Selasa, 3 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jangan pertikaikan apa kata Presideng - Dengar dan patuh!

Posted: 03 Feb 2015 02:00 AM PST

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," Demikian kata TGNA suatu ketika dulu.Jelas kata-kata TGNA ini menafikan adanya kuasa veto seorang Presiden, sebagaimana dakwaan kalangan tertentu dalam PAS.

Sesuatu keputusan hanya sah dibuat oleh pertubuhan, bukan melalui hanya seorang ketua pertubuhan. Kalau keputusan dibuat oleh ketua, maka keputusan itu adalah keputusan dan pendapat peribadinya, bukan pertubuhan!

 Kalau dah jenis sentiasa ijtihad sendiri sahaja yang betul, walaupun pandangan itu datangnya dari Mursyidul 'Am, atau dari Luham, kalau dah pekak badak, apa yang mampu dibuat?

Sebelum ini, Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus telah dibelasah oleh puak-puak UG ni apabila dilaporkan mendakwa Abdul Hadi melanggar perlembagaan parti itu dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor dengan mengatakan jawatan yang dipegang oleh Presiden Pas tidak membolehkan beliau mengambil kata putus tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat. 

 Katanya, mesyuarat biro itu kelmarin turut memutuskan, Majlis Syura Ulama bertindak melampaui kuasa AJK Pas Pusat sekali gus menjadikan peranan jawatankuasa itu tidak lagi relevan. Baca lagi di sini


Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai

 Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

 Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan.

 "Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

 "Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS."

 Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

 Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini.

 "Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua'lam," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

 Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969. 

 Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. – 3 Februari, 2015. sumber

Presiden dah mengarut dan merapu pun masih nak dikekalkan?

Posted: 02 Feb 2015 10:36 PM PST

Pada 14 Sept 2014, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat di laman Facebooknya menulis : 

"Saya bersama Tok Guru (Abdul Hadi) pagi tadi, saya tanya Tok Guru berkenaan persepsi di luar seolah-olah Tok Guru mahu menubuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan UMNO.

"Tok Guru dengan tegas menyatakan tiada kerjasama dengan UMNO.

 "PAS akan bersama PR seperti yang diputuskan oleh Muktamar 2008," tulisnya. Baca  di sini .

Kalau korang mahu percaya kata-kata Hj Hadi tu, terpulanglah. Tapi izinkan aku memberikan sedikit kronologi apa yang sebenarnya berlaku ketika kemelut MB Slangor tempohari itu.

Kemunculan Uniti Government di Selangor

Ketika Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, dia adalah Menteri Besar tanpa parti, betul? Khalid ketika itu tidak mendapat sokongan dari PKR dan DAP, betul? Dia bukan lagi MB Pakatan Rakyat , betul?

Secara teknikalnya, Khalid terus bertahan sebagai MB Selangor kerana sokongan 15 Adun PAS dan 12 Adun Umno (15 PAS + 12 Umno + 1 Khalid = 28). Jelas bahawa Khalid adalah MB Kerajaan Uniti ketika ini. Jelas PAS dan Umno bersama bukan? Ya atau tidak?

Empat exco terbabit; Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan selepas exco lain dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu. 

Peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan terdapat sekurang-kurangnya empat orang exco bagi memastikan kerajaan negeri terus dapat berfungsi seperti biasa. Maka, "4 Exco PAS adalah penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor". Demikian sanggahan PAS terhadap tuduhan DAP bahawa 4 Exco PAS itu adalah pengkhianat.

 Saperti yang saya paparkan tadi, Khalid bukan lagi MB Pakatan Rakyat. Macam mana PAS boleh mengaku bahawa 4 Exco PAS itu sebagai penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyat? Waima yang ada ketika itu adalah Kerajaan Uniti atau UG.

 Tindakan PAS menyokong Khalid Ibrahim adalah kerana PAS tidak mahu DUN dibubarkan dan berlakunya pilihan raya negeri. Ini kerana PAS sendiri tidak yakin mampu dapat mengekalkan 15 kerusinya itu tanpa sokongan DAP dan PKR!

 Jadi adalah lebih menguntungkan PAS jika DUN tidak dibubar.Tapi malangnya,2 Adun PAS telah menandatangani surat akuan menyokong DSWA.

Hancur berderai dan berkecailah perancangan Hj Hadi untuk mewujudkan Kerajaan Uniti dengan Umno di Selangor.Khalid Ibrahim terpaksa akur  lalu meletakan jawatan MB Selangor setelah kedukannya bertukar menjadi 13 Pas + 12 Umno + 1 Khalid = 26 sahaja berbanding dengan DSWA  yang kini 13 PKR + 15 DAP + 2PAS = 30

Itu yang berapi marahnya terhadap 2 ahli PAS tersebut  dan melabel 2 orang PAS tu sebagai 'Barua dan Broker'.


Hj Hadi tidak mudah berputus asa. Lalu beliau mengumpan kerusi Menteri Besar itu kepada Azmin dengan memujuknya supaya mencari 2 lagi Adun PKR supaya lompat masuk PAS bersamanya sebagai usaha untuk memperkasakan kedudukan PAS. (PAS sanggup tikam kawan sendiri? Hanya yang berfiqrah milliten sahaja yang sanggup berbuat demikian!)


 Hj Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu. Ia bermula dalam mesyuarat JKPP 25 Ogos 2014 apabila Hanipa Maidin bertanya kepada presiden, adakah benar perkhabaran beliau dan Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin. Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. 

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut itu di siniMujurlah Azmin tidak mudah tergoda dengan umpan tersebut.

 Mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih! Itulah rupa sebenar Hj Hadi. Bukankah dia sendiri yang sebelum ini melabel 2 Adun PAS itu sebagai 'Barua dan Broker'? Tetapi kini tembelangnya sudah terdedah. Dia sendiri yang mengakuinya!

 Seperkara yang perlu dipersoalkan, apakah dengan hanya 4 Exco PAS dan seorang Khalid Ibrahim itu, mereka mampu menjalankan pentadbiran sebuah kerajaan negeri macam Selangor? Melainkan sudah tentua kerana adanya sokongan dari 12 Adun Umno walaupun perkara ini cuba PAS menafikannya! 

  
  Kenyataan YB Sallehin Mukhyi, " Kalau Umno ada dalam Exco, PAS akan keluar" adalah semata-mata cuba memperbodohkan orang PAS. Sedih sekali kerana ramai orang PAS menelan bulat-bulat segala pembohongan tersebut. 

Apakah 6 ahli exco yang dipecat oleh Khalid akan dibiarkan kosong seterusnya? Siapakah yang bakal menggantikan 6 kekosongan tersebut? Adakah kesemuanya akan digantikan oleh PAS? Ini tentulah perkara yang sangat mustahil!

Apakah Umno memberi sokongan kepada Kerajaan Uniti Selangor itu secara percuma sahaja. Adat orang  menanam ubi di atas batas, orang berbudi kenalah balas....

Apabila Adun Umno dilantik sebagai exco kerajaan negeri, dan ketika itu, mereka ini, mahu mendengar kata siapa? Arahan Najib selaku presiden Umno atau Presiden PAS via Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor? Lawak betul!

Maka cakap-cakap kononnya 4 Exco PAS itu sebagai penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyat adalah mengarut dan merapu semata-mata. Mengarut macam ini pun orang PAS masih boleh telan?

Tiada ulasan: