Selasa, 20 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah hanya Hj Hadi sahaja layak jadi Presiden PAS?

Posted: 19 Jan 2015 10:30 PM PST

RAKAMAN ULASAN OLEH AL-FADHIL YANG BERHORMAT TUAN GURU USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI AHLI PARLIMEN TEMERLOH MERANGKAP AHLI MAJLIS SYURA ULAMAK PAS MERANGKAP AJK PAS PUSAT DAN RANGKAP-RANGKAP LAIN... (Audionya ada di mana-mana....)

Sehari dua ni macam ada satu tindakan terancang untuk menukar Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS. Ramai wartawan tanya saya berkait dengan perkara ini, jawapan saya mudah saja, untuk menukar kepimpinan, kita mesti tukar kepada yang lebih baik, tidak ada erti dan tidak ada nilai kita menukar jika yang ditukar itu tidak lebih baik daripada yang asalnya, yang sebelumnya, jadi kalau nak tukar Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, maka sila tampilkan satu susuk yang lebih tinggi ilmunya, berbanding Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, yang lebih luas pengalaman politiknya, yang lebih tegas prinsip perjuangannya, yang lebih warak sikap peribadinya, yang lebih hebat auranya, kerana kita kena ingat, kepimpinan ini mesti diserah kepada yang lebih layak, nilaian nak serah amanah kepimpinan adalah kepada yang layak, bukan serah kepada team kita, bukan serah kepada kem kita, bukan serah kepada orang kita, asal kem kita, asal orang kita, asal team kita maka dia lah yang layak jadi presiden, jadi pemimpin, tidak… nak tukar boleh tapi mesti kepada yang lebih layak, ingat pesan Nabi:

 "Daripada Abi Hurairah Radhi Allahu anhu telah berkata, Rasulullah SAW bersabda "Apabila berlaku penyelewengan amanah, maka tunggulah detik kebinasaannya". 

Beliau berkata "Bagaimanakah yang disebut sebagai penyelewengan amanah itu, pengabaian amanah itu Ya Rasulullah?" 

Lalu Rasulullah SAW menjawab "Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang tidak layak, untuk mengendalikan urusan itu, maka tunggulah kebinasaannya"."

 Demikian juga soal kepimpinan, dalam kepimpinan ini nak serah amanah kepimpinan, pucuk kepimpinan yang tertinggi mesti diserahkan kepada yang lebih layak. Jika diserahkan kepada mereka yang tidak layak, tetapi semata-mata kerana dia adalah orang kita, dia adalah geng kita, dia adalah kem kita, maka tunggu lah kebinasaan.

 Oleh kerana itu saya pesan, sebelum terlambat, jangan binasakan jemaah, jangan rosakkan perjuangan ini, semata-mata kerana kita mahu melunaskan kemahuan, keinginan, nafsu dan emosi kita, tetapi lihat kepada merit seseorang pemimpin itu mestilah menepati apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.


 Inti pati ulasan Tuan Guru Ust Nasruddin tu amat baik tetapi banyak juga yang boleh diulas.

 Beliau mengatakan semacam ada tindakan terancang menukar TGHH selaku Presiden. Amat jauh buruk sangkanya. Aku rasa dan aku yakin tidak ada usaha terancang atau tidak terancang untuk menukar atau mengenepikan kepimpinan TGHH. 

Apa yang dibincangkan dan dicadangkan ialah TGHH naik setapak lagi daripada Presiden kepada Mursyidul Am. Jika al-Fadhil Ust Nasruddin faham hierarki kepimpinan PAS maka beliau akan tahu bahawa yang tertinggi di dalam PAS ialah Mursyidul Am, bukan Presiden. 

Presiden letaknya di peringkat kedua hierarki parti. Peringkat pertama ialah Majlis Syura Ulamak yang mana Mursyidul Am ialah ketuanya. Ust Nasruddin yang merupakan ahli Majlis Syura Ulamak mesti tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu. Ini susahnya ustaz-ustaz sekarang, tahu tapi buat-buat tidak tahu. 

Peringkat kedua kepimpinan parti ialah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mana Presiden adalah ketuanya. Maka Presiden adalah level kedua dalam PAS berbanding Mursyidul Am. 

Justeru menaikkan TGHH daripada Presiden ke Mursyidul Am bukan menolak beliau malah menaikkan dan meninggikan martabat beliau sesuai dengan ketokohan, ilmu, warak peribadi, teguh prinsip perjuangan dan sebagainya. Mursyidul Am ialah jawatan atau tempat yang paling sesuai bagi TGHH.

 Pucuk pimpinan tertinggi parti ialah Mursyidul Am. Dengan keuzuran Tuan Guru Hj Nik Aziz, siapa lagi yang lebih layak menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am jika bukan TGHH? Adakah kita hendak kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH?? 

 Jika Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH, maka lebih elok Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dipilih dan dilantik sebagai Presiden PAS dan TGHH dipilih sebagai Timbalan Presiden.

 Presiden boleh diisi oleh orang lain samada Dato' Tuan Ibrahim, Dato Husam, Hj Salahuddin, Ustaz Nasruddin sendiri, Hj Mohd Sabu atau sesiapa saja yang layak. Adakah tidak ada orang lain yang layak mengisi jawatan Presiden? 

 Adakah hanya TGHH yang layak? Ramai yang layak cuma di"tidaklayakkan" oleh segolongan orang yang tidak suka dan oleh segolongan orang yang membutakan mata hati. 

Cuma aku mencadangkan sesiapa saja yang hendak mengisi jawatan Presiden yang ditinggalkan oleh TGHH setelah beliau menjadi Mursyidul Am, Presiden itu hanya memegang jawatan Presiden dan tidak jawatan-jawatan lain di peringkat-peringkat lain.

 Atas dasar itu aku cadangkan Hj Salahuddin sebagai Presiden dan TGHH sbg Mursyidul Am.

 InsyaAllah jemaah dan perjuangan ini tidak binasa selagi Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh Mursyidul Am baru iaitu TGHH sentiasa memantau dan memandu perjalanan jemaah. Kenapa takut dengan kebinasaan jika kita ada untuk mencegah kebinasaan itu. Tidak yakinkah kita dengan kemampuan kita? 

Hadith Rasulullah itu benar. Kepimpinan mesti yang layak. Al-quran juga menyebut berkaitan hal itu. Ayat 58 surah An-Nisa', Allah berfirman :

 "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"

ZULHAZMI SHARIFF
20/01/2015

Kulup Rani akan buat laporan polis.....

Posted: 19 Jan 2015 09:02 PM PST

Hj Hadi ganti Najib? 

Sudah tentu Kulup Rani akan marah dan akan buat aduan di balai polis kerana menghina Melayu Umno dengan mendakwa pemerintahan Umno akan pupus tidak lama lagi.

 Kepada penyokong Mat Sabu, nampaknya betullah apa yang pernah Dr Mohd Zuhdi katakan : Ayam sabung PAS sudah menjadi Ayam Daging....

HUSAM MUSA PERDANA MENTERI MALAYSIA SELEPAS TEORI RAHMAN.

Sama ada sudah suratan atau kebetulan Perdana Menteri ke 6 Najib Razak telah pun melengkapkan apa yang di katakan Teori Rahman iaitu nama nama Perdana Menteri dari Umno Perikatan/Barisan Nasional sempena nama Perdana Menteri Malaya yang pertama Tengku Abdul Rahman.

 Mengikut teori ini selepas dari Najib maka berakhirlah sudah dinasti Perdana Menteri dari Umno dan bermulalah pula kuasa baru dari parti yang bukan Umno.

 Kalau di lihat kepada situasi politik semasa dapatlah di andaikan bahawa Barisan Nasional akan terus menang dalam sekurang kurangnya satu lagi pilihanraya umum.

 Pakatan Rakyat bukan saja akan gagal sekali lagi merampas Putrajaya malah Pas sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat ketika ini juga akan kehilangan negeri Kelantan di samping akan hilang lebih banyak kerusi kerusi.

 Pakatan Rakyat hanya mampu mempertahankan Pulau Pinang, Selangor dan kerusi kerusi parlimen yang majority pengundi cina melebihi 70% serta kubu kubu tradisi sahaja.

 Maka dengan itu Najib Razak sebagai presiden Umno akan terus menjadi perdana Menteri sebagai meneruskan teori Rahman yang terakhir walaupun tidaklah di ketahui bilakah akan berakhir dinasti berdasarkan Teori ini. Mahu tidak mahu sama ada parti yang hendak mengantikan Barisan Nasional itu namanya Pakatan Rakyat atau apa nama sekali pun perlulah menanti paling awal sekalipun sehingga tamat tempoh pemerintahan Barisan Nasional selepas PRU ke 14.

 Di ketika itu kalau Anwar masih hidup pun beliau sudah tidak releven untuk menjadi Perdana Menteri, Kalau Ustaz Hadi Awang masih menjadi presiden Pas sekalipun dia sudak tidak berdaya untuk memimpin Malaysia.

 Usah bertanya nama Kit Siang atau Guan Eng kerana dalam jangka masa sedekad yang mendatang ini politik Malaysia masih akan terus di belenggu dengan politik perkauman dan adalah amat mustahil seorang pemimpin bukan melayu akan dapat di terima untuk menjadi perdana Menteri dalam tempoh tersebut.

 Sama ada Perdana Menteri itu dari Umno, Pas atau PKR melayu, hanya itu sajalah yang mampu di fikirkan oleh rakyat Malaysia di ketika ini dan sedekad yang akan datang.

 Membincangakan atau memperkatakan Perdana Menteri dari DAP dalam tempoh tersebut bukan saja membuang masa malah ianya hanyalah satu bahan jenaka.

 SIAPA PEMIMPIN PAS ATAU PKR YANG LAYAK GANTI NAJIB?

 Mat Sabu?

 Lingkup Malaysia kalau Mat Sabu jadi Perdana Menteri. Bukan saja beliau tidak mempunyai karisma untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia malah kalau nak jadi Presiden Pas pun beliau tidak layak kerana beliau bukan seorang pemimpin yang tidak mampu buat keputusan malah beliau juga seorang yang pengecut dan hanya menjadi kerbau cucuk hidung ketika menjadi Timbalan Presiden Pas.

 Azmin Ali?

 Aku tak kenal Azmin Ali …… 

Husam Musa? 

Ya, inilah susuk tubuh yang berKarisma, Fenomena, Rampage, Rock N Roll Pie, Gothik Malam Edan, Gema di Timur Jauh Dan Cinta Buatan Malayisa yang bakal menjadi dan Perdana Menteri Malaysia selepas era Barisan Nasional.

 Atau

 Rakyat Malaysia masih punya seorang lagi pilihan yang layak menjadi Perdana Menteri… Beliau adalah Tuan Guru Musyidul Am Haji Rosly Yusof.....

Tiada ulasan: