Sabtu, 17 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zaidi Pilih Pakatan Rakyat Jika Ceburi Bidang Politik

Posted: 17 Jan 2015 01:37 AM PST


Oleh: T.AVINESHWARAN


 
 
 
PETALING JAYA: Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.

"Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat tetapi parti mana....biarlah menjadi rahsia," jelasnya kepada The Star melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Menjawab kepada laporan mengenai kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, Zaidi berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut.

"Saya akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu.

"Jika tawaran sesuai, saya akan menerimanya," kata Zaidi.

Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Buat masa sekarang saya mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku.

"Buku saya seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan saya ," jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji.

Pada Isnin lalu, Zaidi dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara.

Zaidi  didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013.

DBKL tidak pernah keluarkan lesen perniagaan kepada peniaga asing di Jalan Petaling

Posted: 17 Jan 2015 01:33 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER



DBKL berkata ia tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015. 
DBKL berkata ia tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider,


Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan yang meyewakan tapak kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.

"Saya sendiri sudah lalu di Jalan Petaling dan pegawai penguatkuasa DBKL juga sudah buat bancian terhadap peniaga asing yang berada di kawasan itu, jadi tindakan akan diambil tak lama lagi," katanya hari ini.


Katanya, rancangan untuk menyediakan satu kawasan baharu kepada peniaga belia berumur 40 tahun ke bawah yang akan dikenali sebagai 'Jalan Petaling 2' juga sedang dalam pelaksanaan. Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata cadangan untuk membina sebuah Kompleks Kuil Sri Lalithambikai Alayam di di Presint 20, Putrajaya, adalah sebahagian usaha menarik pelancong ke kawasan itu.

Katanya kompleks itu tidak hanya mempunyai kuil tetapi turut dilengkapi kemudahan moden menempatkan dewan serbaguna dan perpustakaan yang boleh digunakan oleh orang ramai.

"Semua orang boleh gunakan kemudahan yang ada di situ dan bukan hanya dikhaskan kepada penganut agama Hindu sahaja," katanya.

Beliau turut mengesa Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) supaya tidak membangkitkan hal berkaitan kuil berkenaan kerana rancangan untuk membina kuil itu sudah lama diluluskan. – Bernama,

Misi bencana alam MPN PKR Kedah bantu Kelantan

Posted: 17 Jan 2015 01:26 AM PST

MSO


Rombongan misi bencana alam MPN PKR Kedah.











Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Kelantan khususnya mereka yang diuji langsung oleh Allah dengan musibah "Bah Emas"; hilang rumah tangga dan harta benda turut mendapat simpati daripada misi bencana alam Parti Keadilan (PKR) Kedah.

Misi bencana alam Kedah yang dibentuk menerusi MPN negeri berada di Kelantan selama empat hari untuk membantu membersih kesan-kesan pasca banjir dan juga menyampaikan bekalan makanan, pakaian dan keperluan lain.

Misi itu disertai 20 orang pimpinan di semua cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), terdiri daripada ketua, timbalan ketua cabang dan wakil rakyat. Ia diketuai oleh Pengerusi Bencana Alam MPN Kedah, Abdullah Md Isa, penolongnya Dr Azman Ismail yang juga ketua cabang Kuala Kedah dan ahli Parlimen Kuala Kedah dan Azman Nasrudin (Cikgu), Adun Lunas.

Azman menyerah baju seragam sekolah kepada murid.
Misi itu memberi tumpuan di empat jajahan yang parah dilanca banjir, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Tumpat.

Antara yang menjadi tumpuan misi berkenaan ialah meyediakan peralaatan sekolah kepada murid-murid yang menjadi mangsa banjir.

DrAzman serah 200 pakaian seragam sekolah kepada Roslan.
Sebanyak 500 helai pakaian sekolah telah dibahagi-bahagikan kepada mangsa banjir yang diserahkan kepada ketua empat cabang berkenaan. Di Kuala Krai 200 pasangan diserahkan kepada Adun Guchil Roslan Puteh.

Kehadiran rombongan misi kemanusiaan itu sungguh bererti kerana ia menggambarkan hubungan kemanusiaan mantap antara parti gabungan Pakatan Rakyat.

Walaupun sumbangan dan khidmat yang diberikan oleh misi itu kecil jika dibandingkan dengan sumbangan badan korporat atau kerajaan, tetapi ia cukup memberi erti bagi mereka yang insaf dan sedar serta tahu menilaian erti persahabatan dan ehsan.

Pihak kerajaan atau Pas Kelantan sepatutnya meraikan kehadiran rombongan berkenaan sebagai menanda terima kasih.

Sirul ditawar tiket untuk ke tali gantung

Posted: 17 Jan 2015 01:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana atas kesalahan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu ditawarkan tiket percuma untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi hukuman.

Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang.

"Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.

"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.

Menurut Sanjeevan, alasan kesempitan wang untuk kembali ke tanah air bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan itu "tidak dapat diterima sama sekali".

Sanjeevan turut melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana Sirul dibenarkan bebas daripada ikat jamin sewaktu rayuan masih dibuat ke atas pembebasannya.

Menurutnya, pergerakan Sirul sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

"Bagaimanakah seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh meninggalkan negara tanpa dikesan?

"Ini perlu disiasat dan kita perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita," katanya.

Selasa lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan paling kontroversi di negara ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka dari tuduhan menyebabkan kematian Altantuya.

Altantuya berkhidmat sebagai penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Kerajaan kini dilaporkan sedang mencari ikhtiar untuk mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia untuk digantung.

Ringgit diniaga 3.51 dan 3.59 berbanding dolar AS minggu depan

Posted: 17 Jan 2015 12:52 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER


 Ringgit dijangka diniagakan antara 3.51 dan 3.59 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Januari, 2015.Ringgit dijangka diniagakan antara 3.51 dan 3.59 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 
























Ringgit yang ditutup lebih rendah minggu ini, dijangka diniagakan di antara 3.51 dan 3.59 berbanding dolar AS minggu depan, kata peniaga.

Harga minyak mentah serta prestasi dolar AS dan langkah mengejutkan oleh Switzerland untuk menghapuskan had ke atas franc terus memberi tekanan ke atas mata wang tempatan.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun setengah pada Selasa berikutan kejatuhan berterusan harga minyak mentah.

Bagaimanapun ringgit meningkat sedikit pada Jumaat selepas pembetulan pasaran. Seorang peniaga berkata, ketidaktentuan mengenai arah pasaran meletakkan pelabur dalam keadaan berhati-hati.

"Bagaimanapun saya tidak menjangka ringgit akan melepasi paras 3.6 minggu depan," katanya.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, mata wang tempatan itu meneruskan trend menurun sebagai tindak balas kepada situasi luaran, termasuk kekukuhan dolar AS dan kelemahan komoditi, bukannya disebabkan kemerosotan asas Malaysia.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit meningkat kepada 3.5580/5610 berbanding dolar AS 3.5610/5640 Jumaat lepas dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen kepada 3.0522/9561 daripada 2.9819/9857 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.6867/6898 daripada 2.6596/6623 sebelum ini.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.1319/2361 daripada 4.2038/2084 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.4096/3156 daripada 5.3825/3881 minggu lepas.  – Bernama,

Ketua 1MDB patut beri keterangan pada PAC, kata Tony Pua

Posted: 17 Jan 2015 12:47 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Ketua Publisiti DAP Tony Pua cabar Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kandasamy beri keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.Ketua Publisiti DAP Tony Pua cabar Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kandasamy beri keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider


























Wakil rakyat DAP Tony Pua mencabar ketua 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kandasamy untuk memberikan keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai hal ehwal syarikat pelaburan strategik itu, bagi memastikan pembabitan mereka adil dan bebas daripada politik.

"Memandangkan 'penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik', CEO baru, Arul Kandasamy perlu tawar diri untuk beri keterangan kepada PAC untuk 'mengukuhkan syarikat itu dan pemerintahannya'," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu kenyataan.

Semalam, Arul menawarkan ketua publisiti DAP itu bertemu dengannya 'untuk mendapat lebih maklumat' mengenai dana yang menanggung beban hutang itu, susulan serangan berterusan Pua terhadap syarikat kontroversi berkenaan.


Sementara Pua mengucapkan terima kasih kepada Arul untuk tawaran itu, beliau berkata presiden dan pengarah kumpulan syarikat yang baru dilantik itu sebelum ini menuduh pengkritik lebih didorong "unsur politik berbanding pertimbangan perniagaan yang tulen'.

 "Untuk mengelak sebarang tuduhan yang saya mungkin memutar belit dan memanipulasi secara 'politik' dalam pertemuan dengan 1MDB, mungkin lebih baik jika Arul bertemu dan beri keterangan pada PAC.

"PAC terdiri daripada 7 Barisan Nasional dan 5 Pakatan Rakyat, wakil dilantik yang tidak boleh dituduh bias terhadap 1MDB.

"Pertemuan seperti itu bukan saja adil, tetapi dilihat lebih adil untuk rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata penting untuk soalan kritikan dijawab  secara umum supaya rakyat Malaysia mendapat maklumat penuh mengenai hal ehwal 1MDB.

Pua berkata Arul dalam kenyataannya semalam tidak memberikan sebarang penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Pua mahu tahu apa yang Arul maksudkan dana AS$2.318 bilion (RM8.24 bilion) yang diletakkan di pulau Cayman sudah ditebus semula.

Beliau juga mendesak ketua baru itu mengesahkan jumlah sebenar yang diterima syarikat itu secara tunai.

"Pendedahan seperti itu sudah tentu beri kesan baik membuka kerahsiaan yang disembunyikan berhubung beberapa tindakan misteri syarikat berkenaan sepanjang tempoh 5 tahun lalu," kata Pua.

Katanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sepertinya mempersoalkan ke mana dana itu pergi.

"Memandangkan Arul terbuka mengalu-alukan 'penilaian awam' sebagai 'perkara yang baik' yang 'akan hanya mengukuhkan lagi syarikat dan pemerintahannya', kami menanti pertemuan 1MDB dengan PAC untuk membuktikan syarikat itu tidak menyembunyikan apa-apa.

"Sudah pasti tidak ada cara lebih baik untuk 1MDB berhubung dalam 'cara paling bertanggungjawab' seperti dicari Arul," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak kira sama ada ia dialog tertutup, atau mesyuarat dengan PAC, beliau tidak sabar untuk mendengar "jawapan jujur" tidak lama lagi.

Dana pelaburan strategik itu, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dimiliki kerajaan, perlu membawa pulang dana yang disimpan di Cayman sebelum penghujung November, seperti dipersetujui juruauditnya, Deloitte Malaysia.

Arul pada Selasa berkata 1MDB sudah menebus semula dana yang dilaburkan secara berdaftar di pulau Cayman.

Tetapi Dr Mahathir memberitahu portal berita, Sarawak Report, berkata penjelasan yang diberikan pelabur strategik Malaysia itu 'dangkal'.

"Penjelasan tidak jelas kepada kita," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama portal Sarawak Report itu.

"Saya mahu tahu di mana bank yang menyimpannya. Berbilion dolar, kamu mesti simpan di suatu tempat. Saya tidak tahu di mana wang tersebut – itu sebahagian daripada ketelusan, katanya.

Pua pada Khamis bertanya soalan yang sama di mana duit itu diletakkan dan jumlah sebenar diterima dalam bentuk tunai.

Umno Pulau Pinang tunggu keputusan kes muflis Khairuddin

Posted: 17 Jan 2015 12:37 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih tunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih tunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 


























Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih menunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata maklumat berhubung kesahihan jawatan Khairuddin berikutan beliau didakwa diisytiharkan muflis pada 24 Mei tahun lepas disampaikan kepada Ibu Pejabat Umno.

Beliau berkata jawatan Khairuddin sebagai naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan kekal sehingga Jawatankuasa Pengurusan dan Ibu Pejabat Umno membuat keputusan.

"Umno Pulau Pinang akan akur dengan apa saja keputusan yang dibuat Ibu Pejabat Umno dalam kes sama ada bersangkutan dengan kes muflis atau kes disiplin jika beliau membuat perkara melanggar disiplin parti," katanya. Zainal Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 peringkat negeri Pulau Pinang, di Bukit Mertajam, hari ini.

Mengenai kelulusan perancangan projek rumah mampu milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd yang ditangguhkan kerajaan negeri, Zainal Abidin berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin selepas perjumpaan dengan exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo.

Menurutnya kira-kira lapan pelan perancangan dipinda manakala bagi pelan asal yang tidak dapat dipinda, pihaknya telah mengemukakan rayuan supaya ia dikekalkan.

"Ada kes tertentu melibatkan pelan asal yang mempunyai pembeli tetapi pelan itu tidak boleh dipinda kerana ia akan mengelirukan pembeli," katanya.

Zahid dedah mekanisme pentadbiran negara

Posted: 16 Jan 2015 10:01 PM PST

MSO


Selepas didesak bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Rakyat berhubung tindakan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamid menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang disifatkan sebagai untuk membela raja judi Paul Phua, akhirnya hari ini menteri berkenaan bersuara.

Zahid kurang bijak. 
Dalam satu sidang akhbar khas hari ini Zahid menjelaskan beliau mempunyai kuasa untuk menulis surat berkenaan atas kapasiti beliau yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara. Alasanya menteri-menteri KDN sebelum ini membuat perkara yang sama.

Dalam penjelasan Zahid itu katanya dia memberi tahu pihak FBI yang tidak ada kongsi gelap K14 Triad di Malaysia dan Paul Phua bukan ahli kongsi K14 Triad di negara Malaysia. Memahami penjelasan Zahid itu menunjukkan Paul Phua adalah seorang kongsi gelap K14 Triad.

Bila diminta menjelaskan apa rasionaliti dia menulis surat itu, Zahid mengatakan ia ada hubungan dengan keselamatan negara. Dan bila diminta menjelaskan mengenai perkara itu jawabnya ia adalah rahsia besar yang dilindungi dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Apabila Zahid tidak menjelas isu ini hingga keekoranya, ia terus menjadi persoalan dan ia akan dikaitkan dengan tujuan sebenar Zahid kenapa perlu menjelaskan status Paul Phua kepada FBI. Apabila surat itu dikeluarkan atas kehendak firma guaman yang membela Paul Phua menerusi seorang peguam Umno di Malaysia menyebabkan orang boleh beranggapan Zahid Hamidi sudah diperalat oleh pembela raja judi itu. Apakah dia menyedari perkara ini?

Apa lagi sebelum ini Zahid pernah dikatakan bersama peguam Umno berkenaan berjumpa bekas PM Dr Mahathir Mohamad berhubung isu ada perisik asing di Pejabat Peguam Negara tidak lama dahulu.

Tindakan Zahid menyadarkan apa dibuatnya itu kepada bekas menteri KDN sebelum sesuatu yang kurang wajar dan ia boleh dianggar sebagai pecah amanah terhadap mekanisme pentadbiran negara. Dalam hal ini menjelaskan dangkalnya Zahid sebagai seorang menteri kanan dimana kedudukannya sebagai penjaga "war romm" negara.

Sepatutnya Zahid mencari helah lain untuk melepaskan dirinya dengan perbuatan yang penuh persoalan itu.

Kata Zahid bekas menteri KDN sebelum ini juga pernah menulis surat penjelasan demikian atas kuasa mereka sebagai menteri KDN. Selama ini umum tidak mengetahui mekanisme pentadbiran negara tetapi terbongkar apabila Zahid menceritakan demikian.

Dengan pendedahan Naib Presiden Umno yang dipelankan untuk jadi TPM, itu menyebabkan orang ramai akan tertanya-tanya apakah surat-surat penjelasan yang pernah ditulis oleh bekas menteri KDN itu. Dan selepas ini akan ada pula orang mendesak agar bekas menteri KDN atau kerajaan mendedahkan isi kandungan surat seumpama itu dan kepada siapa diajukan.

Apa dilakukan Zahid itu adalah satu perkembangan baru dalam urusan pentadbiran negara ini yang menjadi rahsia sebelum ini tetapi tidak lagi buat masa kini kerana kurang bijaksananya Zahid.

RM100,000 bantu mangsa banjir Kelantan & Pahang

Posted: 16 Jan 2015 09:51 PM PST

Oleh: ASRI SAPFIE


KLANG : Sejumlah RM100,000 disasarkan bagi membantu mangsa banjir di Pahang dan Kelantan untuk meringankan bebanan ditanggung ekoran kerosakan dialami bencana terburuk .

Penaung Program Secubit Pemberian Segunung Kesyukuran, YAM Tengku Besar Putra Selangor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Alhaj, berkata beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua penderma dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (2)

Beliau berkata bantuan ini dapat mengurangkan penderitaan mangsa mangsa banjir yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

"Semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini," kata beliau.

Beliau berharap bantuan seperti itu dapat diteruskan semua pihak agar mempunyai kesinambungan bantuan berterusan daripada masyarakat.

Ketua Misi Bantuan Banjir, Jalil Bujang, berkata bantuan kali kedua dihantar merupakan bantuan berskala lebih besar dengan penyertaan kira-kira 50 orang sukarelawan.

" Misi kali ini kita juga akan cuba membantu membersihan kawasan di sana bersama-sama dengan sukarelawan yang lain," Kata beliau.

Bantuan itu terdiri daripada barangan keperluan dapur, tuala, selimut dan keperluan Solat bakal diagihkan di Kelantan dan Pahang iaitu di Pasir Mas dan Rantau Panjang serta di Pekan.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (4)"Kami mengharapkan supaya program ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu meringankan penderitaan mereka di sana," kata beliau.

Pasukan konvoi yang terdiri daripada empat buah pacuan empat roda dan tiga buah lori bertolak dari Surau Al-Amin Sungai Udang, Klang dan upacara pelepasan dilakukan Tengku Datuk Seri Ismail.
EZY

MPK giat bersihkan 53 lokasi elak banjir, persediaan dikemaskini

Posted: 16 Jan 2015 09:48 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melantik 53 syarikat untuk melaksanakan kerja pembersihan parit tanah melibatkan 53 lokasi parit dalam lapan kawasan DUN daerah Klang.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, tindakan ini dibuat sebagai langkah persediaan menghadapi bencana banjir yang berlaku di Klang.

sampah"Pembersihan ini termasuklah mengorek dan mengeluarkan segala sampah di dalam parit serta membuangnya ke tapak pembuangan.

"Kerja-kerja telah bermula pada 17 November 2014 lalu," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Selain itu, melalui Jabatan Penguatkuasaan sentiasa memantau kawasan sering menghadapi bencana banjir melalui 76 lokasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) oleh Unit CCTV MPK.

Tindakan ini disusuli penyaluran malumat melalui aplikasi sistem pesanan "whatsapp" di peringkat MPK dan Daerah Klang yang dianggotai pegawai dari bahagian berkenaan.

Menurutnya, MPK menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Skuad PANTAS) yang akan menyalurkan laporan awal situasi bencana kepada pasukan keselamatan lain serta mendapat sokongan dari jabatan dalaman MPK dengan menyalurkan bantuan kecemasan dan logistik.

Pasukan ini juga sentiasa bersiap-sedia dalam tempoh 24 jam bagi menghadapi bencana banjir dan akan bertindak sebagai pasukan bantuan awal dalam memberi bantuan kecemasan.

"MPK juga sentiasa bersedia untuk mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang mengalami bencana banjir.

"Kewujudan pos gerakan ini bertujuan membantu magsa-mangsa dari segi keselamatan dan logistik.

"Selain itu, mangsa-mangsa boleh membuat sebarang aduan berkenaan kerosakan kediaman, peralatan perabot dan lain-lain perkara berkaitan dan aduan yang diterima akan diselaraskan dan disalurkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera untuk tindakan lanjut," katanya.

Jelasnya, sekiranya berlaku bencana banjir, semua dewan serbaguna milik MPK akan dijadikan pusat pemindahan mangsa bencana banjir.

Sehingga kini, MPK mempunyai 24 buah dewan yang boleh dijadikan pusat pemindahan dan dikawal anggota keselamatan untuk memberi keselesaan kepada mangsa bencana banjir.EZY

Rumah Kekal Mangsa Banjir Boleh Siap Tiga Bulan - KSN

Posted: 16 Jan 2015 09:45 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 
JERANTUT  -  Kerajaan menjangka dapat memulakan kerja-kerja pembinaan kediaman mangsa banjir mulai minggu depan setelah menerima cadangan model dan bentuk rumah kekal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

KSNRumah baharu itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan menggantikan rumah mangsa banjir yang hanyut atau musnah sama sekali.

"InsyaAllah pada minggu depan semua senarai pemilik rumah akan dimuktamadkan. JKR kata dalam masa tiga bulan boleh disiapkan," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa selepas menyampaikan misi bantuan pasca banjir Kementerian Wilayah Persekutuan di Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Pahang, Jumaat.

Menurutnya, kerja-kerja membaiki rumah yang mengalami kerosakan ketika banjir juga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

JKR katanya, akan meneliti kapasiti mereka dan mungkin mendapatkan bantuan daripada agensi lain atau kerajaan negeri jika keadaan memerlukan.

Kabinet sebelum ini, bersetuju membina rumah kekal berharga RM48,000 setiap unit khusus untuk mangsa terjejas banjir yang rumah mereka musnah sama sekali.

Kerajaan juga bersetuju memperuntukan antara RM5,000 dan RM10,000 bagi membantu kerja-kerja pembaikan rumah-rumah mangsa banjir yang mengalami kerosakan.

Kes 'Komunis' Mat Sabu Ditunda 26 Feb

Posted: 16 Jan 2015 09:43 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menangguhkan perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada 26 Februari depan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk memberi keterangan.

Mat Sabu hadir peguam belanya Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Defendan didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap anddota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan tohmahan yang merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu dikatakan membuat kenyataan tersebut dalam ceramah di Pasti Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Beliau turut berhadapan tuduhan fitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani.

Rombakan besar di 4 akhbar jutawan balak

Posted: 16 Jan 2015 09:38 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan akhbar bahasa Cina terbesar di Malaysia, Media Chinese International Limited bakal membuat pelan rombakan besar-besaran bagi menghadapi kelembapan ekonomi yang dijangka.

Sumber dalam industri menyebut, langkah ini akan memberi kesan besar kepada pasaran akhbar berbahasa Cina.

Kumpulan media yang dimiliki jutawan balak Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King itu memiliki empat penerbitan akhbar – Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau.

Menurut sumber, pelan yang belum diputuskan itu mensasarkan untuk mengurangkan kos dengan perubahan strategik ke atas akhbar berkenaan bagi menangani kemerosotan hasilnya.

Kemerosotan hasil itu dikaitkan dengan pengecutan dalam pasaran pengiklanan cetak.

Sin Chew, dengan jumlah edaran paling tinggi berbanding akhbar berbahasa Cina lain, akan kekal menjadi penerbitan utama kumpulan tersebut sebagai akhbar harian nasional.

Akhbar China Press pula, menurut sumber, akan diubah menjadi akhbar petang.

Sementara itu, Nanyang Siang Pau dijangka akan diubah menjadi akhbar perniagaan dengan kekerapan tiga kali seminggu, manakala Guang Ming mungkin akan mengehadkan fokusnya kepada pasaran utara semenanjung.

Menurut sumber, pelan tersebut dirangka untuk menghapuskan persaingan di antara akhbar dalam kumpulan tersebut.

Persaingan di antara akhbar itu selama ini membantu meredakan kebimbangan orang ramai bahawa monopoli berkenaan akan menyebabkan akhbar dikawal oleh seorang jutawan.

Kebimbangan itu timbul apabila Tiong, yang telahpun memiliki akhbar Sin Chew dan Guang Ming, memperolehi akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press daripada MCA pada 2006.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelan tersebut sudahpun mula dilaksanakan apabila Sin Chew dan Guang Ming menghentikan edisi petangnya tahun ini di lima negeri – Perak, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Guang Ming juga dijangka akan mengurangkan atau menghentikan operasi bironya dan hanya akan mengekalkan operasi di wilayah utara untuk bersaing dengan satu lagi akhbar, Kwong Wah Yit Poh, yang popular di Pulau Pinang.

Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily merupakan dua akhbar yang tidak dimiliki oleh konglomerat media Tiong.

Menurut sumber, perubahan ke atas Nanyang Siang Pau pula mungkin akan dijalankan bermula pada Mac atau April.

Malaysiakini difahamkan bahawa pihak pentadbiran tertinggi Nanyang Siang Pau memberi taklimat kepada kesatuan sekerajanya pada hari Rabu lalu namun tidak menyebut mengenai perubahan yang bakal dijalankan itu.

Pihak pengurusan memberitahu mengenai perubahan dalam tenaga kerjanya, yang memberi gambaran bahawa pengurangan kakitangan mungkin akan dijalankan ekoran prestasi kewangannya yang merosot.

Malaysiakini telah menghubungi ketua pegawai operasi Nanyang Press Holdings Bhd Group, Liew Sam Ngan dan ketua pengarang akhbar tersebut, Chong Choong Nam untuk mendapatkan reaksi namun mereka masih belum memberi maklum balas.

Sementara itu, ketua pegawai operasi Media Chinese International, Tiong Kiew Chiong enggan mengulas ketika dihubungi. Ketua pengarang Guang Ming, Poon Chau Huay juga enggan mengulas.

Pelan tersebut belum lagi diumumkan namun laporan mengenai perubahan tersebut sudahpun berlegar di kalangan anggota media sejak beberapa minggu lalu.

Polis digesa guna Akta Hasutan

Posted: 16 Jan 2015 09:33 PM PST


Dari kanan: Syed Hassan, Zulkifli dan Anuwal ketika penyerahan memorandum menyokong tindakan tegas Ketua Polis Negara dan PDRM terhadap penghina agama Islam, semalam. - Foto oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Dari kanan: Syed Hassan, Zulkifli dan Anuwal ketika penyerahan memorandum menyokong tindakan tegas Ketua Polis Negara dan PDRM terhadap penghina agama Islam, semalam. - Foto oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Akta Hasutan 1948 kepada mana-mana pihak yang menghina kesucian agama Islam.
 
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya juga berharap PDRM tidak terlepas pandang terhadap perbuatan individu atau kumpulan yang dilihat semakin berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghina Islam.
 
"Banyak laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Perkasa sendiri sebelum ini, namun belum diambil tindakan dengan tegas dan menyebabkan semakin ramai berani melakukannya.
 
"Namun begitu, kami menyokong penuh tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan PDRM yang telah mengambil tindakan segera terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat," katanya selepas menyerahkan Memorandum Menyokong Tindakan Tegas Ketua Polis Negara dan PDRM, semalam.
 
Memorandum berkenaan diterima DSP Anuwal Ab Wahab dari Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat).
 
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu turut hadir seperti Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi menyatakan sokongan tindakan tegas PDRM terhadap pihak yang menghina agama Islam.
 
Syed Hassan turut melahirkan kebimbangan jika tidak diambil tindakan segera terhadap pihak yang menghina kesucian agama Islam, mereka bakal mengulangi perbuatan tersebut.
 
"Jika ini berterusan, ia akan menyebabkan ada pihak yang tidak mampu mengawal kemarahan serta mengambil tindakan sendiri dan mencetuskan ketegangan antara agama.
 
"Keadaan ini akan merugikan semua pihak terutama negara, mungkin akan ada kuasa luar yang bakal mengambil kesempatan," katanya.
 
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, orang Melayu Islam tidak pernah bertindak agresif kepada mana-mana kaum dan agama di negara ini.
 
"Bagaimana pula mereka boleh mendakwa kita ekstremis, sebenarnya mereka ini yang ekstremis.
 
"Sebagai contoh kes Azlina Jailani yang beragama Islam dan mahu menukar agama kepada agama Kristian dan sijil Baptis telah dikeluarkan oleh gereja, kita tidak mengambil tindakan terhadap gereja. Kita hanya mengambil tindakan kepada Azlina," katanya.

Isu K-Pop hanya secebis, ada yang lagi besar

Posted: 16 Jan 2015 09:26 PM PST


K-Pop
 
 
SHAH ALAM – Insiden 'panas' atas pentas K-Pop yang akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian masyarakat Islam hanyalah secebis daripada masalah akidah yang berlaku dalam umat Islam di negara ini.

Pendakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, masalah dalam masyarakat Islam itu sendiri lebih besar jika dibandingkan dengan insiden tersebut.

"Sebenarnya masalah ini lebih luas daripada apa yang berlaku di atas pentas itu. Sebab apa yang berlaku dalam masyarakat lebih besar daripada itu.

"Isu K-Pop itu hanya 'tip of the iceberg'. Yang kita nampak di laut itu hanya permukaan kecil ais itu sahaja," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, adegan-adegan dalam drama ataupun filem yang disajikan kepada masyarakat umum setiap hari itu adalah antara contoh 'masalah' dalam masyarakat Islam, hari ini.

"Padahal masalahnya berakar umbi pada kefahaman masyarakat kita sendiri...akidahnya bagaimana. Itu yang sepatutnya kita fokuskan dan perkemaskan.

"Contohnya drama yang ditayangkan di TV. Itu adalah salah satu daripada benda-benda yang kita nampak setiap hari. Banyak lagi sebenarnya (yang berlaku)," katanya.

Mengulas soal kenyataan beberapa pihak yang mencadangkan dakwah dan menentang keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) untuk mengenakan tindakan itu, beliau berkata kedua-duanya perlu dilaksanakan.

"Kedua-duanya itu perlu dibuat. Dakwah kena buat, tindakan pun perlu dibuat. Tapi tindakan itu tidak perlulah diheboh-hebohkan. Tindakan itu ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

"Kalau nak ambil tindakan, tak perlu sampai memalukan pihak yang terbabit itu sampai menimbulkan aib kepada keluarga. Khidmat nasihat syariah, kaunseling dan sebagainya perlu disediakan kepada mereka ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kerajaan sahaja yang berkuasa 'menyuruh'  masyarakat Islam negara ini mematuhi garis panduan dalam Islam.

"Kita tahu...contohnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dah ada garis panduan. Lama dah ada tapi dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan itu tidak ada. Jakim hanya mampu membuat garis panduan tapi garis panduan itu seolah-olah  dipandang sepi. Tidak diletakkan di tempat yang tinggi.

"Kita kata Islam adalah agama Persekutuan tapi apabila Jakim letak garis panduan, kita letak tepi pula. Sepatutnya kena ambil cakna apa yang dinasihatkan dan segala garis panduan daripada pihak berkuasa agama itu sendiri," katanya.

Khidmat Abdul Hadi masih diperlukan

Posted: 16 Jan 2015 09:25 PM PST


Datuk Mohd Amar Abdullah Datuk Mohd Amar Abdullah
 
 
KOTA BHARU - Walaupun pelbagai pendapat diutarakan mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun Pas Kelantan menegaskan khidmat pemimpin itu masih diperlukan bagi menerajui kepemimpinan tertinggi parti selepas ini.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Abdul Hadi adalah pemimpin yang mempunyai pengalaman dan masih layak memegang jawatan tersebut.

"Beliau dapat pengiktirafan dunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, penghormatan sangat besar, bukan senang nak cari pemimpin tempatan diiktiraf sebegini.

"Maka, sesuailah beliau masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi parti, pendapat orang lain itu  hanyalah pandangan peribadi mereka sahaja, bukan pendirian parti," katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff mencadangkan Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden untuk pemilihan 2015 hingga 2017 yang dijadualkan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar turut menegur tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika masih ada lagi pihak yang berbuat demikian.

"Musim banjir, ada lagi pihak politikkan barangan sumbangan, letak cap, letak lambang parti dan ada juga kawasan memerlukan cop wakil rakyat, kalau tidak, borang tidak lulus, sedangkan tiada syarat yang meletakkan sebegitu.

"Sekarang ini kita sudah sediakan peguam, jika ia masih berterusan, kita akan ambil tindakan," katanya.

Mohd Amar berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana barangan sumbangan bukanlah daripada pihak tersebut tetapi daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya adakan Sidang Dun Khas bagi mengemukakan rang undang-undang pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2014, 29 Disember lalu, namun ia ditunda satu tarikh lain.

"Sehingga kini, kami masih menunggu tarikh sesuai, dijangka ia diadakan akhir Januari ataupun awal Februari ini.

"Namun, perkara ini akan diputuskan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ia dibawa untuk  perkenan Sultan Kelantan," katanya.

Tidak dibenar ceramah kerana belum ada tauliah

Posted: 16 Jan 2015 09:24 PM PST


Datuk Mohd Yusof Ahmad & PU Azman Datuk Mohd Yusof Ahmad & PU Azman
 
 
SEREMBAN - Negeri Sembilan tidak benarkan juara program realiti Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias atau PU Azman, memberi ceramah atau mengajar agama di negeri ini.
 
Tindakan itu dibuat kerana beliau belum mempunyai sijil tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
 
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, PU Azman baru menghantar borang permohonan minggu lalu dan perlu melalui sesi temuduga terlebih dahulu bagi mengenal pasti sama ada layak diberi tauliah atau tidak.
 
"Buat masa ini dia masih belum ada tauliah. Sebenarnya, sebelum dia masuk program TV itu, kita sudah nasihatkan untuk membuat permohonan mendapatkan tauliah.
 
"Tapi, baru-baru ini saja dia menghantar permohonan yang lengkap. Jadi,  jika dia masih tetap memberi ceramah dan mengajar agama sebelum diberi tauliah, ia boleh dikenakan tindakan," katanya.
 
Beliau berkata, Mains akan menyemak latar belakang keseluruhan setiap pemohon bagi memastikan fahaman mereka selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mengikut mazhab Shafie.
 
"Ia bagi mengelakkan ajaran atau fahaman yang disampaikan kelak bertentangan, sekali gus boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat," katanya di sini, semalam.
 
Yusuf berkata,  masjid dan surau juga dinasihatkan menyemak status penceramah yang dijemput terlebih dahulu dengan Mains termasuk penceramah dari program realiti agama sama ada mempunyai tauliah atau tidak.
 
Menurutnya, menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan jika individu yang memberi ceramah dan mengajar agama tanpa tauliah.
 
"Kita pun akan tengok dahulu penceramah yang mahu dijemput oleh masyarakat dengan menyemak latar belakang penceramah itu kerana tidak mahu ada fahaman atau ajaran yang disampaikan tidak bersesuaian.
 
"Nasihat saya bukan saja kepada PU, tapi termasuk mereka yang mempunyai lulusan agama dari Mesir sekalipun, perlu dapatkan tauliah kerana ia adalah prosedur ditetapkan di negeri ini," katanya.

Sifat taksub kepada artis

Posted: 16 Jan 2015 09:16 PM PST




Oleh DR. MOHD. AWANG IDRIS 


KLIP video beberapa gadis bertudung yang dipeluk dan dicium kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B14A telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Walaupun kisah seumpama ini mungkin hal yang lazim dalam kebanyakan konsert di Barat, tetapi ia agak janggal dalam konteks masyarakat Malaysia terutamanya jika membabitkan gadis Melayu beragama Islam.

Bagaimanapun, itulah sebahagian daripada fenomena psikologi biasa yang selalu terjadi di mana-mana sahaja apabila penonton terpukau dengan kehebatan artis idolanya. Adakalanya kerana ketaksuban melampau terhadap artis kesayangan menimbulkan cerita yang lain pula.

Itulah simptom psikologi yang sangat sukar untuk ditafsirkan. Kekaguman manusia terhadap artis menjadikan mereka sanggup melakukan apa sahaja. Konsert mendiang Michael Jackson misalnya, mampu menyebabkan ribuan manusia menangis. Konsert Iron Maiden pula menjadikan penontonnya mempunyai semangat yang luar biasa.

Semua ini adalah keajaiban hubungan artis dan peminat yang sangat sukar untuk diceritakan.

Dalam psikologi, sindrom seperti ini dinamakan sebagai celebrity worship syndrome (CWS) adakalanya dianggap sebagai sebahagian daripada penyakit psikologi yang sekiranya berlebihan, perlu dirawat.

Ia adalah satu keadaan yang menjadikan seseorang individu itu berasa sangat mengagumi seseorang artis pujaannya. Bahkan, ada kes-kes yang menunjukkan peminat yang bertindak melakukan sesuatu di luar jangkauan apabila mengambil langkah membunuh diri.

Lebih sedekad lalu, hal seumpama ini dilaporkan dalam satu jurnal apabila seorang gadis berusia 16 tahun telah mengambil tindakan mandi air panas dan melukai leher, kaki serta beberapa anggota lain kerana sangat kecewa dengan berita pertunangan seorang pemuzik terkenal.

Ilusi 

Walaupun gadis muda ini kemudiannya dimasukkan ke hospital dan sembuh, dia masih tidak teragak-agak untuk terus obses dengan idolanya itu. Katanya: "Saya hanya mahu dia gembira dan perkara itu juga menggembirakan saya. Dialah satu-satunya manusia yang mempunyai ikatan dengan saya".

Ini adalah kisah CWS yang sangat melampau. Ia hanya sekadar ilusi yang dimainkan perasaan oleh peminat, sedangkan idolanya tadi mungkin tidak tahu atau menyedarinya sama sekali.

Umumnya, sindrom mengagungkan artis secara melampau ini boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat, iaitu keterujaan ringkas, yang merujuk kepada minat biasa terhadap seseorang artis.

Ada pula yang mempunyai obses yang agak teruk, yang dinamakan sebagai love obsessional yang menjadikan seseorang itu jatuh hati dengan seorang artis sehinggakan membayangkan artis itu adalah pasangan mereka.


Bagaimanapun, dalam kes yang ­lebih teruk yang dikenali sebagai erotomanic, peminat sudah mula meyakini bahawa artis itu juga mencintainya. Ini menjadikan dia sangat cemburu sekiranya ada orang lain mendekati artis itu kerana percaya artis tersebut merupakan pasangannya.

Sebab itulah, kehidupan artis bukan lagi menjadi rahsia untuk peminat mereka. Setiap saat pergerakan mereka akan terus 'diintai' oleh peminat yang fanatik. Mereka dianggap sebagai manusia luar biasa yang terus disayangi.

Bagaimanapun, populariti seseorang artis kelihatannya mula merosot apabila mereka berkahwin atau menjalinkan hubungan dengan seseorang. Ini kerana artis tadi tidak lagi dilihat sebagai seseorang yang mempunyai potensi untuk 'dipunyai'. Artis yang mempunyai personaliti yang menarik juga akan berpeluang untuk mendapat lebih perhatian dibandingkan dengan mereka yang mempunyai penampilan yang biasa-biasa sahaja.

Perhatian 

Bayangkan, betapa teruknya khayalan manusia yang mengagungkan idola mereka. Kita mungkin berkata ia hal yang janggal. Bagaimanapun, ia adalah hakikat yang berlaku di mana-mana sahaja. Kisah artis yang mengenakan pakaian baharu mungkin akan lebih diberikan perhatian oleh pembaca berbanding kisah saintis menemui sesuatu yang bermanfaat untuk manusia.

Sebagai orang awam, kita juga adalah manusia biasa. Kita boleh sahaja meminati seseorang artis atau pelakon. Bagaimanapun, keterujaan kita itu janganlah sampai menyebabkan kita sanggup untuk melupakan batas norma dan budaya kita.

Banyak berlaku, apabila idola ini dianggap sebagai manusia sempurna dan luar biasa. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa peminat yang fanatik seumpama ini juga biasanya ialah mereka yang mempunyai kurang keyakinan diri dan berasa rendah diri. Mereka berasakan betapa artis tadi ialah manusia agung. Sedangkan, hakikatnya artis pujaan mereka hanyalah orang biasa seperti orang lain.

Kita boleh meminati sesiapa sahaja artis, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan kerana keghairahan yang melampau, kita telah melupakan siapa diri kita dan di mana kita berpijak.

Sedikit kesilapan yang kita lakukan, mungkin akan terus diceritakan orang selama-lamanya. Sedangkan artis pujaan tadi telah pergi ke tempat yang lain-kosmo

Jakim: Jangan gunakan debat sebagai helah

Posted: 16 Jan 2015 04:20 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengelak untuk menerima cadangan berdebat dengan peguam Eric Paulsen ekoran kenyataan beliau yang mendakwa pihak berkuasa agama itu "mempromosikan ekstremisme".

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata cadangan berdebat yang turut dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek, "bukan soal isu, bukan soal pokok".

"Kes Eric ni sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.

"Selesai dulu kes dia ini di mahkamah," katanya melalui kiriman Whatapps yang dimajukan oleh pegawai perhubungan awam Jakim kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Shabery semalam turut bersetuju mengenai saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jakim dan Paulsen sebagai memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan maksud kenyataannya yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.

Sementara pengamal undang-undang itu pula turut mengalu-alukan cadangan menteri itu dan menerima jemputan debat dalam satu kenyataan ringkasnya di Twitternya semalam.

Mengulas persetujuan Eric untuk berdebat, Othman pula membidas pengarah eksekutif NGO Lawyer For Liberty (LFL) supaya "tidak mencari helah" daripada siasatan polis.

"Jangan dia cari helah untuk mengelakkan daripada siasatan ini dengan mengalihkan kepada mempertahankan diri melalui debat pula.

"Selesai dulu di mahkamah," katanya lagi.
 

Dr M: Di mana wang 1MDB?

Posted: 16 Jan 2015 04:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.

Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.

1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.

Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.

Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di  di luar negara.

DAP gesa polis hentikan amalan pilih bulu, siasat segera 1MDB

Posted: 16 Jan 2015 04:03 PM PST

tony pua 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini sekali lagi mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang sehingga kini tidak pernah melakukan siasatan terhadap penyelewengan 1MDB walaupun sudah lebih sebulan laporan polis dibuat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan itu jauh berbeza dengan apa yang berlaku terhadap peguam hak asasi manusia Eric Paulsen dan mengukuhkan lagi bukti bahawa polis sememangnya bersikap 'double standard'.

"Memandangkan isu ini melibatkan salah laku serius dan hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion dalam jangka masa hanya 5 tahun yang menjejaskan ekonomi negara, adalah penting untuk mengetahui apakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap 1MDB.

"Sudah lima minggu berlalu sejak laporan dibuat tapi adakah kenyataan telah diambil daripada pihak pengurusan atau pengarah 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan.

Pada 12 Disember lalu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB untuk menggesa siasatan secara terperinci dan menyeluruh dilakukan terhadap pengarah 1MDB serta wakil-wakil syarikat tertentu yang mungkin terlibat dalam skandal terbabit.

Khairuddin berkata, laporan tersebut dibuatnya selepas mengkaji pelbagai laporan dalam media cetak nasional dan antarabangsa serta media atas talian (online) yang jelas membuktikan terdapat kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Biarpun telah bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Datuk Seri Najib Razak, Khairuddin menyatakan beliau tetap tidak yakin dan telah memfailkan satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, semalam.

Manakala, pada 12 Januari baru-baru ini, polis telah menahan Eric berikutan kritikannya terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Nampaknya pihak polis memilih untuk mendiamkan diri dalam isu 1MDB tapi menahan Eric dengan hanya satu tweet.

"Tweet Eric nampaknya lebih diberikan perhatian istimewa oleh pihak polis termasuk Ketua mereka sendiri Tan Sri Khalid Abu Bakar," ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa tidak kira polis atau SPRM agar menjalankan tanggungjawab dengan menyiasat skandal sepatutnya lebih diberi perhatian kerana ia melibatkan wang cukai rakyat.

"Saya berharap isu ini tidak akan menjadi seperti kes-kes lain yang melibatkan kerajaan atau pemimpin BN di mana ia selepas itu akan diberikan anugerah 'tiada tindakan lanjut (NFA)'.

"SPRM juga perlu menjalankan siasatan terperinci ke atas laporan Khairuddin terutama mengenai kadar faedah jauh lebih tinggi daripada biasa yang dibayar bagi bon 1MDB serta lebihan 10 peratus komisen, yuran dan caj yang dibayar kepada Goldman Sachs International untuk meningkatkan pinjaman AS6.5 bilion," tegasnya. -Roketkini.com

“Semua bekas Menteri Dalam Negeri tulis surat secara unilateral pada FBI?

Posted: 16 Jan 2015 04:02 PM PST

Lim_Kit_Siang

Roketkini.com

 
GELANG PATAH- Semua bekas Menteri Dalam Negeri perlu bersuara dan membersihkan nama mereka dari tuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ini kerana Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, Menteri Dalam Negeri sebelum beliau pernah mengeluarkan surat kepada FBI tanpa kebenaran dan pengetahuan Kementerian.

"Benarkah Menteri Dalam Negeri sebelum ini juga pernah menulis surat secara unilateral kepada FBI, tanpa pengetahuan pihak polis dan Ketua Polis Negara pada waktu itu?

"Maka menteri-menteri terdahulu jauh lebih tidak berdisiplin, liar dan melulu daripada apa yang disangkakan rakyat Malaysia.

"Bekas Menteri Dalam Negeri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid mesti bersuara dan membersihkan nama mereka," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu kata Kit Siang, Zahid tidak boleh menyangka bahawa rakyat Malaysia bodoh walaupun dia telah berjaya 'memperbodohkan' kabinet

Zahid sebelum ini berkata kabinet menerima penjelasan versinya tentang surat kepada FBI menerangkan status 'raja judi 14K Paul Phua Wei Seng' yang didakwa menjalankan perjudian haram di Las Vegas.

"Saya tak sangka kabinet boleh terima penjelasannya, dan saya pasti takkan ada menteri berani cakap secara terbuka dia percaya penjelasan Zahid itu,"ujar Kit Siang.

Sedangkan Zahid itu dalam suratnya menyatakan Paul Phua membantu "kemanan negara" dan 'selalu dipanggil untuk membantu dari masa ke semasa'

Malah Zahid menyatakan 'sangat suka jika Phua kembali ke Malaysia, dan pelepasannya memberi kesan baik dalam hubungan baik antara dua negara, lebih-lebih lagi dalam pertukaran maklumat.

"Saya tak sangka Zahid ada masalah kefahaman dan percaya suratnya itu akan dilihat oleh FBI tidak mempunyai makna, kosong, dan tidak penting," kata Kit Siang

Dalam kenyataannya juga, Kit Siang mempersoalkan mempersoalkan tindakan Zahid yang menyorokkan maklumat 'projek-projek keselamatan negara' di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Apakah Kabinet yang menerima penjelasannya tahu apa 'projek-projek keselamatan' itu?

"Jika ya, kabinet bertanggungjawab penuh terhadap surat Zahid kepada FBI," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi. – Roketkini.com

Adakah kerajaan akan mohon Australia ekstradisi Sirul ke Malaysia?

Posted: 16 Jan 2015 03:56 PM PST

sirul_azilah

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis kepada Australia untuk mengesahkan bahawa Sirul Azhar Umar telah disabit kesalahan membunuh, serta memohon untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu pulang ke Malaysia?

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Australia perlu dimaklumkan bahawa pesalah jenayah yang telah dijatuhi hukuman mati itu kini berada di negara mereka.

Azilah Hadri
Azilah Hadri

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia mungkin membawa kes Sirul ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi pesalah itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.

Kata Wan Junaidi, hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.

Lip Eng turut menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak berkuasa penjara memberi penjelasan tentang pesalah yang bagaimana yang menikmati keistimewaan untuk diselindung identiti oleh pihak berkuasa daripada orang ramai dan media.

Ini kerana wajah dua pembunuh ini dilindungi setiap kali muncul di mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung hampir sedekad.

"KPN mesti memberi jaminan bahawa dua gambar Azilah dan Sirul yang dikeluarkan Bukit Aman semalam bukannya diambil sepuluh tahun lalu, sewaktu kejadian pembunuhan kes itu," ujar Lip Eng.

Sirul Azhar Umar
Sirul Azhar Umar

Wajah dua bekas pegawai polis yang disabitk kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didedahkan kepada umum oleh ibu pejabat polis Bukit Aman.

Kata Lip Eng, orang ramai perlu tahu wajah semasa mereka dan boleh membantu pihak polis sekiranya Sirul menyelinap pulang ke Malaysia.

"Ini juga membolehkan rakyat Malaysia di Australia untuk membantu menyedarkan orang awam dan pihak berkuasa Australia tentang kewujudan seorang pembunuh di kejiranan mereka," kata Lip Eng. – Roketkini.com

Gagal urus bencana banjir, MKN cuba tutup salah sendiri

Posted: 16 Jan 2015 03:51 PM PST

selepas_banjir2

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menyelar alasan tidak munasabah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan bencana banjir di Kelantan dengan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, alasan MKN adalah cubaan menutup kegagalan dan kelemahan mereka menguruskan respon, bantuan serta pembinaan semula kawasan banjir.

"Sudah masuk minggu keempat banjir terburuk dalam sejarah negara berlaku, tapi fasa ketiga pembinaan semula pasca banjir belum pun bermula.

"Ini sebabnya saya menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk membuat kajian komprehensif pelan kesiapsiagaan pengurusan, bagi memastikan kelemahan dan kegagalan menjadi pengajaran pada masa akan datang.

"Lebih baik pemimpin kerajaan bangkit dari kerusi malas masing-masing dan mengambil pengajaran daripada kesilapan dan kegagalan pengurusan ketiga-tiga fasa iaitu respon, bantuan dan pembinaan semula," kata Kit Siang dalam satu kenyataan

Ujar Kit Siang, MKN seolah-olah mencari alasan dengan dakwaan tidak masuk akal bahawa cara Malaysia mengendalikan bencana tidak teruk berbanding tsunami yang melanda Jepun pada 2011.

Setiausaha MKN Datuk Thajudeen Abdul Wahab dalam wawancaranya bersama Malay Mail Online semalam berkata, tiada guna jika semua pegawai MKN dihantar ke Kota Bharu jika tidak ada komunikasi.

Kata Thajudeen, bencana banjir baru-baru ini melumpuhkan Pejabat Daerah Kelantan yang bertanggungjawab menguruskan bencana, punca MKN gagal melakukan koordinasi dan menerima maklumat.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyatakan, beliau tidak menafikan banjir kali ini adalah terburuk, namun perbandingan dengan bencana melanda Jepun tidak masuk akal sama sekali.
"Walaupun bencana banjir 2014 yang melanda Kelantan dan daerah lain di Pantai Timur merupakan bencana terburuk, namun perbandingannya dengan Jepun amat tidak berasas," ujarnya. -Roketkini.com

Ops Noda Khas masuk kawasan terpencil Selangor

Posted: 16 Jan 2015 03:48 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Usaha membanters kegiatan maksiat oleh Polis Selangor tidak terhad di bandar saja.


ops-noda


SHAH ALAM : Ops Noda Khas yang digerakkan Polis Selangor bagi membanteras aktiviti maksiat di negeri ini sejak 18 Nov tahun lepas tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar, malah ia turut memberi perhatian serius kepada kawasan terpencil.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah serta ketua balai bagi memastikan tiada sarang maksiat yang terlepas walaupun kedudukannya jauh di pedalaman, lapor BERNAMA.

"Operasi ini kita jalankan setiap hari tanpa henti sehingga semuanya ditutup dan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar lesen premis yang terlibat dengan aktiviti maksiat ditarik balik.

Semalam media melaporkan Polis Selangor menahan 1,781 individu melibatkan wanita dan lelaki warga asing serta warga tempatan yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu dalam tempoh 56 hari sejak ops berkenaan dilancarkan.

Tiada ulasan: