Khamis, 8 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Haru Betul...Bakal Setiausaha Kerja UMNO Diminta Jadi 'Protege' Terlebih Dahulu

Posted: 08 Jan 2015 04:59 AM PST

shahbudindotcom


Antara rungutan paling banyak kedengaran mengenai UMNO dalam era kepimpinan Najib Razak ialah berkaitan dengan watak Setiausaha Kerja di ibu pejabat parti itu iaitu Abd Rauf Jusoh yang tidak mesra, berlagak dan tidak menyumbang kepada pentadbiran yang lebih baik.

Sejak memegang jawatan itu seiring dengan Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 2009, beliau dilihat lebih banyak menjadi beban berbanding aset kepada parti.

Namun demikian, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan itu kerana hubungannya yang rapat dan sering menampakkan wajahnya di belakang Najib dalam banyak program anjuran UMNO.

Melalui jawatannya sebagai Setiausaha Kerja itu, Abd Rauf juga kini sudah meningkat setakuk lagi kedudukannya dalam parti iaitu menjadi Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka sejak 2013 lalu.

Berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 dan prestasi UMNO yang terus dipertikaikan serta menilai rungutan yang bertali arus itu, para penasihat Najib dikatakan mula melihat kewajaran perlunya meletakan calon baru sebagai Setiausaha Kerja UMNO.

Calon yang sudah dipersetujui ialah Mohd Sufian Awang, bekas Exco Pemuda UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kuantan serta pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Jamaluddin Jarjis tetapi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

Mohd Sufian juga pernah menjadi calon BN bagi Parlimen Kuantan pada PRU 13 lalu tetapi kecundang kepada calon PKR, Puziah Salleh.

Kedudukan beliau sebagai orang muda yang berlatarbelakangkan profesion undang-undang dilihat oleh para penasihat Najib mampu membawa imej lebih baik kepada UMNO bagi menghadapi cabaran mendatang.

Bagaimanapun, Abd Rauf sehingga ini dikatakan enggan melepaskan jawatannya itu dan ini menjadikan usaha meletakkan Sufian  di kerusi pentadbiran UMNO itu tersangkut di pertengahan jalan.

Dalam satu insiden, Abd Rauf juga dikatakan "menyergah" Sufian dengan mengatakannya belum layak memegang jawatan Setiausaha Kerja kerana tidak mempunyai hubungan yang serapatnya dengan Presiden serta kebanyakan pemimpin utama UMNO yang lain.

Beliau malah mencadangkan Suffian  yang kini bertugas di Prima atau Perumahan Rakyat 1Malaysia, agar menjadi "protegenya" sekurang-kurangnya selama dua tahun terlebih dahulu jika ingin mengambil alih tempatnya.

Dalam masa yang sama, persetujuan menukar Abd Rauf yang dicadangkan oleh para penasihat di Putrajaya itu tidak pula mendapat respon positif daripada Najib dan beliau seolah-olah enggan bertegas untuk meminta Abd Rauf melepaskan jawatannya itu walaupun ia jelas lebih baik untuk masa depan parti.

Ini menjadikan, walaupun nama Sufian telah diketahui ramai bakal menjadi Setiausaha Kerja UMNO yang baru tetapi masih belum dapat dipastikan bila beliau boleh memulakan tugasnya.

Mohd Sufian sudah dipersetujui sebagai SUK UMNO yang baru tapi Abd Rauf masih enggan melepaskan jawatan itu.

Balak haram hanya di Kelantan?

Posted: 08 Jan 2015 03:57 AM PST


BENARLAH seperti yang dinyatakan dan dipersetujui oleh banyak pihak bahawa kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal adalah salah satu faktor banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Seperti yang dibuktikan menerusi gambar-gambar di media, juga dilihat sendiri oleh petugas sukarela pasca banjir, bertan-tan kayu balak yang dihanyutkan air deras telah meranapkan rumah dan bangunan, juga telah meruntuhkan jambatan.

Maka ada sebab untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim marah-marah dengan penebangan hutan secara haram lagi amat rakus di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, khasnya di kawasan Lojing.

Kata beliau, seperti disiarkan media: "Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya."

Menteri itu kesal kerana perakus yang melakukan kegiatan haram itu tidak kena apa-apa, sedangkan beratus-ratus ribu rakyat Kelantan kini menderita dengan musibah yang menimpa.

"Kita harus buat sesuatu dengan segera," katanya sambil berjanji akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya "pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya."

Mudah-mudahan suara dan sikap Shahidan yang amat berkobar-kobar – seperti yang disiarkan TV – untuk memerangi pembalak haram di Lojing betul-betul berkesan. Kalau boleh biarlah dalam waktu terdekat ini penjenayah balak itu dihukum.

Tetapi, perlu diingat adakalanya cakap sahaja berkobar, tindakan tidak seberapa.

Tambahan pula kes pembalakan haram dan penebangan hutan tidak mengikut undang-undang ini bukan terjadi hanya di Serambi Makkah.

Penyangak dan perompak hutan wujud juga di negeri-negeri lain, malah lebih teruk.

Kalau kita masih ingat, hanya kira-kira dua bulan lalu, penebangan dan penerokaan hutan secara haram telah memberi kesan amat buruk di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

23 Oktober baru lalu banjir kilat dan berlumpur melanda Lembah Bertam dan Ringlet di kawasan peranginan itu, mengakibatkan lima orang maut.

Setahun sebelum itu – 2013 – kawasan sama diranapkan banjir lumpur, menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara kerakusan menebang hutan.

Sama seperti yang disahkan di Kelantan dua minggu lalu, kegiatan perompak hutan di Pahang pun dilakukan 'macam negeri tak ada undang-undang'. Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan bagaikan buta, tidak melihat jenayah mega di hadapan mata.

Seperti yang didedahkan media juga NGO-NGO yang prihatin alam, penerokaan haram di Cameron telah berlaku sejak sekian lama, dengan beribu-ribu hektar kawasan hutan telah teroka secara haram untuk dijadikan kawasan pertanian.

Dikhabarkan juga, lebih 10,000 warga asing, termasuk yang datang secara haram @ Pati, menjadi penghuni tetap kawasan tersebut sebagai pekerja di ladang-ladang sayur. Mereka mengotorkan persekitaran dengan sampah-sarap yang menyempit dan menyekat aliran air.

Beberapa hari setelah tragedi banjir lumpur Cameron, semua pihak tersentak bagaikan dikejutkan dari lena yang panjang. Pemimpin-pemimpin besar dari KL, termasuk Perdana Menteri, datang bergerombolan, semua berjanji akan memperbaiki keadaan.

Polis dan tentera dikerah untuk memburu Pati dan menangkap tauke @ pemilik ladang-ladang haram itu.

Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan siasatan dan tindakan ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berhubung isu Cameron.

Katanya tidak ada pihak akan dikecualikan dalam siasatan. Tegas Timbalan Perdana Menteri: "Tiada maaf bagimu!"

Hari ini lebih dua bulan berlalu, isu panas yang meluap-luap di Cameron, sudah semakin dingin. Kecuali beberapa orang Pati ditangkap, setakat semalam tiada seorang pun pemilik @ tauke ladang sayur haram berjaya dikesan, jauh sekali ditangkap.

Ladang luas masih di situ, sayur pun terus subur, tetapi tauke haram masih tidak dapat dijejaki.

Sudah berpuluh tahun menjadi peneroka haram, dan telah mengaut laba RM juta-juta-juta, si penjenayah gagal diburu.

Hutan kita sudah diranapkan, tetapi tidak ada yang ditangkap atau dihukum, walaupun ada amaran 'tiada maaf bagimu'.

Apakah sukar sangat untuk mengesan pemilik @ tauke-tauke tanah haram itu?

Apakah memerlukan ujian DNA? Apakah perlu khidmat pakar forensik dari luar negara?

Atau, apakah setelah dua bulan, peneroka haram di Cameron Highlands sudah dimaafkan?

Peruntukan 42 kali banjir pun tak sama hutang 1MDB

Posted: 08 Jan 2015 03:25 AM PST

1mdb

Oleh IZMIL AMRI 


Dalam masa kurang dua tahun, syarikat pelaburan negara 1MDB telah menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya sebanyak dua kali. Ini pastinya bukan petanda bagus.

Dalam masa sekitar 24 bulan sahaja, jawatan CEO 1MDB bertukar tangan kepada tiga individu.

Berikutan 'perpindahan' Datuk Shahrol Halmi ke Pemandu, jawatan itu berpindah kepada kepada Mohd Hazem Abdul Rahman. Terkini, Hazem pula melepaskan jawatan tersebut, untuk diganti dengan Arul Kanda Kandasamy.

Perletakan jawatan Hazem disambut dengan emosi dan reaksi bercampur-campur daripada ramai pihak yang rata-rata terkejut dan tertawa dengan perkembangan terbaru ini.

Sementelahan, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin baru sahaja dua hari sebelum Krismas tempoh hari mengeluarkan kenyataan panjang lebar untuk meyakinkan negara bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sukar bagi kita untuk mempercayai bahawa Hazem telah meletakkan jawatannya dengan rela hati, dalam keadaan penggantinya sudah pun dinamakan.

Apa yang jelas, pelantikan Arul Kanda untuk menerajui 1MDB membawa erti bahawa ada masalah yang tidak boleh selesai, dan ada hujah yang tidak boleh dipatahkan oleh pihak pengurusannya dalam siri kritikan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap syarikat tersebut.

1MDB sarat menanggung beban hutang tidak terlunas yang setakat bulan Mac tahun lalu dilaporkan mencecah RM42 bilion, justeru menjemput kritikan dan pertikaian daripada banyak pihak, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syarikat milik negara itu juga semalam dilaporkan gagal membayar hutang-hutang berjumlah RM2 bilion yang sepatutnya langsai pada 31 Disember lalu, setelah dilanjutkan daripada tarikh asal 30 November.

Menurut sumber, 1MDB kini diberi tempoh sehingga 30 Januari untuk melangsaikan hutang-hutangnya dengan Malayan Banking Berhad dan juga RHB Bank Berhad.

Itu belum ditambah permasalahan dana USD$1.23 bilion yang masih 'disimpan' di kepulauan Cayman dan belum pulang-pulang, kononnya kerana tidak mahu terjejas dengan krisis tukaran wang asing.

Padahal 1MDB sebenarnya memerlukan dana terbabit untuk membayar hutang-hutang penghujung bulan lalu.

Ini ditambah pergelutannya dengan tawaran awam permulaan dalam usaha mengumpul USD3 bilion untuk mendanai projek stesen janakuasa yang sehingga tahun ini masih tertangguh.

Dalam keadaan sedemikian serabut, kita hanya boleh mengagak tawaran bagaimana yang dibuat kepada Arul Kanda, sehingga beliau sanggup melepaskan jawatannya di Abu Dhabi Commercial Bank hanya untuk kembali ke tanah air bagi menguruskan syarikat yang begitu tenat ini.

Bergantinya Hazem dengan Arul adalah isyarat bahawa tekanan ramai pihak supaya pengurusan 1MDB dirombak ekoran pentadbiran urusniaga yang begitu merunsingkan telah memberi kesan besar.

Sehinggakan ada pemimpin Umno yang turut membuat laporan polis terhadap 1MDB. Ternyata kerunsingan terhadap syarikat aset kewangan negara yang satu ini bukan soal politik semata-mata, malah mengakar kepada persoalan pengurusan kewangan negara yang memperlihatkan unjuran-unjuran kabur bagi masa akan datang.

Meski kita dimaklumkan melalui jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Parlimen bahawa kerajaan hanya menjamin sebahagian kecil hutang-hutang 1MDB yang kian menggunung berkadar dengan faedah yang terus bertambah, rakyat Malaysia pastinya bertanya-tanya siapa yang akhirnya akan terpaksa menanggung beban hutang RM42 bilion syarikat milik negara ini kalau bukan rakyat sendiri?

RM42 bilion bukan sedikit. Peruntukan kerajaan untuk bencana banjir Pantai Timur pun baru setengah bilion. – Roketkini.com

Ahli Parlimen DAP tidak terlibat pembalakan haram, saman Berita Harian

Posted: 08 Jan 2015 03:19 AM PST

ngeh n nga

 Roketkini.com


IPOH: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham menafikan fitnah di media sosial kononnya syarikat mereka terlibat dalam aktiviti pembalakan haram di Kelantan.

Kedua-duanya malah telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Berita Harian berikutan fitnah yang disebarkan itu.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua ahli parlimen itu menjelaskan secara terperinci penglibatan mereka dengan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

"Kami tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan samada di Kelantan atau di mana-mana tempat di Malaysia. Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sama sekali tidak terlbat dalam aktiviti pembalakan.

"Syarikat itu selama ini hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok di atas tanah usaha sama Yayasan Islam Kelantan (YIK)," ujar kenyataan tersebut.

Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penanaman semula tanah di Kelantan dan menerima surat penghargaan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Surat tersebut diberikan kepada syarikat tersebut kerana melaksanakan dan memenuhi syarat-syarat kelulusan Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA).

Menjelaskan usaha syarikat itu membantu mangsa banjir, Nga berkata mereka telah bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Ladang Negeri Kelantan.

"Syarikat ini juga telah berkongsi memberikan sumbangan derma berjumlah RM151,500.00 yang telah diserahkan oleh Persatuan Pengusaha Ladang Negeri Kelantan."

Menurut mereka laporan akbar Berita Harian menuduh syarikat tersebut melakukan pembalakan dan mencemarkan sungai-sungai di Kelantan pada penghujung tahun 2012 adalah berniat jahat

"Kami telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis laporan tersebut dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang merupakan pemilik dan penerbit Berita Harian.

Kes tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun ini. – Roketkini.com

Atasi Banjir: Empangan Bernilai RM3 Bilion Dibina Di Kelantan

Posted: 08 Jan 2015 03:15 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Satu projek empangan pelbagai guna di hulu Sungai Kelantan bernilai kira-kira RM3 bilion akan dibina tidak lama lagi sebagai sebahagian langkah utama penyelesaian banjir secara total di pantai timur.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Ab Qahar Osman berkata ia merupakan satu projek tebatan banjir dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk diberi keutamaan bagi mengatasi bencana banjir pada masa akan datang.

"Untuk RMK-11 kita akan tumpukan pada beberapa cadangan bagi selesaikan masalah banjir secara total. Kos pembinaan (empangan itu) yang dianggarkan adalah RM3 bilion dan akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.

"Kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku baru-baru ini yang mana sungai tidak mampu menampung kuantiti air hujan," katanya.

Katanya, empangan itu bukan hanya berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan bagi mengelak berlakunya banjir tetapi menjana tenaga elektrik, menjadi saluran pengairan air dari sungai dan membekalkan air untuk pengguna domestik.

Berkongsi cerita mengenai banjir di pantai timur, Ab Qahar berkata jumlah hujan yang direkodkan di negeri-negeri pantai timur yang terlibat banjir dalam masa 10 hari adalah 850mm melebihi paras normal iaitu 100mm.

"Sehubungan itu, sungai-sungai utama tidak mampu menampung kuantiti air hujan itu dan menyebabkan air mengalir terus memasuki kawasan penempatan penduduk," katanya.

Setakat ini katanya, beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Kelantan di bawah RMK-10 iaitu projek meninggikan tebing dan melebarkan sungai supaya air tidak melimpah dengan perbelanjaan kira-kira RM100 juta.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan projek tebatan banjir akan diberi keutamaan dalam RMK-11.

Sementara itu, Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata pembinaan empangan di hulu sungai bukan sahaja untuk mengelak banjir namun air yang ditakung itu boleh dimanfaatkan ketika musim kemarau.

"Bagaimanapun, keluasan empangan itu bergantung kepada jumlah hujan. Walaupun keluasan kecil tetapi boleh juga dibina dalam jumlah yang banyak di beberapa hulu sungai utama," kata Ahmad Fuzi.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyarankan lebih banyak 'lebuh raya air' dibina di negeri-negeri berisiko banjir termasuk membina terusan dan parit yang boleh menampung air pada skala yang lebih besar.

Katanya, walaupun pembinaan 'lebuh raya air' itu mungkin memakan masa panjang untuk disiapkan namun ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berisiko banjir.

Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai berpendapat kerajaan mampu membina 'lebuh raya air' serta beberapa projek tebatan banjir menggunakan dana sendiri tanpa melibatkan dana luar kerana projek seumpama itu merupakan pelaburan jangka panjang.

Katanya, pelaburan kerajaan terhadap projek seumpama itu mampu meningkatkan kaedah pengurusan banjir dan memperbaiki sistem pengairan yang cekap di kawasan sensitif terhadap banjir.

"Itu mungkin libatkan belanja besar tetapi membantu mengelakkan kerajaan menanggung kos lebih tinggi bagi membaik pulih kerosakan selepas banjir," katanya.

Tambahnya, bencana banjir sememangnya tidak dapat dielakkan memandangkan negara menerima hujan lebat monsun setiap hujung tahun yang boleh menyebabkan berlakunya bencana itu.

Isu Tambang Bas Sekolah: Alasan SPAD Tidak Masuk Akal - PIBGN

Posted: 08 Jan 2015 03:12 AM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Alasan yang dikemukakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak memperkenalkan semula harga siling tambang bas sekolah kerana kebanyakan pengusaha tidak mematuhinya disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SPAD sebagai badan yang bertanggungjawab memantau industri pengangkutan awam di negara ini seharusnya mengambil tindakan terhadap pengusaha yang tidak mematuhi harga siling yang ditetapkan.

"Alasan yang diberikan tidak masuk akal sama sekali. Kalau ada pengusaha yang tidak patuh (harga siling), SPAD patut ambil tindakan... senarai hitamkan pengusaha dan bukannya memansuhkan harga siling," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau, alasan tersebut juga seolah-olah menunjukkan SPAD gagal dalam melaksanakan peranannya.

"Sepatutnya mereka melakukan pemantauan dan penguatkuasaan dengan lebih kerap supaya perkara tersebut tidak terjadi. Itulah peranan SPAD tetapi mereka ibarat 'melepaskan batuk di tangga'," katanya.

Mohamad Ali berkata, SPAD turut didakwa sengaja 'lepas tangan' apabila mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam isu tersebut dan memberi kebebasan kepada pengusaha bas dan ibu bapa untuk menentukan harga.

Dr Mohamad Ali Hassan.

"Mereka (SPAD) sepatutnya memastikan kesemua pihak mendapat manfaatnya, tetapi dalam kes ini saya lihat ibu bapa yang akhirnya menjadi mangsa keadaan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan penamatan skim penggantungan bas sekolah baru-baru ini, beliau berkata, skim bantuan tersebut sepatutnya diteruskan sejajar dengan usaha SPAD demi memastikan industri bas sekolah yang mapan.

"SPAD harus tunaikan janji mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah agar industri ini terus mapan. Malah mereka juga boleh berbincang dengan industri perbankan untuk mencari jalan penyelesaian kepada perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilihat mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah keruh ketika ini.

"Dengan pelbagai masalah yang timbul ini sedikit sebanyak menjejaskan imej SPAD sekali gus menimbulkan rasa sangsi di kalangan orang ramai mengenai fungsi sebenar suruhanjaya itu," katanya.

Baru-baru ini, mStar Online melaporkan SPAD menamatkan Skim Penggantian Bas Sekolah berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha bas sekolah memandangkan ia akan memberi kesan kepada kira-kira 5,000 pengusaha yang memiliki bas sekolah berusia melebihi usia 25 tahun.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, berikutan penamatan skim itu, dikhuatiri 500,000 pelajar di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan berhadapan masalah untuk pergi dan balik dari sekolah.

"Jika tiada sistem baharu menggantikan skim pinjaman tersebut, kira-kira 500,000 pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut akan terjejas," katanya.

Sementara itu, Mohamad Ali turut mengulangi cadangannya agar setiap sekolah mengikut jejak langkah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang melantik syarikat bas sekolah tertentu untuk beroperasi di sekolah masing-masing bagi mengelak lebih banyak masalah timbul pada masa hadapan.

"Soal perlaksanaan sistem ini boleh dibincangkan menerusi mesyuarat PIBG di sekolah masing-masing. Saya rasa ia tidak jadi masalah kerana sistem tersebut telah digunapakai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebelum ini," katanya.

QZ8501: TLDM Jumpa Mayat Wanita

Posted: 08 Jan 2015 03:09 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, menemukan mayat seorang wanita pada Khamis.

Dalam mesej melalui Twitter, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata: "KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada pukul 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS."

Ketika dihubungi pada Khamis, beliau berkata ia adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia dalam operasi SAR, yang memasuki hari ke-12 hari ini, sejak Penerbangan QZ8501 mengalami nahas pada 28 Dis.

Penerbangan QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Dis lepas ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata setakat ini, 39 mayat penumpang pesawat malang itu telah dijumpai dan daripada jumlah itu, 16 telah dikenal pasti Pasukan Pengenalan Mangsa Bencana Polis Indonesia.

Wanita temui kamera pengintip rakam aksi mereka sedang mandi

Posted: 08 Jan 2015 03:07 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua orang wanita terkejut apabila mendapati salah seorang daripada rakan kolej lelaki mereka yang dikenali selama enam tahun telah merakamkan aksi mereka sedang mandi secara tersembunyi. 
 
Insiden tersebut terbongkar selepas seorang daripada wanita tersebut menemui sebatang pen yang merupakan kamera pengintip diletakkan di bilik mandi rumah milik lelaki berkenaan di Sibu, Sarawak. 
 
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan dan Fong yang masing-masing berusia 24 tahun memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang bercuti di rumah lelaki berkenaan tahun lalu. 
 
 
Tan berkata dia menjumpai sebatang pen hitam yang diletakkan dalam bekas berus gigi di tepi tingkap pada 28 Disember lalu. 
 
"Saya sedang mandi, menggunakan air pancuran apabila tiba-tiba saya ternampak pen berkenaan. Saya fikir agak pelik mengapa pen tersebut berada dalam bilik mandi. 
 
"Apabila saya membuka pen berkenaan saya mendapati terdapat kad sim mikro di dalamnya!," katanya sambil menambah dia turut melihat terdapat lensa kecil dibahagian klip pen berkenaan.
 
Dia kemudiannya, memberitahu perkara tersebut kepada Fong, dan mereka turut menemui rakaman video aksi dia sedang mandi dalam kad memori kamera pengintip tersebut. 
 
 
Salah seorang daripada wanita itu kemudiannya bersemuka dengan suspek selepas suspek bertanya apa yang berlaku kepada pen miliknya. 
 
"Salah seorang daripada rakan saya, menumbuknya dan suspek hanya, memohon maaf atas apa yang berlaku. Kemudiannya kami menemui, peranti storan (storage device) dalam begnya. Dalam peranti tersebut terdapat lima rakaman video yang merakamkan aksi lima orang rakan mereka sedang mandi. 
 
"Video tersebut dirakamkan beberapa tahun lalu ketika kami tinggal di asrama," kata Fong di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini. 
 
Ketua jabatan berkenaan, Datuk Seri Michael Chong berkata beliau menerima tiga aduan yang sama melibatkan rakaman wanita sedang mandi dengan kamera pengintip yang diletakkan di bilik mandi. 
 
"Wanita perlu lebih berhati-hati dan melihat kepada benda-benda yang mencurigakan seperti penyangkut baju, pen dan key chain. Saya mencadangkan agar wanita membeli pengesan infra merah untuk mengesan kamera tersembunyi kerana ia hanya berharga sekitar RM60," kata Chong. 
 
Tan dan Fong sedang mengumpulkan maklumat dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman selepas mereka membuat laporan polis dalam masa terdekat.

TDM mewarisi pemimpin-pemimpin pelapik, bukan pimpinan pelapis

Posted: 08 Jan 2015 03:05 AM PST




Oleh Aspan Alias



Najib adalah seorang Perdana Menteri yang paling tidak secocok dengan keadaan dan situasi di negara ini. Berbagai-bagai isu dilemparkan terhadap beliau termasuk lemparan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tentang perilaku Najib yang tidak sensitif dengan keadaan politik negara ini. Apa pun isu yang dibesarkan terhadap beliau tidak menampakkan yang beliau sedar yang beliau merupakan seorang pemimpin yang paling tidak bertanggungjawab dalam sejarah negara, tetapi beliau tetap dengan sikap bebalnya.

Beliau merasakan tidak ada siapa yang mampu menahan beliau dari apa yang beliau hendak lakukan atau yang dilakukan oleh isterinya. Beliau seperti seorang maharaja yang besar dan kesangsaraan rakyat tidak membuatkan beliau hari ini menjadi pemimpin yang lebih baik dari semalam. Malahan beliau bertambah bebal dan menganggap isu yang dimainkan rakyat itu tidak akan membawa apa-apa 'consequence' kepada beliau.

Diharapkan kepada sesiapa yang telah membentuk kepimpinan Najib pada hari ini akan merasakan kekesalannya kerana memberikan laluan kepada pemimpin yang sudah tidak sedar akan apa yang beliau lakukan setiap masa dan waktu itu. Beliau seolah-olah sedang mabuk dan tidak menyedari apa yang beliau lakukan terhadap negara. Seorang pemabuk selalunya akan melakukan apa yang beliau suka tanpa merasa bersalah.

Isu beliau sentiasa segar, silih berganti setiap minggu dan bulan. Kadangkala beberapa isu datang sekali gus terhadapnya. Dalam keadaan negara dilanda banjir beliau masih bermain golf dengan pemimpin dan mentornya Obama dan setelah sedar beliau kembali tetapi jet mewah kerajaan yang membawa beliau ke Hawaii itu tidak pulang bersamanya tetapi jet itu telah terbang mengelilingi dunia dari AS ke Dubai, Bangkok dan seterusnya kembali ke negara.

Siapakah yang menggunakan jet tersebut sudah diketahui umum dan perlakuan membelanjakan wang rakyat yang sedang sengsara sekarang masih dilakukan seolah-olah wang itu adalah wang emak atau bapanya serta datuk neneknya.

Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang paling mahal untuk ditanggung oleh rakyat.dan jika beliau lebih lama duduk di kerusi Perdana Menteri itu kita akan menanggung bebanan besar untuk menurut kemahuan nafsu dan kehendak beliau.

Tetapi entah apa sebabnya tiada seorang pun yang berbunyi dan memberikan teguran dari kalangan ahli-ahli jemaah kabinet negara mahupun dari parti yang beliau ketuai. Selagi tiada tindakan dilakukan terhadap Perdana Menteri ini, selagi itulah negara akan dibebankan dengan masalah besar yang tidak akan dapat diselesaikan.

Sebagai Menteri Kewangan, kita juga mahu tahu apakah tindakan beliau dalam menghadapi penurunan nilai ringgit dipasaran wang antarabangsa. Semalam ringgit sudah mencecah ke peringkat RM3.55sen bagi setiap dollar Amerika, malahan dalam pertengahan dagangan semalam ia pernah mencecah ke peringkat RM3.59 bagi satu dollar Amerika.

Kejatuhan harga minyak mentah Brent telah turun ketahap USD 53 dan ini semua perlu pencerahan dari Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri yang tidak lekat di negara ini. Beliau berada luar negara tanpa hentinya. Apakah agenda beliau dengan kekerapan keluar negara sekarang ini, hanya beliau sahaja yang boleh menjawabnya.

Presiden AS pun tidak keluar negara sekerap Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri China pun tidak keluar negara sekerap Najib. Sikap buruk Perdana Menteri sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibiarkan lagi dan mereka yang boleh melakukan apa-apa tindakan untuk menyekat sikap buruk Perdana Menteri ini harus melakukan sesuatu untuk kebaikan negara.

Berada di luar negara dengan alasan melakukan diplomasi melalui permainan golf ini merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima. Jika golf itu menjadi tumpuan beliau beliau sepatutnya bersara sahaja dan berikan tumpuan terhadap golf sahaja. Moga-moga tidak berapa lama dari sekarang beliau boleh menjadi pemain golf professional dan boleh menyertai European PGA atau US PGA dan beliau akan tetap mendapat perhatian dunia dalam permainan golf professional itu.

Beliau seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab membetulkan keadaan negara dalam situasi politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Dimanakah slogan-slogan besar ciptaan beliau berada sekarang. Dimana slogan rakyat didahulukan itu? Dimana kah slogan pencapaian diutamakan itu. Dimanakah perginya ETP dan banyak lagi program yang beliau umumkan setiap bulan dahulu? Dimanakah pencapaiannya? Bagaimana dengan NKRA beliau sendiri dan bagaimana pula prestasi barisan kabinet beliau?

Setakat manakah pencapaian matlamat untuk menjadikan negara ini negara maju dengan penadapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 itu? Sekarang kita sudah berada dalam tahun 2015. Rakyat masih susah dan apakah formula atau magik yang akan beliau lakukan untuk mencapai pendapatan purata rakyat sebanyak USD 15 ribu setahun itu?

Rakyat sudah terlalu kenyang dengan janji-janji Najib selama ini? Najib sudah hilang kawalan terhadap negara dan kini seolah-olah kita tidak mempunyai kerajaan yang mentadbir rakyat dan negara lagi.

Najib bertindak dan bercakap tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Najib seolah-olah sudah menjadi 'makhluk perosak' kepada negara kerana setiap perlakuannya membuatkan rakyat tidak senang duduk dibuatnya. Sememangnya kita tahu yang Najib itu seorang yang lemah dari dulu. Tidak pula kita menyangka yang beliau begitu teruk dan tidak mempunyai apa-apa nilai kepimpinan bagi negara majmuk seperti negara kita ini.

Siapakah yang menjadikan Najib pemimpin dahulu sepatutnya merasakan yang sudah sampai waktunya untuk melakukan sesuatu bagi menolak ketepi Najib ini. Bagaimanakah pemimpin yang membina Najib sampai kehari ini boleh lelap dan nyenyak tidurnya, tidak dapat kita ketahui.

Dalam isu kelemahan kepimpinan hari ini mungkin Najib tidak bersalah keseluruhannya, mungkin yang paling bersalah ialah pemimpin yang membiarkan dan membantu Najib naik ketangga politik sampai tahap yang tertinggi ini.

Orang yang saya maksudkan itu ialah Tun Mahathir. Tidak pula diketahui samada TDM sedar yang beliau tidak mempunyai banyak waktu untuk membetulkan kesalahan beliau membina seorang demi seorang pemimpin yang tidak memberikan faedah kepada negara ini.

Malahan kepimpinan beliau telah mewarisi kepimpinan acuan beliau yang tidak mempunyai apa-apa nilai kepimpinan kerana mereka itu bukannya pemimpin tetapi hanyalah barisan pengampu dan pembodek semata-mata. Penulis-penulis sejarah akan mempunyai banyak modal untuk menulis tentang warisan Dr Mahathir kepada kita sekarang ini.

Masalahnya Dr Mahthir tidak membina kepimpinan pelapis untuk negara. Apa yang beliau lakukan ialah hanya membina pemimpin pelapiknya sahaja. Akhirnya barisan pelapik inilah yang menguasai negara, dan inilah yang kita rasai sekarang. DETIK DAILY

Hujan lebat punca banjir Kelantan, bukan projek hidroelektrik - Pakar

Posted: 08 Jan 2015 03:02 AM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic



SHAH ALAM: Pakar geologi Profesor Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa pembinaan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu menjadi punca banjir buruk yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Katanya, empangan Tasik Tembat dan Tasik Pauh yang digunakan untuk penjanaan elektrik adalah dua kawasan berlainan dengan kawasan tadahan terlibat banjir.

"Empangan Tembat dan Pauh itu di dalam kawasan tadahan yang berlainan daripada kawasan tadahan yang menyebabkan banjir.

"Jadi tak mungkin empangan Tembat dan Pauh boleh mengalir ke sana … menghala ke Gua Musang atau Kuala Krai sebab kawasan tadahan itu akan mengalir ke arah hilir (iaitu) empangan Kenyir. Jadi tiada kaitan dengan banjir di Kelantan," katanya kepada Antarapos.

Kekeliruan mengenai perkara ini timbul selepas seorang pemilik akaun Facebook bertindak berkongsikan teorinya bersabit punca musibah itu melanda Kuala Krai, Manik Urai, Dabong, Gua Musang dan beberapa daerah lagi.

Seorang pemilik akaun Facebook, Johar Othman yang tidak diketahui latar belakangnya mendakwa pembinaan empangan itu menyebabkan aliran air hujan sepanjang musim tengkujuh tidak dilepaskan ke Tasik Kenyir kerana akan memusnahkan pembinaan empangan Kenyir 2, yang bernilai jutaan ringgit.

Pendedahan teori itu menarik perhatian pelayar internet dengan catatan sebanyak 6,474 perkongsian oleh pelayar Facebook yang lain dan ramai yang mula menimbang kesahihan teori itu.

Dr Tajul berkata, rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan taburan hujan yang melanda Kelantan tempoh hari adalah bersamaan dengan jumlah hujan lebih kurang 60 hari.

"Memang puncanya hujan biasa lebat, orang kata hujan tak lebat (tapi) memang hujan lebat di Kuala Krai, Gua Musang. Tapi di bahagian hulu hutan dekat gunung siapa yang tahu?

"Memang hujan luar biasa lebat dan ada rekod Jabatan Meteorologi menunjukkan jumlah air hujan yang turun dalam masa 4-5 hari tu daripada 22-26 Disember sama macam 64 hari ke 54 hari jumlah hujan di Kelantan," ujar beliau.

Malah Dr Tajul menasihatkan orang ramai menyelidik terlebih dahulu mengenai kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

"Biasalah orang suka kongsi perkara-perkara yang sensasi jadi berita tu mungkin tak benar. Sekadar khabar angin, benda sensasi macam ni orang cepat sebarkan tanpa selidik dulu kesahihannya padahal pihak TNB pun dah menafikan perkara itu," katanya.

Beliau menegaskan pembinaan projek tersebut perlu bagi meningkatkan lagi jumlah penjanaan elektrik, selain telah mendapat kebenaran daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan kerajaan.

AirAsia tidak batalkan perkhidmatan ke Brunei

Posted: 08 Jan 2015 02:59 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANDAR SERI BEGAWAN: AirAsia menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut telah membatalkan perkhidmatannya ke Brunei, sambil menegaskan jadual penerbangan tetap berjalan seperti biasa.
 
Laman web Bussines Standard melaporkan, ketika usaha mencari baki mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 sedang giat dijalankan, AirAsia menyifatkan khbar angin tersebut hanya 'cakap-cakap kosong' di media sosial bagi mengelirukan pengguna.
 
"AirAsia menolak segala khabar angin tersebut dan maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Perkhidmatan kami berjalan seperti biasa," kata AirAsia dalam satu kenyataan. - AGENSI

Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?

Posted: 08 Jan 2015 02:55 AM PST




Oleh Shahbudin Husin


Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.

Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.

Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Berdepan dengan rumah Najib itu pula ialah kediaman bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Harun Idris dan bahagian belakang rumah bekas pemimpin Selangor itulah yang sebenarnya mengadap Jalan Duta.

Tetapi rumah Harun Idris itu terletak agak tinggi di atas bukit dan jika ada mat rempit berlumba di Jalan Duta, penghuni di rumah itu pun mungkin hanya mendengar sipi-sipi saja bunyi bisingnya.

Tidak jauh daripada rumah Najib di Jalan Duta itu ialah kediaman Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor. Walaupun demikian, rumah Ku Nan itu juga agak jauh daripada tepi Jalan Duta dan tidak mungkin terganggu dengan bunyi bising mat rempit.

Berbanding rumah Harun Idris dan Ku Nan, kediaman Najib jauh lebih ke dalam daripada tepi Jalan Duta yang agak sibuk itu.

Jadi bagaimana Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat rempit?

Dalam suatu majlis semalam yang memperkatakan masalah sosial golongan remaja, isteri Perdana Menteri itu berkata, "saya dan Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal pukul 2 pagi.

"Rumah saya di Kuala Lumpur ( Jalan Duta ) bila tengah malam dengar bunyi motosikal bukan main laju dan kuat...lama pulak tu, mestilah ramai yang berlumba di tengah jalan," katanya.

Beliau menambah lagi, "apabila dengar bunyi bising, saya fikir kita kenalah buat sesuatu sebab saya dan Najib memang tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal."

Sehubungan itu, beliau yang baru kembali daripada bercuti dari Hawaii dan Amerika Syarikat serta Bangkok, berharap orangramai tidak mudah mengalah dan putus asa dalam mendidik remaja yang gemar berlumba motosikal pada waktu malam.

Kata ramai orang-orang UMNO lagi, tidak mungkin Rosmah dan Najib terganggu serta tak boleh tidur kerana bunyi bising motosikal mat rempit memandangkan rumahnya itu bukan terletak di tepi jalan pun, kecualilah jika "nikmat tidurnya" telah ditarik Tuhan atau kerana memikirkan terlalu banyak perkara lain.

Selain untuk menarik simpati, tambah mereka, mungkin juga "cerita tak masuk akal" ini sengaja direka oleh Rosmah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada terus bercakap berkenaan jet, golf, cuti, joli dan e.coli yang terus menjadi bualan ketika ini.http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Hishammuddin : 3 Kem PLKN Sebagai Pusat Penempatan Mangsa Banjir

Posted: 08 Jan 2015 02:45 AM PST

Syafiq Yaacob



 

MELAKA  - [KEMASKINI] Kabinet hari ini bersetuju menjadikan tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kem Askar Wataniah di Kelantan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kem PLKN yang terlibat ialah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, manakala kem Askar Wataniah itu ialah Kem Sungai Durian di Kuala Krai.

"Kira-kira 1,000 peserta PLKN di kem tersebut akan ditempatkan di kem PLKN negeri lain, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara akan memaklumkan kepada keluarga peserta sebelum pemindahan itu dibuat.

"Dalam satu atau dua hari saya rasa kita dapat pindahkan mangsa banjir ke kem itu, tiada tempoh waktu ditetapkan bagi mangsa ini tinggal di dalam kem itu, mereka boleh tinggal mengikut keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Pengumpulan Bekalan Mangsa Banjir di Dewan Serbaguna, Kem Terendak, Sungai Udang di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Hishammuddin berkata langkah itu diambil memandangkan kemudahan yang tersedia di kem berkenaan seperti dewan makan, tandas, padang dan bilik kediaman boleh memberi keselesaan kepada mangsa banjir itu meneruskan hidup mereka.

"Masih terlalu awal untuk kita anggarkan berapa banyak mangsa yang boleh kita tempatkan di kem tersebut, apapun jika kawasan kediaman di kem itu tidak cukup, kita akan sediakan kabin sementara, yang penting kita mesti berikan penempatan yang selesa kepada rakyat kita ditimpa musibah ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pusat pengumpulan bekalan banjir di Kem Terendak di sini telah menerima 23 tan bekalan, manakala pusat pengumpulan di Kem Sultan Muadzam Shah di Kedah menerima 15 tan bekalan; Markas Stesen Ipoh, Perak (62 tan) dan Kem Syed Putra, Perak (20 tan).

"Bagi pusat pengumpulan bekalan di Pangkalan Udara TUDM Subang sehingga semalam 3,293.5 tan bekalan telah diterima dan daripada jumlah itu 3,200 tan bekalan telah diagihkan ke kawasan banjir," katanya.

Siapakah Jadi "Perdana Menteri" Ketika Penerbangan New York - London - Dubai - Bangkok?

Posted: 08 Jan 2015 02:39 AM PST

shahbudindotcom


Beberapa blog dan akaun media sosial semalam mulai tampil mempertahankan perjalanan jet kerajaan dari Amerika Syarikat yang singgah di beberapa bandar syurga membeli-belah dunia sebelum berehat selama dua hari di Bangkok dan akhirnya selamat kembali ke tanahair.

Mereka mewajarkan bahawa jet 9M-NAA itu terpaksa singgah di di London dan Dubai dalam perjalanan ke Bangkok daripada Amerika Syarikat kerana  pesawat itu mempunyai tangki yang kecil dan oleh itu perlu selalu mengisi minyak.

Mereka juga menyebut bahawa jet itu hanya singgah tidak sampai dua jam di London dan Dubai dan oleh itu tidak mungkin  jangkamasa itu digunakan untuk membeli-belah.

Berapa lama pula masa diperlukan untuk keluar dari pesawat, melalui beberapa pintu, pilih barang-barang, bayar di kaunter dan kemudian bergegas semula menuju pesawat, kata mereka.

Sekala imbas, ternampak bahawa blog dan pengendali media sosial ini telah memberi hujah yang logik dan dapat diterima akal dan mungkin dapat mengembirakan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang kian dipertikaikan berikutan isu jet ini.

Dalam masa yang sama, wujud juga penjelasan dari PMO sendiri bahawa jet itu ditinggalkan di Amerika kerana menghadapi masalah teknikal dan tidak digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Perdaha Menteri.

Seolah-olah jawapan dan penjelasan itu senada untuk membersihkan nama isteri Perdana Menteri daripada tohmahan membeli-belah di beberapa bandaraya indah yang disinggahinya.

Tetapi, satu perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh blog dan pengendali media sosial ini ialah siapakah penumpang utama di dalam jet ketika dalam perjalanan daripada Amerika ke Bangkok itu?

Adakah ada Rosmah di dalamnya atau jet itu pulang kosong setelah masalah teknikalnya berjaya diatasi?

Jika Rosmah menjadi penumpangnya, siapakah yang membenarkannya? 

Kenapa juga jet itu berada di Bangkok dan dalam masa yang sama Rosmah juga didapati membeli-belah di Central Chidlom? Adakah Rosmah penumpangnya atau Rosmah datang ke Bangkok daripada Amerika menaiki pesawat komersial?

Kenapa daripada Amerika, setelah kononnya masalah teknikal jet itu diatasi, ia tidak terus balik ke Kuala Lumpur saja?

Kedatangan Najib ke Bangkok pula menaiki apa? Adakah juga menggunakan jet khas TUDM sebagaimana kepulangannya daripada Hong Kong ke Kota Bharu sebelum ini?

Jika pemergian Najib ke Bangkok menggunakan jet TUDM, adakah ia pulang kosong kerana pulangnya  Najib dan Rosmah ke Kuala Lumpur  kemudiannya adalah dengan jet 9M-NAA yang didatangkan daripada Amerika itu? Tidakkah sudah berlaku pembaziran berganda di sini?

Sebenarnya banyak lagi persoalan dalam isu jet ini yang menimbulkan lebih tanda-tanya kepada rakyat walaupun cuba diwajarkan dengan pelbagai perkara seperti masalah teknikal dan sebagainya.

Meskipun juga blog dan pengendali laman sosial ini bersungguh mahu mempertahankankan tiada aktiviti membeli-belah dan jet itu singgah daripada satu bandar ke bandar yang lain hanyalah untuk mengisi minyak, namun tiada yang berani memberi jawapan siapakah penumpang utama di dalamnya?

Daripada Amerika Syarikat - London - Dubai - Bangkok, siapakah yang jadi "Perdana Menteri" di dalam jet itu?

Selagi jawapan yang benar dan "kerana Allah" tidak diberikan, malah cuba disimpang-siurkan kepada hal-hal lain, selagi itulah isu jet ini terus menjadi percakapan ramai dan tambah membawa derita kepada Najib yang sedang berehat kerana jangkitan e.coli sekarang ini. 

SPR dedahkan wajah sebenar?

Posted: 07 Jan 2015 11:21 PM PST



Oleh Aziz Bari 


Tahap integriti dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah lama diragui. Pengakuan bekas Pengerusi SPR yang kini Naib Presiden Perkasa, Tan Sri Rashid A Rahman bahawa beliau adalah penyokong BN ternyata mengesahkan keraguan itu.

Rashid seperti tidak memiliki rasa malu apabila membuat pengakuan itu ketika berucap dalam satu perhimpunan pro-Umno 14 Desember lalu

Namun sedikit menarik apabila beliau juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti "berbohong" kepada orang Melayu. 

Apa-apa pun, itu bukanlah kali pertama seorang ketua badan – yang tugasnya menurut Perlembagaan termasuk mengendalikan pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih -  dilihat condong ke arah parti pemerintah. Tidak lama dahulu, pengganti Rashid yang kini pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof didapati termasuk dalam senarai nama ahli Umno.

Melihat dua insiden ini, saya tidaklah terkejut sangat apabila salah seorang Ketua SPR negeri secara tertutup mengatakan perlunya menambahkan kerusi, kononnya demi "kepentingan politik Melayu-Muslim". Beliau juga menyifatkan sukar untuk "kita" merampas kembali Selangor dan Pulau Pinang. Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap berat sebelah kepada Umno-BN.

Untuk rekod, Rashid adalah Setiausaha SPRsejak 1979. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau dilantik menjadi Pengerusi SPR dan berkhidmat sejak 2000 hingga 2008. Sepanjang perkhidmatannya, Rashid telah mengendalikan enam pilihan raya umum dan tiga persempadanan semula; pada tahun 1984, 1994 dan 2003.

Sebelum membuat pengakuan itu, Rashid sudah beberapa kali secara terbuka mengisytiharkan bahawa beliau tahu bagaimana untuk "menjadikan Melayu (baca: Umno) kekal berkuasa". Beliau juga mendakwa dirinya "memperjuangkan hak Melayu dan memastikan Melayu kekal memegang kuasa politik". 

Jelas, kesemua kenyataan ini cukup untuk menjelaskan mengapa Rashid kini menjadi pimpinan tertinggi sebuat organisasi sayap kanan. Atau boleh jadi itulah dirinya yang sebenar. 

Sama seperti bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad – yang juga aktif dalam Perkasa – pandangan mereka yang condong terhadap Umno membangkitkan keraguan ke atas institusi yang mereka ketuai dahulu. 

Kenyataan itu juga menjelaskan, mengapa dan bagaimana Umno-BN mampu kekal berkuasa sejak Kemerdekaan pada 1957. 

Beberapa hari selepas pengakuan Rashid, penggantinya Abdul Aziz menolak permintaan beberapa pihak untuk berbincang soal persempadanan semula yang akan dilakukan. 

Dalam satu laporan 18 Desember lalu, Abdul Aziz berkata, SPR tidak perlu mendengar suara pihak seperti NGO Bersih. Katanya, suruhanjaya itu hanya perlu bertemu dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. 

Perlu disebut bahawa Bersih sebelum ini mengatakan yang SPR tidak memiliki kuasa untuk memutuskan penambahan kerusi secara sendiri; seperti yang sering terjadi sebelum ini.

Namun di sebalik kenyataan Abdul Aziz itu, SPR negeri tetap enggan bertemu dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili kerajaan negeri dalam soal itu. Tiga MP tersebut adalah Sim Tze Tzin (PKR), Ng Wei Aik (DAP) dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS).

Maka, jelas bahawa SPR bertindak secara tidak konsisten. Malah, mengapa SPR enggan melaksanakan kuasa dan mengehadkan peranan mereka juga kekal misteri. Bukanlah susah sangat untuk memahami bahawa bagi memastikan persempadanan itu berjalan dengan telus dan adil, SPR Pulau Pinang patut melaksanakan komitmen yang dinyatakan Pengerusinya itu. 

Punca mengapa SPR menafikan wakil kerajaan Pulau Pinang juga tidak jelas. Apa yang nyata, tindakan itu merugikan SPR sendiri dalam usaha meyakinkan pihak berkepentingan bahawa ia adalah badan yang bebas dan tidak berpihak.

Melalui Artikel 114(2), Perlembagaan menggariskan perlunya suruhanjaya pilihanraya yang berkredibiliti dan bebas. Ia turut menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam memastikan soal itu. Perlembagaan juga melibatkan Majlis Raja-raja dalam proses tersebut, walaupun hanya dengan kapasiti penasihat.

Ramai yang mengatakan, Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu bertindak di bawah nasihat Perdana Menteri dalam soal ini. Ini kerana jelas bahawa PM turut terlibat dalam pilihanraya. 

Walaupun Yang di-Pertuan Agong digalaskan dengan tugas tersebut, ia tidak sepatutnya berhenti setakat itu sahaja. Selepas dilantik, suruhanjaya perlu mengambil inisiatif untuk menunjukkan serta membuktikan kebebasannya.

Inilah sebabnya mengapa Perlembagaan memperuntukkan beberapa perlindungan, bagi memastikan anggota suruhanjaya tidak menerima sebarang ancaman atau ugutan. Ia termasuk perlindungan daripada dipecat begitu sahaja, dan juga peruntukan berhubung ganjaran kepada mereka.

Kita boleh mengatakan bahawa berdasarkan peruntukan ini, tindakan SPR yang menolak untuk bertemu dengan Bersih adalah bertentangan dengan tugas perlembagaannya. 

Walau apa-apa pun, sikap SPR yang menuruti Umno-BN dan menolak banyak cadangan daripada pembangkang sudah menjadi satu rahsia umum. 

Walaupun ketika SPR menerima cadangan mereka – seperti penggunaan dakwat kekal – pelaksanaannya dipenuhi pelbagai masalah. 

Amat jelas bahawa SPR – di sebalik tapak dan mekanisme yang diperuntukkan Perlembagaan – memilih untuk menjadi rapat dengan satu pihak, bukannya menjadi sebuah institusi Perlembagaan yang benar-benar berkhidmat untuk demokrasi dan kesaksamaan.-bm.theantdaily.com

 Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas pensyarah undang-undang UIA dan kini mengajar di Unisel. Beliau juga merupakan Felo Kanan di badan pemikir IDEAS.

Selangor rangka mekanisme terkini bantu peluang kerja OKU

Posted: 07 Jan 2015 11:12 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi portfolio Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sedang merangka mekanisme bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan nasional.

Exconya, Dr Daroyah Alwi berkata, usaha itu dilihat sebagai langkah yang baik selepas beliau membuat lawatan kerja ke Kagumas College & Hospitality, di Bangi.

Kolej berteraskan kulinari itu membuka ruang latihan kepada golongan OKU yang mengalami masalah pembelajaran dan sehingga kini berjaya melahirkan graduan cemerlang dalam pasaran kerja.

istimewa 1"Saya lihat, kita boleh membantu anak OKU yang mengalami masalah pembelajaran untuk mendapatkan kerja berbentuk kemahiran seperti tukang masak.

"Itu antara perancangan yang kita akan laksana di bawah portfolio kebajikan," katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, bentuk kecacatan yang dimaksudkan bukan dari segi fizikal sebaliknya menjurus kepada penyakit seperti dislexsia dan autisme.

Daraoyah berkata, Kerajaan Negeri sudah meminta Kagumas menghantar kertas cadangan untuk dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

dr daroyah"Antara bentuk bantuan yang boleh disediakan Kerajaan Negeri adalah yuran pengajian memandangkan kos yuran yang tinggi menyukarkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapat peluang pembelajaran.

"Peluang sebegini diharap dapat membuka ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka mendapatkan pelajaran, sekali gus dapat menyesuaikan diri dalam bidang pekerjaan," katanya.-NFN-

MAIS fokus pertahan agama, akidah umat Islam

Posted: 07 Jan 2015 11:10 PM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus fokus mempertahankan kesucian agama Islam dan akidah umatnya di negeri itu dari sebarang anasir merosakkan yang menggugat kestabilan serta kepercayaan terhadap agama Allah itu.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata ia adalah antara langkah diambil selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Petrsekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

"Hal itu selari dengan maqasid syariah iaitu membanteras ajaran sesat seperti syiah dengan menghapuskan anasir menggugat akidah umat Islam seperti pluralisme yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

lensa islam 1"MAIS akan turut memperkasa pengurusan kes undang-undang Islam dengan memastikan pegawai penguatkuasa agama diberi latihan dan pendedahan mencukupi berhubung pengendalian kes dan barang bukti serta memastikan pematuhan terhadap fatwa yang dikeluarkan turut diutamakan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamad Adzib berkata, pihaknya akan turut memastikan penyelesaian kes tertangguh mahkamah syariah diselesaikan segera dengan meluluskan perjawatan baharu di Mahkamah Syariah tahun lalu dengan pembiayaan zakat.

Beliau berkata, 11,501 kes tertangguh direkodkan tahun lalu berbanding 13,789 tahun sebelumnya dengan pengurangan 17 peratus kes.

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa


"Kita akan juga mengenal pasti keperluan masjid dan sekolah agama di daerah yang kritikal serta memastikan masjid yang dibina sentiasa diimarahkan juga menjadi zon bebas politik.

"Pindaan dan penguatkuasaan kaedah pegawai masjid akan dilaksanakan tahun ini selari dengan pelantikan ahli jawatankuasa masjid baharu mulai tahun depan.

"Hal itu bagi merealisasikan peranan masjid sebagai pusat komuniti. Dengan pindaan ini, peranan jawatankuasa masjid berbeza dengan imam sebagai pegawai bertanggungjawab sebagai Pengurus Masjid," katanya.

MAIS turut memberi tumpuan pemerkasaan ekonomi bagi memastikan zumber zakat, wakaf dan baitulmal dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kemajuan serta kesejahteraan ekonomi umat Islam.

Katanya, pendekatan diambil MAIS bukan bersifat ekstremis, bahkan sama sekali tidak menyokong unsur terbabit dalam memartabatkan agama Islam demi memastikan agenda itu terlaksana.

"MAIS percaya pendekatan wasatiyyah iaitu kesederhanaan, keseimbangan dan tidak melampau adalah cara terbaik dalam menjaga kesucian agama Islam. Pada masa sama, tidak menafikan hak mengamalkan agama orang bukan Islam di Selangor," katanya.-NFN-

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!

Posted: 07 Jan 2015 11:06 PM PST




Dr Hoo Ke Ping



Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia! Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai "stagnant", sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.

Apa ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Politik dan Ekonomi)? Jawapan Prof Dr Hoo Ke Ping belum lagi tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam circle ekonomi…. Apa tanda-tandanya?
 
KLIK SINI : Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan 
Bakal Kurangkan Peruntukkan?
  • Ringgit Malaysia terus jatuh merudum
  • Bursa saham Malaysia merosot
  • Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam tidak akan naik lagi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang
  • Sekaligus nilai dan aset terus menurun
  • Pendapatan Petronas merosot sekaligus mengurangkan lagi pendapatan kerajaan pada tahun sekitar 20%-30%
  • Pendapatan dan kewangan kerajaan Malaysia "sudah lari jauh" dek kerana berpaksikan pendapatan harga minyak pada purata US$110 untuk tahun 2015. Sekarang berapa harga minyak dunia? .
  • Harga sawit tidak berada pada paras rendah dan tidak akan lagi mencecah RM2,600 setan apatah lagi RM4,000 setan. Ini kerana era ekonomi "super cycle commodity" sudah lama berlalu, tidak akan terjadi lagi…FELDA akan susah hati.
  • Ini kerana di era kenaikan nilai harga sawit, ekonomi China melonjak, nilai Dolar Amerika turun, masa itu juga kebanyakan komoditi naik dek kerana bekalan tidak mencukupi sehingga 2008
  • Ditambah dengan tindakan George W Bush yang memberikan lebih banyak subsidi untuk tanaman jagung untuk penghasilan etanol sehingga menyebabkan bekalan soya bean berkurang. Akhirnya minyak sawit terus melonjak naik.
  • Tetapi sekarang, bekalan soya bean telah mula meningkat naik sehingga menyaingi harga minyak sawit
Gambar : Sejarah Harga Sawit Satu Tan di Malaysia
 
Turun, turun, merosot. Ini bermakna pendapatan kerajaan akan turut berkurang. Berbanding sekitar kegawatan ekonomi yang teruk melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia pada 1997 yang mana pada ketika itu :
  1. pertumbuhan ekonomi negatif 7%
  2. bajet kerajaan banyak dipotong
  3. kadar pinjaman yang dikenakan sehingga 13%. Zero.
  4. selama tempoh 6 bulan berturut-turut, tiada kegiatan ekonomi berlaku
  5. ringgit Malaysia berada pada paras sekitar RM4.50 dan pernah mencecah RM5.00 untuk setiap dolar Amerika pada satu ketika
Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kejatuhan ringgit Malaysia yang berlegar RM3.58 untuk setiap Dolar Amerika pada hari ini hanyalah permulaan sahaja kerana ia akan terus jatuh lebih teruk daripada sekarang ini iaitu sekitar RM3.80 untuk setiap Dolar Amerika dan RM3 untuk setiap Dolar Singapura untuk tempoh 6 hingga 10 bulan daripada sekarang dek kerana faktor luar yang tidak terkawal sekarang ini.
  1. Dolar Amerika yang terus meningkat naik
  2. Nilai Yuan mula menurun
  3. Nilai Yen turun melemah
  4. Nilai ringgit Malaysia akan turun merosot
  5. Ditambah dengan hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 Bilion terlalu tinggi "sudah nyawa-nyawa ikan"
  6. "private investement" berdasarkan semakan Berita semasa terhadap data MIDA menunjukkan di sini, telah ada trend penurunan sejak suku 3 2014 lagi
  7. "Net exports been contracting even as RM merudum". Dengan nilai ringgit Malaysia yang terus lemah pada ketika ini, berapa banyak yang boleh diperolehi daripada pasaran eksport negara?
  8. Hutang kerajaan Malaysia terlampau banyak menyebabkan keupayaan kerajaan untuk meminjam lagi semakin kurang
  9. Nilai ringgit Malaysia turun menyebabkan kadar pinjaman bon kerajaan turut meningkat
GAMBAR : Semak Tukaran Ringgit Malaysia & Prestasi Bursa Saham :
Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?

Pesara Tentera Dan Isteri Ditemui Mati

Posted: 07 Jan 2015 11:01 PM PST

Oleh: G.C. TAN
 
 
 
 
 
BALING: Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh di rumah mereka di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, di sini.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai pesara tentera Elias Hasan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54.

Penduduk menemui dua mayat tersebut kira-kira pukul 7 pagi Selasa, dengan kesan tikaman di bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Wari Kiew mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.50 pagi

1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++

Posted: 07 Jan 2015 11:00 PM PST




1mdb



1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++ : Ketua Pegawai Eksekutif CEO 1MDB bekas ahli perbankan dari Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda Kandasamy yang telah mengantikan CEO 1MDB sebelum ini iaitu Mohd. Hazem Abdul Rahman tampil memberikan kenyataan yang mana 1MDB adalah peminjam yang bertanggungjawab dan tidak pernah gagal membuat bayaran pinjaman seperti yang dijanjikan. Malangnya…..

Malangnya, kata-katanya tidak diyakini melihatkan laporan berita portal berita perniagaan The Edge dan juga penyedia laporan berita terkemuka dunia Reuters apabila menyediakan laporan berita seperti di bawah ini :

Laporan Berita The Edge Financial Daily & Reuters : 1MDB Gagal Bayar Pinjaman

Nah…membaca laporan berita Reuters, 1MDb sekarang ini diberikan lanjutan untuk membuat bayaran dan menjelaskan pinjaman sejumlah RM2,000,000,000 (RM2 bilion) setelah 2 kali gagar membayar pinjaman tersebut. Inilah beban besar yang terpaksa ditanggung oleh bank-bank seperti Maybank dan RHB Bank. Senarai pemberi pinjaman daripada jumlah Rm2 bilion itu :
  1. Maybank 58.99% daripada RM2 billion
  2. RHB has 32.41%
  3. Alliance Investment Bank Bhd (4.06%)
  4. Malaysia Building Society Bhd (3.24%)
  5. Hwang DBS Investment Bhd (1.29%)
  6. CIMB?
Hari ini sudah 8 Januari 2015 bersamaan hari Khamis. Tinggal 23 hari sahaja lagi. Pejam celik pejam celik sudah menginjak ke 30 Januari 2015.
  • Persoalannya di mana dan bagaimana 1MDB boleh mendapatkan RM2 bilion dalam masa 23 hari daripada sekarang?
  • Apa akibat dan natijahnya jikalau pinjaman RM2 bilion masih tidak mampu dijelaskan?
Dan apa yang akan terjadi apabila 1MDB "jatuh"?
  1. Saham Maybank akan jatuh
  2. Semua stesen janakuasa yang dimiliki oleh 1MDB akan diambilalih
  3. Tarif elektrik akan naik untuk menampung beban hutang
  4. Kerajaan Malaysia terpaksa membayar balik hutang tersebut dengan mengeluarkan suarat sokongan
  5. Kerajaan Malaysia akan mengeluar bon berdaulat yang bakal menjatuhkan lagi nilai matawang ringgit Malaysia ke paras terendah
Laporan Berita The Edge Finnacial Daily yang berkongsi pandangan pakar ekonomi yang bertugas di firma penyelidikan yang disokong bank-bank tempatan mengatakan :

Kesan Pinjaman Hutang 1MDB Kepada Negara Malaysia?

BACA SINIPelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!
  • Punca kejatuhan ringgit Malaysia sehingga serendah RM3.56-Rm3.58 untuk setiap Dolar Amerika bukan sahaja disebabkan faktor terbesar iaitu kejatuhan harga minyak dunia, kebimbangan defisit berkembar yang dialami negara
    1MDB telah turut dikatakan mempengaruhi kejatuhan ringgit Malaysia ke tahap melebihi RM3.50
  • Dan selain pakar ekonomi yang tidak mahu diedahkan namanya di akhbar berita The Edge, semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita perniagaan Bloomberg seorang lagi pakar ekonomi di Barclays, Rahul Bajoria turut mengatakan masalah ekonomi negara yang berlaku sekarang ini telah diburukkan lagi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gara-gara gagal menjelaskan hutang bernilai US$500 juta pada bulan Disember 2014.
  • Manakala Jonathan Cavenagh, yang merupakan pakar strategis kanan tukaran asing di Westpac Banking Corporation, Singapore mengatakan kejatuhan harga minyak telah teruk mencederakan ekonomi Malaysia. Kegagalan pembayaran pinjman 1MDB memburukan lagi keadaan
P/S : 3 CEO dalam dua tahun? Hebat….

PP/S : Ada yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa tidak 1MDB membuat hutang dengan CIMB? Berita Semasa pasti ada yang tahu jawapannya, sebab…..

Dua Kenderaan Mangsa Banjir Dicuri Selepas Air Surut

Posted: 07 Jan 2015 10:56 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Dua kes mencuri kenderaan milik mangsa banjir dilapor di negeri ini, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Beliau berkata kes dilapor berlaku di Dungun dan Besut setelah mangsa meletak kenderaan mereka di tepi jalan bagi mengelak ditenggelami air.

Bagaimanapun tiada laporan lain sepeti kes pecah rumah mangsa banjir diterima, katanya.

Beliau berkata kes jenayah semasa musim banjir mulai pertengahan dan akhir bulan lalu didapati menurun 15 kes.

"Sebanyak 294 kes dicatat pada bulan November berbanding 279 kes pada Disember," katanya.

Tukang Kayu Disamun, Rakan Dirogol Lima Lelaki Mengaku Polis

Posted: 07 Jan 2015 10:55 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
JOHOR BAHARU: Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.

"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.

Sulaiman berkata suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Beliau berkata kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.

Katanya wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.

Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

Homestay jadi sasaran penyamun

Posted: 07 Jan 2015 10:51 PM PST


James Peter, Dennil James Peter, Dennil
BUKIT BERUANG - Berpura-pura mahu menyewa tempat penginapan sebelum bertindak menyamun. Itu modus operandi digunakan sekumpulan penjenayah untuk menyamun pemilik homestay di negeri ini.

Dalam kejadian terbaru di sini Isnin lalu, seorang pemilik homestay bukan sahaja diikat dan dikurung dalam sebuah rumah, malah wang tunai bernilai lebih RM1,500 dan tiga telefon bimbit miliknya dilarikan tiga lelaki berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketiga-tiga lelaki itu terdahalu menghubungi mangsa yang juga seorang suri rumah berusia 29 tahun kira-kira 11.30 pagi sebelum mereka bersetuju bertemu tiga jam kemudian di homestay berkenaan.

"Mangsa yang datang mahu menyerahkan kunci dan menunjukkan rumah berkenaan kemudian diikat oleh ketiga-tiga suspek lalu dikurung di dalam sebuah bilik di tingkat dua rumah penginapan itu.

"Suspek bertindak menggeledah rumah berkenaan turut merampas wang tunai RM400, selain S$800 dan tiga telefon bimbit milik mangsa selain memaksa mangsa memberitahu nombor pin dua kad bank," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun melepaskan mangsa kira-kira 4.30 petang selepas berjaya mengeluarkan wang daripada ATM dan turut mengugut akan mencederakan pengadu sekiranya melaporkan kepada polis.

"Bertindak atas maklumat orang awam, seorang lelaki berusia 19 tahun juga salah seorang suspek berjaya ditahan ketika sedang bermain futsal kira-kira 6 jam di Taman Merdeka, Batu Berendam pada hari sama.

"Soal siasat suspek mengaku dua lagi lelaki yang terlibat adalah abang kandungnya berusia 23 dan 25 tahun dipercayai kini bersembunyi dan melarikan diri selepas menyedari adik mereka ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Raja Shahrom berkata, hasil tangkapan salah seorang suspek itu, polis kemudian membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Alor Gajah dan menemui semua telefon bimbit milik mangsa dan beberapa kad pengenalan lain dipercayai kepunyaan mangsa kegiatan jenayah mereka.

"Kita merampas tujuh telefon bimbit termasuk empat milik suspek serta sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai digunakan ketika melakukan samun terhadap mangsa.

"Siasatan terhadap kad pengenalan lain yang ditemui didapati salah satunya bersangkut kes samun yang dilaporkan di Nusajaya, Johor pada Disember lalu," katanya.

Beliau berkata, polis kini melancarkan Ops Beradik bagi mengesan dua suspek yang dipercayai masih berada dalam negeri ini atau di Johor.

"Suspek pertama kini direman tujuh hari sejak semalam (kelmarin)," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mencari Dennil dan R James Peter bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenali kedua-dua lelaki itu untuk tampil ke balai berhampiran.

Najib Razak Bermain Golf, Shopping di Bangkok Thailand. Berjumpa PM Thailand Untuk Urusan Peribadi Sahaja?

Posted: 07 Jan 2015 10:50 PM PST




najib razak e coli



Najib Razak Bermain Golf, Shopping di Bangkok Thailand. Berjumpa PM Thailand Untuk Urusan Peribadi Sahaja? : Seluruh rakyat Malaysia disuapkan dengan berita dan dimaklumkan bahawa Datuk Seri Najib ke negara Gajah Putih, Thailand dan berjumpa dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Thailand Prayut Chan sebagai tanda ucapan terima kasih di atas bantuan banjir banjir yang telah diberikan negara tersebut termasuklah beras, air mineral. Tetapi….

Tetapi lain pula cerita apa yang dipaparkan pada laporan Berita Bangkok Post. Katanya, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ke sana adalah untuk tujuan peribadi semata.
Yang mana satu sebenarnya?


Laporan Berita Bangkok Post : Aktiviti Najib Razak di Bangkok Thailand

najib razak golf

 

Kronologi Lawatan Datuk Seri Najib Razak Ke Thailand 2015?

najib razak e-coli
  • 2 Januari 2015 : Datuk Seri Najib Razak telah terbang ke Bangkok Thailand dan berjumpa dengan Prayut Chan-o-cha
  • 2 januari 2015 : Pesawat jet kerajaan Malaysia 9M-NAA telah tiba di Bangkok, Thailand sekitar pukul 11.11 pagi
  • Bangkok Post melaporkan Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Rosmah Mansor telah bermalam di Hotel Shangri-La, Bangkok Thailand.
  • Di Bangkok, Najib Razak dikatakan bermain golf dan membeli belah
  • 3 Januari 2015 :Termasuklah kelibat Rosmah Mansor di pusat membeli belah Central Chidlom, Bangkok Thailand pada hari Sabtu 3 Januari 2015 sekitar pukul 8 malam
  • 4 Januari 2015 : Najib Razak, Rosmah Mansor dan keluarga telah berangkat pulang ke Kuala Lumpur yang mana tiba sekitar 11 malam.
  • Najib Razak dilaporkan terkena e-coli. Puncanya masa Najib Razak membuat lawatan ke kawasan banjir
  • 7 Januari 2015 : Datuk Seri Najib sembuh daripada jangkitan virus e coli

najib razak

Ya…benar Berita Semasa setuju walau PM manusia sekalipun, tetapi status sebagai Perdana Menteri itu tidak sama dengan rakyat marhaen.
  • PM adalah papa kepada sebuah keluarga besar yang dipanggil Malaysia.
    Jika sebuah keluarga dilanda musibah, dan papa kedapatan sedang berjoli, tidakkah tindakan papa akan dikesali oleh seluruh ahli keluarga walau apa pun alasan papa berikan?
  • Anak-anak mesti perlu papa ada di sisi untuk beri sokongan dan kekuatan di saat-saat yang sukar bukan?
  • Lagipun Perdana Menteri acapkali melaungkan slogan yang berbunyi "Sendiri buat slogan, sendiri buat janji, sendiri tidak tepati, patutkah?
P/S : Datuk Seri Najib Razak boleh luangkan masa tonton filem "The Boy Who Cry Wolf" ada pengajaran yang boleh Najib Razak kutip dalam filem tersebut. Ehemmm….

PP/S : Jikalau Najib Razak yang datang melawat sekejap itu pun sudah kena e-coli, macam-mana agaknya dengan keadaan mangsa banjir yang makan tidur baring dengan virus e coli? Semoga orang seperti gambar di bawah ini dijauhi daripada virus e coli. Insyaallah. Amin

PPP/S : Berita Semasa doakan Najib Razak dapat sembuh sepenuhnya.

PPPP/S : Cukuplah Perdana Menteri kita dijangkati e-coli, mohon dijauhkan daripada jangkitan e-joli pula. Insyaallah. Amin

'Tak sanggup bagi orang lain jaga'

Posted: 07 Jan 2015 07:49 PM PST


Kamsiah bersama tiga daripada empat cucunya yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka. Kamsiah bersama tiga daripada empat cucunya yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka.
 
 
KUANTAN - Walaupun dihimpit kesusahan namun kasih seorang nenek tidak sanggup membiarkan empat cucu yang ditinggalkan kedua-dua ibu bapanya dijaga orang lain.

Kamsiah Che Esa, 54, yang mengidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan gout menjaga keempat-empat cucunya yang berusia 8, 6, 4 dan 1 tahun 4 bulan sejak tiga bulan lalu.

Kamsiah berkata, mereka ditinggalkan kedua ibu bapa selepas mereka tidak lagi sehaluan.

"Ibu mereka iaitu anak makcik keluar dari rumah pada Oktober lalu dan tidak pulang selepas itu, begitu juga bapa mereka.

"Buat masa ini, makcik menanggung mereka dengan menjual kuih muih, namun kadang-kadang keadaan kesihatan mengganggu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, di sini.

Kamsiah berkata, ada beberapa individu yang mahu menjadikan cucunya sebagai anak angkat namun dia tidak sanggup berpisah dengan mereka.

Katanya, walaupun pendapatan hasil menjual kuih muih tidak seberapa namun rezeki mereka tetap ada hasil bantuan jiran dan individu yang dermawan.

"Saya cuba sediakan makan pakai mereka dengan kudrat yang ada, namun ada ketikanya ada keperluan yang tidak mampu diberikan.

"Ada satu hari, cucu saya meminta mahu membeli burger, tapi satu sen pun saya tak ada.

"Rumah sewa sudah empat bulan tak bayar, begitu juga dengan bekalan elektrik dan air, hanya tunggu masa untuk dipotong," katanya.

Katanya lagi, keperluan persekolahan dua cucunya, Muhammad Ashraff Aliff Aiman, 8, dan Muhammad Aliff Amirul Safizan, 6, masih belum dibeli lagi.

"Saya buntu memikirkan yuran persekolahan yang mencecah RM500 untuk mereka berdua. Minggu depan sesi persekolahan akan bermula, namun saya tak mampu beli apa-apa

"Saya sangat berharap ada pihak yang sudi membantu cucu-cucu saya," katanya.

Kamsiah berkata, dalam kejadian banjir baru-baru ini, cucunya yang bongsu, Muhammad Ashraff Aliff Aizat, 1 tahun 4 bulan, dijangkiti penyakit bawaan air.

"Saya tak mampu nak bawa dia ke klinik," katanya.

Kepada pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun BSN, Kamsiah Che Esa 06100-29-00060531-6.

Tiada ulasan: