Ahad, 22 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR tidak tunduk kepada tekanan

Posted: 22 Feb 2015 02:34 AM PST


Fariz Musa
 
 

SHAH ALAM - Ketua Koordionator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjadi tahanan politik.

Beliau berkata tindakan pihak polis yang menahannya bersama aktivis anak muda, Adam Adli ketika berhimpun secara aman di hadapan pusat beli-belah Sogo semalam membuktikan wujud desakan untuk mengekang kebangkitan rakyat.

"Saya ingin nyatakan pendirian untuk tidak akan tunduk terhadap apa jua tekanan dan akan terus bangkit bagi menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar dan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Terdahulu beliau dan Adam dibebaskan dari pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi selepas ditahan semalaman dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Berita pembebasan dua pemimpin itu dikongsi Fariz di akaun Twitternya pagi tadi dengan memuat naik sekeping gambar beliau bersama Adam menunjukkan tanda bagus.

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan 'Kita Lawan' di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti untuk pembebasan ketua pembangkang itu yang didakwa menjadi tahanan politik dalam kes liwat II.

Shafee Abdullah lebih kurang Umi Aflida sahaja

Posted: 22 Feb 2015 02:28 AM PST

MSO



Shafee meneruskan kerja Umi Aflida.
Tidak timbul dan tidak penting bagi negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini apakah tindakan Muhammad Sahafee Abdullah yang turun ke lapangan untuk mendedahkan butiran perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, apakah ianya menyalahi undang-undang dan boleh dikelasifikasi sebagai menghina mahkamah atau pun tidak.

Shafee merupakan ketua pendakwa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan kes berkenaan.

Undang-undang negara ini semacam tidak terkena kepada sesiapa yang boleh membantu mengekalkan kekuasaan dimiliki oleh pemimpin Umno dan BN hari ini. Ada semacam tindakan double standard sudah lama berlaku dan ia dibenarkan.

Perkara ini boleh diperhatikan kepada apa yang terjadi. Beberapa kes sebelum ini menggambarkan kebenaran tanggapan berkenaan. Misalnya, tindakan tegas yang diambil menerusi Akta Hasutan 1948 kepada orang tertentu dan tidak kepada yang lain, menjelaskan dengan terang perkara ini. Berlaku tindakan double standard.

Kalau yang terlibat dan terancam dengan akta berkenaan terdiri daripada orang-orang daripada Pakatan Rakyat alias pembangkang, maka mereka akan disegera dikenakan tindakan.

Ditangkap digiring ke mahkamah kemudian dihukum. Tetapi kalau seseorang itu menjadi alat kepada kerajaan, menjalankan propangada memecahbelahkan rakyat untuk mengekalkan kuasa kerajaan, maka ia dimaafkan atau dilepaskan. Kalau pun ada tindakan diambil setakat menegur atau setakat diambil kenyataan kemudian dilepaskan.

Tindakan-tindakan itu lebih sebagai meraikan laporan polis yang dibuat ke atas individu-individu berkenaan sahaja atau pun sebagai menanam tebu dibibir mulut rakyat sahaja untuk mengelakkan kerajaan daripada dikatakan sebagai tidak adil dan zalim.

Demikian apa dilakukan Shafes Abdullah yang kini turun ke lapangan mengadakan ceramah menjelaskan butiran perlakuan liwat oleh Anwar. Apa dilakukan Shafee itu adalah pertama kali dalam sejarah dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini bilamana seorang pendakwa memberi penjelasan sebagai menjustifikasikan penghakiman bersalahan terhadap Anwar.

Cara atau tindakan Shafee hari ini seolah-olah dia menjadi penceramah jemputan baru kepada Umno dalam usaha menyakinkan rakyat bahawa Anwar benar melakukan liwat dan hukuman yang dikenakan adalah tepat dan munasabah.

Tindakan Shafee itu tentu menimbulkan persoalan umum. Macam mana seorang pendakwa kepada kes yang berprofile tinggi dibenarkan untuk menjelaskan butiran perbicaraan yang diarahkan mahkamah ditutup kepada media massa. Seperti mana tafsiran beberapa pakar perundangan tindakan Shafee itu telah melakukan penghinaan kepada mahkamah. Orang juga akan persoalkan dimanakah keadilan untuk Anwar yang diharap-harapkan?

Untuk negara "tigatujuhkosongsatutujuh" saya yakin dan percaya Peguam Negara tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Shafee itu. Kita sama-sama tunggu, ianaya laksana menunggu bas di jalan keretapi.

Anwar sudah dijatuhi hukum penjara lima tahun dan sudah pun lebih seminggu menjalaninya. Badan pun sudah surut dan pinggangnya pun kembali sakit semula. Apa guna Shafee memberikan butir-butir disekiar perbicaraaan itu? Apakah beliau merasakan rakyat menolak pendakwaan dilakukan oleh beliau dan keputusan Mahkamah Persekutuan itu? Kalau begitu, kenapa?

Pecaya dan yakinlah, jelas dan terang macam mana sekalipun, rakyat tidak akan menerimanya. Rakyat tidak mudah untuk akur kepada apa yang dijelaskan itu, apa lagi kepada sesuatu yang dirancang demikian rupa. Baik dalam pendakwaan dan keputusan hakim terhadap Anwar ia gagal untuk mengikiskan kepercayaan bahawa pendakwaan ke atas Anwar itu satu pengkhiatan.

Apa lagi apabila ia dimasukan dalam jadual kempen Umno, maka kalau pun keputusan dan pendakwaan itu suci dan bersih (kalaulah) ia akan menjadi kotor dan automatik terbatal. Keyakinan rakyat yang sudah tipis akan menjadi lebih tipis dengan tindakan Shafee itu. Orang yang memberi idea untuk menurunkan Shafee seperti lembu bajak itu, adalah orang yang tidak bijak berpolitik.

Kalau sebelum ini ada orang yang menerima proses pendakwaan dan penghakiman itu, tetapi apabila Shafee dan Umno beriya untuk mempertegaskan apa yang berlaku, menyebabkan orang ramai akan mula ditimpa keraguan dan bertanya jawab sesama sendiri.

Penjelasan Shafee itu tidak memberi apa-apa manfaat. Sokongan dan simpati kepada Anwar tetap juga mengalir. Di sini bukan soal Anwar melakukan atau tidak perbuatan terkutuk itu, tetapi tindakan melampau, kejam menyebabkan Anwar memperolehi kemenangan.

Usaha Shafee itu tidak akan berjaya melemahkan sokongan rakyat khasnya pendokong Anwar. Mereka bersama Anwar bukan bersama kekotoran yang dituduh kepadanya. Tetapi mereka bersama perjuangan yang dianjurkannya. Menegakkan keadilan, membenteras kemungkaran dan membina politik baru di negara ini, merealitikan sebuah kerajaan yang mempunya tatakelola yang baik dan dipercayai.

Ketidaklunturan sokongan terhadap Anwar terserlah apabila anak-anak muda telah mengambil bahagian untuk berhimpunan pada setiap Sabtu sebagai menyatakan sokongan dan bersolidariti bagi membebaskan Anwar. Mereka tidak menghiraukan kepada tindakan pihak berkuasa dan sanggup ditangkap kerana membela Anwar. Zaman menakutkan orang dengan hiramu serkas dan rotan cabuk sudah berakhir.

Berhubung kesediaan Shafee untuk menjadi penceramah Umno, saya yakin ada sesuatu yang diburu atau dinanti oleh peguam kanan persekutuan itu. Apakah beliau mengharap upah lebih besar daripada bayaran perkhidmatan yang diberikan kepadanya sebagai ketua pendakwa? Dan kalau beliau seorang yang jujur dan bertindak secara profesional, kenapa beliau tidak "berketek" (diam membisu) terhadap proses perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaarriibuu?

Sebagai pengamal undang-undang yang dianggap hebat dan ternama beliau seharus turut sama bercakap apa yang berlaku di sebalik pertuduhan dikenakan kepada dua anggota polis itu yang kemudian dijatuhi hukum mati. Sewajarnya kalau beliau menggunakan kepakaran undang-undang yang dimilikinya, dan merupakan seorang pengamal undang-undang yang berintegriti dan berakhlak agama, beliau gunakan kebolehan itu  untuk menghuraikan kemisterian di sebalik pembunuhan rakyat Mongolia itu. Tetapi tidak, kenapa?

Bagi saya, apa dilakukan Shafee itu turun ke lapangan untuk menegakkan keputusan mahkamah dan pendakwaan ke atas Anwar itu sebagai betul, hanya membazir masa dan tenaga sahaja. Ia juga menjejaskan reputasinya sebagai pengamal undang-undang. Kerja memburukkan Anwar di luar mahkamah sesudah dilakukan dalam mahkamah menjadikan orang akan benci dan meluat dengan mukanya. Kucing jahat sekalipun kalau dianiayai melewati perikemanusiaan orang akan marah.

Tindakan Shafee itu tidak lebih dan tidak kurang sama saja dengan apa dilakukan oleh perempuan bernama Umni Aflida suatu masa lalu dimana turun menjadi penceramah jemputan Umno untuk menelanjangkan Anwar kepada umum. Walhasil apabila kerana terlebih sangat menelanjangi Anwar akhirnya diri wanita itu sendiri terlondek dalam minda rakyat.

Sidang telefon bersama Sirul tetap dijalankan esok, kata Mahfuz

Posted: 22 Feb 2015 02:20 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR : Sidang telefon selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar akan tetap diadakan esok walaupun pihak berkuasa imigresen Australia dilaporkan masih belum meluluskannya.
 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata telesidang itu tetap akan berlangsung untuk semua media pada Isnin (esok) bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
 
Ditanya mengenai kelulusan daripada pihak berkuasa pusat tahanan imigresen Australia di mana Sirul kini ditahan, beliau berkata: "Saya tak tahu pasal tu," ketika dihubungi The Malaysian Insider.
 
Beliau berkata, kerana kekangan masa, sewaktu telesidang selama 15 minit itu, wakil media hanya dibenarkan bertanya beberapa soalan kepada Sirul, yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.
 
Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya butiran terperinci yang akan disampaikan Sirul sewaktu telesidang tersebut.
 
"Saya tidak tahu (butirannya). Saya bukan bertujuan untuk dia bercakap atau buat sesuatu. Saya pun tidak tahu. Saya hanya hendak bagi peluang kepada media.
 
"Kalau sebelum ini, (portal) Malaysiakini saja mendapat akses (berkomunikasi) dengannya, sekarang saya hendak beri supaya dia boleh bercakap dengan semua media, walaupun sekadar mengulangi apa yang disampaikan kepada Malaysiakini," katanya.
 
Mahfuz berkata, PAS yang sebelum ini pernah berhubung dengan Sirul di Australia dan sedang membuat persiapan bagi membawa ibu Sirul ke sana, hanya berniat untuk berlaku adil dengan memberi peluang kepada semua media membuat liputan.
 
Jumaat lalu, PAS mengumumkan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.
 
Namun, pihak berkuasa imigresen Australia masih belum meluluskan sesi itu, memetik media Australia yang melaporkan seorang jurucakap menteri imigresen negara itu sebagai berkata, temu bual dalam pusat tahanan, pada amnya tidak dibenarkan "atas sebab-sebab operasi".
 
Jurucakap itu bagaimanapun berkata, ia boleh dibenarkan pada masa akan datang selepas prosedur permohonan yang betul dipatuhi.
 
Sirul kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.
 
Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menghukum Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri ke tali gantung kerana membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.

Tak sampai 48 jam bermaharajalela, geng pecah 20 kereta ditangkap polis

Posted: 22 Feb 2015 02:16 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Geng pecah kereta yang bergerak aktif di kawasan Selayang Baru, Batu Caves, Selayang Jaya dan beberapa kawasan lain sekitar Gombak akhirnya dicekup polis Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tiga lelaki berumur 24 hingga 26 tahun yang ditahan itu dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 20 kes pecah kereta termasuk kejadian terbaru di Selayang Baru pada awal pagi hari sama mereka ditahan.

"Polis dah dapat pengakuan orang kena tahan (OKT) dan siasatan rapi dijalankan untuk menahan ahli lain serta geng lain yang ada kaitan dengan mereka.

"Mereka ini bukan seorang-dua atau satu- dua kumpulan sahaja. Saya percaya ada lagi di luar sana.

"Sebelum ini pun polis dah beberapa kali buat tangkapan tetapi masih ada lagi geng lain bergerak aktif," kata Ali ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas beliau kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ali turut menasihati orang ramai lebih berhati-hati ketika mengendalikan barangan berharga termasuk ketika memandu.

"Jangan sesekali letakkan barang berharga di tempat yang mudah dilihat walaupun kita sendiri berada dalam kereta kerana mereka ini bertindak bila-bila masa bila berpeluang.

"Beg komputer riba, telefon bimbit, beg tangan wanita dan sebagainya yang diletak atas kerusi kereta boleh disamun dalam masa beberapa saat ketika berhenti di lampu isyarat," kata Ali lagi.

Sebelum ini, media melaporkan tiga kejadian pecah kereta berlaku dalam tempoh empat hari di Selayang Baru sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Antara mangsa itu, termasuk seorang pemilik kenderaan yang baru sahaja menukar cermin keretanya gara-gara kejadian jenayah sama beberapa hari sebelumnya.EZY

Paras Air Empangan Di Selangor Susut

Posted: 22 Feb 2015 02:12 AM PST


MSTAR ONLINE





PETALING JAYA: Paras air di empangan Selangor menurun berikutan bermulanya musim kemarau, sehingga membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan catuan air bakal berulang sebagaimana yang pernah berlaku di Lembah Klang pada tahun lalu, sekiranya keadaan bertambah buruk dalam beberapa bulan akan datang.

Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di Lembah Klang menyaksikan paras air meningkat dari September tahun lalu sehingga ke paras kemuncak pada 81.96 peratus pada 2 Februari lalu.

Bagaimanapun paras itu terus menyusut sejak itu, dengan 78.93 peratus pada Sabtu.
Paras air di empat lagi empangan turut menyusut sejak 2 Februari.

Empangan tersebut ialah Klang Gates, Langat dan Batu, di mana kesemuanya mencatatkan paras air 100 peratus pada 6 Disember tahun lalu tetapi bacaan setakat Sabtu, masing-masing mencatatkan 90.3 peratus, 98.06 peratus dan 93.1 peratus.

"Tidak ada sebab untuk panik di atas trend penurunan paras air tetapi kita tidak boleh leka kerana kita tidak tahu berapa lama musim kemarau ini berlanjutan," kata Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S. Piarapakaran.

Lembah Klang mengalami dua musim kemarau setahun, pertama pada Februari sehingga Mac semasa berakhirnya musim monsun Timur Laut dan keduanya pada pertengahan Mei sehingga September yang disebabkan oleh monsun Barat Daya.

Catuan dikenakan di Lembah Klang dan Selangor pada 2 Mac tahun lalu selepas paras air di empangan Sungai Selangor susut di bawah 40 peratus yang disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan, dan ia ditarik balik pada 1 Mei. Tahap kritikal empangan ini adalah 30 peratus.

Piarapakaran berkata, paras Sungai Selangor kini mungkin kelihatan tinggi tetapi sebenarnya lebih rendah daripada yang sepatutnya kerana empangan biasanya akan berada pada kapasiti 100 peratus sekitar bulan Mac setiap tahun.

Katanya, pembenihan awan perlu dilakukan secepat mungkin untuk mendorong hujan di kawasan tadahan.

Beliau menambah, usaha perlu digandakan untuk mengurangkan air bukan hasil yang disebabkan oleh kecurian air, saluran paip pecah, kerosakan akibat kemalangan kepada paip semasa penggalian dan kebocoran.

Piarapakaran menggesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan kerja meningkatkan bekalan air mentah ke Lembah Klang melalui pembinaan loji rawatan Langat 2 dan projek pemindahan air mentah Pahang-Selangor, kedua-duanya hanya dijadualkan siap pada akhir 2017.

Fathul Bari : UMNO Perlu Tubuh Majlis Ulama'

Posted: 22 Feb 2015 01:55 AM PST

RAKYATNEWS


Najib Razak
 


KUALA LUMPUR  - UMNO dilihat perlu mempunyai sebuah majlis ulama sendiri untuk menolak persepsi negatif parti itu selama ini menolak kepimpinan ulama.

Penasihat Eksekutif Pertubuhan ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, walaupun dakwaan itu sedikit tersasar, ia dilihat membesarkan bidang kuasa biro agama UMNO sendiri.

"Saya terima secara positif teguran sebahagian pihak bahawa UMNO hanya ada biro agama tetapi ia tidak dilihat memiliki satu bidang kuasa yang besar.

"Saya berharap cadangan saya beberapa tahun lalu dapat difikirkan semula oleh pihak pengurusan parti iaitu penubuhan Majlis Ulama UMNO.

"Setidak-tidaknya dapat meluruskan persepsi negatif sebahagian pihak yg mendakwa UMNO menolak kepimpinan ulama walaupun dakwaan tersebut tersasar," katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Fathul mengulas kenyataan Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan ahli-ahli UMNO yang sayangkan ulama perlu mencalonkan golongan tersebut menjadi presiden parti mereka.

Pada muktamar PAS  2011, isu sama pernah dibangkitkan oleh Mohamad Sabu sebaik sahaja dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden pada waktu itu.

Kenyataan Wan Saiful itu dikeluarkan ketika mengulas sikap beberapa ahli dan pemimpin UMNO yang sering mengeluarkan kenyataan membidas perkembangan dalam PAS yang didakwa meminggirkan ulama.

Dalam pada itu kata Fathul yang juga Exco Pemuda UMNO, parti itu pasti mahu bersuara apabila timbul isu berkenaan kerana PAS dikenali sebuah parti yang sentiasa mempromosikan ulama dalam kepimpinan partinya.

"Ia dilihat makin 'kuat' apabila wujud gerakan tertentu yang dilihat berusaha untuk meminggirkan ulama.

"Puluhan tahun UMNO dikritik kerana dikatakan meminggirkan ulama. Jadi,respon pemimpin UMNO apabila melihat PAS mula meminggirkan ulama adalah hal yang normal," jelasnya.

Fathul bagaiamnapun tidak menafikan tentang keperluan untuk melakukan perubahan dalam mana-mana gerakan termasuk PAS.

"Demikian juga ahli-ahli PAS juga tidak boleh nafikan bahawa kemenangan PAS selama ini antaranya berpunca dari motto 'Kepimpinan ulama'.

"Oleh itu, yang sewajarnya mengkritik perubahan ini adalah ahli PAS sendiri dan ia telah pun berlaku.

"Pandangan daripada pemimpin dan ahli UMNO saya lihat adalah satu nilai tambah sahaja," ujarnya.

Tegasnya lagi, isunya kini bukanlah mengenai perlantikan presiden dari kalangan ulama atau tidak.

"Sebaliknya apa yang perlu diperdebatkan adalah keseimbangan serta kerjasama tuntas antara ulama dan umara. Perlu diketahui bahawa bukanlah merupakan syarat utama di dalam Islam untuk menjadi pemimpin itu mesti terdiri dari kalangan ulama.

"Namun, Islam mensyaratkan setiap pemimpin yang bukan ulama sentiasa merujuk kepada ulama. Ini sewajarnya perlu dijadikan asas. Bukan mensyaratkan pemimpin itu ulama dan kemudian meremehkan parti-parti yang tidak meletakkan ulama sebagai pemimpin," jelasnya.

Katanya, teguran yang dibuat itu turut ditujukan kepada pihak yang sibuk mengkritik kepimpinan selain ulama sedang mereka sendiri tidak mendengar nasihat ulama.

Ujarnya, ulama juga tidak semestinya diberikan jawatan, sebaliknya panduan ulama itu harus dijadikan asas perjuangan.

"Namun,jika hanya ada dewan ulama tetapi hanya sekadar dewan tetapi langsung tidak diendahkan nasihat dan pandangan, maka sebenarnya mereka membelakangkan ulama.

"Dan walaupun hanya ada biro namun wujud usaha-usaha Islamisasi, maka ia dilihat lebih baik dari dewan sendiri," katanya.

Dun Chempaka: Pas kemuka calon seminggu lagi

Posted: 22 Feb 2015 01:52 AM PST


Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Pas Kelantan dijangka akan mengemukakan nama calon yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka seminggu lagi.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini masih dalam proses menerima nama calon.

"Senarai pendek kita belum ada, tetapi sekarang ini kita dalam proses menerima nama calon itu, InsyaALLAH seminggu lagi akan dapatlah namanya," katanya kepada media sebentar tadi.

Beliau hadir di Program Keterlibatan Startegik bersama pemimpin tertinggi politik dan sesi taklimat khas kepada Ahli Parlimen dan Adun Negeri Kelantan.

Menurutnya, pemilihan calon di Dun tersebut bukanlah sembarangan memandangkan ia adalah kawasan yang mempunyai aura kuat pada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika ditanya mengenai ura-ura mengatakan Nik Omar Nik Aziz sebagai calon di kawasan tersebut, beliau berkata,  sehingga kini sebarang kemungkinan masih belum diputuskan lagi.

'Naik tambang feri PP ibarat rompak rakyat'

Posted: 21 Feb 2015 11:54 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan tambang feri terus mengundang rasa tidak puas hati.

Pemuda PKR Pulau Pinang berkata kenaikan itu jika berlaku dilihat sebahagian besar pengguna sebagai "rakus" dan ingin "merompak" rakyat.

Ini, kata Ketua Penerangan nya Nakshahbandi Sahar, ditambah lagi dengan beban pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April ini.

"Kami meminta supaya pihak SPPP mendengar suara rakyat Pulau Pinang dan mempertimbangkan untuk menangguhkan cadangan kenaikan ini,sebaliknya pihak SPPP harus memperbaiki dahulu perkhidmatan feri yang mana sebelum ini agak kurang memuaskan," katanya.

Kelmarin, bantahan sama dinyatakan oleh Pemuda Umno Pulau Pinang melalui surat bantahan kepada SPPP kerana kadar baru itu didakwa terlalu tinggi dan drastik.

Mengikut cadangan itu, kadar tambang motosikal bakal dinaikkan daripada RM2 kepada RM3.50, kereta daripada RM7.70 kepada RM9, pejalan kaki daripada RM1.20 kepada RM2 dan basikal daripada RM1.40 kepada RM1.50 sen.

Orang ramai boleh mengemukakan pendapat mengenai kenaikan itu sebelum atau pada 2 Mac sebelum keputusan muktamad dibuat, lapor Bernama.

Dalam kenyataannya hari ini, Nakshahbandi juga berkata pengguna perkhidmatan feri Pulau Pinang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang "cukup-cukup makan".

Sayap kanan PKR Pulau Pinang itu juga menggesa orang ramai membantah cadangan itu sehingga ia ditangguhkan atau dibatalkan terus.

2A Bakal Memendekkan Hayat Politik Najib

Posted: 21 Feb 2015 11:40 PM PST

shahbudindotcom


Kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang diancam oleh dua isu besar iaitu Anwar Ibrahim dan juga Altantuya.  Kedua-dua isu ini yang sudah pun berakhir sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, tiba-tiba melibas dengan pukulan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri.


Pemenjaraan Anwar yang diharapkan membawa sinar lebih cerah kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang, di samping pergolakan dalam PR, akhirnya lebih membawa khabar buruk buat Najib.

Ini kerana melalui program jelajah ke seluruh negara yang dirancang oleh Pemuda UMNO bersama peguam Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes liwat melibatkan Anwar dengan Saiful, bukan saja memungkinkan simpati rakyat lebih memuncak, bahkan menyerlah lagi muslihat politik di sebaliknya.

Secara tidak langsung juga dengan program jelajah ke seluruh negara itu menyebabkan nama Anwar terus disebut dan diingati.

Dengan terus memburukkan dan menjaja cerita seks berkaitan Anwar ke seluruh negara sedangkan beliau sudah berada dalam penjara, sesiapa pun akan memahami bahawa akhirnya laba politiklah yang paling ingin dikaut sebanyak-banyaknya.

Dalam hal ini Pemuda UMNO, KJ dan Shafee, tanpa disedari, telah melakukan sesuatu yang lebih merugikan UMNO dan BN. Memenjarakan Anwar yang diharap menyebabkan Najib lebih selesa, sebaliknya mengundang lebih jalan sengsara.

Dalam isu Altantuya, sama seperti kes Anwar, ia juga sudah berakhir di Mahkamah Persekutuan dengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan melakukan pembunuhan keatas model kelahiran Mongolia itu.

Tetapi dengan menghilangnya Sirul ke Australia dan kini merancang untuk mendedahkan siapa yang merancangnya melakukan pembunuhan itu, sekali lagi nama Najib terkait sama.

Najib pula gagal menyembunyikan rasa gabra dan gelabahnya dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Sirul itu dengan mengatakannya semuanya mengarut saja. Soalnya kenapa cepat sangat Najib rasa gabra dan gundah gulana dengan pendedahan yang bakal dibuat Sirul itu?

Tunggulah dulu apa biji butir yang didedahkan Sirul sebelum mahu mengatakan ia mengarut atau tidak.

Hari ini Isnin ini pula, Pas dijangka membuat telesidang dengan Sirul daripada Pusat Tahanan Imigresen, Australia selama 15 minit dengan wartawan dari Malaysia. Jika ini menjadi kenyataan dan ada pendedahan baru yang menggemparkan dibuat oleh Sirul, maka bergegar lagilah politik negara.

Tahniah kepada Pas dan Mahfuz Omar yang bertindak proaktif menghidangkan maklumat baru dan segar kepada rakyat.

Menjelang kira-kira tiga tahun sebelum pilihanraya akan datang, isu Anwar dah Altantuya ini pasti terus menghantui Najib. Ada yang berkata, Najib tidak mungkin dapat bertahan lebih lama dengan kedua-dua isu ini terus berlarutan sehingga pilihanraya akan datang.

Sokongan rakyat yang tidak meningkat di sebalik pemenjaraan Anwar dan tekanan yang dihadapinya, jika satu demi satu maklumat baru didedahkan oleh Sirul, pasti menjadikan Najib semakin tidak sesuai lagi duduk di kerusi Perdana Menteri untuk tempoh lebih lama lagi.

Semakin lama beliau kekal, semakin besar harapan BN akan kecundang. Ramai yang percaya Najib akan berundur atau akan dipaksa meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini.

Ada yang memberi tempohnya sehingga akhir Mac ini dan ada pula yang mengatakan sebelum akhir tahun ini.

Selain isu Anwar dan Altantuya yang juga dikenali sebagai 2A, Najib juga berhadapan dengan tekanan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang antara lain menjadikan isu 1MDB sebagai sasaran utamanya.

1MDB kini dianggap sebagai skandal terbesar dalam era Najib yang bukan saja kerana hutangnya yang banyak menjadi persoalan, tetapi juga berkaitan keraguan pelaburan dan simpanan wangnya di Pulau Cayman.

Apabila GST dilaksanakan pada April nanti, Najib juga dijangka menerima kesan penolakan yang lebih besar lagi apabila wang dari poket rakyat semakin banyak disedut untuk menyelamatkan kantung kewangan negara yang kian menipis.

Bersama isu-isu yang sedang berlegar membelenggu Najib ketika ini dan poket rakyat pula kian dirobek atas nama GST dan kepentingan negara, agak menakjubkan jika beliau mampu bertahan lebih lama lagi. 

 
Gambar Najib dengan Sirul ini mula tersebar di media sosial sejak beliau melarikan diri ke Australia untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan keatasnya...

Ramanan persoal sokongan pembangkang kepada Presiden MIC

Posted: 21 Feb 2015 11:26 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin pembangkang mengangkat Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel sebagai pejuang kaum India menimbulkan banyak persoalan sedangkan krisis dalaman yang sedang melanda parti itu sendiri masih belum dapat beliau selesaikan.
 
Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan berkata, sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin pembangkang tampil membela Palanivel kononnya beliau telah banyak berjasa sedangkan belum nampak secara jelas sumbangannya kepada masyarakat India terutama selepas menjawat jawatan Presiden MIC.
 
"Saya tidak faham mengapa tiba-tiba beberapa pemimpin pembangkang bela Palanivel? Sebelum ini, mereka juga yang mengkritik kepimpinan Palanivel. Adakah Palanivel mempunyai hubungan dengan pembangkang sehingga boleh membelanya sedemikian rupa.
 
"Saya juga musykil, apa sebenarnya sumbangan Palanivel kepada masyarakat India sampai pembangkang begitu taksub membelanya? Saya betul-betul tidak faham apa keistimewaan Palanivel sehingga menjadi 'kegilaan' pembangkang," katanya dipetik Mingguan Malaysia.
 
Ramanan mengulas laporan akhbar Tamil sejak akhir-akhir ini yang kerap menggunakan pemimpin pembangkang untuk membela kepimpinan Palanivel yang kini menjadi bahan kritikan berikutan tindak-tandunknya dalam menyelesaikan krisis MIC.
 
Tambah Ramanan, nasib masyarakat India semakin tidak terbela berikutan sikap acuh tidak acuh Palanivel yang lebih mementingkan agenda peribadi selain lebih banyak menghabiskan masa di luar negara berbanding mendapatkan sokongan masyarakat India.
 
"Sesungguhnya saya tidak faham, mengapa Palanivel masih berdegil untuk menjawat jawatan Presiden mahupun Menteri. Lebih baik beliau letak jawatan dan menghabiskan masa beribadat.
 
"Masyarakat India perlukan seorang pemimpin yang mampu mengubah nasib mereka, yang boleh membawa perubahan. Barisan Nasional (BN) juga memerlukan seseorang yang mempunyai kredibiliti bagi mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat. Dalam perkara ini, Palanivel telah gagal," tegasnya.
 
Dalam pada itu, Ramanan turut memberikan contoh sikap Palanivel yang mengecewakan bukan sahaja ahli-ahli MIC malah pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Baru-baru ini, Palanivel mencetuskan kemarahan dengan 'sengaja' tidak hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan krisis MIC yang semakin parah dari hari ke hari.
 
"Apa yang lebih mengecewakan, beliau boleh bertindak sesuka hati 'ponteng' perjumpaan itu dengan alasan isterinya sakit. Apakah beliau ini benar-benar layak menjadi pemimpin?," soal Ramanan.

Lebih 400 penumpang cemas feri tiba-tiba berasap

Posted: 21 Feb 2015 11:24 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
LANGKAWI : Lebih 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap ketika berada di perairan Langkawi, hari ini.
 
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.35 tengah hari ketika feri dua tingkat itu berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.
 
Difahamkan, sejurus kepulan asap dikesan, anak kapal segera mengarah penumpang memakai jaket keselamatan sebelum feri berpatah balik ke jeti Kuah.
 
Feri terbabit bagaimanapun selamat tiba di jeti Kuah jam 12.55 tengah hari dan semua penumpang kemudian dipindahkan ke feri gantian untuk ke Kuala Kedah.
 
Seorang petugas feri yang enggan dikenali, berkata kepulan asap yang dikesan dalam feri dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penumpang yang menghisap rokok dalam tandas feri.
 
"Penumpang terbabit dikesan meletak puntung rokok atas rak dalam tandas yang diperbuat daripada gentian kaca menyebabkan berlaku kebakaran kecil.
 
"Akibat kebakaran kecil itu asap telah masuk ke ruang penumpang dan berlaku suasana panik tetapi terkawal," katanya.

Konspirasi: Musa kata tak pernah sokong Anwar

Posted: 21 Feb 2015 11:20 PM PST


Musa Hassan
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan beliau terlibat dalam meminta pegawai penyiasat kes liwat II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jude Pereira membuat kenyataan akhbar mendakwa ada konspirasi terhadap Anwar dalam kes itu.

"Saya tak tahu langsung mengenai konspirasi itu. Saya hanya berbual dengan Jude mengenai hasratnya untuk jadi peguam (dalam satu pertemuan sebelum PRU13).

"Kemudian saya hanya maklumkan (Pengerusi MyWatch, R Sri) Sanjeevan mahu berjumpa dengannya. Tetapi saya tidak tahu atas urusan apa," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Satu laporan disiarkan dalam portal berita Malaysia Today kelmarin mengaitkan Musa, yang pernah menjadi penasihat MyWatch, dengan dakwaan bahawa Sanjeevan meminta Jude membuat kenyataan itu bagi membantu Anwar dan pembangkang.

Jude berkata, beliau ditanya oleh Musa sama ada terdapat apa-apa konspirasi dalam siasatannya terhadap Anwar.

Menurut Jude, beliau menjawab tiada sebarang bukti terdapat konspirasi dalam kes liwat tersebut danMusa berpuas hati dengan jawapannya.

Sementara itu, Musa menjelaskan, beliau menghentikan penglibatannya dalam MyWatch kerana Sanjeevan terlalu terlibat dalam politik.

"Saya kata kepada Sanjeevan kalau nak buat MyWatch jangan terlibat dalam politik. Tetapi dia tetap teruskan juga jadi saya keluar daripada MyWatch," katanya.

Sementara itu, Sanjeevan yang dihubungi enggan mengulas mengenai laporan itu.

"Tiada komen pasal isu ini," katanya ringkas.

Dalam laporan bertajuk "Jude: I Was Asked To Subvert The Trial" di laman portal itu yang dikendalikan oleh blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin, Jude juga mendakwa ditanya oleh Sanjeevan sama ada beliau mahu membuat satu kenyataan media bahawa wujud konspirasi dalam siasatannya ke atas Anwar.

Menurut laporan Malaysia Today itu, Sanjeevan dikatakan memberitahu Jude beliau sedang membantu Anwar untuk kempen PRU13.

"Sanjeevan turut memberitahu saya bahawa saya akan dijaga dengan baik jika PKR menang," kata Jude seperti dipetik daripada laporan itu.

Namun Jude menolak permintaan Sanjeevan supaya membuat kenyataan mengenai konspirasi terhadap Anwar kerana siasatannya sendiri mendapati tidak wujud sebarang konspirasi.

"Kemudian, dia (Sanjeevan) meminta saya hanya berkata ada campur tangan kerajaan dalam siasatan yang juga saya tolak.

"Saya kemudian mencadangkan jika mereka mahu saya membantu, saya boleh memberi kenyataan bahawa saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar," dakwa Jude.

Katanya, Sanjeevan kemudian memintanya untuk pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur dan bertemu dengan seseorang yang akan menunjukkan apa yang sudah ditulis untuk dibacakan pada sidang media keesokannya.

Jude berkata beliau menolak kerana kenyataan disediakan itu membuatkannya seperti memperjudikan integriti sebagai pegawai polis.

"Saya terkejut apabila membaca satu petikan yang mengatakan bahawa saya adalah pegawai penyiasat dan Anwar sebenarnya tidak bersalah dan dia didakwa tanpa sebab yang kukuh serta bukti yang ada direka ke atasnya," dakwa Jude.

Gambar lelaki mirip ADUN DAP main judi tersebar di internet

Posted: 21 Feb 2015 11:10 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip ADUN DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina tersebar menjadi viral di media sosial.
 
Memetik laporan akhbar The Star, gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.
 
Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu.
 
Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, ADUN terebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.
 
Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.
 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu.

Australia tak benar Sirul ditemu ramah media

Posted: 21 Feb 2015 11:09 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SYDNEY: Jabatan Imigresen Australia menjelaskan tiada sebarang kelulusan diberikan untuk mana-mana temu ramah televisyen dengan bekas komando polis Malaysia, Sirul Azhar Umar yang kini berada di pusat tahanan Villawood di Sydney.
 
Jurucakap Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton berkata, jabatan itu secara umumnya tidak membenarkan temu ramah di dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi, menurut laporan The Sydney Morning Herald.
 
Sirul sebelum ini dilaporkan sedang berunding dengan stesen televisyen Australia untuk satu temu ramah bagi mendedahkan individu yang mengarahkannya membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Kelmarin, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar juga berkata parti itu akan mengaturkan temu ramah secara langsung melalui telefon antara media Malaysia dan Sirul, esok.
 
Menurut jurucakap Imigresen Australia, Sirul memerlukan kelulusan pihak tertinggi untuk merakamkan temu bual bersama media di unit Blaxland di Villawood yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari lalu.
 
"Kami tidak menolak kemungkinan temu ramah boleh dilakukan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi," kata jurucakap itu.
 
Sirul yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Altantuya kini berdepan penahanan bagi tempoh tidak pasti atas kesalahan berkaitan imigresen.
 
Ini kerana Austalia menolak permohonan ekstradisi Malaysia bagi menghantar Sirul pulang kecuali jika kerajaan Malaysia memberi jaminan Sirul tidak akan dihukum gantung apabila dikembalikan.
 
Hukuman gantung bertentangan dengan undang-undang di Australia.

Idris Jusoh mengarut, tipu diri sendiri mengenai mutu IPT negara

Posted: 21 Feb 2015 10:48 PM PST

ong_kian_ming

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Adalah amat dangkal untuk mendakwa bahawa mutu pengajian tinggi di Malaysia sudah setaraf universiti negara-negara maju dengan hanya berdasarkan peratusan pelajar antarabangsa di universiti tempatan.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam menyatakan perkara demikian berdasarkan bilangan 135,000 pelajar antarabangsa yang membentuk 10% daripada bilangan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam negara.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming justeru itu bertanya berapa ramai pula pelajar antarabangsa tersebut yang sanggup menolak tawaran universiti bertaraf dunia di UK dan Australia untuk datang belajar di Malaysia.

"Bukti yang digunakan oleh Idris Jusoh untuk menipu dirinya sendiri supaya percaya bahawa sistem pendidikan negara sudah setaraf negara maju wajar diketawakan," ujar Dr Ong dalam kenyataannya hari ini.

Malah katanya, berdasarkan ranking QS World University 2014 pun Malaysia masih jauh ditinggalkan institusi pengajian tinggi di United Kingdom dan Australia.

"Sebagai contoh, 19 universiti UK berada dalam ranking 100 teratas, dengan empat daripadanya berada di kedudukan sepuluh teratas – Cambridge, Imperial, Oxford dan University College London,

"Malah Jerman pun, yang universitinya kurang dikenali di arena antarabangsa, mempunyai tiga universiti di ranking 100 tertinggi. Sebaliknya Malaysia tidak ada langsung universiti di kedudukan sedemikian," ujarnya.

Menurut ranking tahunan itu, hanya Universiti Malaya yang layak berada dalam kedudukan 200 teratas, pada tangga ke 151.

"Kecualilah jika menteri mempunyai akses kepada ranking 2015 yang menunjukkan kedudukan yang jauh berbeza bagi universiti Malaysia, adalah amat dangkal untuk membuat kesimpulan bahawa mutu pendidikan kita setaraf UK, Jerman dan Australia," tambah beliau. – Roketkini.com

Letak calon Pas di Permatang Pauh

Posted: 21 Feb 2015 04:16 PM PST


Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak
 
 
GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pas meletakkan calon di PRK Permatang Pauh bagi mengelak ketandusan calon dan penguasaan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, calon Pas harus diberi peluang bertanding di Permatang Pauh kerana majoritinya adalah pengundi Melayu.

"Jika dinilai dari sudut penyokong dan sejarah pilihan raya, pengundi Pas adalah golongan majoriti di parlimen berkenaan dan dengan meletakkan calon Melayu ia boleh menjadi penyumbang kepada kemenangan calon," katanya.

Menurutnya, masalah pemilihan calon dari Pas bukanlah satu masalah kerana Pulau Pinang mempunyai pemimpin Pas yang berkaliber.

"Ramai calon Pas dari negara ini layak termasuk Pesuruhjaya Pas Negeri.

"Cadangan ini dibuat berdasarkan kepada tahaluf siyasi dan dasar persefahaman yang menjadi mekanisme perjuangan komponen parti," katanya.

Rahmad berkata, bagi calon BN pula, parti itu perlu menampilkan calon yang boleh menambat hati pengundi.

"Mereka perlu pilih calon dari anak tempatan dan 'calon boleh menang' yang diterima semua kaum," katanya.

PAS akan hancur jika pimpinan ulama terus disabotaj

Posted: 21 Feb 2015 04:10 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Serangan demi serangan terhadap kepimpinan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS adalah merupakan cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut. 
 
Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, katanya perbuatan yang didalangi oleh ahli parti sendiri itu akan menghancurkan PAS sekiranya ia tidak dihentikan.  
 
"Akhir-akhir ini kepemimpinan ulama yang menjadi teras kekuatan PAS dan telah dilembagakan dalam perlembagaan PAS cuba disabotaj, dirungkai serta dipertikai," katanya dalam satu kenyataan sempena majlis Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama PAS.
 
Punca kepada masalah yang kian membarah sehingga menyaksikan kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang makin tergugat itu pula dikaitkan dengan kepelbagaian aliran pemikiran ahli PAS sendiri yang menyertai parti tersebut selepas era reformasi 1998.
 
Pengakuan itu yang hadir sehari selepas Abdul Hadi menuntut kesetiaan selain mengingatkan kepada seluruh ahli PAS supaya jangan mengkhianati jemaah, menimbulkan persoalan berapa lama kepemimpinan ulama dalam PAS mampu bertahan daripada asakan kumpulan Anwarinas.
 
Menurutnya, Wala' (ketaatan) sebahagian ahli PAS juga telah beralih kepada pakatan bukan lagi terhadap parti Islam.
 
"Sedangkan ketaatan itu adalah wajib kepada ketua dalam konteks Islam selagi tidak bercanggah de­ngan syarak. Dalam hal ini kepada Presiden PAS (tetapi) dalam konteks Pas, wala' itu telah cuba dilanggar serta diingkari oleh segelintir pemimpin dan juga ahli.
 
"Ahli PAS (hal ini berpunca) pascareformasi 1998 mempunyai pelbagai pemikiran atau kecenderungan yang membawa kepada perpecahan dan serangan ke atas Majlis Syura Ulama serta Presiden jika tidak dibendung segera bakal membawa kehancuran kepada PAS," katanya.
 
Semalam Abdul Hadi, yang kepimpinannya semakin tergugat terutamanya selepas kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan sebahagian ahli PAS mengkhianati jemaah atau berkhidmat kepada pihak lain hanya merugikan parti.
 
Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebooknya, Presiden PAS itu antara lain menegaskan bahawa wala' kepada perjuangan Islam dan jemaah seharusnya tidak berbelah-bahagi serta tidak boleh sama sekali memesongkan ahli daripada melakukan kerja jemaah.
 
Pergeseran antara kumpulan ulama dengan pemimpin yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perkara baharu tetapi sejak beberapa bulan lalu masalah tersebut semakin kritikal sehingga dipercayai berlaku kekecohan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat baru-baru ini.
 
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, sebahagian ahli PAS kini bukan sahaja terpikat dengan acuan kapitalis tetapi pemikiran liberal dan sekular juga sudah mula meresap masuk secara perlahan-lahan ke dalam Pas atas alasan mahukan keterbukaan.
 
"Strategi kemenangan gerakan Islam mula ditinjau dari sudut pandang Barat dan pemikiran sekular. Keimanan tidak lagi menjadi teras kepada pembentukan strategi," katanya.
 

PasMa perlu berhenti libatkan ahli PAS dalam aktiviti, kata Ahmad Yakob

Posted: 21 Feb 2015 04:09 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SERDANG: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) terus dikecam Dewan Ulama PAS apabila parti Islam itu apabila menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu.
 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, meskipun Majlis Syura Ulama sudah mengeluarkan arahan menghalang ahlinya terlibat dengan aktiviti PasMa namun NGO itu seperti tidak diendahkan.
 
"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.
 
"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.
 
Memetik laporan The Malaysian Insider, beliau juga mengingatkan yang sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
 
Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.
 
Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.
 
"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
PasMa yang diketuai presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
 
PasMa yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.
 

Kelantan bentang RUU pindaan hudud 18 Mac

Posted: 21 Feb 2015 04:08 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Kelantan mengumumkan bahawa ia akan membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.
 
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) itu apabila ia bersidang dari 16 hingga 19 Mac depan.
 
Menurut laporan Sin Chew Daily, Nik Mohd Amar memberitahu demikian semasa menghadiri rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina pemimpin persatuan Cina tempatan semalam.
 
Sidang DUN itu akan berlangsung semasa tempoh kempen pilihan raya kecil DUN Chempaka.
 
DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia baru-baru ini.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan penamaan calon pada 10 Mac dan hari pengundiannya pada 22 Mac.
 
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan untuk mengadakan sidang khas DUN bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).
 
Sidang khas itu sepatutnya diadakan pada 29 Disember lalu tetapi ditangguhkan ekoran banjir besar melanda Kelantan.

Jangan terpengaruh kempen di media sosial - Ahmad Shabery

Posted: 21 Feb 2015 04:06 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KEMAMAN: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan kempen menerusi media sosial yang bertujuan mencemarkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik individu tertentu.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kempen itu jelas mencabar sistem perundangan dan kehakiman di negara ini.
 
Beliau berkata, kempen itu diadakan semata-mata mahu mengheret rakyat untuk menyertai perhimpunan 'March to Freedom' bulan depan bagi mendesak kerajaan membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Saya kesal dengan perbuatan pihak yang menganjurkan kempen itu, dengan menjadikan media sosial sebagai medan menarik orang ramai.
 
"Sebarang usaha yang dilakukan bagi membebaskan seseorang yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh sesebuah mahkamah di negara ini, dianggap boleh mencemarkan sistem kehakiman," katanya hari ini.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.
 
Kempen itu dilancarkan Nurul Nuha, anak kedua Anwar, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya pada 10 Februari lepas.
 
Ahmad Shabery turut mempertikaikan Majlis Peguam yang dilihat mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan.
 
Sebelum ini, presiden badan berkenaan Christopher Leong dipetik media tempatan sebagai berkata Anwar 'dianiaya, bukan didakwa' selepas Mahkamah Persekutuan membuat penghakimannya. 

'Fahami dan perteguhkan kepimpinan ulamak'

Posted: 21 Feb 2015 04:04 PM PST

TUAN IBRAHIM TUAN MAN


ULASAN Di dalam PAS, penerimaan kepimpinan ulamak bukan bermakna mengenepikan golongan professional. Semua pihak mesti bersama dalam gagasan besar ini bagi memperjuangkan Islam. Semua pihak mempunyai tanggungjawab akidah untuk bersama menyumbang kepada kemenangan Islam.

Kemenangan Islam bukan hanya diukur dari keputusan dalam pilihanraya sahaja. Sebaliknya kemenangan dakwah dan tarbiyyah di kalangan manusia adalah gagasan besar gerakan Islam.

Ia adalah satu kesalahan untuk mengenepikan mana-mana individu yang ingin bersama memperjungkan Islam, sebagaimana juga satu kesalahan menentang kepimpinan Islam yang telah dipilih oleh ahli.

PAS, dari satu sudut sebagai parti politik, tentulah ukuran kejayaannya ialah kemenangan dalam pilihanraya.

Dari sudut yang lebih luas pula, PAS adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka.

Pada sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jamaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam.

Jangan kerana ukuran kejayaan setiap bahagian berbeza, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan ia alasan untuk saling bertembung antara satu sama lain.

Di hadapan kita ada sirah Rasulullah SAW.  Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya. Walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih baik dan berjaya.

Namun, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda. Kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik.

Oleh kerana gagasan Islam adalah gagasan 'Rahmat-ul-lil Alimin' maka ia tidak sepatutnya ditakuti. Tetapi kebimbangan akan  tetap ada di kalangan bukan muslim atau mereka yang terpengaruh dengan Islamophia.

Maka proses membina keyakinan terhadap Islam mestilah dibuktikan melalui beberapa dasar Islam yang adil dan berkebajikan. PAS di Kelantan dilihat dan mesti dilihat mendepani usaha ini.

Gagasan kepimpinan ulamak telah ditegas puluhan kali oleh Presiden PAS sama ada di era  Tuan Guru Yusuf Rawa,  Datuk Fadhil Nor dan kini Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan profesional dan hanya mengambil ulamak sahaja sebagai pemimpin. Kerana di PAS, kita mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulamak.

Gagasan ini sangat besar ertinya kerana dasar dan sumber tertinggi rujukannya parti ialah al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qisas, maka kepimpinan tertinggi mestilah terdiri dari mereka yang boleh meletakkan sumber ini dalam memperkukuhkan hujah dan pandangannya, bukan semata-mata menggunakan akal fikiran yang bersifat nisbi ini.

Inilah keistimewaan PAS sebagai parti Islam yang semua pihak telah menerima kepimpinan ulamak sebagai dasar dan gagasan parti.

Tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya kerana inilah keputusan kita dalam muktamar, sebagaimana gagasan kita bersetuju bersama Pakatan Rrakyat  dan tidak bersama Umno, juga adalah keputusan dalam muktamar.

Maka jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan pimpinan dan ahli dengan pelbagai tuduhan, dan menimbulkan persepsi buruk pada pimpinan, yang akhirnya hanya mengembirakan musuh dan merugikan parti.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah naib presiden PAS
 

Zainal diminta kemuka butiran 34 projek TP1M

Posted: 21 Feb 2015 04:02 PM PST

MALAYSIAKINI


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman diminta mengemukakan butiran terperinci 34 projek yang telah diluluskan di bawah Tabung Penyelenggaran 1Malaysia (TP1M) sejak 2012.
              
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar Negeri Jagdeep Singh Deo berkata butiran itu perlu dikemukakan kerana jumlah itu tidak sama dengan jumlah direkodkan Pesuruhjaya Bangunan di bawah  Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
              
"Terdapat dua projek diluluskan pada 2013 dan 13 projek pada 2014 dengan kos dari RM96,100 hingga RM1.9 juta yang turut melibatkan sumbangan kerajaan negeri antara 10 dan 30 peratus," katanya pemberita selepas majlis pelancaran Pameran Hartanah Malaysia yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di George Town hari ini.
              
Katanya menurut rekod MPPP dan MPSP, juga terdapat 129 projek tidak diluluskan dalam tempoh berkenaan dan meminta Zainal Abidin menjelaskan perkara itu.
              
Beliau berkata pihaknya menerusi MPPP dan MPSP pernah menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi meminta perkembangan permohonan pelbagai projek yang dibuat di Pulau Pinang menerusi TP1M pada Februari tahun lepas.
              
"Dalam surat berkenaan saya juga merayu supaya permohonan tertangguh yang masih belum diluluskan supaya diluluskan dengan cepat tanpa sebarang kelewatan lagi kerana ia melibatkan projek kritikal," katanya.
              
Jagdeep berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak pernah dimaklumkan mengenainya walaupun beberapa surat permohonan susulan telah dibuat beberapa kali dengan yang terbaru pada 16 Jan lepas.
              
Zainal Abidin dalam kenyataan akhbar pada 16 Februari lepas berkata sebanyak 16 projek diluluskan di bawah TP1M pada 2012, 2013 (lima) dan 13 projek pada 2014 melibatkan peruntukan sebanyak RM10.23 juta. Bernama

Dewan Ulama silap pilih musuh berperang, kata PasMa

Posted: 21 Feb 2015 03:57 PM PST

Oleh Nurshakira Buang
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) menyifatkan tindakan Dewan Ulama PAS melancarkan "perang" terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah memilih musuh politik.
 
Ini kerana menurut presidennya Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, PAS sepatutnya berperang dengan musuh politik parti itu yakni Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Dia (Ulama) silap musuhlah nak berperang, mereka sepatutnya perang dengan Umno-BN.
 
"Dia patut lancar perang dengan musuh politik sebagai parti politik dia tak perlu lancar perang dengan NGO. Silap musuh itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malah, Phahrolrazi turut mempersoalkan bagaimana PasMa boleh memecah-belahkan PAS sedangkan mereka sedia maklum parti yang memperjuangkan Islam itu telah mengeluarkan arahan agar ahlinya dilarang untuk terlibat dengan aktiviti anjuran NGO tersebut.
 
"Bagaimana PasMa boleh pecah belahkan PAS? Sebab dia sebuah NGO, dia tidak boleh pecah-belahkan PAS dan PAS sendiri telah mengeluarkan larangan kepada ahli pimpinanya supaya tidak menyertai (aktiviti PasMa) dan kita pun dah tak jemput pimpinan PAS untuk hadir program kami," jelasnya.
 
Beliau juga hairan, kenyataan seperti apakah yang mendakwa ahli PasMa bertindak menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Kenyataan bagaimana yang kata kami (PasMa) menghina (presiden)? Sebab dia orang pun tak spesifik. Apa kenyataan yang menghina presiden PAS itu? Kenyataan yang macam mana yang agak menghina (presiden) setakat ini? solanya.
 
Dewan Ulama PAS hari ini melancarkan "perang" terhadap PasMa, menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu.
 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sendiri mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
 
Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata beliau tidak nampak sejauh mana penglibatan PasMa mampu mengucar-kacirkan PAS.
 
"PasMa ini sebenarnya dia duduk diluar parti dan bukan di dalam parti politik, dia ditubuhkan secara bersendirian. Dia bergiat sebagai pertubuhan yang sah. Itu kedudukan PasMa.
 
"Saya lihat dari segi peranan kita dan mengikut Perlembagaan PAS tidak menghalang untuk penubuhan NGO, bekerjasama dengan NGO. Sebab NGO ini bukan parti politik dan peranannya di luar daripada parti.
 
"Saya pun tak nampak sebab apa mereka hendak meneruskan permusuhan dengan PasMa, PasMa tak terlibat dalam mengucar-kacirkan PAS," katanya.
 
Jelasnya lagi, kehadiran PasMa hanyalah untuk menimbulkan kesedaran serta membina jambatan ukhwah di kalangan penyokong perikatan itu sahaja.
 
"Program kita diteruskan sebab ia dengan PR. Program kita adalah hendak menimbulkan kesedaran, hendak menjadi jambatan antara penyokong PR dengan kepimpinan PR. Cuma PAS sahaja yang tidak mahu sertai (PasMa). 
 
"Parti-parti lain sertai program dengan mengadakan dialog dan sebagainya. Jadi, saya tak nampak sebab apa pula nak lihat PasMa ini boleh kucar-kacirkan PAS..
 
"Saya lihat sejak daripada awal lagi sudah ada satu stigma, penubuhan PasMa ini dikaitkan dengan pertentangan golongan dalam PAS. Sebenarnya kita bebas daripada mana-mana golongan parti ini memang ada golongan yang bertentangan dengan satu sama lain. 
 
"Sebenarnya kita diluar dan kini terseret dengan isu dalaman PAS seperti isu pemilihan dan sebagainya walaupun kita jelas (PasMa) tidak ada mekanisma untuk terlibat dalam pemilihan parti. Jadi, kita tidak terlibat sebenarnya," tambahnya.

Media tak dibenar lapor ceramah Shafee tentang Anwar

Posted: 21 Feb 2015 03:53 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.

Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah', dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politik Seberang Perai sebelum ia bermula.

Beberapa ratus orang hadir untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.

Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.

"Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.

Selasa lepas, Shafee (kiri) bercakap dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Manakala kumpulan pro dan anti Anwar berhimpun di pintu masuk

Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini. Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.

Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".

Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan  seruan "Lawan Tetap Lawan".

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 ​​malam.

Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.

Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.

Kira-kira 30 anggota polis hadir untuk mengawal dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu.

Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada jam 11 malam.

Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.

Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.
 

PAS tidak akan tunduk pada desakan DAP – Mahfodz

Posted: 21 Feb 2015 03:44 PM PST

 
Tidak ada kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, bukan presiden tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya membuat pakatan.


Datuk Mahfodz Mohamed


SERDANG : PAS tidak akan tunduk pada desakan DAP yang ingin menghalang undang-undang Hudud daripada dilaksanakan di negeri Kelantan, kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Katanya, Dewan Ulama tidak berganjak dengan pendiriannya untuk melaksanakan undang-undang Hudud kerana ia merupakan arahan daripada Allah S.W.T.

"Kenapa kita perlu ikut DAP kerana dasar mereka tidak lain, iaitu mahu ke Putrajaya.

"Kita memang mahu tetapi bukan sekadar menang. Ulama tidak terima apa alasan kerana kita perlu tegakkan arahan Allah S.W.T," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungannya pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia kali kedua di Stadium Tertutup MPSJ , Serdang Jaya di sini hari ini.

Pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan menjadi isu besar dan berpanjangan kerana ia ditentang rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP.

Mahfodz turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS dilihat tergesa-gesa dalam melaksanakan hukum Hudud itu.

Katanya, dakwaan itu tidak benar kerana rang undang-undang itu telah diluluskan oleh DUN Kelantan sejak 1993 dan PAS memperjuangkan hukum tersebut lebih daripada 23 tahun.

Beliau turut membidas cubaan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan dakwaan terdapat cubaan untuk parti itu bersatu dengan UMNO

"Tidak ada kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, bukan presiden tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya membuat pakatan.

"Ia diakui sendiri oleh anaknya Nurul Izzah Anwar apabila mengesahkan bahawa bapanya ada menerima tawaran menjadi timbalan perdana menteri, tapi mereka hamun Hadi, Anwar tidak pula kata apa-apa," katanya.

Tiada ulasan: