Khamis, 1 Januari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


RUKUN IMAN

Posted: 01 Jan 2015 07:08 PM PST







KUALA LUMPUR - Penurunan harga petrol tidak menjamin penurunan harga barang keperluan serta kos sara hidup memandangkan kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan.

Pandangan itu dizahirkan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman yang berpendapat penurunan harga petrol pada kebiasaannya tidak akan mempengaruhi penurunan harga barang.


KAH KAH KAH

woit
mustahil akan turun
harga barang
impossible turun
mustahil!

untung maksima
ialah rukun iman
kaum kapitalis

bila TURUN 

HARGA
ertinya  nak

RUNTUH


APA PUNYA TIPU


-------------

MINTA BANTUAN ORANG RAMAI

Posted: 01 Jan 2015 06:30 PM PST







DIBERI TAHU

kumpulan pertama dapur jalanan
 telahsampai ke kemaman
dua hari dahulu
dan 
anak anak muda ini
 sedang membantu
 mangsa banjir

kumpulan kedua dapur jalanan 
akan ke kuala krai
bermula 
pada isnin 5 haribulan ini
kumpulan ini
 akan tinggal disana
selama satu minggu

kumpulan kedua terdiri 
dari 40 orang anak muda
mereka akan datang
dengan sebuah bas
bersama 1 kontena makanan
mereka 
akan memasak 
dan 
mengedarkan makanan disana

justeru
mereka memerlukan
bantuan dan sokongan:

1) tong gas
2) dapur memasak
3) makanan kering
4) makanan dalam tin

sila hantarkan ke:
52C Jalan Kemuja
Bangsar Utama
atau
sumbangan dana ke akaun Dapur Jalanan, 

CIMB: 8001-7278-49 

SPKL Collective 



-----------

BENCANA DARI SAEKOR EEE

Posted: 01 Jan 2015 05:28 PM PST






BERITA 

BANJIR

umum bersetuju
setiap bulan disember/januari
tengkujuh akan sampai
tapi
musim tengkujuh
setiap tahun semakin pelik
semakin ganas

umum semakin sedar
keganasan banjir 
kecepatan air naik
kepantasan air melimpah
berkait rapat dengan 
kegilaan membalak

semakin banyak hutan ditarah
semakian cepat bajir sampai
ini hukum alam
ini hukum ilmiah
tak sangkut paut dengan hudud


 EEE

PEMBAWA 

BENCANA



REZEKI 

 DATANG

MENGGOLEK

ini baru betul
rezeki datang mengolek
ini juga tanda dan bukti saheh
bahawa bencana banjir ini
berpunca dari pembalakan


GAMBAR 
UNTUK HIASAN


-----------

ROSMAH HIJAK PESAWAT 9M-NAA?

Posted: 01 Jan 2015 04:45 PM PST





FACE BOOK



TERKINI: Jet Kerajaan 9M-NAA kini di London

Flight tracker menunjukkan pesawat 9M-NAA (dipercayai dinaiki Rosmah) kini mendarat di London. Sebelum ini ia mendarat di New York, LA dan Indianapolis. Jet ini asalnya dinaiki Najib dan Rosmah untuk main golf. Selepas kena kutuk, Najib balik ke Malaysia dengan pesawat lain. Tapi Rosmah tak balik. Kenapa 9M-NAA harus pergi ke New York, Indianapolis, LA dan London?
 —

















-------------

PENIPUAN PRU13

Posted: 01 Jan 2015 09:57 AM PST







BERSIH 2.0 buat laporan polis tentang komen Facebook yang mungkin memudaratkan perbicaraan Mejar Zaidi

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membuat laporan polis hari ini menggesa siasatan dibuat ke atas komen Facebook yang mempunyai implikasi yang serius terhadap integriti mahkamah yang membicarai Mejar Zaidi Ahmad.

BERSIH 2.0 Timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan membuat laporan itu pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

BERSIH 2.0 terpaksa bertindak demikian setelah memerhatikan perkembangan di mahkamah yang kelihatannya seperti pengabaian hak perlembagaan Major Zaidi untuk perbicaraan yang adil.

Pertama adalah penolakan permintaan peguambela pada 24 November supaya mahkamah dibubarkan atas silap bicara (mistrial) setelah komen Facebook yang menyentuh perbicaraan itu muncul dalam ruangan komen tentang laporan Malaysiakini, "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" (20 Oktober).

Komen itu berbunyi: "KLU tak nak jd tentera duk kampung motong getah jer".

Sebuah petikan skrin yang disiarkan dalam laporan Malaysiakini yang lain setelah itu menunjukkan bahawa komen yang berasal daripada akaun Facebook milik "Saadon T'son" itu mempunyai gambar profil menyerupai Kolonel Saadon Hasnan, Yang Dipertua panel yang mendengar kes Mejar Zaidi.

Seterusnya, ditolak pula permintaan peguambela pada 15 Disember bagi penangguhan perbicaraan sementara menunggu permohonan semakan kehakiman. Semakan tersebut difail untuk mencabar keputusan pihak berkuasa sidang yang menolak dakwaan mahkamah bersifat berat-sebelah berdasarkan komen Facebook itu. Mahkamah tentera tidak bersetuju, tanpa memberi apa-apa alasan, bahawa semakan kehakiman tersebut akan menjadi sekadar akademik sekiranya perbicaraan diteruskan; mahkamah berhasrat untuk memberi keputusan pada 8 Januari 2015.

Amat mencurigakan, tindakan mahkamah tentera yang bergegas untuk meneruskan perbicaraan meskipun wujudnya persepsi bahawa Yang Dipertua panel mungkin berat-sebelah. Alasan mahkamah bahawa kos perbicaraan yang berpanjangan membebankan pembayar cukai juga memeranjatkan kerana ia seolah-olah mengutamakan kos dan bukannya keadilan.

Jika pihak berkuasa sidang begitu prihatin tentang pembaziran wang rakyat, maka ia tidak seharusnya membicarakan Mejar Zaidi. Seperti yang BERSIH 2.0 telah berulang kali berkata, undang-undang ketenteraan yang menjadi dasar pertuduhan terhadap Mejar Zaidi bertujuan untuk melindungi keselamatan negara, yang sama sekali tidak terjejas oleh pendedahan Mejar tentang kegagalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kedua, aduan Mejar Zaidi sejak itu telah diakui sebagai sah. SPR sendiri telah mengaku bahawa dakwat itu tidak mempunyai kandungan nitrat perak yang secukupnya untuk memberi ia ciri kekekalan – maka tidaklah mengejutkan apabila dakwat kekal itu gagal secara meluas, seperti yang diperlihatkan dalam ratusan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pengundi tentangnya. Namun tiada siapa dalam SPR yang dipertanggungjawabkan secara terbuka bagi kegagalan ini.

Sebaliknya, pihak berkuasa nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadikan Mejar Zaidi sebagai teladan yang negatif; ini memberi pesanan yang berbahaya yang memberanikan mereka yang bersalah sambil menutup mulut "whistleblower". BERSIH 2.0 mengambil berat kes ini kerana gerakan untuk pilihan raya yang bebas dan adil – malah, rakyat jelata – amat memerlukan orang yang berani seperti Mejar Zaidi memberi kuasa kepada kebenaran.

Walaupun akaun Facebook "Saadon T'son" sudah dibatalkan sekarang, BERSIH 2.0 yakin bahawa pakar-pakar forensik komputer dalam kerajaan boleh mengesan dan mengenal pasti punca komen tersebut. Jika pihak berkuasa begitu berkesan dalam menyiasat kes hasutan dalam talian, maka mereka tentu boleh menunjukkan kecekapan yang sama dalam kes yang melibatkan hak perlembagaan seorang rakyat untuk mendapat perbicaraan yang adil. Kami juga percaya bahawa Yang Dipertua panel yang menghakimi Mejar Zaidi pasti mahu imejnya bebas daripada sebarang kecurigaan, dan ini hanya boleh dilakukan dengan siasatan polis yang independen.

Mahkamah bukan sahaja mesti berlaku adil tetapi juga mesti dilihat sebagai berlaku adil. Bukan sahaja kehidupan dan mata pencarian Mejar Zaidi yang terjejas dalam kes ini, tetapi juga keyakinan orang ramai dan juga rakan seanggota Mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, yang turut berhadapan dengan dakwat kekal yang gagal tetapi tidak berupaya membuat aduan rasmi atas sebab-sebab tersendiri.

Bagi mereka, dan kepada semua warga Malaysia yang lain yang sudah letih melihat ketidakbertanggungjawaban yang berterusan bagi banyak skandal yang wujud dalam urus tadbir kerajaan, keberanian Mejar Zaidi menjadi pedoman kita.


Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0,




-------------

TERBANG BERDENGONG

Posted: 01 Jan 2015 06:08 AM PST






Juruterbang AirAsia QZ7510 positif dadah, lapor media

1 Jan — Belum reda tragedi nahas pesawat AirAsia QZ8501‎ di perairan Selat Karimata, seorang juruterbang AirAsia didapati positif dadah selepas menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Denpasar, lapor portal berita Indonesia, Tempo.

Belum reda tragedi nahas pesawat AirAsia QZ8501‎ di perairan Selat Karimata, seorang juruterbang AirAsia didapati positif dadah selepas menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Denpasar, lapor portal berita Indonesia, Tempo.
Memetik kenyataan Pegawai Khas Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, juruterbang AsirAsia QZ7501 itu menerbangkan pesawat ‎dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Ngurah Rai di Denpasar, Bali.
Hadi berkata, penemuan itu berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan Balai Kesihatan Penerbangan serta Direktorat Kelaikan Pengoperasian Pesawat Udara Kementerian Perhubungan di Bandara Ngurah Rai, pagi tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/juruterbang-airasia-qz7510-positif-dadah-lapor-media#sthash.d4ofAPQK.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
satu tenggelam di idon
satu tersadai di manila
satu kepala stone
kah kah kah
PATUTLAH TIKET
harga  MURAH
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR


------------

JANGAN JADI HASAN MALEK

Posted: 01 Jan 2015 05:00 AM PST






Rafizi boleh turunkan harga minyak bila perintah negara, 

kata Hasan Malek

 Hasan Malek berkata Rafizi Ramli bebas mengumumkan harga minyak selepas menjadi sebahagian kerajaan kelak.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-boleh-turunkan-harga-minyak-bila-perintah-negara-kata-hasan-malek#sthash.tcucBtCy.dpuf




KAH KAH KAH

woit
rafizi tak perlu
perentah negara
rafizi perlu bawa
500,000 anak muda
ke jalan raya
jamin harga minyak
akan turun
hasan malek pun
akan diturunkan
kah kah kah

APA PUNYA BANGANG



------------

AL-FATIHAH

Posted: 01 Jan 2015 03:28 AM PST





AL-FATIHAH







-------------

KAPAL TERBANG HILANG LAGI?

Posted: 31 Dec 2014 08:08 PM PST





FACE BOOK




KENAPA JET KERAJAAN MALAYSIA (9M NAA)

Ini terbang semula dari LA ke Indianapolis pagi ini? Jet ini mulanya dinaiki Najib dan Rosmah untuk pergi main golf dengan Obama. Bila Najib balik lepas kena kutuk, dia naik kapal terbang lain. Dia balik sorang tanpa Rosmah minggu lepas. 9M NAA (dipercayai dinaiki isteri PM) terbang ke Indianapolis. Tapi pagi ini, flight tracker tunjukkan jet ini terbang semula dari LA ke Indianapolis. Ada apa di Indianapolis? Abd Naim Ismai


























-----------

RAYAKAN KEPELBAGAIAN

Posted: 31 Dec 2014 07:39 PM PST





RAYAKAN

PLURALISMA



Kita sembah tuhan yg samakan Jadi semua agama pun sama.... Ya Allah...jauhkan aku dari tersesat, disesat dan menyesatkan....aamiin. on RAYA KAN PLURALISMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/31/14



------------

Tiada ulasan: