Rabu, 17 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Pakatan yang masih kukuh

Posted: 17 Sep 2014 06:30 PM PDT



Semasa DAP tidak bersama-sama dengan PAS pada hari penamaan calon DUN Pengkalan Kubur, lalu timbul lah bermacam-macam spekulasi yang tidak enak yang telah kita dengar.

Tetapi Guan Eng telah kata yang DAP mempunyai keyakinan yang penuh, keyakinan yang lebih
100 % dengan jentera-jentera pilihanraya milik PAS. Dia berkata DAP juga tidak menyertai kempen pilihanraya disana kerana PAS mempunyai tenaga kerja yang cukup malah melebihi untuk pilihanraya kecil itu.

DAP tidak punya ramai ahli di Kelantan, malah ahli mereka disana boleh dikira dengan jari dimana DAP hanya ada 238 orang ahli sahaja. Jadi itu ada lah sebab utama mengapa DAP tidak menyertai PAS dan PKR untuk berkempen disana. PAS juga ada lah parti yang memerintah kerajaan negeri. Dari segi geograpi politik pula, PAS lebih arif dengan kawasan-kawasan, strategi dan taktik kempen.

Ini ada lah kali pertama komponen parti PR tidak mengambil bahagian dalam proses penamaan calon dan kempen dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.

Biarpun keputusan undi yang bakal berlaku tidak memberi sebarang impak atau kesan kepada DAP, namun spekulasi-spekulasi yang dimain-mainkan menunjukan hubungan DAP dengan PAS sudah rapuh.

dollah yankee -
PAS akan lebih baik dengan Mat Sabu sebagai Presiden.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADI TIDAK DIBOIKOT?

Posted: 17 Sep 2014 08:15 PM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ


Tindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial.

Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi ini.

"Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu.

Semalam media melaporkan minoriti 50 daripada 700 perwakilan Pemuda PAS bertindak meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu itu memulakan ucapan perasmian muktamar itu.

Bagaimanapun Mohamad dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan perkara itu berlaku. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat turut menepis laporan media tentang perkara itu.

Menurut laporan media semalam, perwakilan Pemuda PAS dari Terengganu yang memakai vest bertulis "Kami menyokong presiden dan Majlis Syura Ulama" keluar meninggalkan dewan muktamar dengan diikuti perwakilan dari beberapa negeri lain termasuk Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu penyokong presiden PAS meninggalkan muktamar.

"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan semalam.

Tentang pakaian yang dipakai oleh mereka yang meninggalkan dewan itu, Mohamad berkata: "Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan."

Tindakan 50 perwakilan itu diserang pengguna laman sosial dengan menyifatkan mereka tidak beradab dan mencatat sejarah tersendiri apabila ia berlaku dalam muktamar Pemuda PAS semalam.

"Siapa kamu hendak dibandingkan dengan Abng Mat, hujung kuku beliau pun kamu tidak boleh lawan," tulis Zulkifli Yacob, bekas ketua pemuda PAS Kelantan dan bekas exco Pemuda PAS Pusat di akaun Facebooknya.

Zulkifli berkata, Mohamad konsisten sehingga kini dalam menentang Umno dan berkata:"Lokap adalah rumah keduanya, Kem Kemunting kampung halamannya, jatuh bangun, pujian dan fitnah adalah makanan hariannya, jutaan ringgit dikutip melalui ceramahnya untuk kelangsungan parti PAS.

"Sedikit kelemahannya bukan penyebab kamu hendak tolak sejuta jasa yang ditabur dalam perjuangan ini," tulis beliau hari ini merujuk kepada peristiwa semalam.

Tidak kurang juga yang menyindir tindakan ini sebagai "menggambarkan akhlak yang beradab tinggi, kerana menunjukkan setia dan wala' yang tinggi kepada presiden parti sebab itulah mereka memakai vest 'Kami bersama presiden dan majlis syura ulama'.

Mahmud Zaim Musa menambah, "Tindakan mereka sebenarnya menggambarkan hasil tarbiyyah dan doktrin wala' kepada presiden dan Majlis Syura Ulama".

Cadangan kaji tahaluf siasi dijangka panaskan Muktamar PAS 2014

Posted: 17 Sep 2014 07:05 PM PDT


Muktamar 2014 yang bermula hari ini dijangka panas dengan isu mengkaji semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Muktamar 2014 yang bermula hari ini dijangka panas dengan isu mengkaji semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Cadangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang kemudiannya menjadi resolusi Muktamar Dewan Ulama PAS semalam agar parti Islam itu mengkaji kerjasamanya dengan Pakatan Rakyat (PR) bakal menjadi isu panas muktamar PAS ke-60 yang bermula hari ini.
Ini kerana, sejak beberapa muktamar yang lalu, usul diluluskan agar kerjasama dengan PR diperkukuhkan.
Seorang peguam PAS, Fitri Asmuni berkata PAS mesti dilihat lebih berjaya berbanding kedudukan PAS yang ada sekarang jika PAS benar-benar mahu keluar PR.Haron ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama mencadangkan ulama PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) dalam PR, jika kerjasama yang ada melanggar syarat tahaluf.

Sehubungan itu, muktamar Dewan Ulama semalam meluluskan satu usul agar PAS menubuhkan jawatankuasa bagi mengkajinya.
Ia juga berkait dengan resolusi Multaqa Ulama yang diadakan pada 14 September 2013 di Alor Setar yang turut meminta ia dikaji.
Usul itu ialah: Mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam PR sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan PR untuk lonjakan PRU ke-14.
Sebelum ini, dalam Muktamar 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penutup muktamar itu menegaskan PR diperkasakan.
Berdasarkan usul yang diluluskan di muktamar itu, Hadi berkata, PAS terus beriltizam memperkukuhkan PR dengan mengambil kira parti itu tidak boleh bersendirian di Malaysia dalam suasana masyarakat majmuk.
Katanya, begitu juga Umno tidak boleh bersendirian memerintah negara dalam suasana masyarakat yang pelbagai.
"Kita memerintah dalam suasana masyarakat majmuk. Melalui PR kita berjaya menghasilkan resolusi dalam 3 konvensyen yang diadakan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada hari akhir muktamar di Putik itu. – 18 September, 2014.

PENDEDAHAN ZULHAZMI TENTANG HARON DIN?????

Posted: 17 Sep 2014 07:48 AM PDT

STATEMENT NI BUAT ORANG SENAK......HABIS LAAAAA

Posted: 17 Sep 2014 06:24 AM PDT

Wan Azizah calon MB Selangor terlampau layak, kata Mat Taib

 Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bercakap pada forum anjuran Sinar Harian mengenai isu menteri besar Selangor di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberi sokongan  padu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 17 September, 2014.Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bercakap pada forum anjuran Sinar Harian mengenai isu menteri besar Selangor di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. Beliau memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 17 September, 2014.Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak menjadi menteri besar Selangor, bagaimanapun nama lain perlu diberikan selepas pihak istana memberi isyarat.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Dr Wan Azizah calon berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan memimpin partinya sejak era reformasi lagi.
"Wan Azizah calon terbaik untuk mentadbir negeri Selangor," kata Muhammad dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Kerusi Panas MB Selangor".
Bagaimanapun, Muhammad berkata senario ketika ini sudah berubah susulan beberapa perkembangan terkini khususnya daripada pihak Istana Selangor sendiri selepas nama Dr Wan Azizah dihantar.
"Wan Azizah terlampau layak, tapi senario yang berlaku ini di mana istana sudah beri, isyarat beberapa perkara perlu dipertimbangkan," katanya.
Pandangan Muhammad dilihat berbeza dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak untuk menggalas jawatan menteri besar Selangor.
Muhammad bagaimanapun menggesa Pakatan Rakyat (PR) duduk semula dan berbincang bagi mencapai kesepakatan dalam nama calon menteri besar Selangor.
"Kalau betul-betul duduk bersama balik dan calonkan satu calon yang berkaliber, takkan istana nak tolak."
Menurut seorang lagi ahli panel Dr Abdul Aziz Bari, keputusan istana meminta lebih daripada dua nama sebagai sabotaj kepada kerajaan PR di Selangor.
"Kalau Selangor ini di bawah Umno adakah perkara ini berlaku? Ini tidak berlaku, seperti di Terengganu, tidak berlaku. Di Sarawak, sama juga.
"Tapi kalau PR, kita tidak boleh letak calon sendiri," katanya.
Bagi Aziz, proses yang selama ini digunakan di mana majoriti memilih calon MB tidak berlaku dalam krisis di Selangor.
Aziz berkata, sebarang perubahan politik dibuat oleh pihak parti dan bukan keputusan oleh Istana.
"Pertukaran politik itu keputusan parti, bukan keputusan istana. Bukan suruh istana jadi 'Pak Turut', tapi kerana majoriti yang pilih," katanya.
Aziz berkata, sepatutnya Dr Wan Azizah sudah dilantik menjadi menteri besar kerana disokong 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor. – 17 September, 2014.

HIMPUNAN ULAMAK TAPI HENTAM ANWAR

Posted: 16 Sep 2014 11:00 PM PDT






Perwakilan-Perwakilan yang mewakili pemuda-pemuda negeri nampaknya lebih banyak menghentam PKR dan Anwar Ibrahim berbanding menghentam UMNO.
Rasanya lebih banyak hentam Ketua Pemuda dan SU Pemuda berbanding UMNO.
Eloklah tu.
Dah semakin berjaya agenda PERPADUANG dgn UMNO dimulai dgn Pemuda.

Wan Azizah layak jadi MB Selangor dari sudut Islam, kata NGO


Pengarah Cesmacs Dr Muhammad Nur Manuty pada sidang media hari ini di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal,17 September, 2014.Pengarah Cesmacs Dr Muhammad Nur Manuty pada sidang media hari ini di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal,17 September, 2014.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak menjadi menteri besar Selangor yang baharu memandangkan sejarah Islam dan beberapa fatwa juga membuktikan wanita tidak ada halangan memegang jawatan tersebut, kata Dr Muhammad Nur Manuty.
Pengarah Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil (Cesmacs) itu berkata, isu kepimpinan wanita tidak menjadi halangan daripada segi syarak kerana hal yang sama juga berlaku di Pakistan dan Bangladesh.
"Kita mempunyai keyakinan tinggi Dr Wan Azizah akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab seandainya beliau diperkenankan Sultan Selangor," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Kota Anggerik di Shah Alam, hari ini.

Hujah daripada hadis riwayat Abi Bakrah turut digunakan:"Tidak akan berjaya bagi sesuatu kaum seandainya urusan pemerintahannya diketuai seorang perempuan". – 17 September, 2014.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


GST - GASAK SAMPAI TERBURAI

Posted: 17 Sep 2014 07:07 PM PDT




 GASAK 

SAMPAI 

TERBURAI


Kenaikan BR1M bukti kerajaan kongsi kekayaan, kata pemimpin Umno

18 Sep — Pemimpin Umno mempertahankan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan menjadi RM950 sebagai bukti Putrajaya berkongsi kekayaan bersama rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan  Bung Mokhtar Radin berkata kekayaan ekonomi negara perlu dikongsi…

KAH KAH KAH

woit
bagaiaman dengan cukai gst
cukai gst bukti
gerombolan ketuanan melayu
rembat duit rakyat

gst cukai menyusahkan
yang kaya tak kena cukai
yang miskin dikenakan cukai
ini makanya gerombolan
tipu 

KAH KAH KAH


INI JAWAPAN TEPAT


-------------

PEMBETULAN

Posted: 17 Sep 2014 06:30 PM PDT






PEMBETULAN 

Bro TT... terbalik tu. Tahafut al-Tahafut Ibn Rushd yang menjawab Tahafut al-Falasifah Imam al-Ghazali, bukan sebaliknya. Terima kasih. on BANGANG SANGAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/17/14
PEMBETULAN
al-ghazali baca tulisan ibn rushd? bukan ke masa ibn rushd lahir selepas al-ghazali mati... on BANGANG SANGAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/18/14


TERIMA KASEH



-------------

BANYAKNYA JATUH BANGKRAP

Posted: 17 Sep 2014 06:00 PM PDT





EKSKLUSIF: Purata 68 individu muflis setiap hari

KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu.
Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia.
KAH KAH KAH

woit 
satu tahun 24,820 orang
sepuluh tahun 248,200 orang
woit hebat
ini blum masuk hutang ptptn

KAH KAH KAH



-------------

THOGUT SUDAH SAMPAI

Posted: 17 Sep 2014 07:00 AM PDT




THOGUT
haji hadi semput...pakai kopiah dan serban basah lencun kena kencing tikus... on THOGUT THOGUT DAH SAMPAI
begudol
on 9/14/14
BODOH MACAM HADI
Kalo dulu bodoh macam Hasan Malek. Skrg masa sudah berubah. Bodoh macam Hadi Awang pulak. Contoh ayat. Hang ni Hadi Awang betullah. Baru jadi ketua kampung, suruh orang makan dedak mcm menantu jugak. Menantu makan dedak, bapa mentua suka hati. Nelayang apa makan dedak cenggini. on THOGUT THOGUT DAH SAMPAI
Anonymous
on 9/14/14


ANUGERAH HASAN MALEK
disini aku nak cadangkan agar hadi dicalonkan utk Anugerah Hassan Malek 2014. Harap ada yg sokong. on THOGUT THOGUT DAH SAMPAI
Anonymous
on 9/14/14
SYED MOKHTAR
Saya Rakyat Malaysia Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS! BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources, Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.


Minum kopi mesti campur gula Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Tak nak on THOGUT SUDAH MARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/14/14
MAKAN RIBA
Hadi ni bank islam....RHB..STANDCHART...CIMB...pun bank gak....semua makan riba....hahhahahahahhaa on THOGUT SUDAH MARI




----------

ALANG ALANG BAIK PBB TANGKAP NAJIB

Posted: 17 Sep 2014 06:30 AM PDT






PBB gesa k'jaan henti tindakan bawah Akta Hasutan

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia.

"Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria
yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile (kiri) dalam satu kenyataan.

"Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa."

Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan.

Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama.

KAH KAH KAH

woit 
alang alang
cadangkan pada pbb
buat sekatan ekonomi
atau tangkap najib
atau tangkap rosmah
biar mereka rasa

KAH KAH KAH






--------------

BANGANG SANGAT

Posted: 17 Sep 2014 12:39 AM PDT





KOMENTAR

keluar dewan tak mahu dengar ucapan
bukan satu kerja politik matang
keluar dewan kerana membantah 
juga kerja politik tak matang

seharus dengar ucapan dengan teliti
dengar dengan hari terbuka
untuk di hujah secara baik dan bersopan

ini tradisi ilmu

ibnu rushd menulis 
tahufut al-tahafut tentang falsafah
ini di jawab oleh iman al-ghazali dengan tahaful al-falasifah
bayangkan jika ghazali tak membaca buku ibnu rushd

hanya tutup telinga
tutup mata
bagaimana mahu behujah

kritik buku
tapi tak baca pun buku itu
kritik filem
tapi tak tonton pun filem itu

bayangkan  mereka yang tak mendengar 
ucapan nik nazmi ketua amk
banyangkan mereka yang tak mendengar
ucapan mat sabu timbalan presiden pas
bayangkan jika ada yang tak mendengar
ucapan haji hadi
bagaimana mahu berhujah?

  1. Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru ...

    www.themalaysianinsider.com/.../exco-tinggalkan-de...
    Translate this page
    Aug 22, 2014 - Baru sahaja memenangi kerusi Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik ... Bagaimana pun, Nik Nazmi tidak mengambil serius tindakan keluar dewan ahli exco ... dijadikan alternatif," katanya ketika berucap di kongres berkenaan.

Ucapan Hadi mungkin ‎diboikot esok


Tindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan kepada Presiden PAS  Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial.

Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi esok.

"Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu.

KAH KAH KAH

rest my case

mi lord





-----------

MH17 - POLITIK DUNIA

Posted: 16 Sep 2014 09:18 PM PDT






MH17 – POLITIK DUNIA

Laporan awal tentang MH17 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib di Belanda minggu lalu. Jelas kelihatan media dunia TIDAK lagi ambil pot tentang apa yang telah terjadi kepada MH17. Laporan dari Belanda tidak saheboh berita MH370. Tidak heboh saperti minggu pertama MH17 meledak. Apakah telah ada 'keletihan' dikalangan pembaca?

Pembaca tidak letih. Apa yang letih ialah ' presstitute wartawan lonte' dan media Zionis-Anglo-Amerika yang telah kantoi. Saheh terbukti bahawa ledakan MH17 ini sebenarnya adalah sebahagian dari projek mengolah persetujuan yang dirancang oleh Deep State Daulah Terpendam imperialis Amerika. Projek mengolah persetujuan disasar untuk menyerang Rusia.

Sabelum saya meneruskan pencerahan ini. Ada satu pekara yang wajib terus disedari. Jika lupa, jika tidak mengambil endah pekara ini – maka pembaca akan terus dalam kegelapan dan gagal memahami politik dunia hari ini.

Pekara yang saya maksudkan ialah bahan bakar petrolium dan bahan bakar gas. Jika terlupa, jika alpa tentang dua pekara ini maka akan terpencong dan kabur segara pemahaman politik tentang dunia terkini. Bahan bakar minyak dan gas adalah ibu segala ibu. Saya telah lama merumuskan bahawa tamadun kita hari ini ialah tamadun PETROLIUM.

Tamadun manusia telah melintasi zaman batu ke zaman gangsa ke zaman besi dan membawa masuk tamadun zaman petrolium. Karl Marx merumuskan tamadun manusia ini ialah perjuangan kelas. Ada benarnya tetapi tamadun kurun ke 21 ini lebih dari perjuangan kelas. Ianya adalah perebutan punca telaga bahan bakar petrolium.

Negara yang menguasai telaga minyak akan menguasi alam ini. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan minyak petrol yang menjadi kunci kepada kemenangan. Justeru Hitler membuat kereta Volkswagen yang tidak menggunakan air untuk menyeberang padang pasir bumi Arab dalam usaha menaklok terlaga minyak.

Pada ketika ini Saudi Arabia pengeluar minyak utama dunia.Tetapi minyak Saudi semakin susut. Negara kedua pemilik bahan bakar ini ialah Rusia. Dalam congak ekonomi dunia Rusia menjadi bagitu penting. Tetapi Rusia bukan Saudi yang boleh disuruh arah. Rusia adalah negara super. Hakikatnya kuasa imperial Amerika tidak ada keupayaan untuk menjadikan Rusia negara macai.

Maka dari sinilah berlakunya projek mengolah persetujuan untuk menyerang Rusia. Ketika ledakan MH17 berlaku – Obama dan David Cameron telah menuduh Rusia sebagai dalang. 'Presstitute atau wartawan lonte' dengan cepat seirama bermusik mempersalahkan Putin. Rusia dituduh sebagai dalang yang memberi senjata kepada gerakan pemisah. Rusia dituduh telah menghantar soldadu dan kereta kebal masuk ke wilayah Ukraine.
Semua ini untuk menghangatkan suasana salepas ledakan MH17 berlaku. Provokasi demi provokasi dari Kiev, dari Obama dan dari Kesatuan Eropah telah diajukan kepada Rusia dan Putin. Semua ini adalah bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Rusia 'halal' diserang.

Provokasi ini disambut pula dengan langkah sekatan ekonomi yang lebih ketat. Sebelum ledakan MH17 telah wujud satu sekatan ekonomi. Tetapi sekatan ini gagal kerana TIDAK ada sambutan. Ledakan MH17 ini telah digunakan oleh Amerika melancarkan sekatan kedua. Tapi yang terjerat bukan Rusia.

Untuk menyambut balas sekatan ini Rusia telah memberhentikan dari membeli bahan makan dari negara Kesatuan Eropah. Maka bertimbun-timbun buah limau di Sepanyol. Mengunung anggur di Peranchis. Tomato dan sayuran busuk diladang Itali. Semua terjadi kerana Rusia tidak mengimpot bahan makanan dari Kesatuan Eropah. Negara-negara Kesatuan Eropah yang sedang parah ekonominya kini bertambah parah.

Melesetnya ekonomi Eropah ini tidak mematikan nafsu kuasa Zionis-Anglo-Amerika dari merancang dan bergerak untuk menakloki semua sumber minyak dalam dunia ini. Strateji dan prancangan untuk menaklok telaga minyak dunia ini telah diajukan oleh Zbigniew Brzezinski. Sosok ini ialah seorang ilmuan sosial saintis, seorang perancang dan pemikir strateji politik dari semenjak zaman Presiden Johnson. Sosok ini pernah menjadi Penasehat Keselamatan untuk Presiden Jimmy Carter. Hari ini dia bertugas sebagai penasehat kanan dasar luar negara untuk Presiden Obama.

Dalam kitab klasik - The Grand Chessboard - tulisan Brzezinski terbit tahun 1997 – telah dicadangkan agar Amerika menguasai Eurasia. Mengikut hujah sosok ini wilayah ini paling stratejik dari segi geopolitik kerana terletak antara benua - Eropah dan Asia. Juga disinilah tersimpannya minyak dan gas yang masih belum dicari gali.

Serangan terhadap Iraq, Afghanistan, Libya, Syria adalah sebahagian dari perancngan yang telah lama dieram. Apa yang sedang berlaku di Syria adalah sebahagian dari perancangan yang telah dilakar oleh Brzezinski.

Negara-negara Arab termasuk Afghanistan, Iran dan Pakistan ini terletak dibahagian selatan Eurasia manakala Ukraine, Poland, Latvia, Georgia dibahagian barat. Negara di selatan boleh diserang manakala negara Eropah memadai jika NATO – North Atlantic Treaty Organisation - dibenarkan memasang peralatan senjata untuk mengepong Rusia.

Kenapa Rusia perlu dikepong? Apakah keruntuhan Rusia dan Putin akan berakhirnya perancangan Amerika? Jawabnya tidak. Minyak dan gas Rusia wajib ditakloki. Jika tidak Rusia akan sekali lagi menjadi siangan hebat untuk Amerika.

Dalam perancangan - satelah Rusia dimacaikan - sasaran akhir kuasa Zionis-Anglo-Amerika menaklok dunia ialah menundukkan China. China yang berkongsi sempadan dengan Rusia adalah musuh akhir yang wajib ditundukkan. Rancangan menyerang China pada ketika ini hanyalah perancangan. Ini kerana ada yang lebih penting wajib diselesaikan.

Ukraine kini telah menjadi negara boneka Amerika. Ukraine telah bersedia untuk menerima kemasukan senjata NATO. Yang masih belum selesai ialah Syria dan Iran. Dua negara Timur Tengah ini masih lagi kukuh tegak berdiri. Maka satu projek mengolah persetujuan telah menetas. Apakah projek itu?

Projek ini ialah ISIL – atau Negara Khalifah Islam. Dari segi sejarah ISIL ini ditelor, dieram dan menetas dalam kelambu Zionis-Anglo-Amerika. Pada awalnya gerombolan ISIL ini dipanggil Jabat al-Nusra. Tapi nama ini tidak penting. Yang penting gerombolan ini diberi dana oleh Saudi, Qatar dan negara Arab Telok. Manakala gerombolan ini dilatih dan diberi bekalan senjata oleh Zionis-Anglo-Amerika.

Dalam strateji Amerika - Syria wajib dikalahkan untuk menjadi barua NATOsaperti Turki. Syria wajib dimusnahkan dalam usaha untuk mengepong Iran. Pada ketika ini Syria dan Iran memiliki hubungan setiakawan yang amat kukuh. Dalam masa yang sama Syria juga mendapat bantuan Rusia. Ini menjadikan ' angan-angan berahi' Brzezinski tidak terpancut.

Resolusi NATO untuk mengebom Syria di Bangsa Bangsa Bersatu telah dipatahkan oleh Rusia dan China. Rejim Bashar al-Assad masih popular dan kukuh. Pilihan raya yang baru selesai telah menobatkan sekali lagi Bashar. Ini satu tamparan kepada kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Saudi dan Negara Telok terus kecewa kerana Bashar masih lagi Presiden Syria. Maka dinar dan riyal terus masuk berlori-lori untuk membantu apa yang dipanggil "free syrian army'.

Dasar Obama dan Cameron kelihatan lintang pukang. Mereka mempersenjati 'free syrian army' yang dianggap moderate. Tetapai ISIL dan Jabat Nusra yang juga melawan Bashar dianggap pengganas. Apakah kuasa Zionis-Anglo-Amerika mahu memusnahkan ISIL? Jawabnya tidak.

Bagini lojiknya: serangan ISIL di utara Iraq dan Mosul baru baru ini adalah sebahagian dari perancangan Amerika. Saudi mengeluarkan dana untuk ISIL di Syria. Tetiba ISIL berpindah ke iraq dan menawan Mosul. Kenapa ini dibenarkan berlaku?

Dalam manual tentera – dalam SOP (standard operating prosedure)– apabila tentera mengundur segala kelengkapan tentera wajib dimusnahkan. Simpanan peluru, bom dan senjata wajib diledakkan. Kereta kebal dan segala alat pengangkutan wajib dimusnah sama. Tetapi ini TIDAK berlaku apabila gerombolan ISIL menawan Mosul dan wilayah Kurdistan. Tentera Iraq mengundur dan meninggalan semua kelengkapan senjata. Pelik – semua soldadau lari yang tinggal dibelakang adalah senjata mereka.

Kemudian satu perancangan media untuk mengolah persetujuan warga dunia tentang ganasnya ISIL dimulakan. Berita mula dibocorkan bagaimana penganut Kristian telah dibunuh mati oleh gerombolan ISIL. Tidak cukup dengan propaganda anti-Kristian, dilihatkan pula geromboloan ISIL ini memusnahkan Makam Nabi Yunus.

Akhirnya dunia melihat bagaimana wartawan Amerika James Foley dan Steven Sotloff telah dipenggal leher. Dunia dikatakan terperanjat. Media Amerika heboh siang malam pagi petang. Soheh ISIL ini gerombolan ganas. Tetapi media Amerika TIDAK pernah melaporkan setiap hari Jumaat ada berbelas-belas 'orang luar' yang dipenggal kepala oleh rejim Saudi Arabia. Media Amerika dan Barat buat buat tak melihat kerana rejim Sausi ini kawan rapat Amerika.

'Presstitute dan wartawan lonte' TIDAK pula bertanya kenapa semua senjata itu ditinggalkan bagitu sahaja untuk dipunggah oleh pengganas ISIL?

Jawabnya semua ini adalah rancangan untuk memberi senjata kepada ISIL tanpa Barak Obama disoal siasat oleh Congress atau tanpa Amerika dihadapkan ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu.

Apkah betul ke apa yang saya tulis ini? Jawabnya betul. Minggu lalu Presiden Barack Hussein Obama telah berucap dihadapan rakyat Amerika dan berjanji untuk memusnahkan pengganas ISIL. Amerika akan mengebom ISIL dimana sahaja ISIL berada. Lalu timbul pertanyaan – dimana ISIL sekarang? ISIL yang hedak dibom oleh Obama kini berada kembali di Syria. Maka terbuktilah bahawa ISIL ini sedang dijadikan alasan untuk Amerika mengebom Syria.

Bagaimana pula dengan MH17? Hingga ke hari ini 'presstitute wartawan lonte' media Zionis-Anglo-Amerika terus senyap TIDAK tidak bersuara. MH17 telah gagal dijadikan sebab untuk menyerang Rusia. Kita tunggu apakah ISIL berjaya menjadi sebab untuk mengebom Syria. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



---------------

NASIONALISMA IBAN DAN DAYAK

Posted: 16 Sep 2014 08:31 PM PDT






KOMENTAR

tahun ini kelihatan jelas
agenda  sabah dan sarawak
mahu merdeka semakin lantang

ini berlaku 
kerana 50 tahun dahulu
intelektual dan pemikir
dari  sabah dan sarawak belum lahir
ketika projek british ini menetas
kaum pemodal sabah dan serawak
masih peniaga  kecilan

kini kaum kelas menengah
kini kalaum intelektual
kini kaum pemodal
sabah dan sarawak makin ampoh
mereka inilah yang menyuarakan
semangat merdeka sabah
semangat merdeka sarawak

ini bukan satu yang menghairankan
pada satu ketika dahulu
ada pakistan barat
ada pakitan timur

dua wilayah ini terpisah
jaraknya beribu batu 
naik pesawat udara hampir tiga jam
mereka semua beragama islam
merdeka dari british pada tahun 1947

tapi akhirnya pada tahun 1971
pakistan timur merdeka
pakistan timur menjadi bangladesh



MIRI 16 Sept. - Ketua Menteri Sarawak,  Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh. Beliau berkata, selepas 51 tahun penubuhan...


KAH KAH KAH

woit
memanglah malaon ini
kata keluar malaysia idea bodoh
kerana malaon ini kaya raya
malaon ini rembat harta

cuba tanya orang penan
cuba tanya orang iban
cuba tanya orang dayak
cuba tanya orang kadazan
semua nak merdeka

KAH KAH KAH





------------

SIAPA DIA AZMIN ALI

Posted: 16 Sep 2014 08:00 PM PDT








Chegubard tuduh 

Azmin cuba lobi 

istana untuk

jadi MB 

Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang digantung keahlian parti terus mengasak Mohamed Azmin Ali apabila menuduh timbalan presiden PKR itu cuba melobi Istana Selangor untuk menjadi menteri besar (BM) Selangor.

Badrul berkata mengetahui cubaan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa individu untuk mendapat akses ke istana.

"Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononnya memilih jalan salah mencipta konfrontasi dengan istana kerana tidak mengemukakan namanya.


"Tidak terhenti di situ, Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke istana," katanya dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini.
Usaha menghubungi Azmin bagi mendapatkan maklum balas terhadap dakwaan tersebut bagaimanapun masih gagal setakat ini.

Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, Badrul juga mencabar Azmin supaya mempersembahkan surat kepada istana, tidak akan menerima jawatan MB sekiranya dicalonkan.

"Azmin dicabar mempersembahkan surat ke istana segera, maklumkan beliau tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti mencalonkan Dr Wan Azizah ( Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon MB," katanya.

Beliau juga mendakwa pemimpin PKR tersebut sebagai punca kekalutan krisis Pakatan Rakyat di Selangor berlaku ketika ini.

"Di hadapan umum dia bersetuju Dr Wan Azizah sebagai calon MB, malah kononnya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulit sebagai punca kekalutan PKR, Pakatan dan Selangor ini," katanya.

Tindakan tersebut bagi Badrul tidak menghairankan kerana Azmin sememangnya sudah lama mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu.

"Memang sejak awal dia impikan jawatan MB Selangor.

"Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azmin menjaja cerita kononnya Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia," katanya.

Badrul digantung kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.

Beliau juga didapati bersalah kerana membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan, "petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor apabila PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid. – 13 September, 2014.

- See more at:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-tuduh-azmin-cuba-lobi-istana-untuk-jadi-mb#sthash.c2gV8hkd.dpuf



rest my case

mi lord


------------

TUKAR TIUB DI JOHOR

Posted: 16 Sep 2014 07:30 PM PDT






KAH KAH KAH

tukar tiub buat 

kah kah kah


KLUANG

Stand up comic @ Daerah Tanpa Tie #2 bersama Isham Rais

Jumaat - 19 September 2014 - jam 2.00 petang hingga 12.00 malam - Jalan Dato' Captain Ahmad, Kluang (sebelah Arked Mara)

Jom turun ramai-ramai ke Daerah Tanpa Tie #2 !! 

Daerah Tanpa Tie #2 disiarkan secara langsung dari www.radiobangsarutama.com



KAH KAH KAH


JAY BEE

tukar tiub buat 

kah kah kah




-----------