Sabtu, 21 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidakkah ada keraguan di sebalik pendedahan Raja Petra ?

Posted: 21 Feb 2015 07:30 AM PST

Raja Petra Kamaruddin,  Hj Hadi Awang,Mustafa Ali,Tn Ibrahim Tn Man,
Dr Shamsuri Mokhtar.Dua orang di belakang itu tidak dapat dikenal pasti.
Tidak dinafikan, kalangan UG begitu terpesona dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin di portal beliau Malaysia Today.

 Menurut RPK, Anwar cuba mengaturkan pertemuan antara wakil Umno dengan Hadi di London. Malangnya apabila ke sana, mungkin kerana bimbangkan muslihat perancangan ini, Hadi telah tarik diri dan sebaliknya menghantar wakil iaitu Dato Mustafa Ali dan Setiausaha Politiknya.

 Kalian boleh membaca posting RPK tersebut : DI SINI

 Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (AJK PAS Pusat) menjelaskan, tidak ada apa-apa rundingan mengenai "Unity" yang berlaku semasa pertemuan di antara kami. Ia tiada kaitan dengan perbincangan "kerajaan perpaduan" negeri Selangor. Agenda utama ialah mengenai ummah, dan isu Palestin, teras yang PAS, Umno, PKR atau mana-mana pihak lain boleh duduk, berbincang bersama-sama, dan mencapai persetujuan. Sila ikuti penjelasan beliau di sini 

Tidakkah kalian timbul rasa keraguan apa-apa mengenai Raja Petra? Tidak mungkin Syed Azman akan membohongi kita semua kerana sudah tentu Mustafa Ali atau Dr Samsuri sendiri akan tampil membantah!

Saya merasakan adalah lebih baik sekiranya mereka yg terlibat sama dalam pertemuan tersebut membuat kenyataan mengenainya untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

 Antara yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah, Mustafa Ali, Dr Samsuri, Zahid hamidi, dan Saifuddin PKR. Mereka inilah yang mampu mengesahkan kebenaran antara versi RPK berbanding versi Syed Azman. 

Perlu saya nyatakan disini, RPK merupakan abang kepada Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin, CEO Kumpulan Perangsang Selangor (KPS). Difahamkan, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.

 Tuan Guru Presiden begitu tegas ketika cuba mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini. 

  Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

 Gambar tertera di atas itu saya ambil dari blog GB. GB sekadar mencatatkan: 

"Masing-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?" 

GB menjelaskan : Dalam gambar tersebut turut ada bersama-sama Raja Petra Kamaruddin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Pertemuan itu dikatakan berlaku di Manchester, UK sekitar penghujung 2013.

 Sementara gambar yang di sebelah kiri ini pula, saya masih ingat saya ambil dari facebook YB Sallehen Mukhyi lama dulu dan saya simpan.Nampak mesra sungguh keduanya! Hehem Hehem! Terbatuk pula!

 Saya cuba mencarinya semula tetapi ternyata status berkaitan dengan gambar ini sudah tiada lagi.Gambar dengan sahabat lama dah hilang?

 Begitu juga apabila saya menyelongkar di facebook Ust Halim Din, juga telah dipadamkan. Kalian lihat status 'tag' antara keduanya itu....

 Timbul kemusykilan saya : Kenapa jadi begitu? Ada sesuatu yang puak-puak ini cuba sembunyikan?

Adakah mereka cuba nak susup hubungan baik mereka dengan Raja Petra? Tanyalah kepada mereka.....

Perhimpunan pro-Anwar, Adam dan Faris Musa ditahan

Posted: 21 Feb 2015 03:38 AM PST


Aktivis Adam Ali ditahan polis ketika menyertai perhimpunan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi minggu kedua di depan kompleks membeli-belah Sogo.

 Kira-kira setengah jam kemudian, Faris Musa dari Jingga 13 turut ditahan di depan Kompleks Pertama.

 Kedua-duanya kini ditahan di balai polis Jinjang. Adam ditahan kira-kira jam 5.25 petang selepas beliau berucap di depan Sogo.

Dia ditahan oleh tiga anggota polis dan dibawa ke balai polis Dang Wangi.Ekoran itu, kira-kira 70 penyokong berhimpun di hadapan balai polis berkenaan.

 Kira-kira lima minit kemudian, Adam dibawa ke balai polis Jinjang.Difahamkan, Adam ditahan di bawah seksyen 143, Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan 'Kita Lawan' minggu, di samping disyaki menjadi penganjur perhimpunan yang sama.

 Seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012.

 Pada satu ketika berlaku pergelutan antara anggota polis dengan para penyokong ketika mereka cuba menahan Nik Nazmi yang mempertikai tindakan polis menahan Adam itu.

 Bagaimanapun, difahamkan penyokongnya sempat membawa Nik Nazmi pergi dari situ. Sehingga jam 5.50 petang tadi, masih kira-kira 20 orang di depan balai polis itu, termasuk bapa Adam – Abdul Halim Abdul Hamid.

Manakala Faris pula ditahan polis depan pertama kompleks kira-kira jam 6 petang dan sudah dah dibawa balai polis Jinjang. Sehingga ini belum diketahui sebab mengapa Faris ditahan polis.

 Perhimpunan kali ini bermula di depan kompleks membeli-belah Sogo bermula kira-kira jam 4.50 petang. Para penyokong akan berkumpul di balai polis Jinjang pada pukul 8 malam ini.

 Ia bermula dengan tarian singa keadilan yang menarik perhatian kira-kira 200 pengunjung ke pusat membeli belah itu. Kumpuan tarian singa itu kemudiannya menyerahkan tulisan khat Cina kepada anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Nuha.

 Selain Nuha, turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yan berucap di depan Sogo. Turut hadir ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Adam Adli.


Kelihatan kira-kira lima anggota polis beruniform di situ serta 10 orang lagi yang berpakaian biasa yang dipercayai anggota polis.

 Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan liwat ke atasnya. ~ sumber

Najib usahlah gelisah, kata Mahfuz Omar

Posted: 20 Feb 2015 11:08 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai  'mengarut' kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.

 Mahfuz berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

 Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.

 "Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.

 "Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia "hanya menjalankan arahan" dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

 Tak perlu bawa Sirul pulang

 Menurut Mahfuz lagi, siasatan berhubung kes itu tidak perlu membawa Sirul pulang ke Malaysia kerana sebelum ini bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat disoal siasat oleh badan perisikan FBI kerana didakwa menganggotai Al-Qaeda.

 "Siasatan boleh dibuat di Australia sepertimana Malaysia pernah beri peluang kepada FBI untuk buat siasatan di Malaysia, Yazid Sufaat sewaktu ditahan ISA," katanya.

 MP Pokok Sena itu berkata tidak adil jika Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk siasatan sedangkan beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan sekiranya dibawa pulang kes ini akan ditutup.di sini    

Pengantin perempuan pilih tetamu ganti bakal suami yang sawan

Posted: 20 Feb 2015 05:36 PM PST

Pasangan sedang bertukar-tukar kalungan 
bunga apabila pengantin lelaki diserang sawan 
 Seorang pengantin wanita India dilaporkan menukar pengantin lelakinya kepada tetamu majlis di pertengahan majlis yang sedang berlangsung selepas tunangnya secara tiba-tiba diserang sawan.

 Jugal Kishore, 25, dilaporkan tersembam ke bumi semasa acara tradisional "varmala", bertukar-tukar kalungan bunga di bandar utara Rampur.

Penyakitnya adalah satu kejutan kepada bakal isterinya, Indira berusia 23 tahun, yang nampaknya marah kerana dia dan keluarganya tidak diberitahu penyakit sawan Encik Kishore.

 Daripada membatalkan majlis perkahwinannya, dia segera memilih tetamu yang ada, Harpal Singh, adik ipar kakaknya, untuk menggantikan tunangnya itu.

 Bersahaja memakai jeans dan jaket kulit, Harpal Singh menererimanya,  Times of India melaporkan.

 Selepas pertukaran itu , majlis perkahwinan diteruskan seperti yang direncanakan sehingga Encik Kishore kembali semula dari hospital.

  Setibanya di majlis perkahwinan sendiri, dia terkejut kerana tunangnya sedang diraikan perkahwinannya dengan orang lain, dia dan saudara-maranya dilaporkan cuba memujuk Indira untuk mengubah semula keputusannya.

 Apabila diplomasi gagal, maka berlakulah pergaduhan yang ganas melibatkan pinggan dan kutleri.

 Keluarga Encik Kishore kemudian memfailkan aduan di balai polis Milak tempatan tetapi menarik semula selepas saudara-mara yang lebih tua campur tangan.

 RP Solanki, seorang pegawai di balai itu , memberitahu Times of India dua orang tetamu perkahwinan telah ditahan. ~ sumber

Tiada ulasan: