Ahad, 15 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"Kita bersahabat sampai ke akhirat" ( BAHAGIAN 1 )

Posted: 15 Feb 2015 06:56 AM PST

MSO



Bila ada sesuatu untuk dibincangkan Tokguru akan panggil.
Selama mengenali Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat 48 tahun lampau banyak juga peristiwa dan kenangan bersamanya yang sempat dikutip dan disimpan dalam peti kenangan sebagai bukti sejarah antara saya dengannya.

Dalam tempoh itu saya bernasib bagi diberi kesempatan bukan sahaja mengenali beliau sebagai seorang da'i dan murabbi, tetapi sebagai ahli politik dan juga pemimpin selaku MB Kelantan selama 22 tahun. Saya juga bernasib baik kerana boleh berkawan dan menjadi anak nakal kepadanya.

Peluang yang diberikan Allah ini saya sifatkan satu tuah dan tiada nilai buat saya, insya-Allah saya akan gunakan sebaik mungkin untuk diuruskannya menjadi sebuah biografi kenangan saya dengan Tokguru.

Saya mula mengenali Tokguru pada tahun 1967 menerusi gambar posternya sebagai calon Pas pada pilhan raya kecil Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa). Ayah saya (Omar Othman, Allahyarham) yang membawa balik poster Almarhum itu apabila beliau turun ke Pengkalan Chepa bersama beberapa rakannya, berkempen untuk Tokguru Nik Aziz yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya mewakili Pas.  Pilihan raya kecil itu diadakan berikut kematian wakil Pas.

Bagaimana pun pengenalan menerusi fizikal atau jabat salam pertama dengan Allahyarham berlaku selepas10 tahun kemudian, sekitar tahun 1978 apabila saya sudah remaja. Dan perkenalan yang membawa makna dan tuah besar ini yang membawa kepada perkenalan hingga ke akhir hayat terjadi ialah pada tahun 1991.

Buku penghubung saya dengan Tokguru.
Saya tidak sangka perkenalaan yang merintis kepada hubungan spritual lebih jauh dari itu dengan Allahyarham berlaku menerusi karya saya; buku politik yang mengulas mengenai perlantikannya sebagai MB Kelantan disamping memperkenalkan (introduction) siapa Nik Aziz, berjudul; "Kelantan Selepas Pantang - Sempena 100 Hari Ustaz Nik Aziz Jadi Menteri Besar Kelantan". Buku ini diterbitkan pada Disember 1991.

Buku inilah yang mengenalkan Tokguru dan melekatkan nama Mohd Sayuti sebagai penulis kerdil di dinding mindanya. Ia bermula daripada pembacaan Tokguru mengenai kisah seorang bernama Pak Da Che Lah (nama sebenarnya Abdullah bin Kotok) yang saya nukilkan dalam buku berkenaan. Pak Da Che Lah merupakan orang kuat Pas dikampung saya dimana pegangan politiknya sangat konsevertif dan fanatik kepada Pas.

Pak Da Che Lah ini tidak dapat menerima kekalahan Pas sehingga jatuhnya kerajaan Pas berusia 18 tahun dalam pilihan raya penuh kontroversi dan tipu muslihat, 1978. Malam itu beliau seakan hilang akal dan mengamuk kerana tidak dapat menerima keputusan yang kerajaan Kelantan sudah jatuh ke tangan Umno-BN.

Semasa Tengku Razaleigh Hamzah membuat pengumuman menerusi siaran langsung di radio, tol di jambatan Sultan Yahya Petra dimansuhkan sebagai janji Umno, Pak Da menyambar sebilah parang dan terus terjun dari jemboran mengibas-ngibas perang dalam gelap malam seraya melaung; aku akan tetap berjuang dalam Pas walaupun seorang diri.

Allah hendak menyambungkan silaturahim lebih rapat dan erat antara saya dengan Tokguru. Apabila Tokguru membaca nukilan itu menyebabkan beliau teringin berjumpa dengan Pak Da Che Lah sekaligus mengenali lebih rapat dengan saya sebagai penulis buku itu.

Perkara ini diceritakan Abdul Fatah Haron mengenai hasrat Tokguru itu. Abdul Fatah yang ketika itu selaku Setiausaha Pas Kawasan Rantau Panjang telah memaklumkan kepada Yaacob Awang Besar (yang menjadi bapak mertua saya) akan hasrat Tokguru itu.

Suatu hari ketika menghadiri satu majlis atas urusan kerja (wartawan) saya berjumpa dengan Tokguru beliau bertanyakan pasal watak Pak Da Che Lah dalam buku itu. Sikap spontan itu menunjukkan episod yang dibaca itu subur dalam ingatannya.

"Kalau enta ada masa, boleh ke datang ke pejabat, nak berbual sikit pasal Pak Da Che Lah....yang enta tuliskan itu," begitulah suara dan minta Tokguru dalam kesempatan itu. Dari situlah bermulanya perkenalan dan hubungan rapat dengan Allahyarham sehinggakan saya kerap dipanggil untuk meminta mengulas sesuatu isu atau pun menulis sesuatu perkara yang diingini. Selain itu untuk bertanya soal-soal termasuk mengenai kemelut di dalam Pas. Apa yang dikehendaki ialah pandangan bebas dari saya sebagai penulis.

"Enta sebagai seorang penulis tentu dapat banyak maklumat, boleh kita kongsi-kongsikan.." demikian ujar Tokguru penuh berdiplomasi. Walaupun dia tidak menunjukkan seorang pemimpin yang "profesional" dan sistemetik tetapi beliau tetap menjaga soal maruah dan integriti seperti mana dianutinya. Allahyarham bukan seorang yang suka memaksa mengikut kepercayaan secara melulu tetapi dia akan mendidik dan mentarbiyah dengan penuh berhikmah. Beliau juga menghormati sesiapa saja dan tidak pernah memperlekehkan pandangan orang lain.

Bagi saya bakat kecil yang dikurniakan Allah sangat memberi "signifiken" besar dalam pengenalan dan hubungan saya dengan Tokguru. Menerusi bakat kecil itulah membawa saya rapat dan ada kalanya mendapat layanan sehingga dicurigai oleh setengah orang. Banyak orang tidak tahu saya secara diam-diam diminta olehnya secara tidak langsung menjadi pemantau politik dan pentadbirannya dan juga pimpinan Pas yang lain. "Enta kena pakat-pakat tolong untuk Islam," inilah perkataan dan seruannya.

Malangnya ada juga mereka yang tidak mengenal hati budi saya dan mengetahui asas keluhuran hubungan saya dengan Tokguru membuat berbagai tuduhan yang senak untuk disebutkan, kadang kala Tokguru meminta saya banyak-banyak bersabar. Ada juga sesekali saya mengadu kepadanya.

Dalam menilai Tokguru sebagai pemimpin, saya dapati beliau seorang yang analitikal. Beliau tidak mudah membuat sesuatu keputusan berdasarkan pandangan setengah pihak. Misalnya kalau ada perbalahan dan perselisihan antara dua pihak atau individu, beliau akan mencari orang tengah untuk membantunya mengatasi masalah itu. Selepas beliau berpuas hati dengan penyelidikan dan semakan barulah dibuat keputusan.

Pegangan dan keyakinan Tokguru dalam membuat apa-apa keputusan dan tindakan, beliau akan bepandukan kepada Quran dan Nas. Beliau sesekali tidak membuat tindakan dan mengambil keputusan tanpa ada sandaran yang jelas dan konkrit. Banyak contoh mengenai sikap tegas dan analitikal ini. Disini saya sebut satu contoh iaini mengenai harstanya untuk melakukan pemulauan (boikot) sebuah akhabr arus perdana yang banyak menyerang dan membuat fitnah kepadanya.

Secakit tulisan tangan beliau ini menjadi kenangan  abadi.
Secara diplomasi dan rendah diri beliau bertanya kepada saya mengenai cadangan itu, apakah ia boleh atau pun tidak serta ingin tahu apakah implikasinya kepada kerajaan dan parti. Saya memahami apa yang terdesak didalam hatinya itu, lekas-lekas memberi jawaban bersetuju dengan cadangan itu dengan sedikit pandangan.

"Boleh tok guru, molek... itu adalah satu tindakan yang baik, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah juga, sebab bergaduh dengan media massa kita tidak akan pernah menang," kata saya. Selepas termenung sejenak beliau bersuara;

"Tetapi surat khabar ini ana kira sudah melampau sangat..dah, " dia tidak berpuas hati dan mengharapkan saya memberi pandangan menyokong pandangannya.

"Kalau begitu tok guru, boleh mulakan..." kata saya. Ikhlas dalam banyak perkara apabila saya berjumpa Tokguru saya akan banyak mendamaikan jiwanya daripada menganggu perasaanya. Didikan yang saya terima bila berdepan dengan orang bernama tuan guru, kita perlu mendamaikannya bukan mendatangkan masalah. Didikan itu banyak mempengaruhi saya sepanjang berkawan dengan Allahyarham.

Walaupun saya setuju, beliau sebaliknya tidak terus menyetujui, tetapi memberi hujah sokongan ke atas cadangan itu.

"Dalam Islam pun ada perkara pulau memulau ini," katanya memberi hujah ke atas cadangan itu. "Enta bacalah dalam satu surah dalam Quran mengenai pemuda yang diajak berperang tetapi tidak mahu pergi berperang akhirnya mereka diperintah oleh Nabi dipulaukan, jangan tegur dan bercakap dengan mereka beberapa hati. Bagi ana kejadian ini adalah "boikot." Panjang lebar beliau menjelas dan memberi tafsiran atas perintah dalam Quran itu.

Ertinya apa-apa tindakan yang hendak dilakukan walaupun jelas perbuatan akhbar berkenaan menyakitkkan hatinya kerana menimbulkan provokasi dan fitnah, tetapi beliau tetap mencari hujah dan dalil-dalilnya. Tokguru tidak akan bertindak kalau tidak ada hujah dan dalil-dalilnya. Di sinlah saya melihat Tokguru seorang pemimpin, yang bukan sahaja bijak berkata-kata (retorik) dengan ayat-ayat Quran dan hadith tetapi beliau akan cuba mengamalkan seboleh-boleh yang mungkin.

Satu pengalaman menunjukkan sikap adil dan saksama diamalkannya, dilalui oleh saya apabila saya mencadangkan kepadanya agar mengambil tindakan kepada beberapa pemimpin Pas Kelantan yang didapati sedang membuat pelan senyap untuk menjatuhkan sebagai MB Kelantan. Dari maklumat yang diperolehi saya memantau perkara ini dan apabila ia sampai ke peringkat serius saya menyuarakan kepada Allahyarham akan membendungnya.

Beliau mendengar saja apa yang saya ceritakan itu dan "perhati". Dua tahun berlalu beliau tidak membuat apa-apa tindakan susulan sehinggalah keadaan menjadi lebih parah menyebabkan saya terpaksa mengulangi dan mendesaknya bertindak. Allahyarham kurang senang dengan cara saya yang dilihat sebagai agresif.

"Ana tidak boleh bertindak tanpa ada bukti-bukti yang cukup," jawabnya dengan nada tegas. "Kalau ana bertindak tanpa ada bukti, ana akan berlaku zalim, tetapi kalau sudah ada bukti tetapi ana tidak bertindak ana tidak melakukan keadilan. Mari bukti.. mari..!" sambungnya lagi. Saya memahami keadaan kenapa Tokguru jadi sedikit kurang selesa dengan desakan saya itu kerana dia tidak mahu terlibat dengan fitnah.

Apabila Tokguru meminta bukti saya mengambil sedikit masa untuk menyiapkan bukti mengenai apa yang saya ketahui itu. Setelah menyerahkan bukti yang saya sebutkan itu secara materialistik, Tokguru terus bertindak. Beliau tidak menunggu masa panjang, dua minggu selepas itu beliau mengambil keputusan memeranjatkan dengan memecat beberapa orang yang terlibat dengan "grand design" untuk menjatuhkannya.

Begitulah sikap dan sifat Tokguru. Seorang yang sangat halus, teliti dan berhati-hati dalam apa juga perkara dan setiap apa yang hendak dilakukan mestilah jelas dipandukan oleh Quran dan Hadith. Tidak hairan kerana ini sangat bersesuaian sekali dengan apa yang menjadi seruan dan peringatkan kepada saya bila setiap kali bersamanya, baik waktu makan, sambil mengurut betisnya atau ketika serius di meja dinasnya. Katanya, kita berbuat sesuatu biarlah kerana Lilahitaala. 

Dan saya setiap kali berjumpa dengannya dan takkala mahu berpisah akan memeluknya erat dan membisikan ditelinganya; Tokguru doakan ana agar selamat dunia akhirat dan istiqamah dalam menyokong perjuangan Tokguru untuk Islam. Selepas itu saya akan mengucup tangannya dan berlalu dengan mata yang berkaca. Begitulah.

Kini aksi dan peristiwa sedemikian tidak mungkin akan berulang lagi. Cuma apa yang saya mampu lafaz dan munajakkan,  kini, "Tokguru jangan lupa doakan ana dari atas singgahsana indah yang Tokguru takhtai kini. Ana berharap biarlah ana juga sampai ke sana untuk bersimpuh di hadapan Tokguru kandatipun pun di atas sejadah robek. Kan kita sudah berjanji persahabatan kita bukan saja setakat di dunia ini, tetapi sampai ke akhirat."

Nota kenangan dan peristiwa lain saya bersama Tokguru, baik percandaan, bergaduh, berdebat dan kritikan saya kepadanya akan dilengkapi dalam sebuah memoir saya dengannya yang kini dalam proses penulisan dan penerbitan. Wassalam Mso.

Semakin lunturkah akhlak ahli dan pemimpin PAS?

Posted: 15 Feb 2015 06:45 AM PST

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Meskipun PAS mengisytiharkan bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam, pada umumnya, fe'el politiknya memang tidak banyak berbeza dengan perangai parti-parti politik sekular yang lain. 
 
Ini dapat dilihat daripada tindak tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin-pemimpin utamanya seperti dalam isu tuntutan dan pendedahan segelintir ahli-ahlinya yang mahu beberapa pemimpin disiasat dan dipecat kerana cuba mengkhianati presiden. 
 
Ahad lalu, 8 Februari 2015, beberapa pemimpin peringkat Dewan Pemuda PAS negeri memberanikan diri untuk berdemonstrasi di hadapan ibupejabat PAS Pusat mendesak Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta  Ramli, dipecat.
 
Mereka mendakwa bahawa Ahli Parlimen Kuala Krai itu menjadi dalang bersama empat pemimpin kanan PAS lain merancang untuk menjatuhkan presiden, Datuk Seri Haji Abul Hadi Awang.
 
Dengan yakin mereka mengedarkan kepada wartawan dalil mengapa mereka membuat tuntutan itu. Antaranya ialah cetakan maklumat perbincangan dalam internet Dr Hatta dengan beberapa pemimpin PAS mahu menggerakkan konspirasi itu. 
 
Ada pihak membaca tindakan yang agak memeranjatkan itu sebagai satu ledakan penyokong-penyokong pimpinan ulama atau 'Geng Ustaz' terhadap cabaran yang semakin lantang dan ketara yang ditunjukkan oleh golongan sekular/progresif/Anwarinas atau Erdogan dalam pimpinan PAS.
 
Peristiwa itu agak memeranjatkan pimpinan PAS, terutama Haji Hadi sendiri. Sesunguhnya adab dan akhlak yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS ini, walau apapun alasannya, bukanlah tradisi PAS.
 
PAS amat prihatin soal akhlak. Sesungguhnya melondehkan masalah 'rumahtangga' menjelang mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang kemudian disusuli mesyuarat kontroversil Majlis Presiden Paktan Rakyat pasti mengundang liputan meluas media.
 
Lazimnya PAS lebih gemar membincangkan pertikaian dalamannya secara rahsia walaupun terhadap pemimpinnya yang dilihat mengkritik secara terbuka seperti kes bekas Naib Presidennya, Datuk Hasan Ali kira-kira tiga tahun lalu.
 
Meskipun pakar motivasi itu memang ada menggerakkan 'roadshow' untuk mendedahkan 'parasit politik' dalam PAS, reaksi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin amat bersusila dan terkawal. 
 
Bagaimanapun rentetan insiden 8 Februari lalu, berlaku pula percubaan jenayah untuk membakar kereta Dr Hatta malam Sabtu lalu. 
 
Malangnya, tiba-tiba kejadian yang sudah dilaporkan kepada pihak polis itu diputar oleh pemimpin-pemimpin PAS golongan progresif untuk membabitkan pihak luar PAS.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefley Ahmad dan Abdul Khalid Samad bingkas menuduh bahawa insiden itu bukan dilakukan oleh ahli-ahli PAS dan menuding jari pada pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada masalah perpaduan yang sedang dihadapi oleh parti itu.
 
"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
 
Begitu juga reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad yang percaya kejadian itu adalah satu tindakan provokasi oleh musuh-musuh PAS yang cuba memburukkan lagi masalah dalaman parti itu.
 
"Apabila masalah dalaman parti diketahui umum, musuh-musuh kita akan mengeksploitasi dan membuatnya kelihatan seolah-olah ia adalah hasil daripada persengketaan dalaman," kata Khalid.
 
Demikian bukan akhlak PAS sebagai sebuah parti Islam. Sekurang-kurangnya pihak yang menuduh bahawa ada konspirasi mahu menjatuhkan presiden cukup bertanggungjawab dengan mengemukakan hujah dan bukti. 
 
Malangnya, kedua-dua pemimpin yang dikatakan aktif dengan dan agak akrab dengan golongan Erdogan itu hanya melemparkan tuduhan bahawa insiden cuba membakar kereta Dr Hatta itu dilakukan oleh terhadap pihak "luar" PAS.
 
Adakah taktik yang digunakan oleh dua pemimpin yang dikenali rapat dengan golongan Anwarinas ini bertujuan "mempertahankan keluhuran adab ahli-ahli PAS"?
 
Atau, adakah sebenarnya kenyataan mereka ini adalah satu percubaan mengalih pandangan umum yang mulai meragui keutuhan perpaduan dalam PAS kerana dikocakkan oleh golongan yang pernah dianggap "parasit" dalam itu?
 
Jika demikian mengapa mereka tidak terus sahaja menuduh golongan yang berdemonstrasi untuk mempertahankan ulama itu sebagai "bersubahat dan mungkin juga ditaja" pula oleh pihak luar PAS?
 
Hakikat bahawa ada laporan berlaku "perdebatan hangat" hingga mendorong ahli Jawatankuasa Pusat PAS meninggalkan mesyuarat pagi itu kerana tidak bersetuju dengan pendirian dan kepemimpinan presiden memberi isyarat bahawa PAS kini dilanda sindrom penafian.
 
Oleh kerana tiada penafian rasmi dibuat oleh kepimpinan PAS mengenai insiden yang tegang dalam mesyuarat itu, ia terus menyemarakkan persepsi bahawa sebenarnya tuduhan konspirasi terhadap Haji Hadi adalah sesuatu yang berasas dan digerakkan dari dalam barisan pimpinan PAS sendiri. 
 
Soal pembinaan akhlak yang luhur dan Islami adalah inti perjuangan PAS. Pemimpin agung PAS seperti Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah berkompromi dalam isu ini. 
 
Beliau tidak segan silu atau bersikap apologetik apabila menegur ahli-ahli PAS supaya sentiasa menzahir dan menjunjung akal budi muslim yang tinggi. Soal akhlak mulia tidak boleh dijual beli atau dijadikan modal politik. 

Dakwaan pindahkan pengundi ke Permatang Pauh tidak berasas - Reezal Merican

Posted: 15 Feb 2015 06:42 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa Umno memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, adalah sangat tidak berasas.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
 
"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.
 
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal pada Sabtu mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
 
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
 
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
 
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
 
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
 
"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
 
"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
 
"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.
 
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
 
"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.
 
 
 Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
 
"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal semalam mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
 
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
 
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
 
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
 
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
 
"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
 
"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
 
"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.
 
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
 
"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.

Subramaniam umum tanding kerusi presiden MIC menentang Palanivel

Posted: 15 Feb 2015 06:38 AM PST

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam bercakap di depan perwakilan parti itu di Pusat Konvensyen HGH, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Februari, 2015. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam bercakap di depan perwakilan parti itu di Pusat Konvensyen HGH, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,  



























 
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menyatakan hasratnya bertanding kerusi nombor satu parti, menentang penyandangnya Datuk Seri G Palanivel.

Mendakwa mendapat sokongan majoriti ahli yang katanya rata-rata tidak lagi mempercayai kepimpinan sekarang, beliau juga menyarankan Palanivel memberi laluan mudah kepadanya dengan mengundur diri secara sukarela.

"Saya membuat keputusan ini setelah melihat keadaan MIC sekarang, ia dibuat atas kepentingan masyarakat India, ahli MIC dan bagi memastikan masa depan yang cerah untuk parti," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.


Terdahulu, Subramaniam membuat pengumuman bertanding kerusi presiden itu di hadapan lebih 1,000 perwakilan MIC yang hadir dalam satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadapnya.
Pengumumannya mendapat sokongan dari pemimpin lain yang hadir termasuk Naib Presiden G Saravanan, Ketua Wanita Mohana Muniandy dan Ketua Pemuda Sivarraajh Chandran.

Dengan pengumuman itu, ini kali pertama dalam tempoh 22 tahun kerusi presiden MIC itu dipertandingkan. Semalam, Palanivel mengesahkan hasrat mempertahankan kerusi itu.

Subramaniam berkata, tindakan itu dibuat kerana merasakan ada keperluan besar untuk melakukan perubahan dalam kepimpinan MIC dan bimbang akan hilang kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika ia tidak selesai sekarang.

"Kalau hendak berjaya PRU14 kena ada usaha kukuhkan parti mulai pada hari ini. Kalau tidak selesaikan dalam tempoh setahun, akan datang susah hendak bawa parti ke hadapan," katanya.

Mendakwa memperoleh sokongan dua pertiga akar umbi, beliau yang juga menteri kesihatan mencadangkan Palanivel meletak jawatan secara sukarela supaya tidak ada perebutan jawatan tertinggi parti dalam pemilihan semula yang akan diadakan kelak.

Katanya, sokongan yang diterimanya melibatkan 102 daripada keseluruhan 150 ketua bahagian MIC serta 2,500 daripada keseluruhan 3,700 cawangan parti seluruh negara.

"Ini lebih daripada majoriti. Apa yang saya boleh lihat, saya mendapat sokongan majoriti untuk bertanding dalam pemilihan ini.

"Kalau Palanivel ambil iktibar, dan secara kompromi mahu mengumumkan satu keputusan menawarkan diri untuk berundur daripada jawatan presiden, lebih senang. Perkara ini kita boleh selesaikan sendiri.

"Kalau tidak, kita akan bertanding," katanya.

Katanya, jumlah kehadiran besar ketua cawangan dan bahagian MIC yang hadir hari ini membuktikan akar umbi sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi yang ada sekarang.

Ia akibat krisis dalaman parti sehingga memaksa Pertubuhan Pendaftar (RoS) membubarkan semua pemegang jawatan pada peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan mengarahkan pemilihan semula, katanya.

Subramaniam berkata, apabila pemimpin akar umbi melihat krisis dalam kepimpinan parti, mereka hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

"Dalam sejarah MIC, tidak pernah sejumlah besar ketua cawangan dan bahagian datang ke perjumpaan dengan timbalan presiden.

"Kalau mereka datang secara sukarela, bermaksud dalam hati mereka tidak puas hati," katanya.
Subramaniam dalam perjumpaan hari ini turut menjelaskan kepada akar umbi yang barisan kepimpinan CWC yang dilantik pada 2009 akan mentadbir MIC buat sementara waktu sehingga selesai pemilihan semula.

Perkara itu mendapat persetujuan sebulat suara ahli parti yang hadir.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak esok bagi menyampaikan hasratnya bertanding dalam pemilihan pada Mei akan datang.

Mengulas tindakan Palanivel menggantung keanggotaan A Sakthivel, Senator Datuk Jaspal Singh dan Datuk V Mogan selama 12 bulan kerana mengadakan mesyuarat "haram", Subramaniam berkata keputusan itu tidak adil.

Katanya, memandangkan RoS mengiktiraf barisan CWC 2009, mereka berhak menghadiri mesyuarat itu.

"Tidak ada asas untuk pergantungan ini dan mereka mesti membuat rayuan. Kita akan beri sokongan penuh kepada mereka kerana ia tidak selaras dengan keputusan yang dibuat RoS," katanya.

Sementara itu, Saravanan ketika ditanya sama ada mahu meneruskan hasratnya bertanding presiden, beliau menyatakan sokongan penuh kepada Subramaniam dan mahu isu kerusi presiden diselesaikan segera.

"Saya sokong Subramaniam sepenuhnya. Kalau isu presiden selesai, semua masalah selesai. Masalah kita ialah presiden," katanya.

Saravanan pada 3 Februari lalu dilaporkan berkata beliau mungkin bertanding jawatan timbalan presiden atau presiden sekiranya mendapat mandat dan sokongan akar umbi.

Pemilihan semula MIC akan bermula Mei hingga hujung Julai, melibatkan peringkat cawangan pada April, bahagian pada Mei dan peringkat pusat pada Jun dan Julai.

MIC gantung 3 pemimpin adakan mesyuarat haram

Posted: 15 Feb 2015 06:34 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER


Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menggantung tiga ahli MIC kerana mengadakan mesyuarat tidak sah walaupun sudah diberi amaran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2015.Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menggantung tiga ahli MIC kerana mengadakan mesyuarat tidak sah walaupun sudah diberi amaran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 


Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel hari ini menggantung keahlian 3 pemimpin parti selama setahun kerana mengadakan mesyuarat "tidak sah" di ibu pejabat parti itu pada Jumaat.

Mereka ialah Sakthivel Alagappan, Datuk Jaspal Singh dan Datuk Mogan Velayatham yang masing-masing merupakan setiausaha agung, bendahari agung dan pegawai penerangan parti dalam barisan jawatankuasa kerja pusat 2009.

Palanivel berkata mereka bertiga tidak menghiraukannya dan terus mengadakan mesyuarat itu walaupun beliau menghantar surat kepada Sakthivel pada Khamis, mengarahkan perjumpaan itu dibatalkan.


"Tidak diragui lagi yang tindakan individu-individu ini jelas memudaratkan kepentingan MIC.

"Dengan kuasa yang diberi kepada saya sebagai presiden MIC di bawah Perkara 61.1 Perlembagaan MIC, saya menggantung keahlian mereka dalam MIC untuk tempoh 12 bulan berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Palanivel berkata surat penggantungan dikeluarkan kepada ketiga-tiga mereka semalam.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum India itu sedang menghadapi krisis selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkannya mengadakan pemilihan baru bagi jawatan eksekutif tertentu dan jawatan dalam jawatankuasa kerja pusat, atau berdepan risiko parti dibatalkan.

Tetapi, Palanivel dituduh menangguhkan urusan pemilihan baru dengan harapan mengukuhkan pengaruhnya ke atas parti melalui pelantikan pemimpin negeri yang baru.

Ini menimbulkan kemarahan pengkritiknya walaupun beliau menegaskan sedang melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan.

Palanivel berkata hari ini, 3 pemimpin itu bukan pemegang jawatan kanan dalam parti, kerana Perkara 49 perlembagaan parti jelas memperuntukkan yang hak tunggal dan mutlak melantik setiausaha agung, bendahari agung dan pegawai penerangan terletak pada presiden.

Katanya, beliau melantik Datuk S Sothinathan, Datuk S Murugesan dan L Sivasubramaniam sebagai setiausaha agung, bendahari agung dan pegawai penerangan MIC, dan pengumuman tersebut dibuat pada 9 Februari.

Sakthivel dilantik setiausaha agung oleh Palanivel pada Mei tahun lepas, dan memegang jawatan itu selama kira-kira 7 bulan sebelum dia digantikan oleh A Prakash Rao.

Bagaimanapun, Palanivel menggantikan Prakash Rao dengan Datuk Kumar Silambaram awal Januari tahun ini sebelum diganti pula dengan dengan Sothinathan Isnin lepas.

Sebelum Sakthivel, jawatan tersebut dipegang S Murugesan, yang dilantik Palanivel, yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Adakah peguam negara setuju Shafee serang Anwar, soal DAP

Posted: 15 Feb 2015 06:31 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2015.Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


DAP mahu Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan sama ada Jabatan Peguam Negara membenarkan tindakan menyerang dan mengkritik seorang yang sudah disabitkan bersalah, susulan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atasnya Selasa lepas.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihatkan Shafee, yang mengetuai pendakwaan dalam kes Liwat II ketua pembangkang itu, supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengecam Anwar dan mengulas mengenai kes itu lagi.

Katanya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya itu selepas pensabitan Anwar memalukan dan menghina pejabat Peguam Negara.


"Adakah Gani memberi kebenaran kepada kenyataan yang dikeluarkan yang menyerang dan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitannya? "Adakah fiat diberikan Peguam Negara kepada individu persendirian dalam perkara jenayah selepas urusan yang ditugaskan kepadanya itu dibereskan di mahkamah?

"Tidakkah ia satu salahguna kuasa Peguam Negara, sama ada secara peribadi atau melalui timbalannya atau orang yang diberi kuasa olehnya, untuk meneruskan serangan terbuka terhadap seseorang yang disabitkan bagi pihaknya selepas pendakwaan berakhir?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata ini satu perkara serius kerana Peguam Negara itu dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya dari kedua-dua segi, baik undang-undang mahu pun etika, sebagai Pendakwa Raya.

"Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mendakwa. Ia berhenti di situ.

"Saya sebagai ahli Parlimen mesti mengutuk sebarang tingkahlaku di pihak Peguam Negara yang menindas dan dianggap satu penyalahgunaan proses dan kuasa.

"Tiada seorang pun harus berbangga apabila menyerang orang lain yang tidak boleh mempertahankan dirinya," kata ahli Parlimen Puchong itu.

Shafee dikritik peguam kerana mengatakan Anwar seolah-olah pengecut kerana memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh ketika diperintah membela diri di peringkat perbicaraan kes liwatnya.

Dalam satu temubual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.

Rebah ketika ceramah Ustaz Kazim

Posted: 15 Feb 2015 03:24 AM PST


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli turut melawat di Jabatan Forensik HRPB, hari ini. - Foto Sinar Harian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli turut melawat di Jabatan Forensik HRPB, hari ini. - Foto Sinar Harian


IPOH - Seorang wanita warga emas tiba-tiba rebah ketika menghadiri kuliah bulanan yang disampaikan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias di Kediaman Menteri Besar Perak, di sini, pagi tadi.

Lat Senawi, 75, adalah salah seorang peserta lawatan penduduk dari Kampung Keluarga Bahagia, Kuala Perlis tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika kuliah baru bermula.

Kemudiannya, dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sebelum disahkan meninggal dunia.

Turut mengiringi jenazah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Mohd Kazim.‎

Selesai urusan di HRPB, jenazah di bawah ke Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi untuk disolatkan dengan diimamkan sendiri Mohd Kazim.

Ceramah berkenaan anjuran Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (Kadir) yang diadakan secara bulanan.

Mesej Valentine's buat Nik Aziz di Melbourne

Posted: 15 Feb 2015 02:51 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Rakyat Malaysia di Melbourne, Australia mengambil kesempatan menghantar mesej Valentine's atau hari kekasih kepada allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat melalui papan iklan elektronik besar di kota itu.

Gambar "We Love TGNikAziz" dan "Msians Love TGNikAziz" di papan yang digelar "Billboard of Love" (Papan Iklan Cinta), menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak diketahui siapa pemiliknya.

Papan iklan 26 meter yang diletakkan di Bourke St itu dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi Telstra dan didedikasikan untuk sambutan hari kekasih yang berlangsung setiap 14 Februari.

Orang ramai boleh menghantar mesej "cinta" kepada syarikat telekomunikasi itu untuk disiarkan di papan iklan elektronik tersebut.

Seorang pelajar Malaysia di Melbourne yang tidak mahu namanya disebut turut mengambil kesempatan sama dengan menghantar mesej bertulis "Melbourne love TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)".

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi Whatsapp, beliau berkata, beliau menghantar pesanan itu sebagai lambang menyayangi Nik Aziz.

"Kalau hari kekasih, orang selalu akan berikan ucapan kepada kekasih. Tetapi kami (bersama rakan-rakan) pilih untuk zahirkan kepada tuan guru Nik Aziz," katanya.

Bekas menteri besar itu meninggal dunia pada Khamis lalu di usia 84 tahun.

Semasa hari pengebumiannya Jumaat lalu, puluhan ribu orang ramai membanjiri kawasan kediamannya dan tanah perkuburan tempat jenazah disemadikan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.

Nik Aziz seorang ahli politik dan ilmuwan Islam yang dihormati kawan dan lawan.

Hari kekasih: 11 pasangan ditahan

Posted: 15 Feb 2015 02:48 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 11 pasangan yang dipercayai bersekedudukan tanpa ikatan sah dalam Operasi Mawar Merah sempena Hari Kekasih, sejak petang semalam hingga awal hari ini.

Penolong Pegawai Penguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd Rahman berkata operasi bermula pukul 3 petang semalam berakhir sekitar 4 pagi tadi itu menumpukan premis hotel di sekitar bandar raya ini sebagai sasaran utama.

"Operasi mencegah aktiviti tidak bermoral berkenaan dimulakan pada siang hari kerana sedar ia boleh berlaku pada bila-bila masa lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Kekasih seperti ini.

"Jangkaan itu tepat kerana daripada 10 serbuan yang dilakukan pada sebelah siang, sebanyak dua pasangan yang bukan suami isteri ditemui sedang bersekedudukan di dalam bilik hotel," katanya kepada pemberita selepas operasi terbabit berakhir.

Hafiz berkata secara keseluruhan, sebanyak 30 serbuan dilakukan dalam operasi yang disertai 20 anggota dan pegawai Bahagian Penguat kuasa JAIJ.

Beliau berkata kesemua 11 pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat, yang boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hafiz berkata, dalam operasi itu, JAIJ turut dikejutkan dengan penemuan seorang wanita berumur 32 tahun dan bayinya yang dipercayai anak luar nikah yang masih belum didaftarkan di dalam satu daripada bilik hotel yang diserbu.

"Bagi kes ini, JAIJ mengeluarkan notis untuk hadir ke pejabat JAIJ untuk membantu siasatan kerana disyaki atas kesalahan persetubuhan luar nikah," katanya.

Menurut Hafiz, antara yang turut ditahan dalam operasi berkenaan adalah wanita berumur 22 tahun dari negeri pantai timur yang datang ke sini untuk menemui pasangannya, iaitu rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.

Katanya, daripada rekod yang diperoleh daripada pihak hotel, pasangan berkenaan didapati sudah mula menginap di hotel berkenaan pada satu malam sebelum serbuan dilakukan.- Bernama

Tanding di K'tan mungkin ganggu kerjasama

Posted: 15 Feb 2015 02:46 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi memberi fokus kepada proses pemulihan banjir di kawasan Kelantan Selatan dan Kelantan Tengah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata proses pasca banjir memerlukan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, dan sekiranya BN bertanding di kawasan DUN Chempaka, ia mungkin akan mengganggu proses kerjasama itu.

Khairy berkata demikian selepas menghadiri karnival 'Walk-A-Run' yang dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Lama Kolej Tunku Kurshiah, yang dirasmikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Pusat Sukan Air, di Putrajaya hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.

Mengenai karnival itu, Khairy berkata ia adalah satu usaha mengumpul dana bagi memulihkan padang Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek.

Terdahulu, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah Tan Sri Dr Rafiah Salim berkata kolej itu memerlukan RM500,000 bagi membaiki pulih padang itu bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan.- Bernama

Pasma: Muktamar harapan terakhir PAS

Posted: 15 Feb 2015 02:44 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pulangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pangkuan ilahi menandakan tamatnya era pemimpin kanan PAS yang memberikan komitmen tinggi untuk kerjasama politik parti-parti pembangkang.

Perubahan itu sudah dirasakan, terutamanya selepas allahyarham tidak aktif selepas pilihan raya umum ke-13 lalu kerana menderita barah, kata Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

"Dulu kita nampak tokoh itu kuatkan Pakatan dan tolak hubungan (PAS) dengan Umno. (Presiden PAS ketika itu Datuk) Ustaz Fadzil Noor disokong kuat Tok Guru Nik Aziz.

"Sekarang tokoh kuat Pakatan itu tidak ada," kata ketua NGO itu Phahrolrazi Zawawi kepada Malaysiakini.

Pasma sebuah NGO lantang yang digerakkan oleh sebahagian besar anggota PAS.

Phahrolrazi berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi tulang belakang Pakatan.

Kata Phahrolrazi, prospek masa depan PAS dalam Pakatan tidak menentu dengan gandingan baru Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Dengan pendirian yang ada itu, nampak keadaan tak menentu.

"Jadi muktamar sangat penting," kata Phahrolrazi.

Muktamar kali ini akan turut menyaksikan pertandingan merebut jawatan-jawatan dalam parti.

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat

Posted: 15 Feb 2015 02:34 AM PST


MSTAR ONLINE


SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. - BERNAMA

PAS Yakin Bukan Ahli Parti Bakar Kereta Hatta Ramli

Posted: 15 Feb 2015 02:32 AM PST


Oleh: AKIL YUNUS


Khalid Samad.
 
 
PETALING JAYA: Pemimpin PAS yakin tindakan membakar kereta pacuan empat roda milik Pengarah Pilihan Raya parti, Dr Mohamad Hatta Ramli bukannya dilakukan oleh ahli parti yang berang dengan pemimpin berkenaan. 

Mereka yakin insiden tersebut merupakan  tindakan provokasi yang dilakukan oleh musuh PAS, yang sengaja ingin memburukkan  krisis dalaman parti yang sedang berlaku.

"Apabila masalah dalaman parti mula didedahkan kepada pengetahuan umum, pihak lawan akan mengeksploitasinya agar ia kelihatan seperti persengketaan dalaman yang sangat serisu," kata Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid samad pada Sabtu.

Kereta pacuan empat roda milik Mohamad Hatta ditemui terbakar dihadapan rumahna dii Hulu Kelang pada awal pagi Sabtu.

Insiden tersebut didakwa dilakukan oleh penyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penyokong Abdul Hadi mendakwa Hatta dan beberapa orang pemimpin PAS terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulinkan Hadi.

Minggu lalu, sekumpulan ahli PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pahang, Fadli Ahmad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat parti Ahad lalu dengan menggesa Hatta meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, Khalid yakin ahli parti terlibat dengan demonstrasi minggu lalu tidak akan melakukan perbuatan ekstrem seperti yang berlaku.

"Saya ragu-ragu ahli PAS  sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Ini bukan budaya kita. Bukan itu sahaja, demonstrasi yang dilakukan minggu lalu juga sangat bodoh.

"Kumpulan tersebut cuba untuk menunjukkan diri mereka ingin mempertahankan kepimpinan ulama dan presiden, hanya kerana pemilihan parti semakin hampir," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata semuanya terpulang kepada presiden untuk campur tangan serta meredakan situasi yang berlaku.

"Oleh kerana kumpulan ini mendakwa mereka merupakan penyokong Abdul Hadi, mungkin mereka akan dengar sekiranya Abdul Hadi mengarahkan mereka supaya menghentikan apa jua tindakan yang boleh mencalarkan nama baik parti.

"Namun ini bukanlah gaya kepimpinan presiden, kita hanya boleh tunggu dan lihat. Ini  juga  satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, " tambah Khalid.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad merasakan Abdul Hadi tidak harus diheret dalam isu tersebut kerana beliau tidak pernah memihak kepada sesiapa.

Beliau berkata ahli PAS juga tidak seharusnya tunduk terhadap sebarang provokasi daripada pihak lawan, yang ingin melihat parti itu berpecah-belah.

"Semangnya ada isu dalaman yang berlaku, kita tidak perlu menafikannya, insiden yang berlaku terhadap Dr Hatta, bukanlah dilakukan oleh ahli PAS.

Shabery : Pimpinan UMNO Tentukan Status DUN Chempaka

Posted: 15 Feb 2015 02:29 AM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Dalam konteks di Kelantan masa ini, kita ada pilihan sama ada menjaga rakyat atau mencari wakil rakyat.

"Menjaga rakyat seharusnya menjadi keutamaan apa lagi di sana masih ada beribu orang yang tak selesai dari segi perumahan (untuk mangsa banjir)," katanya di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas mengenai pandangan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka.

Menurut Mustapa untuk mencari wakil rakyat, ia memerlukan perbelanjaan yang besar selain melibatkan tenaga dan masa.

Justeru katanya, segala peruntukan, masa dan tenaga untuk menghadapi PRK itu boleh dialihkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan.

UMNO Permatang Pauh Guna Strategi Kempen Baharu

Posted: 15 Feb 2015 02:27 AM PST

RAKYATNEWS


perhimpunan agung umno 2014, pau2014, presiden umno, najib razak, timbalan presiden umno, muhyiddin yassin, pemuda umno, khairy jamaluddin, puteri umno, mas ermieyanti, wanita umno, shahrizat abd jalil, rosmah mansor, rakyatnews malaysia, rakyat post, malaysiakini, agenda daily, rakyat marhaen, theedgemarket, malaysian insider, utusan malaysia, berita harian, metro harian, sinar harian, keadilan daily
 


BUKIT MERTAJAM - Umno Permatang Pauh tidak akan mengekalkan cara berkempen yang lama sebagaimana pilihan raya yang lepas untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh.   

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, pihaknya tidak akan mengulangi skrip yang sama dengan menampilkan calon bukan anak tempatan, payung terjun dan sebagainya sekiranya ada pilihan raya kecil di kawasan itu.
 
"Di peringkat Barisan Nasional Permatang Pauh dan negeri, kita telah mengadakan dua mesyuarat awal bersama parti komponen yang lain untuk persiapan kita. Keseluruhannya jentera pilihan raya telah kita tubuhkan, cuma perjalanan dan gerakan akan kita fikirkan selepas 24 Februari ini.
 
"Kalau ada pilihan raya kecil maka kita akan buat pergerakan jentera sepenuhnya. Cara berkempen di Permatang Pauh akan berubah daripada yang sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan limau dan 'ang pow' kepada 350 warga emas di Parlimen Permatang Pauh, di sini hari ini.
  
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.
  
Namun, sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
 
Ditanya sama ada pihaknya ada mengemukakan nama-nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu, Mohd Zaidi berkata setakat ini beliau belum diminta untuk mengemukakan sebarang nama dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Saya percaya Barisan Nasional akan buat keputusan berdasarkan perbincangan sesama kita (parti komponen). Bagaimanapun, apa-apa cadangan nama kita belum kemukakan...mungkin masih terlalu awal," tambahnya.

Farmasi Agih Ubat Kepada Pesakit Jika Cadangan Dipersetujui

Posted: 15 Feb 2015 02:20 AM PST


Oleh: CHRISTINA CHIN


Gambar hiasan
 
 
PETALING JAYA: Selain mendapatkan ubat-ubatan dari klinik swasta, pesakit boleh mendapatkannya dari farmasi jika Kementerian Kesihatan menerima cadangan sistem 'Doktor mendiagnosis, ahli farmasi mengagih ubat'.

Walaupun sistem ini boleh menyebabkan beberapa kesulitan kepada pesakit, ahli farmasi berkata ia akan membantu menurunkan harga ubat dan memberikan doktor lebih akses untuk menetapkan lebih banyak ubat-ubatan.

Difahamkan bahawa beberapa doktor dan ahli farmasi telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai isu ini sejak tahun lepas dan mereka merancang untuk bertemu Menteri Kesihatan tidak lama lagi.

Mereka diwakili oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Gabungan Pengamal Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG).

Menurut Presiden MCPG Wong Sie Sing, lima organisasi tersebut, pada mesyuarat terakhir mereka 8 November lalu, secara dasarnya bersetuju supaya agihan ubat-ubatan dilaksanakan oleh ahli farmasi.

Wakil-wakil ahli farmasi kemudian bertemu  Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 November.

Beliau berkata wakil daripada dua profesion itu bertemu untuk merumuskan satu rangka masa bagi memperkenalkan sistem baharu, sambil menambah: "Saya berharap ia dapat dilaksanakan menjelang April." Perbahasan mengenai isu itu telah berjalan dari seawal 2008.

"Jika ahli farmasi dibenarkan untuk membuat pengagihan, doktor akan mempunyai lebih 10 kali akses ubat-ubatan untuk ditetapkan berbanding apa yang ada dalam stok mereka. Ini akan memberi manfaat kepada pesakit, " kata Wong.

MCPG mewakili lebih 2,000 farmasi komuniti yang menggaji kira-kira 2,500 ahli farmasi.

Presiden MPS Datuk Nancy Ho berkata pesakit akan menerima kaunseling lanjut daripada sebuah lagi kumpulan penjagaan kesihatan  profesional yang terlatih jika ahli farmasi ditetapkan untuk memberikan ubat-ubatan.

"'Periksa dan seimbang' akan mengurangkan kesilapan preskripsi dan pendispensan. Pemisahan dispensi adalah mengenai pengurusan perubatan profesional dan hanya ahli farmasi yang dilatih dalam amalan khusus ini. Kita tahu segala-galanya tentang nilai penyembuhan sesuatu ubat dan kemungkinan bahaya, "katanya.

Presiden MMA Dr H. Krishna Kumar mengesahkan bahawa persatuan telah bermesyuarat mengenai sistem baharu yang dicadangkan tetapi berkata setakat ini tiada sebarang persetujuan dilakukan.

Dr Noor Hisham mengesahkan bertemu dengan wakil-wakil ahli farmasi dan berkata mereka membincangkan tentang mengintegrasikan dan menyatukan Akta Farmasi.

Sambil menyatakan bahawa tiada sebarang keputusan dibuat, beliau menegaskan bahawa keutamaan utama kementerian adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan.

Semua Perniagaan Di Kota Bharu Diarah Tutup Dua Jam Ketika Solat Jumaat

Posted: 15 Feb 2015 02:18 AM PST


Oleh: SYED AZHAR


Gambar hiasan
 
 
KOTA BHARU: Selepas Terengganu memperkenalkan langkah menutup pusat beli-belah selama dua jam pada hari Jumaat, Majlis Perbandaran Kota Bharu kini memperkenalkan langkah yang hampir sama.

Ia telah mengarahkan semua premis perniagaan dan tidak terhad kepada yang mempunyai peniaga beragama Islam sahaja untuk membuat penutupan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 2 petang pada setiap hari Jumaat.

Surat bertarikh 14 Januari dan ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Rosnazli Amin, memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut dan telah diedarkan kepada semua perniagaan.

Walau bagaimanapun, arahan itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli perniagaan bukan Islam, yang ingin dikecualikan daripada peraturan baharu ini.

"Semua pekerja saya adalah bukan Islam. Jika saya menutup perniagaan selama dua jam setiap minggu, saya akan mengalami kerugian.

"Selama ini, saya mendapat untung paling banyak pada hari Jumaat apabila semua kedai lain ditutup.

"Saya tidak nampak sebarang sebab untuk saya menutup kedai kerana saya tidak mempunyai pekerja Islam," kata seorang ahli perniagaan, yang enggan namanya disiarkan.

Beliau memiliki beberapa buah restoran di sini.

Seorang lagi ahli perniagaan berkata premis perniagaan bukan Islam tanpa pekerja Islam hendaklah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"Pekeliling terkini yang dikeluarkan menunjukkan seolah-olah pihak berkuasa cuba menjerat leher kami dengan memaksa kami mengikut ideologi Islam.

"Kita harus dikecualikan daripada perintah itu. Ia adalah tidak perlu dan tidak sesuai, " kata seorang lagi ahli perniagaan yang menguruskan sebuah restoran tidak halal, namun enggan namanya disiarkan.

Timbalan Ketua MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata adalah tidak perlu sama sekali untuk melibatkan entiti perniagaan tidak halal dalam peraturan baharu itu, sambil menegaskan bahawa waktu solat bagi umat Islam adalah bersamaan dengan waktu makan tengah hari untuk orang lain.

"Ia akan menjadi sesuatu yang janggal untuk pelanggan. Sebelum ini, semua entiti perniagaan kecuali premis tidak halal boleh membuka perniagaan semasa solat Jumaat.

"Sekarang, ia telah menjadi mandatori untuk semua; jika tidak, lesen dan permit mereka tidak akan diperbaharui atau lebih teruk lagi, mereka perlu membayar denda, "katanya.

Ken Ten berkata walaupun bukan satu masalah bagi perniagaan untuk menghormati umat Islam memelihara solat Jumaat, majlis hendaklah menggunakan budi bicaranya kerana ia akan menyusahkan dan tidak menjadi keperluan untuk melibatkan entiti perniagaan tidak halal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Mejar Zaidi: Kenapa Aku Pilih PAS...

Posted: 14 Feb 2015 11:06 PM PST

KELAB GREENBOC



 

Bekas mejar Zaidi akan sertai PAS kerana berminat tegakkan Islam

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.

Bercakap kepada The Malaysian Insider pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam.

"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu.

Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU.

Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.

Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP.

"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.

"Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.

Katanya, rakyat memerhatikan tindakan Putrajaya dan dasarnya, dan ini akan menentukan bagaimana mereka akan mengundi dalam PRU berikutnya.

"Apa saja yang mereka lakukan diawasi rakyat. Rakyat tahu siapa benar, siapa salah.

"Apa saja yang kerajaan mahu lakukan, biarkan mereka lakukan. Di pihak kami, kami akan terus berjuang. Kita mohon pertolongan Allah. InsyaAllah, pada PRU14, akan ada perubahan."

Zaidi juga mengulas mengenai pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkannya satu kehilangan besar.

Beliau yang sepatutnya melancarkan buku Zunar bertajuk "ROS in Kangkongland" yang menampilkan kartun isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu berkata, kartunis satira itu tidak sepatutnya dihukum kerana hasil karyanya.

Sejumlah 200 naskhah buku itu dirampas polis ketika ia sedang dalam perjalanan di bawa ke lokasi majlis pelancaran.

"Zunar seorang yang unik, kerana beliau berjuang melalui kartun. Secara tidak langsung beliau membantu perjuangan kami menegakkan keadilan," katanya. -TMI

'Terus teranglah Umno Kelantan takut'

Posted: 14 Feb 2015 10:51 PM PST

DATUK IBRAHIM ALI 


   


Jika Umno masih lagi sebuah parti politik, maka Umno mesti bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Cempaka, kecualilah Umno Kelantan sudah jadi NGO.

Sebagai parti politik, berilah seribu alasan sekali pun,prinsipnya mesti bertanding.

Alasan memberi tumpuan kepada banjir adalah kelakar sebab kerana banjir besar baru-baru inilah lagi kuat alasan Umno kena bertanding.

Kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, bila datang banjir besar atau mushibah, siapa dan parti mana yang mampu membela dan berkhidmat pada rakyat.

Bukankah berkhidmat itu perkara utama dalam perjuangan politik. Maka PRK di DUN Cempaka, Umno boleh bukti siapa mampu berkhidmat pada rakyat.

Jangan bersifat hipokrit. Baik cakap terus terang, Umno Kelantan tidak bertanding kerana takut kalah.

Budak pun boleh faham. Program bantuan banjir boleh diteruskan di tempat banjir terlibat dan PRK terus bertanding, baru dikata parti Umno hebat sepanjang zaman.

Pengaruh peribadi Nik Aziz

Kalah menang perkara biasa. Arwah TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) menang DUN Cempaka bukan kerana PAS kuat semata-mata.

Ia kerana pengaruh peribadi arwah TGNA. Sekarang TGNA sudah tiada. Maka Umno mesti uji PRK DUN Cempaka.

Masalah banjir Umno selesaikan. PAS pun beria mahu kerjasama dengan Umno atas nama banjir, sebab PAS tak mampu maka serah pada Umno dan kerajaan pusat.

Kerjasama untuk perpaduan Melayu atau ummah dengan Umno, dengan angkuh PAS tolak.

Jika nak jumpa dan sekadar bincang pun, muka orang Umno akan diludah.

Maka banjir Umno urus dan kerusi dalam dewan beri pada PAS secara percuma. Baiknya Tok Pa (Datuk Seri Mustapha Mohamed).

Apa kata Tok Pa dan Umno Kelantan dibubar dan semua masuk PAS atau jadi NGO kerana perlu tumpu pada banjir sebab Kelantan ada banjir setiap tahun.

Umno jadi badan politik kebajikan dan PAS benar-benar parti politik. Ini pandangan ikhlas saya.



DATUK IBRAHIM ALI presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

'Saya kena gigih besarkan anak'

Posted: 14 Feb 2015 10:47 PM PST


Khidmat anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh diperlukan untuk membawa mangsa keluar sebelum menerima rawatan di HRPB. Gambar kecil: Rawaidah. Khidmat anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh diperlukan untuk membawa mangsa keluar sebelum menerima rawatan di HRPB. Gambar kecil: Rawaidah.
 
 
IPOH – "Tiga anak kami paling rapat dengan isteri, tak tahu lah macam mana mahu beritahu mereka yang ibu mereka sudah tiada buat selama-lamanya," kata Md Zaharuddin Ismail, 33.

Menurutnya, dia kini perlu berusaha gigih untuk membesarkan tiga anak mereka, Mohamad Carl Iskandar Zafran, 6; Nur Eli Madihah Zahara, 5 dan Nur Ayu Raudhah, 2.

Mengulas lanjut, dia hanya mampu mengalirkan air mata sambil mendakap tiga anaknya ketika menerima perkhabaran sediah itu oleh birasnya di kediamannya di Kampung Teluk Murok, Lumut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, hasrat isterinya, Rawaidah Mad Saad, 32, menemani ibunya, Rohani Abdullah, 62, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berakhir dengan tragedi apabila ambulan dinaiki mereka bersama empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord di lampu Isyarat Bukit Kledang, Jalan Ipoh – Lumut.

Menurutnya, ibu mentuanya sebelum itu dimasukkan ke Hospital Tentera Pangkalan TLDM, Lumut selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan patah tangan dan kaki selain mengalami pendarahan di kepala.

"Ketika berkumpul di unit rawatan kecemasan, mak mentua saya perlu mendapat rawatan lanjut di HRPB menyebabkan isteri saya meminta izin untuk menemani ibunya. Dalam perjalanan, dia sempat hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) supaya saya bawa pakaian dan keperluan dirinya," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah perkuburan Padang Tembak, Teluk Muroh, semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, empat anggota ATM termasuk seorang doktor perubatan yang berada dalam van terbabit cedera dalam insiden itu.

Menurutnya, seorang mangsa daripada kereta Honda Accord terbabit didapati cedera parah manakala pemandunya yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati ambulan dari arah Lumut telah berlanggar Honda Accord setibanya di lampu isyarat  simpang empat Bukit Kledang menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Kesemua mangsa dihantar untuk mendapatkan rawatan di HRPB manakala mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris," katanya.

Wan Sharuddin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pulih banjir lebih penting dari bertanding

Posted: 14 Feb 2015 10:41 PM PST


SINAR HARIAN


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin



PUTRAJAYA - Pemuda Umno berpendapat BN tidak perlu bertanding di kerusi Dun Chempaka bagi memberi fokus kepada proses pemulihan banjir di kawasan Kelantan Selatan dan Kelantan Tengah.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, proses pasca banjir memerlukan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan sekiranya BN bertanding di kawasan Dun Chempaka, ia mungkin akan mengganggu proses kerjasama itu.

Khairy berkata demikian selepas menghadiri karnival 'Walk-A-Run' yang dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Lama Kolej Tunku Kurshiah, yang dirasmikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Pusat Sukan Air, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon di Dun Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka]

Mengenai karnival itu, Khairy berkata, ia adalah satu usaha mengumpul dana bagi memulihkan padang Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek.

Terdahulu, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah, Tan Sri Dr Rafiah Salim berkata, kolej itu memerlukan RM500,000 bagi membaiki pulih padang itu bagi menjalankan aktiviti Hari Sukan. - Bernama

Perarakan “Justice for Anwar” hambar

Posted: 14 Feb 2015 10:39 PM PST

 
Tidak takut dengan ugutan Ketua Polis Negara yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.


images


KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila mendapati perhimpunan "Justice for Anwar" yang dianjurkan parti pembangkang di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, didapati hambar.

Terdahulu, kumpulan penyokong Anwar diuar-uar akan berhimpunan di pusat beli-belah Sogo. Namun, kelihatannya perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang di kompleks beli-belah itu tidak mendapat sambutan.

Hanya kira-kira 80 orang termasuk beberapa pemimpin yang hadir bagi menyokong himpunan yang diketuai bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol, Ahli DAP, Syefura Othman (Rara), Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia, Safwan Anang dan Aktivis Mahasiswa, Adam Adli.

Nasib baik ada pembesar suara dan penyokong yang bergendang yang meriuhkan keadaan, serta sejumlah wartawan dari dalam dan luar negara, selain para pengunjung pusat beli-belah berhampiran yang kebetulan "meramaikan suasana".

Perhimpunan tersebut bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara lterhadap kepada Anwar.

Mereka kemudiannya berarak dari Sogo ke kawasan Pudu walaupun pada asalnya merancang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka, terpaksa mengubah haluan kerana dataran tersebut ditutup.

Sewatu berarak, tidak ada polis yang menghalang perarakan tersebut, mungkin kerana jumlah masih terkawal.

Bercakap kepada pemberita, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berharap rakyat akan turun pada Selasa depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

"Selasa depan, Anwar akan 'keluar' semula, untuk memberikan keterangan bagi kes beliau dan Datuk Seri Anifah Aman.

"Saya harap rakyat dapat memberikan sokongan kepada Anwar dan memberikan peringatan kepada hakim, bahawa mereka sedang diperhatikan," katanya lagi.

Sementara itu,Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa rakyat kini sudah muak dengan politik UMNO.


Katanya, walaupun kerajaan UMNO ingin memasukkan ramai lagi pemimpin dan aktivis pembangkang ke dalam penjara, anak muda akan terus bangkit dan tidak akan memberi ruang untuk dimasukkan ke dalam penjara

Beliau juga menyatakan tidak akan takut dengan ugutan Ketua Polis Negara (IGP) yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.

"Saya cakap kepada IGP bahawa kita tidak akan takut dengan ugutannya demi cintakan negara dan masa depan anak-anak kita. Kita akan teruskan dalam apa jua bentuk himpunan agar Anwar dibebaskan," ujarnya.

Zainuddin Maidin terkejut tajuk blog tahun lalu jadi viral

Posted: 14 Feb 2015 10:37 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Hanya tajuknya disiarkan di facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi Zainuddin menulisnya sempena kematian Nik Aziz, hakikatnya ia isu lain tahun lalu


Zainuddin Maidin


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin terkejut tajuk blognya 'Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam' bertarikh 5 April 2013 menjadi viral dalam laman facebook sejak semalam.

Katanya, setelah membuka blognya semalam, beliau hairan menerima kunjungan lebih 16,000 pelawat sedangkan tidak ada posting baru yang kontroversi dimuat naik, melainkan ulasan pemergian abadi pengulas sukan tanah air, Hasbullah Awang ke rahmatullah.

"Kemudian baru saya tahu rupa-rupanya ada satu posting saya lebih setahun lalu bertarikh 5 April 2013 bertajuk 'Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam' telah di sebarkan kembali.

"Hanya tajuknya sahaja disiarkan di facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi saya menulisnya sempena kematian Datuk Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan, pemimpin dan ulama besar PAS," kata Zainuddin melalui blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

Kata beliau, penyebaran tajuk itu tanpa kandungan sepenuhnya tentu akan membangkitkan kemarahan, ulasan panas dan anggapan salah terhadapnya, sama ada dari orang PAS dan pelbagai pihak.

Beliau menjelaskan bahawa posting berkenaan adalah reaksi dari fatwa Nik Abdul Aziz sebelum ini, bahawa solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad yang kemudian disanggah oleh seorang mufti.

Zainuddin seterusnya berkata, penyebaran semula tulisan itu yang berusia lebih dari setahun tidak semestinya dilakukan oleh orang PAS, tetapi berkemungkinan dari anasir yang mempunyai motif jahat sama ada untuk mencemarkan nama saya atau mengekalkan prasangka buruk antara UMNO dan PAS.

"Saya berharap sebelum membuat sesuatu kesimpulan, silalah anda baca kembali posting saya pada 5 April 2013 dengan sepenuhnya supaya anda tidak membuat ulasan dan kecaman semata-mata berasaskan sentimen dan kemarahan tanpa maklumat yang cukup," katanya.

Veteren sokong tidak bertanding di Chempaka

Posted: 14 Feb 2015 10:31 PM PST



Mustapha Yaakub Mustapha Yaakub
 
 
SHAH ALAM - Veteran Umno, hari ini menyarankan kepada pucuk pimpinan BN supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Dun Chempaka  bagi memberi laluan percuma kepada Pas untuk menang tanpa bertanding.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata saranan itu dicadangkan bagi membolehkan BN/Umno dan Pas menumpukan kepada kerja-kerja untuk memulih mangsa banjir di Kelantan.

"Langkah  itu juga akan menyelamat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis dari perbelanjaan yang besar untuk mengurus dan mengendalikan PRK itu sekiranya diadakan.

"Ia juga mengelak Umno daripada menghabiskan masa dan duit untuk berkempen," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka]

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, daripada bertanding di Dun Chempaka adalah lebih baik BN menumpukan gerak kerja di Permatang Pauh.

"Adalah lebih baik bagi BN menumpukan seluruh gerak kerja di PRK Permatang Pauh bagi menawan kerusi itu daripada PKR," ulasnya.

Dun Chempaka kosong ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Khalid bukan dalang demo

Posted: 14 Feb 2015 10:29 PM PST


Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
 
 
SEPANG - PKR didesak menghentikan fitnah terhadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang demonstrasi desak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan posisi Ketua Umum PKR.

Pegawai Khas bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan parti itu menuduh Abdul Khalid tanpa asas.

"Tindakan mereka dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Abdul Khalid sebagai dalang tersembunyi di sebalik demonstrasi lebih kepada sikap kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.

"Reaksi pantas parti tersebut terhadap demonstrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak," katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Kelmarin, dilaporkan sekumpulan anggota PKR berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Umum PKR menggantikan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara.

Faekah berkata, tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Abdul Khalid selama ini, kini permasalahan dalaman PKR seperti mahu dipalitkan kepada bekas menteri besar itu.

"Selaku seorang negarawan, Abdul Khalid  terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawab, justeru menuduh beliau sebagai dalang yang bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR," katanya.

Beliau berkata, sewajarnya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang.

Pihaknya sekali lagi menuntut PKR memohon maaf di atas keceloparan pimpinan mereka yang gagal menegakkan keadilan seperti yang laungkan selama ini.

Tiada ulasan: