Khamis, 12 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Aziz meninggal dunia akibat barah

Posted: 12 Feb 2015 07:28 AM PST




Published on 12 February 2015 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 malam tadi di Kota Baharu pada usia 84 tahun selepas sekian lama bertarung dengan barah.

 Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di kediamannya Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.SUMBER

Inilah kerja UG - Melabel dan mahu menyingkirkan ahli yg tidak sehaluan ....

Posted: 12 Feb 2015 06:49 AM PST

ALOR SETAR - Pas Pusat wajar menyiasat dakwaan wujudnya komplot mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas kerana terdapat bukti asas yang boleh kaitkan dakwaan itu, yang didedahkan sekumpulan penyokongnya, Ahad lalu.

 Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, maklumat itu merupakan perbincangan dalaman pimpinan kanan parti, bukan tuduhan liar.

 "Elok siasat (dakwaan) daripada membiarkan perkara itu makin parah berikutan kelicikan pihak tertentu yang benar-benar mahu singkirkan Hadi, termasuk memburukkan Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) dan Majlis Syura Ulama. Penyokong terbabit hanya mendedahkan maklumat, jangan membisu kepada kelicikan kumpulan lain yang sering dilihat membuat onar dalam parti," katanya, sinis.

 Katanya, maklumat didedahkan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim berserta akuan berkanun, termasuk bukti perbualan dari aplikasi WhatsApp bukan perkara remeh.

 "Sebelum diadakan pemilihan, elok jika anai-anai perosak yang cuba porak-perandakan parti termasuk mahu singkirkan Hadi, terlebih dahulu disingkirkan," katanya.

 Katanya, siasatan juga perlu terhadap individu atau kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan terbabit.

 "Ini bukan budaya Pas. Ia menular secara licik dan senyap sejak Pas dapat sambutan selepas tahun 1999," katanya.

 Tambahnya, bukan sahaja wujud gerakan menjatuhkan Abdul Hadi, tetapi gerakan menentang sesiapa sahaja dalam parti yang tidak sealiran atau tidak boleh diarah.

 "Pas Kedah adalah mangsa awal kumpulan ini. Selepas cubaan menjatuhkan Allahyarham Ustaz Azizan Abd Razak dan menguasai Pas negeri gagal, mereka cetuskan perbalahan serta tubuhkan NGO. Tercetuslah perbalahan melalui adu domba, yang disifatkan munafik dalam gerakan Islam," 

Muhammad Sanusi yang juga Bekas Setiausaha Politik Azizan berkata, tidak dinafikan perbalahan dengan Azizan hingga berlakunya krisis exco adalah agenda kumpulan ini.

 "Siasat siapa lagi di belakang gerakan itu, jangan tunggu hingga parah! Sudah tiba masa, Pas perlu bebas daripada anasir anai-anai perosak," katanya.

 Tegasnya, siasatan juga perlu terhadap kaitan kumpulan terbabit dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), berikutan NGO itu disebut sebagai sebahagian daripada komplot itu.

 "Kenapa Pasukan Gerak Saraf (PGS) bawah Jabatan Pilihanraya Pas Pusat membantu promosikan aktiviti Pasma, sedangkan Majlis Syura meminta sebaliknya? Ini gerakan jahat melibatkan pemimpin tertentu," katanya.

 Muhammad Sanusi berkata, jika semua maklumat didedahkan palsu, pihak yang difitnah boleh ambil tindakan perundangan untuk membersihkan nama mereka.

 "Perwakilan dari seluruh negara akan adakan pemilihan dalam masa terdekat. Apa jaminan calon yang bertanding bebas daripada percaturan kumpulan itu. Kita bimbang wujud gerakan untuk merosakkan Pas dari dalam," katanya.

 Katanya, lebih baik kumpulan itu berperang dengan Umno, daripada melaga-lagakan sesama ahli, serta mencetuskan kacau-bilau untuk tolak kepimpinan ulama.

 "Namun saya yakin Pas tetap kukuh selagi berpegang kepada perjuangan Islam sebagai teras dan matlamat. Anasir licik seperti itu wujud sejak zaman awal Islam dan akan berlaku hingga kiamat. Ahli Pas wajib berpegang kepada Islam dipandu ilmu para ulama. Pasti ahlinya tidak rela parti ini menjadi sekular pragmatis seperti sekutunya dalam PR," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

 Selain menyalahkan pihak lain diatas kejatuhan PAS Kedah dalam PRU-13 lalu, Sanusi nampak gopoh dan terdesak mahukan supaya penyingkiran ahli PAS yg tidak sehaluan dengannya disingkirakan dari parti; katanya:

"Sebelum diadakan pemilihan, elok jika anai-anai perosak yang cuba porak-perandakan parti termasuk mahu singkirkan Hadi, terlebih dahulu disingkirkan," 

 Tak kira siapa kamu, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau JKPP....biarlah pemilihan Muktamar yang menentukan. Apa punya bengap Ketua Penerangan Pas Kedah nih! Melabel orang yg tidak sehaluan dengan pelbagai gelaran yg biadab dan dengan mudah tak sempat-sempat mahu menyingkirkan orang dari parti!

 Tidak setuju dengan pemimpin, pergi keluar parti? Itulah pemikiran jumud kalangan UG. PAS bukan kepunyaan seorang pemimpin tetapi kepunyaan ramai ahli jemaah. Kemukakan dalam muktamar nanti dan biar jemaah tentukan.

  Melobi dan berkempenlah secara bersih, jauhkan dari fitnah berbagai. Jangan buat kelaku sewaktu pemilihan Timbalan Presiden dipemilihan yg lepas. Macam-macam puak UG duk gelar pada Mat Sabu. Podah!

Berikut saya perturunkan pandangan ilmuan Islam negara kiata berkaitan pemilihan pimpinan parti.
Zaharuddin Abd Rahman February 9 at 10:54pm · 
 Sebagai sebuah parti dan jemaah yang besar, adalah perkara lumrah wujudnya sebahagian ahli dan pimpinan yang tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinan tertinggi. 
Justeru PAS sebagai parti yang menerima sistem pemilihan pimpinan melalui undian dalam muktamar agung, semua ahli & pimpinan semua peringkat PAS patut lebih matang, tidak panik dan tidak perlu berdemo hatta jika benar sekalipun wujud gerakan dalaman yang 'tidak berhasrat' mengekalkan pimpinan tertentu sedia ada. 
Apabila berdemo dan memekik melolong di media, pastinya imej dan reputasi seluruh parti dan jemaah itu lebih jatuh dan teruk. Malah dikira lebih negatif berbanding dari gerakan dalaman tersebut. Ini perspektif dari luar..dan penting diambil kira jua.

Razman Zakaria hanya tepuk-tepuk sayang.....

Posted: 12 Feb 2015 12:15 AM PST

Menarik untuk meninjau beberapa ulasan dari beberapa pimpinan PAS sendiri mengenai isu Pesuruhjaya PAS negeri Perak, Razman Zakaria mendebik dari belakang Hanifa Maidin sewaktu mesyuarat JKPP kelmarin.

 Apabila Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS kelmarin, Hanipa berkata: 

"Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua." 

 Ini menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf.

Razman dikatakan telah pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali.

Walau bagaimana pun, Hanifa telah menafikan kejadian tersebut. Razman juga turut menafikan. 
"Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal sebaliknya ia lebih kepada perdebatan kerana berbeza pandangan. Tinggikan suara tu biasalah bila tak setuju pendapat.Jelas Razman selanjutnya di sini
 Percayalah, ini semua fitnah anasir jahat. Komplot CIA nak memburukan parti Islam Semalaysia PAS. Allah akan membalasnya.....

 Walau apa pun, cer tengok komen Ketua Pemuda PAS Gopeng nih :


 Dr Khairudin Malik, YDP PAS Tambun mengulas secara am.Biasalah siapa yg makan cili, maka terasalah pedasnya....


 Dia pun balas balik apa yang bekas Ketua Kawasannya itu tulis (dia ni lari dari Tambun jadi KP PAS Gopeng):


  Aku cuma nak tumpang tanya KP Gopeng ni, apa taarif kamu 'memaki' dan 'mencaci' yang kamu katakan itu? Adakah dengan kenyataan seperti :

 "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."  termasuk sebagai memaki dan mencaci?


Ternyata ada banyak benda yang tersembunyi....Kalau Hanifa dan Dr Dzulkifli membuat penafian, almaklumlah kepada kita seperti mana yg Dr Khairuddin katakan tu....utk tolong cover member tu....

Tapi penafian Razman tu nampak mencurigakan! Dia kata cuma bertekak dan tidak ada 'sentuhan fizikal'. Bukankah Fairuz tu kata 'tepuk belakang....bukan tumbuk'. Maknanya ada 'sentuhan fizikal' Samada Razman berbohong atau Fairuz yg bohong. Tidak mungkin kedua-duanya bercakap benar...Siapa yang akan mengaku bercakap bohong? Allahu 'alimun bizatil-dsudur

 Apa-apa pun cuba korang hadamkan kenyataan Hanifa dan Dr Dzulkifly berikut:

Bodoh kalau kaitkan Kes Anwar dengan Hudud di Kelantan

Posted: 11 Feb 2015 05:30 PM PST


 Menarik sekali kenyataan Hj Hadi dalam merakamkan ucapan takziahnya kepada Anwar Ibrahim. Antara ucapannya ialah:
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam."
Sorilah Tuan Haji, saya bukan tidak setuju dengan dengan Undang-undang Syariah sebagaimana Tuan Haji cakapkan tu. 

 Tuan Haji macam nak menyindir Anwar.... seolah-olah Anwar menolak hukum Islam yang PAS perjuangkan itukan? Tuan Haji cuba nak kaitkan dengan Hudud di Kelantan tu kan? kan?

Sayang sekali, sampai Anwar dah masuk pun, dia masih tetap tidak berpeluang untuk melihat sendiri apa bendanya pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan itu.Kamu mahu dia sokong, tapi kamu sorok-sorok benda tu apasal Haji?

  Kamu percayakan sangat dengan Jamil Khir Baharom dan Umno kononnya akan sokong pembentangannya di parlimen nanti.Bila orang dipersoalkan mengenai keikhlasan Umno itu, kamu kata:


"Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita.                                                                                                                                      "Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain,"  kenyataan Hj Hadi di sini 
  Haji, tidakkah kamu ingat bahawa Anwar Ibrahim pernah berusaha membawa kes tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk didakwa mengikut qazaf ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah membenarkan bantahan awal untuk membatal permohonan Anwar tersebut.

 Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. Baca seterusnya di sini 

  Dalam keadaan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur itu ada kuasa yg diperuntukan seperti dalam kes tersebut, tetapi permohonan Anwar untuk mendapatkan keadilan melaluinya tetap dinafikan. Ini semua kerana kuasa sebenarnya ialah Umno. Kamu percayakan Umno?

  Terpulanglah kepada kamu Haji kalau masih nak percayakan Jamil Khir dan Umno itu. Jangan pula nanti ada yang kata "Haji Hadi dan Umno berpisah tiada!"

Berikut ini korang boleh baca status face book dari sahabat saya yang dulunya sangat wala' dengan Hj Hadi.....Ha! ha! ha! itu dulu.....


Bodoh kalau kaitkan Kes Anwar dgn Hudud di Kelantan 


Kebanyakan respon Ostaz2 PAS dalam kes Anwar mengaitkan Hukuman Syariah yg Adil.. betul la, itu kita tak nafikan..Hukum Allah itu Adil.. namun untuk kaitkan Kes Anwar dgn Undang2 Hudud Kelantan satu perbuatan yg Bodoh...


Bagaimana Ostad Moktar Senik, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan @dr Azman lebih2 lagi mengatakan Sebab Anwar menolak Hukum Hudud Menampakkan Kebodohan agamawan.. dalam kes Anwar bukan disebabkan Hukuman atau Sistem Perundangan, tetapi ia Soal kezaliman Pemerintah dan Sistem Kehakiman yg Korup dan Rasuah.. Sedangkan Tok guru haji hadi dibebaskan dari Tuduhan Fitnah juga bukan disebabkan Undang2 Syariah... 

Begitu lah Bodoh nya agamawan2 Sekarang segalanya dikaitkan dgn Hudud..Hatta Banjir Besar di Kelantan pun dikaitkan nya dgn Kegagalan melaksana kan Hudud..

 Gerakan Islam Dunia Ikhwanul Muslimin bersolidariti bersama Anwar tanpa Mengaitkan soal hukum Hudud tetapi kebobrokan Pemerintah.. Kalau Logik Bodoh Dr Azman diguna Pakai..Pemimpin Ikhwanul Muslimin yg ditangkap,dibunuh..dan dipenjarakan juga disebabkan Ikhwan tidak melaksanakan Hudud ??

 Negara Saudi yg melaksanakan Hudud..Tetap Sahaja Kerajaannya Zalim kepada Musuh Politik, Raja dab Bangsawan Bebas Merogol dan membunuh, ada Ulama yg merogol dibebas dari hukum mati manakala ada Amah yg mempertahan diri dari dirogol di hukum mati, malah dalam kes di Saudi ,Tuti Tursilawati yg dihukum Pancung turut dinafikan hak diwakili Peguam.. apakah Itu Keadilan dalam Islam ??

Ini bukan Soal Undang2 Hudud.. Ini Soal Kezaliman Pemerintah..

 Berhentilah Agamawan mempergunakan Agama untuk Politik... Rakyat dah muak... Yg perlu ditukar Kerajaan Yg Zalim.. Bukan Soal Undang2.. mendirikan Sebuah Kerajaan yg adil dan bersih dahulu sebelum Melaksanakan Undang2 Syariah...Ipoh Mali 

Tiada ulasan: