Rabu, 18 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jangan serah tengkuk untuk dipancung! - Khalid Samad

Posted: 18 Feb 2015 04:57 AM PST

 Semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno pada 29 Nov 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  Kuala Lumpur, Tan Seri Muhyiddi Yassin Timbalan presiden Umno itu menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi. Baca lagi di sini.

 Tanpa menyebut nama mana-mana pemimpin, YB Khalid Samad menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya jangan ada yg nak menyokong strategi Umno/BN itu kerana ianya adalah umpama menyerahkan tengkuk untuk dipancung!

Ikuti seterusnya pendedahan Khalid Samad mengenai strategi Umno/BN untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan Umno/ BN :

0:27~ Selain daripada tindakan keatas DS Ibrahim, senjata kedua yg akan digunakan oleh Umno/BN ialah persempadanan baru.

0:43~ Kalau sekiranya persempadanan yg lama kekal, maka yg 2% itu insya'Allah akan menyebabkan Umno/BN kalah dan kehilangan Putra Jaya!

1:04~ Ucapan TS Muhyuddin, yg kata 2% itu adalah berasaskan persempadanan yg sedia ada itu.

1:13~ Maka langkah yg pertama, ialah untuk menahan DS Anwar Ibrahim untuk survival Umno/BN, langkah yg kedua ialah untuk membuat persempadanan yg baru.

1:32~ Saya menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk menolak apa jua cadangan persempadanan baru yg ingin dilakukan oleh Umno/BN yg kini tindakan untuk menyelamatkan Umno/BN. Jangan kita nak untung secupak, rugi segantang!

2:05~ Umno/BN akan bertindak untuk mendapatkan sokongan PAS dalam persoalan persempadanan baru ini dengan menjanjikan kepada PAS dengan menjanjikan kepada PAS kawasan2 yg baru yg akanl dimenangi oleh PAS . Bagi tiap satu yg dimenangi oleh PAS, akan ada satu atau dua yg akan di menangi oleh Umno / BN. 

2:45~ Maka jgn kita untung secupak, rugi segantang! Mungkin kita dapat 5, 6 kerusi parlimen, yg baru bagi PAS, tetapi Umno akan tambah dengan kerusi yg jauh lebih banyak dari itu.

3:08~ Maka jgn kita buta terhadap mainan politik Umno / BN. Kita akui, persempadanan yg sedia ada ini tidak adil, dan tidak betul, Ianya memang , sememangnya perlu diperbetulkan.

3:31~ Tetapi yg ada yg tak betul sekarang ini adalah kerana Umno/BN dan tak mungkin orang yg merosakan persempadanan ini akan membetulkannya dgn cara yg sepatutnya.

3:52~ Dalam ertikata yg lain, dulu dia yg susun persempadanan dgn cara yg tak adil untuk memenangkanpihak Umno/BN yg sedia ada ini.Dia yg susun!

4:05~ Yang adanya Bandar, Kawasan yang pengundinya 100 ribu lebih. Adanya yg kawasan yg pengundinya 14 ribu, dan sebagainya. Dia yg susun!

4:18~ Tak mungkin yg merosakan, akan membetulkan kerana sifat yg sama tetap kekal bersama mereka; iaitu mereka akan lakukan persempadanan itu, untuk menguntungkan mereka tanpa mengambil kira peraturan-peraturan dan pertimbangan-pertimbangan yg wajar dan adil.

4: 47~ Biarlah persempadan baru dilakukan bila Pakatan Rakyat ambil aleh. Ini seruan saya kepada pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat, untuk kita member sokongan kepada usaha persempadanan baru Umno/BN, adalah bagai kita menghulur tengkuk kita untuk dipancung oleh musuh dan lawan kita.

5:27~ Biarlah ianya dilakukan bila Pakatan Rakyat mengambil aleh, yg mana kita akan lakukan dgn cara yg adil dan telus. Itu mesej saya kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

5:51~ Dia punya strategi Umno untuk survive, tiga saja strategi utama – yg pertama , tangkap Anwar untuk nak kecuhkan Pakatan Rakyat, kedua, persempadanan baru dan ketiga – pelawa PAS untuk bersama atau pun keluar dari Pakatan Rakyat. Itu sahaja strategi dia! Kita kena faham mainan lawan dan juga musuh.




Maka amat malang sekali sekiranya Presiden PAS, Hj Hadi masih mahu terus menyokong pindaan persempadanan semula yang mengikut katanya akan mampu menambahkan jumlah kerusi PAS?? Kekeliruan Hj Hadi dalam perkara ini adalah amat dikesalkan. 

PAS perlu teruskan amanat TGNA jika mahu terus maju

Posted: 17 Feb 2015 08:00 PM PST

Ketika membaca tulisan MSO  di sini pagi tadi, nostalgia kepada Ust Ahmad Awang menerpa secara tiba-tiba. Apakah kita sudah lupa kepada sosok yang sehebat ini?

 Ust Ahmad Awang punyai pengalaman dan penglibatan lama beliau dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan juga pengalaman dalam parti yang luas sebagai Ketua Penerangan dan Naib Presiden.Beliau mempunyai pegangan dan pandangan politik yang dinamik dan profesional. Beliau juga pernah menjadi ahli MSU , tulis MSO lagi.

 Tapi saya kurang bersetuju saranan MSO supaya Ahmad Awang dilantik menjadi Mursyidul Am.Mursyidul 'Am adalah 'jawatan lantikan'.

 Saya lebih suka sekiranya Ahmad Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.Hanya dengan ketokohan beliau dan pengalaman yang begitu luas dapat menyaingi Hj Hadi. Apa kata kita lihat sejauh mana orang PAS mampu menilai ketokohan sebenar dua sosok ini untus meneruskan kelangsungan PAS dipersada politik tanah air.

PAS perlu teruskan amanat almarhum TGNA

 Setelah sekian tahun, kita telah melihat dan mengalami sendiri sejauh mana kemampuan Hj Hadi sebagai Presiden.

Pertama yang perlu kita tegaskan di sini ialah, kalau kita benar-benar merupakan penentang-penentang Umno yang tegar kita tidak akan berkompromi dengan mereka.

 Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melarang segala kerjasama dengan Umno sehinggalah ke akhir hayatnya. Kita harus ingat dan menjadikannya sebagai azimat panduan perjuangan PAS. 

  Almarhum telah mendedahkan kepada kita anai-anai yang bersarang dalam PAS dan semakin merosakan perjuangan PAS.Antara pendedahan almarhum ialah melalui pernyataan tegasnya yang membidas Mustafa Ali dengan katanya :
 " Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno."
 TGNA juga pernah menggesa supaya tiga pemimpin PAS - Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustafa Ali supaya di pecat. 

 Kini kita sudah nampak jelas apa yang telah terjadi dan mengenali sikap sebenar Hasan Ali dan Nasarudin. Tetapi Mustafa Ali masih mampu bertahan hingga kini sebab Mustafa Ali pandai berpura-pura. Tambahan pula Haji Hadi terus mempertahankannya. Sebenarnya Haji Hadi dan Mustafa Ali adalah abang adik kembar yang perlu disingkirkan!

 Pendedahan Nasarudin Mat Isa, bahawa negotasi antara beliau dengan pemimpin Umno bukanlah atas urusan peribadi, tetapi ia dibuat atas arahan dan keputusan MSU. 

 Menurutnya, keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama' Pusat yang bersidang pada 24 April 2008 (tanpa pengetahuan almarhum TGNA) telah memutuskan supaya PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, yang ketika itu adalah dia sendiri dan SETIAUSAHA AGONG, untuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan tertinggi Umno ketika itu. 

 Itu sebabnya almarhum tersangat murka apabila Abdullah Ahmad Badawi sendiri mendedahkan perjumpaan tersebut yg sebelumnya Hj hadi cuba menafikannya.

 Lantaran itu, pada 21 Okt.2009 lalu, almarhum TGNA telah menyarankan supaya diadakan Muktamar Khas dan turut menyatakan : 

Demi "tajdid" kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.... (Sila rujuk kenyataan almarhum di sini )

 Namun, hajat almarhum tidak kesampaian.Kemelut yang cuba disusup kini semakin parah tanpa kesudahan.Muktamar yang akan datang nanti, harap-harap para perwakilan dapat menunaikan hajat almarhum yang terbantut sewaktu hayatnya itu. Sila ambil pendirian yang tegas dan selesaikan kemelut kepimpinan ini secara tuntas.

Kalau tidak maju, itu tandanya merosot.

 Apakah PAS semakin maju dibawah kepimpinan Hj Hadi sebagai presiden? Kenapa PAS semakin berserabut dengan pelbagai kemelut.Kalian boleh buat penilaian sendiri.

 Kalau PAS masih mahu Hj Hadi terus dikekalkan sebagai Presiden, kelangsungan Pakatan Rakyat akan terus tergugat. Kita perlukan seorang yang tegas dan berani. Sifat itu ada pada manusia yang bernama Ust Ahmad Awang!

 Pendirian Ustaz Ahmad Awang sangat jelas. Beliaulah orang yang mempertahankan Pakatan Rakyat di Perak ketika menang PRU 2008 dahulu. 

Beliau telah menolak pujukan untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno. 

Pada Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam pada 2009, beliau telah mendedahkan bahawa pujukan itu bukan sahaja dari Mufti Harusani, malah dari pucuk pimpinan tertinggi dalam PAS sendiri. 

 Beliau telah mendedahkan tentang adanya fraksi Umno dalam PAS dengan kenyataan berikut : 
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO.
Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. 
Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan." 
 Beliau tanpa mendedahkan nama pemimpin tersebut. Tetapi, hari ini nama pemimpin yang berkhianat itu sudah terdedah kepada kita semua. Ia bukan rahsia lagi. 

 Bangkai gajah mana bisa ditutup dengan daun lalang sehelai. Busuknya telah melata menusuk hidung! Jangan biarkan bangkai itu terus mereput dalam PAS. Dalam politik, kalau kita tidak maju, maknanya kita semakin mundur!

Anwar merealisasikan erti sebenar sebuah perjuangan untuk rakyat

Posted: 17 Feb 2015 06:30 PM PST

Al Hurriyah wal 'Adalah

 Tindakan TSKI menyaman PKR berkaitan isu pemecatannya dari parti yang didakwa tanpa mengikut proses yang betul tidaklah menarik perhatian saya. 

 Semua tahu saya penyokong kuat TSKI dan Cabang Pontian adalah satu2 cabang yang membuat perisytiharan terbuka dihadapan TSKI sendiri di Batu Pahat. Saya mula berpaling apabila TSKI kelihatan 'menentang' Wan Azizah dari menjadi Menteri Besar Selangor.

 Hari ini, Anwar sudah seminggu duduk di dalam penjara. Ia dipenjara kerana rakyat, saya ulangi, kerana rakyat!. 

Saya sebut itu kerana bagi saya sesiapa yang masih mempercayai beliau dipenjara kerana isu liwat adalah orang yang benar2 keliru dalam perjuangan ini atau seorang yang tidak sepatutnya berada dalam lingkungan Pakatan Rakyat. 

Orang begini bebas menjadi sesiapa saja tetapi jangan sebut perjuangan mereka adalah perjuangan rakyat. DSAI telah pun dipenjarakan!

 Kendatipun, masih jua kita terdengar suara- suara pelik yang meminta pemilihan PKR 2014 yang lalu diperbetulkan. Anwar sudah pun dipenjarakan! 

Kamu lihat, kamu dengar dan kamu tahu bukan? Subhanallah! Anwar tidak hidup untuk Azmin, dan Anwar tidak dilahirkan untuk Khalid. Anwar tidak membawa Azizah dan anak2nya bersuaka ke luar negara. Tidak!. Anwar tidak lari keluar negara untuk bebas dari penjara. 

 Anwar mahu tunjukkan kepada kita semua, kepada Khalid, kepada Azmin, kepada Chegu Bard, kepada Rafizi dan Saifudin, kepada ahli2 PKR, kepada ahli2 Pas dan Dap, bahawa itu semua bukan tujuan hidup dan perjuangan ini.

Perjuangan ini bukan untuk parti Keadilan semata2, bukan untuk parti Pas sahaja atau Dap atau Pakatan Rakyat. Perjuangan ini bukan untuk menjadi Yb atau Presiden atau siapa-siapa, bahkan mungkin hanya menjadi banduan seumur hidup!

 Maka, saya berseru kepada kekuatan TSKI dan para penyokongnya. Kepada kekuatan Azmin dan kartelnya.. kepada ahli2 PKR, kepada pimpinan Pas dan ahlinya.. juga Dap dan sekelian orang2 Cina serta kaum India..

 'Asas perjuangan ini adalah kemenangan rakyat!' Tidak perlu ada cita-cita selain dari kemenangan rakyat. Tolonglah gembelengkan tenaga rakyat seluruhnya untuk sebuah kemenangan! Kita mampu lakukannya! Demi Pembebasan dan Keadilan! Al Hurriyah wal 'Adalah..! Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahu akbar!! Walillahilhamd! ~ Kiyai Reformis 

Tiada ulasan: