Rabu, 11 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa mulut, tangan cirit birit nih?

Posted: 11 Feb 2015 08:00 AM PST


 PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

 Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".

 "Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

 Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu. - Baca lagi di sini

Kenapa hanya seorang saja yang dihukum sedangkan yang suka diliwat pula boleh dilepaskan??

Posted: 11 Feb 2015 05:55 AM PST

Saiful kelihatan ceria menghidangkan teh di rumah Anwar,
sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku 
di sini
Mohd Saiful memberitahu Mahkamah bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaannya. 

 Jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak Anwar mengikut Seksyen 337C kanun yang sama kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol.

 Tetapi pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

 Maka jika kejadian liwat ini berlaku secara "suka-sama-suka", kenapa hanya seorang saja yang dihukum sedangkan yang suka diliwat pula boleh dilepaskan?? 

 Ikuti pandangan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong seperti berikut:


Majlis Peguam persoal kejanggalan kes Anwar

 Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata terdapat beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya.

 Leong dalam kenyataannya berkata, Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 377A.

 Seksyen 377B memperuntukkan bahawa individu yang melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam Seksyen 377A boleh dihukum untuk tempoh yang mungkin dilanjutkan sehingga 20 tahun, dan boleh dirotan.

 "Penting untuk diperhatikan bahawa Anwar tidak didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol, walau mungkin terdapat dakwaan berlaku paksaan semasa dalam persidangan.

 "Ini juga menyebabkan timbul persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang didakwa menyertai perlakuan liwat itu tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dan dibaca bersama dengan Seksyen 109 Kanun Keseksaan," kata Leong.

 Katanya, undang-undang itu jarang sekali digunakan untuk pendakwaann, namun Anwar tetap didakwa dan disabitkan dua kali atas satu kesalahan di mana tuduhan itu mengandungi elemen paksaan. Hal ini menambahkan lagi kesangsian dalam kes ini, katanya.

 "Kejanggalan yang jelas ini membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya dan bukan didakwa," kata Leong 
di sini

Tiada ulasan: