Selasa, 17 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nurul Nuha...Selamat Datang Ke Permatang Pauh

Posted: 17 Feb 2015 05:07 AM PST


Oleh: ROZAID A. RAHMAN


 



Nurul Nuha ditemani kakaknya, Nurul Izzah pada sidang media di kediaman keluarga mereka di Bukit Segambut, Rabu.


PERMATANG PAUH sudah sinonim dengan nama Anwar Ibrahim serta keluarganya. Dan nampaknya legasi itu akan diteruskan oleh anak perempuan keduanya, Nurul Nuha.

Platform serta prasarana politik sudahpun disediakan untuknya. Hanya menunggu tuan yang punya badan untuk menyatakan 'Ya'.

Khabarnya, di Permatang Pauh jentera PKR sudah bersiap sedia untuk menerima kedatangan Nurul Nuha dengan tangan yang terbuka.

Adalah difahamkan yang mereka akan mengemukakan usul segera kepada Biro Politik PKR supaya Nurul Nuha dipilih sebagai ganti Anwar.



Ia adalah pilihan yang natural kerana siapa lagi yang dilihat layak meneruskan legasi keluarga itu di Permatang Pauh kalau bukan Nuha. Anak lelaki Anwar, Ihsan tidak berminat langsung dengan dunia politik.

Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi boleh mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Anwar kerana penalti yang dikenakan ke atasnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2008.

Azizah dikenakan penalti itu kerana meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen tanpa sebab yang munasabah. Beliau melepaskannya bagi membolehkan Anwar kembali sebagai wakil rakyat.
Memang Azizah bebas untuk melepaskan kerusinya itu tapi dia harus menanggung risiko iaitu tidak boleh kembali semula sebagai seorang ahli parlimen.

Sebenarnya ikon Permatang Pauh selain Azizah dan Anwar ialah Nurul Izzah. Kelibatnya dirindui oleh orang Permatang Pauh. Orang Permatang Pauh mengenali dirinya sejak dia masih anak kecil lagi. Mereka berduyun-duyun bertandang ke Kuala Lumpur menaiki bas yang ditempah khas untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinannya dahulu di Bukit Damansara.

Dia adalah tokoh yang paling sesuai untuk mengambil alih tempat Anwar di Permatang Pauh.

Malangnya, Nurul Izzah juga tidak layak bertanding di situ kerana dia sudahpun menjadi ahli Dewan Rakyat mewakili Lembah Pantai. Dia hanya boleh sekali lagi menjadi wakil rakyat mewakili kerusi dewan undangan negeri sahaja bukan parlimen.

GENDANG DIPALU

Jadi nampaknya Nurul Nuha tidak mempunyai pilihan melainkan turun ke Permatang Pauh sebagai calon PKR bertanding dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan sebaik sahaja SPR menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat memaklumkan tentang status kerusi parlimen kawasan tersebut nanti.

Sebagai permulaan, momentum untuknya bergerak atas nama 'ahli politik' sepenuh masa dan yang terbaru dari kalangan keluarganya sudah pun dipalu.

Pada Rabu, Nurul Nuha, 31, dilantik secara rasmi sebagai ikon 'Gerakan Membebaskan Anwar'. Dia menerimanya dengan tangan yang terbuka dan titisan air mata.

Mereka yang dibelakang gerakan tersebut mengetahui dan memahami bahawa gerakan itu hanyalah gimik politik. Tetapi itu sudah memadai untuk mencetuskan pentas yang diperlukan oleh Nurul Nuha.

Ia adalah tiket untuk Nuha bergerak ke seluruh negara untuk terus menghidupkan legasi politik yang ditinggalkan oleh bapanya dan juga langkah pertama ke alam sepenuh masa sebagai seorang politikus. Lagi pun Nuha tidak dibebankan dengan kerja sepenuh masa melainkan melakukan kerja-kerja dari rumah sebagai seorang pereka grafik 3-D.

SEJARAH PANJANG

 

Selama 33 tahun Anwar mendominasi Permatang Pauh sebagai tokoh politik yang tiada tandingan iaitu sejak mereka pertama kali memenangi kerusi tersebut pada tahun 1982 kemudian diikuti pada 1986, 1990, 1995, 2008 (pilihan raya kecil) dan 2013.

Antara tahun 1999 sehingga 2008 kerusi tersebut diwakili oleh Wan Azizah.

Sepanjang tempoh gandingan mantap suami-isteri ini mewakili kawasan parlimen berkenaan, hanya sekali mereka hampir-hampir tewas atau menang dengan majoriti yang sangat tipis iaitu 590 undi sahaja pada tahun 2004 apabila Wan Azizah ditentang oleh bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail.

Pada 31 Julai 2008, Wan Azizah telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar kembali mewakili kawasan tersebut semula dan juga untuk kembali sebagai ketua pembangkang di parlimen.

Anwar yang kembali untuk kali kedua di Permatang Pauh selepas kes sodomi pertamanya selesai berjaya meraih 15,671 undi majoriti mengalahkan bekas ketua pemuda Umno Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah pada 2008. Arif pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Anwar ketika Anwar menerajui Umno bahagian tersebut.

Kemudian pada pilihan raya umum 2013, Anwar ditentang oleh bekas ketua pemuda Pas negeri, Dr Mazlan Ismail dan majoritinya berjaya dikurangkan kepada 11,721 undi sahaja.

CALON

Jika ditakdirkan Nuha diletakkan sebagai calon PKR di Permatang Pauh, Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) di situ perlu memikirkan siapakah calon yang paling sesuai. Jika mereka memilih calon tempatan, orang itu mestilah anak tempatan yang dihormati dan tidak pernah tercemar oleh apa jua bebanan politik dan peribadi.


Nurul Nuha berucap ketika membantu kempen pilihan raya mendiang Karpal Singh pada 2008.

Jika calon itu calon tempatan yang sesuai, Umno dan BN punya peluang yang sama cerah dengan Nuha kerana calon mereka adalah anak tempatan. Sebaliknya jika calon mereka adalah calon paracut dari luar, pastikan calon itu seorang yang punya imej dan kalibar yang sama tanding dengan Nuha.

Nuha walaupun miskin pengalaman tapi dia anak kepada tokoh yang punya legasi di Permatang Pauh. Barang diingat, PKR tidak pernah kehilangan Permatang Pauh kerana legasi tersebut. Jika itulah latarbelakangnya, tidak mungkin juga sekarang...

Kes Saman MH370 Dicadang Selesai Cara Baik

Posted: 17 Feb 2015 05:00 AM PST


MSTAR ONLINE


Peguam, Datuk Dr Arunan Selvaraj (kiri) bersama dua lagi peguam yang lain mewakili dua beradik berusia 14 dan 12 tahun menjawab soalan wartawan berkenaan saman yang dikemukakan dua beradik itu atas kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing 8 Mac tahun lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Selasa.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mencadangkan supaya kes saman dua anak lelaki penumpang tempatan pesawat Malaysia Airlines MH370 berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac tahun lepas, diselesaikan secara baik.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Dr S. Arunan yang mewakili kedua-dua plaintif ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Rosnaini Saub.

Katanya, mahkamah menimbangkan perkara tersebut dengan mengambil kira pengumuman kerajaan pada 29 Jan lalu yang mengumumkan secara rasmi bahawa pesawat itu hilang dan diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa.

Dalam pengumuman itu kerajaan mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan yang mewakili kerajaan berkata sekiranya tiada penyelesaian berhubung kes itu, pihaknya akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman yang dikemukakan dua beradik berusia 14 dan 12 tahun melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 39.

Katanya mahkamah menetapkan 18 Mac ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan berhubung penyelesaian kes itu.

Pada 31 Okt tahun lepas, dua beradik tersebut memfailkan saman dengan menamakan Malaysia Airline System Berhad (MAS), ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ketua pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, dua beradik itu mendakwa bapa mereka Jee Jing Hang, 41, penumpang pesawat MH370, telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, 8 Mac.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini.

Selain itu, plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar.

Adik-beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang pesawat itu sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat dengan menggunakan pengenalan palsu.

Mereka juga mendakwa pihak TUDM gagal dan cuai untuk menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370.

Justeru, kedua-dua plaintif antara lain menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapa mereka yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan RM16,865, dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami dua beradik itu.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada hari kejadian.

Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi.

Kematian yang menghidupkan

Posted: 17 Feb 2015 04:56 AM PST



Oleh Ismail Hashim Yahaya 


Kematian ulama tersohor nusantara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menjadi sebuah wacana (discourse), teks dan kumpulan tanda-tanda untuk dimaknai setiap orang. Ia dapat ditatapi dalam segenap media. Bahkan kematian itu kini menjadi imagologi kematian (imagology of death): keprihatinan, kedukaan, dan empati yang dibangun melalui citra-citra media.

Di samping itu kematian Allahyarham turut dimuati pula dengan tafsir-tafsir politik, sosial bahkan spiritual. Isu-isu seperti penyatuan Umno-PAS, masa depan Pakatan Rakyat dan masa depan politik PAS di Kelantan dan pengganti kerusi Chempaka di Kelantan turut dibincangkan, bahkan turut diberitakan mengenai parti Umno yang tidak akan menghantar calon di pilihan raya kecil nanti.

Jika diteliti dalam media sosial, kematian Ulama unggul ini dinarasikan dari hari ke sehari, detik ke detik, minit ke minit dalam format citra virtual-digital dalam kepelbagaian bentuk dan wahana media Internet.

Semasa Tuan Guru sakit, kesakitan itu menjadi narasi dari hari ke sehari detik ke sedetik berserta gambar dan siapa yang melawatnya. Ia menjadi citra awam, seakan-akan kesakitan Tuan Guru menjadi kesakitan awam; harapan-kecemasan awam, doa keluarga menjadi doa awam, Sakit dan kematian Tuan Guru itu sendiri membangunkan sebuah ruang awam, menjadi duka, keprihatinan dan doa rakyat jua.

Akhbar Cina menyebut Allahyarham sebagai "Yi Tai Zhong Si" atau "Tok Guru Sepanjang Zaman".

Begitu tinggi penghormatan untuk Mursyidul Am PAS itu. Apa yang sebenarnya menjadi duka dan keprihatinan awam, narasi detik ke detik sama ada penyokong PAS ataupun yang bukan PAS adalah kerana kita, umat Islam di Malaysia kehilangan seorang murabbi.

Susan Sontag dalam bukunya "Regarding the Pain of Others" (2003), berkata abad maklumat berupaya menghadirkan kesakitan, kematian dan duka seseorang ke hadapan mata setiap orang sehingga membentuk duka awam.

Akan tetapi, teknologi maklumat ini tidak saja dapat menyalurkan maklumat dengan kecepatan tinggi dan secara real time, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam (amplifier effect) sehingga duka individu kini menjadi duka setiap orang.

Semiotika duka, kesedihan dan nestapa di abad maklumat ini dapat meninggalkan kesan mendalam. Di satu pihak, melalui tanda kesedihan atas kematian, orang mengungkapkan rasa simpati.

Manakala di pihak 
lain, ungkapan duka dapat menjadi publisiti media iaitu memperlihatkan ungkapan kesedihan kepada awam yang meninggalkan kesan.

Kematian Tuan Guru dilihat sebagai ikon yang sukar dicari ganti yang akan bawa landskap baru politik Malaysia.

Julia Kristeva dalam bukunya Black Sun: Depression and Melancholia (1989) mengatakan, duka dan kesedihan tidak sekadar suatu fenomena psikik, tetapi memerlukan pernyataan.

Kesedihan tidak mungkin hanya disimpan dalam hati, tetapi 
harus diungkapkan melalui tanda-tanda sehingga menjadi sebuah
 semiotika kesedihan atau melankolik (semiotics of melancholia).

Tangisan, berdoa,
 menziarah, membawa ayat-ayat Alquran, berzikir, bersimpati, menyampaikan takziah adalah sebahagian dari
semiotika melankolik atau kesedihan itu.

Meskipun ungkapan kesedihan sejati boleh saja bebas dari sebarang kepentingan, namun ungkapan rasa kesedihan dapat pula menjadi sebuah kempen dan strategi politik bagi pihak lawan dan kawan.

Agama mengajar mengenai etika ketika dalam kesedihan dan nestapa, dalam suasana sedemikian adalah tidak beretika sekiranya menyebutkan aib, kesalahan dan keburukan seseorang dan digalakkan menyebutkan kebaikan, jasa dan sumbangannya.

Sebaliknya dalam jangka masa panjang kesedihan memiliki sama ada dimensi pelupaan yang buruk atau pengingatan yang baik. Kesedihan adalah mistik pelupaan (forgetfulness) dan pemaafan (forgiveness).

Namun, seperti dikatakan Richard Rorty dalam bukunya Achieving Our Country (1998), pemaafan dan pelupaan dapat berakhir kepada penipuan sejarah bangsa.

Ini kerana pengukiran sejarah kebanggaan nasional yang tidak melulu melalui cerita pencapaian membanggakan dari tokoh-tokoh sejarah, tetapi juga narasi-narasi menyakitkan sebagai sarana bagi pembelajaran dan pendidikan rakyat tentang kejujuran sejarah.

Kemaafan juga dapat berakhir kepada penguburan sejarah pedih tetapi melahirkan dendam sejarah. Kita tidak pasti sejauh manakah cadangan penyatuan PAS-Umno boleh membawa kepada kemaafan kerana yang akan muncul ialah keadilan.

Terdapat dua jenis kematian, kematian sarat makna dan kematian hilang makna.

Kematian sarat makna apabila kematian seseorang tokoh pemimpin meninggalkan ilmunya untuk diwarisi dan dihidupkan. Beliau mungkin tidak meninggalkan warisan fizik seperti bangunan atau empayar tetapi ilmu diamalkan sepanjang hayat.

Ia adalah kematian yang menghidupkan yang membawa rahmat dan kesejahteraan dan perjuangan menghidupkan keadilan.

Kematian hilang makna ialah kematian yang tiada ilmu untuk diwarisi, dipelajari dan dihayati. Walaupun beliau itu meninggalkan banyak jasa dari pembangunan fizikal tetapi ia hanyalah objek tegar yang tidak berbicara.

Kematian hilang makna juga ialah apabila seseorang tokoh meninggal segala sisa empayarnya akan digeroti dan kaum keluarga akan dihancur, dikucar kacirkan sehinggakan berlakunya porak peranda.
Malah musuh dalam selimut akan menunggu masa untuk menggegarkannya.

Ia adalah kematian yang mematikan dan membawa lebih banyak kesengsaraan dan malapetaka. –

* Penulis adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam.

Terpulang Kepada Palanivel Nak Ikut Cadangan BN, Kata Ku Nan

Posted: 17 Feb 2015 04:52 AM PST

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menafikan berniat mengambil alih parti komponen MIC apabila mencadangkan penubuhan seketariat bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menurut portal MStar hari ini.

Mengulas kenyataan presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan saranan itu, setiausaha agung BN itu berkata, pimpinan parti itu tidak berminat untuk campur tangan atau mengambil alih MIC.

"Jangan salah anggap, BN tidak ada niat untuk ambil alih MIC. Kalau dia (Palanivel) tak nak ikut cadangan kita, terpulang kepada mereka," beliau dipetik berkata portal berita tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga dikenali sebagai Ku Nan itu berkata, terpulang kepada MIC untuk memilih sama ada menerima atau menolak tawaran BN itu kerana ia hanya berbentuk cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kita (BN) hanya memberi cadangan namun terpulang kepada MIC sama ada untuk mengguna pakai cadangan tersebut," katanya menjawab komen Palanivel semalam mengatakan cadangan itu amat membimbangkan.

Ku Nan berkata di Putrajaya terdahulu semalam yang penubuhan sekretariat khas ditadbir urus oleh BN dicadangkan membantu MIC menjalankan pembersihan dalam bahagian dan cawangan serta mengadakan pemilihan semula parti.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali. BN tidak mempunyai bidang kuasa walau apapun untuk mengambil alih pentadbiran atau menjalankan pemilihan parti kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan MIC dan Akta Pertubuhan, 1966," kata Palanivel.

"Walaupun MIC ialah parti komponen BN, MIC masih sebuah parti politik mengikut haknya sendiri dan tertakluk di bawah Perlembagaan parti. BN perlu menghormati perlembagaan MIC dan tidak menceroboh urusan pentadbiran MIC," katanya.

Pada masa sama, Ku Nan juga meminta MIC menerima arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS), mengingatkan yang semua parti komponen harus akur terhadap undang-undang.

Ini merujuk kepada surat yang diserahkan RoS kepada MIC meminta parti itu mengadakan semula pemilihan semua jawatan termasuk mempersoalkan status jawatan presiden.

"Kita tidak ada niat hendak campur tangan. Apa yang kita harapkan mereka akur kepada arahan yang dikeluarkan RoS," katanya.

Kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah memalukan

Posted: 17 Feb 2015 04:46 AM PST



Oleh Amidi Abd Manan 


Kesanggupan bersumpah hatta ke Mekah oleh peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah seperti yang dilaporkan media tertentu dan sekiranya benar laporan tersebut adalah amat memalukan.

Kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan media adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ia membawa maksud keputusan hakim itu amat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti moral sehingga perlu disokong dengan perbuatan sumpah hingga ke Mekah.

Kesanggupan seperti ini satu perbuatan yang tidak wajar dari seorang peguam kanan seperti beliau. Seluruh rakyat mengetahui beliau mewakili institusi peguam negara dan ulasan seperti ini melampaui batasan fungsi tersebut.


Keadaan ini jauh berbeza daripada sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes pembunuhan warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu. Mengapa tiada sebarang komen ataupun kenyataan dikeluarkan peguam negara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman bunuh kepada kedua-dua bekas anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan mendiang Altantunya? Walhal kes ini berprofil tinggi serta melibatkan imej dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Inilah sikap yang sewajarnya diambil seorang peguam negara atau sesiapa sahaja yang mewakili beliau.

Selain itu perlakuan ini bertentangan dengan peraturan dengan peraturan 13 Etika Guaman yang jelas melarang seorang peguam mendapatkan laporan atau publisiti daripada apa-apa perkara di mana seorang peguam terdapat secara profesional.

Perlakuan mengulas, satu perbuatan 'over kill' yang biasanya menjurus kepada gerak kerja politik. Kini timbul persoalan sama ada Shafee mahu menjadi ahli politik atau sebahagian daripada pemain dalam strategi politik pihak tertentu?

Langkah memanggil beliau untuk mengulas keputusan mahkamah menunjukkan terdapat masalah keyakinan rakyat terhadap keputusan tersebut. Tidak cukupkah dengan laporan media maka satu program ala 'road show' dianjurkan. Benarkah demikian?

Langkah mengaitkan institusi masjid dan Mekah (mungkin Masjidil Haram yang merupakan masjid utama dalam Islam) adalah satu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh umat Islam. Mekah adalah kota suci dalam Islam. Perbuatan ini hanya memperlihatkan kejahilan beliau dalam perihal agama Islam.

Sayidatina Aisyah ketika berhadapan dengan peristiwa 'hadith al-ifk' (fitnah zina terhadap beliau oleh kaum munafiqin) tidak mengambil langkah sedemikian dan juga tiada arahan Nabi Muhammad. Jelas perbuatan sumpah bukan daripada ajaran Islam dalam hal sebegini. Beliau harus memahami dengan jelas konsep, kaedah dan peranan sumpah dalam Islam. Sayidatina Aisyah individu yang terlibat secara langsung sebagai individu yang difitnah tidak mengambil langkah sedemikian, apatah lagi pihak ketiga yang hanya mendengar dan membaca laporan dan keterangan bukti.

Oleh yang demikian Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyarankan beliau belajar dengan lebih mendalam berkaitan perundangan Islam sebelum cuba mengaitkan satu-satu perlakuan dengan agama yang suci ini. Inilah bentuk kejahilan yang boleh mencemarkan imej Islam. Adakah Shafee mengetahui kenyataan sedemikian boleh menyebabkan beliau terjerumus dalam kesalahan qazf? Jika terjadi hal yang sedemikian beliau boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali sebatan, kesaksian beliau tidak boleh diterima selama-lamanya dan tergolong dalam kelompok orang yang fasiq.

Abim menyeru seluruh umat agar berhati-hati apabila berdepan dengan kes yang sebegini dan mengambil sikap seperti yang dianjurkan Islam dalam menjaga maruah dan kehormatan sesama umat Islam. –

* Penulis ialah presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Cukup-cukuplah dengan drama MIC, Bollywood pun kalah!

Posted: 17 Feb 2015 04:38 AM PST





 Oleh V Shuman


Tamak haloba, pecah amanah, penentangan terhadap apa yang didakwa sebagai "tirani", pemberontakan, mogok lapar dan ancaman maut. Tidak, ini bukan plot dalam filem "blockbuster" Hollywood atau drama Sepanyol.

Ini adalah ramuan dalam MIC – sebuah parti yang ada lebih banyak drama berbanding berkhidmat terhadap masyarakat. Sekurang-kurangnya ketika di bawah pimpinan kini.

Parti itu terjunam ke dalam krisis selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkannya untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC), berikutan kejanggalan dalam pemilihan parti pada November 2013.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Krisis itu telah menyaksikan bermacam jenis insiden dramatik berlaku, termasuk Presiden Datuk Seri G Palanivel bertindak secara "auto pilot", mengunci ibu pejabat parti bagi menghalang mereka yang tidak berpihak kepadanya menyertai satu mesyuarat khas.

Beliau juga secara bebas melantik orangnya sendiri memegang jawatan tertinggi, di saat kesahan parti itu sendiri dalam keadaan terancam.

Ini menyebabkan pertandingan jerit menjerit, carut mencarut, tolak menolak dan aksi bertumbuk di antara ahli daripada kem berbeza.

Tidak lupa juga sidang media baru-baru ini oleh seorang timbalan menteri, yang mana beliau kononnya menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon. Malah panggilan itu "kebetulan" diterima ketika sidang berlangsung dan beliau membiarkan semua media mendengar panggilan itu.

Ada juga mogok lapar oleh Datuk G Kumar Amman yang tidak bertahan lama. Sama seperti protes itu, lantikannya sebagai Setiausaha Agung juga tidak bertahan lama.

Terlalu banyak drama. Mungkin penulis skrip Bollywood boleh datang ke sini jika mereka kehabisan idea nanti.

Mereka yang telah mengikuti kisah memalukan ini pasti berharap ia berakhir selepas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. Beliau memaklumkan, MIC akan mengadakan pemilihan semula di semua peringkat bermula April hingga Julai bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku.

Namun tidak. Palanivel terus dengan tindakannya. Perkembangan terbaru menunjukkan Timbalan Presiden Datuk Seri S Subramaniam mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden atas alasan "demi kepentingan masyarakat India".

Saya berpandangan, klip audio yang tersebar di WhatsApp bulan lalu merumuskan persoalan yang bermain dalam fikiran ramai masyarakat India.

Rakaman itu menghentam pemimpin parti yang secara tiba-tiba terlebih semangat membangkitkan masalah yang kini mereka hadapi. Beliau bertanya, "sejak bila anda semua sebegini vokal ketika menjuarai hak masyarakat India?"

"Hanyalah ketika kedudukan anda terancam, ketika anda hilang tempat, barulah anda turun mencari publisiti. Kalaulah anda melakukan perkara yang sama ketika memperjuangkan hak orang India."

Sumber klip audio itu tidak diketahui. Namun saudara, siapa sahaja anda, tepat sekali kata-kata itu. Sangat tepat.

Ini satu pesanan untuk Palanivel. Tuan, semuanya sudah jelas di depan mata. Masyarakat India tidak mahukan anda, malah ahli parti anda sendiri juga tidak mahukan anda.

Memegang kuasa dengan sekumpulan konco sendiri adalah satu kebodohan. Keenggana meletakkan jawatan ketika anda sendiri tahu telah gagal hanya menunjukkan keburukan diri, parti, masyarakat India secara umum dan malah Barisan Nasional.

Cukuplah dengan drama, dan cuba bekerja dengan semua pihak untuk menstabilkan kedudukan MIC dalam BN. Atau pun, teruskan sahaja apa yang anda lakukan dan berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftaran.

Hakikatnya, wujud atau tidak MIC tidak membawa apa-apa perbezaan kepada masyarakat India. MIC sudah tidak relevan sejak 2008.

Kepada pemimpin parti yang berkeras mahu berpaut kepada kuasa, ingatlah – untuk berkhidmat kepada masyarakat, anda tidak semestinya memiliki apa-apa jawatan politik.

Niat yang baik dan jujur untuk membantu tanpa mengharapkan ganjaran pasti akan membuahkan hasil. Bukannya menyumbang seguni beras namun memanggil seluruh media untuk memberikan publisiti tentangnya.

20 CCTV lokasi panas mula operasi

Posted: 17 Feb 2015 04:34 AM PST


20 CCTV lokasi panas mula operasi
 
 
TAIPING – Pemasangan sebanyak 20 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti di sekitar Taiping, Kamunting, Changkat Jering dan Simpang sudah mula beroperasi sejak minggu lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, operasi CCTV berkenaan dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan MPT di bangunan Wisma Perbandaran dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Menurutnya, pemantauan di Wisma Perbandaran akan dibuat bermula jam 8 pagi hingga 10 malam manakala di IPD dalam tempoh 24 jam.

"Kita harap dengan adanya CCTV di beberapa kawasan yang dipilih ini mampu mencegah kejadian jenayah seperti ragut dan samun," katanya pada sidang media selepas merasmikan bilik kawalan CCTV di tingkat 5, Wisma Perbandaran, di sini, semalam.

Tambah Abdul Rahim, pemasangan CCTV itu melibatkan beberapa kawasan seperti di Jalan Panggung Wayang, Jalan Istana Larut, Jalan Tupai, Jalan Masjid, Stesen Bas Kamunting, Taman Tasik Taiping, Jalan Kamunting dan persimpangan lampu isyarat Changkat Jering.

"Sehingga kini hanya 19 CCTV yang sudah beroperasi, manakala satu di Persimpangan lampu isyarat Changkat Jering masih belum beroperasi kerana mengalami masalah teknikal," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Rahim berkata, Taiping adalah salah satu dari tiga lokasi yang dipilih di negeri ini selain Teluk Intan dan Kuala Kangsar.

"Saya yakin dengan adanya CCTV ini mampu memberi impak positif dalam usaha mewujudkan kesejahteraan bandar khususnya di Taiping dan kawasan sekitarnya," katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim berkata, melalui pemasangan CCTV khususnya di tempat-tempat awam seperti Taman Tasik Taiping dan Taman Tasik Kamunting, ia dilihat mampu membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat pemantauan terhadap kejadian vandalisme.

"Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa pihak MPT terpaksa menanggung kerugian yang banyak akibat perbuatan vandalisme.

"Dengan adanya CCTV ini, kita dapat membuat pemantauan dalam jarak 150 meter melibatkan pusingan kamera 360 darjah.

"Selain itu, CCTV ini juga mempunyai pembesar suara yang boleh didengar dalam radius 50 meter," katanya.

Jelasnya, pemasangan membabitkan kos sebanyak RM 3.2 juta daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini dilihat mampu memberi kesan yang baik kepada bandar ini.

"Malah kos berkenaan juga turut melibatkan pemasangan, penyewaan dan penyelenggaraan selama lima tahun," katanya.

Isu pecat, Khalid beri keterangan pada ROS

Posted: 17 Feb 2015 04:30 AM PST


Abdul Khalid Ibrahim
 
 
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi keterangan secara bertulis kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam berhubung kes samannya terhadap PKR.

Abdul Khalid memaklumkan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini.

"Semalam jam 11 pagi saya sempat memberi keterangan bertulis kepada Pengarah ROS (berhubung) kes saman terhadap PKR yang memecat saya tanpa mengikut tatacara dan peraturan di dalam Perlembagaan parti.

"Pada saya, apa yang penting ialah membetulkan sistem yang diamalkan PKR (ia) hendaklah bertepatan dengan agenda mempertahankan hak individu dan hak rakyat dalam mengurus pertubuhan. PKR hendaklah menunjukkan amalan reformasi seperti apa yang mereka laungkan," tulisnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid meminta ROS campur tangan dan meneliti proses pemecatan beliau dari PKR.
Katanya, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.

Abdul Khalid dipecat daripada keahlian PKR kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada 1 Oktober lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke pejabat Ros di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung isu pemecatan tersebut.


[ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah hadir ke pejabat ROS beri keterangan]

SKMM, polis kerjasama buru 'Isis Malaysia'

Posted: 17 Feb 2015 04:28 AM PST

SINAR HARIAN

SKMM
 
 
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pemilik akaun YouTube 'Isis Malaysia 69', kata Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie.
 
"Apa bantuan yang diperlukan kami akan berikan. Kerjasama sudah bermula dan kami sudah pun berhubung dengan PDRM," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas mengenai penerbitan video itu.
 
Halim ditemui selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SKMM dan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) di SKMM di sini hari ini.
   
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube 'Isis Malaysia 69' bagi membantu siasatan berkaitan video cubaan menghasut orang ramai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video 'Isis Malaysia' dikongsi ke Twitter KPN]
 
Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, empat individu berpakaian serba hitam dan menutup bahagian muka, memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari pada pukul 11.30 malam.
  
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
 
Mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah, beliau berkata SKMM akan berbincang dengan pihak industri bagi mendapatkan pandangan. - Bernama

Ismail Sabri, bolehkah boikot KR1M yang ‘mahal’, soal DAP

Posted: 17 Feb 2015 12:55 AM PST

 OLEH MELATI A JALIL DAN LOW HAN SHAUN

Barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibandingkan dengan harga barangan yang sama dijual di pasar raya besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015. Barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibandingkan dengan harga barangan yang sama dijual di pasar raya besar. – Gambar fail The Malaysian Insider.





































Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini bertanya Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya rakyat Malaysia harus juga memboikot Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didapati menjual sesetengah barangan pada harga lebih mahal dari pasaraya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata semakan harga yang dijalankan baru-baru ini di KR1M dan pasar raya besar Tesco menunjukkan perbezaan ketara antara kedua-duanya, yang mana dikatakan menawarkan harga rendah.

"Berdasarkan kepada logik Ismail, adakah dia juga mahu menggalakkan rakyat Malaysia memboikot KR1M," soal Lim selepas mengadakan sidang akhar di luar salah satu outlet KR1M di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini.

KR1M ialah rangkaian kedai runcit milik kerajaan, menjual barangan harian pada harga rendah. Outlet pertama di stesen LRT Kelana Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011.

Banyak aduan diterima berkenaan harganya yang dikatakan lebih tinggi berbanding barangan dijual di pasar raya besar.

"Saya baru saja tunjukkan anda bukti. Ini adalah barang yang lebih mahal, dari kurang 1% kepada lebih 10% jika dibandingkan dengan yang dijual di pasar raya besar," katanya.

UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz

Posted: 17 Feb 2015 12:51 AM PST

shahbudindotcom


UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu.

UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan simpati dalam diam.

Oleh itu, UMNO merasakan hanya menjalinkan kerjasama dengan Pas saja dapat memberi harapan kepada masa depannya, sekaligus juga menjadikan PR terus tempang.

Bermula dengan pujian dan sanjungan sebahagian besar pemimpin UMNO sebaik tersebarnya berita kematian Nik Aziz sehinggalah pengkebumiannya sedangkan Tok Guru inilah yang dikata dan dicerca macam-macam semasa hidupnya, UMNO meneruskan lagi pengiktirafannya dengan kemungkinan tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Cempaka pula.

DUN Cempaka sejak sekian lama diwakili oleh Nik Aziz dan berikutan kematiannya, pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempih 60 hari.

Selepas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapha Mohamad menyuarakan kemungkinan itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk KJ, Shahrizat dan lain-lain turut berpandangan sama.

Selain banjir yang baru melanda Kelantan dijadikan alasan dan kini dikatakan tempoh untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir, alasan lain ialah kononnya sebagai penghormatan kepada Nik Aziz yang baru meninggal dunia.

Hahaha...sejak bila UMNO berperangai sedemikian kepada pemimpin parti lain? Ikhlas dan dari hati yang jujur lagi suci kerana Allahkah semua perbuatan itu?

UMNO tidak perlu pura-pura bahawa mereka sebenarnya sangat terdesak ingin berpeluk cium dan "ya hanana" dengan Pas. Semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ketika ini tidak lain ialah untuk menunjuk baik kepada Pas supaya lebih terbuka di ruang hati para pemimpinnya untuk menyambut kerjasama itu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa    ada menyatakan kematian Nik Aziz mungkin membuka ruang semula kepada kerjasama itu yang tertangguh sejak 2008 lagi. Tetapi belum ada pemimpin Pas yang bercakap secara terus-terang mengenainya, cuma kerenggangan hubungan Pas dalam PR dan dengan DAP dilihat memungkinkan ke arah kerjasama dengan UMNO itu.

Tetapi yang kuat menentang kerjasama Pas dengan UMNO sebelum ini ialah Nik Aziz sendiri, malah pernah membuat kenyataan akan meludah sesiapa yang berani bercakap dengannya mengenai perkara itu.

Nik Aziz juga berulangkali menyatakan Pas hanya sedia bekerjasama jika UMNO bersedia membuang perjuangan assabiyah atau kebangsaan yang didokongnya dan menukar seratus peratus kepada Islam.

Pendirian kukuh Nik Aziz dalam menentang UMNO ini secara umumnya dikongsi oleh majoriti ahli di seluruh negara serta pelbagai peringkat kepimpinannya. Nik Aziz juga berulangkali kecewa dengan UMNO dan kerajaan Pusat yang menafikan royalti minyak untuk rakyat Kelantan.

Yang terpana dengan silau dan sinar yang sesekali kelihatan di wajah UMNO dan para pemimpinnya hanyalah segelintir pemimpin Pas saja.

Walaupun golongan ini yang dipanggil "kelompok UG atau "Unity Goverment"  cuba juga mengeluarkan kenyataan atau pendirian yang lebih condong kepada UMNO dan kerajaan Pusat, tetapi Nik Azizlah yang kuat membentengi usaha-usaha ke arah kerjasama itu.

Kadang-kadang disebabkan Nik Aziz yang begitu dihormati dan kukuh pendiriannya itu, kelompok dalam Pas yang terhegeh-hegeh mahu berbaik dengan UMNO turut malu sendiri untuk lebih kerap bercakap soal kerjasama dengan UMNO itu.

Begitulah kuatnya pengaruh Nik Aziz dalam Pas. Beliau bukan saja kukuh dengan pendirian Pas bersama PR, malah tidak pernah goyang keyakinan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada awal lagi.

Kini Nik Aziz sudah meninggal dunia dan Anwar pula di dalam penjara. Apakah semudah itu Pas mahu bekerjasama dengan UMNO dan melupakan pendirian yang dipegang Nik Aziz semasa hayatnya?

Tidakkah jika Pas sedia bekerjasama dengan UMNO bererti parti Islam itu mengkhianati perjuangan Nik Aziz selama ini?

Memang UMNO terdesak untuk bekerjasama dengan Pas ketika ini, sebutlah atas nama Islam atau Melayu sekali pun, tetapi hakikatnya kerjasama itu tidak lain ialah menyelamatkan kuasanya yang semakin rapuh.

Pemenjaraan Anwar, selain pengundi muda semakin menjauhkan diri, pengundi bandar, separa bandar dan bukan Melayu juga menjadi semakin kukuh dengan PR atas nama perubahan.

Harapan UMNO yang tinggal hanyalah pengundi Melayu dan luar bandar yang boleh diperkukuhkan lagi jika kerjasama dengan Pas dapat dijadikan kenyataan.

Namun, UMNO janganlah terlalu cepat bermimpi. Walaupun Nik Aziz sudah tiada, pengaruh dan ajarannya tetap kukuh di hati majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri. Tidak semudah menukar baju bagi Pas untuk bercerai dengan PR dan bercanda-candaan dengan UMNO.

Memuji-memuji dan menyanjung pemergian Nik Aziz, termasuk tidak bertanding di DUN Cempaka tidak mungkin menjadikan kerjasama sebagai kenyataan. Lainlah jika UMNO serta-merta menukar perjuangannya kepada Islam dan sepantasnya juga melunaskan royalti minyak untuk Kelantan.

Apa Yang Shafee Tak Puas Hati Lagi Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai...

Posted: 17 Feb 2015 12:45 AM PST

shahbudindotcom


Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua. 

Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.

Setelah Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.

Sebab itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya. Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman itu.

Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.

Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.

Tetapi tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Inilah yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua Pembangkang itu.

Beliau bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.

Di suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.

Tidakkah perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang menang?  Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?

Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?

Kenapa tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan saja dan bukannya ahli politik?

Adakah Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu? Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam hatinya ketika ini?

Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini ( Selasa), Shafee  juga turut  hadir memperkatakan mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barangkali ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun berakhir itu.

Kata Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.

Apakah dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu,  Khairy Jamaluddin juga mahu orangramai terus melihat kes Anwar ini dari segi politik?

Dengan bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee  akan turut bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar itu. 

Nampaknya NGO Tibai dan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang sudah pun dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang disebut-sebut ramai sebagai bakal  Peguam Negara selepas ini.

Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya.

Umno sokong hudud diteruskan

Posted: 17 Feb 2015 12:41 AM PST


Hudud
 
 
MUAR - Umno menyokong hasrat Pas meneruskan perjuangan melaksanakan hudud di Kelantan walau tunggak utama parti itu, bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, Umno menyokong pelaksanaan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri itu yang akan memberi kebaikan kepada umat Islam.

"Perkara ini (hudud) sudah dibawa dalam minit mesyuarat majlis tertinggi dan saya rasa berbesar hati untuk sama-sama berpegang kepada keputusan tersebut kerana sudah menjadi tuntutan agama.

"Umno sudah pun membuat pendirian dalam mesyuarat (majlis tertinggi) baru-baru ini dan Umno tiada sebarang masalah untuk sokong (laksana hudud)," katanya ditemui selepas meninjau perkembangan pembinaan surau di Pasar Raya Astaka, semalam.

Tegasnya, tiada sebab pelaksanaan undang-undang Islam itu ditolak jika ia berjalan lancar dan memuaskan hati rakyat.

Kastam lancar Ops GST mulai 1 Mac depan

Posted: 17 Feb 2015 12:37 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Satu operasi khas dikenali sebagai 'Ops GST' akan dilancar serentak di seluruh negara mulai 1 Mac depan untuk menjejaki pihak yang masih gagal berdaftar dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada atau sebelum 28 Februari ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata Ops GST yang melibatkan seramai 5,000 pegawai dan anggota itu akan beroperasi 24 jam sehari.

"Satu perintah operasi  dikeluarkan sebagai garis panduan untuk pegawai dan anggota yang terlibat supaya nanti tiada orang yang akan menyamar sebagai pegawai atau anggota kastam," katanya dalam sidang media khas mengenai GST di Putrajaya, hari ini.


Beliau berkata sepanjang tempoh operasi, mana-mana pihak yang didapati gagal berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) selepas 1 Mac akan didaftarkan secara paksaan dan tindakan kompaun sebanyak RM15,000 akan dikenakan.

 "Selepas keluarkan kompaun kita akan akan bagi tempoh dua minggu untuk mereka respons dan selepas itu bagi lagi dua minggu. Selepas satu bulan (empat minggu) kita akan ambil tindakan mahkamah," katanya.

Katanya, sepanjang menjalankan operasi tersebut, pegawai dan anggota yang terlibat akan turut lengkap dengan kemudahan jalur lebar untuk membantu pihak yang berkenaan mendaftar dengan GST.

Beliau berkata hasil semakan antara agensi, pihaknya mendapati masih terdapat 62,709 perniagaan yang dikenal pasti belum berdaftar GST walaupun melebihi nilai perbekalan bercukai sebanyak RM500,000.

Katanya, perniagaan yang belum berdaftar itu meliputi 17 sektor utama iaitu pertanian, perhutanan dan perikanan (2,778); perlombongan, kuari dan petroleum (227); pembuatan (3,722); elektrik, gas, bekalan pendingin hawa dan stim (897); bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan (257); hartanah dan pembinaan (10,240).

Sektor lain perdagangan borong dan runcit (26,262); automotif (1,719); pengangkutan dan penyimpanan (3,025); penginapan, aktiviti perkhidmatan dan hospitaliti (3,461) serta maklumat dan komunikasi (965).

Kewangan dan insurans/aktiviti takaful (2,027); profesional, saintifik dan aktiviti teknikal (3,887); kelab, masyarakat, badan bukan kerajaan dan organisasi yang serupa serta pihak berkuasa tempatan (216); pendidikan (896); kesihatan (2,408) serta permainan termasuk aktiviti sukan dan hiburan dan aktiviti rekreasi, turut tersenarai sebagai sektor utama.

Khazali berkata Jabatan Kastam  menghantar peringatan kepada semua pihak berkenaan dengan menggunakan Pemberitahuan Penerimaan (AR) agar segera mendaftar dengan GST selewat-lewatnya 28 Februari ini atau berdepan tindakan.

Tambahnya berbaki 46 hari lagi sebelum GST dilaksanakan pada 1 April depan, sebanyak 316,001 perniagaan yang layak  mendaftar di bawah Akta GST 2014 sehingga semalam (16 Februari).

"Ini menunjukkan penerimaan positif oleh peniaga-peniaga terhadap sistem percukaian ini," katanya.

Selain itu Khazali berkata seseorang ahli lembaga yang menawarkan perkhidmatan secara kontrak perkhidmatan dalam sesebuah syarikat dan memperoleh pendapatan sebanyak RM500,000 setahun juga layak dikenakan GST sebanyak 6%.

Katanya GST yang dikenakan kepada ahli lembaga pengarah selaras dengan Seksyen 3 (1) Akta GST 2014 yang mentakrifkan  perniagaan adalah merangkumi aktiviti perdagangan, jual beli, profesion
atau sebarang aktiviti seumpamanya sama ada bersifat keuntungan kewangan atau tidak.

"Ada individu di Malaysia yang menjadikan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebagai pendapatan utama dan memperoleh lebih daripada RM500,000 setahun.

"Tetapi, sekiranya pelatikan sebagai pengarah itu disebabkan jawatan yang disandang (jawatan semasa) maka ia tidak tertakluk kepada GST. Ahli lembaga pengarah dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) juga terkecuali daripada GST," jelas Khazali. – Bernama,

PAS Selangor tiada hak larang ahli Pakatan terlibat PasMa, kata Phahrolrazi

Posted: 17 Feb 2015 12:33 AM PST

 OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak berhak melarang ahli parti itu dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, tindakan Iskandar mengeluarkan arahan sedemikian melangkaui bidang kuasa PR dan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terjejas dengan larangan itu.

"Cukuplah, tak perlu arahkan parti dalam PR, kerana DAP dan PKR dah beri sokongan penuh dan mereka sokong kegiatan kita sebagai NGO," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.


Iskandar dalam kenyataan semalam melarang pemimpin PKR dan DAP Selangor terlibat dalam program anjuran PasMa dan mahu parti itu sendiri menyelesaikan isu dalaman masing-masing tanpa
melibatkan pihak luar. Phahrolrazi mempertikaikan tindakan exco Selangor itu yang tidak mengenakan larangan sama terhadap aktiviti anjuran Umno, memandangkan parti Melayu itu musuh politik utama PAS.

"PAS tidak ada larangan. Ahlinya boleh sertai program Umno. Jadi, ini perkara yang pelik. Dan setakat ini, larangan itu sukar dikuatkuasakan, kerana (faktor) kebebasan. Sebahagian ahli PAS menyertai program kita," katanya.

Sementara itu, PasMa mengumumkan satu majlis makan malam perdana yang akan diadakan pada 27 Februari ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengutip dana selain memperkenalkan NGO itu kepada PR.

Phahrolrazi berkata, pihaknya sudah mengejarkan jemputan kepada semua pemimpin PR termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Setakat ini beberapa pemimpin bersetuju untuk hadir iaitu Lim Kit Siang, PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa," katanya yang turut menjemput aktivis NGO lain dan ahli akademik.

Bekas exco Kedah itu berkata, beliau terbuka jika ada pemimpin PAS yang mahu hadir walaupun Majlis Syura PAS mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya tidak terlibat dengan PasMa.

Katanya, beberapa pemimpin PR juga akan dijemput memberi ucapan pada malam berkenaan dan sambutan setakat ini katanya menggalakkan apabila tempahan meja hampir penuh.

[VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA

Posted: 17 Feb 2015 12:22 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.


Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu


LIHAT VIDEO DI SINI

ULASAN GB

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain.

Nik Aziz tak suka cerita masalah

Posted: 16 Feb 2015 09:30 PM PST


Zakaria Deraman
 
 
KOTA BHARU - "Saya masih terbayang-bayang Tok Guru masih ada ketika menunaikan solat di masjid berdekatan kediaman Allahyarham di Pulau Melaka."
 
Itu pengalaman Zakaria Deraman, 60, atau lebih mesra dengan gelaran Pok Ya yang  berkhidmat sebagai pengawal peribadi bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 23 tahun sejak 1992 lagi.
 
Pok Ya menyifatkan Nik Aziz sebagai seorang yang tidak suka membuang masa, selain sentiasa solat di awal waktu dalam keadaan apa sekalipun.
 
Menurutnya, Nik Aziz juga perahsia kerana tidak suka menceritakan masalah dengan orang lain.
 
"Paling disukainya ialah duduk di masjid untuk membaca al-Quran. Selama 23 tahun menjadi pengiringnya, Tok Guru sering berpesan supaya solat awal waktu, jangan tinggal dan jangan lengah-lengahkan solat.
 
"Memang rasa sedih kerana kehilangan seorang majikan yang paling baik, malah dianggap sebagai abang kandung sendiri kerana saya sentiasa mengiringi beliau dari pagi hingga malam terutama bagi tugasan rasmi atau politik," katanya.
 
Pok Ya yang juga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyifatkan Nik Aziz seorang yang baik hati dan penyayang.
 
"Allahyarham tidak suka menyusahkan urusan orang lain walaupun diri sendiri sedang dalam kesusahan.
 
"Beliau juga pemurah, tak kiralah dari duit, masa atau tenaga. Boleh dikatakan hampir seluruh masanya juga digunakan untuk berdakwah dan bertemu rakyat, selebihnya berada di masjid untuk membaca al-Quran dan buku agama atau mengikuti perkembangan politik semasa," katanya.
 
Pok Ya berkata, Nik Aziz  tidak pernah berdendam walaupun pihak lawan tidak memahami hasratnya yang mahu menegakkan syiar Islam dalam pentadbiran negara.

Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik! Apa Kata Anda?

Posted: 16 Feb 2015 09:24 PM PST




najib razak letak jawatan



Najib Razak Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Negara Malaysia Akan Bertambah Baik! Apa Kata Anda? : Figura politik di Malaysia yang sudah pun bertakhta sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh 22 tahun terus memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Secara terus terangnya, tampak Tun Dr Mahathir sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terus kepada Najib Razak untuk mentadbir sekeping tanah di bumi yang bernama Malaysia ini. Enough is enough!

Melihatkan kepada landskap ekonomi dan iklim perancangan kerajaan Malaysia pada masa ini, Tun Dr Mahathir amat berharap Najib Razak letak jawatan pada saat dan ketika ini ketika mengutarakan kata-kata dan pandangan sinisnya baru-baru ini semasa berlangsungnya forum 'The Malaysian dilemma'.

 

Mahathir Mohamad : Berikan Jawatan Perdana Menteri Kepada Orang lain!

Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan pandangan dan komen pedas dan sinisnya cukup jelas merasakan dengan pengunduran Najib Razak, keadaan ekonomi dan negara Malaysia keseluruhan akan bertambah baik lebih-lebih lagi melibatkan majoriti rakyat Malaysia di bawah sekarang ini.

Berdasarkan tinjauan responden Berita Semasa melibatkan ruang undian yang BS buka seperti di sini (Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?), sejumlah 69.5% mahukan Najib Razak letak jawatan.

Jikalau sebelum ini, Tun Dr Mahathir pernah berpengalaman memberikan kritikan kepada Perdana Menteri sebelum-sebelum ini termasuklah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi tampaknya, episod ini akan berterusan sehinggalah terbitkan berita Najib Razak letak jawatan kelak. Mungkin?

Apa respon balas anda pula, apakah patut Najib Razak letak jawatan?

Umno minta pengundi Pmtg Pauh beralih angin

Posted: 16 Feb 2015 09:20 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Umno Pulau Pinang menggesa pengundi parlimen Permatang Pauh beralih angin dan memilih BN dalam pilihan raya kecil akan datang demi pembangunan di kawasan itu.

Pengerusi perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata negeri itu tidak menerima pembangunan sejak diwakili PKR, 17 tahun lalu.

"Selama 17 tahun ini, kesemuanya hanyalah mengenai (MP, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), isterinya atau anak perempuannya, atau rakan karibnya.

"Bagaimana dengan rakyat Permatang Pauh? Itu yang paling penting," kata bekas timbalan menteri di kementerian luar bandar itu.

"Selepas 17 tahun, mereka tidak mendapat banyak pembangunan berbanding jiran di Kepala Batan dan Tasek Gelugor," katanya kepada Malaysiakini.

Kepala Batas dan Tasek Gelugor masing-masing diwakili Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Shabudin Yahya dari Umno.

Kerusi Permatang Pauh dikatakan akan ditandingi anak perempuan kedua Anwar, Nurul Nuha, 31.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh atas kesalahan liwat merupakan MP Permatang Pauh selama 17 tahun dengan tiket BN.

Isteri Anwar, yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MP kerusi tersebut ketika Anwar dipenjara antara 1999 hingga 2004.

Azizah mengosongkan kerusi tersebut pada 2007 untuk membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik pada 2008.

Anwar, Shafee berentap lagi di mahkamah

Posted: 16 Feb 2015 09:16 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Cukup seminggu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menang kes yang dibawanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bertemu lagi dalam kes mahkamah lain hari ini.

Pagi ini, ketua pembangkang dibawa daripada Penjara Sungai Buloh ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan disoal balas oleh Shafee.

Shafee mengingatkan Anwar "jangan main-main" menjawab soalan di mahkamah.

Anwar pula berkata soalan Shafee padanya sebagai "tidak masuk akal" dan membangkitkan dakwaan "bermotifkan politik".

Shafee menjadi peguam utama pasukan pembelaan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam saman RM100 juta padanya.

'Saya tak cuba jadikan bekas bos KFC agen'

Posted: 16 Feb 2015 09:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan mendekati bekas bos KFC Datuk Ishak Ismail untuk dijadikan "agen" bagi menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau melompat parti dan membentuk kerajaan baru pada 2008.

Memberi keterangan di mahkamah hari ini, seminggu selepas dipenjara, Anwar berkata dakwaan Anifah bahawa Ishak menawarkan habuan itu bagi pihaknya "tidak masuk akal, jahat dan berniat jahat".

"Saya kenal dia (Ishak) sejak menjadi menteri lagi tetapi tidak rapat dengannya sejak 1998," katanya ketika disoal balas peguam pembelaan Tan Sri Shafee Abdullah.

Anwar sebelum ini membuat saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah.

Hari ini hari terakhir perbicaraan dan keputusan dijangka dibuat pada 5 Jun.

'Ya, ada perbincangan tukar presiden PAS'

Posted: 16 Feb 2015 09:09 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin kontroversi PAS Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi menafikan beliau terlibat.

"Ada perbincangan dalam PAS untuk buat pertukaran (presiden) sama ada untuk buat pendirian tukar atau tak tukar.

"Masih lagi dalam perbincangan nak kekalkan presiden sekarang. Banyak saranan yang diberi tapi belum ada keputusan muktamad.

"Saya tak terlibat (dalam perbincangan), saya cuma dapat maklum," katanya kepada pemberita pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Phahrolrazi hari ini bagaimanapun berkata belum ada keputusan muktamad berhubung langkah terhadap Hadi, yang komitmennya pada Pakatan Rakyat dipertikai.

Phahrolrazi, presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebelum ini didakwa antara pihak yang cuba menjatuhkan Hadi.

Selain beliau, turut berdepan dakwaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengarah Pilihan Raya PAS Hatta Ramli.

PAS tetap pertahan kerusi Chempaka, mahu calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat

Posted: 16 Feb 2015 09:05 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan akan mempertahankan kerusi DUN Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi, demikian menurut Datuk Ahmad Yakob.
 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, parti itu akan tetap menyertai pilihan raya selaras dengan tuntutan demokrasi.
 
"Calon yang akan menggantikan tempat Tok Guru di Chempaka kita akan pastikan dia boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat," katanya yang dipetik Harakah Daily.
 
Ditanya mengenai kenyataan beberapa pemimpin Umno yang kurang berminat menyertai PRK tersebut, Menteri Besar Kelantan itu berkata PAS Kelantan akan melihat kepada perkembangan perkara berkenaan.
 
"Biarpun maklumat awal dinyatakan tidak berminat, namun keputusan muktamad dari Kuala Lumpur belum kedengaran lagi.
 
"Apapun PAS tetap akan mempertahankan kerusi DUN Cehmpaka pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya.
 
Kerusi DUN Chempaka kososng berikutan kematian penyandangnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu, akibat kanser prostat.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Allahyarham Nik Aziz yang juga  Mursyidul AM PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai PRK kerusi DUN itu, pada Rabu ini.

Rafizi sifatkan Shafee sebagai Abu Jahal

Posted: 16 Feb 2015 09:03 PM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggelar Ketua Pendakwaraya Kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti Abu Jahal atas pengakuannya untuk bersumpah di masjid atau di tanah suci Mekah bagi kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Ujarnya, PKR bersetuju untuk mengelakkan daripada bersumpah selepas mendapatkan pandangan golongan alim ulama, apatah lagi perbuatan itu bukan sebahagian daripada syariat Islam.
 
"Mereka yang suka menilik nasib dan bersumpah ini seperti Abu Jahal. Yang mana beliau ini suka melakukan sumpah di depan Kaabah, sedangkan sumpah ini bukan sebahagian daripada (ajaran) Islam," kata Rafizi sewaktu ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai, pagi tadi.
 
Terdahulu Shafee melalui temubual eksklusif bersama Mingguan Malaysia baru-baru ini mengakui berani bersumpah di masjid atau di tanah suci Mekah kerana percaya Ketua Umum PKR itu benar-benar bersalah.
 
Beliau menafikan mahu menganiaya Anwar ketika mengemukakan petisyen rayuan supaya pemimpin tersebut disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan tiga tahun lalu.
 
Shafee juga menolak tanggapan wujud isu peribadi dengan Anwar, sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
 
"Dalam Umno sekarang begitu mudah hendak bersumpah, dari masjid hingga depan Kaabah. Yang penting rakyat menilai sendiri jenis orang yang hendak bersumpah ini. Dahulu Saiful, kemudian tidak lama kemudian terbongkar soal hubungan sulit dengan pendakwaraya hingga pendakwaraya itu digugurkan dari kes.
 
"Dari segi moralnya, rakyat boleh teliti dan nilai sendiri.
 
"Begitu juga Shafee, terpulang kepada beliau hendak bersumpah di masjid atau depan Kaabah. Tetapi pada saya, rakyat yang celik mata dan tahu tentang nas-nas agama dan amalan Islam, mereka boleh menilai apakah perlakuan itu selaras dengan tuntutan Islam," kata Rafizi lagi.

Bukit Aman siasat rakaman video Isis Malaysia 69

Posted: 16 Feb 2015 09:00 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Bukit Aman menyiasat rakaman video mengandungi ugutan daripada kumpulan yang mendakwa akan melakukan serangan terhadap mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, pihaknya diberi tanggungjawab menyiasat kandungan video berdurasi 1.01 minit berkenaan yang mula tersebar hari ini.
 
"Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya.
 
Video yang dimuat naik menggunakan ID - Isis Malaysia 69 di laman YouTube, semalam memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.
 
"Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
 
"Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda," ugut kumpulan yang terdiri empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka.
 
Salah seorang daripada ahli kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia terbabit turut dilihat memegang gambar pelakon Nora Danish ketika rakaman.

Tiada ulasan: