Rabu, 18 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BILA PENTADBIR PAGE FRIENDS OF BN -BARISAN NASIONAL DAH KANTOI MEMFITNAH DSAI MENDAPAT LAYANAN VVIP SEMALAM SEMASA HADIR PERBICARAAN SAMAN MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA, TERUS PADAMKAN POSTING TERSEBUT.

Posted: 18 Feb 2015 03:16 AM PST

omakkau.blogspot



 


Ini bukan kali pertama pentadbir laman sosial Facebook akaun atas nama Friends of BN-Barisan Nasional kena kantoi sebab memfitnah dan menipu .. jumlahnya sudah tidak lagi mampu disimpan dalamn otak sebab terlalu banyak kali kena kantoi.

Terbaru memfitnah dan menipu DSAI kononnya semalam ketika hadir perbicaraan kes saman sivil RM100 juta terhadap Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pentadbir Friends of BN-Barisan Nasional telah memuat naik suatu posting diwall mengenai DSAI seolah-olah mendapat layanan VVIP dibenarkan membawa telefon bimbit dengan memperli agar Kerajaan Barisan Nasional menimbangkan untuk berikan kepada beliau agar dipasang talian internet dipenjara demi menggelak Kerajaan BN dituduh sebagai kejam pula.

 Pentadbir yang melakukan kerja fitnah dan tipu ini telah memuatnaik gambar DSAI ketika hadir perbicaraan kes keputusan liwat II nya di Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman, Putrajaya kira-kira 7 hari sebelum itu iaitu bertarikh 10hb Februari 2015.

 1) Foto Anwar yang sedang memegang telefon bimbit itu adalah semasa Anwar masih dalam perbicaraan Kes Liwat II pada 10 Feb. 2015, BUKANNYA foto perbicaraan hari semalam (17 Feb. 2015).

2) Warna baju pada kedua-dua gambar adalah berbeza. Warna baju yang dipakai DSAI semasa perbicaraan kes Liwat II adalah warna UNGU CAIR manakala pd hari perbicaraan hari ini adalah BIRU MUDA.

 Omak Kau dari awal berblog dan giat aktif dalam laman sosial selalu diperingatkan oleh para pucuk tertinggi parti agar ada batasan dalam menyerang pihak lawan .. pastikan intipati dan isi setiap artikel dan posting adalah fakta bukan auta .. benar bukan putar .. kenyataan bukan reakaan.

 Apa yang dilakukan oleh pentadbir yang mengendalikan Page Freinds of BN - Barisan Nasional ini adalah diluar norma sebagai penggiat maya yang berwibawa dan ada nilai kepercayaan.

 Mungkin dia mampu memberikan sedikit hiburan dan keseronokan kepada para penyokong tegar UMNO/BN tetapi kepada pendokong dan ahli UMNO yang memiliki daya pemnikiran hanya mau terima kebenaran sudah pasti akan rasa kecewa.

Kalau mau ubah minda rakyat terutamanya anak-anak muda dari menyokong Pakatan Rakyat menyokong UMNO/BN maka cara pentadbir dan pengenadali page Friends of BN-Barisan Nasional kenalah berubah dulu .. jika tidak .. pasti kedudukkan UMNO/BN di Putrajaya akan berubah.

Ini link yang page memfitnah DSAI itu yang sudah dipadamkan setelah dikantoikan. https://www.facebook.com/…/pb.12984367499…/10152857800579998

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

MB: Kelantan sunyi tanpa Tok Guru

Posted: 18 Feb 2015 03:04 AM PST


MB: Kelantan sunyi tanpa Tok Guru
 
 
DI saat rakyat Kelantan sudah sinonim dengan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baton kerajaan negeri dilepaskan kepada timbalannya, DATUK AHMAD YAKOB atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Mad. Pemergian Tok Guru ketika Datuk Mad memasuki tahun kedua pemerintahan memberikan makna yang besar kepada penaburan kerajaan negeri.
 
Wartawan Mohd Zailani Abd Rahman dan Rosmiza Kasim berpeluang mengadakan sesi temu bual dengan Menteri Besar itu di pejabat beliau semalam.
 
Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan kepada rakyat Kelantan. Bagaimana Datuk lihat perkara ini?
 
Kita terima dua perkara besar, banjir dan pemergian pemimpin yang kita sayang, ulama dan pemimpin politik yang disegani. Saya secara  peribadi  sangat hormati beliau. Kita rasa kesunyian dari segi keilmuan kerana Tok Guru ini walau di mana sahaja berada dia sentiasa mengeluarkan mutiara ilmu yang ada padanya sebagai seorang ulama yang sarat  dengan ilmu, bila-bila masa sahaja  dia boleh keluarkan apa sahaja ilmu. Contohnya waktu berkhutbah, jika kita sentiasa ikut,  secara spontan baca ayat al-Quran dan mengulas mengikut masa dan keadaan. Memang menarik. Ini yang kita rasa kesunyian dari segi sumber ilmu.
 
Apa yang dilakukan kerajaan untuk mengambil semangat Tok Guru dalam pentadbiran kerajaan negeri?
 
Walaupun rasa sunyi kita mempunyai semangat untuk mengembalikan semula cara hidup dan pendekatan politik yang dibawa oleh Tok Guru.  Mungkin sebahagian besar masyarakat akan datang perlu memahami kehendak politik Tok Guru iaitu politik Islam. Ia telah diberitahu oleh Tok Guru berkali-kali, politik yang syumul. Selama ini orang memahami politik mengikut kaca mata barat. Sebenarnya bagi Tok Guru dan kita pejuang Islam ini. Islam itu agama yang tidak boleh dipisahkan dengan pentadbiran, begitu juga dakwah dengan politik.
 
Ini kita kena teruskan usaha yang telah dijelaskan oleh Tok Guru bahawa politik Islam itu politik yang syumul, lengkap yang ditinggalkan oleh Rasul dan selama ini telah  dikaburi oleh penjajah barat menyebabkan sebahagian besar perundangan dan mualamat Islam ditindas.

Contohnya amalan riba, dalam muamalat Islam kita tekankan sangat supaya dalam  bidang muamalat ini supaya semua tidak dizalimi. Sebab itulah awal-awal lagi Tok Guru ketika dilantik sebagai menteri besar, dia mengarahkan supaya kewangan riba, simpanan wang kerajaan di bank-bank konvensional dipindah  kepada bank Islam. Itu satu usaha awal yang beliau hendak samakan dari segi ilmu teori dan kerja. Apabila ada kuasa kita  bertukar terus kepada bank amalkan secara Islam.

Begitu juga dengan perkara-perkara lain, contohnya seperti wayang kulit, ketika itu suatu budaya ada unsur-unsur syirik dan boleh menyeba kepada lalai dan percaya kepada tahyul seperti adanya daripada jelmaan, kayangan bentuk khayalan. Apabila kita berkuasa, kita buang dan  tidak mengeluarkan kebenaran untuk mana-mana wayang kulit dalam versi lama kerana ada unsur-unsur yang khayalan dengan syirik. Dengan senang berhenti.

Waktu itu, guru pondok telah mengajar bahawa wayang kulit ini memang tidak boleh, bukan kita tidak benarkan dari segi kebudayaan, tetapi unsur syirik dan khayalan itu banyak, tetapi orang kampung tetap juga pergi tengok, kita ada sikit kuasa kita guna kuasa ini untuk supaya tidak keluarkan lesen oleh pihak jajahan dengan sendirinya hilang. Kita bukan tutup terus tetapi kita tukar kepada satu visi baharu. Bukan kata pentadbiran Tok Guru tutup kepada itu, kita masih kekal kebudayaan wayang kulit cuma pengisian kita ubah. Daripada khayalan kepada lebih tepat dengan boleh mendidik rakyat. Yang saya rasa pembaharuan yang boleh dibuat secara tidak langsung.
 
Selepas pemergian beliau, Tok Guru seolah-olah diangkat dan dijulang sama ada kawan mahupun lawan. Malah hari pengebumiannya mencatatkan kehadiran  yang begitu ramai. Apa pandangan Datuk mengenai perkara ini?

Maknanya kehilangan Tok Guru bukan sahaja kepada Pas, tetapi keseluruhan rakyat Malaysia, sampai Perdana Menteri berhenti  berucap dalam satu majlis. Kita tidak jangka sampai begitu tetapi selepas arwah kembali, kesannya begitu tinggi, atas sifat dan keikhlasan Tok Guru dalam semua perkara,  penampilan, cara kesederhanaan dia dan sifat zuhud dan warak, ini ada pada Tok Guru dan melekat pada hati manusia.  Seorang pemimpin yang melekat hati dalam hati manusia.
 
Antara penekanan yang penting Tok Guru ialah hudud, malah ia juga disebut oleh anaknya Nik Muhammad Abduh di saat-saat akhir pemergian beliau. Apa tindakan kerajaan bagi memastikan perlaksanaannya berjalan seperti yang dihasratkan Tok Guru.

Ya, sememangnya kepimpinan  Tok Guru pada 1993 yang berusaha sekian lama, kita masih ingat usaha di bawah  Tok Guru dan sahabat-sahabat telah bekerja keras untuk menyediakan Draf Kanun Jenayah Syariah II dan berjaya dibentangkan pada 1993. Hasrat jemaah kita kerajaan di bawah pimpinan Tok Guru untuk melaksanakan tuntutan agama Allah SWT ini kerana kita faham dan belajar Islam hanya undang-undang Allah SWT sahaja yang paling adil dan paling tepat untuk kita laksanakan. Bagaimanapun Tok Guru berkata apabila hendak laksana ada halangan pada waktu itu, dia kata seperti mana kita mengendalikan kenderaan apabila lampu isyarat merah kita berhenti, tapi kita tidak matikan enjin. Apabila lampu isyarat hijau kita jalan.

Jadi secara kebetulannya benda ini berlaku pada zaman saya. Apabila saya jadi menteri besar dan ditawar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengatakan negeri yang berhasrat untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah hendaklah sanggup
membantu menyokong di peringkat Parlimen. Sebab kita tahu ada halangan berlaku, sekiranya dua perkara ini boleh diterima pindaan di peringkat parlimen insya-ALLAH Kanun Jenayah Syariah II dapat dijalankan, pertama ialah Akta 355 dan 76.  Itulah, hasrat Tok Guru dam ia selari dengan keputusan parti, Insya-Allah,  kita yang ada pada hari ini sedang membuat persiapan.

Kita sedang usahakan pencerahan lagi kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993  dan ia hendaklah kita bawa dalam Sidang Dun negeri yang khas yang sepatutnya diadakan  pada 29 Disember 2014, namun kerana banjir kita tangguh, sememangnya kita hendak perelokkan lagi maka beberapa pindaan mesti dibawa kepada Dewan.

Perlaksanaan bergantung kepada dua perkara di Parlimen sebab kuasa membenar melaksanakan Kanun Jenayah ini ialah di bawah kuasa Parlimen sama ada kita dapat bawa Rang Undang-undang Persendirian untuk pindaan kepada akta Mahkamah Syarak Akta 355 ataupun perkara 77 A.
 
Adakah kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan hudud tahun ini?

Kita bergantung kepada dua perkara itu, kita siapkan kanun kita dahulu sebab ada pindaan. Kita akan jalan sekiranya mendapat laluan untuk membawa undang-undang persendirian dan diluluskan
 
Datuk sudah lama bersama Tok Guru,  pernah menjadi timbalan beliau. Apa pesanan yang sentiasa jadi ingatan Datuk?

Dia banyak berpesan berhubung akhirat. Katanya dalam diri kita ini ada cetusan baik dan tidak baik. Dia kata kalau kita jaga diri kita bersih kita selamat. Kalau kita ikut benda tidak betul kita tidak  selamat. Itu ambo selalu ingat.  Bagi tok guru dia lebih menasihatkan supaya perbetulkan sikap kita. Siapa yang menjaga diri  akan selamat. Dalam kerja pentadbiran, perniagaan, mengajar kena  ambil pendekatan yang sama. Insya-Allah pesanan itu sentiasa melekat dalam hati saya.

Menteri: Sirul berhak buat pendedahan

Posted: 18 Feb 2015 02:54 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bekas komando polis, Sirul Azhar Umar berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Itu hak dia," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Hishamuddin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu apa yang dia ingin katakan, jadi bagaimana saya nak ulas apa-apa?," katanya lagi.

Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

Posted: 18 Feb 2015 02:53 AM PST

MALAYSIAKINI


 


EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar mendakwa beliau hanya mengikut arahan apabila membunuh Altantuya Shaariibuu.

Dia ketika itu percaya semua itu dilakukan demi kepentingan negara. Tetapi atas kepercayaan itu, dia berdepan tali gantung.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah.

"Dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini ketika diwawancara melalui telefon dari Australia.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesnnya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi "kambing hitam" dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa "polis jahat" bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya.

Ismail Sabri cipta sejarah menteri pertama tidak mahu hadir perayaan Tahun Baru Cina

Posted: 18 Feb 2015 02:50 AM PST

Lim_Kit_Siang

Roketkini.com


GELANG PATAH: Isu keceluparan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri semakin hangat apabila beliau dilaporkan enggan hadir majlis perayaan Tahun Baru Cina kerana risau dibaling objek oleh penyokong DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan dakwaan terbaru Ismail Sabri itu adalah tidak bertanggungjawab dan satu tuduhan melulu terhadap DAP.

"Beliau dakwa dapat nasihat supaya tak pergi majlis-majlis Tahun Baru Cina di Bera kerana penyokong DAP akan baling objek kepadanya.

"Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan ia adalah tuduhan melulu kali kedua oleh Ismail Sabri untuk beberapa minggu ini.

"Ia menimbulkan persoalan apakah beliau masih layak menjadi seorang menteri untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini," ujar Kit Siang.

Ekoran kenyataan terbaru Ismail Sabri, DAP Kawasan Bera menafikan adanya plot untuk membaling objek kepada menteri itu di samping menyifatkan kenyataan Ismail Sabri itu adalah seperti kenyataan orang bersalah.

"Ismail Sabri sekali lagi cipta sejarah apabila menjadi menteri pertama tidak mahu tunjuk muka dalam majlis perayaan rakyat kerana kenyataan perkaumannya terhadap kaum Cina.

"Adakah dia rasa bangga menjadi menteri yang ada imaginasi akan dibaling objek, sedangkan beliau mempunyai banyak pengawal dan pengiring di tempat awam?" sindir Kit Siang.

Sambil itu, Kit Siang sekali lagi mempersoalkan kesediaan Kabinet untuk menyelesaikan isu kenyataan perkauman Ismail Sabri esok.

"Apakah mesyuarat kabinet esok akan selesaikan secara muktamad isu Ismail Sabri, atau mereka akan menghindari isu tersebut dengan 'ponteng' atas alasan Tahun Baru Cina?" tanya Kit Siang. -Roketkini.com

Keputusan SPM 2014 diumum 3 Mac

Posted: 18 Feb 2015 02:46 AM PST

SINAR HARIAN


spm
 
 
PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
 
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
 
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.
 
KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888. 
 
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.
 
Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.
 
Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara. 
 
Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - Bernama

Permatang Pauh: SPR tunggu tempoh 14 hari berakhir

Posted: 18 Feb 2015 02:42 AM PST


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 

PUTRAJAYA - [VIDEO] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu tempoh 14 hari berakhir pada 24 Februari ini sebelum menentukan status terkini bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu menunggu penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau membuat semakan kehakiman terlebih dahulu.

"Sehingga 24 Februari ini, jika tiada rayuan, jadi SPR akan mengadakan mesyuarat khas selepas itu.

"Tetapi jika adanya rayuan, kita tidak pasti bila tarikh penamaan calon atau pilihan raya kecil kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah atau YDP Agong, buat masa ini kita dahulukan Dun Chempaka dulu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan supaya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam t‎empoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman kes liwat II kepada YDP Agong untuk pembebasannya.

Dalam tempoh itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang masih kekal sebagai wakil rakyat sehingga 24 Februari ini dan sehingga itu beliau boleh mengemukakan petisyen pengampunan tersebut.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.

Kerajaan negeri terkilan dengan SPR

Posted: 18 Feb 2015 02:38 AM PST


Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan terkilan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka (N06) tanpa pandangan negeri terlebih dahulu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tarikh yang diumumkan  SPR terlalu hampir dengan Sidang Dun yang akan berlangsung 16 hingga 18 Mac depan.

"Sepatutnya SPR perlu tanya khabar kita apa majlis besar yang akan berlaku di dalam negeri dalam tempoh tersebut, ia menggangu sikit dari segi perjalanan.

"SPR juga perlu mengambil kira semua aspek sebelum memutuskan tarikh yang sesuai. Kalau mereka (SPR) tanya kita terlebih dahulu mungkin lebih elok," katanya.

Katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kelantan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK), Kota Darulnaim di sini.

Mohd Amar berkata, walau apa keadaan sekalipun pihaknya akan tetap hadapi dengan tenang.

Mengulas mengenai calon N06 beliau berkata, belum ada kata putus mengenai hal tersebut memandangkan masih dalam.perbincangan.

"Calon ramai tiada masalah untuk pilih cuma kita belum buat apa-apa keputusan lagi.

"Pada asasnya kita dah sedia hadapi PRK Dun Chempaka, dengan mengadakan pertemuan dengan jentera parti sebelum ini,"katanya.

Sebelum ini SPR mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Dun Chempaka pada 10 Mac depan dan 18 Mac untuk undi awal.

Haron Din hanya jatuh biasa, bukan patah pinggul

Posted: 18 Feb 2015 02:37 AM PST


Haron Din
 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, menafikan bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas,  Datuk Dr Haron Din jatuh tangga sehingga patah tulang pinggulnya.

Jelasnya, Haron Din hanya 'jatuh biasa' dan sudah mendapatkan rawatan.

"Datuk (Haron Din) sudah balik daripada mendapat rawatan, yang kata beliau patah tulang dan pinggul itu tidak betul, beliau sudah balik rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau menjawab sedemikian selepas ditanya mengenai kesahihan 'maklumat' yang tersebar di aplikasi Whatapps mengenai 'tragedi' yang kononnya menimpa Harun.

Whatapps itu dipetik berbunyi:  "Assalamualaikum sahabat sahabat, selepas kita mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian tokoh ulama tersohor Tuan Guru Nik Aziz , saya baru mendapat perkhabaran berita sedih lagi.

"Dato Takiyudin bagitau Datuk Haron Din uzur sekarang ni..jatuh tangga..patah tulang pinggul...Doakan wahai sahabat sahabat (sangat besar ujian untuk ummat akhir zaman ini)......ya ALLAH  SWT, selamatkanlah ulama ulama, kami semua sayang ulama...."

Majlis Perbandaran Kulai halang PR pasang kain rentang Selamat Tahun Baru Cina

Posted: 18 Feb 2015 02:28 AM PST

8DEC teonieching 2

Roketkini.com


KULAI: Penolong Setiausaha DAP Teo Nie Ching menyelar sikap 'pilih bulu' Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang tidak mengizinkan Pakatan Rakyat (PR) menggantung kain rentang sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sana.

Nie Ching berkata, tindakan MPKu itu ternyata tidak adil sama sekali kerana tujuan pemasangan kain rentang tersebut hanya untuk menyatakan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan langsung tidak ada sebarang unsur hasutan atau galakan melakukan kerosakan.

"Sebelum ini kain rentang ucapan Happy Deepavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri tidak pernah menerima sebarang halangan, kenapa ketika Tahun Baru Cina halangan tersebut dikuatkuasakan?

"Sejak bilakah ketetapan dibuat agar parti-parti politik dilarang menggantung mana-mana kain rentang ucapan perayaan di Kulai dan siapakah yang mengarahkannya?

"MPKu sepatutnya bersikap adil dan tidak pilih kasih dalam perkara ini dengan menguatkuasakan sesuatu ketetapan hanya kepada PR tapi tidak untuk parti komponen BN," tegas Ahli Parlimen Kulai itu dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau lagi, PR Kulai juga akan mengadakan pertemuan secepat mungkin dengan pihak MPKu untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan tentang perkara ini.

Nie Ching yang juga Setiausaha Wanita DAP turut mempersoalkan penglibatan UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dalam Mesyuarat Ahli Majlis.

"Sekiranya ketetapan sedemikian dibuat dalam mesyuarat 'full board' MPKu, apakah pendirian MCA, MIC dan Gerakan dalam perkara ini?

"Perkara in bukan pertama kali terjadi. Bendera-bendera PAS telah dicabut oleh MPKu ketika mereka sedang mengadakan Muktamar Dewan Ulama Pusat di Palm Villa IOI, 17 September tahun lalu.

"Tapi kenapa bendera-bendera Gerakan yang telah mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kelapa sawit tidak ditanggalkan?" soalnya.

Terdahulu, pada 9 Februari lalu, PR Kulai telah menghantar surat kepada MPKu untuk membuat permohonan pemasangan kain rentang Tahun Baru Cina.

Namun, jawapan yang diterima pada 16 Februari amat mengejutkan apabila MPKu mendakwa bahawa pihaknya telah membuat ketetapan sebarang sepanduk ucapan Tahun Baru Cina 2015 melibatkan parti-parti politik adalah tidak dibenarkan dalam kawasan pentadbiran majlis. -Roketkini.com

‘Selamatkan Pakatan Rakyat’ antara slogan terbaru DAP

Posted: 18 Feb 2015 02:27 AM PST

kit siang

 Roketkini.com


GELANG PATAH: Usaha UMNO untuk menghidupkan agenda 'Kerajaan Perpaduan'(UG) bagi menghancurkan Pakatan Rakyat akan ditentang dengan agenda 'Selamatkan Pakatan Rakyat' oleh kempen 'SSS' DAP.

Menurut Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, UMNO sekarang sedang cuba menjalankan usaha 'Kerajaan Perpaduan' (UG) ekoran kematian Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz yang kuat menentang perpaduan antara PAS dan UMNO semasa hidupnya.

"Kerana (agenda UG) inilah yang membuatkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional tidak mahu bertanding di DUN Chempaka konon katanya mahu menghormati Nik Aziz. Mereka hanya akan bertanding di Permatang Pauh.

"Ini adalah satu peristiwa yang sangat pelik, bila UMNO tunjuk hormat mereka pada Nik Aziz, sedangkan selama 23 tahun pemerintahan PAS di Kelantan UMNO-BN mendiskriminasi Kerajaan Kelantan," kata Kit Siang.

Kit Siang dalam kenyataannya juga mengatakan jika benarlah UMNO mahu menghormati Nik Aziz, Perdana Menteri Najib Tun Razak harus segera pulangkan RM12 bilion royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Kelantan.

Tambahnya lagi, pemulangan itu akan meningkatkan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM7 ribu per kapita kepada 1.7 juta penduduk Kelantan.

"Pemulangan royalti itu lebih bermakna dari hanya tidak bertanding di DUN Chempaka," ujar Kit Siang.

Dalam pada itu, Kit Siang juga menjelaskan kempen terbaru DAP di bawah moto 'SSS' (Sokong, Simpati, Setiakawan) yang memberi tumpuan kepada tiga objektif, iaitu 'Selamatkan Anwar Ibrahim' yang dipenjarakan, 'Selamatkan Pakatan Rakyat' dan 'Selamatkan Malaysia dari jadi negara gagal'.

"DAP telah menyusun ratusan ceramah, kempen kesedaran dan acara sepanjang tiga tahun sebelum pilihanraya ke-14 menerusi moto 'SSS' ini, kita mahu 'Selamatkan Anwar', 'Selamatkan Pakatan Rakyat', 'Selamatkan Malaysia'," jelas Kit Siang lagi.

Sehubungan dengan usaha 'Selamatkan Pakatan Rakyat', Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengatakan ia adalah untuk mengekang agenda UG yang disifatkannya tidak jelas dan tidak ada makna apa-apa.

"Bagaimanapun saya tertarik dengan apa yang diinginkan oleh aktivis UG ini, sedangkan jelas dilihat dalam UMNO sendiri tidak ada perpaduan.

"Mahathir pun nak jatuhkan Najib, bahkan ramai lagi yang bercakap secara terbuka adakah Najib boleh bertahan lagi tahun ini sebagai Perdana Menteri,"

Justeru itu, Kit Siang mengingatkan semua parti gabungan Pakatan Rakyat untuk terus bersatu dengan berpandukan prinsip-prinsip yang dipegang bersama.

"Saya sendiri telah mencadangkan rancangan lapan tahun di mana DAP, PKR dan PAS harus 'kembali kepada asas' dan bersama teguh dalam komitmen terhadap dua prinsip tunjang yang menjadi rahsia kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013.

"Ia adalah patuh dan taat kepada Dasar Bersama PR yang mengandungi prinsip dipersetujui bersama gabungan, serta persetujuan bersama yang menegaskan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai badan tertinggi pembuat dasar Pakatan Rakyat," tegas Kit Siang.-Roketkini.com

Tindakan Anwar akan dirujuk kepada Peguam Negara - Shafee

Posted: 18 Feb 2015 02:25 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KELANA JAYA: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan merujuk kepada Peguam Negara tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina mahkamah pada prosiding rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.
 
Pada 'Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, di sini, malam tadi, katanya beliau akan mengutus surat mengenai perkara itu kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
 
Makluman itu, katanya, adalah bagi meneliti dan berbincang sama ada Ketua Umum PKR itu yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, wajar dikenakan tindakan atau tidak.
 
Beliau berkata, sebarang bentuk penghinaan terhadap institusi mahkamah tidak harus dianggap biasa kerana kesannya akan menyebabkan rakyat terkeliru selain mengundang persepsi salah dan negatif terhadap badan kehakiman.
 
"Kita akan lihat...saya akan berbincang nanti dengan Peguam Negara sama ada Anwar patut dikenakan tindakan atau tidak atas sebab menghina mahkamah," katanya yang bertindak sebagai Ketua Pendakwa Raya kes rayuan berkenaan.
 
Muhammad Shafee mengulas soalan dibangkitkan tetamu berhubung tindakan Anwar yang 'mengejutkan' mahkamah apabila mendakwa institusi itu sebagai 'rakan subahat' bagi menamatkan karier politik beliau.
 
Hadir sama pada program itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun serta beberapa EXCO pergerakan itu .
 
Dialog yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri kira-kira 500 tetamu, majoritinya adalah generasi muda.
 
Memulakan dialognya malam tadi, Muhammad Shafee menerangkan secara terperinci hampir 35 minit fakta kes liwat yang berlaku antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 

Palanivel akan panggil mesyuarat segera CWC 2009 selesai krisis MIC

Posted: 18 Feb 2015 02:22 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA :  Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel akan memanggil mesyuarat segera Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas di kalangan parti itu, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Beliau berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tinggi BN yang dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Palanivel dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.
 
Mesyuarat itu turut disertai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tengku Adnan berkata perjumpaan itu mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan.
 
"Antara keputusan perjumpaan itu ialah untuk mengguna pakai senarai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC tahun 2009 seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.
 
Kehadiran Palanivel dalam perjumpaan itu merupakan perkembangan terbaru dalam penyelesaian kemelut parti tersebut selepas beliau tidak hadir dalam perjumpaan dengan Najib serta Subramaniam Isnin lalu.
 
Menurut Tengku Adnan, pemilihan peringkat cawangan MIC akan diadakan pada bulan April ini manakala pemilihan Presiden MIC diadakan pada bulan Mei depan.
 
"Pemilihan peringkat Bahagian MIC diadakan pada bulan Jun 2015 manakala pemilihan sayap Wanita, sayap Pemuda, sayap Putera dan sayap Puteri MIC diadakan dalam tempoh dari April hingga Jun 2015," katanya.
 
Pemilihan jawatan Timbalan Presiden, anggota CWC dan Naib Presiden serta Mesyuarat Agung MIC diadakan dalam bulan Julai 2015, katanya.
 
Pada 9 Feb lalu, ROS memutuskan bahawa MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan daripada peringkat presiden hingga cawangan parti.
 
Antara arahan ROS ialah anggota CWC yang dipilih pada tahun 2009 akan memegang jawatan sebagai anggota CWC Sementara sehingga proses pemilihan semula selesai sepenuhnya.

Aliran trafik mula sesak di PLUS

Posted: 18 Feb 2015 02:20 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mula sesak setakat pukul 9 pagi hari ini berikutan kebanyakan warga kota mula pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok.
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya PLUS berkata di bahagian utara, trafik sesak dari Tanjung Malim menghala ke Gopeng, Perak, manakala di selatan, ia mula sesak dari Seremban menghala ke Skudai, Johor.
 
"Ia dijangka berterusan pada waktu tengah hari nanti hingga ke malam," katanya.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

Royalti... Apakah K'jaan Kelantan Sudah Tidak Berminat Menuntutnya Lagi?

Posted: 17 Feb 2015 09:25 PM PST

KELAB GREENBOC



 

Jika ikhlas sanjung Nik Aziz, pulangkan hak royalti minyak

Sekiranya benar Barisan Nasional (BN) ikhlas menyanjung bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Khamis lepas, parti itu seharusnya memulangkan hak royalti minyak kepada rakyat negeri itu, kata PAS.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan tindakan menunaikan hak yang dituntut rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak.

"Ketika Almarhum Nik Aziz menjadi menteri besar, antara perkara utama membabitkan hak rakyat yang diperjuangkan ialah royalti minyak."

Mahfuz berkata pujian dan sanjungan yang diberi Putrajaya terhadap ketokohan Nik Aziz haruslah selari dan disusuli tindakan memulangkan royalti minyak bagi membuktikan ia tidak hanya berpura-pura.

"Bahkan, terdapat ura-ura BN tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sebagai tanda hormat kepada Almarhum," katanya merujuk DUN yang diwakili Nik Aziz semasa hayatnya sejak 1990.

"Alangkah lebih baik sekiranya Najib menunaikan hak yang dituntut rakyat Kelantan iaitu royalti minyak," katanya.

Ini katanya susulan kegigihan Nik Aziz sendiri yang pada 30 Ogos 2010 hadir sendiri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh daripada perairan negeri itu.

"Justeru, saya berharap agar perasaan simpati dan sanjungan yang diberikan kepada Almarhum itu bukanlah sebuah kepura-puraan.

"Hasrat Almarhum perlulah diterjemahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui Petronas dengan berlaku jujur dan berani dalam melaksanakan janji yang termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974, iaitu membayar tuntutan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan," katanya.

Minggu lepas, lautan manusia memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mursyidul am PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru dan turut menghantarnya ke tanah perkuburan, serta ramai yang memuji ketokohan dan kehebatan beliau termasuk pemimpin BN. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas dari perspektif yang berbeza, iaitu dari sudut kemungkinan UMNO tidak meletakkan calon di DUN Cempaka. Petikan:


Jika benar UMNO BN tidak bertanding di DUN Cempaka, ia boleh ditafsir dari pelbagai sudut.

Ada yang berkata UMNO takut, UMNO pasti kalah, UMNO belum kukuh malah bertambah rapuh.

PAS pula melalui kenyataan Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan langkah UMNO itu sebagai satu penghormatan.

Soalnya betulkan ia satu penghormatan, atau ada maksud lain yang lebih tersirat dari yang tersurat?

Sebenarnya buat masa ini UMNO amat memerlukan sokongan PAS terutama di dalam isu Anwar Ibrahim yang telah dipenjara.

UMNO BN ini dibelasah habis-habisan dari dalam dan luar negara kerana banyak pihak percaya tindakan pemenjaraan Anwar adalah bermotifkan politik. Jika tidak masakan pendakwa kes tersebut, Mohd Shafee Abdullah masih terus menghentam Anwar di saat Anwar sudah tidak lagi dapat membela dirinya?

UMNO amat berharap PAS akan berlembut dan akan meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersamanya. Masa depan UMNO sudah gelap selepas dan ia hanya akan mampu bangun jika PAS menghulurkan tangan untuk menyelamatnya.

Pilihan yang ada ialah memberi laluan mudah untuk PAS menang di DUN Cempaka. Dengan harapan PAS akan rasa terhutang budi.

Tetapi apakah PAS mahu menggadai "body"nya nanti dengan budi yang kecil itu?

Rakyat Kelantan ada jawapannya, apakah royalti rakyat Kelantan yang dicuri selama ini nak didiamkan begitu saja?

Yang pelik, hal ini terpaksa disuarakan oleh Sdra Mahfuz Omar, ketua Penerangan PAS Pusat. Kerajaan PAS Kelantan semacam dah tak kisah sangat lagi hal royalti.... Ia hebat sewaktu Allahyarham TGNA sebagai Menteri besar dan Husam Musa masih sebagai exco, sekarang sudah sejuk. Rakyat Kelantan sendiri kini yang terpaksa berhempas pulas untuk menuntut kembali hak mereka...

Pahang dilupakan dalam bantuan pasca banjir, kata PAS

Posted: 17 Feb 2015 09:22 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



PAS Pahang kesal dengan keadaan penempatan terjejas banjir tidak dibaik pulih, seolah-olah kerajaan negeri bersikap lepas tangan sehingga peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih ketara di saat banjir atau selepasnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2015.PAS Pahang kesal dengan keadaan penempatan terjejas banjir tidak dibaik pulih, seolah-olah kerajaan negeri bersikap lepas tangan sehingga peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih ketara di saat banjir atau selepasnya. – Gambar fail The Malaysian Insider.


PAS Pahang melahirkan kekesalan berikutan sikap kerajaan negeri yang didakwanya langsung tiada sebarang perancangan bagi mengganti atau membaik-pulih rumah rakyat yang musnah dalam tragedi banjir hujung tahun lalu.

Keadaan ini amat berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan yang bertungkus lumus membina dan menyiapkan perumahan rakyat, kata Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bahkan, tidak kedengaran sebarang pelan baru bagi membaik pulih kerosakan yang ada, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Sepanjang lawatan pemimpin PAS Pahang ke setiap daerah yang dilanda banjir, kami mendapati berpuluh buah rumah yang musnah termasuk pondok pengajian dibiarkan begitu sahaja," kata Tuan Ibrahim.

 Katanya, dibandingkan dengan tragedi banjir pada 1970 dan 1971, kerajaan negeri menyediakan pelbagai program penempatan banjir selepas itu termasuk meletakkan sebahagian mereka di tanah rancangan Felda bagi menyelesaikan permasalahan penduduk di sepanjang Sungai Pahang.

"Namun kali ini, kerajaan negeri seolah-olah lepas tangan sehingga peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih ketara di saat banjir atau selepasnya.

"Fokus Barisan Nasional dan media nampaknya hanya di Kelantan, tapi negeri sendiri terus tidak diberi perhatian," kata Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS.

Di Kelantan, bantuan pasca banjir diuruskan Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir dipengerusikan bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ia termasuk sumbangan RM500 kepada mangsa banjir di pusat pemindahan, pembinaan rumah baru dengan sekurang-kurangnya tiga bilik dan usaha mengenal pasti rumah yang musnah sepenuhnya dan yang rosak tetapi masih boleh dibaiki.

Bulan lepas, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan memberi keutamaan membina rumah mangsa banjir yang  musnah dengan seberapa segera melibatkan kos antara RM40,000 hingga RM45,000 setiap satu.

Katanya, dalam bencana banjir terburuk selepas 1971 itu, sejumlah RM610 juta kerugian dicatat di Pahang berikutan kemusnahan harta benda, hasil pertanian dan infrastruktur dan RM348.5 juta kerugian dicatatkan daripada kerosakan infrastruktur melibatkan jalan raya, jambatan dan kemudahan awam.

Siti Nurhaliza terkejut disenarai wanita ke-3 terkaya, kata akhbar

Posted: 17 Feb 2015 09:16 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDEER


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kurang senang dengan berita yang mengatakan beliau wanita ke-3 terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50 juta yang kini menjadi viral di Internet. – Gambar Instagram Siti Nurhaliza, 18 Februari, 2015.Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kurang senang dengan berita yang mengatakan beliau wanita ke-3 terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50 juta yang kini menjadi viral di Internet. – Gambar Instagram Siti Nurhaliza, 


 Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dilaporkan terkejut mendapat tahu namanya disenaraikan sebuah portal berita baru-baru ini sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia, penilaian jumlah kekayaannya sebanyak RM50 juta seperti yang dilaporkan portal itu tidak begitu tepat dan beliau secara peribadi, kurang senang dengan berita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu.

"Saya ada membaca berita tersebut dan agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Apa yang boleh saya katakan saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan," katanya kepada akhbar itu.


Portal savemoney.my dalam laporannya mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dilaporkan menyenaraikan nama Siti Nurhaliza, 36, di kedudukan ketiga dengan anggaran aset kekayaan mencecah RM50 juta pada 2013. Kedudukan pertama dalam senarai portal itu ialah pewaris pengasas Genting Highlands, Puan Sri Lee Kim Hua dengan aset berjumlah RM21.32 bilion, disusuli pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh (RM875) juta.

Dua lagi personaliti wanita Malaysia yang turut disenaraikan ialah bekas Ratu Cantik Malaysia 1969, Pauline Chai dan juara skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Siti Nurhaliza, yang juga pengasas produk kecantikan jenama SimplySiti, menegaskan kepada Utusan Malaysia, beliau masih lagi bekerja keras dalam bidang seni selain memberi tumpuan serius terhadap cabang perniagaan lain.

"Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni dan perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan," beliau dipetik berkata.

Menurut akhbar itu, dengan lebih 200 anugerah dalam tangannya, Siti Nurhaliza antara penyanyi Melayu yang mencapai rekod cemerlang dalam industri hiburan sepanjang 20 tahun menceburi bidang seni itu.

KPDNKK Gempur Kilang Dan Pemborong

Posted: 17 Feb 2015 09:07 PM PST

RAKYAKNEWS


Hasan Malek


 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bertindak menggempur kilang atau syarikat pemborong yang enggan menurunkan harga barangan keluaran mereka susulan laporan pengguna atau peniaga kecil, menurut Sinar Harian hari ini.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, KPDNKK bagaimanapun akan menyiasat terlebih dahulu laporan tersebut sebelum mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Kita tak boleh suka-suka gempur (pengilang), kita perlu siasat dahulu," beliau dilaporkan berkata, mengulas desakan meminta Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap pembekal yang bukan sahaja enggan menurunkan harga barang malah menaikkan harganya.

Desakan itu dibuat bersama beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pasar raya Mydin dan My Hero, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, daripada 2,500 pembekal barangan kepada pasar raya Mydin, hanya tiga pembekal berjanji menurunkan harga barangan, selari dengan pengurangan kos susulan penurunan harga minyak.

Katanya, keengganan majoriti pembekal menurunkan harga barang dipercayai akibat kewujudan banyak kartel di peringkat pengeluar dan pengilang yang berpakat tidak menurunkan harga barang.

"(Ekonomi Malaysia) bukanlah ekonomi terbuka seperti yang anda fikir. Kalau terbuka dan kompetitif, semua orang akan berebut turunkan harga.

"Di peringkat peruncit memang kompetitif, setiap hari kami berlawan harga, tetapi di peringkat pengeluar tidak tahu macam mana," beliau dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Ameer berkata, pada satu mesyuarat antara pembekal dan peruncit dengan Hasan pada 10 Februari lalu, beliau mengemukakan surat yang diterimanya daripada 70 pembekal yang menaikkan harga barang walaupun selepas penurunan harga minyak.

Katanya, dalam mesyuarat itu, Hasan meminta pembekal mengurangkan harga barang namun sehingga hari ini, mereka tidak memberi sebarang jawapan.

Ameer berkata, pembekal memberi alasan harga barang tidak boleh dikurangkan walaupun selepas penurunan harga minyak kerana kos bahan api hanya meliputi 0.8% daripada kos keseluruhan operasi.

Beliau juga berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April merupakan antara punca pembekal enggan menurunkan harga.

"Kami hanya menerima surat daripada dua pembekal yang menyatakan selepas GST, harga mereka akan turun," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, walaupun harga minyak turun, trend sama tidak dapat dilihat dalam harga barang.

Bernama melaporkan, lebih 6,000 klinik di bawah Perdim menawarkan pengurangan caj bayaran sebanyak 10% berkuat kuasa semalam, dalam usaha membantu meringankan beban pengguna.

Yang Dipertua Perdim Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, pengurangan caj berkenaan melibatkan perkhidmatan seperti rawatan, perubatan dan konsultasi.

Geng reformasi 98 tunjuk solidariti

Posted: 17 Feb 2015 09:06 PM PST


Geng reformasi 98 tunjuk solidariti
 
 
IPOH - 11 orang individu yang dikenali sebagai Geng Reformasi 98 menghangatkan Dataran Stesen dalam Himpunan Solidariti dan Tayangan Video Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, malam tadi.
 
Di antara yang menghadirkan diri di himpunan berkenaan adalah bekas pemangku Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mohd Azman Marjohan, bekas Ketua PKR Cabang Larut Eddy Ridzuan Amirullah dan bekas Setiausaha PKR Perak Mohd Annuar Zakaria.
 
Difahamkan kedatangan mereka bertujuan berkongsi pengalaman masing-masing ketika era reformasi 98.
 
Kira-kira 70 orang hadir dalam himpunan yang diadakan itu.
 
Kebanyakan mereka yang hadir  mengenakan pakaian serba hitam tanda solidariti terhadap Anwar.

ABIM: Umno wujudkan perbicaraan luar mahkamah

Posted: 17 Feb 2015 08:52 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar tindakan Pemuda Umno yang ingin mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menjelaskan isu berkaitan kes Liwat II.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sepatutnya tidak melakukan perkara yang "sempit dan membahayakan masa depan negara".

Ini kerana, Amidi berkata, tindakan itu dilihat sebagai langkah perbicaraan di luar mahkamah yang akan "mengundang ulasan liar".

"Perbicaraan di luar mahkamah akan berlaku secara liar, tanpa etika dan keterlaluan.

"Mungkin akan berlaku tambahan-tambahan fakta secara semberono dan mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semasa berucap dalam forum bersama peguam kanan tersebut di Kelana Jaya pada malam tadi, Khairy berkata, Umno akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy berkata, selama ini, Umno hanya berdiam diri daripada tohmahan dan tuduhan yang diberikan berkaitan kes itu kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.

Selain itu, Amidi berkata lagi, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau perlu peka dengan perkembangan kelompok yang muak dan hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.

Malah, sebagai pemimpin muda, Amidi menasihatkan supaya Khairy lebih berpandangan jauh dan bertanggungjawab.

Justeru, katanya, tindakan Umno selama ini yang berdiam diri merupakan tindakan yang tepat kerana ia menjadi punca parti itu kekal memerintah negara.

"Tindakan ini sekali gus membuktikan bahawa jawapan balas pihak pendakwa yang menolak teori konspirasi politik, dan mahkamah telah pun menerima hujah pihak pendakwa dalam penghakimannya tidak mencukupi.

"Tindakan bersabar oleh pihak Umno adalah tindakan yang tepat. Ini kerana, tindakan itulah yang mengekalkan BN terus memerintah negara.

"Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara sistem perundangan negara seperti yang terpateri dalam ikrar Rukun Negara kita iaitu 'kedaulatan undang-undang'," katanya lagi.

Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri

Posted: 17 Feb 2015 08:48 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pada zamannya dan sebelum itu lagi, peguam yang dilantik sebagai pendakwa untuk Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak pernah "mengiklankan" diri di media.

Abu Talib berkata beliau sebaliknya melihat peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan perkara itu dengan memberikan wawancara kepada media selepas sabitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya, Shafee kelihatan pandai lakukan perkara itu -- "iklankan" dirinya (selepas menang)," katanya sambil ketawa.

Abu Talib (kanan) merujuk kepada wawancara Shafee dengan akhbar arus perdana New Straits Times dan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya Malaysiakini sama ada ia pernah berlaku sebelum ini, Abu Hasan menjawab tidak.

Beliau berkhidmat sebagai peguam negara daripada tahun 1980 hingga 1993.

Beliau juga dilantik menjadi pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tiga penggal.

"Pada masa saya, kami juga buat pendakwaan pada kes berprofil tinggi tetapi kami tidak pernah lantik orang di luar daripada AGC untuk membuat pendakwaan," katanya.

Beliau sendiri, kata Abu Hasan, terlibat dalam kes melibatkan bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris.

"Kami tak nampak keperluan lantik seseorang daripada luar," katanya lagi.

Suami isteri maut digilis lori tangki

Posted: 17 Feb 2015 08:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sepasang suami isteri maut digilis sebuah lori tangki apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel dengan kenderaan itu di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Shah Alam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.55 tengah hari, Mohd Razali Mohd Saad, 65, berasal dari Parit 1 Barat, Sungai Besar dekat Shah Alam, dan isterinya Jahrah Daud, 49, berasal dari Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor, disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad berkata pasangan suami isteri berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala ke Klang sebelum nahas itu.

"Kedua-dua mangsa dipercayai cuba memintas lori tangki itu namun tidak berjaya lalu bergesel dengan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di Shah Alam hari ini.

Katanya susulan itu, kedua-dua mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis lori berkenaan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang dekat sini untuk bedah siasat.

Mohd Taib berkata pemandu lori tangki itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sesat di Bukit Seremban 2 Height, di Seremban malam kelmarin ditemui dalam keadaan selamat, awal pagi semalam.

Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff berkata enam anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 malam.

Difahamkan, Lim Kim Cing, 63, tercicir di belakang sewaktu menuruni bukit tersebut bersama empat sahabatnya yang lain di kawasan itu.

"Menurut isteri mangsa, keadaan kakinya tidak begitu baik dan pergerakannya yang agak perlahan menyebabkan dia tercicir.

Anggota bomba menghadapi kesukaran untuk mencari mangsa ketika operasi dijalankan disebabkan keadaan hutan tebal dan gelap di bukit tersebut.

"Bagaimanapun, pihak kami berjaya menemui mangsa kira-kira tiga kilometre dari kaki bukit berkenaan pada pukul 2.30 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, Lim ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ahli keluarganya sejam kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu oleh seramai lima anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), katanya. - Bernama

Tok Guru sepanjang zaman

Posted: 17 Feb 2015 08:41 PM PST

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa


 
 
 
 
ULASAN Siapa yang sangka sosok tubuh kecil ini telah menempa nama sebagai pemimpin yang disayangi rakyat berbilang kaum.

Sepanjang karier politik beliau, kenyataannya sering menjadi bahan kontroversi mendapat reaksi dari musuh politiknya, malah jikalau tersiar namanya di dada akhbar atau di kaca TV, pasti ia bertujuan untuk mengeksploitasi dan bukan menceritakan yang sebenarnya.

Namun pada waktu pemergiannya, media perdana seolah mahu 'menebus' perbuatannya selama ini dengan menyiarkan berita pemergiannya sebagai pemimpin besar negara.

Malah Astro Awani membuat liputan dari awal berita kematian sehinggalah majlis penyempurnaan jenazah sehingga ke malam harinya.

Akhbar berbahasa Mandrin pula menyiarkan sepenuh muka surat tentang kehadiran berpuluh ribu rakyat menziarahi dan mengiringi jenazah. Terpampang tajuk besar berbahasa Mandarin "Tok Guru Sepanjang Zaman".

Mendapat Berita Sedih

Berita pemergian Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ke seluruh negara 10 atau 15 minit setelah allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada pukul 9.40 malam.

Saya berada dalam majlis forum anjuran MalaysiaKini sebagai salah seorang panelis membicarakan masa depan politik selepas Anwar dipenjarakan apabila Fathi Aris Omar selaku moderator mengumumkan kepada orang ramai berita mengejutkan ini.

Saya terus menghubungi anak Tok Guru, sahabat saya Ustaz Nik Omar untuk mendapat kepastian, lalu mendapat balasan whatsapp ringkas, "Tok Guru meninggal jam 9.40".

Saya sudah hilang fokus dan hanya tertumpu untuk ke Kota Bharu sejurus majlis walaupun saya terpaksa menyelesaikan dahulu baki masa berforum. Usai forum, malam itu juga saya bertolak ke Kota Bharu.

Bersama Tok Guru Semasa Pelajar

Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, saya hanya mampu menahan sebak kesedihan kerana beliau adalah pemimpin tertinggi parti saya.

Peranan kepimpinan Tok Guru kepada orang PAS bukan sahaja sebagai ketua tetapi sifat kebapaan beliau yang melihat kami dengan penuh kasih sayang dan senantiasa berjiwa besar.

Saya terkenangkan semua itu sehingga membawa saya kepada ingatan beberapa pertemuan saya dengan Tok Guru sepanjang karier saya dalam PAS. Pertemuan awal ialah semasa saya masih menuntut di Mesir sekitar awal 90-an.

Kali pertama saya diberi penghormatan bersama Tok Guru ialah ketika beliau berkunjung ke Mesir pada tahun 1991. Melalui Nik Omar anaknya, saya meminta jasa baiknya supaya ayahnya mentahnikkan anak sulung saya yang baru sahaja lahir ketika itu.

Saya bukan sahaja mendapat persetujuan bahawa Tok Guru akan mentahnik (sunnah membelah mulut bayi kecil) anak saya, malah beliau akan berkunjung ke rumah sewa saya pada pagi hari.

Saya dan isteri teruja kerana Tok Guru akan makan pagi di rumah kami. Pertemuan pagi itu dalam kedinginan cuaca musim sejuk Mesir bersama Tok Guru akan saya ingat selamanya.

Malah saya sering mengingatkan anak sulung saya Nidhal bin Mujahid bahawa betapa beruntungnya anak saya didoakan oleh tokoh hebat ini.

Bimbingan dan Nasihat

Tugas saya sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) membawa saya terjun dalam kancah kepelbagaian kaum dan agama di negara ini. Saya mendapat keyakinan dengan sokongan dan dorongan Tok Guru kepada usaha yang saya jalankan.

Sebahagian besar perasmian  besar-besaran Kelab Penyokong PAS yang kami usahakan akan disempurnakan oleh Tok Guru. Antaranya ialah di Kelantan sendiri, Selangor dan Johor.

Setiap kali kehadiran Tok Guru menyempurnakan pelancaran Kelab Penyokong PAS, masyarakat berbilang kaum khususnya kaum India akan memenuhi dewan. Mereka melihat Tok Guru sebagai idola mereka malah ada yang menganggap mereka adalah anak angkat Tok Guru sendiri.

Beliau sering mengingatkan saya bahawa, "Mujahid kena jaga mereka molek-molek, dakwah Rasullullah ialah kepada bukan Islam, kena ambil contoh lagumano Islam menyantuni mereka, ambo (saya) sendiri cubo di Kelantan untuk buktikan pada demo (bukan Islam) betapa chomenyo (cantiknya) Islam".

Kemuncak kehadiran Tok Guru ialah pelancaran Kelab Penyokong PAS Nasional di Kelang pada tahun 2009 dengan kehadiran perwakilan seluruh negara lebih kurang dalam 1,000 orang ahli yang berdaftar termasuk Sabah dan Sarawak. Tok Guru begitu gembira dengan pencapaian PAS di kalangan bukan Islam pada hari tersebut kerana mereka sudah boleh menerima perjuangan PAS.

Menyokong DHPP


Saya sering juga mengadu keoada Tok Guru dalam pertemuan-pertemuan saya tentang betapa Kelab Penyokong PAS perlu dinaik taraf kepada Dewan untuk mereka menjalankan aktiviti mereka yang diiktiraf oleh perlembagaan parti.

Beliau, selain almarhum Ustaz Hasan Syukri dan Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, selaku Presiden amat prihatin untuk meletakkan bukan Islam dalam bentuk sebuah sayap yang diiktiraf oleh parti berbanding Kelab Penyokong PAS yang hanya bernaung di bawah Lujnah Perpaduan Nasional.

Semasa saya mengiringi beliau dalam pengisytiharaan pilihan raya Permatang Pauh 2009, beliau menggesa pada saya supaya perkara ini disegerakan dengan melihat peruntukan perlembagaan dan memberi ruang yang lebih besar kepada ahli Kelab Penyokong PAS menyertai organisasi induk parti.

Semangat itu yang saya dan rakan-rakan bawa dalam usaha meningkatkan tahap keterlibatan bukan Islam dalam PAS dengan mencadangkan sayap baru yang kemudiannya dinamakan sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS atau ringkasnya DHPP.

Alhamdulillah berkat nasihat dan bimbingan Tok Guru, kini DHPP adalah sayap penting parti dengan keanggotaan hampir 20,000 ahli seluruh negara.

Mendamai Saat Tegang

Pada saat segelintir rakyat Malaysia memilih jalan kebencian dan permusuhan dalam isu kalimah "Allah", Tok Guru menghulurkan kedamaian dengan berdialog dan hormat menghormati. Malah saya dihubungi oleh pegawai Tok Guru untuk mendapat beberapa maklum balas tentang isu ini kerana Tok Guru mahukan input daripada saya.

Tok Guru adalah antara penyokong tegar dialog silang agama dan kerana itu apabila satu pertemuan diaturkan oleh Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan Uskop Katolik Wilayah Utara Bishop Sebastian di Pulau Pinang, Tok Guru tidak teragak-agak menerima temujanji ini.

Di bilik suite Vistana Hotel Bukit Jambul menjadi saksi pertemuan bersejarah antara Mursyidul Am PAS dan Uskop Katolik mementeraikan harapan untuk kedamaian pada masa hubungan tegang kalimah "Allah" mewarnai hubungan antara agama di Malaysia.

Jadual Tok Guru pada hari itu begitu ketat dan semasa pertemuan di petang hari itu, beliau hanya menyatakan betapa beliau berasa terlalu letih namun bersemangat untuk menyatakan kata-kata kedamaian kepada Bishop Sebastian.

Saya yang berada rapat di sisi Tok Guru masih ingat kata Bishop Sebastian, bahawa Malaysia masih memerlukan kepimpinan Tok Guru yang membekalkan kekuatan spiritual bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam.

Tok Guru tersenyum sambil menyatakan itulah yang beliau harapkan supaya kita hidup berdamai antara sesama kita. Majlis berakhir dengan pemberian kek sempena ulang tahun kehadiran Tok Guru yang kemudian kami namakan sebagai kek kedamaian. Jiwa Tok Guru sentiasa terbuka kepada kedamaian antara agama.

Perbualan Tertutup

Buku saya Menuju PAS Baru mendapat kritikan antara pujian dan kejian. Tok Guru mengikuti perkembangan dan sebagai ayah tidak mahu mengambil sikap sehingga mendengar penjelasan daripada saya. Beliau begitu berhati-hati dan teliti supaya sikapnya tidak dieksploitasi oleh pihak yang memangnya mahu kalau boleh buku saya itu diharamkan daripada dibaca oleh ahli PAS.

Saya berkesempatan menemui Tok Guru untuk menjelaskan dan menghadiahkan senaskhah buku saya itu.

Di akhir perbualan tertutup ini, beliau hanya menasihati supaya diadakan diskusi buku ini dan diberi ruang untuk mendengar ide yang ada dalam buku Menuju PAS Baru. Alhamdulillah atas nasihat mulia ini, Pemuda PAS Kelantan menjayakan diskusi buku saya dengan ahli panel Ustaz Riduan Mohd Nor di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu.

Pertemuan selanjutnya ialah untuk saya hadiahkan sequel Menuju PAS Baru iaitu Rejuvenasi PAS kepada beliau. Saya menerangkan tajuk-tajuk dimuatkan dalam buku ini sambil berbincang tentang "kepimpinan ulama".

Saya membawa ide kepimpinan yang lebih mencakupi kepimpinan Islam dengan melihat kepada konsep Al Qawwi dan Al Amin (berkelayakan dan amanah). Tok Guru sedia mendengar pandangan dengan sikap terbuka apabila ada hujah dan beralaskan dalil Al Quran dan Sunnah.

Malah beliau bersetuju asas kepimpinan mestilah mengikut prinsip Al Quran. Namun beliau juga cuba membayangkan kepada saya bahawa betapa sukarnya sesuatu untuk mengubah paradigma sebahagian orang PAS. Wajahnya sesekali membayangkan sesuatu yang serius dan mendalam apabila kami berbincang soal ini.

Buku Berdialog Dengan Gereja

Buku saya ini mendapat penghormatan apabila Tok Guru sudi menulis kata pengantar bersama Bishop Sebastian. Saya sendiri menyerahkan buku ini kepada beliau di rumahnya ketika itu.  Saya menunjukkan kepadanya gambar-gambar dalam buku saya itu semasa kunjungan Uskop Wilayah Utara di Pulau Pinang tempoh hari bertemu dengan beliau.

Saya turut memuatkan cerita pertemuan itu dalam buku saya sambil saya merakamkan penghargaan bahawa semangat Tok Guru yang mempercayai dialog silang agama sebagai jalan kedamaian membawa saya ke seluruh negara membawa mesej ini.

Pertemuan yang sepatutnya hanya beberapa minit itu menjadi sejam kerana minatnya Tok Guru kepada tajuk ini walaupun beliau terpaksa membawa kantung plastik kerana kanser prostat yang dialami.

Nik Omar yang mengaturkan pertemuan berbisik kepada saya, "Selalunya ayah tidak lama berjumpa dengan tetamu, dengan anta (awak) nampak dia lama sikit". Kebetulan Tok Guru menunjukkan pada saya skrip biografi tentang dirinya yang sedang disiapkan oleh seorang penulis. Beliau nampaknya begitu bersemangat pada pertemuan hari itu, mungkin sebab itu pertemuan saya lama sedikit berbanding tetamu yang lain.

Bergegas Balik dari Turki

Kali terakhir pertemuan saya denga Tok Guru ialah bulan Januari di HUSM. Saya bergegas balik dari Turki setelah mendapat perkhabaran Tok Guru dimasukkan ke bilik rawatan rapi kerana tahap kesihatan yang dialami turun mendadak.

Sejurus tiba di KLIA, saya meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dan ke terus hospital namun hanya dapat menjenguk dari pintu cermin. Esok paginya saya diberi izin masuk oleh pakar yang merawat sambil saya mencium tangan dan dahi Tok Guru.

Beliau sedar sambil tersenyum dan bertanya khabar dalam nada yang sangat lemah. Saya menyampaikan salam beberapa sahabat dari Tuki dan juga Tuan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin yang bersama kami di Turki untuk mengikuti sebuah konferens.

Saya juga membawa amanah dari pengusaha permaidani di Bazar Istanbul yang mengirimkan kepada saya rehal hiasan batu marmar untuk dihadiahkan kepada Tok Guru kerana beliau amat menghormati dan menyayangi Tok Guru.

Saya juga membawa buku terkini saya berjudul Malaysia Pasca Rasisme yang mana beliau turut menulis kata pengantar untuk dihadiahkan kepadanya. Saya hanya mampu menyerahkan kepada anaknya Nik Adli dengan harapan apabila Tok Guru sihat nanti dapatlah beliau membacanya.

Berakhir Dengan Permulaan

Saya menyaksikan pemergian dua tokoh yang saya kagumi dalam PAS selain ayahanda saya, Haji Yusof Rawa iaitu allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiap kali saya terkenangkan mereka, saya menanam azam untuk meneruskan apa yang telah mereka mulakan.

Perjalanan jauh yang mereka tempuh janganlah disia-siakan dengan sekadar bersedih, limpahkanlah kasih mereka dengan terus beristiqamah. Anggaplah mereka berakhir dengan sebuah permulaan yang akan digalas oleh kita yang masih hidup.

Buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekalung Al Fatihah, pastinya pemergianmu tidak akan disia-disiakan dan nasihat mu akan sentiasa bergelora menjadi azimat buatku.

Allahumma Arhamhu Rahmatan Wasi'ah...Amin Ya Rabbal Alamin...

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS dan AJK PAS Pusat serta Ahli Parlime Parit Buntar.
 

Bayar bekas pengarah Apco? PMO kunci mulut

Posted: 17 Feb 2015 08:37 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini berdiam diri ke atas dakwaan bahawa ia membayar "jutaan" ringgit kepada kontraktor swasta untuk menguruskan perhubungan awamnya.

PMO juga tidak menjawab dakwaan bahawa kontraktor, Paul Stadlen, sebelum ini bertugas dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai 2009 hingga 4 Jun 2010.

Kontrak itu juga dilaporkan disambung semula pada 2010 walau menerima kritikan meluas.

Stadlen dan Pasukan Komunikasi Kebangsaan PMO tidak mengulas mengenai emel, panggilan telefon dan juga kiriman teks daripada Malaysiakini berhubung dakwaan itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini mendakwa, firma Stadlen diupah oleh PMO dengan bayaran sekurang-kurangnya RM3 juta setahun dan khidmatnya turut digunakan untuk projek berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang bernilai RM1.5 juta.

Menurut laporan itu, Stadlen bertanggungjawab ke atas kenyataan tangkas PMO berhubung sabitan kes Liwat II pada 10 Februrari.

Stadlen juga dilaporkan bertanggungjawab ke atas kenyataan pada New York Times bahawa keluarga perdana menteri biasa hidup mewah, dan mewarisi kekayaan itu daripada keluarga.

Malaysiakini telahpun meminta PMO dan Stadlen mengesahkan dakwaan ini, dan menjelaskan peranan Stadlen dalam pasukan komunikasi itu.

Laporan The Wall Street Journal menyebut, Stadlen menganggotai pasukan komunikasi tersebut sejak 2013.

Stadlen menandatangani perjanjian dengan Malaysia pada 2009 bagi pihak Apco dan Mind Team Sdn Bhd. Beliau pada waktu itu merupakan pengarah urusan Apco Malaysia.

Mulut Shafee buatkan Anwar terasa dekat

Posted: 17 Feb 2015 08:35 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Dalam Wag the Dog yang dibintangi oleh Dustin Hoffman and Robert De Niro, seorang pakar putar belit dan penerbit Hollywood bekerjasama mencipta perang olok-olok untuk menutup skandal seks melibatkan presiden sejurus sebelum pilihan raya.

Produser itu, yang kemudian mahukan penghargaan atas kerja-kerjanya itu dibunuh pagi memastikan mulutnya terus terkunci rapat. Alasan rasmi untuk kematian itu – serangan jantung.

Memang terdapat orang yang mengalami masalah sebegitu, yang disebut pepatah Melayu sebagai rumah siap pahat berbunyi.

Selepas menyelesaikan tugas besar, golongan seperti ini tidak dapat keluar daripada perhatian ramai, dalam diam. Perasaan mereka meluap-luap untuk terus diperhatikan.

Kelihatannya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghadapi masalah itu, terutamanya selepas berjaya memastikan kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Seorang peguam terkemuka berkata, "Kes Anwar ini seperti seorang bayi, dia tidak boleh berhenti bercakap tentang perkara itu. Mungkin ini simptom penarikan."

Bagaimanapun, telatah Shafee membuatkan banyak pihak tidak senang. Pengamal undang-undang lain turut terkejut.

Wawancaranya dengan media memberikan gambaran negatif yang mengundang luahan pendapat bekas Peguam Negara Abu Talib Othman.

Shafee mewujudkan tanggapan bahawa benar-benar terdapat rancangan politik untuk menyumbat Anwar ke penjara.

Dalam forum malam tadi, Shafee membuatkan orang ramai berasa malu mendengar kisah-kisah sensasi perhubungan Anwar dan pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menceritakan tentang keterangan dalam mahkamah tertutup, peguam Umno itu tidak membenarkan langsung ruang untuk imaginasi. Semuanya diceritakan kembali dengan terus-terang.

Dalam kes liwat pertamanya, konspirasi atau tidak, hakikatnya Anwar, banyak mengecewakan lawan. Beliau sekali gus memastikan kelangsungan masa depan politiknya.

Kini beliau kembali merengkok di penjara Sungai Buloh, musuhnya berharap beliau akan dilupakan – jauh dari mata, jauh dari ingatan.

Tiada ulasan: