Ahad, 4 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tempatkan mangsa banjir di Perumahan Rakyat

Posted: 04 Jan 2015 06:37 AM PST

MSO


Keperluan seperti makanan dan pakaian mungkin tidak menjadi keutamaan lagi kepada mangsa banjir kerana untuk sehari dua ini kerpeluan itu sudah lebih daripada mencukupi. Terdapat banyak longgokan pakaian terpakai yang diletakkan di jalan tidak dipedulikan menunjukkan pakaian tidak menjadi keperluan lagi.
Sebuah rumah dibina dipinggir sungai Galas yang rosak.

Begitu juga dengan bekalan makanan. Sekiranya pengagihan dibuat dengan adil dan mangsa sendiri bertolak ansur, tidak tomak atau "keboba" menyembunyikan makanan dan sebagainya, makanan dan pakaian ala kadar untuk saat kritikal sudah mencukupi.

Bagi kawasan paling teruk dilanda banjir seperti di Manek Urai, Gua Musang, Kuala Krai atau Temangan di Machang sudah berlaku lambakan makanan. Ini kerana boleh dikatakan sepanjang hari selepas banjir surut ratusan buah kenderaan luar membawa bekalan makanan ke kawasan berkenaan. Ini tidak termasuk bekalan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Kalau pun yang merasai kekurangan bekalan ialah mangsa yang berada di seberang sungai Kelantan dan juga di pedalaman dimana perhubungan untuk ke kawasan mereka terhalang disebabkan jalan rosak ataupun jambatan runtuh.

Rumah yang dipinggir sungai Galas habis musnah.
Tetapi apa yang menjadi keperluan mangsa kini ialah kediaman. Mereka memerlukan rumah untuk berlindung dari panas, hujan dan embun. Bagi mangsa yang kehilangan rumah kediaman keperluan ini sangat-sangat dirasakan dan mencabar mereka.

Yang paling berat ialah mereka yang tidak ada transit perpindahan. Yang tiada waris waras untuk menumpang sementara bangsal kecil dapat disediakkan sangat terasa dengan kesulitan ini. Hari ini masing-masing berlindung disebaik "ebek" atau pun dinding yang dibina daripada serpihan zink dan kayu kayan perkakasan rumah yang hancur.

Di ruang kecil itulah tempat diur, memasak dan sebagainya. Paling menderita ialah kanak-kanak kecil.

Bantuan prasarana yang perlu diutamakan ialah khemah kecil atau kanvas. Inilah sangat diperlu dan diperbanyakkan. Selain itu mangsa banjir juga mula menghadapi masalah baru apabila cuaca kembali kering. Apabila selut dan lumpur kering ia akan menyebabkan kawasan dilanda banjir itu akan berkabut dan penuh dengan debu. Keadaan nanti akan jadi seperti di padang pasir selepas perang.

Apabila debu dan habuk meliputi kawasan itu masalah yang mungkin timbul kelak ialah batuk, kudis dan juga sakit mata. Situasi ini sangat bahaya kepada kanak-kanak dan warga emas. Elok kalau paramedik membuat persediaan awal, memberi suntik pelali kepada semua mangsa banjir.

Bercakap mengenai keperluan untuk menyediakan tempat tinggal kepada mangsa banjir ini saya, menyokong cadangan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Wan Abdullah. Semasa berjumpa dengan Wan Abdul Rahim di sebuah kedai makan di Kampung Pek Machang, beliau ada meniumbulkan masalah penempatan sementara kepada mangsa banjir.

Beliau sangat mengambil berat dengan masalah ini. Katanya bagi mangsa yang tinggal di sepanjang tebing sungai Galas yang kehilangan kediman elok diutamakan. Menurutnya kebetulan di Gua Musang kini terdapat 1,000 unit rumah yang dibina dibawah projek Perumahan Rakyat (PR).

Tiga rakan saya bergambar berlatar belakangkan keruntuhan.   
Rumah itu sudah pun siap tetapi masih belum diduduki. Katanya alangkah molek kalau rumah itu diberikan keutamaan kepada mangsa banjir. "Saya difahamkan pemilihan penempatan disitu sudah pun dibuat. Apa salah kalau 300 unit dikhaskan kepada mangsa banjir," katanya.

Menurut perhitungan hitungannya terdapat 120 keluarga atau rumah yang didirikan di tepi sungai Galas Gua Musang hanyut dan musnah sama sekali.

"Kalau kita ikhlas, hendak membantu mereka, kemudahan rumah yang ada itu patut sangat diberikan kepada mereka," tekan Wan Abdul Rahim.

Dalam pada itu cadangan Wan Abdul Rahim itu akan menjadi kenyataan kalau ia mendapat sokongan dan kerjsama daripada ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razalegih Hamzah. "Mungkin Tengku Razaleigh boleh memainkan peranan penting untuk menempatkan mangsa banjir itu kebetulan juga Gua Musang ini adalah rakyat beliau," sambung Wan Abdul Rahim lagi.

Cadangan Wan Abdul Rahim ini molek sangat kalau diambil perhatian berat terutamanya oleh Tengku Razaleigh sendiri. Mungkin juga jawatankuasa bencana negeri boleh membincang cadangan ini apa lagi pembinaan projek perumahan itu adalah untuk keperluan rakyat

Ramanan: Presiden sendiri mahu MIC bungkus

Posted: 04 Jan 2015 06:26 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas anggota jawatankuasa pusat MIC yang disingkirkan hari ini menyerang presiden parti itu G Palanivel yang didakwa membiarkan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftarannya.

Ramanan berkata parti yang sudah berusia 68 tahun itu menghadapi risiko pembatalan pendaftaran kerana gagal memperbetulkan isu berkaitan pemilihan di beberapa bahagian dalam tempoh 30 hari seperti diarahkan ROS.

"Saya percaya ini agenda Palanivel untuk batalkan pendaftaran parti dan kemudian membentuk parti parti yang libatkan penyokongnya sahaja," katanya.

Ketika ditanya, Ramanan berkata beliau mempunyai bukti dan sanggup mempertahankan dakwaannya di mahkamah.

"Saya seorang yang sangat lantang. Sebelum ini saya ada platform untuk bercakap dalam CWC (jawatankuasa kerja pusat), jadi tidaklah datang ke sidang media.

"Saya dilantik (ke dalam CWC) kerana saya berjuang untuk Palanivel."

Ramanan berkata, beliau dikeluarkan daripada CWC kerana |menakutkan" presiden dengan menggesa pemilihan semula diadakan untuk kesemua kedudukan dalam sidang khas terkini MIC.

Ramanan sebelum ini dianggap sebagai sekutu Palanivel. Ramanan dilantik sebagai setiausaha agung pada 2013 sebelum berundur awal tahun ini ekoran terdapat kes mahkamah yang belum selesai.

'Kenapa tulis untuk Phua, bukan Al-Qaradawi?'

Posted: 04 Jan 2015 06:23 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Berdasarkan kenyataan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, PKR membuat kesimpulan bahawa surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung Paul Phua, yang didakwa 'raja judi', adalah sahih.

"Saya ingin berterima kasih kepada Shafee kerana walaupun menteri dalam negeri belum menjawab, peguam Umno nombor satu telah menjawab salah satu soalan yang saya tujukan kepada Zahid.

"Berdasarkan kenyataan Shafee, kita kini tahu bahawa surat rahsia Zahid kepada FBI (Biro Siasatan Persekutuan) yang didedahkan South China Morning Post adalah sahih dan benar," kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil .

Justeru, Fahmi (kanan) mempersoalkan tindakan Zahid itu yang mengeluarkan surat untuk individu seperti Paul tetapi "tidak berkata apa-apa" apabila Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Ini katanya dengan mengambil kira kedudukan Yusuf yang diiktiraf kerajaan Malaysia sebagai tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Interpol sebelum ini mengeluarkan waran kepada Yusuf, 88, yang dikaitkan dengan kegiatan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir.

PKR juga terus menuntut penjelasan berhubung "projek-projek berkaitan keselamatan negara" yang dibantu Phua dan kenapa surat itu dikeluarkan tanpa nasihat peguam negara.

Fahmi juga bertanya jika Zahid dapat mengesahkan bahawa Phua seorang ahli kongsi gelap 14K ataupun bukan.

"Oleh itu, saya meminta Zahid untuk menjelaskan pernahkah Paul Phua ditangkap dan/atau didakwa di Malaysia kerana aktiviti jenayah seperti perjudian atau pengubahan wang haram? " soalnya.

Beliau membangkitkan laporan Global Financial Integrity, berhubung kedudukan Malaysia yang hilang RM170 bilion akibat pengaliran wang secara haram pada 2012, termasuklah pengubahan wang haram melalui perjudian.

"Tidak mustahil kumpulan-kumpulan kongsi gelap terlibat dalam aktiviti ini," katanya.

Semalam, Shafee berkata, surat Zahid kepada FBI itu bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam itu, yang mengadakan sidang media bagi pihak pasukan peguam bela Phua, juga menegaskan bahawa kumpulan 14K, yang dia didakwa menganggotainya tidak beroperasi di Malaysia.

Laporan berhubung kontroversi surat itu didedahkan oleh harian Hong Kong, South China Morning Post pada 18 Disember, yang turut menyiarkan semula keseluruhan kandungan surat itu.

Phua sekarang berada bawah tahanan rumah di Las Vegas dan berdepan pertuduhan menjalankan operasi perjudian haram daripada Hotel Caesar's Palace semasa Piala Dunia Brazil tahun lalu.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan Zahid sebagai enggan mengulas perkara itu ketika ditanya pemberita di Putrajaya semalam.

Katanya, beliau akan membuat sidang media berkaitan perkara itu pada masa yang lain.

Tangguh GST, Najib jangan dengar nasihat akal pendek

Posted: 04 Jan 2015 06:18 AM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April depan mesti ditangguhkan sehingga lima negeri yang dilanda banjir buruk dan tanah runtuh pulih sepenuhnya.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menggesa kerajaan untuk pertimbang kembali pelaksanaan GST yang disifatkan sebagai 'sumpahan' kepada mangsa bencana alam sepanjang 2014.

"Pelaksanaan cukai GST dilakukan berikutan pandangan kerajaan yang kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, dan hutang isi rumah sudah semakin berkurang, manakala BR1M pula ditunggu-tunggu," ujarnya dipetik Roketkini.

Berikutan bencana banjir yang melanda penghujung tahun lalu, lebih 250,000 mangsa dicatatkan di negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Pahang dan Perak serta tanah runtuh di Tanah Tinggi Cameron sementara kerja-kerja baik pulih di negeri-negeri itu memerlukan jutaan ringgit bagi membaiki infrastruktur dan kerosakan harta benda.

Katanya, situasi Jepun juga serupa seperti Malaysia apabila negara itu dilanda tsunami pada Mac 2011, dan sehingga kini masih dalam fasa pemulihan.

Namun, ujarnya Kerajaan Jepun dilihat sangat progresif sehingga membelanjakan 250 bilion dolar Amerika untuk pembinaan semula negara matahari terbit itu dengan pelan pemulihan  memakan waktu sehingga lima tahun.

Katanya, bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka selepas episod bencana apabila segala barangan yang mereka akan sentuh telah 'disumpah' 6 peratus GST.

Justeru, kata beliau Perdana Menteri harus menahan dirinya daripada mendengar nasihat-nasihat akal pendek sekaligus menangguhkan pelaksanaan GST.

"Najib mesti memandu negara ke arah laluan yang betul, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, tiba masanya Perdana Menteri memastikan rakyat betul-betul terlindung.

[VIDEO & GAMBAR] 4 Serpihan Air Asia Ditemui, Ikuti Profil Penumpang QZ8501

Posted: 04 Jan 2015 03:04 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Cari AirAsia, Total 4 Puing Bodan Pesawat Ditemukan

Penemuan bahagian badan pesawat Air Asia QZ8501 yang jatuh di sekitar perairan Tanjung Pandan, Belitung, pada 28 Desember 2014, terus bertambah. Ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan kumpulan gabungan telah menemukan empat bahagian besar badan pesawat nahas itu.

"Hasil saat ini, kami menemukan empat bahagian besar badan pesawat yang dicari," kata Soelistyo di kantornya, Sabtu malam, 3 Januari 2015. Rinciannya adalah bahagian pesawat berdimensi 9,4x4,8x0,4 meter ditemukan pada pukul 23.47 WIB, Jumaat malam, 2 Januari 2015.

Kedua, tim menemukan tambahan objek bahagian pesawat dengan dimensi 7,2x0,9x0,5 meter pada pukul 5.43 WIB tadi. Ketiga, kapal Geo Survey kembali menemukan objek berukuran cukup besar, yakni 18x5, 4x2, 2 meter pada pukul 13.30 WIB. Terakhir, bahagian pesawat Airbus A320-200 itu ditemukan berukuran 12,4x0,6x05 meter pada pukul 14.25 WIB.

Selain bahagian badan besar pesawat, tim juga menemukan tiga serpihan yang yang dikesan sebagao pesawat CN235 Pati 860 pada kedudukan pantai Selatan Tanjung Selaka. Kini puing itu sedang didekati Kapal Polisi Punai. "Keempat objek ini seluruhnya berada di daerah pencarian utama, rata-rata jarak antara satu dengan yang lain cukup dekat," kata Soelistyo.

Pesawat AirAsia QZ 8501 dengan penerbangan Surabaya-Singapura dinyatakan hilang kontak di Sekitar Tanjung Pandan, Belitung Timur, pada Ahad pagi, 28 Desember 2014. AirAsia QZ 8501 membawa 155 penumpang dan 7 awak. Hingga kini baru 30 jasad yang ditemukan, dengan 6 di antaranya sudah dikenalpasti. -tempo

Pesawat Jet Amfibi Rusia Tiba di Pangkalan Bun


Pesawat amfibi Rusia, Beriev BE-200 CS yang memiliki peralatan terbaik di dunia tiba di Landasan Udara Iskandar, Pangkalanbun, Kalimantan Tengah, Sabtu (3/1/2015) petang.

Pesawat Rusia dengan 70 personel, termasuk 22 penyelam tersebut, akan melakukan misi pencarian black box, body hingga puing pesawat AirAsia QZ8501 yang jatuh di dasar perairan Teluk Kumai, Pangkalanbun, Minggu (28/12/2014).

‪Wakil Duta Besar Rusia di Indonesia, Alexander Shilin mengatakan, pesawat jet Amfibi ini membawa alat Submersive seberat 500 kilogram yang mampu mencitrakan objek kecil di bawah laut hingga kedalaman 300 meter.

"Ini sangat bisa membantu, karena dilengkapi dengan sistem sonar yang bisa melacak keberadaan black box. Kami optimistis bisa berhasil," kata Alexander.

Alexander pun meyakini pesawat jet yang mampu mendarat di air dan dilengkapi peralatan canggih ini mampu menemukan black box pesawat AirAsia QZ8501.

"Tujuan utama kami menemukan black box. Tapi, kami juga bisa menemukan apa pun juga di bawah laut karena alat kami canggih," sambung Alexander.
-tribunnews

Jenazah Pesawat AirAsia QZ8501 Terjatuh, Para Ibu Menjerit


Teriakan histeris para ibu yang melihat proses pengangkatan jenazah penumpang pesawat AirAsia QZ8501 memecah ketenangan di RSUD Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, Sabtu (3/1/2015) siang.

Pantauan di lokasi lapan kereta jenazah yang mengangkut jasad penumpang AirAsia QZ8501 tiba di RSUD Imanuddin sekitar pukul 11.00 WIB. Sebelumnya, kelapan-lapan kereta itu menjemput jenazah yang baru saja ada di Landasan Udara Iskandar yang berjarak sekitar 4 kilometer dari RSUD.

Telah ada di RSUD, satu per satu kantong jenazah diturunkan oleh petugas gabungan dari TNI AD, polisi, dan PMI dengan menggunakan ranjang dorong. Jenazah itu terlihat terbungkus rapat dengan kantong berwarna hitam bertuliskan Badan SAR Nasional (Basarnas) di atasnya.

Proses pengangkutan ini berjalan lancar hingga jenazah ketujuh dikeluarkan dari mobil. Ketika kantong ketujuh itu hendak dibawa ke ruang Posko Disaster Victim Identification (DVI) Kalimantan Tengah, secara tiba-tiba, jenazah terjatuh sebelum sempat dipindahkan ke ranjang dorong.

Kejadian itu sontak membuat warga, khususnya para ibu, yang melihat proses pemindahan berteriak histeris. "Ya ampun... Aduh kasihan itu, kasihan," kata salah seorang ibu. "Astagfirullahaladzim, aduh... Aduh cepat dibantu diangkat itu," kata ibu yang lain.

Mendengar teriakan tersebut, petugas yang memindahkan jenazah itu langsung segera membenahi posisi jenazah. Jenazah itu lantas segera dibawa ke dalam posko untuk disiapkan sebelum dikemas.

Tidak kurang dari satu jam, proses identifikasi terhadap kedelapan jenazah selesai. Setelah itu, kedelapan jenazah itu diberangkatkan ke Surabaya, Jawa Timur, bersama empat jenazah lain yang ada sebelumnya, menggunakan pesawat Hercules C-130.

Hingga kini, sudah ada 30 jenazah yang telah ditangani tim DVI Polri. Dari jumlah itu, empat di antaranya telah berhasil diidentifikasi. Sementara itu, masih ada 132 jenazah yang hingga saat ini masih dalam proses pencarian.

Pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di perairan Selat Karimata, Minggu (28/12/2015). Pesawat yang berangkat dari Bandara Juanda, Surabaya, Jawa Timur, menuju Changi Airport, Singapura, itu mengangkut 155 penumpang dan tujuh kru pesawat.
-kompas



LIHAT VIDEO DI SINI:







Khairuddin terus asak isu 1MDB

Posted: 04 Jan 2015 02:59 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mengasak supaya dakwaan ketidakaturan dalam syarikat Kementerian Kewangan itu ditangani.

Timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu akan memberikan kenyataannya kepada unit siasatan jenayah Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) tidak lama lagi.

Beliu juga berkata pihak polis menjalankan siasatan dengan profesional.

Bagaimanapun, beliau menyelar kepimpinan Umno Pulau Pinang kerana bukan sahaja berdiam diri dalam itu itu tetapi menyerangnya kerana membuat laporan itu.

Lembaga penasihat 1MDB dipengerusikan oleh perdana menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Kelantan: Banjir bukan akibat pembalakan

Posted: 04 Jan 2015 02:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebaliknya ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Dis lalu.

"Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

"Apa yang berlaku hujan lebat selama tiga hari itu telah mencatatkan taburan hujan yang tertinggi iaitu 1,295mm yang bersamaan bagi taburan hujan selama 64 hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Ahmad berkata tuduhan itu disifatkan sebagai ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.

"Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

"Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini," katanya.

Beliau berkata dalam fasa banjir ini semua pihak perlu membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa banjir yang kehilangan rumah dan keperluan asas mereka. - Bernama

PERKASA: Henti lesen balak 25 tahun

Posted: 04 Jan 2015 02:52 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.

Katanya kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang berisiko banjir setiap tahun perlu melaksanakan langkah berkenaan bagi mengelak impak besar banjir ekoran kegiatan pembalakan yang berleluasa.

"Selagi ada pemberian lesen pembalakan, selagi itu ada kemusnahan hutan, selagi ada kawasan yang 'halal' untuk membalak, selagi itu ada kegiatan 'haram' pembalakan ini.

"Kita hanya salahkan pembalakan, kemusnahan hutan sebagai penyebab banjir setiap kali banjir berlaku, tapi pernah tak fikir, lesen membalak tu siapa yang bagi, yang luluskan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Muhibah Perkasa bersama Orang Asli di Bukit Lagong di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa ahli akademik yang menjurus kemungkinan bencana banjir terburuk ketika ini mempunyai kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan.

"Kita boleh hentikan sementara, 25 tahun sekurang-kurangnya, bagi muka bumi, tanah stabil. Lesen boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar berkaitan dengan industri contohnya industri perabot sahaja.

"Lagipun saya rasa Malaysia tidak kurang pendapatan jika cukai balak ini tiada," katanya.

Sementara itu, Ibrahim melahirkan rasa terima kasih dan kagum terhadap kepimpinan dan ahli Perkasa seluruh negara yang telah bertungkus lumus mengumpul dan mengagih bantuan ke negeri-negeri terjejas akibat banjir.

Selain bantuan keperluan asas, Perkasa kini dalam proses mengumpul sumbangan berbentuk bahan binaan ringan seperti zink, simen dan papan bagi membantu membina semula rumah penduduk yang rosak sementara mereka mendapat bantuan untuk membina rumah baharu. - Bernama

Mesyuarat Kabinet minggu depan perlu sokong pengisytiharan darurat

Posted: 04 Jan 2015 02:47 AM PST

10854213_10153010582709917_7583564654333908003_o

Roketkini.com


MENTAKAB: DAP menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyokong pengisytiharan darurat dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Ahli Jawatankuasa DAP Eddie Ng Tien Chee dalam kenyataan bersama menegaskan, pengisytiharan darurat akan membolehkan mobilisasi 150,000 tentera untuk menangani bencana banjir.

Menurut mereka, bantuan anggota tentera boleh memendekkan masa memulihkan musibah yang berlaku dari enam bulan kepada dua bulan, misalnya.

"Kabinet pada hari Rabu ini perlu mengambil langkah-langkah berani dan tegas berhubung pengisytiharan darurat.

"Angkatan tentera boleh digembleng untuk membantu polis menjaga keselamatan dan mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal serta membina rumah sementara termasuk memastikan tidak ada wabak penyakit dengan membersihkan kawasan bencana.

"Jika angkatan tentera di negara lain boleh memberi khidmat ketika bencana, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dilakukan di Malaysia," tegas mereka.

DAP turut menggesa kerajaan agar menggunakan semua sumber untuk membantu mangsa banjir memulakan kehidupan dan perniagaan mereka semula.

Katanya, kerajaan harus meluluskan dua kali ganda daripada peruntukan bantuan banjir dari RM500 juta kepada RM1 bilion.

"Peruntukan dua kali ganda ini boleh menjadi pinjaman tanpa faedah kepada setiap mangsa banjir untuk membolehkan mereka memulakan semula kehidupan dan perniagaan dengan serta merta, dalam masa paling singkat.

"Setiap peniaga, tidak kira penjaja biasa atau peniaga kedai telah menjadi mangsa banjir.
"Kesemua mereka ini berhak menerima pinjaman tanpa faedah antara RM1,000 hingga RM250,000," kata mereka. – Roketkini.com

Najib, jangan ikut cakap penasihat, tangguh dulu GST

Posted: 04 Jan 2015 02:44 AM PST

10861055_10152903711819192_3854250937159090235_o

Roketkini.com


IPOH, 4 JAN: Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang akan dilaksanakan pada April depan mesti ditangguhkan sehingga lima negeri yang dilanda banjir buruk dan tanah runtuh pulih sepenuhnya.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasturi Patto menggesa kerajaan untuk pertimbang kembali pelaksanaan GST yang disifatkan sebagai 'sumpahan' kepada mangsa bencana alam sepanjang 2014.

"Pelaksanaan cukai GST dilakukan berikutan pandangan kerajaan yang kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, dan hutang isi rumah sudah semakin berkurang, manakala BR1M pula ditunggu-tunggu," ujar ahli parlimen itu.

Berikutan bencana banjir yang melanda pada penghujung bulan lalu, lebih 250,000 mangsa dicatatkan di negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Pahang dan Perak serta tanah runtuh di Tanah Tinggi Cameron. Kerja-kerja baik pulih di negeri-negeri itu memerlukan jutaan ringgit bagi membaiki infrastruktur dan kerosakan harta benda.

Kasturi juga menambah, situasi Jepun juga serupa seperti Malaysia apabila negara itu dilanda tsunami pada Mac 2011, dan sehingga kini masih dalam fasa pemulihan.

"Namun, Kerajaan Jepun dilihat sangat progresif sehingga membelanjakan 250 bilion dolar Amerika untuk pembinaan semula negara matahari terbit itu. Pelan pemulihan Jepun memakan waktu sehingga lima tahun.

"Bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka selepas episod bencana apabila segala barangan yang mereka akan sentuh telah disumpah 6 peratus GST?" Soal Kasturi.

"Perdana Menteri harus menahan dirinya dari mendengar nasihat-nasihat akal pendek sekaligus menangguhkan pelaksanaan GST.

"Najib mesti memandu negara ke arah laluan yang betul, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, tiba masanya Perdana Menteri memastikan rakyat betul-betul terlindung," ujarnya. – Roketkini.com

DAP terus minta darurat

Posted: 04 Jan 2015 02:38 AM PST

 
Parti itu juga menggesa kerajaan agar menggunakan semua sumber untuk membantu mangsa banjir


Lim Kit Siang_new_300


MENTAKAB: DAP sekali lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyokong pengisytiharan darurat dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Ahli Jawatankuasa DAP Eddie Ng Tien Chee dalam kenyataan bersama menegaskan, pengisytiharan darurat akan membolehkan mobilisasi 150,000 tentera untuk menangani bencana banjir, lapor Roketkini.

Menurut mereka, bantuan anggota tentera boleh memendekkan masa memulihkan musibah yang berlaku dari enam bulan kepada dua bulan, misalnya.

"Kabinet pada hari Rabu ini perlu mengambil langkah-langkah berani dan tegas berhubung pengisytiharan darurat.

"Angkatan tentera boleh digembleng untuk membantu polis menjaga keselamatan dan mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal serta membina rumah sementara serta memastikan tidak ada wabak penyakit dengan membersihkan kawasan bencana.

Kata mereka, jika angkatan tentera di negara lain boleh memberi khidmat ketika bencana, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dilakukan di Malaysia.

DAP turut menggesa kerajaan agar menggunakan semua sumber untuk membantu mangsa banjir memulakan kehidupan dan perniagaan mereka semula.

Katanya, kerajaan harus meluluskan dua kali ganda daripada peruntukan bantuan banjir dari RM500 juta kepada RM1 bilion.

"Peruntukan dua kali ganda ini boleh menjadi pinjaman tanpa faedah kepada setiap mangsa banjir untuk membolehkan mereka memulakan semula kehidupan dan perniagaan dengan serta merta, dalam masa paling singkat.

Dalam perkembangan serupa, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim juga mempersoalkan tindakan Najib yang didakwanya masih tidak memberi penjelasan kepada rakyat berhubung keengganannya mengisytiharkan darurat.

Katanya, tindakan tersebut kini menjadi tanda tanya berikutan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah menafikan sepenuhnya dakwaan beliau.

Teresa berpendapat, Najib masih belum memberikan penjelasan munasabah berhubung "kedegilannya" itu, sedangkan PIAM tiga hari lalu telah menyatakan bahawa mangsa banjir yang telah membeli polisi perlindungan insuran am akan dibayar kerugian.

Menurutnya, PIAM juga menyebut semua syarikat insuran yang menjadi ahlinya akan memproses semua tuntutan banjir selagi mana ia diinsurankan.

"Boleh Najib menafikan bahawa beliau telah mendapat nasihat yang salah mengenai isu insuran ini?" soal Teresa.

Ahli Parlimen Seputeh itu menegaskan, tindakan tersebut jelas membuktikan betapa kerajaan telah gagal menangani masalah rakyat yang kini menderita akibat banjir.

"Mengapa bencana yang luar biasa ini tidak dikendalikan secara biasa dengan mengisytiharkan darurat supaya sumber kerajaan dapat digerakkan sepenuhnya untuk menangani banjir?

"Tidak syak lagi, kerajaan telah gagal dan langsung tidak bersedia untuk menghadapi banjir luar biasa ini," ujarnya.

Objek besar kelima ditemui

Posted: 04 Jan 2015 02:34 AM PST

MSTAR ONLINE


INDONESIA-SINGAPORE-MALAYSIA-AVIATION-AIRASIA



JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui objek besar kelima di dasar laut di mana pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai terhempas.

Menurut Basarnas, objek sepanjang sembilan meter itu dikesan 30 meter di bawah laut pada pulu 3 pagi waktu Indonesia.

Tinggi objek tersebut ialah 0.35 meter dan lebarnya 1.10 meter.

Bagaimanapun, cuaca buruk menghalang pasukan penyelam sampai ke objek berkenaan.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu terhempas minggu lalu. – Reuter/detiknews

Rakyat telah istyhar darurat di Kelantan

Posted: 04 Jan 2015 02:18 AM PST

MSO


Banjir kuning atau boleh juga dikenali dengan "Bah Emas" kerana ia membawa air lumpur dan selut berwarna kuning keemas-emasan yang melanda Kelantan seminggu lalu membawa pengertian dan makna tersendiri bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia serta pemerintah juga.

Jujutan lori membawa bekalan ke Kelantan.
Bah Emas ini juga menjadi kayu pengukur dan ujian kepada seluruh insan yang bermukim di bumi ini.

Bah Emas ini menguji, pertamanya sejauh manakah mangsa dapat menerima takdir dan ujian Allah dengan musibah berkenaan. Apakah mereka bersabar dengan ujian itu dan terus bangkit untuk membena semula kehidupan selepas bencana, terutamanya yang kehilangan harta benda termasuk rumah kediaman.

Sekiranya mangsa dapat bersabar, bersikap "tasamuh" menerima bcana itu sebagai ujian dan balasan terhadap dosa-dosa dilakukan baik terbuka atau tersembunyi, dapat membina semula kehidupan mereka yang setengah terpaksa bermula daripada kosong, disinlah mereka bakal menjadi orang-orang yang hebat. Orang-orang yang telah melalui satu daripada ribuan ujian Allah ke atas manusia yang datang tanpa diramal.

Mangsa banjir berebut bekalan?
Mereka yang lolos daripada menghadapi ujian Allah adalah mereka yang beriman sebenarnya. Tidak dikatakan seseorang itu sebagai beriman kalau dia tidak diuji oleh Allah. Dan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang sama sekali tidak berlaku zalim ke atas hamba-Nya melainkan hamba-Nya sendiri menzalimi dirinya.

Pemandangan di pusat pengumpulan bekalan.
Pengertian lain yang boleh diambil daripada bencana ini, menguji sejuah manakah keakraban dan peri kemanusiaan antara kita sesama hamba Allah. Ternyata bencana bah yang besar ini memberi pengalaman pertama buat rakyat negara ini untuk menzahirkan solidiriti dan simpati masing-masing kepada sesama sendiri terutamanya mangsa.

Bah ini adalah pengalaman pertama yang bukan boleh dibeli dimana-mana atau pun tidak mampu diperolehi menerusi pembacaan, menonton peristiwa-peristiwa seumpama ini yang pernah berlaku di luar negara.


Mangsa banjir menerima bantuan dari kumpulan anak muda.
Kalau sebelum ini rakyat Malaysia menunjukkan sifat dermawan dan kemurahan hatinya membantu rakyat negara lain yang ditimpa bencana, seperti di Palestin, Indonesia, Filipina, dan sebagainya kali ini mereka berpeluang membantu rakyat atau saudaranya sendiri dalam negara.

Di sinilah saya mengatakan bah emas ini membawa hikmah dan makna tersendiri. Memberi satu pengalaman dan takdir yang sangat mahal bagi menguji fizikal dan spitirual kita.

Alhamdulilah perkara paling jelas yang dapat diperhatikan, semua
orang bangkit membantu mangsa banjir di Kelantan dan saya percaya juga suasana ini berlaku di negeri-negeri lain. Yang datang dan memasuki ke Kelantan bukan sahaja keluarga mangsa yang berada di luar Kelantan, tetapi rakyat negeri lain juga turut sama membantu Kelantan, menghantar bantuan makanan dan pelbagai peralatan serta bentuk sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Paling mengharukan apabila terdapat dari kalangan suka relawan yang memasuki ke Kelantan membawa bekalan makanan dan pelbagai peralatan bantuan adalah terdiri daripada semua kaum. Iya bukan sahaja daripada Melayu. Paling jelas dan nyata ialah masyakarat China. Tidak ada "farak" (perbezaan) antara orang Cina dengan Melayu dalam bahu membahu membantu mangsa banjir. Pendeknya bencana bah emas ini memadamkam perasaan perkauman yang selama ini dibimbangi oleh sesetengah golongan yang kononnya mengaku elit padahal mereka bercakap pakai teks.

Kehadiran orang Cina, Siam dan India membantu mangsa banjir itu menerusi berbagai mekanisme, Ngo, kumpulan kecil atau parti politik dan kerajaan mencerminkan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum ini mampu mengenepikan sentimen peribadi apabila diterpa bencana. Jadi mereka yang bimbang atau meragui akan kesetiaan (ukhwah) warga negara ini adalah mereka yang diusik oleh ilusi yang tidak berpaksi kepada proses membangun bangsa dan negara.

Pakaian terpakai untuk mangsa banjir ditinggal tepi jalan.
Realiti ini dapat disaksikan. Sebaik sahaja air bah mulai surut dan kawasan-kawasan dilanda banjir dapat dimasuki berbondong-bodong kenderaan menghala dan memasuki ke kawasan bencana. Sukar untuk mengira jumlah kenderaan luar yang masuk ke Kelantan. Ia lebih hebat daripada pelancongan untuk menyaksikan mana-mana pilihan raya kecil yang berlaku di Kelantan.


Sekumpulan anak muda membersih surau.
Apa dapat digambarkan "saking" banyaknya kederaan sampai terjadi kesesakan jalan raya berjam-jam. Suasana jalan menuju ke Kelantan persis semasa menjelang hari raya. Mereka memasuki dari semua penjuru, di Karak menerusi Gua Musang, Lojing ke Gua Musang ada juga yang dari Kuantan ke Kota Bharu menerusi lebuh raya timur barat. Manakala mereka yang berkemampuan menerusi udara dan menyewa helikopter semata-mata untuk meninjau keadaan dan menghantar bekalan dan keperluan kepada mangsa banjir.

Kesakan di Manek Urai baru.
Kessesakan berlaku di lokasi menjadi tumpuan iaitu di kawasan Manek Urai. Ribuan buah kereta masuki ke kawasan berkenaan sehinggakan berlaku kesesakan berjam-jam di Manek Urai baru dan Menek Urai lama dimana menjelang tenagh malam baru keadaan jalan lengang. Semua kenderaan yang masuk membahawa bekalan makanan dan peralatan lain berupa pakaian dan sebagainya. Tidak ada sebuah kenderaan yang masuk ke lokasi itu dengan tangan kosong.

Dalam pemerhatian saya, mereka yang datang kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan kecil, kelab atau pun persatuan dan juga jemaah dan khairah masjid di seluruh negara. Dari nombor plat kenderaan menunjukkan mereka datang dari berbagai-bagai negeri.

Kesungguhan dan keikhlasan mereka ingin masuk dan menyampaikan sendiri bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa. Keghairan itu juga menyebabkan ia sebagai sebuah pesta merebut untuk medapat pahala? Fenomena ini sangat membanggakan.

Kebingkasan rakyat dari seluruh negara terhadap bah emas di Kelantan ini adalah luar biasa sekali. Ia memelikkan. Ia menjadi satu gejala (wave)  baru yang menadakan perpaduan sesama rakyat negara ini masih utuh dan kukuh. Pengertian perasaan kemanusiaan juga masih tinggi dan bersifat sejagat. Ia juga menggambarkan seolah-olah orang luar bersimpati kepada nasib negeri Kelantan seluruhnya.

Apabila dilihat kepada perhatian luar biasa kepada bencana banjir di Kelantan ini ada beberapa faktor yang boleh diperkirakan.

Pertama, becana bah emas ini adalah bencana terbesar pertama kali berlaku di negara ini. Walaupun sebelum ada ada bencana alam atau tragedi yang boleh memautkan perasaan, tetapi ia bersifat setempat bukan nasional seperti banjir kali ini.

Konvoi misi kemanusiaan dikendalikan anak-anak muda.
Misalnya becana alam runtuhnya apartment Highlands Tower atau banjir lumpur di Cameron Highlands dan lain-lain tragedi ia bersifat setempat. Manakala tragedi-tragedi malang lain menimpa negara yang bersifat internasional seperti kehilangan pesawat Mas, MH 370 dan MH17 dan terbaru terhempahnya pesawat AirAsia QZ8501 ia tidak memberi peluang untuk rakyat menunjukkan simpati menerusi fizikal mereka secara langsung.

Pakaian mangsa banjir habis rosak dan musnah.
Berbeza dengan bencana ini orang ramai dapat berpartisipasi dengan fizikal mereka sendiri dan langsung turun ke lapangan untuk menangani dan menyaksi sendiri dengan mata kepala.

Kedua, ialah kerana peranan media baru. Media baru telah memain perasaan untuk menghebahkan keadaan yang berlaku. Dengan ada laporan-laporan liar dan menyusahkan pasukan keselamatan apabila ada penokok tambahan maklumat keadaan memberi gambaran seolah ianya parah merangsangkan orang ramai untuk terlibat.

Rumah dipinggir sungai hancur. Jambatan rosak.
Ketiga, ialah kerana keengganan kerajaan Persekutuan mengistyharkan darurat di Kelantan sedangkan kalau mengikut realitinya kerajaan sudah pantas mengistyharkan darurat bagi membantu mengsa banjir.

Sikap kerajaan Persekutuan ini seolah-olah mahu berlindung dan bersikap diskirminasi ke atas Kelantan kerana sentimen politik. Dasar "apartied" ini menyebabkan rakyat bersimpati dan mereka sendiri bertindak mngistyharkan darurat dan ramai-ramai turun ke Kelantan sebagai simbolik memprotes kedegilan kerajaan tidak mahu mengistyharkan darurat.

Seperti disebutkan tadi bencana ini memberi banyak iktibar kepada semua orang termasuklah juga kepada kerajaan. Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada bencana ini dan memperbaiki beberapa kelemahan ketara dalam menangani musibah ini terutamanya dari aspek pengurusan dan pengendalian bantuan kepada mangsa.

Misalnya bagi mengelakkan bencana ini menjadi lebih buruk, kerajaan negeri Kelantan sepatutnya membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinannya. Kerajaan negeri sepatutnya sudah menjangka akan berlaku banjir yang lebih ganas daripada sebelumnya. Dengan berlaku perubahan masa, peredaran zaman dan kerosakan ekosistem alam maya, kerajaan sewajarnya sudah membuat jangkaan dan unjuran. Sepatutnya kerajaan negeri mempunyai makrifat yang tinggi untuk mengelak bencana.

Alasan mengatakan kejadian ini diluar jangka dan tidak disangka bukan alasan yang tepat dan berbentuk menyelasaikan masalah. Sebagai sebuah kerajaan seharusnya kerajaan negeri, terutamanya pihak jawatankuasa keselamatan dan bencana alam (banjir) seharusnya sudah membuat ramalan dan persiapan awal di luar jangka. Mereka sepatutnya sudah menjangkakan akan bencana buruk seperti ini akan berlaku. Kerajaan mestilah bersifat futuristik dalam segala aspek.

Mudah saja untuk menjangkakannya. Kelantan bukan lagi seperti tahun-tahun 60-an, di mana hutannya masih utuh dan pembangunan tidak serancak hari ini. Ertinya satu unjuran jangka panjang kemungkinan akan berlaku bencana disebabkan tercemarnya bumi dengan pembangunan sudah dibuat awak-awal lagi. Apakah kerajaan tidak menyedari yang beratus ribu ekar hutan dara (simpanan) dirombak kerana pengambilan balak, perlombongan besi emas dan pembangunan Ladang Rakyat?

Makanya setiap lima tahun sekali sejajar dengan kepesatan pembangunan dan kemusnahan alam semujadi, pihak jawatankuasa berwajib perlu membuat kajian dan penyelidikan dan telahan apa yang akan berlalu.

Tidak boleh dinafikan apabila berlaku pembangunan maka akan adalah gangguan ke atas alam. Hutan dirombak, bukit ditarah dan gunung ganang digondolkan. Sungai dan kuala juga akan menjadi cetek dan sempit kerana ditimbus pasir dan sampah sarap yang dihasil dari pembangunan tanah. Tindakan tidak sekata inilah yang menjadi musibah.

Selain daripada itu melihat kepada pengurusan bencana kali ini apa yang ketara lemah ialah dari segi menguruskan atau penyaluran maklumat. Pihak berkuasa baik Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi kerajaan negeri tidak proaktif atau lembab menyalurkan maklumat kepada orang ramai terutama mereka yang ingin membantu mangsa banjir.

Media baru tidak diguna dan diambil kesempatan sepenuhnya. Disebabkan kelemahan ini misi bantuan dan pertolongan tidak dapat dijalankan dengan lancar terutamanya oleh sukarelawan. Berlaku sesetengah mereka yang membawa bekalan makanan dan pakaian yang datang dari luar tidak tahu ke mana mereka hendak membawa sumbangan mereka itu. Keadaan inilah menyebabkan berlaku lambakan pakaian di tepi-tepi jalan terbiar begitu sahaja.

Malang lagi ada mereka yang tidak tergolong sebagai mangsa banjir turut sama mengambil kesempatan. Paling mendukacitakan ada yang bertindak menyembunyi dan melonggokkan bekalan seperti beras dan gula sedang mangsa sebenar tidak seberapa.

Sudah pasti kalau pihak berwajib dapat menyediakan maklumat up-dated setiap masa, urusan penyaluran ini dapat dibuat dengan lancar dan semua mangsa tidak ada yang terlepas pandang atau pun berlaku, tompokkan bekalan kepada sesetengah mangsa sahaja. Ada maklumat mengatakan ada mangsa yang liar sampai berjaya mengumpul beras bantuan setinggi lima kaki.

Di sini saya ingin menolak pandangan orang yang memberi gambaran bahawa bencana bah emas ini tidak seteruk bah tahun 1967. Ternyata setelah kita sama-sama melihat sendiri kesan dan bahana musibah ini kita dapat membuat pernilaian terhadap apa yang berlaku. Dalam perkiraan Mustapa Mohamed terdapat 500 buah rumah yang rosak?

Apa bila saya melihat sendiri kesan kemusnahan akibat bencana itu, angka yang dikeluarkan Mustapa itu meragukan. Apakah beliau sudah membuat perhitungan dan bancian secara mendalam sebelum menyebut angka berkenaan? Dalam perhatian dan penilaian saya, angka rumah yang mengalami kerosakan termasuk yang hilang lebih 1,500 buah. Wajar kalau Mustapa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Banjir Kelantan menjelajahi ke segenap lokasi dan membuat penilaian selepas pasca banjir barulah angkat sahih diperolehi.

Rumah-rumah yang senget atau mengalami kerosakan lebih 50 peratus perlu dikategorikan dalam rumah yang rosak atau hilang kerana rumah-rumah itu kebanyakan strukturnya buruk tidak lagi dapat dibina semula.

Dalam hal ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Banjir Kelantan juga, Mustapa tidak perlu menyembunyi apa-apa fakta kepada pihak kerajaan Pusat. Beliau juga tidak perlu berhemah dan takut untuk menyebut nilai sebenar kerugian akibat banjir berkenaan. Peruntukan untuk membaiki pulih prasarana tidak cukup setakat RM200 juta seperti mana dianggarkan Mustapa. Ia adalah jauh lebih besar dari itu hingga boleh mencecah RM1 billion.

Demikian juga jangkaan dibuat MB Kelantan Ahmad Yaakob, keadaan banjir di Kelantan dapat dipulihkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sesuatu yang melucukan dan satu kesimpulan yang pendek akal. Dalam keadaan Kelantan sendiri tidak mempunyai kemampuan mencukupi baik tenaga manusia, aset penyelemat dan kewangan, macam mana untuk membaik-pulihkan keadaan dalam tempoh sependak itu. Paling-paling cepat pun keadaan atau kemusnahan gara-gara banjir itu boleh dibaiki-pulihkan memakan masa setahun.

Apakah Ahmad termakan dengan penilaian bah emas ini tidak seteruk banjir tahun 1967 dibuat timbalannya maka Ahmad berfikiran singkat begitu? Ohlala.

Kepada pemimpin baik Pas dan Umno nyatakan kebenaran dan jangan sesekali cuba melindungi atau pun mengambil sikap tidak berkata benar untuk menampakkan kita mampu menangani keadaan bagi menunjukkan kita pemimpin yang cekap dan berwibawa dalam bekerja walhal hakikatnya tidak begitu

Najib, Obama, bah besar

Posted: 03 Jan 2015 11:32 PM PST


KUALA LUMPUR, Khamis, Tahun Baharu 2015: Selamat Tahun Baharu dan simpati saya kepada mereka yang dilanda banjir. Mujurlah kami di Kuala Lumpur terselamat setakat ini.

Mohon jangan tersalah faham. Saya orang Kelantan - seperti orang Terengganu, Pahang dan Johor- terutama yang tinggal di sebelah timur negeri masing-masing tiap tahun terdedah dengan musim tengkujuh kerana topografi lokasi tiada gagasan bukit/gunung sebagai perisai hujan lebat, angin kencang antara bulan Disember-Januari maka berlakulah banjir, besar atau kecil bergantung pada lebat atau tidak hujan dan air sungai serta anak sungai melimpah.

Besar kemungkinan juga keadaan menjadi lebih teruk dan banjir mudah berlaku sebab pembangunan (yang mesti berlangsung bagi faedah rakyat) dilaksanakan tanpa perancangan terperinci dan ketat, tanpa sensitif pada alam sekitar dan penguatkuasaan yang longgar.

Memang memberangsangkan melihat semua bangsa dan agama bekerjasama membantu mangsa banjir besar ini. Sungguh gembira, nampaknya perbezaan politik diketepikan.

Janganlah cepat gege atau gempar, banjir juga berlaku di Sri Lanka, selatan Siam, Indonesia, Filipina dan beberapa lokasi lain di Asean. Bangkok yang terkenal sebagai Venice of the East tidak bah masa saya di sana minggu lepas.

Kuala Lumpur tiada sungai besar seperti Sungai Chao Phraya yang panjang sejauh 231 batu (371.8 km) dan tidak banyak pula klong (canals) kadangkala didatangi bah kilat, bah jantan dan bah betina.

Kehidupan berjalan seperti biasa kalaupun tidak selesa, bah atau tidak. Mereka yang suka merungut keterlaluan tidak bersyukur. Pilihan mereka senang: Pilih kerajaan baharu kalau tidak puas hati dengan kerajaan sekarang; pilih kerajaan seperti Kelantan, Pulau Pinang atau Selangor ataupun berhijrah ke mana negara yang sudi menerima mereka. Benua Afrika masih dara (virgin) untuk diterokai.

Orang kulit hitam berisiko nyawa lari dari benua itu ke negara-negara lain termasuk kita. Perdana Menteri Najib Tun Razak berkejar pulang dari cuti main golf dengan Presiden Barack Obama di Hawaii kerana keadaan bah meruncing.

Najib terpaksa membela golf diplomasinya. Benar bukan mudah, bukan senang dapat bertemu seorang Presiden Amerika Syarikat apalagi bermain golf dengan manusia paling berkuasa di dunia kini.

Najib menganggap perjumpaan itu mustahak, penting bersantai, relaks bersama Obama kerana itu satu penghormatan tertinggi kepada pemimpin sebuah negara membangun.

Diharap golf diplomasi ini memanfaatkan dan merapatkan lagi hubungan dua hala KL- Washington, dan hubungan peribadi Najib - Obama dalam sisa usia pentadbiran Obama.

Lagipun, jika jentera kerajaan yang bertanggungjawab untuk respons pada bencana banjir yang berlaku saban tahun dapat digerakkan segera serta licin, tiada sebab Najib mesti bergegas pulang.

Ada atau tiada, Najib seharusnya tidak menjadi isu tetapi memang lebih baik kalau dia bersama dengan mangsa banjir. Seperti kata Speaking "in times such as this the rakyat expect and want their leader to be with them".

Nampaknya kelemahan yang serupa berulang berkali-kali kerana mereka yang bertanggungjawab usahkan dikena tindakan, diberi pula kehormatan dan bintang kebesaran!

Sistem perparitan wujud pada nama sahaja; banyak parit dan longkang tersumbat dengan sampah-sarap. Tidakkah terlintas, mewujudkan infrastruktur jalan dan highway serta parit mempunyai berbagai fungsi?

Singapura tiada banjir walaupun dalam kawasan topografi dan geografi dengan kita. Mengikut Bible atau Kitab Injil, Tuhan telah menurunkan banjir besar zaman Nabi Nuh untuk menghukumkan manusia yang kejam dan berakhlak buruk atau seperti kata Speaking, "for their wickedness."

Kita pula percaya, mereka dihukum kerana mengingkari perintah ALLAH SWT, maka mereka musnah atau perished. Bah yang berlaku sekarang tidaklah seteruk dan catastrophic seperti tsunami yang menimpa Acheh, Thailand, Sri Lanka dan Pulau Pinang yang mengorbankan beratus ribu nyawa, genap 10 tahun pada minggu lepas.

Bah terbesar di Malaysia berlaku pada 1926. Padang Malay College, Kuala Kangsar ditenggelami air. Di Kelantan bah besar ini dikenali sebagai bah air merah dan menjadi "ukuran/hisab" umur orang Kelantan kerana tatkala itu belum lagi wujud pendaftaran beranak dan kematian terutama di luar bandar.

Si Salleh sudah bersunat atau berjawi masa bah air merah, Si Bedah belum datang haid lagi. Lazimnya di Kelantan, waktu itu budak bersunat antara umur sembilan - 12 tahun; perempuan datang haid dari 11 tahun ke atas.

Dari peristiwa ini, usia seseorang boleh dikira kalaupun tidak tepat, tetapi boleh diterima sebagai educated guess kata Speaking.  Saya tidak pernah lupa bah besar di Kelantan pada 1947. Bandar Kota Bharu tenggelam.

Saya amat ceria dan gembira melihat ramai gadis dan remaja turun bermain air, mengorat dan "dating". Di Kampung Bandar, tempat kelahiran saya, juga dilanda banjir dan saya seronok mengayuh perahu, menziarahi kawan sekampung dan sahabat di kampung berhampiran.

Tiada bantuan daripada sebarang pihak. Tiada kanak kanak atau orang dewasa mati lemas, tiada kelaparan kerana rakyat waktu itu amat berdikari - self reliant! Kerana lazimnya bah datang antara bulan November - Januari, mereka yang tinggal di tebing sungai Kelantan dan perkampungan lembah sungai, membuat persediaan awal: mengadakan terendak, payung, beras, gula, garam; ikan kering, ikan pekasam dan daging salai, telur masin; kayu api, air dalam tempayan untuk minum, korek api (matches) dan mereka yang berada beli banyak ikan sardin dalam tin dan lain-lain. 

Ketika saya menjadi wakil rakyat Parlimen atau MP dua penggal, penggal pertama, negeri Kelantan dilanda bah sungguhpun tidak sebesar seperti sekarang. Di Machang, kawasan saya sebelum Kok Lanas, juga terlibat.

Saya melawat kampung berjumpa mangsa, membawa bantuan menggunakan motobot dari kampung ke kampung yang hampir 30 tahun dahulu tempat saya bermain air dan mendayung perahu sambil bersantai.

Saya leka melihat ramai kanak-kanak suka hati bermain air di sesetengah kampung di mana scenes, tempat peristiwa itu berlaku itulah sebenarnya kehidupan - anak-anak atau muda-mudi tiada sesuatu yang menakutkan, apalagi ngeri kerana apa yang berlaku bukanlah tsunami atau bah zaman Nabi Nuh!

Melihat scenes ini, ingatan saya deras kembali pada bah besar 1947. Meriah main air, seronok makan nasi dengan ikan pekasam, daging salai, nasi air dengan ikan kering; menikmati kesihatan yang baik, mengalami keseronokan dan kegembiraan serta berita baik saya dipilih masuk MCKK untuk sesi Januari 1948 tatkala berumur 10 tahun.

Bersama pelajar lain yang senior, saya dan Rawi Abdul Rahman (bekas guru Kirkby) yang dipilih bersama saya, berlepas dari Stesen Keretapi Palekbang Ke Pulau Pinang melalui selatan Siam.

Setelah berehat satu malam di Pulau Pinang, kami berlepas ke Kuala Kangsar dari Stesen Keretapi Seberang Prai. Maka Thailand adalah negara  asing pertama saya ziarahi walaupun melihat negara itu dari gerabak dan stesen kereta api. Jika saya selalu ke Thailand jangan hairanlah.

Semasa di Bangkok, sementara keluarga wanita membeli-belah dan bersiar-siar, kami lelaki pergi berlatih menembak dengan berbagai senjata api di padang menembak atau shooting range tentera atau polis Thailand, beberapa kilometer di luar inner - city Bangkok - satu tarikan bagi pelancong di Bangkok. Bayaran bergantung jumlah peluru digunakan. Minimum adalah 50 butir dan harganya RM6 sebutir.

Tarikan Bangkok, masa muda dulu kepada saya, adalah nightlife. Sekarang, menziarahi tempat-tempat bersejarah baru dan melawat semula institusi-institusi lama dan menikmati Sungai Chao Phraya yang membelah kota raya Bangkok.

Sungai ini sibuk dengan aktiviti namun amat menarik dan menjadi panacea pada saya kerana menenteramkan gangguan kehidupan, satu-satunya ialah traffic jam yang menjadikan traffic jam di Kuala Lumpur bagai satu picnic!

Melihat ketenangan air Sungai Chao Phraya mengalir juga menjadi sedikit ubat kepada gangguan kehidupan walaupun tidak ada panacea sebenarnya bagi gangguan dalam kehidupan dan juga tidak ada satu-satunya ubat bagi membetulkan penyakit ekonomi negara.

Apa pun bagi keluarga kami, bagaimana ria dan girang pun bercuti atau tinggal di luar negara, masakan sama dengan ibu pertiwi! Walaupun itu satu klise, saya percaya kepadanya: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik lagi.

Mereka yang tidak hayati ini, selamat berhijrah; selamat tinggal!  Sebenarnya setiap kali saya pulang dari melancong saya mengulangi kesyukuran kepada ILAHI betapa bernasib baik saya  bermastautin dan anak watan Malaysia.

Mengapa sibuk cari publisiti di tengah-tengah kesengsaraan orang lain?

Posted: 03 Jan 2015 11:20 PM PST

 
Oleh Sonia Ramachandran
 
 
PETALING JAYA: Kita tersentuh hati apabila melihat rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, dan agensi-agensi kerajaan bertungkus lumus mengumpulkan bantuan bagi mangsa-mangsa banjir, yang terjejas akibat kejadian banjir paling teruk di negara ini dalam tempoh beberapa dekad.

Walau bagaimanapun, persoalan timbul sama ada tindakan menampal atau mencetak gambar-gambar sendiri pada "bantuan" itu, adalah beretika?

Soalan ini timbul selepas beg-beg beras yang diagihkan kepada mangsa banjir yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah tersebar di talian.

Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut menerima kritikan apabila gambar beg-beg beras untuk mangsa banjir telah diedarkan dalam talian, dan didapati memaparkan perkataan 'Datuk Lan, Ahli Parlimen Machang', bersama-sama dengan logo BN dan 1Malaysia.


Ahli sains politik, Dr Wong Chin Huat memberitahu Semut Harian bahawa terdapat dua persoalan yang perlu diteliti. 

Pertama, beliau bertanya jika gambar-gambar pada beg ini adalah suatu keutamaan?

"Adakah ia benar-benar telah membantu kerja-kerja bantuan, atau melambatkannya? Ia jelas telah menjejaskannya. Setiap minit yang digunakan untuk 'menampal' label itu adalah satu minit yang dibazirkan dalam tiba ke mangsa-mangsa banjir.

"Perdana Menteri nampaknya tidak meletakkan keutamaan beliau dengan betul. Lihatlah kekecohan golf itu. Mengapakah beliau tidak dia kembali serta-merta selepas acara 'diplomasi golf' beliau? Kenapa dia berbuat demikian hanya selepas rakyat marah dengannya? Beliau kelihatan seperti tidak memahami politik," kata Wong.

Wong merujuk kepada sesi golf Najib bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, yang menyebabkan beliau menerima kemarahan rakyat Malaysia di media sosial, yang mempersoalkan masa lawatan beliau sewaktu salah satu banjir terburuk yang pernah melanda negara ini sedang berlaku.

Najib telah dilaporkan berkata yang sesi golf itu telah dirancang lebih awal dan ia dipanggil "diplomasi golf", yang katanya telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia masa lalu, termasuk bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Wong berkata, isu kedua ialah kos yang terlibat dalam tindakan mempromosi diri sendiri itu.

"Jika Perdana Menteri mahu mempromosikan dirinya sekalipun semasa tidak ada bencana, beliau perlu berbuat demikian dengan wangnya sendiri. Tidak ada sebab bagi seorang bos membayar supaya pekerjanya dapat bermegah-megah.

"Untuk menteri-menteri yang mempertahankan beliau, soalan yang perlu ditanya sekarang ialah berapa banyak dana yang digunakan bagi 'menampal' beg-beg beras dengan wajah Perdana Menteri, apabila semua itu sepatutnya disalurkan ke dalam usaha-usaha bantuan," kata Wong.


Malaysiakini memetik Ismail Sabri sebagai berkata bahawa tidak mengapa jika rakyat mengecam beg-beg beras yang menayangkan wajah Najib itu, selagi bantuan itu sampai kepada mangsa.

Laporan Malaysiakini menyatakan yang gambar-gambar beg beras dengan wajah Najib dan Ismail Sabri itu pertama kali disiarkan dalam talian oleh penulis blog pro-Umno, Syed Akhbar Ali dalam blognya, "Out Syed The Box".

Syed Akhbar dilaporkan mendakwa bahawa pekerja-pekerja tambahan telah diupah untuk menampal gambar Najib pada bekalan-bekalan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian.

Beliau menambah bahawa beliau telah mendapat gambar itu dari salah seorang daripada mereka yang telah diupah, dan bekalan itu tidak akan diagihkan kepada mangsa-mangsa sehingga gambar-gambar ini ditampal.

Dalam kes Ahmad Jazlan, beliau dilaporkan berkata yang beg-beg beras yang dicetak dengan mukanya adalah baki kempen pilihan raya umum ke-13, dan adalah tidak benar bahawa beras-beras ini dipindahkan daripada bekas asalnya kepada pakej 'berjenama BN'.

"Apabila bencana melanda dan terdapat kekurangan bekalan bantuan, saya mengeluarkan 500 beg simpanan saya untuk diagihkan dengan segera.

"Ini bukan masa berpolitik. Ini adalah misi kemanusiaan," Ahmad Jazlan telah dipetik sebagai berkata.

Adakah ini bermakna yang pemberian beg-beg beras yang memaparkan wajah anda di atasnya sewaktu pilihan raya umum, bukannya satu kesalahan?

Dalam hal Najib dan Ismail Sabri, adakah ini masa untuk promosi apabila ada yang menderita tanpa makanan, elektrik dan air?

Ismail Sabri mungkin berkata yang ia tidak penting, tetapi kepada orang-orang yang menerima bantuan dan lain-lain di negara ini, ia menimbulkan persoalan.

Dana kerajaan adalah wang rakyat dan jika dana tersebut digunakan untuk tujuan begitu apabila ia seharusnya disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir, orang ramai pasti akan naik marah.

Ya, apa yang penting ialah bantuan itu sampai kepada mangsa-mangsa, tetapi tindakan membuang masa untuk "mencetak" atau "menampal" gambar-gambar bagi tujuan publisiti, adalah kurang wajar.

Ini adalah masanya bagi pemimpin-pemimpin untuk memimpin dan membantu, bukannya untuk berpolitik.

Malah, tindakan seperti ini mungkin mempunyai kesan yang sebaliknya.

Pas akan ke perkampungan Orang Asli sebar dakwah

Posted: 03 Jan 2015 11:05 PM PST


Azman Shapawi Abdul Rani Azman Shapawi Abdul Rani
 
 
KUALA TERENGGANU – Pas bercadang ke perkampungan Orang Asli bagi menyebarkan dakwah serta pengaruh politik di kawasan itu bermula tahun ini.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perancangan itu akan dirangka sebaik mungkin bagi memastikan matlamat menarik minat Orang Asli terhadap pengembangan dakwah Islam di kawasan itu berjalan lancar.

"Kita bercadang masuk perkampungan Orang Asli di Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman selepas banjir, mungkin dalam Mac depan.

"Walaupun ada jabatan agama yang membuat pemantauan terhadap Orang Asli di sana tetapi banyak perkara yang perlu dibuat pengisian penting, bukan sahaja politik tetapi penghayatan Islam untuk masa depan," katanya.

Untuk peringkat permulaan, pihaknya akan cuba membina hubungan dengan penduduk setempat sebelum membuat program secara berkala dalam memastikan hubungan yang wujud itu tetap terjalin.

Beliau berkata, program turun padang mendekati Orang Asli merupakan kali pertama dilakukan Pas negeri di bawah Lajnah Dakwah memandangkan ia satu biro baharu di bawah Pas.

Bagaimanapun katanya, pendekatan sedemikian bukanlah asing kepada Pas kerana pemimpin parti sentiasa mendekati pelbagai pihak termasuk kaum Orang Asli ketika mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Pelaksanaan program kali ini katanya bertujuan mengembangkan dakwah selari dengan pengaruh politik dalam kalangan kaum tersebut.

Dari sudut perkembangan Orang Asli ketika ini katanya, kaum yang menghuni di Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman sudah pun memeluk Islam tetapi masih ada yang tiada agama.

"Orang Asli ini dilihat amat mentaati Tok Batin (penghulu) kepada apa-apa perkara dan kita akan mendekati Tok Batin terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan tersebut dengan lebih baik," katanya.

Setahun koma, perjuangan Schumacher belum selesai

Posted: 03 Jan 2015 11:00 PM PST

SINAR HARIAN

Michael Schumacher Michael Schumacher
 
 
SETAHUN koma, tiada pihak yang berani menyatakan bila legenda Formula 1, Michael Schumacher akan sedar semula, lapor Kompas.com.

Schumacher terbaring di hospital selama sembilan bulan sebelum diputuskan untuk menjalani rawatan di rumahnya.

Sejak itu banyak spekulasi yang tersebar mengatakan juara Formula 1 tujuh kali itu sudah sedar dan kian pulih.

Menjelang akhir tahun 2014, rumor itu kembali tersebar apabila sebuah akhbar Perancis melaporkan proses pemulihan Schumacher berjalan dengan baik.

Namun, pengurus Schumacher, Sabine Kehm yang selama ini menjadi jurucakap keluarga itu menjelaskan kepada ESPN F1 bahawa perkara itu memerlukan tempoh yang lama.

"Kita perlukan waktu yang lama...sangat lama dan juga kita perlu perjuangan yang kuat. Ada kemajuan dengan keadaan Schumacher.

"Saya tak boleh mengesahkan laporan tersebut. Saya hanya boleh memberitahu bahawa saya tidak tahu bila akhbar itu mendapatkan informasi tersebut kerana mereka tidak pernah bertemu dengan kami," katanya.

Schumacher mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan terhentak di batu ketika bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, 29 Disember 2013 lalu.

Zarina dedah identiti suami selepas 21 tahun nikah

Posted: 03 Jan 2015 10:56 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Dramatis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu, sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar di minda peminat dunia seni selama ini.  
 
Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, 1 Januari lalu itu adalah kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya, apatah lagi pernah bertebaran cerita kurang enak sebelum ini.
 
Dalam majlis tersebut, Zarina, 44, turut memperkenalkan madunya, iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.  
 
"Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini.
 
"Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat," katanya yang dipetik sisipan Pancaindera hari ini.
 
Zarina berkata, pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk 'memperkenalkan' suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang.
 
Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

JPN hantar bas dan 200 sukarelawan ke negeri-negeri terjejas banjir

Posted: 03 Jan 2015 10:53 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Sebuah bas Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berlepas ke Pantai Timur dari sini bersama lebih 200 sukarelawan warga kerja JPN melalui Misi Ihsan Banjir jabatan berkenaan, hari ini.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN, Datin Seri Elena Chiang Abdullah, yang mengetuai misi berkenaan berkata, bas berkenaan akan berhenti di beberapa lokasi yang sesuai di Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memberi peluang kepada mangsa banjir membuat permohonan MyKad dan mendapatkan salinan Sijil Kelahiran.
 
"Mangsa banjir boleh memilih pejabat JPN terdekat untuk mengambil MyKad dan salinan Sijil Kelahiran yang dipohon apabila dokumen berkenaan siap kelak," katanya kepada pemberita sebelum konvoi misi berkenaan berlepas dari ibu pejabat JPN di sini.
 
Beliau berkata warga kerja JPN yang menyertai misi berkenaan adalah mereka yang bertugas di pejabat JPN di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
 
"Misi Ihsan Banjir JPN membawa bahan makanan, peralatan memasak, peralatan untuk mencuci dan air mineral. Sebahagian daripada anggota misi ini akan ke Perak sementara yang lainnya ke negeri-negeri di Pantai Timur," katanya sambil menambah misi berkenaan dijangka mengambil masa seminggu.
 
Elena berkata objektif utama misi tersebut ialah membersihkan pejabat-pejabat JPN yang dilanda banjir selain membantu membersihkan kuarters warga kerja JPN dan kediaman penduduk di kawasan sekitar.
 
Katanya, antara pejabat JPN yang teruk dilanda banjir ialah di Tanah Merah, Kelantan di mana air banjir hampir mencecah bumbung pejabat JPN dan kediaman warga kerja yang berhampiran.

QZ8501: Objek setinggi 3 meter dikesan dalam laut

Posted: 03 Jan 2015 10:51 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PANGKALAN BUN, Indonesia: Objek dengan ketinggian tiga meter ditemui Kapal Riset Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) Indonesia di kawasan carian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.
 
Timbalan Ketua Bahagian Teknologi dan Pengembangan Sumber Daya Alam BPPT, Ridwan Djamaluddin, berkata objek itu ditemui di sektor empat kawasan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
 
"Optimisnya, ia dijumpai di lokasi jatuhnya pesawat, dari imej bentuknya, ia bukan dari bentuk alam," kata Ridwan yang berharap objek itu adalah bahagian utama pesawat QZ8501.
 
Mengulas lanjut, Ridwan berkata peralatan 'Side Scan Sonar' dan 'Megato' meter sedia digerakkan bagi mencari objek itu di dasar laut.
 
"Kemungkinan sedang menurunkan Megato meter untuk mengesan logam, jika ia meyakinkan, akan menurunkan ROV (kenderaan kawalan jauh bawah air)," katanya.
 
Beliau juga berkata, kapal Riset Baruna Jaya I sudah telah beroperasi di kawasan carian itu sejak tiga hari lalu dan berjaya mengesan objek di dasar laut yang bukan dari sumber alam.
 
"Barangkali pesawat," katanya menganggarkan objek itu berada di kedalaman 29 hingga 30 meter. - Metrotvnews

Harga sayur, ikan naik mendadak ekoran banjir

Posted: 03 Jan 2015 10:41 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Harga sayur-sayuran di Pantai Timur dilapor meningkat sehingga 30 ke 40 peratus berikutan musibah banjir yang melanda sejak dua minggu lalu.
 
Bendahari Persatuan Pemborong Sayur, Chong Tek Keong berkata sepanjang tempoh hujan baru-baru ini, bekalan dari kebun telah menurun sebanyak 30 hingga 40 peratus.
 
Tek Keong yang menafikan bahawa pemborong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan memberitahu, harga melambung naik berikutan tindakan pekebun menaikkan harga.
 
"Pemborong hanya meneruskan kerja mereka seperti biasa dengan menghantar sayur ke kawasan-kawasan tertentu di Kelantan dan Pahang.
 
"Bagaimanapun harga sayur-sayuran dijangka menurun pada sambutan Tahun Baru Cina bulan depan," katanya.
  
Setiausaha Penanam Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, hujan dan banjir yang melanda telah menjejaskan tanaman sayur di seluruh negara dan bukannya di kawasan tanah tinggi sahaja.
 
"Cuaca terlalu lembab untuk membuat tuaian. Mudah-mudahan cuaca akan kembali baik supaya tanaman boleh dituai," ujarnya.
 
Selain harga sayur-sayuran, harga makanan laut seperti ikan turut melambung apabila nelayan tidak dapat ke laut akibat cuaca buruk manakala penternak ayam pula terpaksa menanggung lebihan apabila tidak dapat menyalurkan ayam bersih ke kawasan terjejas.
 
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Peladang dan Ternakan, Jeffery Ng berkata, sebanyak 3,000 ladang ternakan ayam di seluruh terpaksa menanggung lebihan kerana tidak dapat membuat pengedaran ketika banjir.
 
"Restoran dan kedai makan merupakan pasaran penting bagi pembekal ayam bersih, bagaimanapun penutupan restoran ketika banjir membuatkan ternakan berlebihan dan perlu dihapuskan," ceritanya.
 
Berikutan itu, harga ayam dilaporkan menurun kepada RM3.50 sekilogram khususnya di Lembah Klang.
 
Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan, Norizaman Ghazali pula memberitahu, kenaikan harga ikan pada Januari merupakan perkara biasa kerana kekurangan ikan di laut.
 
"Ia telah menjadi perkara biasa mengikut musim," katanya ringkas.
 
Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberitahu, cuaca kini semakin baik di Kelantan, Terengganu, dan Pahang manakala Johor akan terus menerima hujan.

Kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan bermula hari ini

Posted: 03 Jan 2015 10:24 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan 'Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan' dan 'KL Car Free Morning 2015'.
 
Tengku Adnan berkata kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan selama sebulan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 1 Februari ini dan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan wilayah tersebut.
 
"Bagaimapun sambutan Hari Wilayah Pesekutuan kali ini tidak diadakan secara berlebihan dan pembaziran kerana kita sedar negara sedang hadapi kesusahan khususnya di kawasan yang dilandar banjir," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
 
Sementara itu, beliau berkata Program 'KL Car Free Morning' yang masuk tahun kedua pelaksanaannya akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan mulai tahun ini berbanding hanya pada Ahad minggu pertama pada tahun lepas.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam usaha untuk membina laluan basikal tambahan di bandar raya ini.
 
"Kita akan sediakan laluan berbasikal di dalam kawasan bandar pula iaitu di sekitar Jalan Raja Laut dan Bukit Bintang kerana kita sedar orang ramai sudah mula berkayuh dalam bandar," katanya.

Lebih 90 peratus di Kelantan telah terima bekalan elektrik

Posted: 03 Jan 2015 04:11 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Tenaga Tenaga Nasional Berhad memaklumkan dalam satu kenyataan ringkasnya bahawa Lebih 90 peratus pengguna di Kelantan telah menerima bekalan elektrik.

Peratusan itu setakat jam 12.00 tengah hari ini. Sehubungan dengan itu bilangan Pencawang Elektrik (PE) yang telah dipulihkan setakat ini ialah sebanyak 1,838 berbanding 1,960, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir.

Jumlah beban tenaga pula yang terpaksa dipotong juga terus menurun kepada 10 MW (megawatt) berbanding 33 MW semalam, kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Abdul Aziz Abdul Majid.

"Setakat jam 12.00 tengah hari ini,  46 janakuasa bergerak dengan kapasiti hingga 1,000 kVA  (kilo Volt Ampere) juga sedang dioperasikan di Kelantan.

"Kami juga sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set-set janakuasa ini,di lokasi-lokasi yang memerlukan," kata Ir. Abdul Aziz.

Di Pahang, jumlah PE yang masih belum dipulihkan menurun kepada 217 setakat ini berbanding 584, iaitu jumlah keseluruhan PE yang dipotong semasa banjir  .

Sementara itu di Perak, sebanyak 57 PE masih belum dipulihkan.

Kepada mangsa-mangsa banjir yang kembali ke premis masing-masing, para pengguna terlibat adalah dinasihatkan supaya memastikan pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik mereka adalah selamat untuk digunakan.

Sehubungan dengan itu juga, para pengguna terlibat adalah dinasihatkan untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memeriksa terlebih dahulu pendawaian elektrik dan semua peralatan elektrik sebelum selamat untuk digunakan.

Para pengguna terlibat bolehlah menghubungi pejabat-pejabat ST di negeri masing-masing seperti nombor telefon berikut bagi mendapatkan khidmat nasihat:

1.      Kelantan dan Terengganu – 09-748 7390

2.      Pahang – 09-514 2803

3.      Perak – 05-253 5413

 - HARAKAHDAILY

Skuad Dapur Rakyat beri khidmat terbaik untuk mangsa banjir

Posted: 03 Jan 2015 04:10 PM PST

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 





KUALA KANGSAR: PAS sangat berpuas hati dengan skuad "Dapur Rakyat" yang telah memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.

(Gambar atas: Salahuddin bersama dengan beberapa orang anggota ATM yang bertugas semasa banjir di Lenggong, Perak)

Pengarah Pusat Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, skuad tersebut menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan mangsa banjir dari segi makanan.

Menurutnya, dapur rakyat telah dibuka dan beroperasi di bawah MEDM di semua lokasi banjir di seluruh negara.

"MEDM 'salute' dan mengucapkan terima kasih kepada skuad Dapur Rakyat di semua pusat operasi banjir, mereka yang telah memberikan khidmat yang terbaik.

"Ternyata skuad tersebut telah menjadi 'trademark' dan dikenali oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Dapur Rakyat Kuala Kangsar, semalam.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, ketika beliau melawat semua pusat operasi banjir PAS, Dapur Rakyat telah memainkan peranan mereka dalam membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah mendapat keperluan makanan.

Katanya, tidak kurang sehari sebanyak dua sesi bekalan makanan disalurkan kepada semua mangsa tanpa mengira batasan politik.

Katanya, kerajaan tidak memainkan peranan serta tanggungjawab mereka dalam soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di luar pusat pemindahan.

Tegas beliau, PAS sangat kecewa apabila kerajaan melalui agensinya gagal memastikan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terjaga daripada semua aspek.

"Tidak kira di pusat pemindahan atau di mana sekali pun, kerajaan pusat melalui agensinya perlu bertanggungjawab membantu menyediakan bantuan makanan mangsa-mangsa banjir.

"Tak sepatutnya berlaku mangsa banjir dalam keadaan kelaparan, walau bagaimanapun PAS tetap memikirkan aspek terus dengan menubuhkan skuad Dapur Rakyat," jelasnya lagi.

Dalam lawatannya ke Perak, Salahuddin telah meninjau lokasi banjir di Kuala Kangsar, Pasir Salak, Sungai Siput dan Lenggong.

Beliau turut melawat semua PEDM yang ditubuhkan di semua lokasi banjir bagi memastikan pengoperasiannya mengikut arahan yang dikeluarkan di peringat pusat. – HARAKAHDAILY

Harga Sayur Kembali Stabil Dalam Tiga Bulan - Ismail Sabri

Posted: 03 Jan 2015 03:41 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
BERA: Kenaikan harga sayur dan ikan terutama di negeri terjejas banjir dijangka dapat diatasi dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kementerian telah mengimport bekalan sayur dan ikan dari negara jiran sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan dan menstabilkan semula harga.

"Pengeluaran makanan agak terjejas terutama apabila kawasan rendah (untuk penanaman sayur) dinaiki air. Bagaimanapun kita akan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

"Setakat ini harga masih terkawal kerana ramai tidak perlu membeli sayur kerana berada di pusat pemindahan. Cuma saya risau keadaan selepas ini apabila mereka sudah balik.

"Sebab itu kita telah arahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mula mengimport bekalan makanan dan sayuran," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Shafik Fauzan dan Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sembilan jenis sayuran yang terlibat ialah kobis bulat, tomato, cili merah, kentang, halia, bawang merah dan besar bawang besar India serta Holand, kelapa, selain bawang putih yang diimport dari Indonesia, China Vietnam, India dan Holand.

Ismail Sabri tidak menafikan berlaku kenaikan harga sayur di pasaran sehingga 70 peratus terutama di negeri terlibat banjir.

Bagaimanapun katanya bekalan ikan tidak mempunyai masalah kerana stok untuk ikan sejuk beku telah disediakan sejak November lagi.

Katannya sehubungan dengan itu juga, kementerian menerusi Fama dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan mengadakan pasar tani dengan jualan murah istimewa selepas banjir di 556 pasar tani di seluruh negara dalam usaha menstabilkan semula harga.

"Kita akan lancarkan pasar tani dengan menawarkan harga istimewa Jumaat ini di Putrajaya dan kita akan bagi senarai barangan serta harganya dengan potongan harga istimewa," kata Ismail Sabri.

Mengulas mengenai jumlah kerugian yang dialami petani, penternak dan nelayan akibat bannjir, beliau berkata ia belum dapat dipastikan sehingga banjir benar-benar surut.

Katanya pegawai veterinar dan pertanian di peringkat daerah sudah diarahkan supaya membuat taksiran.

Ismail Sabri berkata golongan itu yang terjejas dengan banjir perlu mendaftar dengan jabatan pertanian daerah untuk diberikan pampasan menerusi peruntukan RM50 juta daripada Tabung Bantuan Bencana Agro yang telah diwujudkan tahun lepas.

Tiada ulasan: