Sabtu, 21 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ehhh...Baru Nak Beli Cili, Takkan Najib Dah Tahu Pedasnya Makanan

Posted: 21 Feb 2015 03:18 AM PST

shahbudindotcom


Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang ketika ini ialah bilakah Sirul Azhar Umar, salah seorang pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini berada dalam tahanan di Australia, mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan itu.

Sejak kelibatnya tidak muncul ketika hukuman dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke negara kangaroo itu untuk mengelak hukuman mati keatasnya,  ramai yang menjangkakan beliau pasti akan melakukan kejutan suatu hari nanti.

Beliau dipercayai memang sengaja melarikan diri kerana menganggap tiada keadilan dalam hukuman yang diterimanya dan memilih Australia sebagai tempat pelariannya ialah kerana negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati serta menolak ekstradisi pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut.

Mendedahkan kebenaran dan siapa yang mengarahkannya dalam kes pembunuhan Altantuya dianggap pilihan terbaik baginya untuk membersihkan namanya.

Berada di pusat tahanan Imigresen Australia sekarang, Sirul melalui temubual telefon dengan Malaysiakini, padanya mulanya hanya mengatakan beliau sedang menimbang dengan serius mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan yang dianggap misteri itu.

Tetapi secara perlahan-lahan juga melalui temubual dengan portal itu beliau mula mendedahkan bahawa ada seseorang yang masih bebas mengarahkan membunuh Altantuya itu. Ia sekaligus mengulangi keterangannya dalam mahkamah dulu bahawa beliau adalah "kambing hitam" semata-mata dalam kes tersebut.

Sirul juga cuba memutihkan namanya dengan mengatakan beliau tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan itu serta tiada saksi yang dapat membuktikannya, namun sabitannya hanya berdasarkan keterangan mengikut keadaan semata-mata.

Walaupun Sirul bersama Azilah Hadri sudah dijatuhkan hukuman mati dan Razak Baginda, rakan karib kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu sudah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dan kesnya tidak dirayu, motif pembunhan dan siapa yang memberi arahan masih  tidak diketahui sehingga kini.

Ini kerana dalam kes Azilah dan Sirul ini, barangkali buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan, mahkamah memutuskan motif pembunuhan bukan satu faktor yang penting untuk diketahui.

Razak pula, dalam satu temubual dengan Malaysian Insider setelah kedua-dua anggota polis itu dijatuhkan hukuman mati menyatakan, polis yang jahat memang selalu membunuh orang sebagaimana yang berlaku kepada ramainya yang mati semasa berada dalam tahanan reman.

Yang paling ingin diketahui daripada Sirul melalui pendedahannya ialah siapakah yang mengarahkannya melakukan pembunuhan itu. Jika didedahkan siapa yang mengarahkannya, maka akan terungkailah motif pembunuhan itu.

Bila terdedah motif, maka keadilan pun akan tertegak dengan sendirinya.

Mungkin Sirul ketika ini, selain memikir tentang pendedahan, beliau juga sedang menimbang media antarabangsa yang difikirkan paling sesuai baginya untuk mendedahkan cerita itu. Sirul pasti mahu pendedahannya memberi impak paling besar, bukan saja dalam konteks menegakkan keadilan, membersihkan namanya dan membawa perancang utama pembunuhan Altantuya ke muka pengadilan, malah kalau boleh menggegarkan dunia sekali pun.

Dengan bergegarnya  dunia dengan pendedahan itu nanti, barangkali ia adalah penawar paling mujarab kepada semua derita dan sengsaranya selama ini.

Tetapi belum pun Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkannya melakukan pembunuhan itu bersama beberapa pendedahan lain yang mungkin menggemparkan dunia, Najib Razak ketika ditanya pemberita, dengan pantas menyatakan ianya sebagai mengarut.

Perdana Menteri  kemudian menggeleng kepala beberapa kali, lantas berlalu pergi.

Kenapa Najib begitu cepat mengatakan ianya mengarut sedangkan Sirul belum pun membuat pendedahan lagi? Kenapa begitu cepat terasa dan tercuit perasaan?

Dengarlah dulu apa yang mahu dikatakan Sirul sebelum mengatakan ianya mengarut atau sebaliknya? Tidak semestinya pendedahan Sirul menjurus ke arah mengaitkan Najib atau sesiapa yang dekat dengannya terlibat dalam pembunuhan itu, mungkin ia juga bertujuan membersihkan lagi nama Perdana Menteri yang ditohmah macam-macam sebelum ini?

Namun, mengapa Najib cepat sangat tersentuh hati? Belum pun membeli cili, takkan sudah terasa pedasnya makanan? Sebelum duduk, berlunjurlah dahulu.

Sebagaimana yang dibangkitkan oleh banyak pihak juga, bukankah Najib sebelum ini sudah bersumpah tidak mengenali Altantuya?

Kalau sumpah itu sesuatu yang benar,  tiada yang benar melainkan benar belaka dan bukan seperti sumpah-sumpah seperti keterangannya yang mudah berubah ketika menemui Saiful  Bukhari dengan mulanya mengatakan kerana masalah biasiswa tetapi kemudian menyatakan untuk mengadu dirinya diliwat, kenapa Najib rasa terganggu apabila Sirul mengatakan beliau diarahkan oleh seseorang untuk melakukan pembunuhan terhadap Altantuya itu?

Sirul hanya mengatakan beliau diarahkan saja tetapi belum pun menyebut lagi siapa yang mengarahkannya. Tidak pasti pun sama ada akan menyebut nama Najib, Razak Baginda atau sesiapa yang lain.

Sebagai pengamal kesederhanaan, tidak bolehkah didengar dulu apa pendedahan Sirul itu atau makanlah dulu sesuap dua sebelum mengatakan makanan itu pedas atau tidak?

Ehhh...Relakslah bro!!

Dedahkan jumlah bayaran kepada Shafee Abdullah – Kit Siang

Posted: 21 Feb 2015 02:49 AM PST

WIRA8555

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – DAP mempersoalkan jumlah bayaran yang diterima oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bukan sahaja untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar, bahkan untuk menjelajah ke seluruh negara bagi terus mengaibkan Anwar.

Shafee kini diarak ke seluruh negara dalam siri jelajah anjuran Umno dalam rangka meyakinkan orang ramai mengenai hukuman bersalah yang dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Ketua Umum PKR tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya mengulas bahawa meski Shafee telah menang di mahkamah, beliau tewas di mahkamah rakyat dan pada mata masyarakat antarabangsa.

"Memandangkan pembayar cukai Malaysia membayar Shafee untuk peranannya sebagai ketua pendakwa, mereka berhak tahu berapa jumlah yang dibayar kepada Shafee untuk menyumbat Anwar ke penjara untuk kali keempat," ujar Kit Siang yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-74 semalam.

"Adakah bayaran bagi khidmat Shafee itu sama banyaknya dengan gaji Peguam Negara selama setahun?

"Jika ya, kenapa bukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri yang menjalankan pendakwaan?" soal Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia juga berhak mengetahui sama ada wang cukai mereka juga turut dibayar kepada Shafee untuk menjelajah seluruh negara bagi menjustifikasi hukuman terhadap Anwar.

Kit Siang menggesa supaya jumlah bayaran tersebut didedahkan, atau Shafee mesti menjelaskan sama ada khidmat jelajahnya itu dibuat secara ikhlas tanpa bayaran demi Umno.

"Malah sebenarnya, jelajah oleh Shafee ini membangkitkan persoalan sama ada beliau berkhidmat sebagai pendakwaraya (bagi pihak rakyat) atau pendakwa-Umno dalam kes Fitnah II Anwar Ibrahim," tegasnya lagi.

Pemimpin veteran DAP itu turut bersetuju dengan pendapat Ketua Penerangan Umno Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bahawa jelajah oleh Shafee ini hanya akan memberi kesan balas kepada Umno sendiri, berikutan taktik Shafee yang terus memalukan Anwar, sedangkan beliau tidak dapat menjawab serangan-serangan terbabit.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pun turut menyatakan bantahannya terhadap jelajah tersebut. – Roketkini.com

1MDB dan Petrosaudi ‘kongkalikong’ untung mudah RM2.5 bilion untuk syarikat asing?

Posted: 21 Feb 2015 02:46 AM PST

1mdb feat

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR – 'Ibu segala skandal', 1Malaysia Development Berhad terus menimbulkan tanda tanya baru apabila satu lagi skandalnya didedahkan, kali ini melibatkan Petrosaudi International Limited (PSI).

Terbaru, Sarawak Report mendedahkan wujud usaha antara 1MDB dan Petrosaudi untuk mendapatkan keuntungan mudah daripada dana 1MDB tanpa modal satu sen pun, yang disifatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai sebuah penipuan yang licik.

Tony dalam kenyataannya hari ini bertanya kenapa 1MDB melabur US$1 bilion dalam sebuah usahasama yang membolehkan rakan seusahanya mengaut untung atas angin sebanyak US$ 700 juta (RM2.5 bilion) daripada dana yang disuntik oleh 1MDB.

Lebih menarik lagi, dana tersebut dikumpul daripada pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Pada 18 September 2009, PSI menubuhkan anak syarikat diberi nama 1MDB Petrosaudi Limited dan seminggu kemudian menandatangani perjanjian bahawa anak syarikat tersebut berhutang US$700 juta dengan PSI.

Pada 29 September 2009, 1MDB membeli 40% saham 1MDB Petrosaudi Limited dengan suntikan US$1 bilion. Keesokan harinya, anak syarikat tersebut membayar keseluruhan 'hutang' US700 jutanya kepada PSI.

"Walaupun 1MDB Petrosaudi Limited ibarat sebuah bekas kosong, PSI telah membuat sebuah dokumen pinjaman yang menjadikan 1MDB Petrosaudi Limited sebuah syarikat dengan keterhutangan US700 juta.

"Dengan keadaan syarikat tersebut berhutang US$700 juta, 1MDB pula bersetuju melabur US$1 bilion (RM3.5 bilion).

"Sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, malah mungkin sebelum dakwatnya kering, 1MDB Petrosaudi Limited membayar penuh hutang-hutangnya dengan dana yang diterima daripada 1MDB," jelas Tony.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, perjanjian ini bermakna Petrosaudi International Limited dengan mudah mendapat tunai US$700 juta untuk kegunaan sendiri, tanpa perlu mengeluarkan modal.

Tony turut mendakwa transaksi yang begitu aneh ini menunjukkan wujud 'kongkalikong' antara PSI dan 1MDB untuk mengaut dana besar tersebut.

Usahasama 1MDB dan Petrosaudi merupakan pelaburan pertama yang dibuat oleh 1MDB, yang kini menanggung hutang berjumlah RM42 bilion setakat tahun 2014, yang dilaporkan masih belum mampu dilunaskan.

"Ia lubang pertama yang dikorek, dan disusuli lubang-lubang lain yang dikorek untuk menutup lubang-lubang terdahulu," ujar Tony. – Roketkini.com

DAP Jangan Campur Urusan Kerajaan Negeri - PAS Kelantan

Posted: 21 Feb 2015 02:40 AM PST


MSTAR ONLINE


Datuk Mohd Amar Abdullah
 
 
 
KOTA BHARU: PAS Kelantan mengingatkan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, supaya menghentikan usaha menggagalkan rancangan negeri itu untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata cubaan DAP mencampuri urusan kerajaan negeri bagi mengelakkan pelaksanaan hudud akan menjadi sia-sia.

"DAP ada hak membantah rancangan kami, tetapi ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tekad kita untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

"Ini adalah selaras dengan hasrat Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kami akan memastikan agar undang-undang itu dilaksanakan di sini," kata Mohd Amar selepas menghadiri mesyuarat exco negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di sini, Rabu.

Bekas menteri besar Kelantan yang telah berkhidmat di negeri itu selama 22 tahun dan juga menjadi Mursyidul Am PAS, meninggal dunia baru-baru ini akibat kanser prostat.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaharu oleh penasihat DAP Lim Kit Siang yang menggesa PAS untuk melupakan rancangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Kit Siang mengingatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghormati kenyataan beliau sebelum pilihan raya umum ke-13 bahawa PAS tidak akan bertegas untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kit Siang mendakwa bahawa Abdul Hadi berkata terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum hudud, seperti skim gaji minimum.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan bersidang pada 16 Mac tidak akan diubah atau ditangguhkan walaupun penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Chempaka telah ditetapkan pada 10 Mac.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian Nik Aziz.

Keunikan Masjid Muhammadiah

Posted: 21 Feb 2015 02:36 AM PST


Keunikan Masjid Muhammadiah
 
 
TANGGAL 4 Ogos 2013, bersamaan 27 Ramadan 1434H menjadi detik sejarah buat penduduk di Ipoh apabila sebuah Masjid Cina pertama di negeri ini, dikenali Masjid Muhammadiah, dibuka untuk orang ramai mendirikan solat.

Reka bentuknya yang tidak meletakkan kubah besar di bumbung dan hiasan yang menggunakan 100 peratus bahan binaan serta aksesori dari China seolah-olah melambangkan Islam bukan hanya untuk Melayu.

Bumbung dan menara masjid bermotifkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya menggantikan elemen bunga teratai dan gambar naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina.

Pintu masuk utama berwarna merah dihiasi tulisan Cina di bahagian kanan dan kiri manakala perkataan Masjid Muhammadiah dalam tulisan rumi di bahagian atas seolah-olah mencerminkan perjalanan sejarahnya tersendiri.

Masjid yang menggunakan prinsip geometri itu  menggunakan mainan warna yang dekat dengan masyarakat Cina iaitu merah, putih dan hijau sebagai latar warnanya.

Bangunan yang dibina di tapak seluas 0.4 hektar dengan kos RM6.8 juta di Taman Tasek Jaya, Ipoh itu diilhamkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) yang juga Pengerusi Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri (Mampan), Datuk Sheikh
Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz. bagi memperlihatkan syiar Islam yang tiada sempadan.

Mula dibina pada November 2011 melalui peruntukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (Maipk); Kerajaan Persekutuan dan negeri; Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan sumbangan orang ramai, masjid itu memuatkan 1,000 jemaah malah
menempatkan pusat dakwah, dewan serbaguna dan kelas agama.

Setelah dua tahun, Masjid Cina sudah membuktikan, ia bukan sekadar tempat ibadat, tetapi menjadi pusat dakwah bagi saudara baru daripada Cina Muslim di sekitar negeri.

Pelbagai aktiviti dijalankan

Saudara baharu yang ditemui mengakui sering mengikuti pelbagai program dan aktiviti keagamaan anjuran Masjid Muhammadiah.

Muhammad Hanif Kang, 29, berkata, antara aktiviti yang dianjurkan pihak masjid adalah kelas fardu ain dan ceramah perdana.

Menurutnya, pada setiap minggu dia akan menunaikan solat Jumaat di masjid itu kerana suasananya amat menenangkan.

"Saya merupakan masyarakat Cina di Perak yang memeluk agama Islam di masjid ini.

"Ia juga menjadi penyebab masjid ini dekat di hati saya," katanya.

Manakala, Muhammad Leong Abdullah, 74, berkata, keindahan masjid berkenaan perlu dipromosikan pihak berkenaan agar keunikan rumah ibadat itu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Jelasnya, keunikan masjid itu tidak terdapat di kawasan lain kecuali di Kelantan dan Melaka, malah dengan promosi berkenaan juga dapat menjana pendapatan kerajaan negeri dari sudut pelancongan.

"Promosi keunikan masjid ini perlu diluaskan di akhbar, majalah serta media sosial kerana seni binanya  tidak terdapat di masjid lain kecuali di Rantau Panjang dan Melaka," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengklasifikasikan seni bina masjid itu sebagai The real Chinese architechture.

Bangunan itu menjadi mercu tanda baharu di negeri untuk menarik minat pelancong luar melihat sendiri keunikan masjid berkenaan yang dikelilingi  persekitaran indah.

Beri ruang tempoh bertenang di Dun Chempaka

Posted: 21 Feb 2015 02:32 AM PST


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
 
ALOR SETAR - Semua pihak wajar memuji cadangan pemimpin-pemimpin yang berhasrat mengelakkan pertandingan antara Umno dan Pas di Dun Chempaka, berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan bagi memberi ruang tempoh bertenang selepas Kelantan berdepan dua peristiwa besar, iaitu banjir dan pemergian Nik Aziz ke rahmatullah.

"Kelantan baru sahaja dilanda banjir besar, PRK boleh kembali meruncingkan hubungan antara sesama muslim pada musim tenang ini.

Apatah lagi kematian Tok Guru Nik Aziz telah membawa pemimpin politik bersikap rasional, matang dan hormat," katanya.

Menurutnya, dibimbangi jika diadakan pertandingan pada PRK itu, tidak mustahil kemungkinan rakyat kembali tegang.

"Ambillah sedikit masa berehat dan tenang, agar ada ruang berfikir yang cukup untuk politik yang lebih bermanfaat dan matang," katanya.

Kembara dua beradik cuci masjid di seluruh negara

Posted: 21 Feb 2015 02:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Demi hasrat membuat kerja amal dan minat mengembara, dua beradik dan seorang rakan mereka bertekad ingin mencipta rekod berjalan kaki ke seluruh negara dengan niat untuk membersih masjid-masjid terpilih sepanjang perjalanan mereka itu.
              
Setelah 28 hari mengembara berjalan kaki yang bermula dari Shah Alam, Selangor hingga ke sini, Anas Aiman Jaffry, 27, adiknya Muhammad Aidil, 24, dan rakan mereka Hizamuddin Aliddin, 25, telahpun mengunjungi serta membersih 19 buah masjid.
              
Mengikut perancangan, dalam tempoh enam bulan pengembaraan, sebanyak 132 masjid di seluruh negara akan mereka kunjungi bagi tujuan itu.
              
"Kami berhajat mencipta rekod melalui Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid yang dijangka mengambil masa enam bulan.
              
"Pengembaraan kami ini berlainan kerana dalam tempoh itu kami akan membersihkan masjid secara sukarela kerana misi kami ini ingin memberitahu masyarakat, masjid adalah milik kita semua kerana ia adalah rumah Allah SWT," kata Anas Aiman kepada pemberita setibanya mereka di pekan Parit Bakar di Muar.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mereka yang sebelum ini bekerja masing-masing sebagai penyelia stor dan pengawal keselamatan, sanggup meletak jawatan demi untuk merealisasikan hasrat itu.
              
"Alhamdulillah hasrat kami untuk mengembara sambil membersih masjid mendapat sokongan semua pihak termasuk keluarga dan bekas majikan. Bekas majikan kami pun bersedia untuk menerima kami semula selepas ini," katanya.
              
Anas Aiman berkata mereka memulakan kembara sejak 24 Jan lalu dan telah mengunjungi 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
              
Selepas ini ketiga-tiga pemuda itu akan memasuki Batu Pahat dan Mersing selain ke Pahang, Terengganu, Kelantan sehingga ke negeri di Pantai Barat Semenanjung sebelum mengakhirinya di Shah Alam semula.
              
Ketika ditanya cabaran yang perlu ditempuhi, beliau menjawab: "mengembara dalam keadaan cuaca yang panas dan menempuh hujan", namun keadaan itu diharapkan tidak menjejaskan semangat mereka untuk menghabiskan kembara murni itu.
              
Anas Aiman berkata apabila tiba di masjid terpilih itu, mereka akan melakukan kerja-kerja amal bermula pukul 8 pagi sehingga waktu Zohor antaranya mencuci tandas, menyapu sampah, membersih halaman dan mengecat bergantung kepada keperluan masjid tersebut.
              
Menurutnya antara keperluan yang dibawa adalah khemah selain bekalan ubat dan air mencukupi yang dimuatkan ke dalam sebuah troli kecil bagi memastikan kembara itu lancar.
              
Beliau berkata sekiranya tidak berjaya menamatkan kembara tersebut pada akhir Jun ini, mereka akan tetap meneruskannya sehingga selesai termasuk bersedia berpuasa dan berhari raya di atas jalan raya.
              
Katanya mereka bersyukur kerana sepanjang kembara itu, mereka mendapat sambutan baik daripada masyarakat dan kariah masjid dikunjungi dengan menghulurkan makanan serta wang.Bernama

Australia mungkin beri lampu hijau temubual Sirul

Posted: 21 Feb 2015 02:25 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Imigresen Australia berkata ia tidak menolak kemungkinan Sirul Azhar Umar memberi temubual media jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi.
                           
"Secara umumnya, jabatan ini tidak membolehkan temu bual dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi," jurucakap menteri Imigresen, Peter Dutton, memberitahu akhbar Australia The Age.

Bagaimanapun, jurucakap yang tidak dinamakan itu berkata sehingga ini jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temu bual television dengan Sirul Azhar Omar yang dihukum gantung di Kuala Lumpur yang kini sedang ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney.

Sirul Azhar Umar sebelum ini dilaporkan berkata dia sedang berunding dengan stesen televisyen Australia untuk temubual di mana beliau akan mendedahkan siapa yang didakwanya mengarahnya untuk menembak wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Manakala semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama Sirul yang kini berada di Australia.

MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi Isnin ini di ibu pejabat parti itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.

Sirul, bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam temu bual media dalam Villawood, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari.

Dalam komennya, Najib menyifatkan sebagai "mengarut" dakwaan Sirul yang dia bertindak atas arahan.  Sirul juga dilaporkan mendakwa "orang penting yang mempunyai motif" dalam kes itu masih bebas.

Bulan lalu Mahkamah Persekutuan mensabitkan Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit polis, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

Anak anggota polis mati ditembak Sg Siput

Posted: 21 Feb 2015 02:21 AM PST

MALAYSIAKINI


Anak seorang anggota polis mati ditembak pada bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala di tempat letak kereta di kediamannya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat SungaiSiput di Ipoh malam tadi.
              
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Wan Jamil Wan Chik berkata dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan.
              
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
              
Bapa kepada mangsa yang tidak bekerja itu merupakan anggota polis di Balai Polis Khantan Baru di Ipoh.
              
Wan Jamil berkata polis menemui lima kelongsong peluru jenis 9mm dan dua butir peluru di tempat kejadian manakala dompet serta dua telefon bimbit milik mangsa mssih berada dengannya.
              
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya.
              
Beliau berkata motif kejadian masih disiasat termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu. - Bernama

Ahli Badan Peguam desak Leong tarik balik kenyataan Liwat II

Posted: 21 Feb 2015 02:18 AM PST

MALAYAISKINI


 


Kira-kira 100 ahli Badan Peguam Malaysia mendesak Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong supaya menarik balik kenyataannya berhubung sabitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan liwat.

 Mereka mendesak Leong membuat permohonan maaf secara terbuka kepada badan kehakiman dan juga kepada semua badan-badan antarabangsa.

Ahli Badan Peguam Malaysia, Mohd Noor Amin berkata jika Leong gagal untuk berbuat demikian, mereka akan mengambil semua "langkah yang perlu" untuk mendesaknya meletak jawatan sebagai presiden Badan Peguam Malaysia.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, pihaknya juga akan menggesa Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) mengambil prosiding menghina terhadap Leong.

Rungutan ahli-ahli berkenaan ialah berhubung dengan kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.

Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar telah "dianiaya" dan bukannya "didakwa".

Kumpulan itu bagaimanapun berkata, mereka akan memberikan Leong selama 14 hari untuk menariknya balik.

Sementara itu, mereka juga menegaskan walaupun Leong telah mengakui beliau tidak membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan apabila mengeluarkan kenyataan itu, tetapi beliau sebaliknya membuat "kenyataan yang memperkecil-kecilkan" bahawa ianya tanpa "sebarang asas dalam undang-undang"."

Pakar undang-undang dakwa Shafee hina mahkamah

Posted: 21 Feb 2015 02:14 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa telah menghina mahkamah dengan mendedahkan keterangan secara tertutup di mahkamah kepada umum, kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia, Gurdial Singh Nijar.

Katanya, apabila bukti mahkamah memerintah keterangan diberi secara tertutup (in camera), maka butiran itu tidak boleh didedahkan di luar mahkamah.

Prosiding secara tertutup adalah ia didengar di hadapan hakim di mana orang ramai dan media tidak dibenarkan berada dalam dewan mahkamah.

Sebab itulah, kata Gurdial, keterangan tersebut tidak boleh dilaporkan oleh akhbar dan sesiapa saja.


 Apabila keterangan ini didedahkan kepada umum, maka perintah mahkamah itu telah dilanggari, katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, ia jelas menghina mahkamah dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya.

Gurdial  mengulas mengenai Shafee, yang mendedahkan di sebuah forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno, Selasa lalu, butiran berhubung dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengendalikan pendakwaan kes itu, memberitahu forum tersebut butiran yang diberikan oleh pengadu, Saiful, secara tertutup.

Gurdial menambah ia terpulang kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.

Perkara itu juga, katanya, boleh dibawa ke perhatian mahkamah oleh orang lain yang berkepentingan dalam prosiding itu atau sesiapa yang mengetahui mengenai tindakan menghina mahkamah itu.

"Mahkamah juga boleh memulakan prosiding dan merangka pertuduhan terhadap mana-mana orang yang melanggar perintah mahkamah atas inisiatifnya sendiri."

Sementara itu, peguam dan pakar perlembagaan Syahredzan Johan menyifatkan pendedahan Shafee mengenai keterangan yang diberi secara tertutup, sebagai perbuatan "mencemarkan nama baik atas alasan perbincangan undang-undang".

Menurut Syahredzan, terdapat sebab-sebabnya mengapa prosiding dibuat secara tertutup.

"Anda tidak mahu aspek tertentu prosiding didedahkan kepada umum," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, tambahnya, peguam yang terlibat dalam kes itu - sama ada timbalan pendakwa raya atau peguam - untuk mendedahkan apa yang merupakan sebahagian daripada keterangan secara tutup kepada umum.

Jika tidak, tegas Syahredzan, seluruh maksud prosiding mahkamah secara tertutup itu tidak bermakna.

Demo pro-Anwar, Adam Adli ditahan

Posted: 21 Feb 2015 02:07 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Aktivis Adam Ali ditahan polis ketika menyertai perhimpunan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi minggu kedua di depan kompleks membeli-belah Sogo.

Adam ditahan kira-kira jam 5.25 petang selepas beliau berucap di depan Sogo.

Dia ditahan oleh tiga anggota polis dan dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Ekoran itu, kira-kira 70 penyokong berhimpun di hadapan balai polis berkenaan.

Kira-kira lima minit kemudian, Adam dibawa ke balai polis Jinjang.

Difahamkan, Adam ditahan di bawah seksyen 143, Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan yang sama minggu lepas.

Pada satu ketika berlaku pergelutan antara anggota polis dengan para penyokong ketika mereka mahu menahan Nik Nazmi yang mempertikai tindakan polis menahan Adam itu.

Bagaimanapun, pihak polis melepaskan Nik Nazmi dengan syarat para penyokong bersurai dan beredar dari situ.

Sehingga 5.50 petang tadi, masih kira-kira 20 orang di depan polis itu, termasuk bapa Adam – Abdul Halim Abdul Hamid.

Perhimpunan kali ini bermula di depan kompleks membeli-belah Sogo bermula kira-kira jam 4.50 petang.

Ia bermula dengan tarian singa keadilan yang menarik perhatian kira-kira 200 pengunjung ke pusat membeli belah itu.

Kumpuan tarian singa itu kemudiannya menyerahkan tulisan khat Cina kepada anak keduaDatuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Nuha.

Selain Nuha, turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yan berucap di depan Sogo.

Turut hadir ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Adam Adli.

Kelihatan kira-kira lima anggota polis beruniform di situ serta 10 orang lagi yang berpakaian biasa yang dipercayai anggota polis.

Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan liwat ke atasnya.

Mengapa pengilang, pemborong degil?

Posted: 20 Feb 2015 09:43 PM PST


 
* MASIH serak suara dan pedih perut kerana setiap hari makan limau Mandarin, saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh sahabat handai kaum Cina, sambil berharap Tahun Kambing membawa kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua.

Teringat saya zaman kanak-kanak di kampung lebih setengah abad lalu, raya Cina saya raikan bersama kawan-kawan berbilang kaum. Budak-budak Melayu dan India berkunjung ke rumah kawan-kawan Cina.

Kita minum oren, makan kuaci Cap Helang dan sama-sama main mercun. Ada tarian naga yang walaupun bising 'dong-dong-ceng' tetapi memeriahkan seluruh pekan.

Paling saya suka ialah sampul merah @ ang pau yang diterima dari setiap rumah yang dikunjungi, cepat-cepat membuka sampul dan dapat 20 sen, 10 sen, 5 sen. Waktu itu 20 sen amat besar nilainya. Kumpul-kumpul boleh dapat RM2, cukup lumayan.

Walaupun berbeza adat, agama dan warna kulit, waktu itu kita berkawan rapat. Tidak ada tersinggung, tidak ada menyinggung. Berbeza betul keadaan hari ini, kehidupan kaum-kaum sudah diasingkan. Silap sikit sahaja akan dianggap rasis. Boleh kena saman.

Maka berharap benar saya semangat setia kawan – tanpa mengira kaum – seperti dulu-dulu wujud semula – secara natural, bukan secara politik – di negara tercinta ini. Barulah boleh menjerit: Kitalah Malaysia!

*SUDAH menjadi semacam budaya di tempat kita, musim perayaan selalu dikaitkan dengan kemalangan dan kesalahan jalan raya. Ops Selamat masih melihat angka-angka kemalangan dan saman trafik.

Ketika rencana ini ditulis petang sambutan Tahun Kambing – setelah lima hari Ops – perangkaan PDRM menunjukkan 87,350 saman trafik telah dikeluarkan, antaranya kerana memandu laju, memotong barisan, melalui lorong kecemasan dan melanggar lampu merah. Sebanyak 85 kematian telah direkodkan dalam masa lima hari, paling ramai penunggang motosikal (55), kereta (18), pejalan kaki (5), basikal (3), lain-lain (4).

Waktu pulang dari kampung selepas Gong Xi Fa Cai, jumlah kemalangan pasti akan meningkat lagi; bilangan saman trafik pun akan lebih panjang. Orang kita tidak takut mati dan memandu mengikut hati. Meski dikenakan denda tunai RM300, pemandu kita tidak pernah serik melakukan kesalahan. Budaya ini tidak baik untuk Malaysia.

*ADA desakan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menggempur kilang atau syarikat pemborong yang enggan menurunkan harga barangan keluaran mereka.

Desakan itu dibuat secara bersama oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pasar raya terkenal Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan My Hero Hypermarket, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan lain.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pihaknya akan bertindak sekiranya ada aduan dan laporan daripada pengguna atau peniaga kecil. Katanya: "Kita akan menyiasat terlebih dahulu laporan yang dibuat dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang. Kita tak boleh suka-suka gempur."

Saya setuju sekiranya ada aduan barulah kementerian akan siasat. Tetapi janganlah terlalu lama siasat, sebab ini bukan kes bunuh atau kes rasuah yang perlu siasat lama-lama. Dalam kes naik harga turun harga pergi sahaja ke kilang atau syarikat pemborong, terus diketahui keadaan sebenar.

*ADALAH jelas pengilang dan pemborong macam tidak peka dan terus mengekalkan barangan dan perkhidmatan pada harga lama, padahal harga bahan bakar telah berkali-kali diturunkan. Kalau pengilang dan pemborong tidak turunkan harga, bagaimana peruncit hendak turunkan harga.

Seperti yang diakui Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, daripada 2,500 pembekal barangan kepada Pasaraya Mydin, hanya tiga pembekal memaklumkan akan menurunkan harga barangan mereka, iaitu Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (penurunan 6 peratus), L'Oreal Malaysia Sdn Bhd (6 hingga 10 peratus) dan Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (3 hingga lima peratus).

Menurutnya keengganan majoriti pembekal menurunkan harga barang dipercayai akibat kewujudan banyak kartel di peringkat pengeluar dan pengilang yang berpakat untuk tidak menurunkan harga barang. Mungkin Menteri Pertanian & Industri Asas Tani,
Datuk Seri Ismail Sabri boleh mengatasi masalah ini menerusi 'jihad memerangi orang tengah.'

*AKHIR kalam, penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka di Kelantan ialah pada 10 Mac, sementara mengundi 22 Mac. Kalau tiada pertandingan lagi bagus, tidak perlu kempen-kempen, tidak perlu keluar duit. Kalau ada pertandingan pun tidak mengapa, boleh jual surat khabar!


Nada Pasma sama seperti penentang hudud

Posted: 20 Feb 2015 09:37 PM PST


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob
 
 
SERDANG - Dewan Ulama Pas Pusat mengulangi larangannya terhadap ahli Pas supaya tidak terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana NGO yang berteraskan ajaran Islam liberal itu bertentangan dengan dasar Pas.

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob berkata keterlibatan ahli Pas dalam Pasma dipercayai kerana wujudnya juga aliran pemikiran songsang hingga mengetepikan syariat Islam.

"Aliran pemikiran tajaan barat ini dilihat bertapak dalam Pas yang membuatkan sebilangan ahli Pas telah tersasar daripada matlamat sebenar perjuangan Islam iaitu mendaulatkan syariat ALLAH.

"Golongan ini mencari kemenangan bukan dengan mengikut manhaj yang diredhai ALLAH berdasarkan kaedah-kaedah syariah tetapi lebih kepada mengutamakan matlamat walaupun caranya berlawanan dengan panduan al-Quran dan Hadis," katanya dalam ucaptama Multaqa Ulama Malaysia Semalaysia 2015 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Beliau juga mengingatkan ahli-ahli Pas supaya tidak terlibat dengan gerakan songsang itu yang mempromosikan anutan sesat lagi merosakkan Pas.

"Aliran Islam liberal sebenarnya ingin mencipta manhaj sendiri, lalu menumpang sekaki di atas perjuangan agama Islam demi mencari kekuatan dan kedudukan," ujarnya.

Ahmad juga menegaskan gerakan Pasma didakwa cuba mewujudkan satu usaha untuk merosak, menghancur dan memecahbelahkan Pas.

"Ini dapat disaksikan apabila banyak kenyataan ahli Pasma jelas menyerang dan melanggar dasar Pas bahkan yang lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina ulama dan presiden Pas sendiri.

"Nada yang dimainkan oleh golongan yang tidak berpuas hati ini sama seperti nada juhala' Umno dan orang bukan Islam yang menentang pelaksanaan hudud," katanya.

Lebih malang lagi katanya, Pasma menghasut ahli-ahli Pas untuk memberikan wala' mereka kepada pemimpin parti lain dan tidak kepada Presiden Pas.

"Pemikiran liberal merosakkan akidah semakin menular di kalangan ahli Pas yang menyokong Pasma dan mereka sanggup memberikan wala mereka kepada pemimpin parti lain tetapi tidak kepada Presiden Pas," katanya lagi.

Peguam tunggu arahan Anwar ambil tindakan

Posted: 20 Feb 2015 09:35 PM PST


Muhammad Shafee Abdullah, Anwar Ibrahim
 
 
SHAH ALAM – Peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan ketua pendakwa raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam pendedahan kes liwat Anwar kepada umum.

Peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, mereka kini menunggu arahan Anwar sama ada untuk mengambil tindakan jika Muhammad Shafee didapati melanggar etika guaman atau menghina mahkamah.

"Langkah pertama ialah kami akan buat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara. Ia adalah satu badan yang menjaga disiplin dan etika antara peguam.

"Kalau ada aduan seorang peguam melanggar tata etika, lembaga itu akan siasat aduan tersebut. Tindakan seterusnya kami akan buat selepas itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas tindakan Muhammad Shafee yang mendedahkan secara terbuka maklumat sulit dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan serta terlibat dalam jelajah penerangan kes itu termasuk yang dianjurkan Pemuda Umno.

Sivarasa berkata, Muhammad Shafee dalam satu dialog anjuran Pemuda Umno, Selasa lalu didapati menceritakan butiran kes yang dibicarakan secara tertutup semasa kes itu.

"Bagi saya, beliau langgar larangan mahkamah kerana keterangan disebut dalam keadaan tertutup dalam mahkamah, jadi apabila dibawa keluar (kepada umum) ia dianggap salah," katanya.

Tegasnya, Muhammad Shafee boleh dikenakan tindakan seperti denda, penggantungan dan pembatalan lesen sekiranya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

Kata Sivarasa, apabila seseorang peguam dilantik sebagai pendakwa raya, peguam tersebut perlu menjalankan kes secara bebas.

"Selepas keputusan penghakiman, apabila Muhammad Shafee kemungkinan terlibat dalam jelajah begini, timbul persoalan yang beliau sudah melanggar tata etika peguam. Ia seolah-olah Muhammad Shafee mempunyai kerjasama dengan Umno.

"Jelas sekarang ini seperti beliau diperalatkan Umno untuk fitnah Anwar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, jelajah Pemuda Umno itu sebagai tindakan terdesak memandangkan rakyat masih percaya Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Beliau menegaskan pasukan peguam Anwar tidak akan terlibat sebarang debat sebaliknya mengambil tindakan undang-undang ikut keadaan.

Klip video Sandiwara hina Allahyarham Nik Aziz

Posted: 20 Feb 2015 06:48 PM PST

 
Klip video lagu nyanyian artis KRU, Typo memaparkan imej Allahyarhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlatarbelakangkan lagu Sandiwara.


kru2


PETALING JAYA: Tindakan individu tidak bertanggungjawab memanipulasi klip video lagu Sandiwara mencetuskan rasa marah terhadap trio KRU kerana didakwa menghina tokoh politik pembangkang.

Sehubungan itu KRU Music melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menjelaskan bahawa lagu yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 tersebut berinspirasikan isu Al Maunah yang menjejaskan keamanan negara pada ketika itu.

"Liriknya ditulis menceritakan seorang individu yang terkeliru dengan fahaman sesat sehingga terjebak di dalam kegiatan ekstremisme sekaligus memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya.

Mereka menegaskan, "Pihak KRU Music selaku pemilik hakcipta lagu ini dan mewakili artis kami menafikan sekeras-kerasnya lagu ini ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik."

Klip video yang menggunakan lagu 'Sandiwara' ciptaan KRU. Lagu Sandiwara yang dihasilkan 15 tahun lalu itu dinyanyikan artis di bawah naungan KRU, Typo.

Beberapa hari lalu tersebar sebuah klip video berdurasi selama tiga minit 16 saat yang memaparkan imej Allahyarhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlatarbelakangkan lagu Sandiwara.

Video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial menerima kritikan hebat daripada netizen terutama terhadap kumpulan trio adik-beraik KRU itu kerana didakwa terlibat dalam agenda untuk menghina bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Lebih menimbulkan konroversi apabila klip video itu dimuat naik beberapa hari selepas Nik Abdul Aziz meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

KRU Music memberitahu, pihaknya sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan karya hakcipta mereka bagi tujuan yang salah.

Jelasnya, tindakan individu yang membuat interpretasinya sendiri dari lirik lagu ini adalah jauh tersasar dan di luar konteks.

"Dengan mengaitkan lagu ini dengan imej-imej provokatif bukan saja melanggar hakcipta milik kami tetapi yang lebih dikesali mengganggu ketenteraman awam dan menjejas nama baik semua pihak termasuk tokoh yang amat kami hormati yang dipaparkan didalam klip video tersebut.

"Pihak kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis terhadap individu yang tidak bertanggung-jawab yang menghasilkan video tersebut," katanya, lapor mstar.

KRU Music memberi peringatan dan amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tidak membuat interpretasi sendiri menggunakan mana-mana lagu ciptaan mereka dan mengaitkannya dengan visual yang menghina mana-mana individu atau organisasi yang boleh mencetus kemarahan.

DUN CHEMPAKA: PAS tetap tanding meskipun tanpa pencabar - Mohd Amar

Posted: 20 Feb 2015 06:01 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: PAS tetap bersedia untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 22 Mac meskipun tanpa cabaran seteru politik daripada Barisan Nasional (BN).
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tetap bertanding untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka meskipun tanpa seterunya BN.
 
Tegas beliau, pilihan raya kecil kawasan berkenaan perlu dipertahankan PAS sebagai salah satu kubu kuat parti Islam itu di Kelantan.
 
"Kita akan bertandinglah, kita akan pertahankan kerusi (DUN) Chempaka itu.
 
"Saya tak nak komenlah yang orang punya," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya kini sedang menilai dan meneliti senarai nama calon untuk bertanding di DUN Chempaka.
 
"Cuma saya nak beritahu pendirian PAS kita akan terus dan tetap bertanding untuk mempertahankan kerusi itu.
 
"Dan kita sudah ada senarai calonnya," katanya.
 
Ditanya mengenai kriteria calon, Mohd Amar enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PAS.
 
"Kita tengoklah macam mana sebab kita tak boleh nak cakap apa...kena tengok dulu," katanya.
 
Sebelum ini, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan agar BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu kerana tumpuan kini perlu diberi kepada kerja pemulihan pasca banjir di negeri itu.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 22 Mac depan sebagai tarikh pembuangan undi bagi kawasan DUN Chempaka sementara mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
 
Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Sidang langsung Sirul dengan media Malaysia mungkin tak jadi kenyataan

Posted: 20 Feb 2015 06:00 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Persidangan langsung dari Australia di antara bekas komando polis Sirul Azhar Omar dan media Malaysia anjuran PAS pada Isnin depan mungkin tidak menjadi kenyataan.

Ini berikutan kenyataan pihak berkuasa imigresen Australia bahawa ia belum lagi meluluskan sesi persidangan langsung yang diumumkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

Media Australia memetik jurucakap menteri imigresen Australia sebagai berkata, secara umumnya temubual dalam pusat tahanan tidak dibenarkan "atas sebab-sebab operasi".

Jurucakap itu berkata, bagaimanapun ia mungkin boleh dibenarkan pada masa depan selepas prosedur betul permohonan dipatuhi.

Sebelum ini, Mahfuz memberitahu Malay Mail Online, Sirul yang kini berada di Australia akan bercakap kepada media Malaysia dalam persidangan langsung dari pusat tahanan.

"Ia persidangan langsung selama 15 minit," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bagaimanpun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada bekas korporal yang mendakwa dia diarah membunuh rakyat Mongolia, Altantuya Shariibuu akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai pembunuhan itu.

"Saya tidak fikir dia akan melakukan pendedahan itu sewaktu itu … tetapi dia akan bercakap kepada media dan pihak media boleh bertanya mengenai apa-apa.

Baru-baru ini dalam satu temubual, Sirul memberitahu Malaysiakini dia menimbang mendedahkan mengapa dia dan seorang lagi bekas komando polis menembak mati model berasal dari Mongolia itu sebelum meletupkan mayatnya menggunakan bahan letupan.

Selain mendakwa hanya mengikut perintah ketika itu, dia juga berkata, Mahkamah Persekutuan sepatutnya memanggil bekas ketuanya, Timbalan Superintendan Musa Safri untuk memberi keterangan.

Awal hari ini, Mahfuz mengulangi tuntutan terbarunya agar polis menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia bertindak mengikut arahan memandangkan motif pembunuhan masih belum dipastikan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak sebarang kemungkinan membuka semula kes itu dengan berkata Sirul sudah diberi peluang untuk membuktikan dia tidak bersalah ketika perbicaraan.

Katanya, polis dilarang daripada menyiasat perkara itu memandangkan apa diperkatakan oleh Sirul adalah khabar-khabar angin.

Sirul ditahan di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan oleh Interpol dan kini ditahan di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney.

Terima kasih kepada yang menyindir

Posted: 20 Feb 2015 05:55 PM PST


 
SEBUT pasal sambung belajar bagi yang sudah bekerja, saya percaya ramai geleng kepala. Saya sendiri pernah begitu. Namun sedar tak sedar, sudah dua kali saya sambung belajar.

Kali pertama pada tahun 2000, tahun kelima saya jadi wartawan. Kali kedua, pertengahan 2013 yang sampai sekarang masih belum selesai. Terjebaknya saya dalam program belajar semula ini, ada kisahnya yang boleh dikira dramatiklah juga.

Saya mula bekerja sebagai wartawan tanpa ijazah pada 1994. Awal 1997, saya naik pangkat jadi pengarang di sebuah akhbar mingguan dan di bawah seliaan saya, ada beberapa wartawan berijazah. Dengan mereka, saya tidak sembunyikan cerita latar belakang akademik saya yang lebih rendah. Tujuan saya untuk mereka berasa tercabar dan berusaha menjadi wartawan yang lebih baik.

Sering saya katakan bahawa syarat jadi wartawan yang baik bukan pada ijazah. Yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk belajar dan mencabar diri dengan keupayaan baharu sama ada dalam meningkatkan penulisan ataupun pencarian bahan. Itu lebih penting daripada teori yang diajar di bilik kuliah. Tidak. Bukanlah saya memperlekehkan mereka yang mempunyai ijazah kewartawanan, apa lagi pensyarah yang mengajar subjek itu di universiti.

Tujuan saya hanya mahu mencabar, sekalipun mempunyai ijazah, itu tidak menjadikan mereka lebih baik jika tiada semangat untuk meningkatkan keupayaan. Apa lagi jika mereka anggap sudah sampai kemuncak setelah diterima bekerja sebagai wartawan. Sering saya peringatkan bahawa satu-satunya kerjaya profesional di dunia yang ijazah bukanlah syarat utama hanyalah wartawan. Seorang pembantu perubatan (MA) yang sudah 30 tahun bekerja masih tidak layak jadi doktor jika tidak miliki ijazah perubatan.

Begitu juga yang petah berhujah, tidak mungkin dapat jadi peguam tanpa kelulusan guaman melainkan hanya loyar di kedai kopi. Namun mereka bernasib baik dapat jadi wartawan dan tulisan mereka disiarkan sedangkan di luar sana, ramai orang yang mungkin lebih pandai menulis tidak dapat peluang seperti mereka.

Lalu saya nasihatkan, setiap kali menulis, fikirlah untuk menulis dengan sehabis baik kerana jika bekerja sekadar melepas batok di tangga, malulah kepada orang yang seperti itu.

Akan tetapi lain padang, lain belalang, lain orang, lain pula fikiran. Pada satu ketika, saya mendapat tiga wartawan yang baru keluar universiti. Walaupun baru, ego mereka cukup tinggi.

Saya terangkan kepada mereka gaya penulisan yang diamalkan di akhbar kami dan ingatkan bahawa itu antara perkara yang mereka mesti patuhi. Dengan tidak disangka-sangka, seorang daripada mereka 'mengingatkan' saya bahawa apa yang saya beritahu itu, tidak diajar pun oleh pensyarah mereka dan mereka tidak akan ikut. Saya terkedu. Wartawan yang sudah lama bekerja dengan saya pun tidak sebiadab itu lalu saya tunjukkan arah pintu sambil berkata: "Kamu nampak pintu tu? Keluar ikut sana, dan pergilah cari pensyarah kamu. Ikutlah cara dia kerana kamu terlalu hebat untuk bekerja dengan saya."

Pada suatu hari yang lain, telinga saya tertangkap kata-kata yang teramat menghiris hati oleh seorang wartawan berijazah. Saya tahu kata-kata itu memang ditujukan istimewa untuk saya: "Pangkat tinggi pun tak guna kalau tak ada ijazah, nanti jatuh... melepek!"

Sakitnya hati, tuhan sahaja yang tahu. Apa pun, saya kena sabar. Tak boleh ikut hati yang sakit. Jatuhlah saham kalau saya belasah perempuan. Sepanjang hari itu, kata-katanya terngiang-ngiang. Tiba-tiba akal waras saya membisik sesuatu yang sangat positif, "mengapa tak sambung belajar? Nanti tidaklah orang hina lagi.."

Akhirnya saya pun daftar untuk sambung belajar. Belajar sambil bekerja, mengejar 'deadline', pada masa yang sama menguruskan keluarga, pastinya tidak mudah. Sesiapa yang pernah lalui pengalaman itu, belum tentu mampu untuk ceritakan semula pengalaman dengan sempurna. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya harungi tempoh selama empat tahun hingga akhirnya saya sah bergelar graduan pada 2004, tahun kesepuluh saya jadi wartawan.

Memanglah menarik pengalaman itu. Setiap duka, pasti ada juga yang suka. Belajar sambil bekerja bukan seperti pelajar sepenuh masa. Berbekal pengalaman, pandangan kita tentang kehidupan tidak sama dengan anak-anak muda pelajar sepenuh masa. Pensyarah sering mengingatkan bahawa kehadiran mereka di dalam kelas 'mahasitua' bukan untuk mengajar tetapi berkongsi pengalaman.

Walaupun sukar, saya tidak serik malah suka cari penyakit. Kerana dalam sakit, ada juga yang menarik. Itulah sebabnya saya sambung belajar lagi, untuk mengejar ijazah sarjana pula. Kepada si dia yang menyindir saya 15 tahun dahulu, terima kasih. Kerana andalah saya berada di sini!

Impian Tok Guru terus dilaksanakan

Posted: 20 Feb 2015 05:49 PM PST



Impian Tok Guru terus dilaksanakan



KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kebanjiran lebih 10,000 orang pada Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus (UAI) malam kelmarin di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka mengotakan impian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya program keilmuan sentiasa dihidupkan biarpun beliau sudah tiada.

Sebelum sesi ceramah dimulakan, hadirin membacakan al-Fatihah dan disedekahkan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat.

Anak Allahyarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, program keagamaan tersebut telah dirancang awal dan ia mendapat keizinan ayahnya sebelum ini.

"Kita rancang kuliah ini semasa ayah masih ada lagi, namun kita redha dengan ketentuan ALLAH SWT apabila ayah menghadap Ilahi. Kita yang masih ada inilah akan teruskan kesinambungan legasi keilmuan yang ayah lakukan selama ini.

"Saya masih ingat, arwah Tok (bapa kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz) pesan, ayah mesti mengajar (sampaikan kuliah) sampai bila-bila.  Sehingga akhir hayatnya, itulah amanatnya kepada kami supaya imarahkan masjid dengan kuliah setiap masa," katanya kepada Sinar
Harian, semalam.

Dalam pada itu, Nik Omar  juga berhasrat menjadikan penganjuran kuliah agama itu sebagai program bulanan dan berbesar hati sekiranya UAI dapat memenuhinya mengikut masa yang bersesuaian.

"Kita akan jemput ustaz lain juga untuk mengajar kerana dengan cara beginilah, kita dapat memakmurkan Masjid Tok Guru  sama seperti ketika zaman ayah masih ada lagi. Ini semua untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepada pencipta-Nya.

"Dengan izin ALLAH SWT, malam tadi (kelmarin) ramai datang, bersesuaian dengan cuti Tahun Baharu Cina dan juga kerana orang ramai masih mengingati pemergian Tok Guru," katanya.

Ceramah selama dua jam di Masjid Tok Guru bersama penceramah bebas itu menyentuh mengenai istinjak dan merungkaikan pelbagai kekeliruan menerusi sesi soal jawab yang dijelaskan secara santai serta menepati syariat.

Selain masjid dipenuhi orang ramai, kawasan sekitar kediaman Allahyarham termasuk bangunan belum siap juga dijadikan tempat mendengar ceramah, sehingga menyebabkan lalu-lintas sesak sejauh kira-kira dua kilometer.

Sementara itu, UAI dalam ceramahnya juga melahirkan rasa bersyukur dengan kedatangan orang ramai untuk bersama-sama berkongsi ilmu agama sebagaimana hasrat Allahyarham supaya menghidupkan kuliah keagamaan.

Dalam masa sama, beliau kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan tidak benar mengaitkan pemergian Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, sebagaimana tersebar menerusi laman sosial, penceramah bebas itu juga mengharapkan 'pusaka' Tok Guru iaitu bantal, kain penutup keranda dan selimut yang hilang ketika pengebumian Jumaat lalu dapat dikembalikan semula kepada ahli keluarga Allahyarham.

Warga asing di ibu kota tiada kesedaran sivik

Posted: 20 Feb 2015 05:32 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang membanjiri ibu kota untuk bersiar-siar sempena cuti umum Tahun Baru Cina mengundang rasa marah dan resah orang ramai.
              
Tinjauan Bernama mendapati kawasan sekitar Suria KLCC, Pasar Seni dan pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati ramai daripada mereka meludah sesuka hati di kaki lima, stesen bas, taman, mahupun di luar kawasan pusat beli belah.
              
Ramai dari mereka juga tanpa menghirau budaya dan peraturan setempat, mengunyah sireh dan meludah merata-rata sehingga mengotorkan kawasan sekeliling.
              
Di hab bas di depan KLCC, ramai warga asing dilihat meletakkan kaki diatas tempat duduk sambil merokok dan membuang puntung rokok merata-rata.
              
Bagi seorang pelajar kolej tempatan, Nurfarisha Aziz, 19 yang datang ke ibu kota bersama rakannya berkata, hasratnya bersiar-siar tergendala apabila melihat ramai warga asing melepak dan mundar-mandir di kawasan sekitar luar Suria KLCC.

"Keseronokan kami bersiar-siar bertukar menjadi suram apabila melihat tempat ini penuh dengan warga asing yang berpeleseran seakan ibu kota ini negara mereka sendiri," katanya.
              
Tidak salah mereka melawat tetapi sikap membuat bising, mengotorkan tempat awam dan datang dengan kumpulan-kumpulan besar menakutkan kami," katanya.

Seorang pengunjung tempatan, M  Karupiah, 40, yang pergi ke Pasar Seni untuk membeli barang juga berkata kebanyakan warga asing yang ditemuinya tidak menjaga kebersihan terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.
              
"Mereka tidak mempunyai kesedaran sivik akan kebersihan dengan membuang sampah di merata-rata tempat walaupun disediakan tong sampah di kawasan berkenaan," katanya.
              
Sementara itu, Hasimah Awang, 50, penjaja gerai di sekitar pusat beli belah Sogo turut melahirkan rasa kesal terhadap tabiat warga asing yang meludah dan membuang sampah di merata tempat.

"Terdapat pelbagai kemudahan tong sampah disediakan namun mereka tetap membuang sampah di merata tempat, jadi tidak hairanlah keadaan di sekitar ibu kota dilihat kotor daripada biasa pada hari kelepasan am," katanya.
              
Pemandu teksi, Razak Ahmad, 46, yang sering mengambil penumpang di sekitar KLCC turut menyatakan kekecewaan beliau melihat gelagat warga asing yang 'berkampung' bersama rakan di situ.
              
"Saya amat kecewa melihat mereka (warga asing) meludah sesuka hati di merata tempat dan mengotorkan kawasan sekitar pusat beli-belah tumpuan ramai ini... saya harap pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya (Kuala Lumpur) dapat mengambil tindakan wajar," katanya.
              
Orang ramai berharap DBKL mengenakan tindakan tegas antaranya mendenda segera tindakan warga asing yang melanggar peraturan dan undang-undang setempat.Bernama

Wang ihsan banjir, MKN diminta siasat

Posted: 20 Feb 2015 05:29 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta menyiasat dakwaan yang mengatakan masih ada nama ketua keluarga mangsa banjir baru-baru ini tercicir daripada menerima bantuan wang ihsan kerajaan.
              
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau menerima aduan masih ramai lagi ketua keluarga terutamanya di daerah Temerloh yang layak menerima bantuan tetapi tidak memperolehnya.
              
Katanya, jumlah mangsa banjir daerah Temerloh bertambah daripada 3,000 keluarga sebelum ini berikutan ada yang berpindah ke rumah jiran, sanak saudara dan tidak ke pusat pemindahan.
              
"Sebelum ini seramai 3,000 mangsa banjir yang layak mendapatkan bantuan wang ihsan RM500, namun jumlah itu kini telah bertambah lebih 4,000 dan masih ramai belum menerimanya sedangkan mereka amat mengharap bantuan itu.

Sehubungan itu MKN perlu segera menyiasat dan memastikan bahawa mereka tercicir itu mendapat bantuan," katanya di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khee Chee, di Temerloh semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada lebih 1,500 ketua rumah mangsa banjir Dewan Undangan Negeri Semantan di sekolah berkenaan.
              
Walaupun wang ihsan itu sedikit, ia dapat membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir terbabit untuk menguruskan keluarga masing-masing, kata beliau yang juga ADUN Lanchang.
              
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang turut memperuntukkan lebih RM2.4 juta bagi bantuan kepada pelajar terbabit banjir dengan setiap pelajar mendapat RM120 seorang.
              
Di daerah Temerloh sahaja 3,911 pelajar tersenarai mendapat bantuan berkenaan, katanya.             
- Bernama

Tarikh undi bukan ketika sidang Dun

Posted: 20 Feb 2015 03:53 PM PST


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 
SHAH ALAM - Pas masih boleh berkempen seperti biasa dalam PRK Dun Chempaka walaupun tarikh undian hampir dengan sidang Dun Kelantan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana sidang Dun Kelantan hanya akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 16 hingga 18 Mac depan, manakala PRK ditetapkan pada 22 Mac.

"Bukannya tarikh mengundi itu ketika sidang Dun berlangsung," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan berkata, kerajaan negeri itu terkilan kerana SPR tidak mendapatkan pandangan dengan mereka sebelum mengumumkan tarikh pengundian PRK Dun Chempaka.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, dalam tempoh tiga hari sidang Dun itu, Pas masih boleh meneruskan kempen pada sebelah malam.

"Sidang Dun siang hari sahaja, jadi sebelah malamnya boleh teruskan kempen.

"Saya yakin tidak akan memberikan kesan kepada kempen mereka. Apa yang penting bukan bertindih hari mengundi bagi orang awam," ujarnya.

Pereira diminta dakwa konspirasi dalam kes Anwar?

Posted: 20 Feb 2015 03:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu laporan telah muncul yang mendakwa bagaimana Jude Pereira, pegawai penyiasat dalam kes Liwat II, telah diminta membuat kenyataan umum mendakwa ada konspirasi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang disebutkan didakwa terlibat ialah Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang pernah menjadi penaung badan pemantau jenayah itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Musa mengesahkan beliau menemui Pereira sebelum pilihan raya umum lepas pada tahun 2013 di rumah bekas ketua polis itu di Petaling Jaya.

Katanya, beliau kemudian dimaklumkan bahawa timbalan penguasa (DSP) itu telah diminta untuk membuat satu kenyataan akhbar yang memihak kepada Anwar.


 Bagaimanapun, beliau menafikan bertanya kepada DSP itu sama ada terdapat konspirasi dalam kes ketua pembangkang itu seperti yang dikatakan dalam artikel yang disiarkan oleh blog Malaysia Today, yang memetik Pereira.

"Kita bercakap tentang masa dulu-dulu dan mengenai bagaimana Pereira mahu menjadi seorang peguam. Saya juga memberitahunya yang Sanjeevan mahu bertemu dengannya," katanya.

Pereira, katanya, kemudian memberitahunya bahawa dia bertemu dengan Sanjeevan yang memintanya mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai adanya konspirasi terhadap Anwar.

Musa berkata apabila Pereira memberitahunya bahawa dia enggan berbuat demikian, beliau telah memuji pegawai polis atas pendiriannya itu.

Bekas IGP itu juga mendedahkan bahawa dia berpisah dengan Sanjeevan kerana Sanjeevan terlalu terlibat dalam politik.

Katanya, beliau telah meminta Sanjeevan supaya berhenti dari politik dan memberi tumpuan kepada NGO itu.

Apabila Sanjeevan tidak berbuat demikian, kata Musa, beliau meninggalkan MyWatch.

Menjawab satu soalan, Musa mengesahkan bahawa Sanjeevan rapat dengan Anwar. Ketika dihubungi kemudian, Sanjeevan enggan mengulas mengenai perkara itu.

Selasa lalu, Anwar disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam artikel Malaysia Today itu, disiarkan apa yang didakwa tulisan tangan Pereira mengenai pertemuannya dengan Sanjeevan yang menyatakan dia akan "dijaga" sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya itu dan dia juga bercakap dengan Anwar melalui telefon.
 

Tiada ulasan: