Rabu, 21 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tidak wajar PR perang media sesama sendiri RAZIATUL HANUM A. RAJAK .

Posted: 21 Jan 2015 11:00 PM PST

PETALING JAYA - PKR menyifatkan tindakan sesetengah pihak dalam PR yang enggan hadir ke mesyuarat dan berperang kenyataan melalui media-media sebagai satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. 

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, berdasarkan etika berpolitik, segala permasalahan harus diselesaikan melalui mesyuarat. 

"Saya rasa semua ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Sebab itu kita minta supaya mesyuarat PR dijalankan secepat mungkin. Sekarang kita nampak bahawa ada sesetengah pihak masih enggan (hadir untuk) bermesyuarat dan berperang di media. 

"Ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Sebab ini adalah etika berpolitik dan koalisi politik di mana harus mesyuarat untuk selesaikan sebarang masalah yang tidak setuju satu sama lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. 

Tze Tzin diajukan persoalan tentang pertelingkahan demi pertelingkahan antara rakan komponennya, Pas dan DAP yang terus berlarutan. 

Mengulas lanjut beliau berkata, ekoran perkara itu, PKR telah meminta agar mesyuarat pimpinan PR dijalankan secepat mungkin. 

" Kita telah minta supaya satu mesyuarat majlis pimpinan PR dijalankan secepat mungkin. "Sebenarnya orang-orang yang terlibat dalam media ini ada satu mesyuarat Setiausaha Agung PR. 

Mereka yang akan keluar kenyataan," katanya. Namun ketika ditanya adakah pihak yang enggan itu dirujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menjawab, "Saya tak tahu, kamu semua tahu (siapa)." 



Posted by mountdweller.

VIDEO - AIR MATA ENGAGEMENT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PASCA BANJIR -.

Posted: 21 Jan 2015 10:15 PM PST



 
AIR MATA ENGAGEMENT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PASCA BANJIR - LATA REK

Tiada kata yang mampu kami ucapkan lagi. Deraian airmata dan dakapan erat mereka menjadi bahasa hati yang sarat dengan pengharapan penuh pasrah. Video ini juga kami edit bersama deraian airmata kesedihan mengenang kesengsaraan mereka.

Menurut Makcik Limah, seorang warga Emas di situ, inilah kali pertama mereka menerima musibah banjir sebesar itu. Banyak rumah hanyut dan ranap sepenuhnya. Sebuah madrasah yang masih jelas terpasang corong pembesar suaranya juga turut hanyut. Ironinya, dalam kekalutan musibah itu, mereka masih tidak lupa kepada Allah. 

Puan Halmat dalam genangan airmata telah berdoa sekiranya boleh diberikan kepada keluarganya naskah Al Quran dan Yassin. Subhanallah.. Kebetulan di samping beras, makanan, selimut dan lain-lain, naskah Quran, surah Yaasin dan sejadah memang merupakan item yang kami jadikah cenderahati kami dalam lawatan itu. 

Inilah konsep engagement yang kami laksanakan sepanjang berada di Kelantan dalam misi bantuan ini. Samada melalui silaturrahim dan bacaan doa yang memberikan ketenangan dan pengharapan kepada mereka, atau melalui sentuhan kerjatangan yang bersungguh-sungguh.

"Inilah julung kali menerima bantuan berserta doa beramai-ramai", kata salah seorang dari mereka sambil menangis pilu. Silaturrahim ini benar-benar telah menerbitkan rasa kasih penuh persaudaraan dunia dan akhirat yang amat mendalam terhadap mereka.

Dengan berat hati kami terpaksa tinggalkan mereka untuk meneruskan kesengsaraan hidup. Kami bawa pergi tubuh kami, namun kami tinggalkan hati dan simpati kami bersama mereka.

Kami lihat ini bukan bencana Kelantan sahaja, malah ini adalah bencana peringkat Nasional (National Disaster). Setiap rakyat dan pejabat kerajaan harus berkabung dan berpuasa agar dapat berjimat bagi mengumpul dana buat menghulurkan bantuan apa sahaja yang kita ada.

Kesengsaraan mereka tidak mungkin boleh reda dalam sebuan dua. Biarpun kemah-kemah plastik disediakan di tanah lapang, namun logiknya sukar untuk mereka memanggang diri dengan bahang panas dalam kemah tertutup itu. Mereka lebih sanggup tinggal di bawah pokok dengan ponco kanvas sambil membaiki sendiri rumah yang rebah.

Semuga lebih ramai sudi bersama untuk bergiliran hadir menemani duka dan meringankan kesengsaraan mereka. Biarpun bencana ini semakin reda dari liputan media. Jika sekalipun ada pihak yang membantu membina semula rumah mereka, namun isi rumah mereka musnah semuanya. 

Mereka masih tetap perlukan kita untuk menenangkan hati dan memulihkan trauma dari kesan bencana ini.

Para ketua kampung, ketua agama dan masjid yang masih lagi alpa dan lalai dalam memastikan kebajikan setiap penduduk jagaan mereka, bertindaklah sekarang untuk memperbaiki khidmat terhadap masyarakat..

Melihat ibu-ibu tunggal dan anak yatim bersesak-sesak dalam kemah itu membuatkan hati kami luruh dan merintih. Semuga Allah lindungi anak-anak kecil dan hamba-hambanya yang tidak berdosa. 

Semuga Allah beri kekuatan untuk kita semua terus membantu mereka dengan istiqomah, dengan penuh simpati dan berkasih sayang.


Dari lensa dan hati,

WARGA PRIHATIN.

CHEF WAN RUPANYA MENTOR KEPADA PENGASAS QU PUTEH

Posted: 21 Jan 2015 09:30 PM PST


Pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya gara-gara terlibat sebagai penaja dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebagai penaja yang melaburkan wang RM3 juta untuk rancangan tersebut, beliau mempunyai hak untuk mempromosikan produk berkenaan selepas mencapai persetujuan dengan pihak TV3.


"Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.

"Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. 

Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.

Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu.

Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.

Selain siaran langsung AJL 29, Dr Vida turut menaja pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada 4 Januari lalu.

Kata Dr Vida, 44, banyak wang dikeluarkan untuk TV3 termasuklah membeli iklan menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromsosikan produk masing-masing apatah lagi jika melibatkan jutaan ringgit.

Oleh sebab itu ujarnya, selepas rancangan tersebut beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan sama ada ia berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas AJL 29, penjualan produk-produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingat, produk saya untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu," katanya.

Tambah Dr Vida, dengan pelaburan sebanyak RM3 juta itu, beliau berjaya mendapat peluang mempromosikan produknya tanpa berkongsi dengan mana-mana produk lain dalam AJl 29 itu.

Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. 

Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.

Terkini!!! MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'? Biar Betul!!! Fitnah Berleluasa, Jom Terjah Cerita Yang Betul!!!

Posted: 21 Jan 2015 08:45 PM PST



Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

MPPP telah bertindak menyerbu Restoran 'Line Clear' pada pukul 3.30 pagi dan merampas kerusi dan meja premis nasi kandar tersebut kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Manakala MPSP pula telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Taman Pelangi mulai semalam dan dijangka berakhir Jumaat ini dimana mereka bertindak merobohkan semua struktur-struktur perniagaan haram yang dikuasai oleh warga asing.

Untuk makluman semua beberapa tahun lalu operasi merobohkan ini pernah dilakukan oleh MPSP dan Utusan melaporkan 1,000 gerai diroboh MPSP.. lihat di ( SINI )

Kita tunggu dan lihat berapa puluh ribu gerai kah yang akan dilaporkan oleh Utusan telah dirobohkan oleh MPSP kali ini.


Sebagaimana yang dijangka penutupan sementara premis nasi kandar 'Line Clear' telah dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.. antaranya Abu Afiq Studio.. 


Komen Abu Aqif: Jangan tutup dulu. Tak sempat makan situ lagi. Orang tak kena memang tak merasa kesusahan seperti mereka. Jika xdpt membantu jangan mengeluarkan kata² yang boleh mengguris hati. Semoga keluarga Line Clear tabah menghadapi ujian.

Dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata: "Jika sedang menghadapi sebuah kesusahan, Nabi Shallallahu alaihi wa salam biasa membaca doa:

«لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَلِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ»

"Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Pemilik 'arsy yang agung. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah pemilik langit, pemilik bumi dan pemilik 'arsy yang mulia." (HR. Bukhari no. 7426 dan Muslim no. 2730)

Imam Yahya bin Syaraf An-Nawawi berkata: "Ini adalah sebuah hadits yang agung, wajib diperhatikan dan harus sering dibaca saat menghadapi kesusahan hidup dan perkara-perkara yang berat."

Imam Muhammad bin Jarir Ath-Thabari berkata: "Generasi salaf (sahabat) sering membaca doa ini dan mereka menyebutnya doa kesusahan hidup."

Kadang² terfikir adakah ini nasib orang Islam yang tinggal di negara majoriti orang Islam tetapi ditindas sebegini. Alasan berniaga tanpa lesen juga tidak munasabah kerana bila mohon lesen tidak pula diluluskan. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Jika Penang tak boleh berniaga, mungkin LIne Clear boleh mencuba ditempat lain. Meniaga di sini. Senang kami nak datang. Selangor boleh, KL ada. Melaka pun ok.

Nasihatnya baik.. cuma tajuknya 'MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear' itu menjadi fitnah buat MPPP kerana Abu Aqif hanya mendengar dari sebelah pihak saja..

Sedangkan pihak MPPP bukannya menutup terus operasi 'Line Clear' tapi hanya mahukan mereka menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah.

Baca apa penjelasan MPPP dan faktor-faktor yang menyebabkan 'Line Clear' beroperasi tanpa lesen yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider ni..

Aku rasa ramai peminat-peminat masakan di 'Line Clear' tahu perkara ni..


Seperti pedasnya rempah rasa nasi kandar, begitu juga yang dirasai terhadap krisis perbalahan pemilik operasi gerai makan Line Clear di George Town yang menyajikan makanan popular India-Muslim.

Perbalahan antara saudara mengenai siapa yang layak menjalankan perniagaan mempunyai sejarah yang panjang mengenai perjanjian secara bergilir.

Restoran popular 24 jam itu menarik perhatian ramai apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membersihkan lorong belakang yang menjadi pusat perniagaannya sejak 60 tahun lalu, dalam satu serbuan pada pukul 4 pagi Isnin lalu.

MPPP berkata, tindakan dibuat ekoran pengusaha gerai menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Tindakan itu juga dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja 1979," kata MPPP dalam kenyataan, menambah arahan lesen kepada operator baru dikeluarkan mengikut keputusannya pada 8 Oktober tahun lalu.

MPPP hari ini berkata, gerai makanan itu tidak ditutup tetapi cuma mahu memastikan ia beroperasi oleh pemegang lesen yang sah.

28 tahun lalu, tiga pengusaha – Thulkarnai S Naina Mohamed, N Aisha Kalandar Mustan dan Rahimathollah Naina Mohamed menandatangani perjanjian menguruskan perniagaan secara bergilir-gilir setiap tahun.

Ditandatangani pada Februari 1987, perjanjian mengesahkan ketiga-tiga mereka berhak dan pemilik berdaftar gerai jalanan di lorong sebelah 161 Penang Road.

Dokumen menunjukkan tiga pihak setuju dengan terma penggiliran, iaitu setiap pihak akan menguruskan dan menyelenggara kedai setahun sekali bermula 1 Januari 1988 bermula dengan Thulkarnai, kemudian diikuti Aisha, dan Rahimathollah.

Dokumen juga mengandungi perjanjian bagaimana kerja pembaikan perlu dibayar.

Pengusaha terkini adalah Abdul Hamid Seeni Pakir, dan anak lelakinya Hashim Abdul Hamid enggan memberikan komen ketika diminta menunjukkan dokumen itu.

Hamid, bagaimanapun, di dalam dokumen itu dinamakan sebagai salah seorang saksi kepada perjanjian tiga pihak.

Hashim berkata, pertikaian itu sudah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan pihak mana yang layak menguruskan premis itu.

"Kami semua boleh tunjukkan dokumen semasa perbicaraan dan kita serahkan kepada mahkamah.

"Kalau tidak isu ini tidak akan selesai dan perbalahan akan berterusan generasi demi generasi," katanya yang juga cucu kepada Seeni Parkeer, dipercayai individu yang memulakan perubahan gerai makan Line Clear.

Katanya, perniagaan berjalan semula seperti biasa selepas MPPP mengarahkan operasi membersihkan lorong pada Isnin lalu. MPPP juga merampas meja dan kerusi dan dibawa naik ke dalam lori.

Datuk kepada Hamid, Seeni Pakeer dikatakan memulakan gerai menjual nasi dan makanan ala Indian-Muslim di lorong yang dahulunya dinamakan Lorong Jamban, kerana berdekatan dengan tandas awam yang terletak di hujung lorong.

Kemudiannya secara tidak rasmi dinamakan Lorong Seeni Pakeer Coffeeshop sebelum dinamakan N Aishah Nasi Kandar dan kemudian, Line Clear.

Restoran itu pernah dikunjungi oleh chef Anthony Bourdain pada tahun 2012, terkenal secara tradisi kerana juruwang akan berteriak "line clear" selepas pelanggan selesai makan dan membayar makanan.

Pada 2 Jun tahun lalu, MPPP yang mengeluarkan Lesen Penjaja Gerai Lorong berkata, pihaknya akan mengeluarkan semula lesen tapak bagi memastikan gerai itu beroperasi mengikut undang-undang.

Pengarah bahagian perlesenan MPPP Azman Sirun berkata, lesen diberikan kepada tiga individu pada tahun 2012 untuk menjalankan aktiviti komersial.

Tiga yang terlibat adalah Abdul Latiff Thulkurnai, Sahubarali China Mohd Hanibah dan Pathumah Iskandar, ketiga-tiganya sepupu, dan mempunyai kaitan dengan tiga individu yang menandatangani perjanjian asal pada tahun 1987.

Bagaimanapun, pemegang lesen tidak boleh menjalan perniagaan kerana kawasan lorong itu sudah dikuasai Hamid, seorang lagi sepupu mereka, kata Azman.

"Mengikut perjanjian diantara penjaja, mereka setuju menjalankan perniagaan secara bergilir setiap tahun.

"Dalam perjanjian itu juga, ahli keluarga memberikan peluang kepada Hamid menjalankan aktiviti daripada tahun 2008 hingga 2010," katanya.

Pada tahun 2011, Sahubarali yang sepatutnya mengambil alih operasi tidak dapat haknya kerana Hamid tidak menyerahkan tapak itu sehingga hari ini, katanya.

MPPP berkata, pihaknya berniat untuk mengambil alih tapak dengan mengosongkan kawasan itu selain mahu menyusun semula aktiviti perniagaan gerai selaras dengan undang-undang yang baru dikuatkuasakan.

Azman berkata, tindakan itu juga bagi memastikan tahap kebersihan dan penjagaan makanan.

Tak tahu tanya dulu Bro Aqif.. jangan sebar fitnah..

Hakikatnya aku pun tak setuju dengan tindakan MPPP yang menyerbu pada pukul 3.30 pagi tu.. Awat tak boleh nak tunggu siang hari dah ka nak serbu tu?

ASD

Tenaga kerja sektor petroleum dikurangkan?

Posted: 21 Jan 2015 08:00 PM PST

  
Beberapa isu penting yang telah lama membelenggu masyarakat di Labuan akan dibawa kepada perhatian agensi kerajaan berkaitan untuk diselesaikan, kata pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Labuan Rahimah Lamat.



Antara isu-isu itu termasuk kemungkinan pemberhentian atau usaha mengecilkan jumlah tenaga kerja dalam sektor minyak dan gas, harga barangan semakin meningkat, kekurangan kemudahan di Kompleks Pasar Labuan Sentral yang baru siap dan usaha menambah pengundi baharu, katanya.

Rahimah berkata isu berkenaan telahpun dibangkitkan oleh masyarakat umum dan
para peniaga.

"Isu-isu itu akan dikemukakan kepada agensi berkaitan dan anggota Parlimen untuk tindakan segera," katanya dalam mesyuarat jawatankuasa penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Rahimah berkata kemungkinan pemberhentian tenaga kerja adalah isu sensitif memandangkan kerajaan baru sahaja mengumumkan penstrukturan semula bajet negara semalam.

"Ia adalah isu yang agak sensitif namun mesti diketengahkan kerana ia membabitkan orang awam. Isu barangan pengguna yang begitu lama dan kurangnya kemudahan di pasar baharu masih tertinggal di belakang dan perlu penyelesaian bagi menamatkan sungutan orang ramai," katanya sambil menambah jabatannya juga sedang meneruskan usaha mendaftar pengundi baharu.

Mesyuarat bulanan KKMM Labuan merupakan satu platform bagi jabatan dan agensi di bawah kementerian itu termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk mengetengahkan isu-isu agar dapat menarik perhatian pihak berkuasa berkaitan.

- Bernama

Chegubard muncul pertahan Anwar, libas Sakmongkol AK47

Posted: 21 Jan 2015 07:30 PM PST

Tindakan tokoh DAP Datuk Ariff A Aziz mempersoalkan serangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin menjemput sanggahan daripada Chegubard hari ini.

Ariff, yang juga Ahli Parlimen Raub menulis dalam blognya, Sakmongkol AK47 mempersoalkan 'minat' Anwar bekerjasama dengan pemimpin nombor satu Umno dalam usaha mematahkan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim.

Ini berikutan kesediaan Anwar memberikan maklumat kes rasuah terhadap Daim, bagaimanapun, tindakan Ariff itu kurang disenangi oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard dalam satu kenyataan terbuka hari ini.


Berikut adalah kenyataan media dari Chegubard..


Ariff Perlu Memahami Seni Politik Mahathir Sebelum Mengkritik Anwar

Merujuk kepada liputan beberapa media mengenai kenyataan Datuk Ariff Sabri A.Aziz yang mempertikaikan kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan maklumat kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
 
 
 
Ariff menyatakan kononya Anwar tiba tiba serius dalam menyerang Daim kerana ingin bekerjasama dengan Najib menyerang 'pack' Mahathir-Daim hanya kerana pentingkan kebebasan dirinya menjelang keputusan mahkamah.

Sehubungan itu saya ingin memberikan sedikit komentar mengapa Pakatan Rakyat tidak harus menyertai Mahathir-Daim dalam membelasah Najib.

1. Bagi saya, adalah tidak pelik Anwar menyerang Daim dan Mahathir, ia telah pun berlaku semenjak 1998 lagi. Malah, bukan sahaja Daim dan Mahathir tetapi semua sekali kepimpinan UMNO-BN termasuklah Najib sendiri. 


Tetapi nampaknya apabila Daim dan Mahathir menjadi sasaran sekarang ini, mengapa pula Ariff kelihatan begitu sensitif?

2. Jika menyerang Najib menjadi asas perkiraan politik, kita juga ternanti-nanti selaku orang yang rapat dengan Najib satu ketika dahulu bilakah Ariff akan mendedahkan sebarang dokumen atau bukti salahguna kuasa Najib. Sudah pasti jika Ariff mendedahkannya, kami akan sambut bersama.

3. Lebih pelik, dakwaan Ariff kononnya serangan Anwar pada Daim dan Mahathir ini akan menggagalkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk pengetahuan Ariff, Pakatan Pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. 


Pakatan Pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya?

Hasilnya ialah Mahathir dan UMNO yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam UMNO dapat disingkirkan tetapi akhirnya UMNO semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan. 


Bayangkan jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN dan kita berdepan dengan pilihanraya, tentu suasananya berbeza dan kita sudah pun menerobos Putrajaya.

4. Bagi saya, bukan sahaja Anwar malah semua mangsa buli politik Mahathir seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh, dan juga penjawat-penjawat awam seperti Tun Saleh Abbas, Prof. KS Jomo dan ramai lagi muncul dan menamatkan kecelaruan politik dan pentadbiran negara yang berpunca daripada Mahathir. 


Mahathir lebih banyak membawa bencana pada negara tetapi hakikatnya dialah yang memperkosa Perlembagaan Persekutuan, sistem keadilan dan penyebab berlakunya kecelaruan dalam politik dan kotor dalam negara.

IPP merupakan satu contoh paling ulung bagaimana Mahathir menjadikan khazanah negara sebagai skim pencen beliau dan kawan-kawan. 


Bukan sahaja Abdullah, Najib tetapi siapa sahaja Perdana Menteri dari BN selepas Mahathir akan berhadapan masalah bagaimana mahu berdepan dengan sedutan subsidi milik rakyat kepada IPP ini.

5. Mengikut logik Ariff, Pakatan Rakyat perlu berseronok dan menari bersama Mahathir-Daim untuk menjatuhkan Najib. Ramai yang menyangkakan Pakatan Rakyat yang menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi hakikatnya, dalam tidak sedar, Mahathir sebenarnya yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu kerakusan kuasa di hujung usia. Tidakkah Ariff sedar akan skil dan strategi politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya, dia akan menggunakan apa sahaja termasuk juga musuh. 


PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman merasa amat bangga sekali apabila Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku.
Tetapi ia adalah kenikmatan sementara semata-mata. Selepas sahaja lengkap cita-citanya, Mahathir kembali menggodam PAS. Ketika menyerang dan membunuh di Memali, Mahathir langsung tidak pernah ingat bahawa dia pernah menggunakan pentas PAS untuk naik ke puncak kuasa. 

Ariff sepatutnya lebih maklum seni politik Mahathir kerana Ariff juga pernah berada di dalam kepompong UMNO satu masa dahulu.

6. Ariff harus ingat Mahathir membuat bising hanya untuk kepentingan dirinya dan kroni. Ini bukanlah kali pertama dia membuat kecoh semasa era Najib ini. Sebelum ini, Mahathir bising, bila diberi Proton maka dia pun diam. 


Kemudian, dia membuat bising lagi, apabila syarikat berkepentingan anaknya mendapat projek Petronas bernilai berbillion Ringgit, dia senyap. Sampai bila kita mahu menjadi perkakas Mahathir?

7. Mahathir juga membangkitkan soal rasuah tetapi dialah bapa dan cikgu kepada semua pemimpin negara dari UMNO-BN yang ada hari ini. Dialah yang mengajar untuk menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan amalan kronisme. Mahathir juga membangkit soalan legasi. 


Menyerang Najib supaya Najib tidak memberikan laluan untuk untuk menaikkan sepupunya Hishamuddin. Tetapi, lupakah Ariff bahawa satu masa dahulu,Mahathir pernah meroyan kerana mahukan anaknya diberikan tempat dan kuasa?

8. Satu lagi persoalan yang saya mahu dijawab oleh Ariff, adakah jika kali ini kita sekali lagi bermain dalam percaturan Mahathir ini, menekan Najib sehingga Najib tersingkir, Ariff boleh menjamin bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya?

9. Najib juga perlu sedar jika semua perancangan Mahathir-Daim ini menjadi sekali lagi, tahun ini merupakan tahun terakhir pemerintahan Najib. 


Maka, saya menasihatkan buanglah ego itu jauh-jauh demi kepentingan negara yang telah dihancurkan oleh Mahathir dan kroni. Najib harus memberi laluan kepada Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan lain-lain untuk kembali meletakkan Malaysia kepada landasan yang terbaik.



Saya sebagai rakyat yang sentiasa mahu melihat parti politik warisan penjajah, Barisan Nasional ini tumbang. Dan strategi yang paling ampuh ketika ini adalah untuk mendiamkan Mahathir dan kroni. Himpit mereka sehingga segala harta kekayaan yang mereka kaut secara salah dipulangkan kepada rakyat.

Kemudian, kita berhadapan Najib secara gentleman di dalam Pilihanraya Umum. Dan sudah tentu ketika itu, peranan Ariff sebagai orang yang rapat dengan Najib amat diperlukan untuk duduk di dalam barisan paling depan bagi mendedahkan semua kisah dan pengalamannya bersama Najib.

Sekian

Che'GuBard
Pengasas SAMM
Bekas MPP PKR Pusat

Anwar di TV3: Rakyat tertanya-tanya, bontot Saiful pula berdenyut-denyut.

Posted: 21 Jan 2015 07:00 PM PST

Adakah prinsip musuh kepada musuh adalah rakan dipakai?


Satu pengitirafan? Pandangan yang cukup naive Bila musuh memberikan ruang pastinya ada udang di sebalik mee Tak heranlah kalau dubur saiful dah mula berair.......

Ada yang tersirat di sebalik liputan Anwar di TV3 oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Tanpa sebarang nada sarkastik, seorang pemimpin kanan PKR mengisytiharkan "kejayaan" parti itu dalam "memenangi hati media arus perdana" melalui isu dakwaan rasuah Tun Daim Zainuddin.

Ini di sebalik persoalan yang timbul selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mendapat ruang di media arus perdana dalam isu dakwaan rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan itu.

Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, laporan stesen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang menyiarkan kenyataan Anwar adalah satu bentuk pengiktirafan yang sudah lama ditunggu parti.

"Liputan berterusan media arus perdana dalam kes yang melibatkan Tun Daim menunjukkan Keadilan, selepas lebih 15 tahun, telah berjaya memenagi hati mereka (media).

"'Kejayaan' ini lebih signifikan memandangkan media itu adalah TV3, NST dan Utusan," kata Saifuddin kepada Semut Harian.

Beliau adalah salah seorang pengasas PKR yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Bekas pembantu peribadi yang menjadi watak utama dalam kes Liwat II Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam satu posting Facebook Isnin lalu menuduh TV3 menjadi "jurucakap PKR" untuk menyerang Daim.

"Bukan niat saya untuk persoal mengapa TV3 serang Tun Daim, tapi mahu personal mengapa mereka beria sangat beri liputan kepada PKR? "Tak ada orang sendiri yang berani buat pendedahan?

Hari itu (MP Bukit Katil) Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim," katanya yang merujuk kebarangkalian pemimpin BN sendiri yang perlu tampil "menyerang" Daim.

Dalam posting itu, Saiful turut melampirkan imej perbualan WhatsApp yang diterima isterinya – bekas kakitangan TV3 – daripada seorang editor November lalu. Perbualan itu berhubung arahan editor kepada isterinya untuk menghadiri sidang media Shamsul, dan menyifatkannya sebagai tugasan penting - "must cover must use".

Saiful berkata, isterinya yang mengambil skim pemberhentian kerja MSS (mutual separation scheme) meninggalkan stesen itu selepas merasa "jijik" apabila perlu menghadiri sidang media Shamsul untuk menyerang Daim, pemimpin yang dihormatinya.

Kawalan parti terhadap kebanyakan media arus perdana yang menyebabkan liputan berat sebelah terhadap pembangkang adalah satu rahsia umum.

Sehinggakan dalam parti sendiri, apabila mana-mana pemimpin mendapat perhatian "lebih" daripada media arus perdana, ia dianggap sebagai amaran kemungkinan berlakunya pergolakan.



Saifuddin menjelaskan, bukanlah Anwar yang membuat kemunculan di TV3, sebaliknya tuduhan terhadap Daim itu diambil daripada sumber lain.

"Tiada pihak lain (selain PKR) yang berani membangkitkan isu (tuduhan) rasuah melibatkan Tun Daim, (maka) orang media yang melihat nilai berita dalam isu ini 'tiada pilihan' selain memetik kenyataan pemimpin PKR," katanya lagi.

Disebalik pandangan Saifuddin yang kelihatan agak pragmatik, pemerhati mengatakan tentunya ada yang tersirat di sebalik perkara itu.

Rata-rata berkata, tuduhan Anwar yang disiarkan media arus perdana mungkin menandakan pergolakan dalaman Umno sendiri – membuat lakaran semula garis pertembungan sekutu dan musuh lama.

Seperti pandangan pemerhati itu, kemungkinan Daim menjadi sasaran pengikut setia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan beliau dikatakan menyokong gerakan untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan Presiden Umno.





Anwar sendiri mungkin hanyalah alat yang boleh digunakan dalam pertembungan dalaman itu, kalau pun tidak terlibat secara sukarela. Itu pun jika hal seperti itu boleh berlaku.

Ahli Parlimen DAP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz hari ini berkata, beliau "bingung" dengan strategi Anwar dalam menyerang Daim, sedangkan Najib sepatutnya menjadi "musuh bersama" kedua-dua tokoh itu.

"Mungkin saya tidak membaca panduan politik tersembunyi daripada kuil Shaolin. Kung fu politik saya belum berkembang sepenuhnya… "Mengapa serang Daim sedangkan usaha kita sepatutnya bertumpu untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya?" soalnya.

Penulis blog yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol47 itu menyifatkan perhatian media terhadap dakwaan Anwar itu sebagai "meragukan". Namun ia bukanlah kerana ia dibangkitkan oleh Saiful.

"Memang, TV3 selaku 'spin master' kepada PM memberikan ruang luas kepada Anwar untuk mengecam Daim Zainuddin…

"TV3 dan medium komunikasi lain yang dimiliki dan dikawal Media Prima tidak akan melakukan apa-apa, kecuali dengan kebenaran orang Najib," katanya lagi. 


Pada 18 Januari lalu, Anwar menyampaikan ucapan dasar berhubung kesan kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit kepada ekonomi negara di One World Hotel.

Dalam sidang media selepas itu, beliau dilaporkan mendakwa memiliki "bukti kukuh" terhadap Daim. Namun, liputan waktu perdana TV3 dalam Buletin Utama berdasarkan sumber kedua dan menumpukan kepada tuduhan Anwar terhadap Daim.

Liputan inilah, yang amat jarang berlaku dan secara tiba-tiba, malah tanpa unsur negatif seperti sedutan video seks yang didakwa melibatkan dirinya sebelum ini, yang menarik perhatian ramai. Sesetengah pihak mungkin melihatnya sebagai kewajaran mesej anti-korupsi yang dibawa Pakatan.

Namun besar kemungkinan Anwar telah dipergunakan dalam pertembungan dalaman Umno, atau pun lebih buruk. Apa-apa pun kemungkinannya, sesiapa pun tidak dapat tidak akan mengesyaki sesuatu yang meragukan.


Posted by mountdweller

Bekas duta Malaysia ke Peru, tebusan Tupac Amaru meninggal dunia - OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Posted: 21 Jan 2015 06:30 PM PST


Bekas duta Malaysia ke Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Petaling Jaya pukul 7 malam tadi. – Gambar ihsan Facebook.Bekas duta Malaysia ke Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Petaling Jaya pukul 7 malam tadi. – 

Gambar ihsan Facebook.Bekas duta Malaysia ke Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya lebih kurang pukul 7.00 malam tadi, kata bekas rakan sejawatnya di Universiti Malaya (UM).

Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Dr Roy Anthony Rogers berkata, Mokhtar yang pernah mengajar di universiti tertua Malaysia itu merupakan seorang berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan dalam bidang hubungan antarabangsa.
 
 

 
"Beliau merupakan seorang yang baik dan banyak membantu kami. Kami pasti akan merinduinya," kata Rogers kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi sebentar tadi.

"Mokhtar merupakan seorang yang disayangi ramai, daripada pelajar hinggalah rakan pensyarah. Dia seorang yang merendah diri dan ceria. Semoga dia berehat dengan aman di sana."

Sementara bekas rakan dutanya, Datuk Dr Rajmah Hussain yang kini merupakan adjung profesor di UM mengatakan mayat Mokhtar sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kelana Jaya.

Mokhtar yang pernah menjawat jawatan timbalan setiausaha agung Asean (2000-2003) itu dikatakan menderita penyakit barah dan akan dikebumikan di SS4B, Petaling Jaya esok.

Mokhtar merupakan di antara 10 lagi tokoh yang menyertai kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 – sebelum ni secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sistem mahkamah syariah di negara ini melalui surat terbuka pada 8 Disember.

Semasa berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Peru pada 1996, Mokhtar merupakan salah seorang yang menjadi tebusan kepada kumpulan pemberontak Tupac Amaru.

Beliau juga pernah menjadi pengarah operasi untuk menyelamatkan rakyat Malaysia semasa Perang Teluk yang pertama.

Mokhtar juga pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke beberapa negara seperti Indonesia, India, Korea Selatan, Kuwait, Venezuela, Amerika Syarikat dan Turki.

Beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk "Tebusan Tupac Amaru" yang diterbitkan pada 1997.

Di UM, Mokhtar berkhidmat sebagai pensyarah kanan dalam hubungan antarabangsa dari 2006 hingga 2011 selain terlibat dengan International Institute of Public Administration of Malaysia dari 2006-2007.

Mokhtar merupakan salah seorang kolumnis The Malaysian Insider akan tetapi hanya sempat menyumbangkan satu artikel kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik.



The Malaysia Insider

Peguam gagal hubungi Sirul, tunggu kenyataan rasmi OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 21 Jan 2015 05:30 PM PST

Peguam mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamaruddin gagal menghubungi anak guamnya yang kini ditahan di Australia.

Peguam mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamaruddin gagal menghubungi anak guamnya yang kini ditahan di Australia.

Peguam mewakili Koperal Sirul Azhar Umar di Malaysia cuba menghubungi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu untuk mengetahui punca beliau ditahan pihak imigresen Australia, tetapi usaha untuk mendapatkan jawapan tidak berhasil.

Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu The Malaysian Insider, beliau menghubungi pihak imigresen bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi jurucakap enggan memberikan sebarang maklumat.

Katanya, barisan peguam Sirul hanya boleh memutuskan langkah seterusnya sejurus selepas penahanannya dapat disahkan pihak berkuasa.

"Kami sudah cuba bercakap dengan wakil jabatan imigresen tetapi mereka kata tidak ada kuasa untuk membincangkan kes itu.

"Kami juga menghubungi ABC News, organisasi media pertama yang melaporkan berita penahanan itu tetapi mereka kata maklumat yang mereka tahu setakat ini daripada wakil jabatan imigresen, dan penangkapan berdasarkan notis merah yang dikeluarkan Interpol.



"Jadi sekarang kita perlu tunggu beberapa kenyataan rasmi seperti permohonan ekstradisi daripada Malaysia sebelum kita boleh buat tindakan selanjutnya," katanya.

Kamarul sebelum ini berkata, mereka akan mengemukakan tindakan undang-undang mencabar mahkamah Malaysia jika pihak berkuasa memohon untuk ekstradisi Sirul.

Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu atas kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sirul dilaporkan melarikan diri ke Australia dua bulan lalu sebelum hukuman dijatuhkan, dan undang-undang negara itu tidak membenarkan ekstradisi dibuat bagi hukuman mati.

Sirul ditahan imigresen Australia sehari selepas polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah terhadapnya, menandakan beliau antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa.

Kamarul berkata, Sirul sehingga kini masih belum dibebaskan, menyebabkan beliau gagal menghubungi anak guamnya.

"Kita tak tahu sama ada dia bersama peguam atau keadaan kes, sama ada beliau melanggar kesalahan imigresen atau ditahan sebab notis merah Interpol.

"Kami masih cuba untuk menghubunginya," katanya.

Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan Azilah, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013.

Hakim Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua-duanya terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Altantuya dibunuh kejam apabila diletupkan dengan bom C4, ketika dijumpai di pinggir luar bandar Shah Alam.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang juga bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah tetapi dibebaskan pada tahun 2008. Kerajaan bagaimanapun tidak pernah membuat rayuan terhadap keputusan itu. – 21 Januari, 2015.


www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam

Sejarah perjanjian bergilir cetuskan perbalahan keluarga pemilik Line Clear OLEH HIMANSHU BHATT

Posted: 21 Jan 2015 05:00 PM PST




Sajian nasi kandar di restoran Line Clear yang diantara restoran yang paling popular di ibukota Pulau Pinang.

Sajian nasi kandar di restoran Line Clear yang diantara restoran yang paling popular di ibukota Pulau Pinang.

Seperti pedasnya rempah rasa nasi kandar, begitu juga yang dirasai terhadap krisis perbalahan pemilik operasi gerai makan Line Clear di George Town yang menyajikan makanan popular India-Muslim.

Perbalahan antara saudara mengenai siapa yang layak menjalankan perniagaan mempunyai sejarah yang panjang mengenai perjanjian secara bergilir.

Restoran popular 24 jam itu menarik perhatian ramai apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membersihkan lorong belakang yang menjadi pusat perniagaannya sejak 60 tahun lalu, dalam satu serbuan pada pukul 4 pagi Isnin lalu.

MPPP berkata, tindakan dibuat ekoran pengusaha gerai menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Tindakan itu juga dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja 1979," kata MPPP dalam kenyataan, menambah arahan lesen kepada operator baru dikeluarkan mengikut keputusannya pada 8 Oktober tahun lalu.

MPPP hari ini berkata, gerai makanan itu tidak ditutup tetapi cuma mahu memastikan ia beroperasi oleh pemegang lesen yang sah. – 21 Januari, 2015.
-

See more at: http://www.themalaysianinsider

Tiap Kali Tersedar Tok Guru Tanyakan Waktu Solat Dan Minta Baca Al-Quran

Posted: 21 Jan 2015 04:30 PM PST

 
Kuala Lumpur: "Ketika bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

"Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat," kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam coretannya di laman Facebook malam ini.

Menurutnya, ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan baik.

"Doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

"Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga dan beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap," katanya.

Nik Abduh berkata, ada tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahnya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pagi tadi, bekas Menteri Besar Kelantan itu bertambah baik apabila sedar sepenuhnya.

Beliau sempat menunaikan solat Subuh dan bersarapan dengan minum teh.

- hmetro

 

NGO: Bangkitlah semua mangsa 'buli' Mahathir

Posted: 21 Jan 2015 04:00 PM PST

 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa "mangsa buli" politik Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bangkit menamatkan "kecelaruan politik dan pentadbiran" yang didakwa berpunca daripada tokoh itu.

Pada masa yang sama, pengasas kumpulan itu Badrul Hisham Shaharin mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan skil dan strategi Dr Mahathir bagi "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul antaranya menamakan bekas menteri kewangan Tengku Razaleighh Hamzah, bekas ketua hakim negara Tun Saleh Abbas dan dua bekas timbalan perdana menteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Musa Hitam.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Mahathir membawa lebih banyak "bencana" kepada negara.

"Pakatan pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. Pakatan pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan (bekas perdana menteri Tun) Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya?

"Hasilnya ialah Mahathir dan Umno yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam Umno dapat disingkirkan tetapi akhirnya Umno semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan," katanya.

Sedangkan, kata Badrul (atas), jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN, Pakatan sudah tentu dapat menerobos Putrajaya.

Badrul, anggota PKR yang digantung keahliannya sebelum ini, mengulas kenyataan MP Raub Datuk Ariff Sabri A Aziz yang mempertikai
tindakan Anwar yang dilihat bekerjasama dengan Najib untuk menyerang Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Sebelum ini, Anwar dilapor sedia mendedahkan "bukti" dimilikinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan terhadap Daim.
 

ANWAR VS NAJIB : "Nothing Is Impossible In Malaysian Politics"

Posted: 21 Jan 2015 03:15 PM PST

PETALING JAYA: Will Anwar and Najib kiss and make up? One analyst thinks we might see this happening soon.

Shahbudin Husin, in a blog posting commenting on the favourable coverage the Opposition Leader has lately been getting in the pro-Najib media, even speculates that PKR might abandon Pakatan Rakyat and join hands with Umno. He paints Anwar in an uncomplimentary light, which he has rarely done.

He says Najib needs the support of someone as popular as Anwar to help him keep his hold on power – which is getting more tenous every day – and Anwar needs Najib to escape prison for alleged sodomy.

He observes that Anwar's long-time enemies – Mahathir Mohamad and Daim Zainuddin – have now become Najib's enemies and this is why they may have come together.

 
"It's known that Anwar still longs for power," he writes. "If Najib is willing to share power with him and ensure that he does not go to prison, it's not a big problem for Anwar to return the favour with his support.

"With Mahathir and Daim continuing to attack him, Najib probably fears that he will lose all hope of holding on to power if Anwar is sent to prison. He knows only Anwar has what it takes to help him face Mahathir and Daim."

Shahbudin figures that with Anwar in Najib's camp, BN can hope to regain non-Malay votes in the urban and semi-urban areas as well as among youths.

 
If the two really make up and BN and "Anwar's team" form a unity government, he says, then Anwar is likely to get the Deputy Prime Minister's job, with some members of his team, such as Nurul Izzah, Rafizi Ramli and Shamsul Iskandar, taking up Cabinet posts.

"Although he won't be Prime Minister, it'll still enough of a victory for Anwar," he adds.

"Furthermore, with the split in Pakatan Rakyat getting ever more serious, Anwar's hope for power through that coalition is getting dimmer every day."


 Reformis Saribas

'Kenapa dalam penjara makan seperti binatang?'

Posted: 21 Jan 2015 08:00 AM PST

 
"Kenapa orang (dalam) penjara makan seperti binatang?"

Begitu luahan Hamizah Che Amat, isteri kepada penulis blog Amizudin Ahmat yang dipenjara kerana menghina mahkamah ekoran terus menyiarkan artikel fitnah terhadap bekas menteri Tan Sri Rais Yatim (bawah).

Hamizah hari ini tampil dengan dakwaan layanan buruk terhadap suaminya itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bersama peguam dan NGO Jingga 13.

"Pada hari ketiga saya melawatnya, dia tak bersalin pakaian, nak solat, sembahyang pun tak ada air.

"Makanan yang diberikan kepadanya ibarat makanan kucing. Ikan berbau busuk, belum makan sudah tahu (busuk).

"Kalau pihak penjara buat macam ini kepada semua orang, kena fikirlah kita ini bukan binatang, kita manusia.

"Jadi saya terkilan sangat, penjara melayan orang  macam ini ke? Kita manusia, ada hati dan perasaan, Cuba mereka orang duduk dalam, apa perasaan mereka?" kata  Hamizah dengan marah.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya perbelanjaan kerajaan sehinggakan banduan diberi layanan seteruk itu.

'Ini dikatakan hina mahkamah?'

Hamizah terus mempertahankan tindakan suaminya yang hanya menulis dan "menyimpan" tulisan dalam blognya Sharpshooter.

"Ini dikatakan hina mahkamah? Saya tak faham apa maksud hina mahkamah," soal  Hamizah.

Sementara itu, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa pula berkata Amizudin dibawa ke sebuah sel bersama sembilan orang penjenayah  dan keesokan harinya dipindahkan ke bilik bersebelahan bilik hukuman gantung.

"Kemudian beliau dipindah ke blok RSD (klinik penjara) dan diasingkan atas kategori keselamatan dan kini berseorangan diri," jelasnya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi penjara berhubung dakwaan itu.

Amizudin (kanan) dihantar ke penjara pada 8 Januari lalu selepas gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah lebih rendah itu sebelumnya mendapati dia bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

Ketika keputusan disampaikan, Amizudin digari oleh polis menyebabkan suasana sedih menyelubungi mahkamah.

Malah Amizudin dan anggota keluarganya dilapor kelihatan mengesat air mata.

Sebelum dihantar ke lokap polis, dia sempat melambaikan tangan sambil berkata: "Assalamualaikum, lawan tetap lawan".

Penjara: Amizudin dilayan baik

Sementara itu, The Star Online melaporkan Timbalan Pengarah (Bahagian Dasar) Jabatan Penjara Supri Hashim sebagai berkata Amizudin diberikan layanan baik selaras dengan peraturan dan undang-undang penjara.

"Makanan diberikan menuruti diet seimbang yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, dalam keadaan bersih dan diperiksa sebelum diberikan," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi portal itu hari ini.

Beliau juga dilapor berkata minuman dihidangkan dalam bekas tertutup dan setiap banduan diberikan cawan plastik sendiri atas alasan keselamatan.

Ketika ini, lapor portal itu, Amizudin ditempatkan di biliknya sendiri yang mempunyai lampu, katil dan tandas sendiri.

Amizudin juga dilapor diasingkan daripada banduan jenayah kerana dia ditahan bawah pertuduhan awam.

Supri berkata Azimudin juga diberikan dua pasang pakaian.

Ketika dihubungi pada Rabu malam, lapor The Star Online lagi, Hamizah mengesahkan bahawa tempat tinggal dan layanan diterima suaminya di penjara bertambah baik berbanding tarikh sabitan kesalahannya sebelum ini.

Penyanyi Zamani Ditangkap Kerana Morphine ?

Posted: 21 Jan 2015 07:30 AM PST

Salam Tuan,

* Tangkapan kes menarik penyanyi vokalis kumpulan SLAM (Zamani SLAM)


Seksyen 12(2) ADB 1952 &Seksyen 15(1)(a)ADB 1952
bersabit Hulu Kelang rpt: 459/15


Pengadu: INSP. Mohamad Rashidi B Mat Din BSJND IPD Ampang Jaya

IO: Insp. Hazreen B Mohktar

OKT:

(B1) Nama : Zamani B Ibrahim (Zamani Slam)
KP:710525-10-5267
umur : 43Thn
Kerja : Penyanyi


Alamat :No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor
Rekod jenayah : Tiada rekod.
Urine :Morphine


(B2) Nama : Nur Juliana Bt Abdul Rani
KP: 820409-03-5350
umur : 32Thn
Kerja : Tiada


Alamat : 46/CR Tingkat 3, Jln Kosas 1/6, Tmn Kosas Ampang Selangor.
Rekod jenayah : tiada rekod
Urine : AMP


Fakta kes
Pada 21.01.15 jam lbh


kurang 0030 hrs pengadu bersama anggota BSJND Ampang Jaya telah serbu dan tangkap 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu (B2) di alamat No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor. Pemeriksaan bilik B1 pengadu telah jumpa 1 peket plastik disyaki dadah jenis Heroin (ab. 1.2 gram) di atas tilam dlm bilik . Pemeriksaan lain-lain bhgn tiada jumpa brg salah.


Soal siasat awal dapati saspek (B1) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dan ambil bekalan dadah heroin dgn seorang lelaki melayu nama Azron B Mansor, Kp: 810604145775 yg di tangkap bersabit Hulu Kelang rpt: 456/15, Seksyen 39A(2) ADB 1952.


Siasatan masih di teruskan.

Hot - Pengakuan Anak Sirul, Pegang Rahsia YG Boleh Gugatkan Kedudukan Najib.

Posted: 21 Jan 2015 06:45 AM PST

WOWW..


Anak Sirul ada facebook rupanya. Diam-diam dia perhatikan perjalanan kes bapa dia di laman sosial. Entah kenapa mungkin tak tahan membaca komen2 yang mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut. 

Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.







Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.

Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Nampak macam remeh tetapi percayalah jika Sirul kejap ada kejap tak boleh dihubungi ia bukan sesuatu yang remeh la. Otak Prison Break aku berkata-kata ada sesuatu yang tak kena disitu.

Dan, kalau korang semua perhatikan komen anak Sirul, dia ada tulis yang keterangan sedang diambil dari bapanya. Jika laporan atau keterangan itu leak kepada umum, PM Malaysia boleh jatuh.

Siapa PM Malaysia?

Najib Razak.

Dan baru2 neh blogger UMNO pro Tun Mahathir, A. Kadir Jasin ada maklumkan yang mereka juga ada rahsia tentang Najib. Mereka tak terliur nak dedahkan rahsia Najib dekat public. Macam yang team Najib buat dengan menyerang Daim.

Macam mana yang mereka akan buat? Najib takan bodoh sangat. Dia boleh baca. Dalam pada dia fikir dia banyak simpan rahsia orang2 yang mahu jatuhkan dia,  orang2 yang mahu jatuhkan dia juga banyak simpan rahsia2 tentang dirinya.

Jika aku tak silap, apa yang akan berlaku ialah exchange kepentingan. Frasa pertama. Jika team Najib boleh membuatkan team Mahathir berhenti menyerang dengan menawarkan sesuatu atau team Mahathir boleh membuatkan Najib berhenti dengan menawarkan sesuatu.

Atau frasa kedua.

Masing2 enggan mengalah dan berganjak dari mendapatkan kepentingan masing2. Maka jika dah sampai ke tahap ini, Mahathir tetap dengan keinginannya, Najib tetap dengan kehendaknya, jadi, kedua2 akan mula saling serang menyerang dengan membocorkan satu persatu rahsia menggunakan cara2 licik dan strategi ini termasukla menggunakan pembangkang dalam apa jua cara demi tujuan mencapai matlamat. 

Aku tak pasti la apakah rahsia yang dimaksudkan oleh anak Sirul sama seperti yang dimaksudkan oleh A.Kadir Jasin cuma apa yang aku pasti Najib memang ada rahsia. 

Persoalannya, anak Sirul dan bloggers UMNO pro Mahathir semua main tarik tali dari mendedahkan rahsia tersebut kerana masing2 pun ada rahsia masing2. Itu la masalahnya. Mereka tak boleh nak transparent kerana mereka pun ada rahsia tersendiri.

Aku terfikir2 juga. Apa la agaknya yang anak Sirul maksudnya jika Najib tak beri apa yang Sirul mahukan dan tak tolong bapanya.. rahsia apa la yang Sirul pegang sehingga memaksa Najib nak taknak tetap perlu membantu Sirul dalam kes pembunuhan Altantuya.

Hmmm..

Malam ini. Najib akan muncul di tv3 jam 9 malam dalam program Soal Jawab.

Kalau dah sampai dia sendiri turun padang untuk jelaskan isu mengenai 1MDB. Korang semua tak faham2 lagi ke betapa 'bahayanya' senapang yang Mahathir acukan kepadanya?

HAHAHAHAHAHA.. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-gagal-hubungi-sirul-tunggu-kenyataan-rasmi

http://www.astroawani.com/news/show/altantuya-atas-dasar-apakah-sirul-ditahan-soal-peguambela-kamarul-hisham-52516

Faekah dan tujuh lagi dibawa ke mahkamah, kata Azmin

Posted: 21 Jan 2015 06:00 AM PST

 
Post Pic
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin dan tujuh bekas pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu selepas tempoh 14 hari pemulangan pampasan RM2.6 juta tamat semalam.
 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat  peguam untuk meneruskan prosedur undang-undang terhadap kumpulan itu setelah mereka enggan memulangkan wang itu dalam tempoh yang ditetapkan.  
 
"Kita sudah merujuk kepada peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan wang tersebut," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
 
Faekah dan tujuh bekas pembantu kepada mantan MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun melantik peguam untuk menghadapi saman kerajaan negeri itu selepas mendakwa Azmin bertindak dengan niat jahat dan menfitnah mereka bersabit isu itu.  
 
Kumpulan lapan itu dijangka menuntut pampasan itu ditambah dan bukan dikurangkan.  
 
Azmin mendakwa audit oleh kerajaan negeri mendapati pampasan itu diluluskan oleh Khalid walaupun melanggar beberapa prosedur dan tata urus kewangan. 
 
Menurut laporan lapan bekas pembantu Khalid itu di bayar RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan. 
 
Difahamkan, bayaran itu diluluskan Khalid  pada 22 September, sebelum beliau berundur sebagai MB setelah dipecat daripada parti PKR.

Malu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Rozmal.

Posted: 21 Jan 2015 05:15 AM PST

 
Yang buat kotor mungkin lembu milik orang Melayu yang beragama Islam, yang membersihkannya orang Cina yang bukan beragama Islam.

Semoga Wong Ah Pong mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH. Tanpa bayaran, tanpa paksaan 21 Januari 2015

KUALA PILAH - Jika anda melalui jalan di Kampung Juasseh Tengah pada pagi hari, mungkin anda akan terpandang seorang wanita warga emas sedang membersihkan jalan raya yang dipenuhi dengan najis lembu. Itulah Wong Ah Pong, 82, yang menetap di kampung berkenaan sejak 60 tahun lalu, selepas mengikuti suaminya berhijrah dari Seri Menanti untuk bekerja sebagai penoreh getah di sebuah estet.

Tanpa sebarang bayaran atau dipaksa sesiapa, Ah Pong menjadikan rutin paginya seawal jam 7 mengutip najis-najis lembu yang bertaburan sepanjang kira-kira 100 meter di kampung berkenaan. Lebih mengharukan, kerja berkenaan sudah dilakukannya sejak 30 tahun lalu.

Ketika ditemui Sinar Harian, Ah Pong yang fasih dengan dialek Negeri Sembilan dan menggelarkan dirinya Wan berkata, tiada sesiapa yang mendorong dia melakukan kerja itu.

"Wan buat semua ini ikhlas. Wan lakukan seawal jam 7 pagi sebelum kawasan ini sesak dengan kenderaan," katanya. Menurutnya, dia kasihan melihat pemilik kenderaan yang melalui jalan dipenuh najis lembu itu.

"Walaupun Wan tiada kenderaan, tapi Wan faham perasaan mereka. Habis kereta mereka penuh najis lembu. Daripada Wan tak ada kerja, baik Wan bersihkanlah jalan ini," katanya.

Menurut Ah Pong, najis-najis sudah dikutip disimpan dalam karung plastik dan diletakkan di tepi jalan. "Bila najis ini sudah kering, ramai yang datang ambil untuk dijadikan baja. Elok juga, dari terbiar begitu saja," katanya.

Menyorot kehidupan Ah Pong, katanya, dia tinggal seorang diri selepas kematian suaminya. "Sejak atuk meninggal pada 2011, Wan tinggal seorang diri walau anak-anak sibuk suruh tinggal bersama mereka. "Wan tak mahu susahkan anak-anak.

Selagi Wan masih terdaya, Wan mahu lakukan semua sendiri," katanya yang mempunyai empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

Ah Pon juga tidak kekok untuk tinggal dikelilingi masyarakat Melayu kerana baginya, orang Melayu di situ sangat prihatin dan baik. "Mereka mesra dengan Wan.

Jika nampak Wan mahu ke Pilah, mereka akan tumpangkan Wan. Inilah dinamakan perpaduan. Tanpa kira bangsa, kita boleh hidup aman damai. "Biarlah Wan akhiri sisa-sisa hidup di sini.

Lagipun, apa yang Wan mahukan, semua ada, tidak mengapa kalau Wan tidak berada di bandar sekalipun. "Wan juga akan tetap teruskan membersihkan najis lembu selagi masih terdaya," katanya mengakhiri perbualan.

sinarharian.com.my

'Suatu hari, jual burger juga menghasut'

Posted: 21 Jan 2015 04:30 AM PST


Dalbinder Singh Gill, anak saudara kepada mendiang Karpal Singh, yang kemungkinan besar akan didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada Februari, tidak akan hanya memerap di rumah kerana bimbangkan perkara itu.

Mahasiswa 24 tahun itu kini memilih menjual burger buatan sendiri di gerai rakannya yang dikenali sebagai Abu Hassan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Beliau memilih bidang itu daripada membantu perniagaan hotel ayahnya di sebelah pulau.

"Dengan kadar tangkapan bawah Akta Hasutan di negara ini, suatu hari nanti mungkin menjual burger juga dikira menghasut," katanya sambil ketawa ketika ditemui Malaysiakini di tempat perniagaannya itu malam tadi.

Dalbinder antara 20 individu pelbagai latar yang berdepan akta kontroversi itu tahun lalu, termasuk ahli politik, wartawan dan penceramah bebas.

Katanya, Jabatan Peguam Negara memaklumkan padanya berhubung kemungkinan beliau akan didakwa.

Katanya, beliau diberitahu perkara itu ketika menelefon jabatan itu bagi menuntut pemulangan iPhone5 dan iPad mini miliknya yang dirampas.

Beliau pada 1 Oktober tahun lalu ditahan bawah Akta Hasutan kerana tulisan di Facebook yang didakwa mempersoalkan hak bumiputera dan institusi beraja.

Dalbinder menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Jalan Patani pada jam 10.45 untuk disoal siasat. Beliau dibebas dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.30 pagi.

- mkini

Kalau betul tak minat, belah ajerlah......

Posted: 21 Jan 2015 03:45 AM PST


Kalau benar-benar tak minat lebih baik belah daripada buka pekung yang busuk dan otak kolot pada khalayak melalui media

Kalaulah bertekak dengan cara berdepan (debat) adalah lebih baik kerana rakyat boleh menilai dengan bebas Di bawah ni kata Phahrolrazi. Entah hanya tuduhan atau benar tak tahulah.....

Orang politik seperti Phahrolrazi yang ada sejarahnya, bukannya boleh dipakai sangat! 'Hadi macam tak minat dengan Pakatan' mk -1:46PM - 21 Jan 2015 Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah "tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.

Jawatankuasa tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013. DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.

"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.

"Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.

"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.

"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.

Hubungan Hadi dengan rakan dalam Pakatan dilihat retak apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Phahrolrazi menyifatkan perkara tersebut sebagai "salah faham" yang mana ia dengan mudah dapat diselesaikan jika pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dengan teratur. Pakatan lemah

Beliau turut mengeluh mengenai kelemahan Pakatan selepas pilihan raya umum lalu. Katanya, gabungan parti pembangkang itu perlu lebih tersusun, sebagai organisasi berdaftar supaya dapat menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu lambang.

"Rakyat nak lihat Pakatan yang wujud. Mesyuarat pun dah tak ada, mungkin dalam konvesyen PasMa akan diutarakan perkara ini. "(Iaitu) supaya Pakatan (Rakyat) wujud sebagai satu pertubuhan yang ada struktur untuk hadapi politik dan dapat keyakinan dari rakyat," katanya.

Bekas exco Kedah itu berkata pengundi juga mahu melihat kepimpinan yang ditawarkan dan pakatan pembangkang itu mesti bersedia untuk menamakan calon perdana menteri dan barisan Kabinet untuk menguasai Putrajaya.

"Orang tak mahu tengok (Pakatan) masuk (Putrajaya) dengan cara masing-masing – tak boleh. Keyakinan rakyat tak boleh dapat dengan cara itu," katanya.

Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tewas dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan yang mungkin menyebabkan ketua pembangkang itu berdepan hukuman penjara yang panjang.

Kritikan lantang para pemimpin PAS, terutamanya ke atas peranan parti itu dalam krisis MB Selangor menyebabkan Hadi berhati-hati dengan PasMa, malah menyifatkan persatuan itu sebagai "spesies yang entah dari mana".

Naib Presiden Datuk Husam Musa turut menafikan terlibat dengan NGO itu, dan PasMa pula berulang kali menafikan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menjatuhkan PAS.

PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.

"Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah," katanya.

Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.

"Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya," tambahnya lagi. 



Posted by mountdweller

Gagal Lunas Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin Dilelong - By canang

Posted: 21 Jan 2015 02:59 AM PST

 
Pelawak terkenal, Yassin dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara.
 
Akibatnya, selepas lima bulan bersabar, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah tersebut serta merta dan barang-barang rumah pelawak yang juga merupakan ahli kumpulan SYJ (baru tersingkir Maharaja Lawak Mega, minggu lalu) itu sudah dilelong akibat kegagalannya membayar sewa rumah.
 
Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut.
 
Tuan rumah menyangkakan Yassin akan menghubunginya dan selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset.
 
Hanya selepas dua bulan, baru Yassin menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang ditinggalkan itu. 
 
Bagaimanapun, kelewatan Yassin itu hanya merugikannya memandangkan tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua barang-barang yang ditinggalkan.
 
Disebabkan tunggakan hutang Yassin, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu.
 
Daripada menanggung hutang yang berlambak, ada baiknya dia melelong isi rumah yang ditinggalkan, boleh juga dibuat duit belanja bayar itu ini walaupun jumlah yang diperoleh tidaklah seberapa.
 
Kepada Yassin, seelok-eloknya selesaikan hutang tersebut. Difahamkan sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan, mustahil untuk seorang pelawak terkenal seperti Yassin tidak mampu membayarnya?
 
 
sumber: Utusan

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat

Posted: 21 Jan 2015 12:00 AM PST


Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya.

Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya.

Untuk itu, Najib perlu tampil untuk menjelaskan sekurang-kurangnya tiga persoalan ini:- Pertama, beliau perlu menjelaskan apakah mengetahui permainan yang sedang dicatur oleh pegawai dan para penasihatnya, terutama oleh individu yang bernama HR mengenai serangan terhadap Daim melalui media arus perdana itu?

Kedua, jika mengetahui, apakah beliau merestui semua tindakan yang dilakukan oleh para pegawai dan penasihatnya itu, manakala kalau di luar pengetahuannya pula, kenapa setelah heboh diperkatakan, masih juga berdiam diri mengenainya?

Ketiga, apakah selepas Daim, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya pula merupakan sasaran seterusnya untuk dimalukan melalui media arus perdana atau turut diseret kepada siasatan SPRM?

Tiga persoalan ini penting untuk dijawab dan dijelaskan oleh Najib kerana ahli-ahli UMNO seluruh negara ingin mengetahui hakikat sebenar mengenainya. Sekarang ini, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam dirinya itu, dalam masa yang lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim ini.

Mereka mengatakan ini bukan cara yang betul melayan bekas pemimpin yang cuba menegur dan memperbaiki keadaan dalam UMNO dalam negara. Teguran kepada Najib, kata mereka, tidak dapat dielakkan kerana kepincangan dan kelemahan dalam mengurus parti dan negara begitu ketara sehingga kesannya dapat dirasai oleh rakyat jelata.

Mahathir pernah ditegur oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein manakala Pak Lah pula ditegur oleh Mahathir tetapi kedua-dua bekas Perdana Menteri itu tidak pula melayan teguran dan kritikan itu seburuk seperti apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini.

Sementara Mahathir dan Pak Lah tidak takut menjawab setiap kritikan dengan hujah, Najib sebaliknya hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama melakukan tindakan lain yang lebih keras dan tidak berhemah terhadap pengkritiknya.

Apa yang dilakukan kepada Daim ini memberi gambaran bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur oleh ahli dan mereka yang berada dalam UMNO. Jika menegur dan mengkritik, bersedialah menghadapi tindak balasnya.

Selepas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis mengenai 1MDB tetapi kemudian dirinya "ditelanjang" dan "diselongkar" sehingga kes muflisnya didedahkan serta rumahnya terjual, serangan terbuka kepada Daim jelas memperlihatkan kecenderungan ke arah yang sama. Melalui serangan berterusan, termasuk memberi publisiti kepada Anwar Ibrahim untuk turut sama menambah rencah melalui bukti yang sedia diserahkan kepada SPRM, matlamatnya tidak lain ialah untuk mencalar dan memperlekeh imej bekas Menteri Kewangan itu.

Tetapi oleh kerana serangan kepada pengkritik daripada UMNO ini melebihi berbanding apa yang dilakukan terhadap parti-parti pembangkang, kesan politiknya lebih dirasai oleh UMNO sendiri.

Walaupun ada yang menyokong, tetapi yang keliru, benci dan meluat lebih besar bilangannya. Di sinilah pentingnya Najib tampil dengan penjelasannya. Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan.

Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani. Jika semua itu di luar pengetahuannya dan hanya kerja-kerja pegawai dan penasihatnya saja, segeralah menghentikannya sebelum ia memberi lebih banyak masalah kepada UMNO dan juga dirinya sendiri.

Namun, berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini. 0 Shares 0 Comments Share: oleh Mike Tan KOMEN: Kehidupan bekas mejar, Zaidi Ahmad sememangnya telah berubah secara drastik sejak beliau dipecat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia hanya seminggu lalu.

Seorang bekas juruterbang dan komander Tentera Udara, Zaidi agak tidak dikenali di luar kalangan tentera sebelum laporan polis mengenai dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya dan perbicaraan mahkamah tenteranya menjadikan beliau terkenal di seluruh negara.

Tiada siapa yang menjangkakan tumpuan orang ramai yang kini sedang dilimpahkan kepada beliau.

Beliau telah mengendalikan tumpuan media dengan agak baik, tetapi sekali lagi, ini adalah seorang lelaki yang biasa memberikan arahan – Zaidi bukan sahaja seorang pemimpin skuadron pejuang jet perisik negara, tetapi juga pegawai pemerintah pangkalan udara Butterworth.

Keputusan bersalah itu telah mengunci reputasi beliau sebagai seorang pemberi maklumat dan pengumuman "Jumpa di mahkamah Allah" beliau telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia, yang kini melihat beliau sebagai seorang yang berprinsip yang bersedia untuk menegakkan apa yang beliau percayai, tidak kira apa akibatnya.

Beliau mempunyai bakat untuk menjadi ahli politik yang berjaya, dan terdapat desas-desus yang bertiup kencang sama ada beliau berhasrat untuk memulakan kerjaya dalam bidang politik.

Usaha memikatnya telah pun bermula, dengan tawaran kerja dari kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Pada 17 Januari, Zaidi bercakap mengenai kemungkinan kerjaya dalam bidang politik, dan dilaporkan berkata bahawa beliau "pasti akan menyertai Pakatan Rakyat" jika beliau bertanding.

Beliau berahsia mengenai parti tertentu yang beliau akan sertai, menyatakan bahawa dia "akan merahsiakannya".

Hakikat yang beliau menjadi bintang politik yang berpotensi adalah akibat yang tidak dijangka daripada perbicaraan mahkamah tentera itu.

Sebaliknya, keputusan bersalah itu seolah-olah telah menjejaskan tentera, kerana pendapat awam berada kukuh di pihak Zaidi. Walaupun PRU14 masih jauh lagi, keputusan kes Zaidi akan memberi kesan yang mendalam kepada prestasi BN.

Pemecatan Zaidi dari tentera boleh disamakan dengan pemecatan Anwar dari Umno pada bulan Oktober 1998. PKR ditubuhkan selepas pemecatan Anwar, dan berjaya melemahkan penguasaan Umno terhadap pengundi Melayu. Umno dan BN telah terjejas sejak itu, mencatatkan prestasi yang paling teruk dalam pilihan raya umum yang terbaru.

Walaupun kesan Zaidi ini mungkin tidak sebegitu drastik, ia masih merupakan detik perubahan kerana ia menandakan kali pertama bahawa seorang pegawai berpangkat tinggi berani untuk bersuara menentang pihak berkuasa, dengan cara terbuka.

Tentera Malaysia telah lama dilihat sebagai sebuah institusi yang menyokong kerajaan BN (sama ada patut atau pun tidak), dan tindakan mereka memecat Zaidi mengukuhkan lagi tanggapan itu. Tentera, seperti Umno, boleh dibahagikan kepada dua kelas sosial, golongan elit dan bawahan.

Tindakan menganiayaai seorang pegawai berwibawa oleh pihak atasan mungkin tidak diterima baik oleh anggota lain, terutamanya apabila hukuman Zaidi ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua anggota yang berani melanggar perintah.

Zaidi sememangnya ternyata telah menjadi contoh, tetapi bukannya jenis yang pihak atasan mahukan.

Beliau tidak ditambat hidung, dan tidak berkias apabila menyatakan yang perbicaraan beliau adalah bermotifkan politik. Jika sokongan orang ramai terhadapnya kini merupakan satu petunjuk, maka BN seharusnya mempunyai sebab untuk bimbang.

Sekiranya Zaidi menceburi bidang politik dan memenangi hati dan minda anggota tentera negara kita, maka BN mungkin kalah teruk dalam PRU akan datang.

Pemecatan Major Zaidi mungkin berubah menjadi tumbukan terakhir yang menghumban BN keluar dari Putrajaya. Walaupun tentera telah memenangi pertempuran undang-undang, mereka seolah-olah telah menyebabkan BN kalah dalam perang politik Malaysia. -


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN  

Tiada ulasan: