Selasa, 6 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenapa tiba-tiba Najib bagi tahu dia dihidapi e-coli?

Posted: 06 Jan 2015 03:19 AM PST




Oleh Mohd Sayuti Omar


Jarang rahsia kesihatan orang-orang besar didedahkan kepada umum. Soal kesihatan merupakan soal peribadi dan rahsia besar kepada seseorang apa lagi orang bernama pemimpin. Lantaran itu masalah atau kesihatan seseorang pemimpin tidak mudah didedahkan kepada umum.

Kesihatan seseorang pemimpin boleh mempengaruhi pentadbirannya. Misalnya kalau orang tahu seseorang pemimpin itu sakit menyebabkan orang meragui akan kelincinan pentadbirannya atau boleh menganggui pentadbirannya.
 
Berbeza dengan apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Najib Razak yang dijangkit bakteria e-coli didedahkan kepada umum. Kenapa sangat mudah untuk Najib menghebahkan penyakit dialaminya. Katanya menurut doktor dia dihinggap bakteria e-coli dan diminta berihat.

Najib dikatakan terkena jangkitan itu ketika melawat mangsa banjir. Semasa beliau bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii, dia sihat-sihat sahaja. Mungkin kawasan padang golf itu sudah disembur dengan racun mengawal sebarang bakteria di situ.

Saya terperasan semasa melawat banjir di Kelantan dan ketika bercakap dengan wartawan hidung Najib sudah "berdohong" (tersumbat) kerana selesema. Ertinya Najib menghidap selesema semasa di luar negara bukan sewaktu melawat atau akibat melawat banjir.

Boleh jadi juga kerana dia selesema maka mudah dijangkit bakteria e-coli yang salah satunya berpunca daripada najis manusia. Apakah semasa melawat mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang Najib ada terpijak najis? Dan apakah semasa mengharung air dia tidak memakai kasut (boot)?

Mungkin juga keadaan kesihatan Najib (disebabkan terkena kuman najis itu), tidak seberapa, ia biasa-biasa sahaja. Kerana itu ia diwar-warkan kepada umum. Kerana kalau penyakit itu serius sudah tentu ia akan dirahsiakan. Saya juga selepas menjelajah ke kawasan banjir hidung jadi "berdohong" dan batuk-batuk, tidak pun menceritakan dalam facebook atau pun twiter.

Adapun kenapa Najib menghebahkan mengenai kesihatan dirinya dihidapi bakteria itu mungkin nak menunjukkan kepada umum betapa prihatinnya beliau kepada rakyat. Bahawa dia sanggup menggadaikan kesihatannya demi rakyat? Walaupun dalam suasana banjir  boleh mendatang pelbagai penyakit tetapi beliau tetap kunjungi juga. Najib tidak mempedulikan penyakit tetapi mendahului rakyat. Ewah...

Apakah apabila isterinya Siti Rosmah Mansor tidak kelihatan melawat mangsa banjir di mana-mana boleh dikatakan isteri perdana menteri itu sangat menjaga kesihatannya dan tidak sedia untuk mengharungi banjir? Begitukah?

Jadi apabila Najib menghebahkan yang dia sakit kerana menziarahi rakyat maka markah politiknya naik sedikitlah. Orang akan simpati kepada Najib dengan apa dihadapi itu. Perasaan hendak marah kepadanya kerana sewaktu banjir "berbobok" naik dalam negeri, Najib enak-enak bermain golf dengan Obama.. akan reda apabila dapat tahu Najib sakit.

Saya kata penyakit e-coli itu bukan serius sahaja. Kalau serius dan boleh membawa maut atau mengalami sindrom serius Najib tidak akan menulis dalam twiternya. Dia akan diamkan sahaja apa dialaminya seperti mana dia merahsiakan satu penyakit yang dihidapinya selama ini. Tetapi kerana apa dihidapi Najib itu hanya seperti selesema sahaja maka itulah dia sedia menghebahkannya.

Kesimpulannya hebahan Najib yang dia sakit adalah untuk memberi tahu rakyat dia berkerja untuk rakyat sehinggakan sanggup meletakkan dirinya kandati dalam keadaan bahaya demi rakyat? Begitulah orang politik.http://msomelayu.blogspot.com/

Ifa terkilan dikritik, sifatkan gimik hanya sekadar lakonan

Posted: 06 Jan 2015 03:00 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Selepas dikirtik hebat di laman sosial gara-gara gimik persembahannya yang dipeluk seorang pelakon Hisyam Hamid dalam persembahannya untuk final Gegarvaganza Ahad lalu.
 
Hari ini Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah, tampil menyuarakan rasa terkilan terhadap teguran itu kerana dirinya tiada niat untuk menggatal dengan Hisyam Hamid.
 
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, Datuk Rosyam Noor sebagai seorang pelakon berpengalaman sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama Hisyam menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata.
 
"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.
 
"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
 
"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya.
 
Persembahan Ifa turut mendapat kritikan daripada Rosyam selaku juri pertandingan yang berpendapat persembahannya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.
 
Dikhabarkan gimik tersebut mendapat keizinan daripada suaminya dan mendapat sorakan penonton. 
 
Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Adakah Zahid dapat BENDA – PERKASA

Posted: 06 Jan 2015 02:38 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Menteri Dalam Negeri melakukan pengkhianatan keselamatan serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara.

zahid perkasa2


PETALING JAYA: "Adakah Datuk Seri ( Dr Ahmad) Zahid Hamidi berbuat sedemikian kerana beliau mendapat 'BENDA'," soal Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Azrul Akmal Saharudin mengenai tindakan Menteri Dalam Negeri itu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Pertanyaan tersebut dikemukakan berikutan tindakan mengutus surat itu dilihat sebagai usaha membersihkan penjudi profesional, Paul Phua yang ditahan di Amerika Syarikat kerana terbabit dalam kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

Sehubungan itu beliau mempertikaikan integriti Ahmad Zahid yang sanggup menulis surat kepada FBI untuk membebaskan penjenayah yang didakwa di luar negara.

Katanya, "Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

"Persoalannya, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat "BENDA" sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid?" soalnya dalam kenyataan media.

Azrul Akmal mendakwa, surat yang sudah tersebar di kalangan komuniti media sosial seolah-olah surat sokongan bahawa Paul seorang yang baik dan berjasa kepada kerajaan.

Menurut beliau, perkara yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri itu merupakan suatu "pengkhianatan keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara."

"Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa," ujarnya.

Sehubungan itu Azrul Akmal mempersoalkan, apakah tindakan yang dilakukan oleh Ahmad Zahid dalam pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta mendapat nasihat Ketua Polis Negara dan Pejabat Peguam Negara.

Kenapa UMNO kelam-kabut?

Posted: 06 Jan 2015 02:31 AM PST


IMG-20150106-WA0007Adam Abu Bakar
1MDB bukan syarikat di bawah UMNO, tetapi kenapa UMNO kelam kabut sangat. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/06/kenapa-umno-kelam-kabut/#sthash.HLG8ukEP.dpuf


KUALA LUMPUR: "Kenapa UMNO kelam-kabut sangat," soal Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perbuatan UMNO yang melenting akibat tindakannya membuat laporan polis mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat mengenai 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan UMNO dan tidak ada sebab untuk parti itu melatah.

Malah ujarnya, pihak 1MDB menyatakan kesediaannya untuk disiasat " tetapi kenapa UMNO yang bising-bising."

"Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat.
Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau memberi keterangan di Bahagian Jenayah Perdagangan, Polis Diraja Malaysia berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah disebabkan kerisauan apabila melihat hutang 1MDB sejak Mac tahun lalu mencecah RM41.9 bilion ringgit.

"Ia merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya apa-apa berlaku, ia akan memberi masalah kepada rakyat dan kerajaan," tambahnya.

Beliau juga menyifatkan Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim sebagai seorang budak hingusan yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik.

Menurutnya, laporan yang dibuat oleh Hilme mengatakan bahawa laporan yang dibuatnya tempoh hari mengenai syarikat 1MDB palsu mencemarkan imejnya.

"Laporan Hilme itu mencemar kredibiliti politik saya. Saya membuat laporan polis itu hanyalah untuk menegakkan kebenaran dan oleh itu, saya memohon pihak polis siasat ketelusan dana 1MDB," katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan bagaimana Hilme boleh mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya adalah palsu.

"Kenapa Hilme melangkaui pihak berkuasa. Adakah Hilme ingat dia Ketua Polis Negara, Peguam Negara. Pihak polis kini sedang menyiasat dan dia kata laporan itu palsu. Saya amat menyanjungi polis, kerana mereka pada masa ini tidak memilih bulu.

"Bahkan, saya selama ini konsisten. Saya tidak pernah kata 1MDB mengamalkan rasuah dan sebagainya cumanya saya minta pihak polis siasat ketelusan pentadbiran dana 1MDB dan minta siasat dengan semua lembaga pengarah 1MDB," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Khairuddin turut bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Hilme yang juga merupakan Naib Pemuda UMNO Batu Kawan.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hilme, dan peguam saya sedang mengkaji kenyataannya di dalam akhbar dan sedikit masa lagi kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," ujarnya lagi.

SPR ada maklumat lengkap 11 kerusi DUN baru

Posted: 06 Jan 2015 02:22 AM PST

11 kerusi baru bertepatan dengan pindaan Perlembagaan Negeri pada 5 Disember tahun lepas.
EC

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencadangkan kerusi dewan undangan negeri yang baru antaranya Batu Kitang, Stakan, Serembu, Triboh, Gedong, Kabong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama.

Cadangan untuk meningkatkan kerusi negeri dari 71 sekarang kepada 82 bertepatan dengan pindaan Perlembagaan Negeri pada 5 Disember tahun lepas.

SPR juga mencadangkan penukaran nama Wilayah Parlimen untuk Mambong kepada Puncak Borneo. Terdapat penukaran empat kerusi negeri antaranya, Bengoh kepada Mambong, Batang Air kepada Batang Ai, Belawai kepada Kuala Rajang dan Kidurong kepada Tanjung Batu.

Setelah kemasukan Batu Kitang ke dalam kawasan Parlimen Stampin, SPR cadangkan untuk memindah Batu Lintang, sebelum ini di bawah kawasan Parlimen Stampin, untuk berada di bawah kawasan Parlimen Bandar Kuching.

Dengan perubahan ini, kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Stampin adalah Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawah, dan kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Bandar Kuching adalah Padungan, Pending dan Batu Lintang.

Batu Kitang, dengan 20,107 pengundi, akan meliputi kawasan dari Arang ke Kitang.

Stakan, dengan 12,761 pengundi, meliputi kawasan dari Merdang untuk Stakan. Kerusi itu datang di bawah Kota Samarahan kawasan Parlimen.

Serembu, di bawah Puncak Borneo, mempunyai 11,279 pengundi, dan ia meliputi kawasan dari Mambong ke Mengarat.

Triboh, di bawah kawasan Parlimen Serian, mempunyai 13,160 pengundi, dan ia meliputi kawasan dari Sedihan ke Serian Hulu.

Gedong, dengan 6,340 pengundi, bermula dari Ensengai untuk Keniong. Ia terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Sadong.

Kabong pula di bawah kawasan Parlimen Saratok, meliputi kawasan dari Nyabor untuk Selalang. Ia mempunyai 9,759 pengundi.

Tellian, yang meliputi kawasan dari Penat ke Tellian Laut, mempunyai 9,858 pengundi. Ia berada di bawah kawasan Parlimen Mukah.

Selirik, yang meliputi kawasan dari Kapit untuk Entangai, mempunyai 10,560 pengundi. Ia di bawah kawasan Parlimen Kapit.

Murum (dari Long Murum untuk Subis Satu) adalah di bawah Hulu Rajang kawasan Parlimen. Ia mempunyai 12,798 pengundi.

Samalaju (dari Sibiew Similajau untuk LKTS Suai) adalah di bawah naungan kawasan Parlimen Bintulu. Ia mempunyai 12,927 pengundi.

Long Lama (dari Tutoh ke Lellang) mempunyai 8,057 pengundi. Ia berada di bawah kawasan Parlimen Baram.

Rumah ad-dhu’afak untuk mangsa banjir

Posted: 06 Jan 2015 02:08 AM PST

MUHAMMAD YUSRI AMIN



 


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata tidak perlu menuding jari kepada sesiapa ekoran banjir besar yang melanda negeri itu, sebaliknya hendaklah menggemblengkan tenaga memulihkan semula kekuatan rakyat khususnya mangsa banjir.

"Kita terima musibah yang berlaku ini sebagai ujian dari Allah swt, dan kita bangkit semula dengan semangat baru, dengan menyemarakkan sifat tolong menolong dan bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama," ujar beliau pada sidang media selepas merasmikan Gotong Royong Perdana Pasca Banjir di sini pagi tadi.

Gotong royong dihadiri pelbagai kaum dan agama itu turut disertai ahli-ahli pertubuhan sukarela, kakitangan syarikat swasta badan NGO serta pelajar sekolah tahfiz, warga bandar Kota Bharu Bharu dan para peniaga.

Mengenai rumah dan tempat tinggal rakyat musnah akibat banjir, Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil langkah awal dengan mengenal pasti tempat, bangunan komersial atau kuaters kerajaan yang tidak digunakan, yang boleh disewakan bagi menempatkan mangsa banjir yang kediamannya musnah.

"Kita juga membuka peluang seluasnya kepada mana-mana usahawan, korporat dan jutawan yanag mahu membantu anak-anak mangsa banjir sama ada berupa pakaian, beg, kasut dan lain-lain peralatan persekolahan," ujarnya.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya  menyediakan tempat tinggal sementara kepada rakyat khususnya di Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

"Untuk jangka panjang, insya Allah, akan dibina rumah bertaraf  'rumah ad-dhu'afak' yang mempunyai tiga bilik," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Banjir: Pemuda PAS kemuka idea 'rumah budiman'

Posted: 06 Jan 2015 02:04 AM PST

HARAKAHDAILY 



 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengetengahkan idea Projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) dalam usaha melaksanakan 10 peratus daripada keseluruhan rumah yang musnah dalam banjir 2014.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, ia datang daripada usaha pelbagai pihak seperti parti politik, NGO dan individu yang berhati budiman membantu mereka yang kurang berkeupayaan di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.

Menurut beliau, dengan usaha daripada kumpulan rakyat budiman itu akan mewujudkan jaringan persaudaraan baru pasca banjir antara rakyat di Kelantan dan di luar Kelantan.

Beliau mengambil contoh sebuah keluarga besar Haji Saadon di Johor Bahru mahu mengusahakan 2 unit rumah ibu tunggal, Mak Cik Besah dan Abang Li di Manek Urai.

"Setelah projek siap ia akan mewujudkan persaudaraan baru pasca banjir. Inilah idea yang mahu diketengahkan oleh Pemuda PAS," ujarnya menerusi facebook.

Katanya lagi, inisatif rakyat budiman di bawah pengawasan Kerajaan Negeri Kelantan.

Baginya, cabaran pemulihan pasca banjir bukanlah terletak di bahu kerajaan negeri sahaja tetapi juga kepada jentera PAS seluruh negara.

Ini, katanya kerana negeri itu telah diberi mandat oleh rakyat untuk ditadbir oleh PAS.

"Pemuda PAS perlu merasakan ia sebuah tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah kepada kita semua untuk menggalasnya," ujar Suhaizan.

Beliau berkata, sebagai parti Islam yang mendukung konsep kebajikan rakyat selaras tuntutan Islam, marilah sama-sama kita tanamkan azam agar segala kesusahan yang menimpa ini akan berkurang dalam tempoh sesegera mungkin.

Teruskan khidmat bakti untuk mangsa-mangsa banjir kerana Allah, katanya.

Untuk sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Pemuda boleh disalurkan melalui Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY

Musibah: Allah bezakan orang beriman dengan munafik

Posted: 06 Jan 2015 02:00 AM PST

TUAN IBRAHIM TUAN MAN






DENGAN dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.

Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan meyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hamba-Nya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hamba-Nya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.

Firman Allah Taala bermaksud: Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji. (Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).

Musibah dan dugaan ini pasti akan datang sama ada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu. (Surah ali-Imran: Ayat 186).

Firman Allah Taala lagi bermaksud: Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. (Surah al-Baqarah: Ayat 155-157)

Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala. (Riwayat Abu Daud). - HARAKAHDAILY

Kelantan nafi minta sukarelawan luar keluar

Posted: 06 Jan 2015 01:54 AM PST

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya tidak memerlukan sukarelawan dari luar, apa lagi meminta mereka segera keluar dari negeri ini dengan alasan menyusahkan penghantaran bekalan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, apa sebenarnya berlaku kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa banjir.

"Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan.

"Apa lagi  meminta mereka keluar dari negeri ini kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan," ujarnya.

Justeru, ujarya, jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan dosa, sebaliknya memberi tumpuan kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan mengucapkan penghargaan pada semua pihak yang bekerja keras untuk membantu mangsa banjir di negeri itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

Katanya, khidmat itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

"Semoga petugas yang terkorban sewaktu membantu meringankan bebanan mangsa banjir mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah," ujarnya.

Teks ucapannya dibacakan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Tasforce Pasca Banjir kali kedua hari ini di Kota Darulnaim.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan negeri mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu.

"Terima kasih pada kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Thailand, penghargaan khas buat mereka.

"Pada masa yang sama juga terima kasih kepada agensi kerajaan negeri, Persekutuan, pasukan keselamatan, sukarelawan, NGO-NGO, orang perseorangan termasuk para dermawan dikalangan koprat dan sebagainya," ujarnya lagi.

Tambahnya, selain sukarelawan tempatan, sukarelawan dari Palestin, Singapura, Bangladesh dan Thailand juga turut membantu.

Sementara itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbangkan derma dengan menyalurkannya melalui akaun kerajaan negeri.

Bagi pembangunan semula pasca banjir boleh disalurkan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 03018010080024 atas nama Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY

Hanis Zalikha: 'Terpulang apa orang nak kata'

Posted: 05 Jan 2015 11:17 PM PST


Kejutan lamaran secara langsung oleh pelakon Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di pentas Gegar Vaganza. Kejutan lamaran secara langsung oleh pelakon Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di pentas Gegar Vaganza.
 
 
KEMERIAHAN Konsert Akhir Gegar Vaganza yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam Ahad lalu turut dikejutkan dengan lamaran secara langsung oleh pelakon Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha.

Menerusi program yang turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria itu, Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Kemudian pengacara program tersebut, Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas dan Hairul menyampaikan hasrat yang juga telah direstui oleh kedua ibu bapa Hanis sendiri.

Namun di sebalik lamaran yang disifatkan romantis dan berani itu, pasangan muda ini turut menerima kritikan pedas daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan idea Hairul untuk melamar Hanis di pentas yang mengimbau dan mengangkat kembali penyanyi-penyanyi lama.

Bagaimanapun bagi tuan empunya badan sendiri, Hanis, 24, merasakan mereka tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.

"Apa yang saya tahu, Hairul sudah lama merancang untuk melamar saya, tapi bukanlah dilakukan di atas pentas apatah lagi secara langsung. Cuma ia dilakukan atas permintaan Astro.

"Bagi saya keberanian Hairul melamar saya di depan orang ramai dan niat yang cuba disampaikan kepada saya, saya rasai dan ia sampai kepada saya. Ia adalah salah satu bukti Hairul serius dengan saya dan saya rasa tak ramai lelaki yang boleh buat apa yang Hairul buat.
"Tapi kalau ada yang tidak suka atau kritik, saya tak boleh nak buat apa-apa. Mereka juga apa pendapat mereka yang tersendiri," ujarnya.

Rasa bertuah

Dalam masa sama, Hanis turut menjelaskan dia bukan terpaksa menerima Hairul demi menjaga maruah lelaki itu, sebaliknya dia terlalu gugup untuk memberi jawapan pada malam tersebut.

"Sebelum ini kami memang berkawan baik, namun hubungan itu mula rapat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Namun kami tidak pernah berbincang mengenai perihal perkahwinan secara rasmi.

"Jadi bila Hairul lamar saya malam itu, tentulah saya tergamam, terkejut. Namun sebenarnya saya sangat gembira, rasa beruntung dan bersyukur. Sebenarnya kalau ada yang perasan, ketika menjawab kali pertama, saya dah hulurkan tangan saya.

"Apa pun saya turut bersyukur kerana ia mendapat restu keluarga, malah ramai yang tumpang gembira dengan khabar baru ini," katanya.

Tidak kisah untuk mendirikan pada usia yang muda, Hanis berkata, dia menyerahkan segala urusan rancangan perkahwinan kepada Hairul.

Dalam perkembangan lain, Hanis berkata, dia kini dalam proses menghabiskan penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, yang bakal ditayangkan di Mustika HD.

Selain itu, turut sibuk dengan rancangan Raikan Cinta.

Rel putus, KTMB rugi RM250 juta

Posted: 05 Jan 2015 11:11 PM PST


Nawawi membersihkan rumah seorang kakitangan di kuarters KTMB Kuala Krai, semalam. Nawawi membersihkan rumah seorang kakitangan di kuarters KTMB Kuala Krai, semalam.
 
 
KUALA KRAI - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian dianggarkan RM250 juta akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur termasuk Kelantan, minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, anggaran itu berdasarkan kerosakan pelbagai infrastruktur milik KTMB termasuk landasan, stesen, terowong, lokomotif dan koc penumpang.

Paling mengejutkan, katanya, jambatan kereta api di Kemubu, dekat Dabong, sepanjang hampir 50 meter turut dihanyutkan banjir dalam bencana yang disifatkan paling teruk dalam sejarah 128 tahun perkhidmatan kereta api di negara ini.

"Landasan rosak apabila tebing tanah runtuh dan menutupi landasan serta terowong, jambatan dihanyutkan air, lokomotif dan koc tenggelam manakala beberapa stesen tenggelam dan ada yang roboh.

"Kunjungan saya hari ini (semalam) adalah untuk melihat bagaimana kita dapat bantu supaya rakyat dapat menggunakan perkhidmatan kereta api secepat mungkin," katanya.

Beliau yang diiringi Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir sebelum itu melawat kuarters kakitangan KTMB daerah ini dan menyampaikan bantuan makanan kepada kakitangan syarikat itu yang menjadi mangsa banjir.

Menurut Nawawi, kerosakan jambatan kereta api di Kemubu yang menyebabkan laluan antara Gua Musang dan Tumpat terputus akan mengambil masa lama untuk dibaiki.

"Kita tidak pasti 'time frame' bila kereta api dapat beroperasi semula cuma untuk baiki jambatan, kita jangka masa paling minimum ialah 12 bulan.

"Buat masa ini, kita akan segerakan dahulu perkhidmatan di bahagian yang boleh dilalui iaitu dari Gemas ke Gua Musang dan dari Dabong ke Tumpat," katanya.
Tambahnya, untuk perkhidmatan dari Gua Musang ke Dabong yang terputus di Kemubu, pihaknya mungkin akan menggunakan perkhidmatan bas bagi menghubungkan penumpang dengan dua stesen berkenaan.

Mengenai kebajikan 256 kakitangan KTMB yang terjejas akibat banjir, Nawawi berkata, setiap kakitangan berkenaan akan menerima RM2,000 termasuk pembayaran ex-gratia sebanyak RM500 atau setengah bulan gaji.

Kassim gagal isytihar penahan tak sah

Posted: 05 Jan 2015 11:05 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sarjana Kassim Ahmad gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan pendakwaan dan penahannya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di rumahnya di Kulim, Kedah sebagai tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamad memberitahu Kassim bahawa terdapat kaedah lain boleh boleh didapatkannya di Mahkamah Rayuan Syariah.

Hakim menyebut berhubung Seksyen 233 dan 234.

"Mahkamah ini keberatan untuk memberikan pengisytiharan terhadap permohonan Kassim," kata hakim Asmabi yang menolak permohonan Kassim, 82.

Zaid: Perundangan negara kucar-kacir

Posted: 05 Jan 2015 11:00 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpandangan seorang hakim mahkamah sivil tidak sepatutnya memutuskan bahawa mahkamah Mahkamah Tinggi tiada kaedah untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Zaid yang hadir pada perbicaraan sarjana Kassim Ahmad berkata beliau membesar dengan mengetahui bahawa Malaysia hanya mempunyai satu sistem mahkamah - mahkamah sivil.

Menyifatkan keadaan perundangan negara sebagai berada dalam keadaan kucar-kacir, Zaid tidak terkejut dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mahkamah Syariah dianggap mahkamah yang lebih rendah. Seorang hakim mahkamah tinggi sepatutnya tidak berkata yang penyelesaiannya tiada di mahkamah ini.

"Jika anda mahu tolak sesuatu permohonan berdasarkan fakta, tiada masalah. Namun dalam negara ini, tiada mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah sivil.

"Tiada kaedah lain selain daripada mahkamah sivil," tegasnya.

Kassim pagi ini gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mengisytiharkan pendakwaan dan penahannya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di rumahnya di Kulim, Kedah sebagai tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamad memberitahu Kassim bahawa terdapat kaedah lain boleh didapatkannya di Mahkamah Rayuan Syariah.

Jet PM pulang selepas perjalanan keliling dunia

Posted: 05 Jan 2015 10:58 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas perjalanan mengelilingi dunia, jet VIP kerajaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, akhirnya telah pulang ke Malaysia.

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.

Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan.

Menurut Bernama, Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjir di seluruh Malaysia.

PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf dengan Obama.

Percutian itu telah dipendekkan apabila Najib pulang pada 27 Disember ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di negara ini, dan tiba di Kota Bharu dengan jet lain.

Sejak 26 Disember bagaimanapun, pesawat Airbus itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok.

Kebanyakan perhentian ini mengambil masa tidak lebih daripada beberapa jam, kecuali di Indianapolis - selama enam hari - dari 26 Disember sehingga 31 Disember.

Ia tidak jelas siapakah yang telah menggunakan jet itu sehingga tiba di Bangkok atau untuk tujuan apa. Bagaimanapun, Indianapolis juga merupakan tempat syarikat Comlux Aviation berpangkalan.

Syarikat itu telah mengubahsuai pesawat itu sebelum ini dan dilaporkan mempunyai kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama enam tahun untuk pesawat itu sejak 2013.

Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini pada 2 Januari yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Subra buka mulut, 'terkejut' dengan Palanivel

Posted: 05 Jan 2015 10:50 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam "terkejut" dengan keputusan presidennya Datuk Seri G Palanivel yang bertindak sendirian bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula parti.

"Saya rasa terkejut dengan pendedahan bahawa presiden telah bertemu dengan ketua pengarah ROS bersama-sama dengan Senator V Subramaniam (lebih dikenali Barat Maniam) dan memajukan sepucuk surat mewakili MIC pada 24 Disember," katanya.

Subaramaniam sebelum ini banyak berdiam dan dilihat menyimpan kritikan terhadap bosnya – yang kini berdepan asakan dalaman parti.

Dalam mesyuarat tergempar MIC pada 18 Disember lalu, parti itu bersetuju bahawa Subramaniam mesti menemani Palanivel untuk bertemu ROS.

Bagaimanapun, Palanivel bertindak sendirian apabila menghubungi ROS, termasuk menulis surat kepada badan itu pada 2 Januari lalu untuk membuat rayuan memanjangkan tempoh pengendalian pemilihan semula.

Subramaniam juga berkata Palanivel tidak menjawab permintaannya untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa minggu ini.

K'jaan digesa jadi 'jantan', tubuh RCI balak

Posted: 05 Jan 2015 10:45 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah NGO hari ini mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan skandal balak di Kelantan yang dikatakan menjadi punca kepada bencana banjir di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat pihak bertanggungjawab dalam isu itu.

"Saya mohon kerajaan pusat menunjukkan kejantanan dengan menubuhkan RCI untuk siasat skandal balak," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya mengapa suruhanjaya itu perlu ditubuhkan hanya untuk menyiasat bencana banjir di Kelantan, Ramesh - yang melihat keadaan banjir di negeri itu - berkata ia berikutan banjir yang luar biasa melanda negeri itu.

Katanya lagi, bencana tersebut dan dakwaan skandal pembalakan di Kelantan perlu disiasat kerana mendakwa terdapat kawasan yang dilawati mempunyai kayu balak yang tersadai.

"Kalau nak kata, punca banjir kerana hujan memang tak masuk akal. Kerana aliran tanah (lumpur) yang datang daripada bukit cukup dahsyat.

'Hanyutkan rumah'

"Kalau di Terengganu, (banjir di sana) senario biasa. Tak sampai hanyutkan rumah. Tak nampak balak tersadai tengah jalan.

"Tapi di Kelantan, kita nampak balak atas rumah, di tengah jalan. Banjir di kemaman banjir biasa yang berlaku setiap tahun," kata Ramesh lagi.

Justeru, Ramesh juga meminta supaya panel yang akan dilantik sekiranya RCI itu ditubuhkan terdiri daripada panel bebas dan bukan ahli politik.

"Kalau boleh jangan lantik orang politik tetapi lantik panel bebas yang ada kepakaran alam sekitar bagi tujuan ketelusan siasatan. Ini untuk masa depan rakyat," katanya lagi.

Hujan lebat berterusan selama 48 jam di Kelantan terutamanya di kawasan Ulu Kelantan - Gua Musang dan Kuala Krai - bermula pada  22 Disember 2014 mengakibatkan bencana banjir di negeri itu dianggap terburuk selepas 1969.

Berikutan banjir itu, terdapat juga mangsa banjir yang cemas apabila rumah yang didiami mereka dirempuh sebatang kayu balak semasa banjir di pekan Rantau Panjang.

Harakah kini minta pengarangnya berhenti

Posted: 05 Jan 2015 10:44 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan "permintaan" yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu.

"Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

"Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.

Ditanya siapa bakal mengetuai lidah rasmi PAS itu tanpa Lutfi, sumber itu memaklumkan kemungkinan ia diisi oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Taufek Yahya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad Lutfi berhubung perkara itu.

Babi hutan terperangkap dalam perpustakaan MMU

Posted: 05 Jan 2015 04:45 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
Seekor babi hutan jantan tersesat dan terperangkap kira-kira dua jam di perpustakaan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya semalam. 
 
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari, babi hutan tersebut dipercayai merempuh panel dinding kaca pada pintu belakang perpustakaan MMU lalu terperangkap.
 
Pasukan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mengosongkan perpustakaan untuk menangkap haiwan itu.
 
Babi hutan itu berjaya ditangkap pasukan bomba dan dibawa keluar dari bangunan tersebut kira-kira dua jam kemudian. 
 
Dalam satu kenyataan, Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak berkata kejadian itu amat mengejutkan, namun dengan kerjasama semua pihak termasuk pasukan bomba, Perhilitan dan Jabatan Keselamatan MMU, keadaan berjaya dikawal.
 
"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.
 
Kamal berkata bahagian perpustakaan utama terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu namun ruang bacaan utama 24 jam tetap dibuka seperti biasa.
 
Beliau menegaskan bahawa keadaan adalah selamat dan pembersihan dijalankan.
 
"Kami akan memaklumkan kepada pelajar bila bahagian utama akan dibuka semula dalam masa terdekat," katanya.
 
Sehubungan itu, Kamal berkata MMU mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
 
Sebelum ini, gambar haiwan yang kelihatan tersesat di dalam perpustakaan ini menjadi viral di laman sosial.- Bernama

Pemilihan semula MIC Merlimau Utara tak diadakan

Posted: 05 Jan 2015 04:44 PM PST

MALAYSIAKINI




 
 
 
Pemilihan semula bagi cawangan Merlimau Utara (dalam MIC bahagian Jasin) tidak diadakan seperti sepatutnya dalam tempoh 30 hari yang berakhir semalam, berikutan MIC pusat memperoleh tempoh lanjutan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
 
Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan, bagaimanapun berkata beliau tidak pasti berapa lama tempoh lanjutan yang diperoleh MIC pusat daripada ROS itu.
 
"MIC peroleh tempoh lanjutan itu melalui perbincangan antara Presiden MIC (Datuk Seri G. Palanivel) dan pihak berkaitan dengan ROS," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
 
Pada 5 Disember lepas, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perlakuan
yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
    
ROS juga mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi lapan bahagian dalam tempoh 60 hari iaitu Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.
 
ROS juga mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula untuk jawatan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan, Ketua Bahagian MIC Bahagian Kota Raja, Ketua Bahagian Tanjung Malim dan ketua cawangan bagi Cawangan Taman Koperasi Polis dalam tempoh 30 hari.
    
Dua cawangan, Merlimau Utara dan Rumah Pangsa Pekeliling Selatan juga diarah mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 30 hari.
    
ROS menasihatkan MIC supaya menangguhkan perhimpunan agung tahunan sehingga masalah itu diselesaikan.
   
"Pemilihan (di Jasin dan Merlimau Utara) tempoh hari mengikut semua peraturan tetapi saya akan rujuk kembali kepada ibu pejabat MIC sekiranya perlu kita buat pemilihan semula," kata Mahadevan.
 
Semalam, Palanivel menerusi kenyataan berkata MIC telah menghantar surat kepada ROS pada Jumaat lepas memohon untuk diberikan tempoh lanjutan mengadakan pemilihan semula.
 
Mahadevan berkata kemelut yang melanda MIC sekarang disebabkan sikap sesetengah pihak dalam MIC yang sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota parti itu untuk kepentingan diri mereka sendiri.
 
"Saya percaya kita dapat selesaikan dengan baik bersama ROS, saya ingin menegaskan Presiden MIC (Palanivel), saya dan juga rakan pimpinan lain tidak akan sama sekali membenarkan MIC dibatalkan pendaftarannya," kata Mahadevan.
 
Di GEORGE TOWN, Pengerusi MIC Pulau Pinang M. Karuppanan memberitahu Bernama pihaknya sedang menunggu maklumat berhubung lanjutan masa bagi pemilihan semula membabitkan negeri itu daripada Palanivel.
 
Beliau berkata pihaknya tidak jelas sama ada rayuan kepada ROS untuk lanjutan masa diluluskan atau sebaliknya.
 
Karuppanan juga mendakwa ROS membuat kesilapan dalam maklumat berhubung kawasan Batu Kawan kerana ia sepatutnya pemilihan semula Naib Pengerusi cawangan Simpang Ampat, bahagian Batu Kawan dan bukannya untuk jawatan timbalan pengerusi bahagian Batu Kawan.
 
Mengenai kenyataan Ketua MIC Bahagian Bayan Baru Datuk M. Nyanasegaran yang mempersoal ketelusan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC yang baru, Karuppanan berkata pelantikan itu adalah sah.
 
"Pelantikan itu tidak melanggar perlembagaan parti kerana penubuhan Jawatankuasa Disiplin itu disokong CWC sejak dulu lagi dan sebarang penukaran anggota baharu boleh ditentukan presiden," katanya.
 
Semalam, Nyanasegaran mempersoal ketelusan pelantikan itu kerana ia perlu disokong CWC mengikut Artikel 55 Perlembagaan parti, oleh itu dakwanya ia tidak sah kerana ROS mengarahkan MIC untuk melakukan pemilihan semula.
 
Sementara itu, MIC Perak tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai pemilihan semula membabitkan negeri berkenaan.- Bernama

Banjir: Kelantan anggar RM52.5 juta penuhi rumah rakyat

Posted: 05 Jan 2015 04:41 PM PST

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB 






BANJIR besar yang terjadi di Kelantan dan beberapa Negeri yang lain mengingatkan kita kepada sejarah banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh yang telah menenggelamkan seluruh bandar.

Semasa zaman Nabi Muhammad SAW, banjir besar telah memusnahkan dinding-dinding Kaabah dan begitu juga di zaman Saidina Umar Al-Khattab, banjir turut memusnahkan bahagian dinding kaabah.

Sudah tentulah bencana ini meninggalkan kesan serta hikmahnya yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.

Kerajaan Negeri Kelantan sangat bersimpati dengan situasi mangsa banjir khasnya di sebelah selatan Kelantan, oleh itu kerajaan negeri telah mengambil beberapa inisiatif dan mengambil langkah segera dalam melaksanakan perkara berikut:

1. Menggesa PBT agar segera melaksanakan gerak kerja pembersihan dan memungut sampah sarap yang ada. Kerajaan negeri telah meluluskan RM50,000 kepada setiap PBT untuk tujuan tersebut.

2. Kerajaan berusaha mencari penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir yang musnah keseluruhan rumah mereka yang mana setakat ini jumlahnya kira-kira 1,500 buah rumah. Setakat ini sejumlah 224 khemah penempatan sementara telah disediakan melalui MKN dan Ketua Jajahan di bandar utama Gua Musang.

3. Kerajaan turut memastikan mana-mana bangunan komersial yang belum diguna atau kuarters kerajaan atau perumahan untuk di kemukakan kepada Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Negeri dan diselaraskan dengan Jawatankuasa Khas Banjir melalui Timbalan Pengerusinya iaitu YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

4. Setakat ini kerajaan menganggarkan sejumlah RM52.5 juta yang diperlukan bagi memenuhi keperluan rumah kepada rakyat yang ditimpa musibah kemusnahan keseluruhan rumah akibat banjir. Untuk itu, kerajaan berusaha mendapatkan dana dalam jumlah tersebut bagi projek jangka panjang untuk memenuhi keperluan 1,500 mangsa yang telah dikenal pasti setakat ini.

5. Kerajaan amat prihatin terhadap persekolahan anak-anak bagi sesi 2015, dengan itu kerajaan meluluskan melalui Yakin di bawah bantuan kemiskinan dan persekolahan sejumlah RM50,000 kepada setiap Adun dan Penyelia Dun bagi tujuan meringankan beban anak-anak ke sekolah.

Di sini, saya turut menyeru kepada semua dermawan serta mana-mana pihak yang berhasrat membantu mangsa-mangsa banjir bolehlah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina penginapan sementara sama ada dalam bentuk rumah transit dan juga membekalkan kanvas serta khemah melalui ketua-ketua jajahan. - HARAKAHDAILY

 

"Najib Diserang Kuman E-Coli" - Tweet Dari Pejabat Perdana Menteri

Posted: 05 Jan 2015 04:30 PM PST

KELAB GREENBOC



 

PM diserang kuman e coli

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Twitter rasmi sebentar tadi.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut tweet itu.


LIHAT VIDEO DI SINI

Apakah Maksud E.coli?


E COLI yang berlaku di Eropah, baru-baru ini benar-benar mengejutkan kerana tidak kurang 16 negara dilanda wabak berkenaan. Bahkan, ia juga menular ke negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Sejumlah 4,137 kes cirit-birit berdarah direkodkan dan 50 daripada penghidapnya meninggal dunia.

Wabak seperti itu biasanya berlaku di negara mundur dan sedang membangun, tetapi yang menghairankan ia terjadi di negara maju yang lengkap dengan sistem pengawasan wabak serba canggih, seolah-olah masyarakatnya mula mengamalkan kehidupan kuno membuang najis merata-rata.

Persoalannya, bagaimana E Coli begitu berbisa dan mampu mencetuskan kemelut agresif? Ia dikatakan dicetus oleh sejenis bakteria spesies E Coli paling degil dan ganas iaitu daripada sub-spesies 0104:H4.

Risiko buruknya dikatakan hampir 10 kali ganda berbanding E Coli biasa. Ini kerana toksin E Coli daripada jenis ini sangat toksik.

Dikatakan apabila saja E Coli memasuki tubuh, mangsa segera mengalami gejala keracunan makanan. Antaranya cirit-birit bercampur darah, sakit perut memulas keterlaluan, disertai muntah-muntah dan letih lesu.

Dalam masa singkat, seluruh sistem tubuh mengalami kacau ganggu yang hebat dan dalam beberapa hari saja mangsa mungkin maut akibat kegagalan beberapa sistem tubuh yang penting. Semua ini disebabkan dehidrasi melampau, termasuk perdarahan dalaman dan kegagalan ginjal akut.

Profesor Promosi Kesihatan dan Pakar Perubatan Tingkahlaku, Dr Khalib Abdul Latiff berkata, wabak E Coli bukan semata-mata terletak kepada manifestasi klinikal, tetapi lebih kepada fenomena sampingan yang turut tercetus.

Apabila panik, pelbagai perkara turut berlaku. Lebih banyak pertelagahan berbanding penyiasatan dan kawalan. Justeru, tuding menuding berlaku kerana tidak mempercayai wabak sebegini masih berlaku di negara maju seperti Eropah.

Ini ketara pada permulaan wabak apabila beberapa negara dituduh sebagai punca wabak, manakala bahan makanan tertentu dikatakan membawa kuman E Coli yang menyebabkan malapetaka ini.

Akibatnya beberapa industri teruk terjejas. Import eksport barangan makanan dan sayur-sayuran yang dikatakan tercemar terhenti dan industri pertanian terjejas.

Menurutnya, meskipun wabak berpunca daripada najis manusia dialami berkali-kali, ternyata ia tidak dapat menafikan kelemahan akal manusia.

Jika tidak, masakan kejadian wabak penyakit seperti kolera (taun), amebiasis atau disentri (jangkitan trek usus menyebabkan cirit-birit), keracunan makanan dan E Coli masih terus dibincangkan di seluruh dunia.

"Menangani wabak bukan semata-mata terletak kepada peningkatan ilmu serta teknologi pencegahan dan pengawalan. Tidak juga dalam penyediaan sistem pengawasan serba canggih atau menambah bilangan pakar yang berpengalaman dalam hal ehwal penyakit.

"Sebaliknya, ia hendaklah diasaskan oleh rasa tanggungjawab dan tugasan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap rantaian makanan antara najis dan mulut tidak mengalami pencemaran. Semua sumber yang ada digerakkan seoptimum mungkin untuk memerhati dan menjaga kualiti bahan makanan yang akan dimakan," katanya.

Beliau berkata, apabila tanda ancaman wabak dianggap hal kecil dan data pelik daripada aktiviti pengawasan tidak dipandang serius kerana kepentingan industri, ia menunjukkan kepincangan ketara dengan tugasan diamanahkan.

Wabak kolera yang membunuh lebih 5,500 nyawa di Tahiti susulan gempa bumi (yang juga meragut puluhan ribu nyawa) tahun lalu ialah satu contoh jelek yang mendukacitakan.

Akibat kecuaian melakukan saringan kesihatan dan profilaksis (tindakan diambil bagi mencegah penyakit) terhadap kolera ke atas petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Nepal, seluruh Tahiti hancur akibat malapetaka berganda kerana kerja 'cincai' pertubuhan yang dianggap pakar.

Sama juga dengan isu E Coli di Eropah. Meskipun ia dibuktikan kerana sayur tauge, mesti ada sesuatu yang menjadikan E Coli meledak dan mengganas.

Adakah kerana keghairahan mencari keuntungan dan kesibukan menyediakan bekalan bagi memenuhi permintaan yang tidak henti-henti, komitmen terhadap biokualiti dan bebas pencemaran najis di sepanjang rantaian pengeluarannya tidak diutamakan.

Adakah kerana kegagalan mengenalinya dari awal dan kegagalan memutuskan rantaian kehidupannya, komitmen terhadap pengawasan berterusan tidak diendahkan? Yang membingungkan ialah bagaimana tauge boleh tercemar najis? "Wabak hendaklah dirasakan besar sebelum ia terjadi. Justeru, jentera pengawasannya perlu efisien dan ketat. Sentiasa turun ke padang memantau menggunakan kecekapan akal dan pengalaman yang ada. Bukan bersembang kosong.

"Isu kualiti, terutama membabitkan nyawa manusia, tidak seharusnya 'cair' akibat tekanan dan kepentingan tertentu. Ia adalah komitmen dalam urusan kerja, memastikan risikonya sifar dan kecuaiannya juga sifar," katanya.

Meskipun wabak yang menyerang Eropah ini tidak menular ke Malaysia, pengajaran paling berharga daripada peristiwa itu ialah bagi penggemar hidangan mentah atau kurang masak seperti urap dan char kuetiau.

Harus diingat, cara tauge diproses mungkin tidak jauh beza antara negara ini dengan Eropah, tetapi melihat dengan mata kepala sendiri caranya dikendali dan dipasarkan, risiko untuknya berlaku di negara ini tidak mustahil. Justeru, sesuatu perlu dilakukan.
-HM

Kota Bharu berdebu

Posted: 05 Jan 2015 04:14 PM PST


Orang ramai terpaksa menutup hidung ketika berjalan di sekitar bandar Kota Bharu yang kini berdepan pula masalah persekitaran berdebu selepas banjir surut. Orang ramai terpaksa menutup hidung ketika berjalan di sekitar bandar Kota Bharu yang kini berdepan pula masalah persekitaran berdebu selepas banjir surut.
 
 
KOTA BHARU - Rakyat Kelantan kini berdepan dengan situasi membimbangkan apabila menghadapi persekitaran berdebu kesan banjir yang melanda baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi mendapati, orang ramai termasuk pembantu jurupam di stesen minyak dan penjual di tepi jalan terpaksa menggunakan topeng muka ketika aktiviti harian kerana cuaca berdebu teruk.

Laluan utama Bandar Kota Bharu yang ditenggelami air sebelum ini, meninggalkan kesan lumpur seolah-olah 'menghilangkan seri' bandar tersebut.

Selain itu, masih banyak premis perniagaan termasuk kedai-kedai makan masih belum beroperasi.

Bahkan ada juga peniaga yang nekad membuka kedai makan mereka selain segelintir peniaga jalanan mengambil kesempatan berniaga walaupun laluan berdebu.

Sekiranya keadaan itu berterusan, ia bukan sahaja berisiko terhadap kesihatan terutama sekali gangguan pada pernafasan, batuk dan sakit mata tetapi keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di bandar ini khasnya mereka yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan, dinasihatkan supaya mengelak kawasan berdebu atau menggunakan topeng muka ketika berada di luar bangunan.

Seorang penuntut IPT, Rohaizan Rajenun, 19, memberitahu, tumpuannya mengulang kaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan akhir semester terganggu apabila berasa tidak berapa sihat disebabkan persekitaran berdebu.

"Saya menghidap asma, sekarang sudah mula-mula batuk dan sukar bernafas.

"Jadi saya meminta supaya langkah drastik diambil segera untuk membersihkan kawasan berlumpur," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, peniaga, Ling Kok Chong, 50, berkata, dia terpaksa memakai topeng muka ketika menjalankan aktiviti harian kerana debu yang tebal.

"Tidak kira kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, mereka perlu berganding bahu selesaikan masalah rakyat ini selain menumpu kerja-kerja membantu mangsa banjir," katanya.

Berikutan senario itu, farmasi mahu pun kedai yang menyediakan topeng muka mula menjadi tumpuan orang ramai yang ingin membelinya.

Cuaca buruk, ombak tinggi cabaran SAR QZ8501

Posted: 05 Jan 2015 04:12 PM PST

SINAR HARIAN


Gambar ini diambil di laut di Selat Karimata  menunjukkan seorang anggota Tentera Laut Indonesia melihat ke arah tiub dipercayai sebahagian daripada QZ8501. - Foto AFP Gambar ini diambil di laut di Selat Karimata menunjukkan seorang anggota Tentera Laut Indonesia melihat ke arah tiub dipercayai sebahagian daripada QZ8501. - Foto AFP
 
 
JAKARTA - INDONESIA. Cuaca buruk dan ombak yang tinggi masih menjadi cabaran operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) untuk mencari mangsa nahas dan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki minggu kedua ini. 
    
Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dalam laman webnya menjelaskan pasukan penyelam tidak dapat mendekati bangkai pesawat yang telah dikesan di dasar laut perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah itu ekoran arus dalam laut yang deras dan diselaputi selut tebal.
 
"Beberapa penyelam mencuba melakukan penyelaman namun kembali lagi kerana kondisi perairan yang tidak memungkinkan keselamatan para rescuer (penyelamat)," kata kenyataan dalam laman web itu.
    
Operasi menyelam itu tetap akan diteruskan bagi mengesan kotak hitam dan membawa naik beberapa mangsa nahas yang dipercayai masih berada di dalam bangkai pesawat terbabit.
    
Setakat ini Basarnas mengesahkan sebanyak 37 mayat telah ditemui dan daripada itu sembilan mayat telahpun diserahkan kepada waris masing-masing.    
    
Operasi SAR yang dikendalikan Basarnas dengan bantuan beberapa buah negara termasuk Malaysia, hari ini juga menemui tiga lagi serpihan bangkai pesawat AirAsia terbabit.
    
Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).
   
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (tiga) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.
    
Kru terdiri daripada enam Indonesia dan seorang Perancis. - Bernama

Tinggal 34,260 mangsa banjir di empat negeri

Posted: 05 Jan 2015 04:10 PM PST

SINAR HARIAN

Foto Bernama Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di empat negeri yang masih terjejas banjir sehingga malam ini, menurun kepada 34,260 orang berbanding 38,332 petang tadi.
 
Setakat 9.30 malam ini, sebanyak 4,072 mangsa dari Pahang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat sejak petang tadi.
 
Di PAHANG, keadaan banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 22,896 orang berbanding 27,073 petang tadi.
 
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Pekan menempatkan mangsa paling ramai 11,154 orang diikuti Temerloh (4,662), Maran (2,771), Bera (2,191), Kuantan (1,130) dan Jerantut (988).
 
Di PERAK, mangsa banjir meningkat seramai 105 orang daripada 5,637 mangsa  petang tadi kepada 5,742 orang malam ini, berikutan hujan sekejap-sekejap di Perak Tengah.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata kesemua mangsa masih berada di 36 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.
 
Jumlah mangsa banjir di Manjung, Hilir Perak, Kuala Kangsar masing-masing kekal 150, 304 dan 84 orang manakala Perak Tengah meningkat kepada 4,598 orang dan Hulu Perak (606 orang).
 
Di Kelantan dan Johor, jumlah mangsa masih kekal, masing-masing 5,602 dan 20 orang.
 
Di KELANTAN, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri berkata jumlah mangsa yang direkodkan ialah Kuala Krai sebanyak 2,522 orang, Gua Musang (2,076), Tanah Merah (810) dan Machang (204).
 
Sementara di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata masih ada satu pusat pemindahan yang aktif di daerah Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.  - Bernama

Tiada ulasan: