Sabtu, 14 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sumpah Anak Muda

Posted: 14 Feb 2015 05:22 AM PST


 Kira-kira seramai 400 orang gabungan mahasiwa dan anak muda berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Turut hadir di perhimpunan yang bermula sekitar jam 4.30 petang ini ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, Adam Adli, Safuan Anang, Bawani KS, KC Heng dan Fahmi Zainol.

 Mereka turut berucap dengan Nurul berkata mereka adik beradik akan berjaga di luar penjara setiap malam.

 Sesampainya di Pudu Raya aktivis anak muda Adam Adli membacakan "sumpah anak muda".

 Katanya mereka akan terus berdemonstrasi setiap hari Sabtu sehingga kerajaan sedia ada sekarang ini tumbang.

 Dalam sumpah itu turut menyebut mereka akan mengajak anak muda untuk turun minggu hadapan.

 Sementara itu, Fahmi Zainol berkata, mereka memakai baju bewarna hitam menandakan demokrasi sudah mati, malah menjangkakan anak muda akan turun lebih ramai minggu hadapan.

 "Hari ini kita jangka 500 orang akan turun, minggu depan jumlah yang turun kita pastikan akan meningkat sehingga kerajaan Najib tumbang.

 "Rakyat akan turun lagi ramai minggu depan, rakyat sudah muak dengan kezaliman sekarang," katanya.

 Tambahnya, idea membuat demo di Sogo hingga dataran kerana sejarah reformasi tahun 1998 bemula di situ.

 Demonstrasi tersebut berakhir pada jam 7.15 malam dan beransur secara aman.Baca sepenuhnya di sini

Lahirnya seorang lagi pejuang PAS !

Posted: 14 Feb 2015 03:00 AM PST

Saya gembira bila baca berita penyertaan bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad ke dalam PAS. 

 PAS memerlukan orang macam Zaidi yang berani dan tegas menyatakan keadilan.Beliau jenis yang berani menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit! Beliau berani tampil ke depan untuk menentang salah laku pihak berkuasa tanpa berasa takut periuk nasi keluarga sendiri terjejas.

 Tentunya sikap dan pendirian beliau itu akan tetap utuh dan diteruskan dalam perjungannya bersama PAS nanti.

 Saya berharap Zaidi akan teguh berpegang dengan apa yang pernah Tuan Guru Presiden pesan kepada seluruh ahli PAS: 
"Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat.Dimana rakyat diminta bercakap benar. Pemimpin itu tak betul, katakan tak betul. Pemimpin itu salah, beritahu salah!
 Keberanian dan ketegasan Zaidi terbukti apabila sanggup dipecat dari perkhidmatannya  sebagai pegawai berpangkat Mejar di TUDM.

 "Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang 

 "Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya di sini

Perlukah Hudud diaplikasikan segera oleh pemerintah PAS Kelantan?

Posted: 13 Feb 2015 06:27 PM PST

 Sehingga kini,  draf pindaan Kanun Jenayah Syariah II masih tetap menjadi rahsia besar kepada rakyat Kelantan sendiri apalagi rakyat Malaysia.

 Kerajaan Negeri Kelantan, masih enggan mendedahkan kepada umum untuk diketahui dan dibincangkan. Kenapa berahsia sangat mengenainya? Entah apa muslihat disebaliknya.

Namun, memandangkan keadaan rakyat Kelantan pasca banjir begitu jelas memerlukan pembelaan sewajarnya untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, ramai yang bertanya, Perlukah Hudud diaplikasikan segera oleh pemerintah PAS Kelantan?

 Saya sangat bersetuju tentang apa yang diperkatakan oleh Mujahid Yusuf Rawa:

 "Saya amat bersetuju yang masalah di Kelantan bukanlah tentang memperkenalkan undang-undang hudud.

 "Sebaliknya tumpuan adalah membangunkan semula Kelantan pasca banjir – itu perlu lebih diutamakan," katanya kepada wartawan selepas satu forum di Kuala Lumpur, di sini 

 Itu adalah secebis pandangan dari anak mantan Presiden PAS, almarhum Yusuf Rawa. Saya ingin mengajak kalaian untuk meneruskan ruang bicara berkait isu tersebut, menerjah pandangan dari seorang lagi anak mantan Presiden PAS, almarhum Fadzil Noor:


Penjelasan perlaksanaan Hudud



Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: 
oleh Ahmad Fauwas Fadzil 

Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. 

 Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam.

 Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. 

Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan.

 Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. 

 Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. 

 Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah. Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. 

 Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. 

 Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang. 

 Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. 

 Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. 

 Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan.

 Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas.

 Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. 

Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. 

  Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadar kes jenayah. 

 Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. 

 Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. 

 Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik .Friday, 24 August 2012 ~ SUMBER

Ahmad Fauwaz merupakan anak kepada Almarhum Ustaz Fadzil, bekas Presiden PAS.Lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.Beliau jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.

Tiada ulasan: