Ahad, 1 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tuan Haji Hadi dan Mustafa Ali tolong lah baca nih!

Posted: 31 Jan 2015 03:48 PM PST

Pilihan raya PBT boleh bangkitkan kuasa ketiga

OLEH EILEEN NG
Penduduk di sesebuah bandar akan tertarik dengan isu tempatan yang 
diperjuangkan sekiranya pilihan raya pihak berkuasa tempatan diadakan, 
seterusnya mewujudkankuasa ketiga. – Gambar fail 
The Malaysian Insider, 1 Februari, 2015. 

Pilihan raya kerajaan tempatan boleh menghasilkan kuasa ketiga yang berperanan sebagai "check and balance" (semak dan imbang) dan menyediakan alternatif kepada membangunkan sistem dua parti, kata pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

 Walaupun mereka biasanya ditolak pengundi semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kerana menyokong sama ada parti pemerintah atau pakatan pembangkang, pemimpin politik berkata pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi peluang kepada parti lebih kecil bertapak.

  Sementara sangat sukar bagi calon bebas menjamin kemenangan di peringkat negara, mereka berkata, parti atau individu lebih kecil mempunyai peluang lebih baik di peringkat tempatan di mana mereka boleh memperjuangkan isu setempat seperti pengangkutan awam, alam sekitar atau kebajikan haiwan yang diminati penduduk tempatan.

  Mereka melontarkan pandangan ini ketika parti yang bersekutu dalam PR - DAP dan PAS - sedang berbalah berhubung isu pilihan raya PBT, yang ditentang parti Islam itu.

 Pilihan raya PBT pernah diadakan di negara ini sehingga ia digantung pada Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1964.

  Ia akhirnya dimansuhkan sama sekali 11 tahun kemudian oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggantikan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960.

 Sejak itu, jawatan di majlis kerajaan tempatan dilantik parti politik yang memimpin negeri tertentu.

 Siapakah pemimpin BN yang bersetuju dengan Pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula itu? - Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan: