Isnin, 29 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Utusan Malaysia kena lagi!

Posted: 29 Sep 2014 06:25 AM PDT


Kes dengan Lim Kit Siang sedang berjalan di mahkamah. Kes fitnah dengan Dr.Syed Husin Ali pula terang-terang dah kalah ...

Pada awal Januari 2012, Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.
Dalam tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Malaysia secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar milik Umno itu bertarikh 20 November, 2011, berjudul "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Sementara itu, Utusan Malaysia juga menarik semula artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November, 2011 dan juga akan membayar suatu amaun kos kepada plaintif.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..bayar..jangan tak bayar..!!!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BAIK TANYA HAL MINI COOPER

Posted: 29 Sep 2014 07:00 PM PDT











KOMENTAR

satu  kenyataan waras
satu kenyataan berhemah
dari pemimpin muda pas
bijak berisi dan dewasa











Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh 

jaga emosi

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-kelantan-desak-nik-abduh-jaga-emosi#sthash.jemCrqRU.dpuf

KAH KAH KAH

woit
minta cerita
tentang mini cooper
baru boleh labon
baru bijak lebong
baru putar alam
kah kah kah

--------

PAGI INI DI MAHKAMAH

Posted: 29 Sep 2014 06:00 PM PDT






KAH KAH KAH

pagi ini gwa
di mahkamah
kah kah kah


  1. Kes Hishamuddin Rais akan didengar di Mahk Sesyen 13 KL Jln Duta, Jam 9 pg. Tunjuk solidariti dgn saudara
  2. Esok akan turun ke Mahk Sesyen 13 Mahk Jln Duta KL utk hujahan di akhir kes pendakwaan kes hasut.




-----------

HOT HOT CHICKEN SHIT

Posted: 29 Sep 2014 07:00 AM PDT




KOMENTAR

hukum jalan raya
undang undang jalan raya
peraturan jalan raya ini
adalah lukah
untuk pungut duit kopi
untuk tambah duit saku
bantu pekerja jpj 
bila gst dikenalkan nanti

ingat atau tidak bulan puasa dulu
heboh nak basmi judi haram
hangat hangat chicken shit
semua tak jadi

nanti cermin hitam ini pun sama
hot hot chicken shit

awalan satu dua bulan
akan ramai kena saman
media akan heboh
keluar tv
keluar akhbar
lepas tu senyap
lepas tu semua jadi lukah

tak percaya nanti dan lihat




 696 4 0 722

Peraturan baru cermin gelap bermula 1 November


PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini, kata Ketua Pengarah JPJ, Ismail Ahmad.
Menurutnya lagi, peraturan baru itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau sekiranya pemilik kenderaan punya alasan kukuh.
"Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri. Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguatkuasa JPJ bahagian Zon Selatan di Seri Negeri, di Melaka.

  • Judi haram: Zahid bincang dengan MB, KM - Malaysiakini

    www.malaysiakini.com/news/267883
    Translate this page
    Jul 7, 2014 - "Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset ..... Dikir barat meriahkan kempen Pengkalan Kubor ...
  • Bookie Haram biayai kempen menentang lesen Judi?

    darisungaiderhaka.blogspot.com/.../bookie-haram-bia...
    Translate this page
    Jun 28, 2010 - KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan ...

  • KAH KAH KAH

    hot hot
    chicken shit
    KAH KAH KAH
    --------

    WIRA MELAYU ISLAM KANTOI

    Posted: 29 Sep 2014 06:30 AM PDT





    Zulkifli Noordin mohon maaf kepada 

    bekas timbalan presiden PKR

    Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap  Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen".

    Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia.

    "Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zulkifli-noordin-mohon-maaf-kepada-bekas-timbalan-presiden-pkr#sthash.bNt9JWaf.dpuf


    KAH KAH KAH

    woit
    apa sudah jadi
    wira melayu islam
    minta maaf pada sosialis komunis
    hebat sosialis komunis ini

    KAH KAH KAH

    nota:

    utang puan ainon

    bila nak bayar

    kah kah kah

    ---------

    SURAT UNTUK HAJI HADI

    Posted: 29 Sep 2014 05:00 AM PDT







    PENYERAHAN SURAT

    PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN

    Kepada 

    PRESIDEN PAS

    YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG

    Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).  Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang  yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

    Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.

    Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

    Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:


    Serahan Surat 
    'PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN' Kepada YB Presiden PAS

    Tarikh:
    30 September 2014 (Selasa)

    Masa:
    10.00 Pagi

    Tempat:
    Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
    (Di Hadapan Pintu Utama)



    Sekian. Terima kasih.

    Syukri Razab

    Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)

    ----------

    LAGI MUNKEE KELENTONG

    Posted: 28 Sep 2014 11:00 PM PDT





    Bajet 2015: Naik gaji saja tidak cukup bagi

    kakitangan awam

    Kakitangan kerajaan sedang melobi kerajaan untuk lebih daripada sekadar kenaikan gaji menjelang Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan kerana mereka risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April.

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, sekian lama mendesak kerjaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk membantu mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah di bawah RM3,000.

    Kira-kira 60% atau 630,000 daripada 1.05 juta kakitangan kerajaan memperoleh hanya RM3,000 atau kurang sebulan.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bajet-2015-naik-gaji-saja-tidak-cukup-bagi-kakitangan-awam#sthash.9DmM2aea.dpuf

    Taraf hidup rakyat meningkat, purata 

    pendapatan isi rumah 2014 RM5,900, kata 

    Wahid

    Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.
    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.
    "Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taraf-hidup-rakyat-meningkat-purata-pendapatan-isi-rumah-2014-rm5900-kata-w#sthash.HizSJFvM.dpuf
    KAH KAH KAH

    woit
    nak kelentong
    buat betul betul
    biar rakyat percaya

    KAH KAH KAH


    ---------

    NASI PANGGUNG KELMARIN

    Posted: 28 Sep 2014 10:00 PM PDT






    SELAMAT HARI RAYA HAJI
    DARI DAPUR JALANAN

    yang miskin, yang tertindas, yang terpinggir
    ada yang sepanjang hidupnya berkorban,
     ada terkorban
    hasil harian dirompak, 
    titik peluh dijilat penguasa, perasuah
    menghumban mereka ke dalam kitaran setan, 
    menjadi sisa-sisa, 
    cerita-cerita duka hidup di kota


    Menu & kontributor untuk 
    Dapur Jalanan minggu lepas:-
    Tim Dapur Jalanan 
    - Makaroni Goreng Caca Merba
    Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
    Tim Milla Besday Girl - Kek / Buah Epal
    Tim Akademi Belia - Air Mineral / Air Kotak
    Kak Noreen Sekeluarga - Karipap / Tembikai
    Kak Ros - Puding
    Qish Awek cun - Kek Cokelat
    YANG MEMBANTU

    TUKANG BUAT RAMAI

    Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
    Quratulain, Syu, Aisyah, Hazman, Sha, Acino gagalis brickfield,
    Fairuz & kawan-kawan, Zharif, Raja,
     Nadia dan kawan-kawan Akademi Belia,
    Kak Noreen dan sekeluarga dari Sg Buloh,
     Kak Ros & kawan-kawan, Yan & geng dari Ipoh, 
    Vince & kawan-kawan, Besday girl Milla & awek-awek dari UM,
    Haziqah dari UPM, Hafiz UNISEL, Daniel UniRazak, Aie dari Kemaman,
    Rara awek cun, Melati Rahim, Omar & Gerombolan Geng Kotak,
    & semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama bantu kerja bakti di Jalan Panggung!! 
    YANG DATANG MAKAN


    TERIMA KASIH SEMUA 
    Takbir Raya mula bergema
    Ayam Itik terus hilang
    Lembu dan Kambing menjadi korban
    khinzir tersenyum, nasib baik tak masuk islam
    Selamat Hari Raya Korban
     
    YANG MENOLONG
    PENGUMUMAN PENTING
    minggu depan, ahad, 
    5 oktober, 
    bersamaan dengan 10 Dzulhijjah,
     Raya korban.
     Jln Panggung tutup kedai.
     Dapur Jalanan OFF. 

     BARANG JUALAN DAPUR

    ++ Dapatkan merchandise baru Dapur Jalanan, Arpon Dapur, pakai masak, simpan buat koleksi.
     Membeli sambil menyumbang RM20.00. 
    Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat. 
    ++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
    ++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
    CIMB: 8001-7278-49 
    SPKL Collective


     Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873
    Solidariti untuk miskin kota
    Dapur Jalanan Kuala Lumpur
    *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
    29 September 2014





    ---------

    DAP DAN PAS

    Posted: 28 Sep 2014 08:38 PM PDT






    KOMENTAR

    dap itu ialah pas cina
    pas itu ialah dap melayu
    tugas anak muda
    ialah mencairkan
    kecinaan dalam dap
    mencairkan melayu
    dalam pas dan pkr


    Gadis Melayu berpurdah sertai DAP

    SEREMBAN: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti 'chauvinist' Cina tersebut.
    Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.
    Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.
    baca disini:
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/29/gadis-melayu-berpurdah-sertai-dap/

    -----------

    BERITA PENIAGA KECIL

    Posted: 28 Sep 2014 07:19 PM PDT



    Parti Politik, Masyarakat dan Perniagaan di Kelantan.
    Umumnya mengetahui masyarakat Kelantan mempunyai budaya berniaga sejak turun temurun, dari Pasar Siti Khatijah, Wakaf Che Yeh, pasar pagi, pasar malam, stadium semasa perlawanan bola sepak, di ceramah-ceramah politik atau di mana sahaja, selagi mendapat permintaan dan ada kamahuan. Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS sejak 1990 sehingga sekarang, walaupun pelbagai cara cuba digunakan oleh kerajaan pusat untuk merampas Kelantan masih tidak berjaya walaupun mungkin ada beberapa kerusi yang telah di menangi UMNO.
    Ingin disentuh di sini, mengenai hal-hal kebajikan kepada peniaga-peniaga yang semakin terabai dan tidak dibela oleh kerajaan negeri pimpinan PAS umumnya.
    Dataran Ilmu di Jalan Dato' Pati salah satu tempat kuliah bagi kerajaan negeri pada setiap pagi Jumaat, maka tempat itu sehingga ke Jalan Sultan Ismail telah menjadi satu tumpuan kepada peniaga-peniaga dari makanan, budle, buku-buku, pakaian, tembakau rokok, cincin permata, barang antik, buah-buahan, sayur-sayur kampung dan pelbagai macam.
    Tempat itu menjadi tumpuan umum dan pelancong apabila ke Kota Bharu kerana jalan telah ditutup untuk diberi laluan aktiviti-aktiviti tersebut sehingga tengahari. Aktiviti perniagaan berjalan sekian lama seiring dengan aktiviti kuliah yang dijalankan, tanpa ada sekatan dan halangan daripada kerajaan negeri mahupun PBT MPKB-BRI. 
    Ianya juga pernah diberi ulasan dalam media harakah daily. Alangkah malangnya sejak Ogos 2014 selepas Aidilfitri para peniaga tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sekiranya kuliah tidak diadakan, sedangkan sebelum ini masalah sebegini tidak pernah timbul. Perkara ini cuba dipertahankan oleh peniaga-peniaga, tetapi pihak PBT MPKB-BRI memberi pelbagai alasan yang sangat tidak masuk akal. 
    Rentetan itu, sempena Muktamar PAS di Johor sekali lagi pihak yang berwajib telah mengeluarkan arahan untuk tidak menjalankan perniagaan kerana kuliah tidak dijalankan, pada 19 september 2014 sedangkan sebelum ini sebarang masalah mengenai pelarangan ini tidak pernah berlaku.
    Para peniaga di sini yang sebenarnya menyumbangkan kemeriahan aktiviti-aktiviti tersebut. Di sini juga tempat masyarakat untuk berbelanja mahupun beriadah, mendengar kuliah. pada cuti umum di pagi Jumaat, tanpa mengira parti politik masyarakat tempatan mahupun luar Kelantan ramai yang begitu teruja untuk menikmati aktiviti-aktiviti ini.
    Ini adalah salah satu budaya masyarakat Kelantan. Situasi ini seperti sebenarnya situasi menang-menang antara kerajaan negeri dan peniaga. Inilah kebajikan yang diinginkan oleh masyarakat Kelantan. Kepada pihak kerajaan negeri, PBT dan mereka yang terlibat nilai dan fikirkan sejenak mengenai perkara ini, mungkin ada yang berpendapat ini perkara kecil, tapi perkara ini melibatkan hasil pendapatan peniaga.
    Ahli exco, Yang Berhormat, ulamak-ulamak selami dan turunlah dekati peniaga-peniaga, lihat apa yang mereka niagakan, apa luahan hati mereka, saya yakin mereka bukan inginkan sumbangan wang ringgit kalian tapi sekadar ingin kebajikan dan ruang untuk mereka berusaha dan menambahkan pendapatan.

    Sekian, terima kasih
    Wan Azman bin Wan Hassan
    Wakil Peniaga di Medan Ilmu
    Kota Bharu, Kelantan.





    ------------