ALHUSSEYN |
JEMPUTAN TERBUKA: MAJLIS PELANCARAN GABUNGAN IMPIAN KELANTAN (GAMITAN) Posted: 29 Jan 2015 09:09 AM PST Yb/Dato/Tuan/Puan/Cik/Wakil-Wakil NGO/Rakan Media JEMPUTAN TERBUKA: MAJLIS PELANCARAN GABUNGAN IMPIAN KELANTAN (GAMITAN) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk : 2. Gabungan Impian Kelantan (GAMITAN) merupakan insiatif sosial pelbagai organisasi politik, wakil kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan orang perseorangan/ sukarelawan yang terlibat langsung dalam inisiatif membantu rakyat yang terlibat banjir. Impian kita - ialah mencetuskan kehidupan baru dari bah besar seperti teladan Nabi Nuh a.s, ujian banjir bukan pengakhiran dari kehidupan.9 Dengan itu, pemulihan tidak hanya ala kadar. Bahkan memerlukan pelan moden dan selesa mengambil pengajaran daripada bah mega yang menimpa sebahagian Kelantan. Model pencetus ini diharap dapat menjadi ikutan lalu terbina apa yg tidak wujud sebelum ini. Pelancaran akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 31 Januari 2015 (Sabtu) Masa : 8:30 malam Tempat: Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu Pimpinan yang hadir adalah: 1.) YB Dato Husam Musa 2.) YB Lim Kit Siang 3.) YB Mumtaz Mohd Nawi 4.) YB Anthony Loke 5.) Dato A Samad Said 6.) Dato Ambiga 7.) YB Theresa Kok 8.) YB Liew Chin Tong 9.) Dato Wan Rahim 10) Wakil wakil NGO 3. Dengan ini Yb/Dato/Tuan/Puan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis dan menyumbang bakti. |
Hj Hadi adalah Barua dan broker UG yang sebenarnya Posted: 29 Jan 2015 03:32 AM PST Komplot telah lama bermula....beriya-iya sungguh Hj Hadi mempertahankan Khalid Ibrahim selepas pertemuan diatas ini. Khalid Ibrahim satelah dipecat keahliannya oleh PKR, sekali gus dia telah kehilangan sokongan 28 Adun PR (13 PKR + 15 DAP= 28). Teknikalnya, Khalid juga sepatutnya turut kehilangan sokongan dari 15 Adun PAS kerana Khalid kini bukan ahli dari mana-mana parti gabungan PR! Tetapi PAS terus menyokong Khalid! Presiden PAS berkeras tetap mahukan Khalid sebagai MB walaupun Khalid bukan lagi ahli dari mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketika ini timbul cerita tidak resmi, Khalid akan masuk PAS.....tetapi ianya segera dinafikan. Maka Khalid terus mempertahankan kerusi MB Selangor kerana sokongan PAS yang hanya mempunyai 15 kerusi. Apakah dengan hanya sokongan 15 Adun PAS itu Khalid mampu untuk terus kekal sebagai MB? Tentunya tidak, melainkan mendapat sokongan 'darurat' dari 12 Adun Umno pula. Dan Umno Selangor telah bersetuju menghulurkan sokongan darurat tersebut. Maka sebenarnya, telah terbentuk 'Unity Government' di Selangor tanpa ramai yang menyedari mengenainya. Kerajaan Pakatan Rakyat sudah ranap ketika itu! Apa nak dinafikan lagi mengenai kewujudan 'Unity Government' ? Bukankah teknikalnya : PAS 15 + 12 Umno+ Khalid (bebas)=28. Mujurlah 'Unity Government' Selangor ini umurnya pendek oleh kerana 2 Adun PAS telah bertindak menandatangani akujanji menyokong Wan Azizah. Sebaliknya tindakan 2 Adun PAS itu telah menambah kuatkan kedudukan Wan Azizah menjadi : (13 PKR + 15 DAP + 2 PAS = 30). Kerana tindakan berani 2 Adun PAS inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan menggagalkan cubaan Hj Hadi mewujudkan Unity Government di Selangor. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan