Selasa, 17 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nilai seorang ulama : Ilmu atau kelakuannya?

Posted: 17 Feb 2015 08:00 AM PST

Kita tidak menyedari siapa sebenarnya Ali Jum'ah hingga berlakunya rampasan kuasa di Mesir! 

 Begitulah juga kita di Malaysia ini, hanya apabila berlakunya isu MB Selangor, baru kita tahu siapa sebenarnya manusia yg bergelar Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Harun Din.

 Bahawa ianya bukan masalah ilmu pengetahuan, tetapi masalah nilai. Mereka ada ilmu….tetapi tidak ada nilai…..

 Ali Jum'ah, adalah antara ilmuan yang hebat dalam dunia Islam… Tetapi dalam ucapannya, dia arahkan tentera Mesir : Bunuh mereka! 

 Ali Jum'ah berkata kepada tentera Mesir : Uqtuluhum! – Dia mengarahkan pembunuhan keatas para demonstrator yang merupakan penyokong-penyokong Mursyi.

"Bunuh mereka! – Jika kamu bunuh mereka, baik bagi kamu, jika mereka bunuh kamu, baik bagi kamu kerana kamu akan pergi ke syorga!"

 Terbaru, dilaporkan, Ali Jum'ah kononnya telah mengeluarkan fatwa baru yang menggemparkan dan mengelirukan ramai dan kini menjadi  polemik baru di Mesir Baca di sini. Berikut adalah penjelasan beliau mengenainya. Allahu a'lam.

Penjelasan : "Tidak ada teks Al-Quran yang mengharamkan zina".

Mantan Mufti Mesir dan anggota Dewan Ulama Senior, Dr. Ali Jum'ah mencabut pernyataan yang disampaikannya di sebuah simposium pada saat pameran buku internasional di Cairo. Saat itu Ali Jum'ah mengatakan bahwa, "Tidak ada teks Al-Quran yang mengharamkan zina".

 Dalam surat yang dikirim ke redaksi Almesryoon, Ali Jum'ah mengatakan, ada beberapa koran dan portal elektronik yang memotong-motong pernyataannya sehingga mengakibatkan syubhat (kesamaran) seakan-akan zina itu halal. Tentunya hal ini tidak pernah dikatakan orang-orang terdahulu atau pun setelahnya, dan tidak ada orang berakal yang menghalalkan zina.

 Dalam surat yang ditulisnya itu Ali Jum'ah menjelaskan bahwa, "Al-Quran tidak mengharamkan zina dengan kata-kata HARAM, dan kita tidak akan menemukan satu ayat pun yang mengatakan bahwa (Allah mengharamkan zina), melainkan Allah mengharamkan semua bentuk pendahuluan yang mengarah kepada zina dengan firmannya (Janganlah kamu semua mendekati perbuatan zina). Dengan demikian, jika Allah mengharamkan semua hal yang mengarah kepada perbuatan zina maka zina lebih haram lagi."

 Ali Jum'ah menyinggung bahwa ungkapan pengharaman itu banyak, dan ulama terdahulu dan modern selalu menyampaikan hal ini. Misalnya Imam Zarkasyi mengatakan di dalam kitab Al-Bahr Al-Muhith (2/155), ungkapan larangan mengandung banyak makna, salah satunya bermakna pengharaman seperti firman Allah, "Janganlah kamu semua mendekati perbuatan zina."

 Di samping itu, Ali Jum'ah juga menukil perkataan Imam Ghazali dari bukunya Al-Mankhul halaman 204 yang mengatakan bahwa larangan di Al-Quran mengandung banyak makna, di antaranya untuk pengharaman seperti firman Allah, "Janganlah kamu semua mendekati perbuatan zina." SUMBER

Berita yang menakutkan Najib dan Rosmah

Posted: 17 Feb 2015 05:08 AM PST

Sirul timbang untuk 'dedah segala' mengenai pembunuhan Altantuya 

Bekas  komando polis  Koperal Sirul Azhar Umar, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu, sedang menimbangkan untuk mendedahkan sebab-sebab yang membawa kepada pembunuhan yang mengerikan sembilan tahun yang lalu.

 Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul, yang kini ditahan di Australia, selepas melarikan diri daripada hukuman mati di Malaysia, berkata organisasi media lain juga meminta beliau "memberitahu semua"  kes itu.

 "Saya belum membuat keputusan (sama ada) untuk melakukan temu bual itu," beliau dipetik sebagai berkata.

 Beliau, bagaimanapun, memastikan bahawa dia akan mendedahkan segala-galanya mengenai pembunuhan itu sekiranya dia bersetuju untuk ditemuduga.

 "Ya, saya serius mempertimbangkan kemungkinan itu," katanya kepada Malaysiakini.

 Portal berita melaporkan bahawa Sirul, yang sedang ditahan dikemudahan Imigresen dan Jabatan Perlindungan Sempadan  di Sydney, masih merundingkan syarat dengan stesen TV Australia.

 Sirul, pernah menjadi pengawal peribadi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan oleh Interpol.

 Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dihukum mati pada 2009 dan dikembalikan (hukuman mati itu) semula pada 13 Januari kerana membunuh model berusia 28 tahun pada tahun 2006.

 Walau bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan yang beliau telah berlepas ke Australia pada bulan Oktober lalu.

 Beliau berusia 43 tahun itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda - penganalisis politik dan yang dikenal pasti bersekutu  dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang telah dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

 "Saya berada di bawah perintah. Orang-orang penting dengan motif (untuk membunuh Altantuya) masih bebas.

 "Bukan saya tidak suka polis (pasukan) atau negara, tetapi saya bertindak di bawah perintah," beliau dilaporkan berkata, sambil menambah bahawa dia dibenarkan untuk mempunyai akses kepada telefon mudah alih dan Internet semasa dalam tahanan.

  Sirul yang telah bercerai juga melahirkan rasa bimbang mengenai anak-anak remajanya, yang terpaksa berhenti sekolah kerana dia didapati bersalah.

 Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka  digantung sampai mati, mengetepikan  keputusan  Mahkamah Rayuan 2013 kerana pembunuhan Altantuya, yang merupakan kekasih Razak.(23 Ogos 2013: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan oleh Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan. Pendakwaan memfailkan rayuan pada hari sama.)

 Walaupun sabitan itu, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan.

 Peguam dan ahli politik telah membangkitkan isu motif, yang tidak didedahkan di mahkamah, tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiada apa yang lebih untuk mengatakan mengenai kes itu kerana mahkamah telah membuat keputusannya.

 Keterangan dalam mahkamah mendedahkan bahawa Altantuya, juga seorang penterjemah Mongolia, telah dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

 Australia telah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Malaysia pada tahun 2006 tetapi tidak mungkin untuk mengekstradisi Sirul kerana dia berdepan hukuman mati di Malaysia. - 17 Feb 2015. SUMBER

10 Soalan untuk Moktar Senik jawap....

Posted: 16 Feb 2015 09:34 PM PST

Berikut adalah beberapa kemusykilan yang dikemukakan oleh seorang facebooker kepada Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik. 

Kalau soalan-soalan tersebut dikemukakan kepada saya, dandan ini jam juga saya akan menjawabnya dengan 'lidah yang fasih' dan tegas untuk menafikannya; kerana kalau saya berdiam diri sahaja, nanti orangramai akan kata : Berdiam diri itu, maknanya betullah tu!

Harap kita semua akan mendapat jawapan yang tegas daripada Mokhtar Senik dalam masa yang terdekat ini.

 Besar harapan kita, Mokhtar Senik akan menafikan segala lontaran tuduhan-tuduhan yang berupa soalan ini. Saya akan siarkan di blog saya nanti, bila ada sebarang kenyataan Mokhtar Senik berhubung isu ini.

Ada baiknya juga sekiranya penafian Mokhtar Senik itu mendapat perakuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah sebagaimana yang Fadhli Ibrahim, anak saudaranya buat tuduhan terhadap Dr Hatta.


Saiful Azwan Wahai Mokhtar Senik apabila datang soalan ini kepada kamu hendaklah kamu berkata benar tanpa tergagap2 dan jawablah secara tenang,

1-Benarkah kamu pernah melarikan anak dara orang yakni isteri kamu sekarang ke Siam?

 2-Berapakah jumlah wang yang kamu bayar untuk tutup malu?

 3-Benarkah kamu ahli gerakan Al maunah?

 4-Benarkah kamu di penjara 6 bulan sahaja dan dibebaskan dengan bersyarat untuk beri maklumat pada Umno?

 5-Pernahkah kamu mencari pegawai JAIP utk mengambil duit One Off utk Sekolah Pondok kamu sedangkan ada pengetua lain menolaknya?

 6-Benarkah kamu membangunkan pondok kamu dengan duit Yayasan Pondok Satu Malaysia?

 7-Pernahkah kamu berjanji dengan Guru kamu sewaktu habis belajar di Pondok Pasir Tumbuh tidak akan "Berniaga Haji dan Umrah"?

 8-Benarkah kamu menggunakan kedudukan kamu untuk menjana ekonomi dgn menjual Pakej Umrah kepada orang yang mendengar setiap kuliah kamu?

 9-Benarkah juga kamu membuat Demotrasi di Pejabat Agung Pas dgn bantuan Umno?

10-Benarkah juga kamu marah pada Presiden sebab kamu tidak dicalonkan masa PRU 13 dulu? Copy Paste aje..kalau Ustaz boleh jawab lagi bagus..Adakah ini fitnah atau sebaliknya..boleh jawab relax2..take time

Persempadanan Semula : Hj Hadi sokong SPR ?

Posted: 16 Feb 2015 07:13 PM PST

Mampukah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
memujuk Presiden PAS menyokong pindaan tersebut?
The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.
 Kenyataan secara terbuka oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini membuktikan kebenaran dakwaan selama ini bahawa SPR adalah badan pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah. 

 Testimoni yang dikumpul ketika Tribunal Rakyat pada September 2013 yang lalu pernah mendedahkan kewujudan ahli-ahli parti politik yang aktif menjadi petugas SPR ketika Pilihan Raya Umum yang ke 13 lepas. Sebelumnya, timbul dakwaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR juga mempunyai keahlian dalam Umno.

 Keengganan SPR untuk membersihkan senarai undi walau sudah dibuktikan sebagai bermasalah kini boleh difahami sebab-musababnya. 

Penemuan kes-kes penyelewengan dan pelanggaran peraturan pilihan raya pada PRU13 oleh Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau), ditambah dengan keengganan SPR untuk bertanggungjawab dalam kes dakwat kekal; memuktamadkan segala dakwaan.

  Dalam PRU-13 lalu, PR kalah dari segi kerusi (89 kerusi) tetapi jumlah undi popular lebih memihak kepada pihak PR dengan meraih 50.87%  berbanding BN yang mendapat 47.38% (133 kerusi).

 Jumlah undi yang sedikit menguasai keadaan.Di sinilah liciknya percaturan SPR dalam mengatur persempadan kawasan pilihanraya.

 BN khasnya Umno dikatakan sedang memujuk PAS agar bersetuju dengan persempadanan baru ini bagi membolehkan ia diluluskan.

 Jika PAS bekerjasama dengan Umno menyokong pindaan itu dan bermakna PAS mengkhianati rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP yang tidak bersetuju persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat oleh Suruhanaya Pilihan Raya (SPR).

 Maka amat malang sekali sekiranya Presiden PAS, Hj Hadi masih mahu terus menyokong pindaan persempadanan semula yang mengikut katanya akan mampu menambahkan jumlah kerusi PAS?? Kekeliruan Hj Hadi dalam perkara ini adalah amat dikesalkan.

Tiada ulasan: