Selasa, 6 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Selamatkan Harakah - Denyut Nadi PAS

Posted: 06 Jan 2015 10:53 AM PST

Apakah memecat pekerja tanpa sebab yang syar'ie itu dibolehkan syara'? MSU tolong jawapkan, boleh?

Sewaktu Anwar nak tukar MB Selangor bukan main MSU sokong saranan Presiden PAS yang bermati-matian memperahankan Khalid Ibrahim. Kata tak syari'e bagai....

Inilah masalah yang ada pada PAS yang mengaku memperjuangkan Negara Berkebajikan, tapi kebajikan kakitangan organisasi parti sendiri diabaikan.

Tahukah korang, bahawa kakitangan Harakah tiada tempat untuk mengadu sebab mereka tidak ada union. Kakitangan Harakah tidak dibenarkan menubuhkan Kesatuan Pekerja.Kenapa begitu sekali? Lebih teruk dari kapitalis!

 Mereka yang kaki lawan akan dicop dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan dikemudian hari. 

Tahukah korang, skim gaji harakah pun masih di takuk lama. Kekadang claim yang dibuat tidak dapat seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak pentadbiran.

Difahamkan, komputer yang dibekalkan kepada Editorial kebanyakan sudah usang, berbeza dengan pentadbiran yang baru.

 Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan Editorial lah yang paling teruk. 

Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan duit sendiri dan terpaksa tunggu lagi sebulan untuk dapat bakinya dari pengurusan Harakah. 

Ramai yang terpinga-pinga dan marah bila Lembaga Pengarah Harakah mengambil tindakan memberhentikan kakitangannya tanpa sebab yang jelas.

Satu persatu kena tendang keluar, dah masuk tiga - dua wartawan kanan dan terbaru ialah Ketua Pengarangnya pula!

Seolah-olah pentadbiran Harakah ini tidak ada peraturan atau terma-terma lantikan perjawatan. Ikut suka hati nak pecat pekerja bila-bila masa depa suka.

Tahukah korang, Harakah memperuntukan kepada Pejabat Agung RM50 ribu sebulan? Penjualan Harakah kini semakin merosot dipasaran disebabkan 'gag order' oleh pihak pengurusan.Berita tidak menarik kepada pembaca oleh kerana kekangan yang ada. 

Ini semua adalah kelemahan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan sendiri. Kena tendang mereka berdua ni kalau mahu Harakah bernafas semula dan selamatkan PAS. Ingatlah, bahawa Harakah adalah denyut nadi PAS. Kalau lingkup Harakah, maka akan lingkuplah PAS.

Kaki tangan Harakah telah memberikan pengorbanan mereka kepada perjuangan parti , namun diperlakukan seperti pepatah orang dahulu 'habis manis sepah dibuang' atau seperti mana pantun klasik Melayu: 

Zaman dahulu bertikar pucuk,
Zaman ini bertikar mengkuang,
Zaman dulu kita dipujuk, 
Zaman ini kita dibuang.

Harakah minta pengarangnya berhenti

Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

 Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

 Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan "permintaan" yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu.

 "Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'Pencen Ilatdengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

 "Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

 Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.Berita penuh di sini

Sebelum inilaporan di sini menyatakan:

 "Saya terkejut sebab Harakah tidak pernah pun tanya khabar saya dan minta rekod perubatan saya, tiba-tiba suruh saya ambil ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kerjasama PAS dan Umno - Awas bila bekerjasama dengan penyangak ....

Posted: 06 Jan 2015 04:14 AM PST


Inilah masalah utama kerjasama membantu mangsa banjir antara Negeri Kelantan dan Persekutuan jika terjadi….. Benarkah mereka akan membantu tanpa udang di sebalik batu? Sebelum baca mengenai pertemuan Mat Yakub dan Muhyiddin tu, baca apa yang sedang berlaku nih.....

Saya tidak pasti samada jumlah tersebut merupakan peruntukan RM500 juta yang pernah PM Najib sebut sebelumnya.Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sekadar menyebut :

"Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat."

Walau apa pun, adalah penting persoalan RM800 juta itu dijelaskan samada ianya benar-benar sampai kepada mangsa banjir atau tiris dimana-mana? 

Kita harap Pengerusi PAC akan bertegas dan telus dalam menyiasat bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir.

Peruntukan RM800 juta tersebut, menurut Nur Jazlan, berbentuk bantuan kepada mangsa banjir, dan tidak meliputi perbelanjaan untuk pembangunan semula di tempat yang terjejas.

 "Ini hanya bantuan banjir kepada mangsa banjir, ia belum kos untuk pembangunan semula seperti buat jalan semula, baiki bekalan elektrik dan air serta sebagainya," kata beliau.

 Sementara itu, Nur Jazlan berkata MKN perlu menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya berhubung aduan mengenai persediaan dan pengurusan yang tidak teratur dalam menangani bencana banjir kali ini.

Ditanya bila Kementerian Kewangan dan MKN akan dipanggil, Nur Jazlan memberitahu surat akan dihantar sebaik sidang Parlimen dibuka dan selepas reda semua masalah banjir.

"Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan di sini

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

 Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa. Baca di sini
6 JAN: Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri bagi membangunkan semula Kelantan.

 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji semua aspek pembangunan di negeri ini selepas musnah dilanda malapetaka banjir baru-baru ini.

 "Tumpuan utama adalah untuk pulihkan keadaan rakyat. Banyak pihak menyedari hakikat kita perlu bersatu dan menguruskan keadaan ini sebaik-baiknya," katanya di Kota Bharu, Selasa.

 Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahmad di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim yang turut dihadiri Mustapa.Baca sepenuhnya di sini

Akal anak burung yang bengap

Posted: 05 Jan 2015 10:00 PM PST

Kalau bab Umno PAS, Nik Boddow ni memang akan cepat menyambutnya... 

Kelmarin dulu Dr Mohd Zuhdi. Kali ini disambut pula oleh Nik Boddow.Esok lusa akan ada lagi kepala bapak UG yang akan bersuara... Mungkin al-Tantawi .....Ulasan aku sama dgn apa yang  di sini

Memang hingar bangar bila puak UG saling menyalak bersahut-sahutan.....

 Tapi yang menarik perhatian aku mengenai kenyataan Nik Boddow kali ini ialah mengenai cadangannya : 
 Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menu­ding jari termasuk menggunakan media sosial untuk menyalahkan antara satu sama lain tentang punca banjir besar yang melanda Kelantan. - Baca penuh di sini
Cuba korang bandingkan dengan cadangan Cina kafiaq yang bukan faqeh berbanding dengan puak-puak UG yang mengaku faqeh. Skop mereka lebih luas, tidak sesempit akal anak burung Nik Boddow yang hanya nampak balak, Umno dan PAS sahaja. 

LKS mencadangkan :

 1) Penubuhan Jawatankuasa bertindak BN dan Pakatan  Rakyat.(Bukan sekadar      PAS dan Umno)
 2) Pengisytiharaan Darurat Bencana
 3) Gandakan  sumbangan bantuan RM500 juta  
 4)  Menangguhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 
                   
Perhatikan kenyataan yang berjiwa rakyat berikut :


K'jaan digesa tubuh JK banjir BN-Pakatan

DAP mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak BN dan Pakatan Rakyat bagi menangani masalah banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

 Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, pembentukan jawatankuasa itu akan merasmikan usaha penghantaran bekalan makanan kedua-dua pihak, yang sudah berjalan di negeri-negeri dilanda banjir.

 Anggota parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau menyampaikan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui e-mel semalam, bersama beberap lagi cadangan lain.

 Cadangan lain, katanya, termasuk pengisytiharan darurat bencana, mengadakan sidang khas parlimen dan membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat punca banjir.

 DAP juga mencadangkan supaya bantuan RM500 juta untuk pemulihan kawasan banjir digandakan.

 Lim berkata, sidang parlimen itu juga boleh membincangkan berhubung sama ada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh ditangguhkan supaya tidak membebankan mangsa banjir. Sumber

Nik Amar - antara pembohongan dan kepalsuan yang nyata...

Posted: 05 Jan 2015 06:17 PM PST


Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' TMB Kelantan sempat menyambut dan menyediakan sebuah helikopter khas untuk YAB Dato' Menteri Besar Selangor untuk ke Kuala Krai sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang datang secara mengejut. 

Sekali lagi terima kasih buat seluruh warga Selangor atas sumbangan RM 1 Juta yang diserahkan oleh YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali -Admin Nik Amar facebook.

Betul ke apa nih? Korang timbanglah sendiri melalui gambar dan maklumat berikut. Ulama yang faqeh mana tahu menipu......orang senang detect sebab maklumat ada di hujung jari.....

Ini Helikopter atau lori Majlis Perbandaran....? 
Nik Amar mana?


Pada December 27, 2014, Husam melalui facebooknya mencatat : Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan Helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub..... di sini



Gambar menjadi bukti ....antara pembohongan dan kepalsuan ...

Tiada ulasan: