Selasa, 27 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi

Posted: 27 Jan 2015 08:00 AM PST


 Kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  di sini bahawa pendirian PasMa adalah selari dengan keputusan muktamar PAS ke-54 di Ipoh untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. 

  Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz sendiri sewaktu masih berkuasa dan sehat, juga tetap mempertahankan keputusan Muktamar di Ipoh itu,  iaitu menyokong Pakatan Rakyat.

  TGNA pernah menghamburkan kata kesat kepada puak-puak UG yang mesra Umno ini sebagai 'Boneka Umno'!

 "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

 "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," 

 Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini. 

 Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama. 

  Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

 "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," 

 "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," 

 "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," 

 Sengaja aku ulang-ulangkan supaya puak UG yang baca boleh memahaminya. Kenyataan Mursyidul Am ini adalah penafian yg jelas dan tegas bahawa Presiden tidak ada kuasa 'veto'  sebagaimana dakwaan MSU yang sebelum ini.

Kenyataan TGNA  itu ada  di sini .
- 11 Jun 2009

Hj Hadi yang sepatutnya keluar dari PAS!

Posted: 27 Jan 2015 02:48 AM PST

Pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

 Begitu reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mendapat amaran bernada halau daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihak itu harus keluar parti kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan.

 "Itu keputusan PAS dan muktamar.

 "Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

 "Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS," ujarnya.Baca sepenuhnya di sini

Kenali Pengkhianat PAS yang sebenarnya ....

Posted: 26 Jan 2015 11:30 PM PST


 Kejadian banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini mengembalikan ingatan kita kepada permata yang terbuang.....

 Kita kini semakin dapat mengenali mana permata mana kaca…Husam akan bersinar kembali...bersama Yayasan Darul Hijrah, yang sedang giat menjayakan Aktiviti Bantuan Kemanusiaan Dan Pembangunan mangsa Banjir Kelantan.

 Sewaktu Husam menjadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat. Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh....

  Itulah antara sebab, Husam dimusuhi. Apakah korang masih ingat isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan?

  Husam sudah nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan malah rakyat negeri itu sendiri.....banjir besar yang baru lepas itu adalah antara buktinya.

 Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak kerana Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan.

 Tapi Husam dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah.Dan yang menuduh memfitnah bukan ahli sembarangan!! TMB Kelantan Nik Amar sendiri menghentam Husam.


 Diatas ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

 Syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta. Tarikh permohonan ini dibuat pada 20 Jun 2013. 


Walaupun Syarikat baru didaftarkan pada 13.6.2013, Seminggu lepas tu pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!!



 Masuk akalkah, budak umur 22 tahun buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00, tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri?

Wow! Ada kabel besar rupanya budak nih!:


  Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin. 

  Ini lah yang cuba di sampaikan oleh Husam Musa ... Siapa punya kerja? Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran? 

  Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu? Komisyen? Proxy atau kronisma? Apa-apalah....

  Pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih. 

catitan : Semua bahan diatas diolah semula dari : sini

Nak kukuhkan Pakatan Rakyat : Siapa sebenarnya lidah biawak?

Posted: 26 Jan 2015 09:27 PM PST


   Hj Hadi pernah suruh PKR keluar Pakatan Rakyat. Dia juga cakap gitu kepada DAP. Dah tu dia dan PAS terkantoi-kantoi berseorangan dalam Pakatan Rakyat?

  Terkini Hj Hadi kata PasMa juga tidak sehaluan dengan perjuangan PAS; suruh PasMa pula keluar PAS? Apa dia ingat dia sahaja yang mahu perjuangkan Islam? Apa dia ingat PAS ni mak bapak dia punya ker?

  Hairan sungguh, Hj Hadi kata mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. PasMa pun mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat....Tapi siapa sebenarnya lidah bercabang macam biawak nih? 

"Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO," kata Hj Hadi (Bukankah Hj Hadi broker yang tergila-gila sangat nak pd Umno?)

   Sebagai seorang suami yang bermaruwah dan gentleman, tentunya tidak akan teragak-agak untuk menceraikan isterinya jika dia berasa  dia sudah tidak serasi lagi bersamanya.

   Tetapi jika sebagai lelaki kerjanya hanya memburuk-burukan isterinya kepada orang lain, tidak mahu berbincang atau berunding mencari jalan damai dan penyelesaian, itu namanya lelaki bacul! Dayus!

  Tidak berani nak menceraikan isterinya , tetapi asyik mengugut suruh isteri keluar rumah, suruh isteri tinggalkan dia.... alahai, tunggu apa tunggu? Eloklah nelayankan dia!

    Kamu sebagai Presiden PAS. Kalau kamu rasa PasMa tidak sehaluan dengan kamu, silalah pecat mereka yang terlibat dengan PasMa. Muktamar pun dah dekat, sila usulkan dalam muktamar nanti dan lihat apa akan berlaku!

Pasma 'dipersila' tinggalkan Pas

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) 'dipersilakan' untuk meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, 'bahtera' yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.

 Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam Pas agar jangan membocor dan merosakkan 'bahtera' parti sekiranya mereka merasakan 'bahtera' itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.

 "Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

 "Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO," katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini. - Baca seterusnya di sini

Menunggu munculnya bintang di langit tinggi.....

Posted: 26 Jan 2015 05:12 PM PST

 Ada beberapa hadis yang menjelaskan mengenai beberapa ciri ulama dan hampir keseluruhannya mengulas mengenai akhlak dan keperibadian serta sikap terhadap perkara hak dan batil . Hadis Riwayat Ahmad menyatakan:

"Gambaran ulama di muka bumi adalah seperti bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan. Apabila bintang berkenaan hilang, maka ditakuti manusia akan tersesat jalan."

  Apakah Hj Hadi tidak mampu menjadikan dirinya umpama bintang yang memberikan petunjuk kepada Pakatan Rakyat

 Katanya mahu bersama PR tapi mengapa membiarkan kawan-kawan PR menunggu sekian lama kehadirannya dalam kegelapan? Mereka mahukan Hj Hadi bersama mereka dalam mesyuarat  supaya PR dapat meneruskan perjalanan mereka tanpa tersekat dipertengahan jalan atau tersesat dalam perjalanan - pusing-pusing di round-a bout yg sama! 

 "Ulama adalah cermin dan pemimpin ummah. Barang siapa yang sentiasa bergaul dengannya bertambah kebaikannya" (Hadis Riwayat Jamaah). 

    Apakah Hj Hadi tidak sanggup bergaul dengan rakan-rakan dalam PR supaya dapat menambahkan kebaikan kepada mereka? Sebaliknya Hj Hadi lebih mesra dan lebih lunak dengan musuh-musuh PR. Kenapa Hj Hadi menjadikan dirinya begitu exclusif terhadap rakan-rakan PR lalu tidak mahu bergaul dengan mereka?

 Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, " Apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." 

  Bukankah itu yang sepatutnya Hj Hadi lakukan terhadap mereka rakan-rakan tahaluf siyasinya? Atau apakah Hj Hadi telah menganggap mereka itu sudah bukan kawan lagi? Tidak mahu menolong dan mengingatkan mereka?

 Jika mereka telah melakukan kesalahan, apakah kamu tidak sanggup menasihat dan mengingatkan kawan-kawan kamu itu melalui mesyuarat?

   Kamu, Hj Hadi, bila orang minta datang mesyuarat kamu marah. Bila orang tanya kenapa tak mahu datang mesyuarat kamu marah. Bila diaorang bermesyuarat tanpa kamu, kamu pun marah - tak mahu terima keputusan mesyuarat lalu buat keputusan kamu sendiri yang sebaliknya. Apa kena dengan kamu, wahai Hj Hadi?

 Hadis tersebut selanjutnya menyatakan : Sahabat berkenaan bertanya lagi, "Manusia yang bagaimana yang paling buruk?"

 Baginda menjawab, "Ulama yang selalu membuat kerosakan." (Hadis Riwayat Jamaah).

  Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

 Peringatan al-Ghazali itu mengingantkan kita kepada Hj Hadi yang pernah sebut :  "Saya tak rela bawa ahli-ahli Pas ke neraka jahanam"

  Kini Pakatan Rakyat hanya wujud pada namanya sahaja. Sudah tidak berfungsi lagi.

 Saya bersetuju dengan pandangan ketua penyelidik bebas Merdeka Center bahawa keretakan dan perpecahan  terburuk mungkin akan berlaku.

 "Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR," kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu. Ikuti laporan berikut:

Pakatan Rakyat berusia 6 tahun tiba di pengakhirannya?

OLEH EILEEN NG DAN ZULKIFLI SULONG 
 Published: 27 January 2015 7:00 AM




Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?

 Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam.

 "Pakatan tidak berfungsi ketika ini. Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali kepada The Malaysian Insider, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

 Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya.

 Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.

 PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR.

 Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

 Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, (Jangan lupa dia telah pergi ke London dan Jakarta - al Husseyn ) namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR.

 Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang duduk semeja.

 Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

 Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor.

 Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.

 Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

 Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat.

 Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat.

 "Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

 "Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS.

 Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

 Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR.

 "Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.

 The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi.
 
 Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan.

 Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.

 "Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku.

 Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.
 "PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.

 Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya.

 Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.

 "Ada kesannya, tetapi tidaklah begitu besar," katanya. – 27 Januari, 2015. - ~ SUMBER

Tiada ulasan: