Isnin, 9 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Semakin gabra dan menggelabah jadinya.....

Posted: 09 Feb 2015 06:38 AM PST

Siapa punya kerja buat surat palsu ini? Korang ingat Saifol Bontut tu kah? Tidak mungkin dia.....

Tetapi ada kalangan yang semakin menggelabah bila melihat PAS menyatakan kesudiannya untuk terus berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat.

Hanya ada dua golongan yang tidak suka - Umno dan gerombolan UG. Dua golongan inilah yang selalu menyerang Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang sangat marahkan Anwar dan Lim Guan Eng.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, surat berikut adalah palsu:

SURAT PALSU PRESIDEN


  PAS sebagai sebuah pertubuhan siasah mempunyai hierarki pentadbiran yang jelas dipilih secara adil dan saksama bersandarkan kepada Perlembagaan PAS. Maka, atas dasar itulah, sebarang ulasan dan komen yang bersifat rasmi mestilah menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh Perlembagaan parti.

Sukalah saya mengingatkan ahli dan pimpinan PAS perihal hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a yang berbunyi: 

Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yg adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dgn tanpa hujjah baginya. Sesiapa yg mati dalam keadaan tiada bai'ah ditengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah". Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a

"Sehubungan dengan itu, sebarang seruan untuk menyertai demo solidariti menyokong Anwar adalah semata-mata bersifat peribadi dari segelintir pemimpin PAS dan bukanlah pendirian atau seruan rasmi PAS. PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma'aruf (baik).

 PAS penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi itu bukanlah satu pendirian rasmi PAS.

DATO' SERI TUAN ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Hanipa Maidin dipukul dalam mesyuarat PAS, kata sumber

Posted: 09 Feb 2015 05:44 AM PST


 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.

 Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.

 Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

 Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."

 Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.

 Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.

 Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.

 AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.

 Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.

 Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.

 Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

 Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. –  Februari, 2015. - SUMBER

Bentang hudud Mac ini hanya ulangan 29 Disember, kata PAS

Posted: 08 Feb 2015 11:03 PM PST

Mustafa menjelaskan, Kelantan akan membentangkan pindaan Kanun Jenayah Syariah itu Mac ini tetapi ia tidak selesai di situ sahaja tanpa pindaan juga di peringkat Parlimen.

 "Semua ini diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan di peringkat negeri Kelantan dan juga peringkat pusat.

 "(Semasa) mesyuarat semalam kita mendengar laporan awal mengenainya dan kita akan jelaskan perkara ini kepada PR," katanya.

 Menurut sumber seorang anggota Jawatankuasa Teknikal itu, berdasarkan pandangan jawatankuasa itu, pelaksanaan hukum hudud ini perlu melalui beberapa proses yang agak panjang kerana ia juga melibatkan kelulusan daripada Majlis Raja-raja Melayu.

 "Urusan dengan Majlis Raja-raja akan dibuat pada peringkat pusat," katanya.

 Beliau juga memaklumkan, ada dua halangan undang-undang wujud di peringkat pusat dalam pelaksanaan hudud di Kelantan.9 Yang pertama, Akta 355 atau lebih dikenali sebagai Akta 365, berdasarkan bidang kuasa yang memperuntukkan Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman yang terhad sahaja. 

 Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah ini ialah penjara tidak lebih tiga tahun, sebatan tidak lebih enam kali dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) mengehadkan kuasa kerajaan negeri meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan mahkamah syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan.

 Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa di seluruh negara. Sebarang pindaan terhadap Akta 355 perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen. 

 Menurut sumber itu, memandangkan hukuman di bawah hukum hudud lebih daripada had itu, Akta 355 ini perlu dipinda terlebih dahulu melalui satu usul di Parlimen.

 Katanya, sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, Jabatan Peguam Negara bersetuju meminda akta itu.

"Jika ini berlaku, pindaan Akta 355 akan dibuat kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri, dan hanya memerlukan sokongan majoriti sahaja di Parlimen," kata sumber itu.

 Satu lagi halangan kepada pelaksanaan hudud ialah Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan, hak menggubal undang-undang ialah di dalam senarai persekutuan, bukan senarai negeri.

 "Jika halangan ini hendak dibuang, ia perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen," katanya yang juga seorang peguam.

 "Jika Kelantan atau PAS mahu membuat usul persendirian, inilah laluannya iaitu membuat satu usul persendirian ke Dewan Rakyat dan perlu mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan," katanya. – 9 Februari, 2015. - Baca sepeuhnya : sumber

Reaksi Dr Hatta mendapat simpati dan pujian orang ramai

Posted: 08 Feb 2015 05:57 PM PST


 Selepas didesak supaya meletakkan jawatan didalam Pas oleh Pas Kuantan yang berdemo di hadapan Bangunan Pas siang tadi (kelmarin), inilah kenyataan yang diberikan oleh Dr Hatta Ramli.

 Dr Hatta di dakwa menjadi dalang utama yang mahu menggulingkan Presiden Pas, Hj Hadi Awang. Hatta juga dituduh menggunakan PasMa untuk berbuat demikian.

 Pihak kami difahamkan bahawa Presiden Pas akan membuat kenyataan tidak lama lagi berhubung dengan isu yang baru timbul ini. - Utaranews.com

Sementara itu pula, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditemui selepas Mesyuarat Pimpinan PR hari ini hanya menjawab tiada komen ketika diajukan soalan mengenai konspirasi itu.

 Manakala, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula turut mengelak daripada ditemubual media.

 Kedua-dua mereka merupakan antara nama yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendalangi komplot bagi menguasai Pas Pusat serta menjatuhkan Abdul Hadi di sini.

Komen al Husseyn:
Ternyata Dr Hatta sangat tersinggung namun beliau tetap dapat mengawal perasaannya.Begitu juga tentunya Husam dan Mat Sabu. Teringat sindirn Mat Sabu ketika Muktamar yg lepas akan kata-katanya :

 " Aku bukan manusia plastik"

Harap pimpinan PAS akan mengambil perhatian dan tindakan yg sewajarnya agar kelakuan biadap ini tidak berterusan dan berulang lagi, sebagaimna hasrat yang dilahirkan oleh Dr Hatta kat atas tadi. Lainlah kalau pimpinan PAS yang ada tu semua manusia plastik!

 Sedih bila melihatkan Presiden sendiri hanya lalu dicelah-celah pendemo seolah-olah tidak tahu apa yg sedang berlaku....wartawan sudah tentu akan bertanyakan hal tersebut kpdnya.....itu yang dia mencicit lari tak hadiri sidang akhbar! Betul tak Hj Hadi?

Tiada ulasan: