Khamis, 22 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS-Umno kerjasama pasca banjir

Posted: 22 Jan 2015 03:11 AM PST


Perbezaan ideologi parti tidak menghalang PAS dan Umno daripada bekerja sama memulihkan Kelantan selepas banjir, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 "Kerjasama kita lebih kepada peringkat pentadbiran - G2G (kerajaan dengan kerajaan)," kata Nik Amar kepada wartawan selepas satu forum di Shah Alam petang ini.

 Pendapat beliau itu senada dengan ketua pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad yang turut bertindak sebagai anggota panel forum 'Kelantan pasca banjir: Bicara hati ke hati PAS, Umno bangunkan semula Kelantan'.

 "Kalau kita ikhlas bekerjasama, parti adalah perkara yang kecil.

 "Kerana akhirnya di akhirat kita akan ditanya tentang perkara ini," kata ADUN Kok Lanas itu.

 Forum anjuran Sinar Harian tadi dimudahcara oleh bekas MP Kok Lanas, Tan Sri Abdullah Ahmad dan turut disertai penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.sumber

Tiada ulasan: