usul ‘Anwarinas’ – Khalid Samad

Posted: 23 Feb 2015 06:00 AM PST

  Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan 'Anwarinas' diusir keluar daripada pimpinan PAS. Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya, tiada pimpinan PAS yang 'Anwarinas'. Sudah pasti seorang 'Anwarinas' akan berada dalam PKR, bukan PAS.

 Namun tidak dinafikan dakwaan wujudnya golongan 'Anwarinas' dalam pimpinan PAS dibuat agak sudah lama. Ia dimulakan seorang yang bernama Zul Nordin.

 Masih ingat siapa dia? Dia juga dikenali dengan gelaran 'Mr. 101%' apabila menyatakan keyakinan menang kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2013.

Seperti dakwaan dia akan menang terbukti palsu, begitu jugalah bagi saya dakwaannya adanya 'Anwarinas' dalam PAS.

 Dia mengaku dirinya salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi saya diberitahu dia hanya bantu angkat beg turun naik mahkamah, menyibuk tanpa diundang. Tidak tahulah samada betul atau tidak. Namun, pada saya dialah adalah orang yang pertama menggunakan istilah 'Anwarinas' ini.

 Tetapi yang peliknya ada pula anak muridnya dalam PAS! Golongan 'pengikut Zul Nordin' dalam PAS ini sedang mengusahakan apa yang Zul Nordin tidak mampu lakukan pada satu ketika dahulu.

 Kalau mereka terdiri daripada orang muda yang hanya berpandukan semangat saya tidak hairan sangat. Tetapi amat malanglah kalau ada yang bergelar ulama tetapi menjadi anak murid Zul Nordin dan sanggup pula membawa agendanya.

Bagaimanapun, jika menyokong Anwar dalam keadaan beliau ditindas dianggap 'Anwarinas', maka Almarhum Ustaz Fadhil adalah 'Anwarinas' yang pertama.

 Diikuti pula dengan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kalau bersama Anwar dalam usaha menjatuhkan Umno/BN dan memenangkan gabungan parti politik baharu bersamanya samada di dalam BA atau PR dianggap 'Anwarinas', maka ketahuilah semua Almarhum Ustaz Fadhil adalah 'Anwarinas yang pertama, diikuti dengan Almarhum Nik Aziz serta Hadi.

 Mereka menjawab, "Tidak! Tidak!" yang dimaksudkan adalah yang menyokong semua yang dilakukan Anwar walaupun ianya bercanggah dengan keputusan Jemaah.

 Maka ditanya kembali "Apa dia yang dilakukan Anwar yang bercanggah dengan keputusan jemaah yang disokong pimpinan PAS ini?" Maka dijawab pula mereka:

 1. Menyokong calon PKR di Kota Damansara

 Kota Damansara adalah kerusi PKR. Itu keputusan Jemaah. Di peringkat Negeri dan juga Pusat. Pada 2008 PAS Selangor atas permintaan PAS Subang tukarkan Kota Damansara dengan Paya Jaras.

 Pertukaran ini dilakukan atas dasar suka sama suka. PKR menang di Kota Damansara dan malangnya PAS kalah di Paya Jaras. Status kerusi ini tidak berubah secara rasminya sehingga sekarang walau pun ada dakwaan seorang 'ulama' muda kerusi Kota Damansara adalah milik PAS.

 Pada 2013, PAS menang di Paya Jaras tetapi PKR kalah di Kota Damansara. Umno cukup berterima kasih dengan calon PAS yang diturunkan di Kota Damansara termasuk juga 'ulama' muda tersebut.

 Maka menyokong PKR di Kota Damansara bukan alasan untuk mendakwa seseorang itu sebagai 'Anwarinas'. 

2. Menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor

 PAS terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Saya sendiri berbeza pandangan tetapi terpaksa akur dengan keputusan Jemaah. Tetapi sokongan ini ditarik balik oleh PAS sebaik sahaja Khalid dipecat dari PKR kerana tidak mematuhi disiplin partinya.

 Oleh itu PAS tidak lagi menyokong Khalid selepas itu. Oleh itu menolak Khalid sebagai MB selepas tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat yang bersetuju menukarnya tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang sebagai 'Anwarinas'.

 3. Menyokong DSWA sebagai MB Selangor.

 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diputuskan sebagai salah seorang yang dicalonkan oleh PAS untuk jawatan MB dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang bertemu pada 17 Ogos 2014. Ianya keputusan sebulat suara. Cadangan nama Wan Azizah sebagai calon pertama dan Azmin Ali sebagai calon kedua dibawa oleh Hadi sendiri dan ianya diterima tanpa apa-apa perbahasan lanjut.

 Malangnya Azmin Ali memberi laluan kepada Wan Azizah dan oleh itu Wan Azizah diterima PR sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor. Ini menimbulkan reaksi melampau dari golongan tertentu dalam PAS tetapi ianya hasil tindakan Azmin Ali bukan mana-mana pimpinan PAS. Tetapi memang tidak dapat dinafikan, Azmin adalah seorang 'Anwarinas'.

 Tetapi menyokong Wan Azizah sebagai calon MB tidak boleh dikatakan sebagai membelakangi keputusan jemaah. Sebaliknya ianya selari dengan keputusan rasmi jemaah. Maka ianya turut tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang pimpinan sebagai 'Anwarinas'.

 4. Menyokong Langkah Kajang

 Persoalan Pilihan Raya kecil Kajang hasil tindakan Langkah Kajang sememangnya tidak dibincang terlebih dahulu oleh PKR. Mereka menganggap ianya urusan PKR kerana Adun Kajang pada ketika itu adalah dari PKR. 

 Oleh itu ianya terpulang kepada mereka samada ingin menukarkan Adun mereka atau tidak. Samada PAS bersetuju atau tidak dengan lojik mereka hakikatnya PKR terus bertindak. Dengan itu PAS Pusat bermesyuarat dan diputuskan secara jamaai PAS kena membantu mereka di Kajang. Namun PAS sebut dengan jelas, pendirian PAS, pertukaran MB tidak timbul pada ketika itu.

 Oleh itu menyokong PKR di Kajang adalah keputusan Jemaah. Memulaukan pilihan raya kecil Kajang dengan tidak turun bertugas adalah keputusan hawa nafsu. Menyokong PKR di Kajang juga tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh seseorang 'Anwarinas'.

 5. Konsensus nasional

 Dikatakan 'golongan Anwarinas' menyokong 'Konsensus Nasional' kerana ianya dibawa Anwar tetapi menolak 'Unity Government' yang dibawa Hadi. Oleh itu mereka lebih sokong Anwar dari menyokong Hadi.

 Konsensus Nasional dan Unity Government adalah dua perkara yang berbeza. Konsensus Nasional hanya merupakan persetujuan bersama untuk tidak mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan membawa isu-isu bersifat perkauman dan sebagainya.

 Ianya bukan cadangan untuk PR bersatu dengan BN. Ianya cadangan untuk menjadikan politik dan demokrasi negara lebih baik dan matang maka apa masalah dengan menyokongnya?

 Unity Government merupakan cadangan untuk menyatukan BN dan PR dalam satu kerajaan dan dengan itu tiada lagi pembangkang dan semua berkerjasama untuk kebaikan Negara. Pada dasarnya, ianya cadangan yang baik, seperti saya jelaskan dalam tulisan asal saya pada sekitar Mac 2009. Tetapi saya tidak yakin BN akan bertindak adil terhadap PR dan sebaliknya akan menggunakannya sebagai peluang membunuh masa depan politik PR.

 Cadangan UG ini juga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli. Ada yang menganggap ianya gabungan PAS dan Umno.

 Kekeliruan ini terhasil dari usaha pihak tertentu pada tahun 2008 sebaik sahaja kita mencapai prestasi cemerlang melalui PRU12 pada tahun itu. Sedangkan UG bukan sekadar PAS dan Umno, tetapi PR dan BN.

 Namun, menolak UG dan menyokong KN tidak merupakan alasan untuk menggelar mana-mana pihak sebagai 'Anwarinas' kerana kedua-duanya adalah konsep yang berbeza.

 Pandangan berbeza berhubung kedua-duanya adalah berdasarkan hujah dan analisa masing-masing, bukan atas sikap mengikut secara buta tuli terhadap mana-mana pihak. 

6. Tawaran TPM dan jawatan menteri kepada Anwar dan PKR.

 Ada juga yang menimbulkan persoalan mengapa 'golongan Anwarinas' tidak bersuara apabila didedahkan Anwar pernah ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak.

 Adanya tawaran bererti adanya tawar-menawar dakwa mereka. Sedangkan 'golongan Anwarinas' ini begitu kecoh bila isu UG ditimbulkan dalam PAS.

Pertama, adanya tawaran tidak bererti semestinya adanya tawar-menawar. Rasulullah (SAW) ditawarkan bermacam-macam oleh pihak Quraisy walaupun Rasulullah tidak terlibat dalam usaha tawar-menawar dengan mereka.

 Kedua, tawaran itu tidak diterima maka ingin buat bising buat apa? Anwar pun difitnah lagi dan dipenjarakan maka jelas membuktikan tiada usaha berdamai samada di pihak Umno atau PKR.

 Ketiga, itu urusan parti PKR. Pimpinan PAS jaga PAS supaya PAS tidak tertipu dengan tipu-helah Umno. Biar PKR dijaga oleh pimpinan PKR sahajalah. Pimpinan PAS mahu masuk campur buat apa? Kalau PKR bodoh sangat sehingga sanggup terima tawaran Umno, nasib merekalah. Maka kita lawan mereka pula selepas itu! Namun, Alhamdulillah mereka menolak dan ini adalah bukti kesetiaan kepada PR.

 Kalau Anwar terima awal-awal, mungkin kesnya pun ditarik-balik. Tetapi, bukan sekadar tidak lari mencari suaka politik di Amerika, UK atau Australia, tunggu di Malaysia sehingga dipenjarakan sekalipun.

 Berapa ramai yang menanggung dosa kering atas buruk sangka mereka terhadap Anwar dalam kes ini? Oleh itu, tidak mengutuk Anwar kerana beliau ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri juga bukan alasan untuk menuduh seseorang itu 'Anwarinas'.

 Kesimpulan

Saya sememangnya kecewa dengan sikap beberapa pimpinan PAS yang sanggup membawa agenda mereka-reka seperti Zul Nordin, Hassan Ali dan sebagainya di dalam PAS.

 Begitu juga dengan budaya terpengaruh dengan tulisan di alam maya oleh orang bacul yang bersembunyi di sebalik nama samaran seperti Tok Usin Ceroi (TUC), Elharaki dan sebagainya.

 Dakwaan orang yang merahsiakan siapa diri mereka sepatutnya terus dibakul sampahkan. Lainlah kalau yang dituduh itu adalah pihak berkuasa yang boleh mendatangkan musibah ke atas diri mereka. Ini tidak.

 Yang difitnah pun sedang bergelut menentang kezaliman BN dan menjadi mangsa kezaliman itu, ditambah pula dengan fitnah yang dilemparkan tanpa bukti dan hujjah yang kukuh.

 Saya tidak dapat menolak kemungkinan ini semua bertujuan untuk mencapai sesuatu yang lama diinginkan beberapa pimpinan PAS iaitu untuk supaya PAS keluar dari PR.

 Untuk berhujah secara berdepan berhubung kehendak mereka ini tidak mampu mereka lakukan maka mereka memilih jalan pintas yang jahat dan tidak berakhlak.

 Mereka memilih untuk menuduh tahaluf siyasi ini menghasilkan banyak kerosakan dalam PAS termasuk masalah wala' dan kesetiaan serta kewujudan golongan 'Anwarinas' dan sebagainya.

 Saya nyatakan dengan terus terang di sini. Wala' saya pada jemaah menuntut supaya saya berusaha untuk mencapai kebaikan untuk jemaah ini.

 Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Nordin, Hassan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan.

 Semoga dengan itu akan saya kembali bertemu Allah kelak dalam keadaan redha dan diredhai insyaAllah.

Wallahu alam. – 23 Februari, 2015 SUMBER

Masih adakah ruang penyatuan selepas multaqa, soal AJK PAS Pusat

Posted: 23 Feb 2015 04:43 AM PST


 Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.

 Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah.

 "Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

 Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu. - Baca lagi di sini

Razman Zakaria, jangan hanya pandai bertanya, kena juga pandai menjawab!

Posted: 23 Feb 2015 12:04 AM PST

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menggesa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli memberikan penjelasan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Razman berkata, tindakan perlu diambil sekiranya benar Mohamad dan Dr Hatta cuba menggulingkan presiden PAS itu.

 "Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan.

 "Kalau hendak dikira tabayyun (mendalami masalah dengan teliti), ayat Al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat," kata Razman seperti dilaporkan di muka depan akbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. - Baca lagi di sini

Tabayyun Man, tabayyun! Jangan lupa hang dah  jadi ulama lani.....

  Apakah Razman tidak boleh mengambil jalan yang lebih lunak terhadap orang yang jauh lebih senior dari dirinya dalam organisasi ini berbanding dengan dirinya yang baru beberapa hari sahaja didalam PAS, tapi diangkat menjadi PJ Perak sudah buat kelaku sombong tidak menentu!

  Apa yang menghalang Razman untuk berjumpa sendiri dan bertanyakan hal tersebut kepada orang yang dituduh, kalau Razman benar-benar mempunyai sifat ikhlas sebagai kawan. Lainlah kalau Razaman berniat yang disebaliknya.

  Dan apakata kalau Razman tolong jawap tuduhan Penarik Beca pula. Macam yang kamu kata atas tadi, "Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan."

Penarik Beca : Razman, oleh kerana hang la ni pemimpin parti Islam di Perak, boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hang tak berbohong bila hang mendakwa hang tak pukul Hanipa dalam mesyuarat AJK Pas Pusat baru2 ni? Dan; 
 Boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, WataLlahi bahawa hang tak pernah ambik duit rasuah atau apa2 duit haram walau satu sen pun sepanjang hang berkerja sebagai kastam.
Dan aku cuma nak tumpang sekaki saja. Kebetulan ada seorang hamba Allah inbox aku sebentar tadi. Aku tak mahu nak buat apa-apa spekulasi mengenainya kerana aku tidak pernah berurusan dengan pihak kastam.Mungkin ada sesiapa yg tahu atau Razman sendiri boleh beri pencerahan mengenainya ?

Baik budi bahasanya pegawai kastam Razman nih!
Rupanya , masih ada yang terkenangkan Razman.
Bak kata pepatah : Orang berbudi, kita berbahasa
Orang memberi, kita merasa!

Pemimpin PAS kini lebih cenderung kepada Umno, kata ahli veteran

Posted: 22 Feb 2015 09:30 PM PST

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang berkata parti itu
bersedia untuk meninggalkan PR dan bekerjasama
dengan Umno. - The Malaysian Insider
gambar oleh Mukhriz Hazim,
23 Februari, 2015.
 Kepimpinan tertinggi PAS menjadi lebih cenderung ke arah bekerja dengan Umno, dakwa pemimpin veteran, meningkatkan kebimbangan bahawa parti Islam itu lebih hampir ke arah meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

 Bekas Naib Presiden Ahmad Awang berkata terdapat persepsi yang kuat di kalangan akar umbi daripada trend ini walaupun jaminan berulang daripada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS komited untuk PR.

 Dakwaan Ahmad datang di tengah-tengah perdebatan dalaman yang panas dan perbalahan dalaman dalam parti pembangkang terbesar negara, yang bersedia untuk mengadakan pemilihan parti (Muktamar) pada bulan Jun.

 Dalam laporan sebelum ini, pemimpin-pemimpin PAS telah mengakui bahawa muktamar kali ini akan menyaksikan pertarungan akhir antara pro-PR dan puak Mesra-Umno untuk mengawal parti.

 Golongan yang menang akan menentukan hala tuju parti itu dari tahun ini sehingga pilihan raya umum akan datang, termasuk sama ada mereka masih akan berada dalam PR.

 Terdapat juga tekanan luar yang kuat untuk PAS dan Umno bersatu, yang terbaru daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menulis  dalam Utusan Malaysia, akhbar  jurucakap Umno semalam di mana beliau menggesa kedua-dua pihak untuk mengetepikan perbezaan mereka dan "memberi tumpuan mereka usaha ke arah menyelamat orang Melayu dan kedudukan agama Islam ".

 Ahmad berkata, tanggapan di kalangan ahli-ahli parti adalah berdasarkan kepada tingkah laku dan sikap pemimpin PAS, termasuk Hadi sendiri, yang baru-baru ini menjadi tajuk utama dengan memainkan isu perkauman untuk mewajarkan menentang pilihan raya kerajaan tempatan.

 "Semua ini Melayu ini dan Melayu itu, ia adalah sangat Umno. Prinsip kami sentiasa memberi penekanan kepada Islam. Dan kita mempunyai slogan yang dipanggil 'Islam untuk semua'. Jadi mengapa kita akan kembali untuk bercakap mengenai bangsa? "Kata Ahmad dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

 Satu lagi tanda trend ini dilihat bagaimana bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa dapat terus menggalakkan idea kerajaan perpaduan antara PAS dan parti pemerintah tanpa celaan dari kepimpinan parti itu, katanya.

 Kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengukuhkan trend ini diberikan bagaimana Nik Aziz telah bersungguh-sungguh menentang PAS bekerjasama dengan Umno, kata Ahmad.

 "Kepimpinan, termasuk syura mesti menangani persepsi ini, yang kuat di kalangan ahli-ahli PAS," kata Ahmad, merujuk kepada majlis ulama yang teguh mengemudi hala tuju parti.

 "Mereka mesti keluar dengan kenyataan samada mereka menentang atau menyatakannya.

 "Jika syura selama ini boleh mengeluarkan kenyataan sepanjang masa, mengapa tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu kritikal ini?" Kata Ahmad, yang juga bekas ahli majlis syura. 

 Arkitek PR 

 Beliau memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang ideologi antara PAS, PKR dan DAP di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008 untuk membentuk kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.

 Semasa pilihan raya, DAP bukan sebahagian daripada Barisan Alternatif yang termasuk PAS dan PKR.

 Sebagai pesuruhjaya PAS Perak itu, Ahmad boleh menerima pelawaan Umno Perak dan mendapatkan wakil rakyat parti itu untuk menyokong Umno dan membentuk kerajaan dengan mereka.

 Sebaliknya, beliau memilih untuk bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang beliau tahu menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud atau kod jenayah Syariah.

 Sehingga hari ini, beliau berkata ia merupakan keputusan yang tepat walaupun hubungan tegang sejak kebelakangan ini di antara PAS dan DAP atas niat Kelantan mahu melaksanakan undang-undang hudud.

 Baginya, DAP adalah rakan kongsi yang lebih boleh dipercayai daripada Umno. Beliau percaya bahawa masa yang diberikan, kedua-dua pihak boleh menguruskan perbezaan mereka ke atas hudud.

 "Umno tidak percaya kepada hudud. Mereka hanya cuba untuk memperdayakan kita untuk berfikir begitu," kata Ahmad merujuk tawaran Umno untuk menyokong rang undang-undang di Parlimen tahun lepas yang akan membenarkan penguatkuasaan hudud di Kelantan.

 Rang undang-undang itu, ditentang kuat oleh DAP dan parti-parti komponen BN yang bukan beragama Islam, sepatutnya telah dibawa oleh Ahli Parlimen PAS dari Kelantan.

 Akhirnya, PAS meninggalkan rancangannya itu tetapi mungkin dibawa kembali tahun ini.

 Ahmad berkata hanya seorang menteri Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Umno akan menyokong rang undang-undang tersebut.

 "Sokongan Jamil Khir itu tidak disokong oleh Perdana Menteri. Oleh itu, jika kita telah bentangkan rang undang-undang tersebut, tidak ada jaminan kita akan mendapatkannya melalui Parlimen.

 "Kemudian Umno akan mengatakan bahawa mereka menyokong rang undang-undang Parlimen tetapi kalah," kata Ahmad.

 Tetapi akibatnya adalah bahawa Umno akan berjaya memujuk beberapa ahli PAS bahawa ia (Umno) adalah rakan kongsi yang lebih baik daripada DAP dan mengukuhkan sentimen kerajaan perpaduan dalam PAS.

 Umno, Ahmad berkata, hanya berminat dalam bersikap baik dengan PAS kerana ia lemah. Beliau menarik persamaan antara gerak isyarat Umno sekarang dan pada tahun 1969, apabila ia membawa PAS ke dalam Perikatan (Parti Perikatan), pendahulu kepada BN.

 Ahmad adalah aktif dalam PAS sebelum ini walaupun bekerja dalam kerajaan dan menjadi seorang pegawai di Pusat Islam.

 "Tetapi apabila Umno melihat pengaruh PAS yang semakin meningkat di kampung-kampung dan di rancangan Felda, mereka berasa terancam oleh kami. Jadi mereka tendang kami keluar."

 PAS akhirnya tersingkir pada tahun 1977. Ahmad telah dipindahkan dari Pusat Islam ke jabatan pendidikan.

 "Saya telah dimasukkan ke dalam simpanan sejuk, berkesan sekali," kata Ahmad.

 Layanan istimewa?

 Apabila dia sebagai Naib Presiden, Ahmad berkata dia adalah salah seorang antara segelintir ulama yang konsisten bersuara terhadap mana-mana cubaan untuk bekerjasama dengan Umno.

 Persepsi bahawa kepimpinan adalah terbuka kepada idea bekerja dengan Umno, Ahmad berkata juga didorong oleh keengganan parti itu untuk mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

 Ahmad ditanya mengapa tindakan tatatertib tidak diambil terhadap Nasharudin walaupun dia kini diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Seri Najib Razak.

 Semasa bertugas sebagai Timbalan Presiden, Nasharudin telah menyokong secara berterusan untuk parti itu bekerjasama dengan Umno.

 Nasharudin telah dikalahkan dalam pilihan raya 2011 PAS oleh Mohamad Sabu, seorang aktivis parti yang telah lama terkenal dengan hubungan yang kuat dengan PR dan seperti Ahmad, beliau bermusuhan terhadap Umno.

 Selepas Nasharudin tidak lagi aktif dalam PAS, gambarnya dan Najib mula muncul bersama-sama di majlis-majlis agama. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai ahli PAS.

 Walaupun dia mungkin tidak bersama acara-acara PAS, Ahmad berkata Nasharudin masih mempunyai dan menggunakan pengaruh di kalangan kepimpinan kanan. Sebagai perbandingan, seorang lagi pemimpin yang mesra-Umno, Datuk Hassan Ali dipecat daripada parti pada tahun 2012.

 "Jadi mengapa tiada tindakan diambil terhadap Nasharudin?"

 Akhirnya, Ahmad berkata, kes Nasharudin ini mencerminkan arus bawah yang besar dalam PAS dan tanda bahawa akan terjadi anjakan tektonik dalam beberapa tahun akan datang. - 23 Feb 2015. 

PasMa tidak tergugat serangan Ulama PAS, kata Phahrolrazi

Posted: 22 Feb 2015 06:00 PM PST

Kumpulan pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan resolusi Dewan Ulama parti itu yang menggesa tindakan ke atas ahli mereka.

 Presiden PasMa Datuk Pharolrazi Zawawi berkata, kumpulan itu akan tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa walaupun terus menerus diserang.

 "Kita tidak tergugat dengan perkara demikian, setakat ini aktiviti kita dan program masih lagi berjalan seperti biasa," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

 Phahrolrazi berkata usul yang dibuat pada Multaqa Ulama pada Sabtu hanya keputusan salah satu sayap parti itu dan bukan keputusan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif bagi menetapkan sebarang pendirian.

 "Apa saja ketetapan yang dibuat ketika Multaqa adalah tidak sah kerana ia hanya melalui sayap parti, usul itu hanya dianggap sah sekiranya ia diterima Jawatankuasa PAS Pusat.

 "Buat masa ini, ia cuma dilihat sebagai ketetapan saja," katanya.

 Mengulas mengenai serangan pimpinan ulama terhadap PasMa hujung minggu lalu Phahrolrazi berkata, PasMa tidak akan menyerang kembali sayap tersebut.

 "Lagi pun, golongan ulama adalah institusi terhormat dalam PAS. Ulama ini pewaris nabi, kalau kita bertindak dengan perkara sama, maka ia seperti tidak ada kesudahan.

 "Lagipun kita tidak mahu nanti PasMa dicop tidak hormat golongan ulama," katanya.

 Phahrolrazi sekali lagi menegaskan PasMa lahir dalam kerangka PAS.

 "Bukan saya saja tapi ahli yang lain juga, mereka adalah ahli PAS."

 Multaqa Ulama pada Sabtu menetapkan 16 resolusi, antaranya mengenakan tindakan ke atas mana-mana ahli PAS dan pemimpin menyertai PasMa.

 Mereka juga menganggap sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden sebagai merupakan kesalahan mandatori, dan menyeru kerjasama parti Islam itu dengan PR dikaji semula.

 Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptamanya berkata PasMa secara terang-terangan bergiat aktif walaupun Majlis Syura mengarahkan ahli parti tidak terlibat dengan kumpulan itu.

 "Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS," kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.

 Katanya, keputusan Majlis Syura dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.

 "Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," tambahnya.

 Mengenai tuduhan tersebut, Phahrolrazi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor di Kedah, berkata beliau tidak faham mengapa PasMa dituduh menyokong fahaman liberal.

 "Kita tidak faham dengan tuduhan itu, kerana PasMa merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dan matlamat kita ialah membantu Pakatan Rakyat dalam konsep demokrasi, kita mahu membantu parti menjadi sebuah parti kukuh dan kita PasMa sendiri bukan dan tidak akan jadi parti politik," katanya.

 PasMa dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR.

 PasMa antara lain berkata ia mahu merapatkan kerjasama antara PAS dengan PR, yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas. – 23 Februari, 2015. - sumber

PENAIKTARAFAN DARI BARUA KEPADA SYAITAN.

Posted: 22 Feb 2015 04:15 PM PST

 Perwakilan Ulama PAS Kedah mengesahkan kenyataan Nasharudin Mat Isa sebelum ini bahawa " Tak semua dalam UMNO itu Syaitan dan Tak semua dalam PAS itu Malaikat.. "

 Point PAS dan UMNO sudah hampir sama..

 Ulama PAS mendakwa dalam UMNO pun terdapat mereka yang baik yang mahu melaksanakan HUDUD.. DAN dalam PAS tak semuanya Malaikat, buktinya di dalam Pesidangan Muktaqa Ulama PAS yang berlangsung di Sedang Jaya semalam Ulama PAS Kedah mendakwa dalam PAS terdapat ramai Syaitan..

 Point Hujah PAS bahawa dalam UMNO juga terdapat golongan umat islam yang baik DAN dalam PAS terdapat Syaitan ini telah disepakati bersama oleh UMNO dan PAS.. MAKA Point serta hujah ni sudah bertemu titik persamaan dan hampir bercantum..

 Titik persamaan inilah yang akan menguatkan kebersamaan UMNO dan PAS di dalam percaturan politik mereka..

 PEMBIUSAN MINDA ( DOKTRIN ) SEDANG DIJALANKAN OLEH MSU

 Doktrin dalam UMNO terdapat juga Umat Islam yang baik ini sedang diusahakan oleh MSU agar Ahli PAS lebih mudah menerima UMNO sebagai rakan politik mereka..

 Doktrin dalam PAS ramai Syaitan adalah bagi Ahli PAS menolak golongan Professional dalam PASMA Doktrin juga dilakukan dengan memburuk-burukan DAP serta PKR agar Ahli PAS bersedia menolak kedua-dua parti tersebut..

PASMA diserang bertali arus kerana PASMA adalah batu penghalang yang cukup besar dalam usaha PAS dan UMNO menjayakan titik persamaan UMNO dan PAS.

 Justeru itu UMNO menyediakan ruang yang cukup besar bagi PAS menyerang PASMA di dalam RTM dan Astro Awani..

 Tahniah buat Nasarudin Mat Isa kerana anda seorang utusan atau agent yang hebat...


Teuku Zacharyah Iskandar 

Tiada ulasan: