Khamis, 29 Januari 2015

Biaqpila

Biaqpila


SIDANG MEDIA MH370 DIBATALKAN

Posted: 29 Jan 2015 12:53 AM PST

Sidang media MH370 oleh DCA dibatalkan, jejas pengurusan persepsi




KUALA LUMPUR: Wartawan dan orang ramai yang menanti sidang media daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang tadi menerima khabar mengejutkan apabila ia dibatalkan.

Sidang media yang amat dinanti-nanti tersebut sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan antara perkara yang dijangka akan disampaikan adalah mengenai situasi terkini misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pengumuman itu dibuat sekitar jam 4.05 petang di Dewan Serbaguna DCA di Putrajaya di hadapan ratusan media dan juga beberapa waris keluarga penumpang.

Sementara itu, di studio Astro AWANI, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang sedang menjadi panel undangan dalam program Buletin AWANI Khas memberitahu, pembatalan sidang media itu mengejutkan.

"Sidang media ini dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan. Jika tidak bersedia, jangan diumumkan atau memanggil wartawan. Ini menjejaskan pengurusan persepsi memandangkan berita ini dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia malah komuniti di seluruh dunia," ujar beliau.

Abdul Rahmat Omar khuatir ia akan membawa lebih banyak cemuhan terhadap negara ini khususnya dari komuniti antarabangsa.


awani



NAK BUAT DUIT SAMBIL BERJIMAT? MODAL RM10 JER...KLIK DISINI !!!

KES ALTANTUYA: RAZAK BAGINDA BUKA MULUT

Posted: 28 Jan 2015 11:23 PM PST



SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia," ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.

Sinarharian



Tiada ulasan: