Jumaat, 6 Februari 2015

Biaqpila

Biaqpila


MINYAK MURAH, HARGA KONDOM MELAMBUNG

Posted: 05 Feb 2015 04:23 PM PST



Di Venezuela, pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kondom, yang kini semakin sukar didapati dan harganya juga melambung sehingga US$755 (RM2,700) untuk tiga dozen.

Laporan Bloomberg menyebut, kejatuhan harga minyak turut menyebabkan kekurangan bekalan barangan keperluan utama, termasuk ayam, gula, ubat-ubatan dan keluaran asas lain.

Bekalan kondom mula berkurangan sejak akhir Disember lalu, menyebabkan pengguna juga kecewa dan malu kerana terpaksa beratur untuk mendapatkan alat kontraseptif berkenaan.

"Negara ini sangat kacau sekarang hingga kami terpaksa beratur untuk membuat hubungan seks," kata seorang eksekutif Jonatan Montilla seperti dipetik agensi berita niaga itu.

Sebanyak 95 peratus daripada hasil tukaran asing Venezuela, negara anggota pengeluar minyak utama dunia Opec, diperolehi daripada eksport minyak mentah.

Harga yang diperolehi Venezuela bagi eksport minyaknya turun 60 peratus sejak tujuh bulan lalu.

Sekiranya harga minyak tidak kembali pulih, negara itu berkemungkinan besar tidak akan mampu menanggung hutangnya.

Kadar jangkitan HIV dan kehamilan di kalangan remaja yang direkodkan di Venezuela setakat ini menunjukkan antara angka paling tinggi di kalangan negara Amerika Selatan.

"Tanpa kondom, kita tidak mampu berbuat apa-apa," kata Jhonatan Rodriguez, ketua pengarah NGO StopVIH.

"Kekurangan kondom akan mengancam semua program pencegahan yang kita usahakan di seluruh negara," katanya lagi.

Mk


Tiada ulasan: