Selasa, 20 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sirul, sila hubungi saya – Mahfuz

Posted: 20 Jan 2015 03:59 AM PST

 
"0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya.


mahfuz omar_azilah sirul_300


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyatakan hasratnya membantu bekas Koperal Sirul Azhar Umar bagi mendedahkan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu

Menurut Mahfuz, walaupun Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah membunuh Altantuya, motif pembunuhan masih tidak terjawab.

"Saya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi mahkamah tidak sepatutnya menyembunyikan motif pembunuhan tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Sehubungan itu, Mahfuz bersedia untuk membantu Sirul bagi mendedahkan motif pembunuhan.
"Sirul, sila hubungi saya melalui telefon bimbit, Facebook, dan emel. 0194423685 itu adalah nombor telefon saya, dan mahfuz455@yahoo.com adalah emel saya," jelas beliau.

Tambahnya, beliau tidak melihat Sirul dan Azilah mempunyai motif peribadi, kerana baginya, pastinya ada arahan daripada pihak tertentu.

"Mereka bukan polis biasa, mereka polis daripada Unit Tindakan Khas. Mereka akan membunuh apabila dapat arahan," kata Mahfuz.

Selain itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberitahu kesediannya untuk bertemu dengan Sirul di Australia.

"Sekiranya Sirul menghubungi saya, maka saya akan menetapkan satu pertemuan, buat satu rakaman video mengapakah beliau melakukan pembunuhan tersebut .Video itu saya akan serahkan kepada pihak polis," ujar beliau.

Mahfuz tidak menganggap bahawa beliau mencari publisiti, dan menjelaskan: "Saya tidak menganggap ini satu publisiti kerana ibu dia juga mengharap dia pulang dan saya sendiri juga berharap demikian."

MP desak hapus AP makanan

Posted: 20 Jan 2015 03:11 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP Kapar, G Manivanan mendesak kerajaan agar menghapuskan permit mengimport (AP) ke atas 2,428 jenis barang makanan bagi mengurangkan harga barang makanan.

Menurutnya, pelaksanaan AP mewujudkan kawalan monopoli ke atas barang makanan tersebut, termasuk bijirin, gula, daging, hasil tenusu, koko dan buah-buahan.

"Saya menyeru supaya sistem permit import ini dimansuhkan untuk membolehkan barang makanan import dibawa masuk pada harga yang tidak dijawal oleh beberapa pihak sahaja," katanya dalam sidang media pagi ini.

Pengerusi biro kepenggunaan PKR itu percaya penghapusan AP akan turut membantu mengurangkan kesan kenaikan harga barang akibat penurunan mendadak matawang ringgit.

"Jika tidak berhati-hati, kawalan pasaran oleh pemegang permit import ini membolehkan mereka menaikkan harga dengan alasan penurunan matawang ringgit," katanya lagi.

Dalam sidang media sama, MP Pandan Rafizi Ramli pula berkata, penghapusan AP akan melicinkan lagi pemerolehan barang makanan tersebut oleh pengimport.

Menurutnya, di bawah sistem sedia ada peniaga terpaksa memohon AP seawal tiga hingga empat bulan dari tarikh ia dijangka dibawa masuk ke dalam negara.

Sedangkan katanya, kebanyakan harga barang makanan yang memerlukan AP sebenarnya turun dan naik dengan cepat berdasarkan harga pasaran.

"Kita mahu kembalikan harga barangan ke harga pasaran terutamanya dalam keadaan harga barang semakin jatuh," katanya.

Tiada kenaikan tarif elektrik tahun ini

Posted: 20 Jan 2015 03:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam penstrukturan semula Bajet 2015.

Beliau turut mengumkan perubahan kepada unjuran pengeluaran negara kasar daripada angka 5 hingga 6 peratus sebelum ini kepada antara 4.5 hingga 5 peratus.

Dalam perutusan khasnya hari ini, Najib turut mengumumkan unjuran defisit berkurangan daripada 4 peratus sebelum ini ke tahap 3.2 peratus.

Semakan semula ke atas bajet tersebut bagi menghadapi pengurangan pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dan kelemahan nilai Ringgit.

Kelemahan nilai Ringgit itu memberi beban kepada pinjaman dan import namun memberi nilai lebih rendah kepada eksport.

Najib yang juga menteri kewangan turut mengumumkan beberapa langkah untuk menggalakkan eksport dan menggalakkan perniagaan tempatan, termasuk penangguhan kenaikan tarif elektrik.

Najib turut memberi jaminan bahawa peruntukan pembangunan sebanyak RM48.5 bilion tidak terjejas dan projek mega juga akan diteruskan.

Beliau juga mengumumkan beberapa langkah penjimatan yang akan membolehkan perbelanjaan operasi dikurangkan kepada RM5.5 bilion.

Najib: M'sia tak alami kegawatan

Posted: 20 Jan 2015 03:08 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa negara tidak mengalami kegawatan ekonomi.

"Kita bukan dalam krisis seperti 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti 2009 lalu sehingga pakej stimulus terpaksa dilakukan.

"Strategi adalah langkah proakftif untuk penyesuaian berikutan faktor luaran yang luar kawalan, ini reality check cekoran perubahan harga mnyak dunia.

Katanya, kerajaan akan tetap membelanjakan RM48.5 bilion untuk pembangunan, seperti diperutukkan dalam bajet 2015.

Ia termasuk projek berimpak tinggi seperti lebuh raya pan-Borneo, MRT, jajaran kedua LRT dan rel kelajuan tinggi ke Singapura.

Selain itu, projek pembangunan termasuk perumahan rakyat dan infrastruktur seperti tebatan banjir, bekalan air elektrik akan diteruskan.

"Dan pada masa yang sama, kita mahu memastikan pembangunan negara dan kebajikan sosioekonomi rakyat terus menjadi tumpuan utama kerajaan.

"Malah, pada Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020," katanya.

Tegasnya, tindakan kerajaan itu bersifat proaktif kerana kerajaan berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan operasi dan mengekalkan perbelanjaan pembangunan dalam unjuran semakan semula bajet tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kejatuhan harga minyak dunia itu di luar kawalan kerajaan persekutuan.

Kerajaan membentangkan Bajet 2015 tahun lalu berdasarkan anggapan bahawa harga minyak mentah dunia kekal pada tahap US$100 setong.

Harga berkenaan jika merosot lebih separuh daripada tahap tersebut.

Oleh itu, kerajaan melakukan penyesuaian selaras dengan paras harga asas minyak yang kini pada US$48 kerana Bajet 2015 tidak lagi realistik, katanya.

PKR saran PM jual jet demi berjimat

Posted: 20 Jan 2015 03:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, langkah penjimatan yang diumumkan kerajaan tidak menangani isu pokok untuk menghadapi kemerosotan pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

Rafizi antara lainnya membangkitkan mengenai pengumuman Najib mengenai penangguhan Program Latihan Khidmat Negara tahun ini bagi menjimatkan RM400 juta.

"Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesan.

"RM400 juta itu cuma (harga) dua biji jet sahaja. Baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta," kata Rafizi dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas langkah penjimatan kerajaan yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pagi tadi, Rafizi berkata beliau kecewa kerana ia tidak melibatkan penjimatan di pihak PM.

Sepatutnya, Najib turut memotong perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri yang diperuntukkan sejumlah RM19 bilion dalam Bajet 2015.

"Ia amat mengecewakan kerana tidak ada langsung disebut tentang belanjawan Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Pada masa sama, langkah itu juganya tidak mengambil kira masalah utama nilai matawang ringgit yang semakin menjunam.

"Dengan nilai ringgit semakin menjunam, inflasi yang kita alami kini adalah inflasi yang diimport.

"Jawapan beliau (Najib) tidak mencerminkan kesegeraan untuk menangani masalah ringgit yang semakin menjunam," katanya.

'Kenapa kambing hitamkan pegawai k'jaan?'

Posted: 20 Jan 2015 03:02 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Penjelasan kerajaan berhubung kaedah baru pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing atas talian, bagi mengelakkan orang tengah dan ekoran kesesakan di kaunter, mengundang kecaman Pemuda PKR.

Ketua penerangannya Lee Chean Chung (bawah) berkata tuduhan "liar" dan "tidak bertanggungjawab" itu menjejaskan imej kementerian dan negara.

"Ia seolah-olah memberikan gambaran bahawa semua kakitangan kementerian tersebut terjebak dalam budaya rasuah," katanya merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Lee, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu juga mencabar Junaidi mengemukakan bukti berkaitan dan bukan menjadikan pegawai kerajaan dan orang tengah sebagai kambing hitam.

Junaidi semalam dilaporkan berkata, Pembaharuan PLKS secara atas talian mulai minggu lepas bertujuan menangani peranan orang tengah yang mengenakan caj berlebihan hingga mencecah RM2,000 setiap permit.

Bernama melaporkannya sebagai berkata, selepas kementerian membuat kajian terhadap pelaksanaan sistem itu, maklum balas diterima memuaskan, termasuk untuk mengelakkan kesesakan di kaunter.

Dalam kenyataannya hari ini, Lee menganggap kenyataan Junaidi itu sebagai pengakuan terhadap gejala rasuah yang wujud dalam kementerian beliau.

Malah, katanya, sistem sebelum ini memang mengakibatkan kesesakan di kaunter dan menyebabkan orang ramai menunggu lama.

"Persoalannya, mengapakah tiada sebarang tindakan proaktif diambil oleh beliau serta menteri (dalam negeri) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri selama ini?" soalnya.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) sebelum ini sudah menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap langkah terbaharu itu.

Phahrolrazi: PasMa 'kuasa ketiga' Pakatan

Posted: 20 Jan 2015 02:53 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Kewujudkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memaksa PAS untuk memutuskan sama ada parti Islam itu mahu kekal atau meninggalkan Pakatan Rakyat, kata presiden NGO itu Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi berkata PAS perlu memutuskan perkara itu segera dan tidak boleh kekal "tidak bergerak" kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU) semakin menghampiri.

Bekas exco kerajaan Kedah itu berkata, muktamar pemilihan PAS akan berlangsung pada Jun ini dan tumpuan tentunya sama ada perwakilan akan memutuskan berkaitan kedudukan parti itu dalam Pakatan.

Perkara itu juga, katanya, antara sebab kenapa PAS kelihatan berhati-hati terhadap anggota PasMa, kerana NGO itu "teguh" berdiri di belakang Pakatan.

Ditanya sama ada PAS rasa terancam dengan kehadiran PasMa, Phahrolrazi membalas:

"Ia hanya nampak begitu di peringkat jawatankuasa pusat, bukan di peringkat negeri".

Katanya, PasMa bergerak dengan baik di peringkat negeri dan telah membentuk sekretariat di banyak negeri.

"Malah penyokong kami di luar negara, seperti mahasiswa di United Kingdom, bertanya sama ada PasMa akan ditubuhkan di tempat mereka," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Alor Setar semalam.

"Kami kuasa ketiga, jika ada keperluan untuk kami sokong Pakatan Rakyat semasa pilihan raya, kami akan lakukannya.

"Jika ada yang kurang, kami akan melengkapkannya," tegasnya.

Landasan salur kritikan

PasMa ditubuhkan pada 10 Ogos tahun lalu di tengah-tengah krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan PAS menolak calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Krisis itu membawa kepada penggantungan dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka terhadap pilihan PKR dan DAP itu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) dengan Azizah.

Bagaimanapun, selepas ketegangan hampir dua bulan, sultan Selangor akhirnya memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, orang nombor dua selepas Azizah dalam parti itu, sebagai menteri besar.

Phahrolrazi menjelaskan isu itu dan peranan PAS sentiasa menjadi tajuk paling hangat dibincangkan dalam forum dan pertemuan anjuran mereka.

"Ia menjadi sebab kenapa PasMa jadi popular.

"Ia juga jadi landasan untuk anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat mengkritik kepimpinan PAS," katanya.

PAS bangkitkan isu dalang kes Altantuya

Posted: 20 Jan 2015 02:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PAS berharap dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu diberi ruang menjelaskan kepada umum berkenaan motif tindakan itu bagi merungkai misteri seputar perkara itu.

Ia juga, kata parti Islam itu, supaya pihak yang menjadi mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Dalang di sebalik kes yang kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz mengulangi persoalan berkaitan motif di sebalik pembunuhan itu yang diperkatakan banyak pihak, termasuk pemerhati dan peguam pembelaan sendiri.

"Namun, persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Sharibuu.?

"Motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat.

Mahfuz juga ingin tahu sama ada tindakan itu berlaku disebabkan agenda peribadi atau arahan pihak tertentu.

Lebih-lebih lagi ekoran kedudukan mereka sebagai anggota polis elit yang bertindak hanya mengikut arahan yang dikeluarkan.

Lompang sistem keselamatan


Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata kehilangan Sirul ke Australia juga menunjukkan ada lompang dalam sistem keselamatan negara.

"Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara?

"Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum," katanya.

Nik Aziz masuk ICU

Posted: 20 Jan 2015 02:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.

"Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini," kata anaknya Nik Abduh.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh (kanan) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.

"Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

"Doakan semoga ayahanda kembali sihat," tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Semalam uzur biasa


Nik Abduh semalam berkata ayahnya yang juga bekas menteri besar Kelantan cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit baru-baru ini.

Walaupun keletihan, menurut Nik Abduh lagi, ayahnya berada di rumah dengan aktiviti biasa, termasuk berjalan, membaca dan rehat.

Sementara itu Bernama semalam melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) sebagai berkata gambar 'viral' Nik Aziz yang terbaring kerana uzur adalah gambar lama.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Aziz, 83, yang terbaring sambil ditemani anggota keluarga  dalam sebuah bilik.
 
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui Nik Aziz sebelum bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaannya ketika itu cuma sakit biasa.

Sementara Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
 
Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
 
Terdapat juga khabar angin dan laporan palsu pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung.

Interpol keluar notis merah buru pembunuh Altantuya

Posted: 20 Jan 2015 02:33 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis merah menghendaki bekas polis elit Sirul Azhar yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.

Sesama UMNO saling menyerang, beri kelebihan pada pembangkang

Posted: 20 Jan 2015 02:31 AM PST

 
Perbezaan pendapat yang diluahkan secara terbuka akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang untuk menyerang UMNO


syed-ali


PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa kecewanya terhadap pemimpin parti UMNO yang bertindak menyerang pentadbiran atasan menerusi media sosial.

"Sejak akhir-akhir ini sesama orang UMNO menggunakan laman-laman sosial untuk menyerang antara satu sama lain, ini perkembangan tidak baik dan merugikan parti," katanya menerusi entri terbarunya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat yang diluahkan secara terbuka itu akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang untuk menyerang UMNO dan sekali gus boleh mempengaruhi fikiran rakyat.

"Apabila timbul kata-mengata atau sangkaan kurang baik terhadap sesama pemimpin UMNO, sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada masyarakat umum serta boleh membawa kepada perpecahan dalam parti.

"Inilah yang ditunggu-tunggu oleh pihak pembangkang dan kumpulan anti-kerajaan yang sedang bertungkus-lumus untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

Katanya, perkembangan politik mutakhir yang menyaksikan tindakan sesama ahli parti yang dilihat begitu ghairah membongkar kesalahan dan kesilapan sesama pemimpin UMNO termasuk bekas pemimpin.

Beliau menegaskan agar pemimpin UMNO termasuk ketiga-tiga sayap parti bersatu tenaga dan buah fikiran untuk menepis serangan dakyah serta provokasi yang giat dilakukan pembangkang.

Pada masa sama, Syed Ali turut melahirkan rasa terkilan terhadap sesetengah pemimpin UMNO yang dilihat hanya berpeluk tubuh ketika Najib diserang hebat oleh pembangkang.

Katanya, akibat daripada sikap berdiam diri pemimpin UMNO telah memberi peluang kepada pembangkang menyebarkan tanggapan negatif kononnya ada pihak dalam parti yang tidak menyokong kepimpinan Najib.

Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin UMNO di semua peringkat sewajarnya bingkas mempertahankan parti dan kepimpinan Najib selaku presiden parti.

Kementerian Pengangkutan tubuh LKPN, satu lagi harimau tak bertaring?

Posted: 20 Jan 2015 02:25 AM PST

Liew-Chin-Tong

Roketkini.com


KLUANG: Penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (LKPN) yang diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menjadi badan yang sia-sia, berdasarkan kepada rekod agensi-agensi kementerian itu.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, Kementerian Pengangkutan gagal berfungsi meskipun wujud pelbagai badan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Difahmkan, penubuhan LKPN susulan 51 pelan tindakan penambahbaikan pengangkutan bas dicadangkan panel bebas Laporan Kemalangan Genting(LKG) dua tahun lepas.

"Sebelum bentuk LKPN, sepatutnya Kementerian Pengangkutan wajib bentangkan LKG dulu.

"Selagi JPJ, Genting Malaysia dan Puspakom belum menunaikan tanggungjawab terhadap laporan itu, mereka mesti ditegur dan dihukum.

"Jika tidak, penubuhan LKPN tetap tidak dapat meyakinkan rakyat," kata Chin Tong dalam kenyataannya hari ini.

Chin Tong turut mempersoalkan keberkesanan dan kebebasan LKPN., dan mencadangkan badan tu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen, bukannya Kabinet atau Kementerian Pengangkutan.

"Jika LKPN berada di bawah kementerian atau kabinet, tidak akan ada ketelusan dan proses timbang tara.

"Sekiranya LKPN hanya membentangkan kepada pihak yang menubuhkannya, ia akan melemahkan kebebasan badan itu," ujar Chin Tong.

Tambahnya penubuhan badan baru itu tidak akan benar-benar menyelesaikan masalah.

"Sepatutnya mencari penyelesaian yang diutamakan. Tak guna tubuh badan baru, jika agensi-agensi ini pun tak boleh ambil tindakan terhadap cadangan LKG yang juga ditubuhkan oleh kementerian itu.
"Apakah penubuhan badan baru ini akan memberikan kelainan?" soal Chin Tong.

"LKPN tidak boleh menjadi satu lagi 'harimau tak bertaring," ujarnya.

Tegas Chin Tong, ketua agensi yang disebut dalam LKG seharusnya dihadapkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu, jika Liow serius mahu menubuhkan LKPN.

"Jelas sekali, Liow hanya pilih bahagian 'selamat' dari LKG tanpa menghiraukan bahagian terpenting yang memerlukan keazaman politik demi memastikan tiada lagi kemalangan teruk," ujar Chin Tong. – Roketkini.com

Kenapa Najib umum semakan Belanjawan 2015 sebelum mesyuarat kabinet?

Posted: 20 Jan 2015 02:23 AM PST

najib

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok, dibuat tanpa perbincangan dan kelulusan kabinet.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, langkah itu menunjukkan tindakan Najib meminggirkan seluruh ahli parlimen BN dan Pakatan, seolah-olah perbahasan Belanjawan 2015 sebelum ini hanya membuang masa, tenaga dan usaha.

"Semakan semula Belanjawan 2015 setelah Dewan Rakyat bersetuju bahawa belanjawan asal pada 25 November 2014, bukanlah kebiasaan dan tidak wajar sama sekali.

"Belanjawan asal itu telah diperdebatkan lebih sebulan melalui proses perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa oleh ahli-ahli parlimen.

"Sekarang Najib bercadang mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok hari, sewaktu ia belum lagi mendapat kelulusan atau kebenaran Kabinet.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri mempunyai sifat buruk, bahkan menghina bukan saja pandangan ahli-ahli parlimen BN, juga menteri-menterinya," kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Ujarnya, seharusnya dialog semakan semula belanjawan dilakukan, seperti juga dialog sebelum penggubalan belanjawan yang dibuat setiap tahun untuk mendengar pandangan rakyat bagaimana kerajaan bertindak terhadap krisis ekonomi terkini.

Kebergantungan Najib kepada penasihat antarabangsa yang dibayar tinggi menyebabkan kedudukan ekonomi Malaysia memburuk, berikutan nasihat yang tidak sesuai dan dasar yang tidak tepat.

Justeru itu, Kit Siang mencadangkan sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini bagi membincangkan semakan semula Belanjawan 2015. Namun,

"Berbanding bapanya Tun Razak yang mencipta nama melalui pendekatan 'buku merah'nya dan lawatan termasuk ke pedalaman bagi meningkatkan kemajuan, Najib semakin 'tidak prihatin' setelah lima tahun menjadi Perdana Menteri.

"Lebih tiga bulan Najib tidak mempedulikan cadangan termasuk dari DAP untuk menyemak semula Belanjawan 2015 akibat perubahan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi ketika penurunan harga minyak mentah dan komoditi lain.

"(Sebaliknya) Najib mengumumkan penstrukturan semula Belanjawan 2015, secara bersendirian yang sama sekali 'menghina' Parlimen dan Kabinet," ujar Kit Siang. – Roketkini.com

Perkasa wujud kerana ketakutan UMNO hilang kuasa

Posted: 20 Jan 2015 02:19 AM PST

Dr_Mahathir_Ibrahim_Ali

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kewujudan Perkasa berpunca dari ekstremis bukan Melayu mengarut sama sekali, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.

Katanya, kenyataan dangkal itu merupakan cubaan Mahathir untuk menjustifikasi penglibatan dan sokongannya kepada organisasi pelampau itu.

"Saya tidak terkejut kalau Mahathir tidak boleh berikan sebarang bukti konkrit atau contoh apabila dia mendakwa peningkatan ekstremis bukan Melayu sebagai punca kewujudan Perkasa.

"Kerana dakwaaan Mahahir sememangnya tidak berasas, dan dia sebenarnya mengulangi pembohongan yang disebut sendiri oleh Perkasa tentang kewujudan mereka," kata Teresa dalam satu kenyataan.

Januari tahun lalu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dilaporkan berkata, sekiranya DAP tidak menyerang hak-hak Melayu dan Bumiputera serta tidak memberi sokongan kepada kumpulan yang menyokong liberalisme, Perkasa tidak akan wujud.

Ujar Teresa masyarakat bukan Melayu di Malaysia tidak pernah mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera, namun menuntut perubahan politik akibat kegagalan UMNO mentadbir negara serta membantu termasuk warga Melayu itu sendiri.

"Ketakutan UMNO kehilangan kuasa penyebab utama wujudnya Perkasa.

"Kegagalan UMNO menolak pandangan pelampau Perkasa dan pembiayaan kerajaan terhadap aktiviti mereka menunjukkan bahawa UMNO menyokong kuat pertubuhan itu.

"Masa akan menentukan segala pandangan mahupun pendirian Perkasa serta serangan agresif mereka akhirnya akan lebih menyakitkan UMNO," ujar Teresa. – Roketkini.com

Tiada ulasan: