Selasa, 10 Februari 2015

.

.


Debaran menanti keputusan bicara rayuan Anwar

Posted: 09 Feb 2015 06:35 PM PST

KENYATAAN                                                                                                  

Kita semua sedang menanti keputusan rayuan Anwar Ibrahim berhubunga dakwaan liwat yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Semua pihak terbabit dengan rayuan itu sudah berada dalam mahkamah. Istana Keadilan di Putrajaya kini menjadi tumpuan. Ribuan penyokong Anwar sejak pagi-pagi lagi sampai ke perkarangan Istana Keadilan.

Anwar tiba di mahkamah sambil memimpin cucunya.
Anwar tiba bersama isteri, anak-anak dan cucunya. Ketika masuk ke mahkamah beliau memimpin tangan seorang cucunya. Berjalan sederap ialah anak sulungnya Nurul Izzah yang kelihatan penuh yakin dengan apa yang berlaku hari ini.

Yang membungakan sebak di dada mengenangkan cucunya itu, dia tidak tahu apakah erti perjalanan pagi ini, mungkin dia mengira datuknya mahu membawanya ke taman permainan atau pergi bermaian banjir.
Orang ramai mengerumini Istana Keadilan.
Berjalan masuk ke dalam Mahkamah.
Mereka berbondong-bodond datang menyokong Anwar.
Solat hajat memohon kebebasan dan keadilan buat Anwar,
Tiap mereka berdebar menanti keputusan. 
Di belakang Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan sambil disuarakan pembesar suara oleh seorang wartawan media eletronik. Anwar seperti biasa menghadapi saat-saat genting itu dengan selamba sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Yang penting beliau sudah siap menerima apa sahaja vonis. Awal-awal beliau sudah bersajak Q-sera sera. Apa nak jadi jadilah dan Allah mempunyai kata kuncinya sendiri, Kun Fayakun.. maka jadilah. Anwar dan kita semua akan menyambut apa yang dikatakan Allah s.w.t. hari ini. Horas. [wm.kl.10:29 am 10/02/1]

Tiada ulasan: