Khamis, 26 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ego Seorang Setiausaha Majlis Syura Ulama

Posted: 26 Feb 2015 08:00 AM PST


 Komentar Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Wan Zawawi yang memperlekehkan pendakwah bebas Ust Wan Ji Wan Hussin dengan menggelarnya sebagai budak-budak telah mengundang cemuhan orang ramai. 

 Rata-rata mereka mengecam sikap Wan Zawawi itu sebagai ego, sombong. bongkak, takbur. angkuh..... korang bacalah sendiri komen-komen yang aku kutip dari akaun facebook Ust Wan Ji dan status yang tag pada akaun saya....

Ipoh Mali 
 .....ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ 
Macam ni ke Gaya Ostad Mengaku Ulama Menjawab Soalan Berkenaan Agama.. Sudah la Ego..Bongkak.. Lepas tu Memperkecilkan Orang lain dgn Gelaran Budak Budak, Budak Jalanan.. Taknak Jawab , cakap No Komen cukup la.. Begini kah gambaran Akhlak Ulama PAS ?? itu depan Media dan Wartawan.. bagaimana pula Akhlak Mereka di Belakang Khalayak.. Tak Hairan lah Zawawi ni Terlibat dgn Skandal Penyelewengan Tanah Wakaf Sekolahnya di Terenggani dan Pembelian Gelaran Datuk dari Kesultanan

Md H Husin 
Ambo berasa nak tengok debat ilmu antara Ulama Agong, alfadhil Ust @nik zawawi dgn Ust budak-budak duk main tepi jalan, ust Wanji Wanhussin Wanji. Ulama agong pon kalu duk main berkukuk kok jauh tak ser masuk bon tak pade.

Anas Alam Faizli 
Saya persoalkan kaliber Dewan Ulama membaca komen Ustaz Nawawi bahawa Wanji Wanhussin Wanji budak2 - bukankah Qazaf kesalahan jenayah syariah dan dimanakah hilangnya budaya ilmu Dewan?

Md H Husin 
Budak2 pegi main jauh2. Awok tu budak. Ada angin nak berkawan nga ana. Ana ni Ulama besar tau. Awok gi main nga budak2 tepi jalan nuh. Kotor main dkt2 dgn ana. Status ni takde kena mengena dgn Ust Wanji Wanhussin Wanji.

Wanji Wanhussin Wanji 
Ustaz Budak sekarang dah ada tiga : ustaz budak, ustz Shamsul zaman. Ustaz budak besar : ustaz Khairul Ikhwan.. Yang ni lebih rare, ustaz budak-budak..

Wan Saiful Wan Jan 
Kesombongan yang diajar oleh golongan janggut jubah PAS. Mengajar pengikutnya melabel dan membezakan kasta mereka dengan kasta lain, lantas diikuti oleh para pentaqlid dengan penuh wala'. Musailamah juga pernah berjubah dan mendakwa membawa kebenaran. Wanji Wanhussin Wanji

Mat Kuantum 
Astagfirullah al a'zim. Angkuhnya bicara ulamak PAS. Hanya kerana berbeza pendapat, PAS terus memperlekehkan usaha pendakwah Ustaz Wanji Wanhussin Wanji dalam isu qazaf. Al Kibr (sombong) itu ialah meremehkan kebenaran dan merendahkan manusia lain. Bertaqwalah kepada Allah wahai ulama' PAS, kalian sudah melampaui batas.

Sakaratul Maut 
ulama jadah apa ckp sobong cm tu.. rasa ilmu dia lebih kot dr yg lain

Wfauzdin Ns 
Budak2 takleh beramal dgn hukum ke?

Abdullah Abdurrahman Ibnu Abdurrahman 
Apa punya bengong ulama ni, org nak tegakkan hukum ISLAM secara praktikal pun dikata budak2.

Kameel Abuya 
Betapa busuknya hati golongan2 UG'S BARUA PENGKHIANAT RAKYAT

Kak Ida Abdullah 
Budak cerdik lebih baik dr tua tolol. Menyemak dan tak laku

Yong Intan Noor 
Malunya kalau budak-budak lebih cerdik dan jauh pandangannya berbanding orang yang berlagak "dewasa."9Annuar Ismail Aku dh nmpak dh, bila agama bleh kena beli dgn umno9Marhany Murad Islam utk depa ja..org lain x layak..sbb tu depa bleh gelar org barua,munafik,jebon n syaitan..

Wfauzdin Ns 
Sekali lagi masalah ditimbulkan kononnya tak mnyokong. Org lama dah tanya nk tgk deraf hudud...ada je alasan tak beri. Siapa dia di kalangan pimpinan PR yg berugama Islam tak sokong hudud? Kalau berbeza pendekatan tu mmg ramai. Tapi itu bkn bermakna menolak. Deraf hudud mereka dah tgk kah?

Anas Alam Faizli
bukankah Qazaf kesalahan jenayah syariah dan dimanakah hilangnya budaya ilmu Dewan?

Fierozz Sasmes 
angkuh.. takbur... sombong...

Ahmad Jailani 
budak budak la sbb tak beli datuk dari palembang...lain kali wan ji kena ikut sama beli datuk palembang tu...

Hafiz Hlf 
Sgt setuju dgn tuan. Tuan harus beetanding utk pemilihan akn dtg! PAS perlukan perubahn baru dgn adanya ank muda seperti tuan!

Wanji Wanhussin Wanji 
takkan budak-budak je tau qazaf ni kesalahan jenayah

Afifi Albarr Wanji 
boleh pulang balik kat diorang "budak-budak pun tahu, takkan ulama PAS tak tahu?".

Abe Awang Malaya 
pergh... angkuh..! bongkak...! sombong...! meninggi diri...! dan suaranya bukan suara ulamak.... sekali dengar bunyi macam suara tukang tarik kereta tengah bercakap.9Saksi Mata Masaya Allah...berhati serigala berjiwa firaun?

Mahmood Zulkifli 
Sombong sungguh Nik Zawawi ni9Fierozz Sasmes angkuh.. takbur... sombong... 

Bila dah susah, Jebon juga yang dicari.....

Posted: 26 Feb 2015 05:00 AM PST


Dari kiri, Riza Aziz, Joey McFarland dan Jho Low pada
tayangan  perdana "The Wolf Wall Street" pada bulan
Dis 2013. Kredit Michael Loccisano / Getty Images

Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. 

 Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

 Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"

 Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib. "Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman," katanya.

 "Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan."

 Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER

Aku hairan dengan Datin Rosmah.....

Posted: 26 Feb 2015 03:00 AM PST

 Kadir Yasin menulis dalam  blognya:

Terkini yang menyertai korus dalam menyatakan sentimen ini adalah isteri kepada Perdana Menteri, (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor.

 Dia menyatakan harga rawatan rambutnya telah meningkat kepada RM1,200 bagi setiap sesi di kediaman dan RM500 untuk menjahit sepasang baju kurung.

 Tulisnya lagi ini adalah apa yang dilaporkan: "Sekarang apabila saya mahu mewarnakan rambut saya di rumah, pendandan rambut mengenakan saya RM1,200.

 "Wow, mahal! tetapi mereka mengatakan harga berbeza di kedai. Ia adalah mahal kerana ia adalah perkhidmatan rumah ...

 Ya lah, perkhidmatan ke rumah tentulah mahal. Tapi yang menghairankan saya, kenapa Datin Rosmah tidak suruh pembantunya hantar rambutnya itu ke kedai untuk diwarnakan? Bukankah itu akan lebih jimat??

Atau kenapa dia tidak beli sahaja rambut baru mengikut warna yg dia gemari?
 Mungkin Datin Rosmah suka yg macam 
ni tak? Saya mohon mencadang sahaja...


Tiada ulasan: