Khamis, 1 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jasad pertama pulang ke pangkuan keluarga

Posted: 01 Jan 2015 03:16 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Berikut perkembangan operasi mencari dan menyelamat untuk hari kelima:



6:43pm: Mayat pertama nahas pesawat AirAsia Indonesia
QZ8501 dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya, menurut Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di Surabaya.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata pengesahan identiti wanita itu, antara 162 penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad, dibuat berdasarkan bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadi milik mangsa, lapor Bernama.

"Kad pengenalan dan rantai tertulis nama Hayati diperoleh bersama-sama mangsa dan perkara ini turut disahkan oleh waris dan anggota keluarga," katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis, Hospital Bhayangkara dekat Surabaya pada Khamis.

Agensi berita nasional juga melaporkan bahawa jenazah wanita itu telah pun diserahkan kepada keluarganya hari ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara dua mayat yang pertama tiba di hospital ini pada petang Rabu, satu lagi merupakan mayat lelaki.

Sambil menjelaskan identiti mayat lelaki itu belum dikenal pasti, Budiyono berkata:

"Mayat ini ada rambut panjang, tahi lalat di atas kiri bibirnya dengan tinggi lebih kurang 145cm ke 150cm."

Cuaca halang operasi penyelam

3.35pm: Penyelam yang menunggu untuk memeriksa rangka pesawat tidak dapat meneruskan operasi kerana laut bergelora, lapor Reuters.

Mereka sepatutnya menyelam ke dasar laut selepas objek besar dikesan oleh sistem sonar.

Pegawai pasukan pencari Sunarbowo Sandi berkata penyelam tidak akan dihantar ke laut tanpa sasaran jelas.

2.50pm: Penyiasat udara berharap dapat memperoleh kotak hitam QZ8501, yang mendedahkan maklumat penting apa sebenarnya berlaku, dalam masa seminggu, lapor Reuters.

"Paling penting untuk menemui kawasan utama rangka (pesawat) dan kemudian kotak hitam," penyiasat udara di jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia Toos Sanitiyoso dipetik sebagai berkata.

2.46pm: Tiada formaldehid (pengawet) disuntik dan tiada ais digunakan dalam penghantaran mayat untuk tujuan pengecaman. Langkah itu diambil bagi mengelakkan berlaku pencemaran DNA, lapor koresponden Indonesia Channel New Asia Devianti Faridz

Menurut polis Indonesia, proses pengecaman juga dibuat melalui cap jari.

Pakaian dipakai mangsa juga direkodkan dan jasadnya dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam keranda.

Jasad mula diterbangkan ke Surabaya

2.29pm: Kumpulan pertama mayat diterbangkan ke Surabaya hari ini, lapor Channel News Asia yang memetik pegawai kerajaan Indonesia.

Mayat tiga perempuan dan seorang lelaki akan dihantar ke Surabaya daripada Hospital  Immanuddin di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah.

12:15pm: Pasukan pencari dan penyelamat Indonesia menemui dua mayat dipercayai daripada AirAsia QZ8501 di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Tempo Indonesia melaporkan pegawai kanan operasi itu Tatang Zainudin sebagai berkata, mayat itu dibawa pada 8.42 pagi ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter.

Dengan penemuan terbaru, sebanyak sembilan mayat telah ditemui. Bagaimanapun, sebelum itu terdapat laporan menyebutnya sebagai sepuluh orang.

Ketua polis Kalimantan Tengah Hermanu (satu nama) berkata dua mayat itu kini di hospital dan akan diterbangkan ke Surabaya, bersama mayat-mayat lain yang masih ditunggu.

Pegawai kanan daripada ibu pejabat polis Indonesia Anton Castilani berkata mayat ditemui dalam keadaan baik.

11.40am: Satu lagi mayat dilapor ditemu daripada tapak pencarian pesawat AirAsia QZ8501.

"Kami tidak dapat sahkan mayat ini lelaki atau perempuan tetapi yang saya boleh kata, ia dalam perjalanan ke sini," Komander Lapangan Terbang Iskandar, Jhonson Henrico Simatpang, dipetik sebagai berkata.

New Straits Times melaporkan, mayat itu diterbangkan ke lapangan terbang itu di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah, pangkalan tentera laut terdekat dengan tapak pencarian.
 

Apa yang penting, kerajaan negeri bantu mangsa - MB

Posted: 01 Jan 2015 03:11 PM PST

SALMAH MAT HUSAIN



Ustaz Ahmad menziarahi mangsa helikopter terhempas di Tanah Merah yang menerima rawatan di HUSM.

 


KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat berbanding politik dalam semua perkara termasuk soal kesengsaraan rakyat dalam menempuh kehidupan selepas banjir.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah meletakkan soal politik di hadapan, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat seluruhnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir kali pertama di Kota Darulnaim, hari ini.

Hadir sama timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

"Apa yang penting sekarang, kerajaan negeri dapat membantu mangsa," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, kemusnahan di Kelantan akibat banjir itu dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk dipulihkan.

Katanya, ia bukan sahaja memerlukan peruntukan yang amat besar, sebaliknya perlu mengumpul segala jentera kerajaan dan semua pihak untuk membangun semula negeri terutama bahagian yang musnah teruk akibat banjir.

Untuk peringkat pertama ini, menurutnya kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terjejas teruk akibat banjir.

"Ianya bertujuan untuk membersih kawasan masing-masing yang menerima kesan akibat banjir.

"RM50,000 lagi untuk pelajar sekolah Yik sumbangan akan diagihkan melalui Yakin bagi menyediakan kelengkapan sekolah pada mangsa banjir," ujarnya.

Sehingga kini, katanya kerajaan negeri tidak dapat menyenaraikan kos sebenar kerugian akibat banjir kerana masih dalam kajian terperinci.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 1,500 buah rumah yang bukan sahaja tidak boleh dibaiki, sebaliknya hanya tinggal tapak kediaman semata-mata akibat banjir di seluruh Kelantan.

"Begitu juga perkhidmatan TNB setakat ini telah mencapai 70 peratus pulih, manakala selebihnya dalam proses baik pulih terutama di Kuala Krai dan Gua Musang.

"Begitu juga bekalan air dari AKSB sudah sampai tahap 68 peratus baik pulih khususnya di loji air," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Surat terbuka Salahuddin kepada PM Najib

Posted: 01 Jan 2015 03:08 PM PST

SALAHUDDIN AYUB 






Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum Wr th

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan

Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)
1 Januari 2015

Pelajar Malaysia terbunuh dalam rempuhan di Shanghai

Posted: 01 Jan 2015 03:06 PM PST

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai, China, Rabu yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataan di ibu negara, Khamis malam, kementerian itu berkata mangsa merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Menurut kementerian itu, rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu.

Rakyat Malysia itu mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Changzheng, Shanghai.

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat," kata kenyataan itu. - Bernama

Anggaran aset awam musnah di Kelantan RM130 juta

Posted: 01 Jan 2015 03:03 PM PST

BERNAMA






KOTA BAHARU: Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang melanda Kelantan dianggarkan lebih RM130 juta setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  
Beliau berkata nilai sebenar kemusnahan hanya akan diketahui selepas bencana itu berakhir dan ia dijangka lebih besar setelah semua agensi berkaitan mengemukakan laporan masing-masing.
  
"Kita semalam dapat gambaran tapi tak lengkap di seluruh Kelantan iaitu antara lain Jabatan Kerja Raya kata RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Bencana Banjir di sini hari ini.
   
Selain itu, Tenaga Nasional Berhad mengunjurkan anggaran kerosakan di seluruh negeri bernilai RM10 juta, Polis Diraja Malaysia (RM8 juta), Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (RM3 juta) manakala Jabatan Kesihatan Kelantan menganggarkan nilai kerosakan RM10 juta di Kota Baharu sahaja.
  
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan bersama-sama membuat pengumpulan maklumat lengkap dan sekarang dalam proses mendaftar aset yang rosak.  
  
Mustapa berkata jawatankuasa itu akan turut mengumpul segala butiran mangsa banjir sambil mengakui ia tugas yang mencabar.
  
Menurutnya, jawatankuasa itu telah mendengar beberapa cadangan pasca banjir oleh beberapa pihak termasuk oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai pembinaan rumah sementara kepada mangsa banjir.
  
"Kementerian itu mencadangkan pembinaan rumah kluster seperti dibuat di Jepun yang boleh menempatkan 48 keluarga di setiap rumah," katanya sambil menambah penempatan sementara menjadi satu keutamaan buat kerajaan.
  
Beliau berkata bancian awal menunjukkan 516 rumah di Gua Musang dan 38 di Machang musnah sama sekali dan jawatankuasa itu akan mengambil langkah segera membantu keluarga terlibat.
  
Mustapa menjelaskan dalam tempoh seminggu ini, 91 pusat pemindahan di sekolah masih boleh digunakan tetapi bila sekolah dibuka di negeri ini mulai 11 Jan, mangsa yang mengalami kemusnahan atau kerosakan rumah akan ditempatkan di khemah sementara di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara.
  
Selain itu, beliau berkata setakat ini 70 peratus bekalan elektrik telah pulih dan ia dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini manakala bekalan air bersih yang diuruskan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini sudah hampir 60 peratus pulih.
  
Mustapa turut berkata stok makanan di tiga depoh makanan utama di Lapan Briged Infantri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kedua-duanya di Pengkalan Chepa, dan Ibu Pejabat Polis Machang kini semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. - Bernama

Ambil perhatian cukai senyap petrol, diesel RM633 juta

Posted: 01 Jan 2015 03:01 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pengumuman harga RON95 pada RM1.91 seliter dan diesel pada RM1.93 seliter oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa hari ini mengesahkan bahawa pengiraan harga RON95 dan diesel yang dibuat oleh PKR selama ini adalah tepat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya telah mengambil langkah mengumumkan terlebih dahulu harga RON95 dan diesel mengikut harga pasaran dan formula jaminan keuntungan dan bayaran kos kepada syarikat minyak untuk memastikan Kerajaan Persekutuan tidak berdolak dalih dalam menurunkan harga minyak.

"Semalam pada jam 11.30 pagi, saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga RON95 mengikut formula purata bulanan adalah RM1.91 seliter dan diesel adalah RM1.94 seliter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, harga itu tepat seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan lewat malam semalam yang sekaligus mengesahkan bahawa kaedah dan pengiraan PKR adalah tepat seperti formula yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Lebih penting lagi, ujar beliau ia juga mengesahkan bahawa kiraan jumlah cukai yang dikutip secara senyap (hidden tax) akibat harga yang dibayar lebih tinggi dari harga pasaran juga adalah tepat.

Maka, tambah beliau pendedahan PKR bahawa bagi bulan Disember 2014 Kerajaan Persekutuan telah mengutip cukai petrol dan diesel secara senyap sebanyak RM633 juta perlu diberi perhatian serius oleh rakyat.

"Keadaan ini dijangka berterusan dalam keadaan harga minyak mentah dunia terus jatuh dan perubahan harga hanya dilakukan sekali sebulan seperti yang diamalkan Kerajaan Persekutuan," ujarnya lagi.

Akibatnya, kata beliau Kerajaan Persekutuan akan mengutip cukai pada purata RM400 juta sebulan dan boleh mencecah berbilion ringgit dalam tahun 2015.

Justeru, beliau sangat khuatir durian runtuh dalam bentuk cukai yang dikutip secara senyap ini akan dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Persekutuan apabila ia dimasukkan di dalam akaun pendapatan yang sama iaitu wang disatukan.

Menurutnya, dalam tempoh satu tahun akan datang, harga minyak berkemungkinan akan naik kembali sekiranya pasaran minyak mentah dunia pulih dan ekonomi dunia kembali rancak.

Pada ketika itu, kata beliau rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.

Tambahnya, tindakan Kerajaan Persekutuan menghapuskan subsidi menyebabkan rakyat bakal terdedah kepada kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Katanya lagi, Kerajaan Persekutuan pula akan memberi alasan subsidi terlalu mahal dan tidak mampu ditanggung sedangkan berbilion ringgit cukai petrol dan diesel yang dikutip selama ini telah dibelanjakan bagi projek-projek besar.

Oleh yang demikian, beliu mendesak supaya satu akta digubal segera untuk memastikan sebarang kutipan cukai akibat dari perbezaan harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan harga pasaran (seperti yang berlaku sekarang) diasingkan dan dikumpul di dalam satu Tabung Pengimbang Harga Minyak.

"Dana dari Tabung Pengimbang Harga Minyak ini hanya boleh digunakan untuk menstabilkan harga petrol dan diesel untuk melindungi rakyat dari kenaikan mendadak harga petrol dan diesel apabila harga minyak mentah kembali pulih ke paras lama," ujarnya.

Katanya, dana RM633 juta yang dikutip dalam Disember 2014 perlulah segera diasingkan dan dimasukkan di dalam tabung sedemikian sementara satu akta digubal dan dikuatkuasa serta merta.

"Saya akan menggubal akta tersebut sebagai inisiatif rang undang-undang persendirian (private member bill) untuk diangkat ke Dewan Rakyat dalam sessi akan datang yang bermula Mac 2015 nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi berkata, beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan rang undang-undang Tabung Pengimbang Harga Minyak ini dapat diluluskan Dewan Rakyat. - HARAKAHDAILY

Polis diminta siasat komen 'hakim' kes Zaidi

Posted: 01 Jan 2015 02:08 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis digesa menyiasat komen Facebook yang didakwa dibuat seorang panel mahkamah yang mendengar kes Mejar Zaidi Ahmad.

Gesaan itu dibuat melalui laporan polis gabungan proreformasi pilihan raya, BERSIH, di Petaling Jaya hari ini.

"Demi keadilan kepada semua, kami mohon pihak polis segera memulakan siasatan terhadap komen tersebut," menurut laporan polis timbalan pengerusi BERSIH Sarahun Hoda Abdul Hassan.

Katanya, siasatan harus dibuat kerana jika ia benar bersifat prejudis dan subjudis terhadap perbicaraan.

Peguam Zaidi, Hanipa Maidin pada 5 November mendakwa seorang anggota panel mahkamah yang mendengar kes Zaidi meninggalkan komen pada berita disiarkan Malaysiakini menerusi Facebook miliknya.

Hanipa mendakwa komen itu dibuat pada berita "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerani berani" bertarikh 20 Oktober 2014.

Hanipa mendakwa komen itu (bawah) dibuat pemilik akaun bernama "Saadon T'son" yang menggesa Zaidi agar "duduk di kampung sahaja jika tak nak menjadi tentera".

Hanipa memohon agar mahkamah yang mendengar kes itu dibubarkan kerana komen itu menunjukkan hakim berat sebelah.

Zaidi, anggota tentera udara, dihadapkan ke ke mahkamah tentera berhubung kenyataan mengenai kemelut penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya umum lepas.

Mahkamah tentera menetapkan 7 Januari ini untuk menyampaikan keputusannya .

Zaidi sebelum itu gagal dalam usaha mendapatkan pengisytiharan bahawa perbicaraan terhadapnya tersilap bicara.
 

'Idea k'jaan campuran bukti Umno jahat'

Posted: 01 Jan 2015 02:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan "betapa jahat" parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.

"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.

"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.

Wang royalti untuk pembangunan

Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku.

Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan.

Malah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik Kelantan.

Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut.

"Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat menmangunkan Kelantan.

"Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran.

"Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi.

Retorik lepas bencana tak berguna lagi

Posted: 01 Jan 2015 02:01 AM PST

MOHD AZMI ABDUL HAMID

 

 
 
 
Banjir terbesar dalam sejarah Malaysia yang masih belum surut sepenuhnya memerlukan penilaian serius oleh kerajaan bagi memperbetulan pembangunan tidak lestari alam.

Ketidaklestarian pembangunan isu terpenting jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengatasi pelbagai masalah yang berkait dengan alam sekitar.

Kerajaan perlu menerima hakikat bahawa model pembangunan sekarang menjadi faktor utama kenapa banjir merebak sangat luas dan meninggalkan kerosakaan paling parah.

Sebagaimana dinyatakan sendiri oleh perdana menteri, pembangunan yang dilaksanakan sekarang tidak lestari.

Ia menjadi perakuan bahawa dasar dan model pembangunan yang dipilih adalah tidak betul.

Ia juga menjadi faktor utama kenapa banjir yang berskala sangat besar ini berlaku.

Seharusnya hal ini sudah lama diperakui oleh semua pihak terutama kerajaan.

Pelbagai polisi digubal untuk menjaga alam sekitar malangnya tidak diendahkan oleh agensi kerajaan sendiri.

Isu pembalakan, pemusnahan bukit, pembangunan kawasan tinggi, penambakan pantai, pemusnahan hutan paya bukau di banyak kawasan jelas berleluasa mendapat kelulusan kerajaan sendiri.

Dari rasuah kepada kerosakan alam

Keghairahan kerajaan untuk membangunkan pelbagai projek mega seperti pembinaan empangan, pembinaan lebuh raya, perbandaran baru, pembangunan kawasan perindustrian, antara projek yang memusnahkan keseimbangan alam sekitar.

Model pembangunan bandar yang tidak lestari mengakibatkan daya menampung alam untuk menerima bebanan pembangunan semakin mengecil.

Natijahnya sungai, pantai, laut, bukit tidak berfungsi seperti sediakala.

Fenomena seperti banjir menjadi semakin membesar dan merata.

Jika kerajaan serius, segala perancangan pembangunan harus disemak semula.

Dasar dan perundangan yang dikatakan mengambil kira kualiti alam sekitar sepatutnya dilaksana dan dikuatkuasakan dengan berkesan.

Tindakan memerangi rasuah semestinya menjadi agenda utama jika alam sekitar tidak mahu dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rasuah menyebabkan alam sekitar terdedah kepada salah guna kuasa yang boleh memburukkan lagi kerosakan alam.

Bukan tiada peraturan

Perdana menteri perlu akur bahawa apa yang menjadi masalah utama bukan kerana tidak ada polisi dan peraturan.

Sebaliknya isu paling besar bila kelemahan perlaksanaan dan pengawalan serta ketegasan pelaksanaan polisi dan perundangan menjadi puncanya.

Dengan sebab itu kerap berlaku projek yang dilulus melalui jalan pintas dan melanggar prosedur.

Kami mendesak kenyataan perdana menteri untuk mengkaji semula semua projek pembangunan yang tidak lestari alam dengan jujur.

Retorik selepas bencana berlaku tidak berguna.

Semua suruhanjaya dan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meneliti semula segala dasar dan perlaksanaan dasar perlu berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Tidak guna agensi yang diwujudkan semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat namun akhirnya kepincangan masih terus berkuatkuasa.


(*)  MOHD AZMI ABDUL HAMID presiden MAPIM.
 

Mangsa banjir di Johor menurun tengah hari ini

Posted: 01 Jan 2015 01:53 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 138 orang membabitkan 32 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di dua daerah, setakat jam 12 tengah hari tadi.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, lima pusat pemindahan masih beroperasi di Segamat yang menempatkan 93 mangsa daripada 20 keluarga.
 
"Sebuah pusat pemindahan masih beroperasi di Batu Pahat yang menempatkan 45 mangsa membabitkan 12 keluarga," katanya.

Banjir: KKM mohon orang ramai derma darah

Posted: 01 Jan 2015 01:51 AM PST

SINAR HARIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini meminta orang ramai menderma darah bagi mengisi Tabung Bekalan Darah untuk keperluan semasa banjir.

KKM dalam kenyataan di sini meminta orang ramai berkunjung ke Pusat Darah Negara atau mana-mana Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran untuk menderma darah bagi meningkatkan bekalan darah.

Sebarang maklumat boleh layari www.pdn.gov.my atau hubungi talian 03-2613 6257.

Dalam kenyataan sama, KKM turut memohon bantuan sukarelawan bagi tugas pembersihan klinik-klinik kesihatan yang terjejas akibat banjir.

Orang ramai yang berminat menjadi sukarelawan boleh menghubungi Bilik Gerakan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) KKM di talian 03-8881 0300. - Bernama

Selangor tambah RM5 juta bantu mangsa banjir 4 negeri terjejas

Posted: 01 Jan 2015 01:42 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Selangor dijangka menyalur lebih RM5 juta lagi bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak untuk membaiki kerosakan rumah masing-masing akibat bencana alam itu.

Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu diperoleh daripada sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta di Selangor.

MB Azmin"Sumbangan ini bagi membantu penduduk terjejas khususnya keluarga miskin membaiki dan membina kediaman masing-masing yang rosak akibat banjir," katanya pada Program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, jumlah kutipan sebenar akan diumumkan pada 2 Januari ini, namun kutipan sudah dimulakan sejak beberapa hari lalu dan dijangka bertambah ekoran sikap prihatin pihak terlibat.

bantuSebelum ini, Kerajaan Selangor turut menyumbang RM1.5 juta kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Sumbangan berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1.3 juta disampaikan sendiri Mohamed Azmin kepada Kerajaan Negeri terbabit ketika turun melawat mangsa banjir dan RM200,000 lagi melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menghubungi Mohamed Azmin turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas bantuan yang dihulurkan itu.

Mohamed Azmin turut menyerahkan sendiri sumbangan RM100,000 kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, pada misi bantuan dan pertemuan di Kemaman, pada 30 Disember lalu.-NFN

Selangor kesal Perak enggan terima sumbangan RM100,000

Posted: 01 Jan 2015 01:39 AM PST

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal ekoran Kerajaan Perak enggan menerima sumbangan bernilai RM100, 000 bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi berkata, pendirian Kerajaan Perak itu nyata berbeza dengan Terengganu dan Pahang walaupun ditadbir parti Barisan Nasional (BN).

IMG-20141230-WA0012Katanya, pegangan politik sempit sepatutnya diketepikan dalam waktu sukar seperti bencana banjir ketika ini.

"Seperti di Terengganu, kita dimaklumkan wang berkenaan akan diuruskan badan bukan kerajaan (NGO), yang mana itu adalah cara matang dan betul.

"Malangnya, Perak tidak sudi menerima, mungkin jumlahnya kecil tetapi jumlah bukan persoalannya kerana kita mahu tunjukkan kebersamaan rakyat Selangor dengan mangsa banjir," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sehubungan pendirian Perak itu, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor tidak dapat meneruskan hasrat menyampaikan sumbangan ke negeri itu.
dr daroyah
Bagaimanapun, pasukan PANTAS Selangor tetap dihantar bagi membantu sukarelawan terutama di kawasan terjejas teruk seperti di Kuala Kangsar.

"Buat masa ini, kita masih belum ada keputusan bagaimana sumbangan itu boleh disalurkan kepada mangsa banjir Perak. Mungkin kita akan salurkan kepada NGO, tetapi segalanya akan diputuskan pejabat Dato' Menteri Besar," katanya.

Terdahulu, Kerajaan Selangor diketuai Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turun sendiri ke negeri dilanda banjir bagi menyampaikan sumbangan bernilai RM 1 juta (Kelantan) dan masing-masing RM 100, 000 di Pahang dan Terengganu.-NFN-

MPSJ hantar bantuan kemanusiaan ke Kelantan

Posted: 01 Jan 2015 01:24 AM PST

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak ketinggalan melancarkan Misi Menghantar Bantuan Kemanusiaan ke Kelantan atas dasar keprihatinan dan peduli rakyat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporatnya, pelepasan konvoi misi itu berlangsung di hadapan bangunan MPSJ, pada 29 Disember lalu dan selamat kembali pada 31 Disember lalu.

IMG-20141231-WA0012Konvoi yang diketuai Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid itu turut disertai ahli majlis, Sufari Tinnin dan Michael Noel Jalleh serta 30 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MPSJ.

Konvoi misi melibatkan sembilan buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan tiga buah lori MPSJ yang membawa barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Antaranya, barangan seperti kain batik dan pelikat, telekung, sejadah, pakaian dalam wanita dan lelaki, lilin, pemetik api, air mineral, makanan kering serta makanan dalam tin bernilai RM20,000.

IMG-20141231-WA0009Selain itu, kakitangan MPSJ turut terlibat di dalam memberi sumbangan masing-masing dan antara lokasi yang dikunjungi adalah Manek Urai, Dabong dan Kuala Krai.

MPSJ turut melaksanakan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang ditempatkan di lobi MPSJ dan cawangan MPSJ di Bandar Puteri, Puchong serta Stadium Tertutup Serdang, selain misi terbabit.

Orang ramai boleh memberi sumbangan bermula 29 Disember lalu sehingga 7 Januari ini.-NFN-

600 pelajar DUN Sijangkang terima bantuan persekolahan 2015

Posted: 01 Jan 2015 01:22 AM PST

Oleh : NAEEM RAFFI


KUALA LANGAT: 600 pelajar menerima bantuan beg dan peralatan persekolahan dalam program 'Back to School' anjuran Pejabat Khidmat Adun Sijangkang menjelang pembukaan sesi persekolahan 2015.

Program itu disempurnakan Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, yang mana Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM2 juta untuk program 'Back to School'.

Program penyampaian barangan sekolah oleh YB Yunus Hairi di Telok Panglima Garang (2)

Ahmad Yunus berkata, bantuan itu akan sampaikan melalui sekolah dan kampung berdasarkan senarai penerima yang dikenalpasti memerlukan.

"Saya berharap, pemberian ini dapat membantu ibu bapa dari kalangan kurang berkemampuan, selain memberi dorongan kepada pelajar," katanya ketika berucap di Dewan Komuniti Taman Datuk Hormat, Teluk Panglima Garang, di sini, hari ini.

Selain itu, 300 pelajar peringkat rendah dan menengah di DUN itu juga ditawarkan kupon gunting rambut percuma yang boleh ditebus di dua kedai gunting rambut terpilih.

Program penyampaian barangan sekolah oleh YB Yunus Hairi di Telok Panglima Garang (8)"Program ini sejajar dengan mesej Belanjawan 2015 yang dibentangkan November lalu, belanjawan yang peduli rakyat.

"Walaupun tidak seberapa, ia membantu mengurangkan bebanan kos persiapan pembukaan sekolah yang hari ini semakin menekan," katanya.-NFN-

GST: Kenaikan kos sara hidup menanti rakyat 2015

Posted: 01 Jan 2015 01:20 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Rakyat negara ini dijangka terus bergelut dengan tekanan peningkatan kos sara hidup ekoran kesan kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 nanti.

Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu berlaku ekoran kesan kejatuhan ekonomi dam mata wang ringgit yang semakin lemah serta pelaksanaan GST, pada April ini.

Gst biasa"Saya juga ingin mengingatkan semua bahawa rentetan tragedi dan malapetaka 2014 akan berterusan kerana 2015 dijangkakan oleh ramai pakar ekonomi bahawa negara akan berhadapan dengan cabaran cukup getir. Kita menyaksikan nilai Ringgit Malaysia bertambah lemah jika dibandingkan negara lain.

"Harga petrol jatuh merudum. Pendapatan golongan sederhana dan rendah akan dicengkam dengan kenaikan harga barang dan dalam tempoh empat bulan pelaksanaan GST pastinya akan terus menekan
kehidupan rakyat negara ini," katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

IMG_1675Mohamed Azmin menggesa rakyat negara ini terus memperkukuhkan semangat kesatuan dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran, pada 2015 ini.

"Sejarah membuktikan kesan kesulitan ekonomi menimbulkan rasa tidak selamat golongan tertentu dan menyebabkan berlakunya kesan sosial dan kegagalan politik.

"Maka, inilah cabaran yang perlu kita tangani dengan baik dan bijaksana. Sekali lagi, kita berhadapan dengan cabaran dan ujian ini, kejayaan boleh dijamin jika ada kesatuan, kebersamaan di dalam fikrah dan dalam tindakan serta amalan kita," katanya.

[BERGAMBAR] Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah

Posted: 31 Dec 2014 10:46 PM PST


KELAB GREENBOC


 
Penduduk gempar lihat helikopter terhempas

Penduduk Kampung Rambai gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui Bernama berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama 



LIHAT VIDEO DI SINI
 


TLDM temui empat mayat, gelongsor kecemasan QZ850

Posted: 31 Dec 2014 10:42 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mayat lelaki yang ditemui kru KD Lekir dikenal pasti sebagai Kevin Alexander Soetjipto.


tldm


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) berjaya menemui empat daripada 10 mayat mangsa nahas penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sepanjang operasi semalam.

Tiga daripada empat mayat itu ditemui oleh kru Kapal Diraja (KD) Pahang dan satu lag iKD Lekir.
KD Lekir menemui mayat itu jam 9 pagi manakala KD Pahang jam 4.30 petang dalam kawasan pencarian Sektor 4 SAR antara Gosong Aling dan Tanjung Puting di Selat Karimata.

Dua setengah jam kemudian, kru KD Lekir menemui satu gelongsor kecemasan pesawat di kawasan perairan sama.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, mayat lelaki yang ditemui kru KD Lekir dikenal pasti sebagai Kevin Alexander Soetjipto, 20, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam dompet milik mangsa yang sepatutnya menyambut hari lahir hari ini.

Anwar: Tiket kapal terbang jadi halangan

Posted: 31 Dec 2014 10:39 PM PST

 
Semua pihak perlu kurangkan berpolitik, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.


anwar ibrahim


KOTA BHARU: Semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir.

"Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

"Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, semalam.

Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat, lapor Sinar Harian.

"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.

"Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu," katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.

Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir.

Cuaca buruk terus hambat SAR QZ8501

Posted: 31 Dec 2014 10:36 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY
 
Selat Karimata diliputi awan rendah dan tinggi. Berpotensi hujan lebat terutama di sebelah barat Pontianak dan selatan Bangka Belitung.


basarnas


JAKARTA: Usaha pasukan mencari mangsa dan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini sekali lagi berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca yang kurang baik.

Menurut ramalan meteorologi lokasi pencarian akan mengalami hujan renyai sehingga sederhana lebat.

Ketua Pusat Meteorologi Penerbangan, Syamsul Huda menyatakan, cuaca di Teluk Kumai berkemungkinan mengalami hujan renyai dan sederhana lebat.

Sementara itu katanya, di Selat Karimata dijangka mengalami hujan lebat pada siang hari, "Selat Karimata diliputi awan rendah dan tinggi. Berpotensi hujan lebat terutama di sebelah barat Pontianak dan selatan Bangka Belitung."

Menurut Syamsul, ketinggian ombak di kawasan pencarian dianggarkan setinggi 2-3 meter dan menambah, "Arah arus ke timur dengan kelajuan 30-40 sentimeter sesaat. Diharap walaupun ombak tinggi, usaha mencari dan memindah dapat dijalan."

Bahagian Meteorologi juga meramalkan keadaan cuaca tidak menentu seperti sekarang akan berlanjutan dalam tempoh beberapa hari lagi, sekali gus menyukarkan tugas pasukan mencari dan memindah mangsa dan serpihan AirAsia QZ8501. – Metrotvnews.com

2015: Tempoh semakin singkat buat Umno

Posted: 31 Dec 2014 10:13 PM PST



Oleh Nur Jazlan 


Hari ini, 1 Januari 2015 tidak seperti kebiasaannya dengan pelbagai pesta sambutan pada malam menyambut tahun baru, tiada sambutan besar-besaran diadakan malam tadi berikutan rakyat Malaysia masih belum pulih daripada musibah banjir terburuk dan terbesar melanda negara ini.

Ketika ini, lebih 100,000 rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor masih berada di pusat penempatan banjir selepas terpaksa berpindah daripada kediaman masing-masing sejak dua minggu lalu.

Pengakhiran tahun 2014 selain musibah banjir ini turut diakhiri dengan tragedi menimpa pesawat AirAisa Indonesia QZ8501 dan walaupun hanya seorang rakyat Malaysia disahkan berada dalam pesawat malang berkenaan, seluruh negara turut merasai kehilangan syarikat tambang rendah negara berkenaan kerana ia adalah jenama Malaysia yang dibangunkan di negara ini.


Bencana banjir ini juga memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib memendekkan cuti peribadinya di Amerika Syarikat selain mengarahkan semua menteri Kabinet yang sedang bercuti pulang ke Malaysia bagi membantu mangsa banjir.

Nampaknya tahun 2014 boleh digelar sebagai tahun bencana buat Malaysia selepas banjir besar ketika ini, rakyat Malaysia juga  masih belum pulih daripada trauma kehilangan pesawat MAS, MH370 dan MH17.

Seharusnya, pemimpin politik mengadakan 'gencatan senjata' dalam berpolitik dan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia mengharungi tahun bencana ini selain berhenti menuding jari antara satu sama lain mencari salah.

Sebab itu saya berulang kali menyatakan sudah sampai masanya pemimpin dan parti politik negara ini mengamalkan politik matang atau politik baru serta menghentikan politik berlawan atau politik kebencian memandangkan politik matang inilah yang amat diperlukan rakyat Malaysia dalam mengharungi waktu getir ini.

Tidak ada gunanya mencari salah atau menunjukkan kekuatan politik hingga menyebabkan rakyat menyampah kerana tiada penghujungnya dan mereka yang kemudian akan membuat perhitungan di peti undi tiga tahun lagi.

Menyambut kesedaran itu juga Umno sebagai sebuah parti tulang belakang dalam kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dan di 12 negeri lagi perlu segera menunjukkan perubahan dalam pendekatan politik parti untuk terus meraih sokongan rakyat.

Disebabkan itu juga saya sanggup 'menjual' diri menjadi ahli panel dalam forum anjuran Majlis Peguam dan Hakam baru-baru ini bertajuk 'Freedom Of Expression: Under Threat' walaupun menyedari karier politik sebagai ahli Parlimen BN dan ketua Umno Bahagian Pulai berada dalam bahaya.

Apa tidaknya, memasuki 'sarang' kuat pembangkang, ramai menyangka saya menyokong pendirian pembangkang berhubung pemansuhan Akta Hasutan sedangkan, saya sejak mula lagi konsisten dengan pendirian supaya akta berkenaan perlu wujud demi menjaga keharmonian dan ketenteraman rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.

Kesedaran perlunya satu pendekatan diambil bagi berbincang secara intelek dengan kumpulan-kumpulan propembangkang di sebalik sifat tidak ambil kisah atau tidak ambil peduli pemimpin Umno dan BN.

Namun disebabkan mahu membuktikan ada pemimpin Umno yang masih sanggup berdepan mahu berbincang dan berdiskusi secara intelek mengenai percanggahan pendapat dalam Akta Hasutan, saya mengambil keputusan menerima jemputan berkenaan.

Walaupun hanya saya seorang sahaja ahli panel yang berpendapat akta berkenaan amat perlu, saya tidak dihina atau dikritik dengan kata-kata seperti 'bangsat' daripada kumpulan penonton yang majoritinya menyokong supaya Akta Hasutan berkenan dihapuskan.

Kumpulan audien ternyata berpuas hati dengan kesanggupan saya menghadiri forum berkenaan walaupun saya hanya ahli Parlimen BN biasa bukan bertaraf menteri Kabinet dan tidak mampu untuk menjelaskan secara terperinci mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan.

Sepatutnya, menteri-menteri Kabinet lah yang memikul tanggungjawab untuk menerangkan mengenai keputusan berkenaan kepada kumpulan-kumpulan yang menentang akta ini kerana ia juga adalah satu tanggungjawab kepada rakyat.

Di sinilah, pendekatan politik matang perlu diambil Umno dan BN untuk terus mendekati rakyat dan tidak meminggirkan mana-mana pihak walaupun mereka tidak bersetuju dengan sebahagian daripada dasar atau inisiatif kerajaan.

Bagaimanapun, seperti saya duga selang dua hari selepas saya menyertai forum berkenaan, fitnah melanda melalui media sosial Facebook yang menyatakan saya akan menyertai PKR dan difahamkan fitnah berkenaan datang daripada ahli-ahli parti yang tidak senang dengan pendekatan saya ambil.

Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat memandangkan fitnah seperti itu adalah perkara biasa kepada mana-mana pemimpin politik dan ia sebenarnya menguntungkan juga sedikit sebanyak kerana pendekatan yang diambil turut menerima pujian daripada rakyat yang semakin matang dalam berpolitik.

Sebenarnya, cara berpolitik konvensional yang diamalkan majoriti pemimpin tidak kira daripada Umno, BN mahu pun pembangkang dengan menanamkan kebencian kepada rakyat tidak lagi sesuai.

Ini kerana rakyat kini semakin terdedah dengan pelbagai sumber maklumat sama ada yang rasmi atau tidak dan di negara ini, persepsi lebih diterima berbanding fakta akibat daripada cara berpolitik.

Bagi Umno, ia perlu menjadi kepada ejen perubahan berpolitik di negara ini dan sentiasa inklusif kepada semua golongan rakyat tidak kira sama ada mereka prokerajaan atau pembangkang.

Sebagai sebuah parti yang berusia hampir tujuh dekad, Umno perlu segera menyedari simpanan tetap pengundi di kawasan luar bandar semakin mengecil akibat perubahan lanskap sosial rakyat di negara ini.

Golongan masyarakat kelas menengah semakin membesar di kawasan bandar serta separa bandar dan mereka ini mempunyai pelbagai bentuk pemikiran serta pendirian yang kadang kala dilihat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan Umno serta BN.

Ia bagaimanapun tidak boleh dijadikan alasan kepada Umno dan BN untuk langsung tidak mengadakan 'engagement' di kumpulan-kumpulan ini, kerana sekurang-kurangnya mesti ada satu titik pertemuan untuk kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak bersetuju.

Di sinilah, titik pertemuan yang saya dapat perolehi dan menyakinkan audien yang menghadiri forum berkenaan walaupun tidak bersetuju untuk terus mengekalkan Akta Hasutan tetapi mereka mengakui kebebasan bersuara mutlak bukan satu-satunya, perkara asas diperlukan rakyat Malaysia terutama di kawasan luar bandar yang lebih mementingkan wang ringgit dan barang keperluan harian untuk terus hidup.

Walaupun mungkin ramai di dalam Umno yang tidak bersetuju dengan pendekatan politik matang yang perlu diambil untuk mendekati kumpulan-kumpulan propembangkang ini, tetapi parti seharusnya mengetengahkan pemimpin yang mampu berhujah secara intelek serta mempertahankan dasar serta inisiatif kerajaan.

Cara berpolitik dengan menanamkan kebencian di kalangan ahli serta penyokong parti untuk meminggirkan kumpulan-kumpulan ini, hanya akan mengundang padah kepada parti sendiri dalam berdepan dengan isu yang dibangkitkan mereka.

Politik seperti inilah yang merosakkan Umno kerana rakyat melihat parti terlalu bongkak serta sombong kerana tidak boleh dikritik bukan sahaja dari luar malahan dari dalaman sendiri.

Bukan niat mahu memuji pakatan pembangkang tetapi politik matang lebih ditunjukkan pemimpin mereka, sekali gus ia berjaya menarik minat serta sokongan masyarakat di kawasan bandar serta separa bandar menyokong mereka.

Disebabkan itulah, pakatan pembangkang menang besar di kawasan bandar serta separa bandar serta memenangi undi popular 52% berbanding Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang lalu.

Walaupun, ahli serta pemimpin Umno dan BN boleh menyatakan politik matang yang dipamerkan pemimpin pakatan pembangkang adalah pembohongan semata-mata dan hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat tetapi sekurang-kurangnya ia berjaya menarik sokongan kepada mereka.

Seharusnya kesempatan selama tiga tahun ini sebelum PRU 14 nanti, perlu digunakan sepenuhnya pemimpin Umno dan BN untuk mendekatkan diri dengan semua golongan masyarakat tidak kira sama ada mereka penyokong atau penentang parti serta kerajaan.

Seberapa banyak 'engagement' perlu dilakukan pemimpin Umno dan BN dalam tempoh tiga tahun ini dan ia perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan sekadar di kalangan ahli serta penyokong parti.

Perlu ada keberanian mempertahankan segala dasar, keputusan dan inisiatif kerajaan dengan cara berdiskusi serta berhujah secara intelektual kerana rakyat mahukan pemimpin yang berani berdepan dengan fakta bukan sekadar bercakap retorik tanpa sebarang tindakan.

Sesungguhnya, masa semakin singkat untuk Umno dan BN mempertahankan kuasa pemerintahan berdasarkan pelbagai keluhan serta keresahan rakyat yang melihat parti semakin tidak mendengar mereka.

Dan sudah pasti perlu ada titik pertemuan antara perjuangan Umno dan BN dengan kumpulan yang sering dilabelkan penentang kerajaan dan ia hanya akan wujud jika pemimpin parti serta kerajaan terbuka dalam berhujah serta berdiskusi secara intelektual.

Moga tahun 2015 akan memberikan lebih sinar kepada Malaysia dan rakyatnya berbanding 2014 dan hari ini, juga genap lima tahun pemergian ayahanda saya ke rahmatullah, Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, bekas menteri Penerangan dan setiausaha agung Umno...
Al-Fatihah dan Selamat Tahun Baru 2015

Dr Mahathir pembuli besar

Posted: 31 Dec 2014 10:08 PM PST



Oleh Johari Musa 


1. Saya tertarik dengan kenyataan cheguBard selaku bekas anggota MPP PKR dan Ketua Cabang PKR Rembau baru-baru ini tentang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin... saya akui sememangnya Pakatan Rakyat (PR) jangan tertipu dalam hal Dr Mahathir, Tun Daim dan rakan-rakan yang bermasalah dengan Datuk Seri Najib Razak.

2. Jika kita imbas kembali sejarah politik Malaysia, Dr Mahathir sememangnya adalah 'The Big Bully' sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, hingga yang paling besar bulinya adalah kepada ketua PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

3. Saya tidak faham kenapa Rafizi Ramli serta Tony Pua sanggup menjadikan rancangan Dr Mahathir and The Gang ini sebahagian rancangan PR. Kita jangan mudah tertipu. Saya ingin bertanya kepada pemimpin PR: Bukankah yang kita lawan selama ini adalah hasil kerja tangan Dr Mahathir dan The Gang? Najib dan Pak Lah hanyalah pewaris penyakit yang dibawa Dr Mahathir dan The Gang.


4. Sudah sampai masanya mangsa-mangsa The Big Bully seperti Tun Musa Hitam, Pak Lah, Ku Li, Tun Salleh Abas, dan termasuk the Big Mangsa – Anwar, serta mangsa terbaru Najib dapat duduk semeja dan berbincang ke arah Malaysia Baru. Saya percaya mangsa-mangsa di atas punyai kepakaran tersendiri hingga mungkin membuat Dr Mahathir dan The Gang tidak senang dari dulu hingga kini.

Untuk itu saya cadangkan satu usaha digarapkan untuk tujuan ini..

* Penulis ialah Naib Ketua PKR Cabang Lembah Pantai.

Seorang ditahan sebar berita banjir palsu

Posted: 31 Dec 2014 10:00 PM PST


Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar
 
 
SUBANG - Seorang individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai banjir yang melanda di beberapa buah negeri di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu tersebut ditahan, Isnin lalu di sekitar Kuala Lumpur.

"Individu yang tidak bertanggungjawab ini, dilihat sengaja menyebarkan berita palsu dengan tujuan menghasut orang ramai agar membenci kerajaan.

"Kita kini giat mengesan beberapa lagi individu yang menyebarkan berita palsu. Polis juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat," katanya pada sidang media Majlis Sumbangan Mangsa Banjir kepada Warga PDRM, semalam.

Sementara itu, SKMM mempergiatkan siasatan penyebaran berita palsu banjir yang berleluasa dan meminta beberapa lagi individu untuk tampil memberi keterangan.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, Kelantan telah pun hadir memberi keterangan.

"SKMM kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, SKMM kini sedang meneruskan siasatan dalam dua kes mengenai penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur.

"Kes pertama ialah tentang berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disembunyikan oleh kerajaan. Kami telah kenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini.

"Manakala kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita," katanya.

Beliau berkata, SKMM memberi amaran supaya masyarakat tidak menghantar atau berkongsi maklumat yang tidak di ketahui kesahihannya.

"Perbuatan ini berpotensi untuk mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

Sembilan kawasan di Pahang Kelantan terima bantuan

Posted: 31 Dec 2014 09:58 PM PST


Antara barangan makanan dan pakaian yang dikumpulkan pihak IKIM dan IAM untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang dan Kelantan. Antara barangan makanan dan pakaian yang dikumpulkan pihak IKIM dan IAM untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang dan Kelantan.
 
 
KUALA LUMPUR - Kira-kira tiga kawasan banjir di Pahang dan enam di Kelantan akan menerima bantuan bekalan dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Islamic Aid Malaysia (IAM) selewatnya esok.

Antara kawasan yang akan menerima bantuan tersebut adalah Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pulau Chondong, Kuala Krai, Kubang Kerian, Temerloh, Kuantan, dan Jerantut.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dari bencana banjir.

"Bantuan dan bekalan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai, IAM dan pendengar radio IKIM.

"Setakat ini kami menerima bantuan dari orang ramai berupa barangan makanan seperti beras, makanan segera, sardin, dan keperluan asas seperti ubat gigi, tuala, selimut, lilin, sabun mandi, dan serbuk pencuci," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir IKIM dan IAM pagi ini.

Menurutnya,sebanyak tiga buah lori bermuatan lima tan dan 27 kenderaan pacuan empat roda akan bergerak menuju ke destinasi yang ditetapkan hari ini.

"Mereka ini menawarkan kenderaan mereka untuk digunakan dan memudahkan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir.

"Semua ini dilakukan atas ihsan dan keikhlasan mereka sendiri. Pihak kami tidak menawarkan bayaran ke atas mana-mana kenderaan yang digunakan dalam misi bantuan kali ini. Ini membuktikan keikhlasan mereka dalam membantu mangsa banjir," katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak khususnya orang ramai yang bekerjasama menghulur sumbangan dan bantuan ke atas mangsa banjir.

"Ini merupakan misi bantuan kemanusiaan pertama IKIM dan IAM, sekiranya masih ada yang menghulur sumbangan,kami akan meneruskan misi ini ke fasa kedua," katanya lagi.

Takziah atas tragedi AirAsia QZ8501

Posted: 31 Dec 2014 09:32 PM PST

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG


PAS menerima maklum pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu telah disahkan terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa, Indonesia.

Perkembangan ini satu lagi berita sedih buat kita di rantau ini khususnya dan dunia amnya setelah tragedi MH370 dan MH17 yang mengejutkan.

Bagi pihak PAS, saya melahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan krew penerbangan serta pengurusan dan kakitangan AirAsia.

Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh detik-detik sukar ini dan didoakan semoga roh mereka yang terkorban di kalangan Muslim dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT.

Presiden PAS

Tiada ulasan: