Khamis, 22 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Adilkah Blogger ProPakatan dihukum, ProBN Dibiar Bebas? -Jingga 13

Posted: 22 Jan 2015 05:26 AM PST

KELAB GREENBOC



 


Pengerusi Kordinator Jingga 13 Malaysia Faris Musa amat kesal dengan tindakan memenjarakan blogger Azimuddin Ahmat.

Beliau mendakwa, hukuman tersebut sebagai satu tindakan yang zalim dan bertujuan menganiaya blogger berkenaan.

"Tindakan memenjarakan Azimuddin selama tiga bulan juga tidak wajar," tegasnya.

Beliau mendakwa tindakan itu sebagai usaha mengekang kebebasan bersuara dan internet oleh kerajaan UMNO/ Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap blogger dan aktivis proPakatan Rakyat tetapi pada masa sama membiarkan segala fitnah yang dilakukan oleh Blogger ProUMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azimuddin kini di penjara tiga bulan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel berkaitan kes bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Rais Yatim yang telah disalin ke dalam blog beliau.

Faris juga mendakwa tuduhan terhadap seorang penulis blog Milo Suam, Yusof Al Siddique Suratman yang dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan sebagai tidak masuk akal. Beliau kini akan meneruskan perjuangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Yusof didakwa di bawah Seksyen 505 (b), di atas tuduhan menimbulkan ketakutan ketika pencerobohan Sulu.

"Ini jelas satu pertuduhan yang jelek. Betapa tidak masuk akal undang-undang dimanipulasikan bagi mendakwa untuk memenjarakan seorang penulis blog atas sebab mencetuskan ketakutan.

"Jika menimbulkan ketakutan sahaja sudah boleh didakwa, adakah penulis novel dan pengarah filem yang jelas sengaja menimbulkan ketakutan juga perlu didakwa dan dipenjarakan," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan segala pertuduhan tersebut sebagai satu usaha terdesak bagi menekan kebebasan bersuara terhadap masyarakat khususnya blogger dan aktivis ProPR.

"Jingga 13 Malaysia yakin kedua-dua blogger yang juga merupakan ahli Sekretariat Jingga 13 Malaysia akan terus konsisten membongkar kerakusan penguasa UMNO dan BN," tegasnya. -FMT


Apa yang dimaksudkan hina mahkamah? – Isteri Blogger

Isteri kepada blogger Sharpshooter, Amizuddin Ahmat menyelar tindakan hukuman pemenjaraan suaminya oleh Mahkamah Persekutuan.

Amizuddin, kini di penjara tiga bulan di atas kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel yang disalin ke dalam blog Sharpshooter.

"Apa yang dimaksudkan menghina mahkamah, " tanya Hamizah binti Che Amat, 44, ketika bersama-sama NGO Jingga 13 Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap hukuman ke atas Azimuddin

"Mengapa Rais Yatim hanya menyaman Amizuddin Ahmad sedangkan sebelum ini beliau mendakwa blogger lain ada mengeluarkan artikel terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia itu," tambahnhya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau ditemani oleh peguam Eric Paulsen.

Jelasnya, blogger lain yang juga membuat kesalahan sama seperti suaminya itu adalah Irene Fernandez dan Rocky Bru.

Namun, beliau bangga dengan suaminya kerana membela nasib seseorang di blognya walaupun dianggap satu kesalahan.

Hamizah juga meluahkan kekecewaannya terhadap layanan pihak penjara yang didakwanya sebagai sangat teruk.

Beliau berkata, "Suami saya diberi makanan yang teruk seperti makanan ikan yang sudah berbau selain memberi air minuman di dalam baldi yang dikongsi seramai lima orang,"

"Selain itu suami saya juga tidak mempunyai air untuk menunaikan solat dan ini satu layanan yang teruk,"
tambahnya.

Sementara itu, Eric pula berkata seharusnya pihak penjara yang sudah lama ada di Malaysia perlu memberi makanan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Bukannya memberi makanan yang selayaknya untuk kucing dan anjing seperti didakwa oleh Azimuddin kepada saya," katanya.
-FMT


Putrajaya amal pendakwaan terpilih, blogger BN 'kebal', dakwa Paulsen

Putrajaya didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih apabila hanya mengambil tindakan terhadap kumpulan pro pembangkang Pakatan Rakyat (PR), namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap kesalahan sama dilakukan kumpulan pro Barisan Nasional (BN), kata pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Paulsen berkata, perkara itu jelas apabila blogger pro PR, Milosuam dikenakan tindakan, sedangkan blogger BN seperti Papagomo dilihat kebal daripada dikenakan sebarang tindakan walaupun melanggar undang-undang.

"Blogger BN kebal, tapi bila blogger PR, buat satu kesilapan, habislah... satu standard untuk blogger pro BN, satu standard untuk blogger pro Pakatan,"
kata Paulsen pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013.

"Kenapa ada perbezaan dalam undang-undang, pendakwaan 'double standard' terpilih?" kata Paulsen.

Paulsen berkata, mahkamah juga tidak seharusnya mengenakan hukuman maksimum terhadap Yusuf memandangkan beliau ialah pesalah kali pertama disabitkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan.

"Beliau pesalah pertama di Malaysia, tiada buku undang-undang mengatakan perlu memberikan hukuman maksimum," katanya.

Yusuf dituduh atas dakwaan "menyebabkan rasa takut" kerana menyiarkan artikel di blognya bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah".

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari, 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Kiram berkata matlamat mereka menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
-TMI

'Peranan Razak dalam isu Scorpene disiasat'

Posted: 22 Jan 2015 05:15 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kes Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap syarikat kapal tentera laut Perancis DCNS berhubung dakwaan sogokan RM7.3 bilion dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dengan Malaysia masih diteruskan, kata bekas pengarahnya Cynthia Gabriel.

Katanya, beliau masih berminat meneruskan kes yang difailkan NGO hak asasi manusia itu ketika bawah pentadbirannya sebelum ini.

Gabriel (kanan) berkata, sepanjang pengetahuannya, Suaram yang memfailkan kes di Paris pada 2011, tidak melupakannya begitu sahaja.

Katanya, mahkamah cuba mengesahkan sama ada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dilepaskan daripada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bertindak atas kapasiti rasmi untuk Kementerian Pertahanan.

Setakat ini, katanya, Abdul Razak yang kini dipercayai tinggal di United Kingdom, dikatakan "rakan dan sekutu rapat" timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Mogok lapar bukan budaya Malaysia, kata Subramaniam

Posted: 22 Jan 2015 05:09 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER


Mogok lapar yang dilancarkan seorang pemimpin MIC di hadapan pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya bukan sebahagian daripada budaya Malaysia, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar).

"Ia bukan satu budaya yang kita harus ikuti. Tidak di Malaysia. Ini ialah budaya India. Biarkan sahaja budaya itu di benua tersebut.

"Kita harus membawa aspek yang baik dan bukan aspek buruk budaya (India) ke negara ini," katanya ketika mengulas mogok lapar oleh Setiausaha Agung MIC Datuk G.Kumar Aaman hari ini.


Subramaniam yang juga menteri kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baharu kepada kakitangan kementerian di Putrajaya, hari ini.

 Kumar Aaman memulakan mogok lapar kira-kira 2 petang tadi untuk membantah arahan RoS, yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai setiausaha agung MIC adalah tidak sah.

Kumar Aaman berkata beliau tidak akan makan sehingga Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan menyingkirkan ketua pengarah RoS.

"Saya akan tidur di luar bangunan dan hanya menelan cecair sehingga keadilan dilaksanakan," kata beliau.

Keadaan di luar RoS di Putrajaya dilaporkan tenang dan terkawal.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan pelantikan Kumar Aaman sebagai setiausaha agung parti awal bulan ini bersama pelantikan lain ke jawatan utama dalam parti.

Pada Rabu, Dr Subramaniam berkata RoS memaklumkan secara bertulis ia tidak mengiktiraf pelantikan yang dibuat oleh MIC ekoran perintahnya supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan-jawatan tertentu.

Pada 5 Disember, RoS  mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung parti pada November 2013, dan mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

Kepada satu soalan, Subramaniam berkata beliau akan menemui presiden parti minggu depan untuk membincangkan kemelut MIC dalam usaha mencari penyelesaian.

"Saya sentiasa berharap  presiden akan bertemu dan bercakap dengan saya," kata beliau. – Bernama

Pemuda PKR persoal kehilangan RM212 juta dana PLKN

Posted: 22 Jan 2015 05:04 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Putrajaya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara‎ bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi. – Gambar Wikipedia, 22 Januari, 2015.Putrajaya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara‎ bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi. – Gambar Wikipedia



Pemuda PKR hari ini mempersoalkan kehilangan dana peruntukan Program Latihan Khidmat Negara‎ (PLKN) sebanyak RM212 juta yang didakwa tidak selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Strateginya Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, berdasarkan anggaran perbelanjaan PLKN dalam Bajet 2015 yang dibentangkan tahun lepas adalah sebanyak RM612,684,400.

"Ini menimbulkan persoal terhadap perbezaan anggaran perbelanjaan iaitu sebanyak RM212,684,400 berbanding jumlah penjimatan sebanyak RM400 juta yang diumumkan perdana menteri akibat penangguhan PLKN tahun 2015.


"Sebagai perbandingan, anggaran perbelanjaan PLKN bagi 2015 tidak jauh berbeza dengan 2014 iaitu RM667,808,800," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Justeru, Pemuda PKR mendesak Putrajaya menjawab kekeliruan yang wujud kerana masih menanggung perbelanjaan RM212 juta untuk 2015 walaupun program PLKN  ditangguhkan.

"Adakah syarikat-syarikat yang menerima kontrak perkhidmatan PLKN bagi 2015 masih menerima bayaran penuh atau sebarang pampasan akibat penangguhan PLKN?

"Dan jika ya, syarikat manakah yang masih menerima bayaran atau pampasan itu?" soalnya.

Akmal berkata, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar jujur ingin mengurangkan perbelanjaan melalui penangguhan PLKN 2015, kerajaan sepatutnya membuat penjimatan sebanyak RM612 juta, bukan sekadar 65% daripada anggaran perbelanjaan asal iaitu hanya RM400 juta.

Putrajaya pada Isnin mengumumkan penangguhan PLKN  bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi disebabkan kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit baru-baru ini.

Perdana menteri semasa mengumumkan semakan Bajet 2015 berkata, langkah tersebut akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta.

"Dengan ini saya mengumumkan penangguhan program PLKN sebanyak RM400 juta, ia bagi membolehkan program tersebut dikaji dan disemak semula," kata Najib.

Langkah tersebut diumumkan memandangkan kerajaan dijangka kekurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion dengan mengambilkira kejatuhan harga minyak dunia pada $55 setong.

Walaupun subsidi bahan api menjimatkan kerajaan sebanyak RM10.7 bilion, Najib berkata kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak RM8.3 bilion bagi menampung Bajet 2015.

PLKN yang mula dilaksana pada 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihan seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Video Zamani: PDRM dikritik hebat pengguna laman sosial

Posted: 22 Jan 2015 04:54 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER

Gambar daripada video yang memaparkan vokalis Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan bergari. – Gambar Youtube, 22 Januari, 2015.Gambar daripada video yang memaparkan vokalis Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan bergari. – Gambar Youtube



Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikritik hebat pengguna laman sosial ekoran tersebarnya video buli bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika berada dalam tahanan polis.

‎Video tersebut memaparkan penyanyi terkenal sekitar era 90-an itu menyanyi dalam keadaan dipercayai di bawah pengaruh dadah dengan tangan bergari.

Ia turut mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ‎apabila menulis dalam laman Twitternya; "Ada di kalangan kita yg suka mengaibkan org lain: saingan politik, remaja, penyanyi..."‎ katanya sebagai reaksi terhadap pendedahan video tersebut.

Manakala seorang pengguna Twitter, Mohd Azim memberi komen berkata‎; "trend kelakuan yang sangat menakutkan Datuk. Maaf cakap tetapi sikap ini buat kita lemah dan saling berbalah," katanya menjawab reaksi Saifuddin itu. Seorang pengguna sosial Twitter @chandran_alex pula berkata;" Bukan sahaja Islam, semua agama tidak membenarkan kita mengaibkan orang lain," katanya.

‎Ekoran tercetusnya kemarahan di kalangan pengguna laman sosial mengenai  penyebaran video itu, satu hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani dilancarkan sebagai tanda bantahan kepada pihak polis.

Ia bertujuann mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar satu kenyataannya hari ini berkata pihak berkuasa akan menyiasat dalang yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

‎Pada Rabu, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine pada jam 12.30 pagi,

Penyanyi itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kumar ikrar mogok lapar hingga 'akhir hayat'

Posted: 22 Jan 2015 04:37 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha agung MIC G Kumar Aaman berikrar untuk meneruskan mogok laparnya "hingga ke akhir hayat" bagi mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memenuhi tuntutanya.

"Saya akan terus berada di sini hingga akhir hayat. Saya sanggup mati demi masyarakat India," katanya.

Kumar dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden parti Datuk Seri G Palanivel, namun ROS tidak mengiktiraf kedudukannya.

Beliau berikrar untuk tidak berganjak selagi Kementerian Dalam Negeri tidak menyingkirkan Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah  dan pasukan penyiasatnya dari kes berhubung masalah pemilihan MIC.

Kumar ketika bercakap kepada pemberita berkata, beliau akan tidur di luar bangunan dan tidak akan makan sehingga "keadilan ditegakkan".

Beliau bagaimanapun akan tetap minum, katanya.

Beliau ditemani peguam T Rajasekaran, anggota jawatankuasa pusat KP Samy dan ketua penerangan, L Sivasubramaniam.

Pergolakan dalam MIC itu timbul selepas ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru untuk tiga jawatan naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat.

SYABAS nafi gangguan bekalan air 36 jam di Selangor

Posted: 22 Jan 2015 03:23 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyangkal dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.
 
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred, berkata pemantauan SYABAS mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.
 
"Maklumat yang tersebar itu tidak benar kerana gangguan selama 36 jam yang berlaku adalah merujuk kerja kecemasan membabitkan pembaikan paip pecah di jajaran paip utama bersaiz 1200 milimeter dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang.
 
"Kerja kecemasan ini hanya membabitkan gangguan bekalan air di sebahagian kawasan di Daerah Hulu Langat dan Sepang saja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Katanya, kerja kecemasan itu sudah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air sudah disambung semula kepada pengguna.
 
SYABAS juga menjangkakan bekalan air di semua kawasan terbabit akan pulih sepenuhnya menjelang jam 8 pagi esok seperti yang dinyatakan dalam kenyataan menerusi media Selasa lalu.
 
"SYABAS menyeru pengguna tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
 
Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

Dakwa kerajaan negeri tak kerjasama, Azmin kata Noh Omar pembohong

Posted: 22 Jan 2015 03:20 AM PST

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic



BATU ARANG: Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyifatkan Datuk Seri Noh Omar sebagai pembohong kerana mendakwa kerajaan negeri tidak memberi kerjasama sehingga menyebabkan projek-projek kerajaan persekutuan terbantut.

Katanya, dakwaan beliau tidak memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan adalah tidak wajar kerana keadaan adalah sebaliknya.

Kelmarin Noh Omar yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) menjemput Azmin meninjau projek-projek pembangunan persekutuan termasuk projek Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT).

Katanya, Azmin seharusnya menerima 'jemputan' berkenaan memandangkan Timbalan Presiden PKR itu sering menguar-uarkan dirinya mahu menghabiskan 80 peratus masa untuk turun padang bagi mendengar masalah rakyat.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerajaan persekutuan sendiri tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri," kata Azmin.

"Sebagai contoh kita ada Jawatankuasa Tindakan Negeri untuk melihat kemajuan projek-projek persekutuan. Mereka tidak mahu datang mesyuarat, tidak berikan senarai projek persekutuan.

"Jadi macam mana kita nak tinjau? Jadi dakwaan Noh Omar itu pembohongan," katanya kepada wartawan selepas majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri.

Chef Wan kini ditahan di wad hospital

Posted: 22 Jan 2015 03:14 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM:  Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail yang lebih mesra dengan panggilan Chef Wan kini ditahan di sebuah hospital akibat penyakit bronkitis. 
 
Perkara ini disahkan sendiri oleh anaknnya, Serina Redzuawan menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
 
Serina dalam masa sama memohon peminat ayahnya dan orang ramai mendoakan kesihatan Chef Wan. 
 
Katanya juga, sehingga kini Chef Wan tidak boleh menerima tetamu termasuk keluarga kerana dinasihati untuk berehat sahaja.
 
Bronkitis ialah penyakit radang pada salur bronkus dalam paru-paru.
 
Baru-baru ini  Chef Wan ulas menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan stesen TV3 semasa Anugerah Juara Lagu Ke-29 yang dilihat tidak mengutamakan langsung keselesaan penonton dan peminat dengan pengiklanan produk Qu Puteh yang disifatkannya keterlaluan. 
 
Terdahulu,  Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat MAS.
 
Menggelarnya sebagai 'telanjang', dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Polis Kenal Pasti Anggota Rakam, Sebar Video Zamani

Posted: 22 Jan 2015 03:08 AM PST

 
 
 
Zamani didakwa sebagai individu yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan polis baru-baru ini.
 
 
 
PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.

Ketua Polisnya, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.

"Anggota tersebut dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini. Kami memandang serius perbuatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

"Kertas siasatan kes tersebut akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Samah turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dengan telus tanpa mengira sesiapa pun yang terlibat.

"Tindakan dalaman mengikut prosedur tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes itu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil dia diarahkan menyanyikan lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Dua Lelaki Lari Dari Tahanan Polis Guna Serbuk Kari Ditahan Semula

Posted: 22 Jan 2015 03:05 AM PST


Oleh: ROYCE TAN


 
 
 
KEPALA BATAS: Dua lelaki yang menggunakan serbuk kari untuk melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth dari penjara Pulau Pinang pada Januari 2013 telah ditangkap semula.

Hamzani Harun, 39 dan Hisham Abdul, 41, kedua-duanya ditahan di sebuah kampung di Jitra, Kedah dalam satu operasi polis antara pukul 11.30 pagi Rabu dan pukul 3 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata Hamzani dan Hisham telah menukar nama masing-masing kepada Mat Blue dan Sham Tok E dan memohon perlindungan di kampung itu untuk mengelak daripada dikesan.

Pada 7 Januari dua tahun lalu, kedua-dua mereka adalah antara tujuh tahanan yang melarikan diri daripada tahanan polis selepas melemparkan serbuk kari kepada anggota polis di dalam sebuah van ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth.

Dua daripada mereka telah ditembak mati manakala tiga yang lain ditangkap semula dalam tempoh enam hari kejadian.

Polis Akan Siasat Video Zamani Nyanyi Sambil Tangan Bergari

Posted: 22 Jan 2015 03:03 AM PST


Oleh: RAHMAH GHAZALI


 
 
 
PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap klip video vokalis kumpulan popular 90-an yang menyanyi dalam keadaan tangannya digari.

"Polis akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter @PDRMsia, Khamis.

Video, berkenaan dipercayai telah direkodkan tidak lama selepas Zamani ditangkap yang menunjukkan dia, dalam keadaan tangan bergari diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Video itu telah tersebar di media sosial dan telah mendorong pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

Zamani, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, ditahan pada pagi Rabu kerana didakwa terbabit dalam penyalahgunaan dadah di rumahnya di Taman Keramat, Ampang.

Dia ditangkap dengan seorang wanita berusia 32 tahun kerana didakwa memiliki plastik yang mengandungi apa yang dipercayai 1.2g heroin.

50 tan al-Quran rosak akibat banjir

Posted: 21 Jan 2015 10:26 PM PST


Rahmat Rahmat
 
 
KOTA BHARU - "Al-Quran adalah mukjizat diamanahkan kepada orang Islam untuk dijaga, dibaca dan difahamkan maksud ayatnya, selain perlu dihormati, sebab itulah penting untuk lupuskan al-Quran yang rosak akibat banjir."

Itu peringatan disampaikan pemilik Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran, Percetakan Saufi di Cheras, Kuala Lumpur, Rahmat Mahdan ketika menceritakan mengenai 10 tan al-Quran hanyut banjir yang diserahkan Yayasan Warisan Ummah (WUI) untuk  dilupuskan.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan 300 al-Quran  dihantar dan dilupuskan dari Kelantan termasuk di Kuala Krai iaitu daerah paling kritikal melibatkan lebih 50 tan al-Quran rosak diselaputi  lumpur semasa banjir.

"Banjir kali ini benar-benar menguji hati mangsa dan saya percaya masih ramai yang tidak tahu cara melupuskan al-Quran rosak yang ditemui berlumpur tebal ini.

"Jika ada al-Quran yang banyak ditemui di kawasan banjir ini, kumpul dan hantar ke masjid berdekatan, yang mana masjid ini akan serah kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), kemudian Maik serah kepada kami," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Aktifkan Rumah Ngaji di Pejabat Sinar Harian Kelantan, di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana proses pelupusan al-Quran dilakukan, Rahmat berkata, ia akan dilakukan secara berperingkat dengan diiktiraf oleh Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Selain al-Quran yang rosak akibat banjir, kami juga melupuskan al-Quran yang tersalah cetak dan bahan yang tertera ayat suci al-Quran seperti bingkai al-Quran, papan tanda, plastik, cermin, kaca dan sebarang bentuk tulisan al-Quran.

"Jika cuaca baik, mereka akan menyerahkan al-Quran rosak diminta mengeringkannya terlebih dahulu bagi memudahkan kerja pelupusan seterusnya," katanya.

Menurutnya, proses pelupusan ada cara yang sempurna dan ia perlulah mengikut adab bagi menjaga kesucian ayat al-Quran.

"Kita letakkan ayat al-Quran dengan sempurna atau beradab. Terlebih dahulu ia perlu dileraikan sehingga ia 'balik kepada asal' menjadi sebuah al-Quran seperti sedia kala.

"Kemudian, kita akan lupuskan dengan beberapa kaedah termasuk pengasingan, rincih dan dimasukkan ke dalam alat seperti 'insininator' atau ketuhar untuk proses pembakaran," katanya.

Sukar menceritakan bagaimana proses pembakaran al-Quran yang mempunyai mukjizat, Rahmat memberitahu semua kerja yang melibatkan al-Quran itu dipermudahkan dengan pertolongan ALLAH SWT.

Selepas proses pembakaran tersebut, ia kemudian menjadi abu dan berbentuk tepung, seterusnya diproses dengan air atau dijadikan dalam bentuk kiub dan proses terakhir, dihantar untuk dihanyutkan di laut.

"Usah tanya berapa lama tempoh pelupusan ini, namun berdasarkan pengalaman saya sejak 2008, kerja melupuskan al-Quran ini adalah kerja ALLAH SWT, cepat atau lambat semuanya bergantung kepada keadaan dan kehendak-Nya.

"Semasa melakukan kerja pelupusan, memang ada ayat tertentu semasa berada dalam peringkat pemprosesan dan kita perlu sentiasa berdoa, minta dipermudahkan," katanya.

Selain itu katanya, KDN bersama mereka semasa kerja pelupusan al-Quran  di laut, pihaknya turut meminta izin Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memudahkan kerja tersebut.

Menurutnya, usaha melupuskan al-Quran yang rosak boleh dilakukan bersendirian, namun ia lebih afdal dibuat secara beradab dan pihaknya  tidak galakkan orang ramai lupuskan al-Quran sendirian, sebaliknya disarankan hantar ke masjid berdekatan atau Maik.

"Kerja ini sentiasa dipermudahkan, sama seperti modal. Jangan tanya di mana datangnya modal kerana semuanya dipermudahkan dengan pertolongan ALLAH SWT.

"Jika ada yang mahu bantu, boleh hulurkan, sekurang-kurangnya kerja yang mudah dipercepatkan lagi urusannya," katanya.

Nik Aziz tegur bacaan al-Quran silap

Posted: 21 Jan 2015 10:23 PM PST


NIK MOHAMAD ABDUH  
NIK MOHAMAD ABDUH


SHAH ALAM - "Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap," demikian ujar Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz‎ mengenai bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Nik Mohamad Abduh, bapanya yang juga Mursyidul Am Pas itu sudah beberapa kali sedar dan mampu bertanya khabar.

"Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluargan" katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Semalam dalam perkembangan terkini, Nik Aziz dilaporkan menjalani 'CT scan' dan beliau disahkan tidak mengalami masalah kesihatan lain.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda semakin stabil, kata Nik Abduh‎]

Tambah Nik Mohamad Abduh, bapanya berkeadaan baik dan para doktor berusaha memastikan Nik Aziz minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

Ada antara tetamu yang hadir turut berpeluang berkomunikasi dengan bapanya.

"Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya.

"Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda," katanya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, bapanya dalam wajah ceria menjawab : "Alhamdulillah, moga kembali sihat."

Madrasah Lotfi tidak didik militan

Posted: 21 Jan 2015 10:21 PM PST


Video yang mencetuskan kontroversi. Video yang mencetuskan kontroversi.
 
 
ALOR SETAR - Madrasah Nurul Hidayah yang diasaskan Mohd Lotfi Ariffin yang terkorban dalam peperangan di Syria tahun lalu bukan tempat untuk melahirkan militan.

Abang sulung Mohd Lotfi yang juga pengasas bersama madrasah itu, Mohd Zainon Ariffin berkata, tanggapan itu terpalit kepada madrasah berkenaan setelah video diterbitkan The New York Times pada 14 Januari lalu tersebar.

"Video itu menggambarkan seolah-olah madrasah ini tempat melahirkan pengganas, sebenarnya madrasah tidak mengajar sesiapa pun menjadi zalim atau ganas. Islam mengharamkan keganasan.

"Madrasah ini wujud sejak 1987 sebagai sebuah pondok pengajian Islam menggunakan kaedah Umumi dan Nizomi," katanya.

Menurutnya, selepas video itu menjadi viral di laman sosial, beliau dihujani pelbagai maklum balas, termasuk yang negatif.

"Ingin saya perjelaskan kekeliruan yang timbul. Sebenarnya sesi temu bual untuk penerbitan video itu mengambil masa dua hari, termasuk penggambaran sekitar Madrasah Nurul Hidayah. Saya ada bertanya berapa lama siaran dokumentari dan dimaklumkan selama 48 minit, namun video itu hanya disiar sekitar lapan minit," katanya.

Beliau berkata, video itu tidak memaparkan ucapan penuh beliau sebaliknya disunting dan menyebabkan ucapannya disalah tafsir apabila kata-katanya dimanipulasi.

"Sebenarnya saya menggalakkan pelajar di madrasah meneladani Mohd Lotfi, yang juga dipanggil ustaz kerana beliau antara tenaga pengajar di sini. Saya mahu pelajar mencontohi Mohd Lotfi dalam mencapai ilmu di peringkat tertinggi seperti tekun menuntut ilmu selain menghafaz hingga awal pagi. Pelajar wajib mencontohi kalau mahukan ilmu seperti itu," katanya.

Menurutnya, sikap Mohd Lotfi yang sentiasa memelihara solat berjemaah setiap waktu juga perlu dicontohi pelajarnya, selain mengamalkan solat dhuha dan sembahyang tahajud.

"Mohd Lotfi juga sering mengulang al-Quran dan sebagai pelajar yang menghormati beliau, mestilah mengikut disiplin itu. Itulah ucapan penuh yang sepatutnya ada dalam video tersebut," katanya.

Mohd Zainon berharap penjelasan ini dapat menepis dakwaan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan madrasah itu mahupun adiknya dengan aktiviti militan di luar negara.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan akan memantau semua madrasah di negara ini bagi memastikan ideologi militan tidak mempengaruhi pelajar selain tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Khalid menyatakan polis turut memantau Madrasah Nurul Hidayah yang diasaskan Mohd Lotfi yang beroperasi di Kuala Ketil, Baling, Kedah.

Susulan itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini memantau semua madrasah di negeri ini termasuk aktiviti yang dilakukan, sebagai langkah awal agar ideologi militan tidak bertapak.

MH17: Belanda jalankan siasatan terperinci

Posted: 21 Jan 2015 10:19 PM PST

SINAR HARIAN

mh17
 
 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Belanda akan meneruskan siasatan terperinci untuk mencari punca penembakan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di timur Ukraine dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Ini dinyatakan Selasa oleh Menteri Luar Belanda Bert Koenders semasa acara yang diadakan di Institut Keamanan Antarabangsa di New York apabila beliau menyampaikan ceramah tentang 'Bangsa Bersatu pada 70', yang menonjolkan peranan konstruktif dan berguna dalam semua bentuk hal ehwal dunia tetapi juga menggesa bagi reformasi.

"Tahun 2014 adalah sukar bagi masyarakat dunia. Berikutan tragedi MH17, Kerajaan Belanda mengalami secara langsung bagaimana krisis global masa kini menjadi celaru. Hal ehwal luar menjadi terlalu peribadi untuk kebanyakan rakan senegara saya.

"Kami kehilangan hampir 200 rakyat (Belanda) tetapi banyak keluarga di seluruh dunia kehilangan orang tersayang. Kami masih bekerja keras dengan semua pihak untuk membantu siasatan bertujuan mencari pelaku yang bertanggungjawab," kata Koenders semasa berucap pada auditorium IPI yang penuh sesak. 

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu juga menunjukkan bahawa di negaranya, seperti di kebanyakan negara lain, bahawa "krisis antarabangsa boleh menyentuh perasaan warga negara individu walaupun jauh', menjadikan dasar dalam dan luar negara saling berkait rapat.

Ketika diminta menjelaskan pendirian rasmi Kerajaan Belanda mengenai insiden penembakan MH17 dan sama ada ia telah mengenal pasti siapa atau apa yang menjadi punca penembakan, Koenders memberitahu Bernama bahawa "siasatan menyeluruh" sedang dijalankan.

Sambil menyifatkan soalan itu sebagai 'sangat, sangat penting', Koenders berkata jawapan kepada soalan ini perlu dilakukan dengan cara "sangat profesional yang menunjukkan kita memandang serius mengenai siasatan ini."

Koenders menjawab dengan panjang lebar kepada soalan wartawan namun berkata berkata beliau tidak dapat menuding jari ketika ini tentang siapa yang bertanggungjawab terhadap penembakan pesawat MH17.

"Kami mempunyai pasukan siasatan yang telah bekerja secara intensif di Ukraine seperti juga di The Hague dengan bekerjasama rapat dengan negara lain dalam apa yang dikenali sebagai pasukan siasatan bersama... Australia, Malaysia dan...jelas, kami terpaksa bekerjasama dengan Ukraine untuk mengeluarkan bangkai pesawat dengan melalui akses amat rumit.

"Pada ketika ini, siasatan bebas sedang dijalankan dalam konteks kerjasama dengan negara lain, terutama oleh kumpulan bebas yang berpusat di Belanda dengan mendapat kerjasama dari negara lain," kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu berharap dapat menyediakan hasil siasatannya dalam laporan akhir tahun ini.

Ini akan menjadikan keadaan 'sangat jelas atas dasar siasatan secara menyeluruh untuk menentukan apa yang berlaku dan mengemukakan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Menteri Luar Belanda itu berkata ia satu tugas yang besar untuk mengeluarkan bangkai pesawat dan mengumpul semua maklumat dari seluruh dunia sambil menekankan tentang pentingnya proses undang-undang untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Saya ingin menekankan betapa pentingnya hakikat bahawa insiden penembakan pesawat juga menjadi sebahagian daripada perbincangan dalam Majlis Keselamatan," kata Koenders.

Seorang pegawai PBB, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Bernama bahawa insiden penembakan MH17 adalah isu dalaman besar di Belanda.

Beliau juga berkata isu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Belanda Mark Rutte di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. - Bernama

Semakan belanjawan: Berjimat cermat itu perlu, tapi awasi muslihat

Posted: 21 Jan 2015 10:13 PM PST



Oleh Hazlan Zakaria 


Semakan belanjawan 2015 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Bajet Kajian telah diungkapkan untuk menjawab soalan pengkritik dan penganalisis politik mengenai isu apa yang harus kerajaan "campur tangan", dalam hal isu-isu ekonomi yang dijangka, dan banjir teruk baru-baru ini dan kejatuhan harga minyak.

Tetapi mungkin ada sesuatu yang perlu diawasi, kerana ini boleh menjadi satu lagi peluang untuk pentadbiran Najib menjalankan muslihat, pentadbiran yang diketahui menukar belanjawan-belanjawan yang diluluskan Parlimen dengan belanjawan-belanjawan tambahan yang dibentangkan kemudiannya. 

Mungkin apa yang digelar campur tangan itu hanyalah satu lagi peluang untuk Najib menjalankan kegiatan biasanya. 

Tetapi apa jua yang berlaku, dalam semakan itu beliau ada menyentuh mengenai isu-isu utama yang menjadi perbalahan sementara menantikan pengumuman.

Kepada mereka yang meminta beliau untuk lebih berjimat, beliau ada berbuat demikian, lebih kurang.

Beliau menjimatkan RM400 juta dengan menangguhkan program Khidmat Negara dan RM300 juta lagi dengan mengenepikan perolehan-perolehan kerajaan yang tidak penting. Manakala RM1.6 bilion lagi telah dijimatkan dengan cara 'mengoptimumkan' perbelanjaan kerajaan dalam perkhidmatan, acara, mesyuarat dan perkhidmatan profesional.

Kerajaan sering dituduh membazir dengan menganjurkan acara-acara mewah dan sesi-sesi mesyuarat lanjutan mahal di resort-resort dan hotel terpilih. 

Tidak diketahui jika perkhidmatan profesional ini termasuklah perunding-perunding atau perkhidmatan perundingan yang menelan belanja tinggi yang Najib gemar lantik, tetapi ada baiknya jika ia dilakukan. 

Namun sesetengah pengkritik seperti setiausaha agung PKR Rafizi Ramli masih tidak berpuas hati dengan potongan-potongan ini, yang mereka lihat sebagai tidak cukup, menyeru supaya banyak lagi yang dijimatkan, seperti jet-jet peribadi milik kerajaan . 

Bagi mereka yang meminta lebih perbelanjaan untuk merangsang ekonomi, beliau ada memberikannya.

Namun ia bukannya perbelanjaan baru, sebaliknya ia mengalihkan belanjawan yang telah diluluskan buat perolehan kerajaan supaya menggunakan sumber tempatan, serta memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan.

GLC dan jabatan kerajaan juga diminta memastikan supaya 30 peratus daripada perolehan mereka adalah daripada pengeluar tempatan, manakala dari segi pelaburan GLC dan GLIC juga diminta mencari lebih banyak peluang di dalam negara.

Najib juga bercakap mengenai penubuhan dana-dana berjuta ringgit untuk membantu program pemulihan banjir dan membina semula perniagaan-perniagaan tempatan dan juga bantuan seperti mengurangkan levi pekerja asing untuk mengurangkan perbelanjaan perniagaan.

Walaupun ini mungkin bukan isu utama, perbelanjaan tambahan kerajaan untuk merangsang ekonomi atau projek-projek mega yang dikatakan sebahagian pihak sebagai harus diwujudkan untuk menjana kestabilan ekonomi, ia sekurang-kurangnya merupakan satu bentuk suntikan lebih banyak wang kerajaan ke dalam ekonomi tempatan.

Namun langkah-langkah selebihnya yang beliau umumkan adalah tidak lebih daripada pengurusan fiskal yang berhemat dan pelaksanaan wajar dasar-dasar kewangan yang telah diumumkan yang perlu diberi perhatian susulan, sama ada ada atau tidak campur tangan.

Ini termasuk perkara-perkara seperti merangsang perdagangan antarabangsa dan serantau, memastikan pendaftaran keseluruhan untuk GST, dan memastikan liputan berkesan ke Pelabuhan Klang, yang sebagai hab pengangkutan utama negara, seharusnya menjadi keutamaan.

Sememangnya pengumuman semakan semula belanjawan Najib mungkin telah dijelaskan dengan terlalu baik, jadi ia perlu diawasi. 

Seperti yang telah ditegaskan DAP, bajet itu telah diluluskan oleh Parlimen dan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi negara ini, ia mesti dibawa berbincang sekali lagi apabila belanjawan itu diselaraskan atau dikaji semula.

Kebimbangan parti pembangkang persekutuan itu ada benarnya, kerana kerajaan pusat pimpinan BN telah dikritik kerana 'menyeludup' masuk perbelanjaan-perbelanjaan ke dalam pembentangan-pembentangan belanjawan tambahan.

Apa yang membimbangkan adalah semakan belanjawan atau "campur tangan" ini dilakukan tanpa kelulusan parlimen, dan mungkin satu lagi muslihat untuk menyembunyikan atau menyeludup masuk perkara-perkara lain.

Tiada gunanya jika ia adalah pengenalan semula peluang putar belit untuk manjadikan kroni lebih kaya, memberikan lebih banyak gula-gula kepada pengundi... atau penubuhan lebih banyak lagi dana-dana pembangunan yang kabur.

Lebih-lebih lagi, jika dilihat dari sejarah fiskal kerajaan kita, sekalipun perbelanjaan itu bersih dan sesuai dengan kriteria keperluan, hal ketelusan dalam perolehan kerajaan dan ketirisan yang direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara seterusnya, masih perlu menjadi perhatian.

Jadi sama ada tindakan berbelanja atau menyimpan, jaga-jaga dengan "campur tangan" baru ini, atau kroni yang akan untung.

Senarai Ketua AMK Negeri 2014-2017

Posted: 21 Jan 2015 10:03 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mengumumkan senarai lantikan Ketua AMK untuk seluruh negeri bagi penggal 2014 hingga 2017.

AMK
Berikut adalah senarainya:

Perlis: Mohd Sharun Radzi bin Salehuddin (Padang Besar)
Kedah: Mohd Ridhwan Mohd Razali (Padang Serai)
Pulau Pinang: Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
Perak: Mohd Azlan Helmi (Kampar)
Selangor: Nik Nazmi Nik Ahmad (Kelana Jaya)

Wilayah Persekutuan: Hazrul Fahmi Ahmad (Lembah Pantai)
Negeri Sembilan: Mohamed Afif Anuar (Seremban)
Melaka: Farhan Ibrahim (Bukit Katil)
Johor: Mohd Faizal Mohd Yushak (Batu Pahat)
Pahang: Wong Chun Yuan (Indera Mahkota)

Terengganu: Wan Mohd Farmizi Wan Mohd Nor (Dungun)
Kelantan: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (Tanah Merah)
Sabah: Raymond Ahuar (Pensiangan)
Sarawak: Abdul Raafidin Majidi (Sibu)

Shamsul hadir ke SPRM beri keterangan kes Daim

Posted: 21 Jan 2015 10:01 PM PST

Oleh: Ermizi Muhamad


Putrajaya  : Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan kekayaan luar biasa Tun Daim Zainuddin.

Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM ditemani Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh kira-kira jam 12.00 tengah hari dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar bangunan SPRM, Shamsul memaklumkan beliau mengemukakan salinan dokumen tambahan untuk mengukuhkan lagi dakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu.

Beliau memberi keterangan di bawah seksyen 30 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 ekoran laporan yang dibuatnya April tahun lalu, berdasarkan pendedahan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

"Pertamanya soal penglibatan beliau (Daim) dengan bank-bank yang disebut sebagai International Commersial Bank (ICB) yang pernah didedahkan Anwar dalam beberapa siri kempen pilihan raya Kajang yang lalu.

"Keduanya, berkenaan laporan polis bertarikh 30 Julai 1999 yang juga telah jelaskan kepada pihak SPRM bahawa saya sebagai individu pertama membuat laporan dan mengemukakan aduan (ke atas Tun Daim)," katanya kepada pemberita.

Shamsul turut memaklumkan, SPRM telah menghubungi Anwar untuk  mengambil keterangan Ketua Pembangkang itu.

"Saya yakin Datuk Seri Anwar akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan kes ini disiasat dan mendesak supaya Tun Daim dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.

Daim Zainuddin sebelum didakwa memiliki wang berbilion-bilion dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dan menguasai ICB Financial Group Holding Ltd yang menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Beliau juga didakwa pernah memiliki 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

Susulan itu, tiga laporan polis dibuat pada awal tahun lalu dan gesaan agar SPRM tidak bertindak selektif untuk menahan mana-mana individu yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Kes Sirul-Altantuya: Peguam Negara cuai, perlu letak jawatan

Posted: 21 Jan 2015 09:55 PM PST

Oleh Amirul Azhan


KUALA LUMPUR 21 JAN: Peguam Negara (AG) digesa meletak jawatan ekoran kecuaiannya menyebabkan Korporal Sirul Azhar Umar (gambar) dibenarkan ke luar negara ketika kes anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibu belum selesai.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, tanpa kehadiran Sirul sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau dan seorang lagi anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail cuai apabila tidak memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Sirul sehingga membenarkan beliau melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana membunuh wanita Mongolia itu.
Sirul
"Kegagalan AG mengakibatkan keadaan di mana Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dan melarikan diri daripada pendengaran di Mahkamah Persekutuan, dan pembebasannya telah diterbalikkan dan sabitannya dipulihkan.

"Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, AG akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta," kata Sivarasa dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-dua mereka, beliau pernah mempersoal mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat permohonan waran tangkap di bawah Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Menurutnya, waran itu masih mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan, sementara menunggu pendengaran rayuan AG terhadap keputusan itu.

Jelas beliau, permohonan sedemikian lazimnya dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan tertuduh hadir apabila proses rayuan AG didengari.

"Perkara ini yang tidak berlaku dan dilakukan dalam kes berprofil tinggi sehingga menimbulkan persoalan tentang perlakuan perkara itu," katanya.

Sambung Sivarasa, selepas rayuan AG difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan Seksyen 66 di bawah akta sama bagi perintah jenis yang sama.

"Sekali lagi ini tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan? Ketinggalan yang sangat ketara dan begitu sukar untuk diterangkan adakah diakibatkan daripada kecuaian," ujarnya lagi.

Berbanding Najib, Obama lebih berani iktiraf pandangan lawan

Posted: 21 Jan 2015 09:52 PM PST

Najib_Obama_golf

 Oleh LIM KIT SIANG


Pungutan suara Edelman Trust Barometer 2015 mendapati hanya 45 peratus rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap Putrajaya, merudum berbanding tahun lepas pada kadar 54 peratus.

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi pendukung utama politik keterangkuman dan kesederhanaan boleh dilihat melalui keengganannya mengadakan sidang Parlimen khas bagi menyemak semula Belanjawan 2015, ataupun menjemput pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbincang sebelum menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015.

Malah, bukan sahaja pemimpin BN, tetapi Menteri Kabinet pun tidak diajak bersama dalam proses merencana dan menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015. Mesyuarat Kabinet semalam sekadar diberikan keputusan semakan semula Belanjawan 2015 yang diumumkan sehari sebelumnya.

Pemimpin Pakatan Rakyat berulang kali menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Perdana Menteri dan Putrajaya untuk memajukan maksud ke arah rekonsiliasi nasional, namun Perdana Menteri masih belum melayani tawaran ini.

Dalam perutusan State of The Union semalam, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata:
"Jika anda turut berkongsi gagasan yang saya gariskan malam ini, bekerjalah bersama saya.

"Jika anda tidak setuju dengan beberapa bahagian, saya harap anda akan bekerjasama dengan bahagian-bahagian yang lain. Saya harap anda akan bekerjasama dengan saya, di bahagian yang anda setuju.

"Dan saya memberi komitmen kepada semua pemimpin Republican di sini malam ini, bahawa saya bukan sahaja akan mendapatkan idea daripada kalian, saya akan bekerjasama dengan anda demi menguatkan negara ini."

Kini timbul kontroversi sama ada Obama akan mengotakan katanya terhadap komitmen yang dibuat dalam perutusan State of The Union itu.

Tetapi di Malaysia, Najib masih belum membuat komitmen untuk bersedia bekerja dengan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan politik – dan Perdana Menteri pun masih lagi belum memberi sebarang respon kepada 25 orang tokoh Melayu yang mengutus surat terbuka kepadanya sebulan lalu.

Najib masih belum membuktikan beliau Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, pendukung utama politik keterangkuman dan kesederhanaan, dan bukannya membenarkan retorik dan politik eksklusif dan ekstremis dibiar bebas dalam negara.

Dalam wawancara di rancangan 'Soal Jawab' TV3 semalam, Najib berkata bahawa kerajaan terus komited mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara dengan memastikan tiada pertelingkahan kaum yang serius terjadi, dan beliau akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Beliau menekankan bahawa sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia dan beliau akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Sementara kita mengalu-alukan jaminan, perlu dinyatakan bahawa Najib yang bakal genap enam tahun menjadi Perdana Menteri dalam masa kurang tiga bulan lagi masih belum membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau daerah, dan pendukung utama politik keterangkuman dan kesederhanaan, bukannya membenarkan retorik dan politik eksklusif dan ekstremis dibiar bebas dalam negara.

Tiada sesiapa yang sangsi dengan kefasihan Najib mempromosi perjuangan kesederhanaan di lingkaran antarabangsa, dengan inisiatif Global Movement of Moderates-nya yang telah dipromosikan tiga kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya, Najib belum mengotakan kata-katanya di forum-forum antarabangsa, di tanah air sendiri.

Seandainya Najib boleh melaksanakan 10 peratus sahaja daripada kepercayaan dan dukungannya terhadap prinsip kesederhanaan di dalam negara, beliau pastinya lebih berjaya memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, Najib mempunyai reputasi sebagai Perdana Menteri dengan nilaian populariti terendah. – Roketkini.com

Kuatkuasa GST ketika ekonomi merudum, ibarat mencurah garam ke luka

Posted: 21 Jan 2015 09:50 PM PST

steven sim 1

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Semakan Belanjawan 2015 perlu mengutamakan 99 peratus rakyat Malaysia biasa dengan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ahli Parlimen Buit Mertajam, Steven Sim.

Kata Steven, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kenaikan gaji dibekukan, bonus ditangguh, peluang kerja terhad dan kedudukan ringgit melemah berbanding matawang global memberi makna bahawa barangan dan perkhidmatan yang lebih mahal.

"Oleh itu, menguatkuasakan GST pada masa ini seolah-olah 'mencurah garam ke luka.

"Mengenakan cukai ke atas penggunaan hanya melambatkan pasaran dan mendokong ke lingkaran kemerosotan,' kata Steven dalam satu kenyataan.

Kata Steven, menteri kabinet dan penyokong GST berhujah kononnya cukai baru itu seperti 'cahaya di hujung terowong', dijangka membawa kira-kira RM23.2 bilion bertujuan membantu meningkatkan pendapatan kerajaan ketika harga minyak lebih rendah.

"Walaubagaimanapun, pengecualian cukai baru itu berjumlah kira-kira RM3.8 bilion.

"Tambah tidak produktif, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan pula berjumlah RM13.8 bilion.

"Kerajaaan akan memperoleh keseimbangan pendapatan kira-kira RM5.6 bilion dari cukai baru.
"Ia hanya berjumlah 2 peratus daripada pendapatan yang diunjurkan kerajaan bagi 2015, atau kira-kira RM235.2 bilion," kata Steven.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini menyatakan kerajaan bakal kehilangan pendapatan akibat penurunan harga minyak sekitar RM13.8 bilion, atau kira-kira 6 peratus daripada unjuran asal pendapatan.

Justeru itu, penguatkuasaan GST untuk menampung pembayaran semula hasil minyak adalah 'jenaka' kepada 99 peratus isi rumah rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah.

"Hanya kerana 2 peratus hasil untuk kerajaan, seluruh rakyat Malaysia dibebankan.

"Sekiranya kerajaan terpaksa 'mengetatkan tali pinggang' pada tahun akan datang, apatah lagi kepada rakyat Malaysia biasa," kata Steven.

Menurutnya, berdasarkan kajian dilakukan Penang Institute, purata isi rumah Malaysia dijangka membayar 2.5 peratus daripada pendapatan bulanan mereka dalam bentuk cukai GST yang berjumlah kira-kira RM1,000 setahun.

"Kelompok yang paling terkesan adalah golongan isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana," kata Steven.

"Kerajaan dilihat mengalihkan beban fiskal kepada rakyat Malaysia biasa, dan secara khusus kepada segmen termiskin dalam masyarakat.

"Sedangkan pada masa yang sama kerajaan mengekalkan dana besar berjumlah RM7.8 bilion, hanya kepada Jabatan Perdana Menteri," kata Steven. – Roketkini.com

MB: Segerakan baiki paip pecah elak 40,000 pengguna terjejas

Posted: 21 Jan 2015 08:50 PM PST

 SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) patut menyegerakan kerja pembaikan paip pecah yang dijangka mengambil masa 36 jam untuk tidak membebankan kira-kira 40,000 pengguna.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau mahu Syabas menyimpan stok yang mencukupi seperti injap berkuasa tinggi untuk mengelakkan kelewatan kerja penyelenggaraan.
injap
"Saya membuat lawatan mengejut ke lokasi paip agihan dari Loji Rawatan Air Semenyih ke Bukit Mahkota yang pecah.

"Minta Syabas segera baiki, saya ke Jenderam untuk melihat kerosakan injap paip agihan yang membekalkan air bersih ke Bukit Mahkota," tulis Mohamed Azmin di laman Facebooknya.

Katanya, beliau memantau kerja pembaikan Syabas supaya memenuhi jadual kerja ditetapkan dan tidak membebankan pengguna.
Sebanyak 56,884 rumah di Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air selama 36 jam mulai 8 malam (21 Januari) sehingga 23 Januari 8 pagi Jumaat ini berikutan kerja-kerja kecemasan untuk membaiki paip pecah.
injap baru
Paip utama yang pecah itu mendapat bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Semenyih yang diuruskan oleh pihak Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Sejumlah 44,661 rumah daripada 54 kawasan di Hulu Langat bakal menghadapi gangguan itu termasuk Seksyen 6, Bandar Baru Bangi; Bandar Sri Putra, Bangi; Taman Impian Putra; Taman Bangi Villa; Taman Bangi Indah; Bandar Bukit Mahkota, Pekan Bangi Lama, Desa Mahkota Bangi; Mutiara Bangi dan Taman Jernang Jaya.

Sementara itu, Wilayah Sepang melibatkan 12,223 rumah daripada 15 kawasan di antaranya Taman Warisan Bestari; Bandar Baru Salak Tinggi; Taman Kenanga; Kota Warisan; Taman Bunga Raya, Taman Mawar (1,2, Perdana, Emas Villa); Taman Dahlia; Taman Seroja; Taman Ixora; Kampung Geching Hulu; Desa Salak Permai, Taman Anggerik; Jenderam Hilir dan Sungai Buah.EZY

Gadis OKU lembam buktikan kemampuan

Posted: 21 Jan 2015 04:30 PM PST


Nurul Hidayah menunjukkan udang galah hasil tangannya yang diperbuat daripada kertas surat khabar terpakai yang kini dipamerkan di pejabat PPSPPA Rompin. Nurul Hidayah menunjukkan udang galah hasil tangannya yang diperbuat daripada kertas surat khabar terpakai yang kini dipamerkan di pejabat PPSPPA Rompin.
 
 
ROMPIN - Walaupun terdapat kekurangan dan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) lembam, namun kegigihannya mempelajari kemahiran kraf tangan selain mempunyai daya kreatif yang tinggi telah membuahkan kejayaan.

Penduduk Kampung Tebu Hitam, Nurul Hidayah Rohman, 28, berkata, produk kraf tangan yang dihasilkannya adalah berasaskan kertas dan kebanyakannya adalah diperbuat daripada surat khabar terpakai.

Katanya, dia memang mempunyai kemahiran tersebut sejak dari bangku sekolah dan mempelajarinya dengan lebih mendalam melalui seorang jiran yang mengakui bahawa kraftangan buatannya sangat kemas.

"Saya memilih untuk membuat produk kraf tangan daripada kertas surat khabar terpakai dan turut melibatkan bahan-bahan lain kerana saya berasa kemahiran ini sangat praktikal dengan keadaan saya.

"Selain membuat udang galah menggunakan kertas surat khabar terpakai, saya juga pernah membuat helikopter menggunakan bahan tersebut. Ada kala saya buat dan  jual terus, malah ada kala saya buat berdasarkan tempahan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jabatan dan agensi kerajaan sekitar Kuala Rompin juga banyak membuat tempahan dengannya dan dia mengenakan bayaran berdasarkan kos serta aspek lain.

Nurul Hidayah yang pernah menjadi juara Pertandingan Rekaan Kraf tangan Barang Terpakai anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Rompin sempena Karnival Sekolah Kebangsaan Pontian akhir tahun lalu juga bercadang untuk menghantar udang galah kraf tangan buatannya ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

"Setakat ini pelanggan saya terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta individu tertentu yang juga membuat tempahan untuk majlis kahwin.

"Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain juga pernah beli udang galah kraf tangan yang saya buat," katanya.

Banjir cetus pembelian panik bahan api

Posted: 21 Jan 2015 04:27 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan sedang mencari ikhtiar untuk membawa bekalan petrol dan diesel ke kawasan sekitar Limbang selepas menerima aduan kekurangan bahan api berkenaan di kawasan itu.

Timbalan Pengarah pejabat KPDNKK Sarawak Abd Hafidz A Rahim berkata bekalan bahan api itu sebenarnya mencukupi namun disebabkan banjir, masalah bekalan yang tidak sampai serta pembelian panik mengakibatkan beberapa stesen minyak berhadapan masalah kekurangan bekalan.

Beliau berkata pihaknya sudah berbincang dengan pembekal, dan lori-lori tangki sudahpun disediakan untuk membawa bekalan berkenaan dari Bintulu petang ini, sehingga ke jalan-jalan yang tidak dapat diakses lagi akibat banjir.

"... kemudian dari situ mungkin kita akan minta bantuan pihak tentera atau mana-mana pihak yang boleh mengangkut bekalan berkenaan menggunakan tong-tong besar ke tempat-tempat yang akan dikenal pasti di Lawas nanti, tengoklah keadaan petang ini," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya ketika ini pihak KPDNKK sudah mengeluarkan arahan kepada pengusaha stesen minyak di sekitar Limbang supaya mengehadkan penjualan kepada hanya 30 liter bagi seorang pengguna.

Bahagian Limbang yang terletak di zon utara Sarawak merupakan satu daripada empat bahagian yang berhadapan dengan musibah banjir ketika ini, yang mengakibatkan beberapa penempatan terutama di kawasan pedalaman terputus hubungan sejak beberapa hari lepas.

Abd Hafidz berkata bekalan di tempat lain di zon utara seperti di Lawas, tidak menghadapi banyak masalah kerana bekalan bahan api itu boleh dihantar menerusi Sabah.

Sementara itu, menurutnya pihak kementerian sedang membuat pemantauan rapi terutama di kawasan yang dilanda banjir bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan berlebihan ekoran banjir.

Katanya semua pejabat KPDNKK di Sarawak sudah diarah supaya dibuka sehingga pukul 10 malam sejak banjir mulai melanda beberapa minggu lepas, bagi memudahkan lagi orang ramai tampil membuat sebarang aduan.

Beliau berkata KPDNKK ketika ini memberi lebih tumpuan kepada aspek pemantauan untuk melihat mana-mana tempat yang menghadapi masalah bekalan barang keperluan ketika banjir, dan menurutnya "Ops Catut" mungkin akan digerakkan dengan lebih gigih di Sarawak apabila banjir semakin pulih nanti.

Ops Catut digerakkan di seluruh negara mulai 15 Jan lepas bagi memantau harga barangan dan perkhidmatan menjelang pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April ini. - Bernama

Tiada ulasan: