Jumaat, 16 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis

Posted: 16 Jan 2015 05:50 AM PST

MALAYSIAKINI


 



Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.

Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.

"Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.

"Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.

"Tetapi jika dikaji dengan mendalam, kita akan menemui jawapan di sebalik persoalan, apakah nilai, adab, budaya dan moral yang dibawa oleh mereka," menurut khutbah.

Sabtu lalu, gambar beberapa remaja perempuan bertudung memeluk artis K-pop B1A4 tersebar meluas di Internet dan mengundang polemik panjang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggap program sebegitu sebahagian daripada proses melemahkan nilai dan jati diri umat Islam serta menghancurkan pegangan Islam sebenar.

"Kejadian yang berlaku ini merupakan satu perbuatan maksiat yang serius dan berbahaya kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar," menurut khutbah berjudul "Transformasi Diri" itu.

Mimbar juga menyeru masalah itu dihapuskan sebelum menjadi barah kepada masyarakat.

"Sewajarnya pihak- pihak tertentu yang mencipta hiburan tersebut mengkaji semula rancangan mereka agar ia bersesuaian dengan corak kehidupan budaya Melayu Islam di negara kita," menurut khutbah lagi.

Hilangnya Sirul Membuatkan 'Hantu Altantuya' Kembali Bernyawa

Posted: 16 Jan 2015 05:36 AM PST

shahbudindotcom

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang paling banyak "benda" hilang tanpa dapat dikesan. Bukan sekadar kenderaan, kanak-kanak dan barang-barang bernilai lain yang hilangnya sudah menjadi perkara biasa, negara kita juga mencipta sejarah kerana jet perang tiba-tiba hilang enjinnya.

Dalam laporan audit beberapa tahun lalu, diberitakan beberapa pucuk pistol dan gari polis dikesan hilang daripada simpanan.

Pada tahun lepas pula, sebuah kapalterbang penumpang MAS, MH370 juga hilang daripada radarnya dan sehingga sekarang terus ghaib tanpa dapat dikesan.

Dua pemuda yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, juga hilang secara tiba-tiba dan kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suaka politik di luar negara.

Terbaru, Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya, turut hilang ketika hukuman mati dijatuhkan keatasnya atas sabitan bersalah membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Selepas beberapa siri kehilangan yang "tidak masuk akal" dan "memeningkan kepala"  semua orang, hilangnya Sirul daripada menghadirkan diri ke Mahkamah Persekutuan dan kemudian didapati sudah berada di Australia sejak dua bulan lalu, sekali lagi menimbulkan lebih banyak tanda-tanya mengenai pentadbiran dan kawalan negara kita ini.

Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang ini? Bagaimana seorang yang sedang menunggu keputusan mahkamah atas tuduhan membunuh boleh begitu bebas untuk ke luar negara?

Seminggu atau dua minggu sebelum tarikh perbicaraan pula, kenapa pihak berkuasa tidak berusaha mencari dan mengesannya setelah telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi? Kenapa kehilangan yang memalukan seperti ini berlaku lagi?

Pelbagai spekulasi kini timbul mengenai kehilangan Sirul. Ada yang mengatakan beliau mungkin sengaja melarikan diri kerana sudah mengetahui hukuman mati di tali gantung sedang menunggunya. Ada pula mengatakan, tanpa kerjasama pihak-pihak tertentu, amatlah sukar untuk Sirul melepaskan diri ke luar negara dan kemudian meneruskan kehidupan sebagai pelarian di Australia.

Sementara topik perbincangan makin hangat tentang bagaimana beliau menghilangkan diri dan seruan agar usaha membawanya balik secara ekstradisi dipercepatkan, keadaan menjadi lebih kalut apabila pihak berkuasa Australia mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan sebarang permohonan Malaysia  bagi tujuan itu.

Sebagai antara negara hak asasi dan tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undang jenayahnya, Australia berpendirian tidak akan memulangkan mana-mana rakyat luar secara ekstradisi untuk menjalani hukuman tersebut.

Negara itu dilaporkan hanya sedia mempertimbangkan pemulangan mana-mana pesalah secara ekstradisi bagi hukuman lain selain gantung sampai mati.

Sekali lagi timbul persoalan, apakah Sirul sebenarnya berada dalam perlindungan pihak tertentu yang rapat dengan kerajaan Australia?

Jika Sirul terus berada di Australia pula, apa kesudahannya?

Jika sebelum ini Sirul pernah mengatakan dirinya adalah "kambing hitam" dan ibunya pula memberitahu, beliau pernah dimaklumkan oleh anaknya bahawa tindakannya itu adalah kerana diarahkan oleh seseorang, apakah semua itu akan dibongkar satu demi satu oleh Sirul selepas ini?

Melalui keterangan di mahkamah pula, direkodkan juga bahawa log telefon Sirul membuat panggilan kepada seseorang selepas kejadian pembunuhan di Puncak Alam itu selesai. Adakah melalui "kekebalan" yang dinikmatinya di Australia sekarang, nama penerima panggilannya itu akan didedahkan?

Dalam kes perbicaraan Altantuya, sejarah juga tercipta kerana motif pembunuhan dianggap tidak penting. Selain Razak Baginda yang kemudian dibebaskan dan tidak dirayu kesnya, DSP Musa Safri yang ketika itu bertugas dengan Najib Razak, turut tidak dipanggil memberi keterengan di mahkamah.

Dengan bebasnya Razak Baginda dan Najib pula dibersihkan daripada sebarang kaitan dengan pembunuhan Altantuya, ramai yang melihat kes Altantuya akan berakhir bersama hukuman mati yang diterima oleh Azilah dan Sirul. Walaupun saman keluarga Altantuya terhadap kerajaan akan diteruskan, ia dijangka akan senyap beberapa tahun selepas ini apabila sejumlah gantirugi diberikan sebagai ubat kesedihan.

Blog ini beberapa kali pernah menyebut ungkapan, "manusia merancang, Tuhan merancang terapi perancangan Tuhanlah akan menang". Ternyata kini sekali lagi Tuhan menunjukkan kebesaran dan kekuasan-Nya yang tak terjangkau oleh akal pemikiran manusia.

Meskipun hukuman mati sudah dijatuhkan, tetapi hilangnya Sirul  secara tiba-tiba untuk mengelak hukuman mati dan kini berada di Australia yang seolah-olah melindunginya, persoalan yang paling utama ialah, apakah akan dilakukannya selepas ini?

Adakah beliau akan  berdiam diri saja atau bakal mendedahkan kepada media antarabangsa, siapa yang mengkambing-hitamkannya, siapa yang mengarahkannya melakukan pembunuhan dan siapa yang dihubunginya melalui telefon dari tempat kejadian Altantuya dibunuh?

Pendeknya, dengan hilangnya Sirul ini seperti memberi "nyawa baru" kepada "hantu Altantuya" untuk hidup semula, mengilai dan bergentayangan di di mana-mana. Dalam masa yang sama, sudah tentu juga ada yang mula meracau-racau dan tidak lena tidurnya ketika ini.

Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika….

Posted: 16 Jan 2015 05:33 AM PST




Pertumbuhan Ekonomi 2015



Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika…. : Harga minyak dunia menjadi perbualan dan perbincangan yang hangat bagi tahun 2015. Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff yang merupakan seorang prefesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti Harvard.

BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, 
Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?

Manakala ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39 setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak dunia akan berada pada paras USD30 setong.

Dan firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :
  1. Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6% untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40 setong
  2. Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan apabila bakal menyusut negatif 2.5%
  3. Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik kejatuhan harga minyak dunia
  4. Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang
  5. Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja
Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada 2009.

 

Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah Negara?

Semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :
P/S : Kepada pihak TNB Malaysia, perlu tunggu berapa lama lagi untuk terjaga daripada lamunan bagi menurunkan tarif elektrik di Malaysia?

PP/S : Apa harga minyak dunia mencecah sahaja US$40 setong, nantikan apa respon balas para menteri dan ahli politik di Malaysia.

PPP/S : Tahun 2015, tahun yang menjadi "MESTI" kerajaan Malaysia untuk berjimat cermat dan "tidak boros dan bocor" ketika berbelanja

Ketua Pembangkang: Azmin Bidas BN Selangor

Posted: 16 Jan 2015 05:27 AM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Shamsudin Lias melambaikan tangan selepas menyerahkan kereta serta surat penolakan tawaran Pengerusi PAC dan pemulangan semula kereta kerajaan negeri Selangor pada Setiausaha Bahagian Dewan Elya Marini Darmin (kanan) di hadapan DUN Selangor di Shah Alam, Disember lalu.
 
 
 
SHAH ALAM: Kekosongan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berkemungkinan tidak diisi Barisan Nasional (BN) memberi ruang untuk kepimpinan negeri itu membidas parti politik berkenaan.

Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan BN negeri itu enggan menamakan mana-mana wakil rakyatnya untuk jawatan berkenaan sebagai menafikan hak dan tanggungjawab untuk membangunkan Selangor.

Malah, kata Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut turut membuktikan kegagalan BN untuk bersama-sama membangunkan prinsip demokrasi kerana kerajaan negeri itu mengiktiraf peranan pembangkang. 
 
"Mengapa mereka ambil sikap untuk menidakkan hak mereka bersama-sama dalam membangunkan Selangor? Itu terpulang kepada mereka," katanya.


Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias menerusi mStar Online yang membayangkan BN dan Umno tidak berminat untuk mengisi kedudukan tersebut selepas jawatan tersebut dikosongkan bulan lalu.

Menurut Azmin, BN Selangor seharusnya mengetepikan soal kepartian dan melantik mana-mana wakil rakyatnya untuk mengisi jawatan tersebut demi kepentingan rakyat.

"Mereka pun memainkan peranan dalam DUN kerana ini untuk kepentingan rakyat bukan parti," katanya.

Shamsuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong melepaskan jawatan ketua pembangkang berkuatkuasa serta merta pada 8 Disember lalu.

Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baharu dipinda.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Shamsuddin bagaimanapun berkata, keputusan mengenai kekosongan jawatan masih belum dimuktamadkan.

Sehingga kini Umno Selangor masih belum mengadakan perbincangan khusus berhubung perkara itu.
Persidangan DUN Selangor bagi penggal 2015 dijangka bermula pada awal Mac ini.

Harga Tayar Kini Lebih Murah

Posted: 16 Jan 2015 04:54 AM PST

Oleh: ADRIAN CHAN


( VIDEO )  PETALING JAYA: Jika sudah sampai masanya untuk anda menukar tayar kereta, anda kini boleh tersenyum,

Ini kerana, harga tayar telah mengalami sedikit penurunan, dengan beberapa model yang diimport dan dijual dengan harga mahal juga kini mengalami penurunan harga.

Tidak ada sebab yang jelas dapat diberikan untuk keadaan ini, tetapi ramai pemilik kedai tayar menyatakan ia disebabkan kejatuhan harga getah dan cukai GST yang akan dikenakan terhadap barang itu.

Pemilik kedai tayar, Chin Wai Hong berkata harga tayar telah jatuh di antara 10 dan 15 peratus sejak September tahun lepas.

"Saya telah berada dalam industri ini selama 30 tahun dan tidak pernah mengalami sebarang penurunan besar ke atas harga tayar," katanya ketika ditemui di kedainya di Sea Park di sini, Khamis.

Katanya dia tidak berani menyimpan stok tayarnya dalam tempoh yang panjang disebabkan oleh penurunan harga.

"Saya tidak mahu membeli pada harga yang lebih tinggi dan menjualnya rendah. Sebab itulah saya menambah stok tayar apabila perlu, "katanya.

Pembantu di Kedai Tayar Hin Leong di Klang berkata persaingan semakin sengit di kalangan pengeluar tayar.

"Dari sekarang hingga Tahun Baru Cina, harga tayar akan turun. Saya menasihatkan mereka yang ingin mendapatkan satu set tayar mengambil kesempatan daripada harga yang lebih rendah sekarang, " tambahnya.

Lim Soo Guan, yang memiliki sebuah kedai tayar di USJ berkata harga tayar akan menyaksikan penurunan dengan pelaksanaan GST.

"Ramai yang membuat spekulasi bahawa duti import untuk tayar akan turun lagi bermula 1 April. Itulah sebabnya pengeluar cuba untuk menghabiskan stok mereka sekarang," katanya, sambil menambah dia terpaksa menjual sebahagian daripada stok tayarnya dalam kerugian disebabkan oleh kejatuhan harga.

Lim berkata sesetengah tayar import yang harganya lebih mahal, RM500 misalnya kini berharga kira-kira RM420.

Seorang pengurus peruncitan sebuah kedai tayar di SS2 juga berkata harga beberapa jenama tayar telah menurun, sambil berkata kadar penurunan bergantung kepada saiz dan tahun pengeluaran.

Pemandu Jason Ong berkata dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai penurunan harga apabila mahu menukar tayarnya di Hin Leong.

"Harga tayar pada umumnya adalah lebih murah di Klang. Saya ragu-ragu dan gembira apabila mendapat tahu harga tayar buatan Jepun Toyo C1S jauh lebih rendah," katanya.

Kembar Siam: Terkejut Pegawai Zakat Minta Maaf

Posted: 16 Jan 2015 04:47 AM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Tiga daripada enam tanggungan Rosli termasuk Ahmad dan Muhammad yang memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk lampin pakai buang serta beg najis sejak 13 tahun lalu.
 
 
 
PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, terkejut apabila tiba-tiba rumahnya dikunjungi tetamu yang tidak disangka-sangka pada petang Khamis.

Ketika itu, beliau sedang bekerja di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong selepas mengambil kedua-dua anak istimewanya pulang dari sekolah.

Insiden ini berlaku selepas mStar Online melaporkan berita mengenai kesulitan yang dialami Rosli sekeluarga sehinggakan serik untuk mendapat bantuan.

"Saya terkejut apabila seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor datang ke rumah. Waktu itu saya sibuk di bengkel. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga siapa orang tu, kenapa dia datang.

"Rupa-rupanya dia datang untuk bertanyakan mengenai borang permohonan bantuan Along (Ahmad) dan Angah (Muhammad). Dia minta maaf sebab kesulitan yang dialami ketika berurusan dengan mereka selama ini," katanya kepada mStar Online.



Rosli yang bekerja sendiri berkata, pegawai itu meminta beliau  menghantar semula borang permohonan ke pejabat cawangan Bandar Puteri untuk mendapatkan bantuan perubatan, Isnin ini.

"Dia kata tak perlu kepilkan sekali salinan pengesahan doktor tapi saya kata dalam proses nak dapatkan surat pengesahan," katanya.

Bagaimanapun, Rosli berkata, beliau bersyukur kerana masalah dalam mendapatkan bantuan untuk menyediakan keperluan dua anaknya yang sepanjang masa memerlukan lampin pakai buang dan beg najis itu akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib.

"Oleh kerana saya bekerja sendiri kadang-kala bayaran lambat masuk. Jadi waktu itu saya ada masalah nak beli barangan keperluan mereka. Saya amat bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya bebanan saya dapat diringankan sedikit," katanya.



Pada masa sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada portal mStar Online yang mendedahkan mengenai kesulitan yang dialami keluarga tersebut.

"Terima masih kepada mStar Online kerana membuat liputan mengenai Along dan Angah. Saya terkejut kerana dalam masa singkat terus dapat perhatian pihak berwajib," katanya.

Baru-baru ini, mStar Online melaporkan mengenai dugaan yang dihadapi Rosli selepas dua anaknya berjaya dipisahkan 13 tahun lalu, ketika berusia empat tahun menerusi pembedahan yang mencatat sejarah itu.

Beliau mendakwa sudah serik dan berputus-asa untuk turun naik pejabat kerajaan kerana terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yang merumitkan.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai aduan tersebut.

Katanya, berdasarkan rekod pihaknya, Rosli pernah memohon untuk mendapatkan bantuan perubatan dua tahun lalu.

"Rekod kami menunjukkan Rosli pernah mengemukakan permohonan bantuan perubatan bagi kedua-dua anaknya itu pada 2013 dan 2014," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Malah, Norajun menegaskan kedua-dua permohonan tersebut diluluskan LZS di bawah kategori asnaf gharimin.

"Bagaimanapun menurut aduan yang tersiar, pihaknya sedang menyiasat perkara itu," katanya.

Ahli perniagaan Malaysia salah rasuah di AS

Posted: 16 Jan 2015 04:36 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mengaku memberi rasuah kepada beberapa orang pegawai tentera laut AS membabitkan wang tunai berjumlah AS$500,000


Leonard Glenn Francis, 51


SAN DIEGO, AS: Seorang ahli perniagaan Malaysia mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah dan melakukan penyelewengan melibatkan pegawai tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Mahkamah Persekutuan di sini.

Tertuduh, Leonard Glenn Francis, 51, mengaku memberi rasuah kepada beberapa orang pegawai tentera laut AS membabitkan wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM1.6 juta) selain menanggung kos khidmat pelacuran, hotel dan beberapa kos lain.

Glenn Francis yang merupakan Ketua Eksekutif syarikat penyelenggaraan kapal, Glenn Defense Marine Asia yang beribu pejabat di Singapura didakwa memberi rasuah bagi mendapatkan maklumat rahsia tentang operasi kapal tentera AS di Lautan Pasifik.

Tindakan itu bertujuan membolehkan syarikatnya memenangi kontrak bernilai ratusan juta dolar dalam aspek penyelenggaraan dan logistik kapal perang AS.

Kes tersebut merupakan skandal rasuah terbesar dalam sejarah tentera laut AS selepas tertuduh mengaku mengaut keuntungan kira-kira AS$20 juta (RM71.65 juta) dengan mengenakan caj berlebihan terhadap perkhidmatan asas, minyak dan makanan.

Pairin tawar penyelesaian masalah PTI

Posted: 16 Jan 2015 04:14 AM PST

 
Kebanjiran PTI di Sabah disebabkan kawalan teruk di sempadan dan undang-undang yang wujud tidak dikuatkuasakan.


pairin_300


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan, ada penyelesaian mudah untuk membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah iaitu: kuat kuasa undang-undang, pantau pintu masuk dan halau mereka.

"Bagi saya penyelesaiannya sangat mudah. Jawapannya adalah menguatkuasa undang-undang dan mereka yang bertanggungjawab mesti menjalankan tugas melindungi kediaman kita dengan mengawas ketat di pintu masuk dan akhir sekali mereka yang tidak mempunyai dokumen mesti dilarang masuk," katanya.

Pairin yang dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kerja mengenai PTI di Sabah ketika memperincikan penyelesaian itu berkata: "Pertama kita tutup pintu sempadan. Ini perlu dikuatkuasakan dengan ketat. Undang-undang kita ada di sana dan mereka yang mahu datang di sini mesti ada dokumen yang lengkap."

Selepas itu katanya, dengan langkah-langkah pencegahan, pihak berkuasa juga perlu memperhebatkan tindakan dengan agresif mengusir PTI pulang ke negara asal mereka.

Laporan berita katanya, menunjukkan agensi-agensi berkaitan sangat aktif dengan operasi mereka tetapi rakyat mahu melihat usaha ini berterusan sehinggalah jumlah PTI berkurangan.

Ketika menguatkuasa undang-undang katanya, polis mesti menyiasat dan bertindak terhadap laporan yang dibuat. "Ada beberapa sudah laporan dibuat kepada polis dan langkah seterusnya ialah bagi mereka menjalankan siasatan."

Beliau menambah, kebanjiran PTI di Sabah disebabkan kawalan teruk di sempadan dan undang-undang yang wujud tidak dikuatkuasakan.

Beliau mendakwa, masalah lain ialah pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab dengan memberi contoh pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak melakukan tugas mereka, sebaliknya mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi untuk wang.

Semua ini katanya, dilaporkan dalam Suruhanjaya Siasatan Draja (RCI) mengenai masalah PTI di sini.

Pairin menekankan bahawa beberapa kumpulan melaporkan mengenai isu yang dianggapnya sebagai sudah diketahui semua orang iaitu kebarangkalian kewujudan Projek IC.

Di sinilah polis perlu bertindak katanya, dengan membuat susulan, kerana itu adalah tugas mereka dan mereka tidak boleh hanya "menyapu" masalah itu di bawah permaidani.

"Pihak berkuasa mesti memeriksa daftar pemilih dan mengeluarkan nama-nama bukan warganegara dalam senarai daftar pemilih. Ini mesti dilakukan demi menunaikan tuntutan rakyat," katanya menambah langkah ini dituntut dalam undang-undang.

Ini menurut Pairin, adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. "Kebanjiran PTI disebabkan oleh kawalan teruk di sempadan dan penguatkuasaan undang-undang."

Mengenai gesaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberikan lebih kuasa untuk menangani isu ini dengan melantik beliau sebagai Menteri Dalam Negeri, Pairin berkata, sebagai pengerusi Jawatankuasa Kerja, beliau akan menjalankan tanggungjawabnya mengikut cara yang diperlukan.

Saiful mohon pinda penyataan tuntutan saman

Posted: 16 Jan 2015 04:11 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Saman ini bukan sahaja mengenai dakwaan meliwat tetapi juga berkaitan dakwaan fitnah.


saiful image


KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful memberitahu pemberita, beliau memfailkan permohonan pindaan itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

"Saman ini bukan sahaja mengenai dakwaan meliwat tetapi juga berkaitan dakwaan fitnah," katanya selepas kedua-dua pihak bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan di dalam kamarnya di sini, lapor Bernama.

Zamri berkata, mahkamah menetapkan 23 Januari ini untuk pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar memaklumkan beliau perlu mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada akan membuat bantahan terhadap permohonan tersebut.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Oktober tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku.

SPRM akan panggil semula Khairuddin

Posted: 16 Jan 2015 04:05 AM PST

 
Maklumat yang diterima SPRM merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada pihak polis.


Khairuddin Abu Hassan


PETALING JAYA:Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasai) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan menerima maklumat daripada Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Menurutnya, maklumat yang diterimanya semalam merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada pihak polis sebelum ini.

"SPRM akan memanggil Datuk Seri Khairuddin untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beliau sebelum membuat keputusan sama ada terdapat asas untuk menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, SPRM juga akan memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu ini selaras dengan Akta SPRM 2009.

Semalam, Khairuddin sewaktu membuat laporan kepada SPRM menggesa supaya suruhanjaya itu menyiasat secara terperinci, menyeluruh dan berterusan mengenai ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dana serta kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan itu turut menyatakan, laporan SPRM dibuat berikutan 1MDB telah menjadi kerisauan rakyat di negara ini kerana ia membabitkan urusniaga berjumlah berbillion ringgit.

"Tindakan saya selaku warganegara Malaysia dan pembayar cukai turut merasai risau dan ragu-ragu dengan ketelusan pentadbiran mahupun perbelanjaan dan serta kewangan 1MDB yang sedang menanggung bebanan hutang mencecah hampir RM41.9 billion setakat laporan audit syarikat tersebut pada bulan March 2014," katanya.

Samakan banjir Kelantan, tsunami Jepun tidak berasas

Posted: 16 Jan 2015 04:02 AM PST

 
Kit Siang percaya MKN menyamakan banjir Kelantan dengan tsunami Jepun untuk menutup kelemahan, kelengahan dan kegagalan.


lim kit siang_banjir_300


PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, bencana banjir di Kelantan yang menyebabkan suku juta mangsa dipindahkan tidak seharusnya dibandingkan dengan bencana yang melanda laut Jepun pada 11 Mac 2011.

Menurut beliau, tindakan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen Abdul Wahab membandingkan bencana di Kelantan seakan-akan sama dengan bencana di Jepun merupakan tindakan yang tidak berasas.

Katanya, MKN kini sedang mencari alasan untuk mewajarkan kelemahan, kelengahan dan kegagalannya dengan membuat dakwaan melampau kononnya banjir di Kelantan seakan-akan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.

"Sukar saya bayangkan bagaimana keadaannya jika Malaysia dilanda bencana alam sepertimana yang terjadi di Jepun pada bulan Mac 2011," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Kit Siang, Thajudeen dilihat lebih berminat mancari alasan bagi menutup kelemahan pihak mereka terutamanya kegagalan untuk mengisytiharkan darurat dan komen yang kurang memuaskan terhadap bencana banjir 2014.

Katanya, Thajudeen menjadikan alasan lumpuhnya rataian arahan komunikasi menyebabkan pihak mereka tidak boleh mengarah pegawainya untuk turun membantu mangsa banjir di Kelantan.

"Kalaupun saya ada 50 atau 100 pegawai di sana, jika saya suruh semua orang dari seluruh negara untuk turun ke Kota Bharu, tetapi kalau tak boleh berkomunikasi dengan mereka di sana, apa yang boleh kita lakukan?" Kit Siang memetik kata-kata Thajudeen.

Pada masa sama, beliau berkata, hampir empat minggu tragedi banjir berlalu namun bantuan fasa ketiga membina semula pasca banjir masih lagi tidak kelihatan, malah kerja-kerja pembersihan yang dilakukan sangat perlahan dan menghampakan.

"Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dan mengerahkan anggota tentera dan semua aset yang mungkin untuk melakukan pembersihan segera bagi menghindar merebaknya wabak penyakit.

"Kedua, pembinaan semula Kuala Krai dan yang lainnya mestilah bukan dengan cara kontraktor kroni menipu Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kontrak. Kerajaan, di setiap peringkat, dan juga NGO, wajar meletakkan penekanan kepada mewujudkan pekerjaan sementara bagi penduduk tempatan dalam usaha pembinaan semula," ujarnya.

Sehubungan itu, MKN perlu bertindak dengan segera terutamaya memulihkan kembali infrastruktur pasca banjir memandangkan keadaan masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan.

"Inilah sebabnya kenapa saya menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk melakukan kajian komprehensif bagi memastikan kelemahan-kelemahan, kelembapan dan kegagalan yang begitu teruk dalam persiapan menguruskan bencana, mitigasi dan bantuan bencana akan menjadi pengajaran di masa akan datang," katanya.

SPRM: Bekas CEO Tekun Nasional ditahan reman

Posted: 15 Jan 2015 08:59 PM PST


SPRM SPRM
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman bekas Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.

Perintah reman selama tujuh hari dikeluarkan Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik bagi membantu siasatan kes suspek berusia 60 tahun itu atas kesalahan meminta suapan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Perintah reman itu dipohon Penolong Kanan Penguasa (PKPs), Hanif Awaludin dan Penolong Penguasa (PPs), Norazilatulakmar Said.

Suspek yang belum melantik peguam itu ditahan semalam dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Putrajaya jam 9.30 pagi, hari ini.

QZ8501: Identiti satu lagi jasad dikenal pasti

Posted: 15 Jan 2015 08:56 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) mengenal pasti identiti satu lagi jasad mangsa nahas Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai Cindy Clarissa Soetjipto.
  
AirAsia menyatakan dalam kenyataan terkininya ibu negara malam tadi bahawa AirAsia Indonesia dengan rasminya menyerahkan jasad penumpang kepada keluarganya semalam.
  
Setakat ini, 39 daripada 50 jasad telah dikenal pasti identiti dengan sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.
  
Kenyataan itu menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung operasi mencari di kawasan pencarian utama semalam.
  
Kapal-kapal SAR, helikopter dan pasukan penyelam laut telah dikerah ke kawasan pencarian utama untuk meninjau dasar laut sebelum penemuan penumpang dan bangkai pesawat kerana disyaki lebih banyak penumpang yang mungkin terperangkap di bawah bangkai itu.

Bagaimanapun, tidak ada penemuan tambahan yang dilaporkan semalam, menurut kenyataan itu.
  
Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas pada 28 Dis lepas semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh kru.
  
Mereka yang berada dalam pesawat malang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis.-Bernama

'Lapor polis, jangan cakap dengan media'

Posted: 15 Jan 2015 08:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Mejar Zaidi Ahmad menasihati rakan-rakan dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia supaya mengambil teladan daripada hukuman buang kerja yang dikenakan ke atasnya.

Katanya, mereka tidak harus bercakap kepada media selepas membuat laporan polis jika mengesan perkara yang tidak kena dalam perjalanan pilihan raya.

Jelasnya, beliau dipecat dari TUDM kerana memberi kenyataan media dan bukan kerana laporan polis yang dibuat berkenaan dakwat kekal.

"Kepada anggota-anggota keselamatan, buatlah laporan polis jika anda rasakan ada yang tidak kena.

"Tapi, janganlah bercakap kepada media.

"Tampal pelekat di mulut anda dan media pula janganlah tanya soalan.

"Dapatkan salinan laporan tersebut dan anda boleh merakam gambar individu berkenaan.

"Itu sahaja," kata Zaidi pada forum 'Padah kerana benar, Bebas kerana salah' anjuran BERSIH2.0 di ibu negara pada malam tadi.

Kenyataannya itu disambut dengan ketawa kecil daripada kira-kira 300 orang hadirin forum namun bekas pegawai TUDM itu tetap serius.

"Bukan semua orang tahu hak mereka," katanya.

Tanggungjawab sebagai Muslim

Mengimbas kembali laporan polis tentang dakwat kekal yang dibuatnya pada 1 Mei 2013, Zaidi berkata ia dibuatnya kerana didorong oleh tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang tidak boleh bersekongkol dengan penipuan.

Ia dipercayai merujuk kepada kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali dalam pilihan raya umum dan didapati mudah ditanggalkan pada hari sama ia dicalit ke jari pengundi.

"Saya seorang Muslim. Saya tidak boleh jadi sebahagian daripada pembohongan. Jadi saya mesti bercakap benar," katanya.

Bercakap buat pertama kalinya dalam forum terbuka, Zaidi memberitahu ada di antara rakan sekerjanya dipanggil pihak atasan hanya kerana menyukainya laman Facebook  "Sokong Mejar Zaidi TUDM".

Namun, Zaidi lebih kesal apabila pihak atasan TUDM dilihat mengamalkan sikap memilih buli dalam menghukum individu yang dikatakan bersalah memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Menurutnya, ada di kalangan pegawai tentera dan pasangan mereka yang didapati pernah muncul dalam rancangan TV realiti dan dirakam bercakap kepada media.

"Saya tak rasa mereka ini ada pelepasan untuk berbuat demikian.

"Tetapi ia ada kena mengena dengan perkara yang anda cakapkan kepada media.

"Sama ada ia sesuatu yang 'mereka' sukai atau tidak," katanya kepada wartawan sewaktu ditemui seusai forum.

Buku tunjuk hubungan ibu bapa sejenis

Posted: 15 Jan 2015 08:49 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Penerbit sebuah buku untuk kegunaan pelajar sekolah rendah memohon maaf atas kesilapan cetakan dalam buku tersebut yang didakwa menunjukkan hubungan ibu bapa sejenis.

Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata buku latihan bertajuk Temanku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah Tahun Empat itu akan ditarik balik dari edaran.

"Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu," kenyataan itu dipetik.

Pengguna boleh membawa buku dengan kesilapan cetakan tersebut ke kedai buku untuk ditukarkan dengan edisi baru, kata syarikat tersebut.

"Semua pelanggan sama ada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid boleh menukar semua buku bertajuk di atas di kedai-kedai buku sekolah atau kedai buku di luar sekolah yang berdekatan," kenyataan itu dipetik.

Kesilapan dalam buku latihan untuk kegunaan pelajar tahun empat itu melibatkan satu halaman menunjukkan satu salasilah keluarga dengan ibu bapa dari jantina sama.

Gambar halaman tersebut disebar meluas di laman sosial dan menerima cemuhan dan sindiran.

Tun Razak buat, Najib cuma janji, kata Dolah Kok Lanas

Posted: 15 Jan 2015 08:47 PM PST

Dolah_Kok_Lanas

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad menyelar cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya pandai bercakap namun tidak pernah melaksanakan janjinya.

Kata Abdullah, kelakukan Najib jauh berbeza berbanding ayahnya yang berusaha keras ke segenap pelusuk negara untuk bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Yang penting sekarang adalah kerajaan (pimpinan Najib) harus mengotakan setiap kata yang diucapkan(walk the talk) seperti Gerakan Moderat Global (GMM). Benda ni mesti dilaksana.
"Akhirnya rakyat akan melihat bukan daripada cakap atau retorik, tetapi perbuatan.

"Dalil yang paling baik sekali adalah menerusi perbuatan," katanya dalam forum Memperingati Tun Razak di Mandarin Court Hotel, semalam.

Antara panelis lain selain Abdullah semalam adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Editor The Malaysia Insider dan dimudahcara oleh Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.

Beliau yang berkhidmat selama 14 tahun bersama Tun Razak kecewa dengan masalah kemiskinan dan jurang kaum yang melebar dibawah pentadbiran Najib.

"Masalah ketidakadilan, antara kaya dan miskin. Bukan antara Melayu, Cina dan India sahaja, tetapi dalam komuniti masing-masing itu sendiri nampaknya makin melebar

"Cina dengan Cina jurangnya makin melebar, Melayu apatah lagi bertambah-tambah jauhnya. Dulu tidak ada miskin bandar.

"Idea Tun Razak adalah untuk mengangkat setiap orang dan bukannya menjadikan mereka miskin," ujarnya di hadapan lebih 100 hadirin.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Dolah Kok Lanas merupakan mantan Ahli Parlimen Machang menggsa kerajaan memanfaatkan bakat setiap individu di Malaysia tanpa mengira kaum.

"Semua orang di Malaysia ini boleh menyumbang kepada negara, semua orang ada tempat di sini.
'Malangnya bakat mereka tidak dimanfaatkan," katanya. – Roketkini.com

Zahid: Bantuan Paul Phua 'rahsia besar'

Posted: 15 Jan 2015 08:36 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan "rahsia besar negara".

"(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Selanjutnya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah seperti yang didakwa.

"Pihak kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan oleh mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkait rapat dengan sebarang organisasi jenayah," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu melibatkan perkara kerajaan kepada kerajaan (G2G), Zahid hanya menjawab "tidak".

Syed Ali pertahan 'pelukan Rosmah'

Posted: 15 Jan 2015 08:33 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin bahagian Umno tampil mempertahankan tindakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton Datuk Lee Chong Wei.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam tulisan di blognya berkata, ia berbeza dengan pelukan artis K-Pop B1F4 yang memeluk beberapa orang remaja wanita bertudung dalam sebuah konsert.

"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

"Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop," katanya.

Ia merujuk kepada tindakan Rosmah memeluk Lee dalam satu pertandingan sukan.

Gambar itu menunjukkan Rosmah memegang leher Lee dan muka pemain badminton tersembam ke bahagian dada isteri perdana menteri.

Beliau turut memperakui Rosmah sebagai "ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia" dan memuji keprihatinan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

"Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Cheras pasti sering mendengar ucapan yang sering dilafazkan olehnya yang merupakan ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia.

"Rosmah juga selalu menyebut, sebagai isteri Perdana Menteri, dia akan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya di blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Sokong Mejar Zaidi, Apakah Syed Rosli Akan Terima Nasib Seperti Khairuddin?

Posted: 15 Jan 2015 08:31 PM PST

KELAB GREENBOC



 
Pemimpin Umno persoal hukuman terhadap Mejar Zaidi

Seorang pemimpin Umno, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi Ahmad walaupun penjawat awam itu berbuat perkara betul dengan membuat laporan polis berhubung kelemahan dakwat kekal‎ semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Pandan itu berkata, TUDM lebih cepat menghukum Zaidi yang kesalahannya tidak serius berbanding kelemahan agensi keselamatan itu ketika kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

‎‎"Kenapa Mejar Zaidi diambil tindakan tegas sedangkan beliau cuma ingin melaporkan perkara yang benar mengenai kelemahan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR semasa PRU13,"
kata Syed Rosli dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Kerajaan Indonesia lebih tegas dengan memecat 4 pegawai Pusat Kawalan Udara mereka yang bertugas semasa kejadian malang pesawat AirAsia QZ8501."

Zaidi pada Isnin dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kol Saadon Hasnan berkata, hukuman berkenaan bukan berpunca daripada isu dakwat kekal.

"Ianya kerana dua kesalahan yang dilakukan kerana melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara," kata Saadon.

Zaidi membuat laporan berhubung dakwat kekal pada 30 April, 2013 selepas mengundi dalam pengundian awal selepas mendapati dakwat kekal di jarinya hilang selepas dibasuh.

Susulan daripada laporan polisnya, pegawai TUDM itu diarahkan untuk berpindah ke Butterworth dan pada 7 Februari, 2014 beliau dilaporkan menerima 7 pertuduhan daripada Majlis Angkatan Tentera.

Syed Rosli yang pernah mencabar Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda Umno turut membidas cara TUDM menangani kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac, 2014 dengan mengatakan sehingga kini ‎tiada siasatan menyeluruh dilakukan.

Katanya, TUDM juga gagal mengesan kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal itu terkeluar daripada radar.

Beliau berkata TUDM hanya mendedahkan pesawat itu berpatah balik selepas tiga hari meskipun ia dapat dikesan rada‎r mereka.


"‎Betul, kita tidak boleh menyalahkan 100% pada pihak tentera udara Malaysia tetapi bukankah ini menjadi tanggungjawab mereka memantau ruang udara Malaysia terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?"

Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa TUDM memperbaiki kelemahan badan itu.

"Tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang masuk ke ruang udara Malaysia malahan lebih teruk mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera pun.

"Jangan diulangi lagi seperti apa yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun yang lalu dan berubahlah semua pemimpin negara atau kami rakyat akan terpaksa mengubah kamu semua," katanya. -TMI

ULASAN GB

Telah menjadi satu hal yang diketahui umum bahawa UMNO itu sebagai parti yang akan menekan para pengkritiknya, waima pengkritik itu adalah dari kalangan pemimpin mereka sendiri dan apa yang dikritik itu adalah benar.

Contohnya ialah apa yang menimpa Datuk Khairuddin Abu Hassan, Naib Ketua Umno Batu Kawan yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), statusnya sebagai seorang yang muflis didedahkan dan rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur, dilelong.

Begitu juga dengan Tun Mahathir dan Daim Zainuddin. Kerana menegur kepimpinan Najib, kedua-dua bekas pemimpin tertinggi UMNO itu telah diserang habis-habisan oleh media UMNO seperti TV3 termasuklah blogger-blogger hingusan (pinjam istilah A Kadir Jasin).

Apakah Syed Rosli Jamalullail, Ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Pandan akan menerima nasib yang sama dengan Datuk Khairuddin setelah beliau membuat kenyataan terbuka seperti di atas kerana menyebelahi dan membela Mejar Zaidi?

Sindrom ampu dan bodek memang kuat dan menjadi budaya teras UMNO turun temurun. Kita sama-sama tunggu dan lihat apa berlaku selepas ini.

Dan bagi pejuang kebenaran dan keadilan, kita yakin bahawa kezaliman dan kekejaman itu akan kembali kepada yang melakukannya. Kerana demikianlah sunatullah!

Kisah lelaki buta berjubah putih tarik perhatian

Posted: 15 Jan 2015 04:16 PM PST


Gambar lelaki berkenaan yang dikongsi di laman sosial Facebook. Gambar lelaki berkenaan yang dikongsi di laman sosial Facebook.
 
 
KISAH seorang lelaki tua cacat penglihatan berjubah putih yang sedang makan nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman kini menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kisah berkenaan dipercayai telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial tersebut,  Syafiq Yazid J.

Syafiq memberitahu dia menitiskan air mata apabila mendengar respon lelaki tua itu selepas dia menyuapkan nasi ke mulutnya.

"Saya perhatikan makanan lelaki itu cuma nasi putih sahaja tidak ada lauk-lauk. Saya menawarkan diri untuk membeli hidangan yang lain. Tapi dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam.

"Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, "anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih. Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya"", ceritanya.

Beliau turut memberitahu hasil daripada perbualannya, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Kisah yang dikongsi pada 10 Januari lalu mendapat perhatian pengguna Facebook dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati.

Kerjasama Australia diperlukan bawa Sirul pulang

Posted: 15 Jan 2015 04:08 PM PST


Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar  
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar


SHAH ALAM - Kerajaan Australia diharap dapat memberikan kerjasama baik untuk membawa pulang Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Australia perlu memberi kerjasama atas dasar moral dan hubungan diplomasi baik yang terjalin jika benar anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berada di negara berkenaan.

"Jika Sirul berjaya ditahan di Australia atas kesalahan yang dilakukan di Malaysia serta didapati bersalah, kemungkinan Sirul boleh membawa kes ini di mahkamah (Australia).

"Saya juga dimaklumkan, Australia tidak memperuntukkan hukuman mati mandatori seperti Malaysia dan fakta ini mungkin boleh digunakan Sirul.

"Justeru, jika kemungkinan ini terjadi, proses undang-undang akan dilaksanakan di mahkamah Australia untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Sirul dihantar pulang ke negara ini. Namun masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang spekulasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembukaan Konsul Nepal di Pulau Pinang, hari ini.

Polis sebelum ini mengesahkan Sirul Azhar ke Australia Oktober lalu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah membuat permohonan waran tangkap selepas Sirul Azhar gagal hadir semasa pembacaan hukumannya, pada Selasa, berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskannya bersama Cif Inspektor Azilah Hadri.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan mereka bersalah membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

'Jangan ceroboh perairan laut negara lain'

Posted: 15 Jan 2015 04:06 PM PST

SINAR HARIAN


Ismail Sabri Ismail Sabri
 
 
PUTRAJAYA - Nelayan Malaysia dinasihatkan tidak menceroboh perairan laut negara lain dan memberikan alasan tidak tahu di mana sempadan perairan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata alasan berkenaan tidak boleh diterima kini kerana setiap kapal nelayan laut dalam yang menangkap ikan di zon C2 iaitu lebih daripada 30 batu nautika dari pesisir pantai negara dilengkapi sistem pengesanan global (GPS) yang akan memberikan amaran sekiranya melepasi sempadan perairan negara.

Mengulas laporan sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia minggu lepas selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram, Ismail Sabri berkata kapal yang diletupkan itu telah menceroboh sempadan negara luar sejauh enam batu nautika.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata setiap negara mempunyai undang-undang masing-masing apabila ada kapal menceroboh perairan mereka.

"Namun, cara pelupusan di setiap negara adalah berbeza. Di Malaysia, kita gunakan cara yang lebih diplomasi, kita tebuk bot dan karamkan untuk dijadikan tukun tiruan. Indonesia, mereka memilih untuk letupkan," katanya.

Ismail Sabri mengingatkan bahawa Indonesia sangat tegas dalam hal tersebut kerana republik itu sudah mengharamkan penggunaan pukat tunda.

"Jadi, jika kapal kita masuk perairan negara berkenaan, mereka akan mengambil tindakan tegas kerana merosakkan sumber perikanan negara itu," katanya.

Sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia dilapor ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia pada 8 Jan lepas setelah didapati bersalah oleh Pengadilan Negeri Medan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu iaitu di luar pantai Pulau Pandang, Sumatera Utara.

Jelas Ismail Sabri, Malaysia juga marah apabila perairan negara diceroboh nelayan asing kerana tindakan tersebut menjejaskan pendapatan dan hasil tangkapan nelayan tempatan.

"Jadi, sekiranya kita marahkan nelayan-nelayan luar menceroboh negara kita, maka saya nasihatkan nelayan-nelayan kita jangan menceroboh perairan negara luar," katanya.

Pada tahun lepas, empat kapal nelayan asing ditahan iaitu sebuah kapal Filipina di perairan Labuan, sebuah kapal Indonesia ditahan di perairan Pulau Pinang dan dua buah kapal nelayan Vietnam di perairan Kuantan.

Pada tahun 2013, sebanyak 11 buah kapal nelayan Vietnam ditangkap di perairan Kuantan dan Terengganu, katanya. - Bernama

Jangan kejar anak muda berpelukan tapi...

Posted: 15 Jan 2015 04:05 PM PST


Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI
 
 
SHAH ALAM – Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar bukan hanya gejala seperti aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini sahaja yang dikejar.

Namun, gejala sama yang didakwa berlaku di kalangan golongan atasan dan artis tidak diendahkan.

"Saya menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi)  dan badan agama lainnya.

"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegur cara Jawi yang berbaur ugutan memberi tempoh seminggu untuk remaja bertudung terlibat dalam video kontroversi K-Pop tersebut untuk menyerah diri.

"Saya mengusulkan agar nasihat dan teguran kepada generasi muda dipergiat melalui kaedah dakwah bilhikmah.

"Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.

"Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah," katanya.

Semalam, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak bekerjasama dalam siasatan.

Katanya, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan perbicaraan diadakan sebelum melaksanakan sebarang hukuman atau denda.

Minggu lalu, sebuah video tersebar luas melalui media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis K-pop berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut nyata mengundang kritikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan adegan tersebut.

'Wanita misteri' pertahan gadis K-Pop

Posted: 15 Jan 2015 03:55 PM PST


'Wanita misteri' pertahan gadis K-Pop
 
 
SELEPAS banyak pihak memberikan reaksi negatif bersabit isu gadis K-Pop, hari ini tampil seorang 'wanita misteri' menyifatkan apa yang berlaku itu ketentuan ALLAH.

Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat itu, wanita berkenaan berkata, bukan sahaja gadis-gadis yang dipeluk artis K-Pop itu sedang diuji malah masyarakat secara keseluruhannya juga sedang menghadapi perkara sama.

"Bukan mereka sahaja diuji, malah kita sebenarnya yang diuji juga.  Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan ALLAH.

".... di sebalik video yang telah diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita ...yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang, Jadi renung-renungkan lah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini," ujarnya.

Video yang dimuatnaik ke YouTube itu kini telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Kebanyakan komen pelayar mengecam pandangan gadis tersebut.

Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) sudah membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.

Jawi juga memberi tempoh seminggu kepada gadis-gadis yang terlibat supaya serah diri.

Gerakan: MyEG 'orang tengah terbesar'

Posted: 15 Jan 2015 03:50 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau hari menyatakan bantahan terhadap langkah kerajaan membuat penyumberan luar pembaharuan permit pekerja asing kepada MyEG.

Lau berkata walaupun perkhidmatan atas talian lebih memudahkan dan dapat mengelakkan kerenah birokrasi, tetapi amalan monopoli tidak harus berlaku.

"Gerakan tidak menentang MyEG menambah baik perkhidmatan, tetapi ia tidak harus memonopolinya," kata Lau.

Dalam kenyataannya hari ini, Lau juga mengkritik dakwaan imigresen bahawa sistem baru itu dapat membuang budaya orang tengah.

Sebaliknya, kata Lau, konsesi itu MyEG bermaksud ia sendiri menjadi "orang tengah terbesar".

Tiada ulasan: